Anda di halaman 1dari 24

1

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA


PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK CERDAS
KBC 3023

TAJUK
TUGASAN KUMPULAN
(CIRI-CIRI AFEKTIF, FIZIKAL DAN EMOSI PINTAR CERDAS
DAN BERBAKAT)


KUMPULAN KULIAH: A
SEMESTER 3 2009/2010
NAMA PENSYARAH
DR. MD. NASIR BIN MASRAN
NAMA AHLI KUMPULAN
NAMA NO. ID
AINI NURULASIKIN BINTI MOHD ZAN D20091034726
NUR HASFIZAH BINTI HUSSIN D20091034729



2

KANDUNGAN
Isi Kandungan Halaman
Abstrak 3
1.0 Pengenalan 3
2.0 Ciri-ciri Afektif Pelajar Pintar Cerdas dan Berbakat 6
2.1 Definisi Afektif
2.2 Ciri-ciri Afektif
3.0 Ciri-ciri Fizikal Pelajar Pintar Cerdas dan Berbakat 8
3.1 Definisi Perkembangan Fizikal
3.2 Ciri-ciri Fizikal Peringkat Awal Kanak-kanak
4.0 Ciri-ciri Emosi Pelajar Pintar Cerdas dan Berbakat 11
4.1 Definisi Perkembangan Sosial dan Emosi
4.2 Ciri-ciri Sosial dan Emosi Peringkat Awal Kanak-kanak
4.3 Ciri-ciri Emosi Pelajar Pintar Cerdas dan Berbakat
5.0 Penutup 18
Rujukan
Lampiran








3

Ciri-Ciri Afektif, Fizikal Dan Emosi Pintar Cerdas Dan Berbakat
Aini Nurulasikin Binti Mohd Zan
Nur Hasfizah Binti Hussin

Abstrak
Kanak-kanak yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa melebihi kebolehan rakan
sebayanya yang lain dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat. Terdapat
pelbagai ciri yang boleh diperhatikan terhadap golongan kanak-kanak ini samada secara
langsung atau tidak untuk memastikan mereka adalah golongan pintar cerdas dan berbakat
seperti yang diperkatakan. Justeru itu, penulisan yang telah dibuat ini adalah berkaitan dengan
ciri-ciri yang boleh dikaitkan dengan kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat melalui
beberapa aspek. Dalam penulisan ini, tiga aspek yang telah diberikan penekanan adalah
afektif, fizikal dan emosi. Ciri-ciri ini sebenarnya dapat diperhatikan oleh pihak-pihak yang
terlibat semenjak mereka dilahirkan sehinggalah mereka mencapai tahap perkembangan yang
sepatutnya. Ciri-ciri ini boleh dilihat secara langsung atau tidak langsung. Pengetahuan
berkaitan ciri-ciri yang ada pada golongan ini amat penting kepada perkembangan potensi dan
bakat yang ada pada diri mereka pada masa sekarang dan juga pada masa akan datang. Jika
terdapat ciri-ciri negatif yang boleh menghalang kepada pencapaian mereka, pelbagai
intervensi awal boleh dilakukan untuk membantu mereka. Peranan pelbagai pihak amat
penting dalam pengenalpastian berkaitan ciri-ciri yang ada pada mereka dan kerjasama semua
pihak ini amat membantu mereka memperkembangkan lagi potensi dan bakat yang ada pada
diri mereka.

1.0 Pengenalan
Dewasa ini kanak-kanak sering terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat.
Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi impak yang besar dalam perkembangan dan
pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka, terutama dikalangan mereka
yang dikenali sebagai pelajar pintar cerdas. Pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang
luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar
cerdas (gifted). Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi
yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Bagi mengembangkan
4

potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan, suatu program pendidikan
khusus amat diperlukan.
Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat mengenai konsep pelajar pintar cerdas ini.
Stanford Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai
The Stanford-Binet Test telah memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada
keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik. Lewis
Terman (1916) pula mendefinisikan pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan untuk
berfikir secara abstrak. Wechsler (1958) mengatakan pintar cerdas ini merujuk kepada
keupayaan menyeluruh seseorang individu untuk bertindak secara bermatlamat, berfikir secara
rasional dan menguruskan persekitaran dengan berkesan.
Kamus Dewan Edisi Keempat pula mendefinisikan pintar sebagai pandai,cekap, banyak
akal, cerdik, licin dan mahir dalam membuat sesuatu pekerjaan. Berbakat pula ialah mempunyai
kebolehan yang semula jadi. Gifted dan Talented adalah dua perkataan yang sering
digunapakai dalam masa yang serentak. Kebanyakkan pihak yang menyediakan program
gifted and talented ini mengatakan istilah gifted adalah merujuk kepada mereka yang
mempunyai IQ yang tinggi, manakala terma talented ialah mereka yang dapat membuat
sesuatu perkara dengan begitu baik sekali seperti melukis, menyanyi, menari atau berlakon.
Pintar cerdas (gifted) merujuk kepada seseorang yang mempunyai potensi untuk
menjadi cemerlang dalam bidang-bidang tertentu samada dalam bidang akademik atau dalam
bidang bukan akademik. Menurut Gagne (1995) seseorang itu dianggap berbakat dalam
bidang-bidang tertentu apabila dia menampakkan potensinya dalam bidang tersebut. Kadang-
kadang pencapaiannya dalam bidang itu belum terbukti cemerlang. Menurut Gagne (1998)
dan Piirto (1999) berbakat pula ialah keadaan seseorang yang berbakat berjaya menempa
kecemerlangan dalam domain-domain bakatnya pada peringkat-peringkat tertentu.
Pintar cerdas berbakat ini sebenarnya ialah satu kategori umum yang merangkumi
semua jenis bakat atau kecerdasan dalam kalangan individu. Menurut Renzulli (2002)
menyatakan bahawa Pintar Cerdas Berbakat sentiasa berubah mengikut keadaan dan
persekitaran. Adakalanya persekitaran akan menyumbang kepada perkembangan individu
menjadi berbakat daripada keadaan asalnya yang dikenali sebagai pintar cerdas.

5

Bagaimanapun Ross (1993) mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas (gifted and
talented) adalah kanak-kanak yang dikenalpasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau
menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk
melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi apabila dibandingkan dengan kanak-kanak
yang lain yang sebaya umurnya, sama pengalaman atau persekitaran. Kanak-kanak ini
menunjukkan keupayaan prestasi yang tinggi dari segi intelek, kreativiti, seni atau memiliki
keupayaan kepimpinan yang luar biasa, atau cemerlang dalam bidang akademik yang khusus.
Dari istilah Persekutuan Amerika Syarikat pula pintar cerdas ditujukan kepada kanak-
kanak, pelajar atau belia adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi
dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga
mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengkagumkan serta mereka ini
memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak
dapat di perolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka. Definisi dari
Negara Kanada pula, pintar cerdas ditakrifkan sebagai suatu darjah keupayaan intelektual
yang luar biasa yang memerlukan pengalaman pembelajaran yang berlainan daripada apa
yang disediakan di sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akademik dan potensi
mereka.
Berdasarkan pelbagai pendapat berkaitan definisi pintar cerdas dan berbakat ini,
pelajar-pelajar yang dikenali sebagai pintar cerdas dan berbakat juga boleh dilihat atau
dikenalpasti melalui pelbagai ciri yang sememangnya ada pada diri mereka. Ciri-ciri ini boleh
dikenalpasti dan dilihat semenjak kecil lagi hingga dewasa dan seterusnya. Ciri-ciri ini adalah
dari segi afektif, fizikal dan juga emosi.









6

2.0 Ciri-Ciri Afektif Kanak-Kanak Pintar Cerdas Dan Berbakat
2.1 Definisi Afektif
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Afektif berkaitan dengan perasaan dan emosi dan bukannya
fikiran atau daya berfikir untuk memperkembangkan minat dan motivasi membaca, alam kanak-kanak
haruslah berkembang serentak dengan alam-alam kognitif mereka. Kurikulum afektif pula merupakan
sebuah kurikulum yang dirancang untuk mengajar pelajar berbakat tentang emosi, harga diri, dan
kemahiran sosial. Hal ini adalah bermanfaat bagi semua pelajar dimana mereka yang telah
dikumpulkan bersama dengan pelajar jauh lebih tua dan lebih muda daripada usia mereka, namun
menggunakan program akademik khas yang sesuai dengan tahap pemikiran mereka.
Krathwohl dan rakan-rakannya (1964) adalah antara penyelidik yang julungkalinya
menggunakan terminologi afektif dalam memperkenalkan lagi satu domain penting dalam
kehidupan manusia. Krathwohl mengkategorikan domain afektif sebagai terdiri daripada
penerimaan receiving, tindakbalas responding, menyelaraskan sistem nilai organizing a vale
set dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks.
Menurut Krathwohl lagi, penerimaan adalah berhubung dengan kemahiran pelajar
untuk memberi perhatian terhadap pembelajaran atau sesuatu perkara. Selain itu, tindakan
pelajar mencerminkan satu bentuk kesedaran atau perhatian terhadap rangsangan dan
peristiwa atau perkataan yang berhubung dengan domain afektif ini. Manakala konteks
pengajaran pula menekankan kepada kemahiran mendengar, menanyakan soalan, mengenali
bahagian-bahagian ayat dan menjawab soalan dengan lengkap. Terdapat tiga perkara
berhubung dengan aras ini.Tiga perkara yang berhubung dengan aras ini ialah kesedaran,
kesudian untuk menerima dan perhatian terkawal atau terpilih. Dalam konsep kesedaran,
pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.
Kesudian untuk menerima pula bermaksud sesuatu pengajaran harus disampaikan dalam
suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.
Seterusnya perhatian terkawal pula adalah pelajar membezakan keseluruhan keadaan
pada bahagian-bahagian komponen dan kemudian pilih satu daripada aspek tertentu dan terus
berperhatian. Gerakbalas pula melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat
kepuasan daripadanya. Pada peringkat menilai pula, perlakuan adalah didasarkan atas
kekerapan dan kepentingan yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
Perlaksanaan ini sebenarnya cenderung menjadi konsisten walaupun keadaan yang berbeza
jika kepercayaan itu boleh dipraktikkan. Menurut Krathwohl lagi, organisasi membawa
7

maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebur daripada sesuatu nilai dinuranikan
maka ia membolehkan beberapa nilai digunakan dan ini menyebabkan pelajar terpaksa
membina bahagian hubungan dan keutamaan daripadanya ialah nilai-nilainya itu.
Morgan dan Saxton (1991) pula mentakrifkan soalan-soalan domain afektif sebagai
questions of feelings iaitu soalan berdasarkan perasaan. Pendapat ini adalah serasi dengan
apa yang dinyatakan oleh Bolton (1973) learning needs to be felt for it to be effective yang
bermakna pembelajaran melalui perasaan sahaja yang akan lebih afektif. Domain ini amat
penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana pertaliaanya yang cukup kuat dan domain
kognitif dalam proses kemahiran berfikir.
Dengan kewujudan istilah Kecerdasan Emosi Emotional Intelligence atau EQ seperi
yang diketengahkan oleh Daniel Goleman dan menjadi begitu popular dewasa ini menjadikan
konsep EQ dan domain afektif begitu penting. Domain afektif dan emosi adalah dua istilah
yang berbeza tetapi sama dari segi makna dan pemahaman. Kedua-dua istilah adalah
menegaskan tentang kepentingan elemen perasaan, sistem nilai, sistem kepercayaan,
keyakinan dalam membuat proses keputusan, memberikan pendapat, pembentukan personaliti
dan pegangan hidup seseorang.
2.2 Ciri-ciri Afektif kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat
Antara ciri-ciri afektif bagi individu pintar cerdas ialah mereka adalah berperasaan dan
beremosi, mempunyai perasaan yang tersendiri dan berbeza dengan orang lain, memiliki
kecerdasan pelbagai dan menunjukkan hala tuju untuk mencapai apa yang diingini.










8

3.0 Ciri-Ciri Fizikal Pelajar Pintar Cerdas Dan Berbakat
3.1 Definisi perkembangan fizikal
Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-
bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia (Woolfolk &
Margetts, 2007). Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam
ketinggian, berat badan menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal
yang lebih kompleks.
Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung
dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Secara langsung, perkembangan fizikal menentukan
kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan
rakan sebaya dalam sukan dan permainan. Jika kanak-kanak tersebut tidak dapat bersaing, ia
mungkin mengakibatkan mereka disisih daripada kumpulan rakan sebaya mereka. Secara
tidak langsung, perkembangan fizikal mempengaruhi keyakinan terhadap diri sendiri dan
orang lain. Kanak-kanak yang disisih daripada kumpulan mungkin mempengaruhi
perkembangan personalitinya.
Perkembangan fizikal kanak-kanak merupakan satu aspek yang menekankan asas
pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak. Menurut kurikulum Prasekolah Kebangsaan (
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003) perkembangan fizikal kanak-kanak boleh
dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan
dan psikomotor. Proses ini juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak
menggunaakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti sehari-hari.
3.2 Ciri-ciri Fizikal Awal Kanak-Kanak Pintar Cerdas dan Berbakat.
Ciri-ciri perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini dapat dilihat sejak
kecil hingga ke peringkat yang seterusnya. Biasanya pada umur diantara 0 hingga 11 bulan,
kanak-kanak ini mula mengangkat kepala apabila diletakkan secara meniarap, membuat
pergerakan menggunakan lengan dan kaki, mengambil objek menggunakan mulut dan
berguling-guling ke belakang dan depan. Selain itu, mereka juga mula belajar untuk duduk
dan memusingkan kepala sewaktu duduk. Kanak-kanak ini juga mula memegang objek kecil
menggunakan sebelah tangan dan seterusnya dua belah tangan. Mereka juga mula merangkap
9

untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju dan pada peringkat akhir, mereka mula belajar
berjalan secara perlahan-lahan dengan bantuan daripada orang lain.
Pada umur 8 hingga 20 bulan pula, ciri-ciri fizikal kanak-kanak ini mula
menampakkan kemajuan yang semakin baik. Mereka sudah pandai duduk dengan adanya
sokongan, mula memegang objek dengan kedua-dua tangan dan merangkap dengan lebih laju.
Pada peringkat ini juga, mereka mula memegang perabot untuk belajar berdiri dan mula
berjalan dengan bergantung kepada perabot tersebut. Pada umur 16 bulan, mereka mula
berjalan sendiri dan cuba untuk memanjat khasnya tangga di dalam rumah. Pada peringkat
akhir lingkungan umur ini, mereka sudah mula pandai membongkok untuk mengambil objek
walaupun pergerakan tersebut masih belum stabil sepenuhnya lagi.
Pada peringkat umur 16 hingga 26 bulan atau juga dikira sebagai dua tahun, kanak-
kanak ini semakin aktif. Mereka mula berjalan dengan sendirinya dengan lebih stabil, bangun
dan duduk dari kerusi tanpa bantuan daripada orang lain, merangkap menggunakan sokongan
tangan untuk menaiki tangga dan mula berminat dengan barang permainan yang berbentuk
besar dan menarik. Mereka juga sudah mula belajar menendang bola, menconteng kertas
menggunakan pensil dan mula belajar untuk menaiki basikal yang mempunyai tiga roda.
Seterusnya ciri-ciri fizikal ini dapat dilihat semasa kanak-kanak ini berumur 3 tahun.
Pada peringkat ini mereka sudah pandai menolak dan menarik objek besar, berjalan dengan
lebih aktif ke serata tempat, mula belajar berlari dan sudah pandai membuat pergerakan
seperti menari iaitu respon kepada bunyi yang mereka dengar. Malah, mereka juga sudah
pandai menghadapi sesuatu rintangan yang menghalang mereka. Pada peringkat ini juga
mereka suka mengulang perbuatan seperti melompat dan sebagainya serta dapat memegang
sesuatu objek dengan lebih kuat. Dalam peringkat ini juga, mereka sudah tahu menconteng
kertas dengan membuat bentuk bulat secara bebas.
Ciri-ciri fizikal yang seterusnya pula dapat dilihat pada peringkat umur 4 tahun
setengah. Kanak-kanak ini mula bergerak dengan lebih stabil, melompat dengan lebih yakin
tanpa terjatuh dan dapat mengayuh basikal roda tiga dengan baik dan laju. Mereka juga mula
berjalan secara berjengket-jengket iaitu kemahiran menguji kekuatan otot kaki dan berminat
dengan permainan yang menguji kemahiran motor mereka seperti menguli tepung atau
sebagainya. Pada peringkat ini juga, mereka sudah tahu untuk memakai kasut tanpa bantuan
orang lain dan dapat mengenakan butang baju yang dipakai dengan betul.
10

Peringkat seterusnya pada lingkungan umur 5 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak
pintar cerdas dan berbakat sudah mula bermain permainan luar dan sudah dapat membezakan
konsep kiri dan kanan dengan baik. Mereka juga boleh berjalan diatas bangku tanpa terjatuh
dan pandai mengawal objek yang dimainkan. Selain itu, mereka juga sudah dapat mengayuh
basikal yang beroda dua dengan baik dan boleh mengikut irama dan rentak muzik dengan
betul.
Individu pintar cerdas merupakan seorang yang bermotivasi tinggi, bertenaga dan
bertindak mengikut gerak hati. Tumpuan yang tinggi menjadikan mereka senang tersinggung
sekiranya mereka diganggu semasa kerja, mereka cenderung untuk bertindak secara impulsif
(sifat sensitif dan intensiti). Hal ini mendatangkan keburukan dalam aspek fizikal mereka.
Mereka merasakan bahawa mereka seolah-olah tidak perlu tidur semasa melakukan sesuatu
yang diminati.masalah tidur ini juga berlaku apabila mereka seolah-olah tidak dapat
mengawal otak mereka. Mereka seolah-olah dipaksa oleh daya luaran untuk terus berfikir dan
ini memberikan masalah tidur atau insomnia. Keadaan ini adalah kerana sifat intensiti yang
menjadikan mereka mempertimbangkan sesuatu secara mendalam.
Kebanyakkan individu pintar cerdas adalah jenis yang aktif dan banyak bertenaga dan
ini juga bermakna keperluan tenaga mereka juga lebih tinggi daripada orang lain. Bagi
sesetengah orang, mereka tidak dapat berfikir sekiranya sekiranya tidak makan dengan
banyak. Tabiat pemakanan yang tidak sihat juga mendatangkan masalah kesihatan. Terdapat
juga mereka yang highly strung atau senang teransang menjadi gementar dan kecewa. Sebagai
contoh, mereka cenderung mengekspresikan emosi mereka dalam perlakuan fizikal seperti
tabiat menggigit kuku.








11

4.0 Ciri-Ciri Emosi Pelajar Pintar Cerdas Dan Berbakat
4.1 Definisi Perkembangan Sosial dan Emosi.
Menurut Syamsu Yusuf (2007) perkembangan sosial merupakan pencapaian kematangan
dalam hubungan sosial. Perkembangan sosial pula diertikan sebagai proses belajar untuk
menyesuaikan diri dengan norma kehidupan dalam masyarakat khasnya dalam pergaulan
antara satu sama lain tanpa mengira umur, pangkat dan budaya. Sunarto dan Hartono (1999)
pula menyatakan bahawa hubungan sosial merupakan hubungan diantara manusia yang saling
memerlukan. Mereka berpendapat, semakin bertambah usia anak, hubungan sosial ini
semakin diperlukan.
Emosi berasal dari perkataan Greek Emovere yang bermaksud untuk keluar. Emosi
ini adalah sebenarnya perasaan dalaman seseorang. Menurut Goleman (1999) emosi
ditakrifkan sebagai suatu keadaan biologi dan psikologi serta kecenderungan untuk bertindak.
Emosi ini melibatkan dua jenis iaitu emosi positif dan emosi negatif. Emosi positif adalah
emosi yang menyenangkan iaitu bermaksud menimbulkan perasaan yang menyenangkan
seperti cinta, kasih sayang, senang, gembira, kagum dan sebagainya. Emosi negatif pula
emosi yang tidak menyenangkan contohnya sedih, marah, benci, takut dan sebagainya.
4.2 Ciri-ciri Sosial dan Emosi Peringkat Awal Kanak-kanak Pintar Cerdas dan Berbakat.
Pada lingkungan umur 0 hingga 11 bulan, kanak-kanak ini mula memberi reaksi menandakan
tidak selesa dan lapar dengan menangis. Sejak lahir lagi, mereka menggunakan eye contact
untuk berkomunikasi dengan orang yang dianggap sebagai penjaganya. Dalam lingkungan
umur ini juga, mereka menunjukkan rasa sayang melalui senyuman dan perasaan ingin
dilindungi dengan memegang atau memeluk orang yang dianggap sebagai penjaganya.
Mereka juga sudah mula untuk menarik perhatian orang lain dengan menjerit dan belajar
untuk memegang sesuatu objek yang bersaiz kecil seperti sudu dan sebagainya.
Ciri yang seterusnya dapat dilihat pada lingkungan umur mereka sewaktu 8 hingga 20
tahun. Pada peringkat ini, mereka gemar tersenyum dan suka akan aktiviti yang lebih agresif.
Mereka juga mempunyai perasaan bimbang dengan orang yang tidak dikenali dan selalu
menginginkan orang yang dianggap sebagai penjaga selalu berada di sisi mereka. Mereka juga
sudah mula belajar untuk makan dengan sendiri walaupun masih tidak dapat makan dengan
sempurna lagi menggunakan tangan ataupun sudu. Pada waktu ini, mereka juga sudah mula
pandai menawarkan sesuatu barang milik mereka kepada orang lain dan mereka lebih suka
12

menarik perhatian orang lain menggunakan suara mereka sendiri. Malah pada waktu ini
mereka juga sudah mula menunjukkan perasaan kecewa mereka dengan cara mengamuk
tetapi senang dipujuk.
Seterusnya ciri-ciri ini dapat dilihat pada peringkat umur diantara 16 hingga 26 bulan.
Pada waktu ini, mereka sudah mula belajar untuk membuat pilihan tentang sesuatu perkara,
memerlukan perhatian secara peribadi daripada penjaga utama dan perwatakan mereka juga
makin terserlah contohnya sikap degil yang ada dalam diri mereka. Selain itu, pada peringkat
ini, mereka juga sudah pandai memberi respon terhadap permintaan yang dianggap mudah
dan bersifat positif. Mereka juga mula menumpukan perhatian terhadap permainan yang
berunsur imaginasi dan boleh bermain sendiri tetapi akan lebih rasa gembira jika ada orang
lain disebelah yang menemaninya. Pada waktu ini juga, mereka mula mempunyai sikap malu
dan segan dalam sesetengah perkara dan mula menunjukkan perwatakan negatif yang ada
dalam diri mereka.
Pada lingkungan umur diantara 22 hingga 36 bulan, kanak-kanak ini mula mencari
teman sepermainan yang mempunyai minat bermain yang sama dengan mereka dan suka
membuat pilihan terhadap benda yang lebih mereka gemari. Mereka juga sudah pandai
menunjukkan kasih sayang terhadap keluarga atau orang yang rapat dengan lebih jelas.
Mereka juga akan mengamuk apabila sesuatu benda yang mereka hendak tidak dipenuhi oleh
ibu bapa atau penjaganya. Malah mereka juga tahu untuk bermain dengan rakan-rakan yang
lain dengan baik tanpa bergaduh dan mereka juga suka menolong jika diminta serta amat
sukakan pujian daripada orang lain. Mereka juga belajar untuk jadi lebih berdikari tetapi
masih memerlukan objek lain sebagai sokongan contohnya selimut. Kanak-kanak ini juga
tidak perlu memakai lampin lagi tetapi sudah tahu cara untuk membuang air dengan betul.
Seterusnya ciri-ciri ini dapat dilihat sewaktu mereka berumur diantara 30 hinnga 50
bulan. Pada waktu ini, mereka sudah mula memilih aktiviti yang melibatkan luar rumah
kerana merasakan keadaan luar lebih menarik dari dalam rumah. Malah, mereka juga mula
menunjukkan perkembangan yang baik tentang keselamatan dan keyakinan diri mereka
sendiri. Pada ketika ini, mereka juga sudah pandai menunjukkan perasaan simpati dan ambil
berat terhadap orang lain dan mereka juga sudah mampu mengikut peraturan semasa bermain
dan lebih menghormati orang yang dianggap lebih dewasa dari mereka. Mereka juga sudah
pandai memakai baju dan dapat makan dengan baik tanpa bantuan orang lain serta dapat pergi
ke tandas dengan sendiri tanpa ditemani oleh orang lain.
13

Seterusnya ciri-ciri ini dapat dilihat sewaktu mereka berada dalam lingkungan umur 40
hingga 60 bulan. Pada waktu ini, mereka sudah mula menunjukkan kemajuan dan
perkembangan dari aspek penumpuan dan mampu melakukan sesuatu aktiviti yang mudah
dengan sebaiknya dan mereka juga sudah tahu cara untuk meluahkan emosi dengan cara yang
pelbagai. Kanak-kanak ini juga sudah pandai menunjukkan perhatian terhadap diri mereka
sendiri, orang lain dan juga haiwan yang mereka sukai. Mereka juga lebih cenderung memilih
aktiviti yang lebih mencabar untuk bermain. Mereka lebih suka memilih kawan sendiri tanpa
dipengaruhi oleh orang lain dan dapat bermain bersama-sama dengan baik dalam jangka masa
yang agak lama. Pada waktu ini juga, kanak-kanak ini senang untuk dibawa berunding tentang
sesuatu perkara dan mereka juga suka melakukan lawak jenaka.
4.3 Ciri-ciri Emosi Pelajar Pintar Cerdas dan Berbakat
Sejumlah penelitian kepada sifat keperibadian, emosi dan ciri-ciri motivasi pelajar yang
berbakat telah menghasilkan keputusan yang sama. Secara umumnya, kajian menunjukkan
bahawa apabila dibandingkan dengan pelajar biasa, pelajar pintar cerdas sekurang-kurangnya
atau agak lebih baik memiliki ciri-ciri keperibadian yang lebih baik, ditunjukkan dengan sifat
keperibadian yang sama kepada pelajar yang lebih tua, memiliki tahap kegelisahan terhadap
sekolah yang rendah, mempunyai tahap motivasi intrinsik dan autonomi yang lebih tinggi,
khususnya untuk membaca, berfikir dan bersendiri.
Beberapa perbezaan jantina dan usia telah direkodkan. Misalnya, remaja perempuan
pintar cerdas mempunyai keyakinan diri yang rendah, lebih sempurna, dan lebih pandai
membuat keputusan daripada kanak-kanak pintar cerdas. Bagaimanapun, remaja lelaki pintar
cerdas mempunyai keyakinan yang tinggi daripada kanak-kanak lelaki pintar cerdas, dan tiada
perbezaan usia dalam kepercayaan diri dan kesempurnaan. Remaja perempuan memiliki
keyakinan diri yang rendah berbanding remaja lelaki (Robinson dan Clinkenbeard, 1998).
Walaupun pelbagai kajian yang telah dibuat dan membuktikan sedemikian, namun kita juga
harus menyedari bahawa setiap individu pintar cerdas mempunyai ciri-ciri yang berlainan
antara satu sama lain dan perlu dibezakan mengikut keperluan masing-masing. Sebagai
contoh, pelajar berbakat yang berprestasi rendah serta bakat-bakatnya adalah jauh daripada
norma, mereka lebih cenderung mempunyai kesulitan dalam bersosial dan beremosional
dengan rakan-rakan mereka.
14

Ramai diantara golongan pelajar pintar cerdas dan berbakat merasa tertekan dalam
kehidupan seharian yang mereka lalui. Tekanan ini sebenarnya disebabkan oleh beberapa
faktor. Salah satunya ialah disebabkan persekitaran. Contohnya, kanak-kanak lain atau guru-
guru menganggap mereka tidak memerlukan bantuan dalam melakukan sesuatu kerja, tetapi
pada hakikat yang sebenarnya mereka juga memerlukan bantuan yang sepatutnya. Seterusnya
perhatian yang kurang daripada guru semasa berada di dalam kelas menyebabkan mereka rasa
tertekan dengan keadaan sedemikian. Mereka juga rasa tertekan apabila sesuatu kerja yang
mereka lakukan tidak dapat disempurnakan dengan sebaiknya walaupun pada pandangan
orang lain kerja itu sememangnya sudah sempurna. Harapan yang terlalu tinggi daripada
orang lain terhadap golongan pelajar ini menyebabkan mereka rasa tertekan.
Selain itu, didapati pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat ini mempunyai perasaan
sensitif yang amat tinggi dalam diri mereka terhadap sesuatu perkara atau sesetengah perkara
yang melampaui tahap pemikirannya yang masih muda. Contohnya isu-isu yang berkaitan
dengan peperangan, kebuluran, pencemaran, ketidakadilan dan keganasan yang sering berlaku
dalam kehidupan masyarakat. Mereka juga mudah terasa hati terhadap sesuatu hal walaupun
melibatkan hal-hal yang kecil sahaja bagi pandangan orang lain. Sikap sensitif ini sebenarnya
bagus, tetapi jika terlampau memikirkan isu-isu ini secara lebih mendalam, mereka akan
menjadi seorang yang introvert dan mungkin menjurus kearah kemurungan yang teruk pada
masa akan datang.
Seterusnya pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat ini juga mempunyai sikap yang
amat mementingkan kesempurnaan. Sikap mementingkan kesempurnaan yang tinggi ini
sebenarnya boleh mendorong mereka kearah takut terhadap kegagalan. Ini akan menjadikan
mereka seorang yang cepat berputus asa kerana tidak mampu melaksanakan tugasan dalam
tempoh yang ditetapkan. Dalam konteks mencari kesempurnaan ini, mereka sentiasa
mengkritik diri sendiri dan orang lain sehinggakan mungkin mereka melakukan tugasan
dengan penuh berhati-hati sehingga lambat menyempurnakannya atau menangguhkan tugasan
tersebut. Mereka tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa apabila sesuatu itu tidak
dapat dilakukan dengan sempurna. Ini bermaksud mereka amat sukar untuk berpuas hati
terhadap sesuatu kerja yang dilakukan sehingga memastikan kerja-kerja tersebut betul-betul
sempurna pada pandangan mereka sendiri.

15

Pelajar-pelajar ini juga mempunyai sikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara
dan akan menjadi agresif dalam mempertahankan pandangan mereka. Walaupun begitu,
mereka tetap seorang kanak-kanak yang memerlukan didikan disiplin yang betul sungguhpun
mereka sangat bijak dalam bidang yang mereka minati. Pelajar-pelajar ini berkebolehan untuk
mempengaruhi orang lain dan bersikap pandai terhadap ibu bapa dan guru. Ini akan
mendorong kanak-kanak ini kearah perkembangan yang negatif sekiranya tidak dibentuk
denagn sebaiknya oleh ibu bapa di rumah dan guru di sekolah. Menurut Davis & Rimm
(1998), semakin tinggi tahap kecerdasan seseorang maka semakin tinggilah keperluan
kaunseling yang patut diberikan kepadanya.
Ciri-ciri emosi yang seterusnya ialah sifat kompleksiti. Sifat kompleksiti dan tidak
konsisten ini adalah saling berkait. Ia menjadikan golongan ini seolah-olah misteri dan susah
difahami. Contohnya kecerdasan intrapersonal yang tinggi tetapi senang terjejas konsep
kendirinya. Konsep kendiri yang tinggi tetapi banyak beremosi. Keyakinan yang tinggi tetapi
selalu menganggap hasil kerjanya tidak memuaskan. Pelbagai percanggahan ini berlaku pada
masa yang sama. Tingkah laku atau sifat yang bercanggahan ini selalu menjadikan mereka ini
seolah-olah pelik dan mengelirukan Begitu juga hasil kerja mereka. Biasanya sesbuah hasil
kerja yang klasik selalunya disalahtafsirkan dan ini menimbulkan pelbagai kontroversi. Ini
adalah satu petanda sifat petanada sifat kompleksi, penulisan mereka juga susah difahami
sebab aliran idea yang terlalu cepat membuatkan pembaca tidak dapat berfikir secepat
mereka. Aliran idea ini boleh dilihat pada ayat-ayat mereka, dimana mereka seolah-olah
berfikir secara mendesak dan banyak idea yang berlaku secara serentak.
Antara contoh sifat kompleksiti dan tidak konsisten ini adalah minat dan kebolehan
yang pelbagai. Kadang-kadang minat ini nampak bercanggahan. Leornado Da Vinci, selain
menjadi pelukis beliau juga seorang ahli anatomi, pereka, arkitek, biologis, pengukir,
penyajak, jurutera, geologis, ahli muzik, ahli astronomi, fizik dan sebagainya. Contohnya lain
yang berkaitan dengan sifat intensiti ini adalah reaksi emosi yang kuat dan mereka juga selalu
menimbulkan perasaan yang sama pada orang lain, melakukan sesuatu secara berlebih-lebihan
atau tidak melakukannya sekali. Selain itu mereka menjadi sangat pakar dan tidak faham
langsung dalam bidang ini, memuatkan terlalu banyak isi semasa berkomunikasi dengan
orang lain dan mempunyai masalah diri yang tinggi, senang dilukai atau tidak mengendahkan
orang lain dengan melukai hati mereka.
16

Sifat intensiti ini ditunjukkan dengan cara kerja mereka. Mereka perlu menumpukan
semua usaha dan masa untuk melakukan sesuatu dalam satu tempoh. Dengan kata lain,
mereka memerlukan pengkhususan masa dalam melakukan sesuatu. Mereka tidak suka
melakukan banyak kerja yang tidak berkaitan pada satu masa. Fokus adalah sangat penting
sebagai corak pembelajaran dan kerja mereka.
Pencapaian kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat yang begitu tinggi selalunya
menimbulkan perasaan inferioriti pada rakan-rakan di sekelilingnya. Lebih-lebih lagi,
biasanya kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan superior dalam kebanyakkan aspek.
Biasanya mereka memenangi banyak hadiah dalam setiap pertandingan yang dijalankan dan
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang diadakan. Perasaan rendah diri
ini menjadikan kanak-kanak lain menjauhkan diri daripada kanak-kanak pintar cerdas dan
berbakat demi mempertahankan harga diri sendiri. Keadan ini akan menjadikan kanak-kanak
pintar cerdas dan berbakat seolah-olah diboikot, walaupundia tidak melakukan kesalahan. Ini
bermakna, kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini selalu berseorangan.
Mereka juga mudah dirangsangkan iaitu (sensitif kepada input sensori) digambarkan
oleh reaksi yang lebih kuat sebagai contoh pengalaman mimpi ngeri pada peringkat kanak-
kanak mencetuskan sifat sensitif dan daya imaginasi yang tinggi. Oleh itu mereka sering fobia
pada kepada bencana, kesilapan, kematian, mimpi seram dan lain-lain kejadian kejam,
pembunuhan dan ketidakadilan. Rasa ketidakpuashatian dan sensitif yang mereka tanggung
adalah berkali ganda rasanya berbanding dengan orang yang normal. Pemikiran mereka
seringkali tidak boleh diduga dan kelihatan tidak masuk akal.
Selain itu, mereka juga memiliki sikap keterbukaan atau relovolutionary. Pengalaman
kejayaan yang berterusan akan membentuk keyakinan diri dan menjadikannya percaya kepada
superioriti kepada orang lain. Sikap ini akan diperlihatkan dalam dalam tingkah lakunya,
contohnya kalau dia merasakan jawapan guru adalah salah, dia akan menyatakan dengan terus
terang. Ini akan menjadikan guru berasa tidak tenang. Dia juga berasakan kegagalan hanya
bersifat sementara kerana dia memang seorang yang berjaya dalam hidup dan tidak segan
untuk mengakui kelemahannya. Bagi dirinya setiap kegagalan yang berlaku dalam hidupnya
adalah disebabkan faktor luaran seperti kurang bersedia, ujian tidak adil atau nasib yang
malang bukan kerana faktor dalaman seperti kebolehannya. Namun demikian, konsep kendiri
yang dimiliki ini tidak bersifat kekal. Keyakinan mereka seringkali tergugat sekiranya mereka
menghadapi persaingan yang hebat dengan pelajar pintar cerdas yang lain. Mereka akan
17

berasa rendah diri dan meragui tahap kebolehan diri mereka terutama bagi mereka yang
bersifat sensitif dan beremosi. Konsep kendiri yang positif ini adalah satu faktor pelindung
dan penyokong yang kuat untuk kejayaan mereka dalam kehidupan.





















18

5.0 Kesimpulan
Pendidikan pintar cerdas menjadi satu cabang bidang yang sukar berkembang di Malaysia
walaupun sekian lama bidang ini berkembang maju di serata dunia. Sebagai contoh, di China
dan India, penyelidikan tentang psikologi pintar cerdas telah mantap dan berkembang maju.
Terdapat juga program-program pendidikan pintar cerdas dan institusi penyelidikan tentang
pelajar pintar cerdas ditubuhkan di sekolah biasa mahupun diperingkat universiti. Di negara
kita, konsep pendidikan pintar cerdas belum sepenuhnya mendapat pengiktirafan yang
secukupnya walaupun terdapat perkembangan yang pesat dalam bidang pendidikan. Tujuan
program ini bukannya untuk mengasingkan pelajar yang memperolehi pencapaian tinggi
daripada pelajar biasa. Tetapi lebih kepada memenuhi keperluan pendidikan pelajar yang
pelbagai dan membantu mereka mengatasi masalah pendidikan dan sosioemosi yang dihadapi.
Ini dapat mengurangkan beban guru biasa dan mengatasi kepincangan pendidikan akibat
perbezaan antara pelajar.
Sokongan daripada orang dewasa adalah penting bagi membuka mata dan minda
mereka terhadap semua kemungkinan pada masa hadapan mereka, dan mengenalpasti potensi
mereka. Biasanya mereka sukar mendapat role model yang benar-benar mirip kepada diri
mereka kerana mereka sangat berbeza selain memiliki perbezaaan dari segi personaliti, minat,
kekuatan dan kebolehan yang pelbagai. Mereka perlu diberi peluang bergaul dengan individu
(orang dewasa) pintar cerdas lain dan secara tidak lansung mereka boleh berkongsi
pengalaman dan bersama-sama bertoleransi dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang
berkaitan dengan diri mereka. Budaya pendidikan kita mementingkan keseragaman,
kepentingan kelompok dan membantu yang lemah. Sistem pendidikan kita lebih bercorak pro-
akademik tetapi anti-intelektualisme.pembelajaran boleh ditakrifkan daripada aspek
humanistik dan diklasifikasikan sebagai proses yang memenuhi keperluan perkembangan
(intelek) selain proses yang membawa perubahan tingkahlaku semata-mata.
Terdapat banyak penaakulan salah dibuat tentang individu pintar dan berbakat, hal ini
kerana institusi sekolah umumnya masih belum benar-benar memiliki sumber-sumber sahih
untuk mengenalpasti secara tepat ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas dan seterusnya
memahami keperluan mereka. Setelah meneliti kajian demi kajian yang telah dijalankan
selama bertahun-tahun dalam bidang pendidikan telah mendapati bahawa pelajar-pelajar
pintar cerdas ini boleh menguruskan diri sendiri dan belajar banyak perkara untuk diri mereka
sendiri. Secara tidak lansung menyebabkan institusi pendidikan yakni sekolah telah
19

menumpukan kepada penyediaan kurikulum yang luas bagi pelajar dan kemudiannya
mencurahkan sebahagian besar keupayaan tersebut untuk membantu pelajar yang mengalami
kesulitan belajar. Setiap pihak yang terlibat terutamanya institusi pendidikan dan juga ibu
bapa harus memahami dengan mendalam akan kebolehan yang dimiliki oleh setiap individu
pintar cerdas dan menyesuaikannya dengan program-program yang bermanfaat dan sesuai
dengan kebolehan yang dimiliki. Kesedaran ini adalah penting dan hanya dapat direalisasikan
sekiranya setiap pihak memahami konsep sebenar pintar cerdas dan berbakat.


















20

RUJUKAN
Allison. S. (2002). Debating with talented and gifted students. School Libraries in Canada 22
(no1) 13-14.
Alvino, J. (1989). Parents Guide to Raising A Gifted Toodler. Boston: Little, Brown and co.
Bee.H.(1999). The growing child : An applied approach (2nd Ed.). NewYork : Longman
Bloom, B. (1985). Developing Talent in Young People. New York: Ballantine.
Chan.D.W. (2003). Dimensions of emosional intelligence and their relationships with social
coping among gifted adolescents in Hong Kong. Journal of Youth and Adolescense.
Vol 32 (No6). Ms .409.
Doherty, J. & Brenon, P. (2008). Physical Education and Development 3-11. New York:
Routledge.
Gallahue, D. L (1993). Development Physical Education For Todays Children. New York:
Wiley.
Goleman, D. (1995). Emotional Intelligence: Why It Can Matter More Than IQ. New York
: Bantam Books.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Krathwol, D. R., Bloom., and Masia, B. B., (1964). Taxonomy of Educational Objectives:
The Classification of Educational Goals. Handbook II : Afective Domain. New York:
David Mckay.
Nik Azis Nik Pa (1990). Program pendidikan pelajar pintar cerdas: Teori dan praktik.
Petaling Jaya: Dewan Pustaka Islam.
Reis, S. (2004). Curiculum For Gifted and Talented Students. Thousand Oaks, California
: Corwin Press.
Renzulli, J. S. 2000. The identification and development of giftedness as a paradigm for
school reform. Journal of Science Education and Technology 9(2) : 95-114.
Rowlands. P. (1974). Gifted children and their problems. London : J.M Dent & Sons Ltd.
21

Silverman, L. K. (1993). Counselling The Gifted and Talented. Love: Denver.
Stopper. M.J (2000). Meeting the social and emotional needs of gifted and talented children.
London: David Fulton Publishers.
Subotnik. R.F. & Arnold. K.D. (1995). Beyond Terman: Contemporary longitudinal studies
of giftedness and talent. New Jersey: Ablex Publishing.
Woitaszewski, S. A. (2003). The contribution of emotional intelligence to the social and
academic success of gifted adolescents. Roeper Riview, Fall 2003, Vol.2 (No1).





















22

LAMPIRAN












23

STUDENTS OBSERVATION FORM III
Social and Emotional Development
Students name: ---------------------------------------------------------------
To the teacher: use this form several times throught the year. On the line beside the approprite
item, write the date on which you assessed the childs level of development.



SENSITIVITY
Takes action to help someone in need:
____________ N: Is not aware of others need.
____________ D: Sees others needs but is not sure what to do.
____________ A: Sees others needs and attempts to respond.
____________ O: Sensitive to others needs and responds with appropriate action.

Shows nonverbal awareness of others needs:
____________ N: Is not aware of others need.
____________ D: Sees others needs but is not sure what to do.
____________ A: Sees others needs and attempts to respond.
____________ O: Sensitive to others needs and responds with appropriate action.

Shows sensitivity in these ways (note all that apply):
____________ Uses empathic statements.
____________ Has a sense of justice.
____________ Has high expectation of self.
____________ Has high expectation of others.
KEY TO LETTER SYMBOLS
N= Not yet evidence A= Age-appropriate
D= developind O= Outstanding
24

STUDENTS OBSERVATION FORM IV
Fine Motor Development
Students Name: ___________________________________________
To the teacher: Use this form several times throughout the year. On the line beside the
appropriate item, write the date on which you assessed the childs level of development.
___________ Follows top-to-bottom progression.
___________ Follows left-to-right progression.
___________ Folds paper into halves.
___________ Folds paper into quarters.
___________ Folds paper into diagnonals.
___________ Uses crayon or pencil with control within a defined area.
___________ Uses scissors with control to cut a curved line.
___________ Control brush and paint.
___________ Uses scissors with control to cut make a shape.
___________ Connects a dotted outline to make a shape.
___________ Paste using one finger.
___________ Works a previously unseen puzzle of ten or more pieces.
___________ In drawing a person, includes a major body part and features.
___________ Traces objects.
___________ Copies a pattern from board to paper.
___________ Writes basic strokes.

Anda mungkin juga menyukai