Anda di halaman 1dari 8

http://ms.wikipedia.

org/wiki/Hari_Gawai
Hari Gawai
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, cari


Adalah disarankan bahawa rencana mesti digabungkan dengan Hari Gawai Dayak.
(Perbincangan)
Perayaan Hari Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat
Dayak Sarawak dan Kalimantan Barat tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta
selepas menuai yang disambut oleh masyarakat Dayak yang merangkumi pelbagai etnik. Di
Sarawak ada 25 kaum etnik Dayak terutamanya kaum Iban (atau dikenali Dayak Laut
dahulunya) yang merupakan majoriti, Bidayuh (Dayak Darat), Orang Ulu seperti Kayan,
Kenyah dan Murut dan kaum-kaum etnik yang lain-lain. Masyarakat Dayak di Kalimantan
Barat mengelar perayaan ini sebagai Gawai Padi untuk meraikan tamatnya musim menuai
padi dan menandakan permulaan musim penanaman padi yang baru..
Selepas menuai, beras sudah tentunya banyak untuk menjamu selera orang ramai dan Petara
(Tuhan) orang Dayak yang selalunya disertakan dengan korban babi dan ayam terutamanya
dan ditambahkan lagi dengan daging haiwan buas, ikan dan lauk pauk daripada hutan
belantara. Oleh itu, musim perayaan selepas musim menuai padi ini dikenali sebagai Gawai
Dayak.
Pesta Gawai disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pada jendela
waktu ini, pelbagai jenis gawai boleh diadakan mengikut kehendak dan tujuan masingmasing. Bagi mereka yang tiada gawai tradisi tertentu atau telah memeluk agama baru,
mereka meraikan Gawai Dayak yang bersifat umum dan boleh diraikan oleh mana-mana
orang berketurunan Dayak tanpa mengira agama, sama ada untuk menandakan penghasilan
musim menuai dan menyambut kedatangan tahun baru untuk musim penanaman padi yang
baru.
Sebelum begawai, seseorang Dayak boleh mengadakan upacara-upacara penyembahan yang
kecil seperti bedara mata di dalam biliknya sendiri atau bedara mansau di ruai biliknya
manakala begawai di tanju dipanggil Sandau Ari. Enchaboh Arong diraikan untuk
menyambut perolehan kepala manusia pada zaman dahulu atau pendapatan barang lain pada
zaman sekarang.
Jenis-jenis Gawai utama termasuklah:

Gawai Dayak sebagai hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan
berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baru. Ia
merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial.
Gawai Batu untuk mengasah peralatan besi seperti parang dan kapak supaya tajam
sebelum musim menebas dan menebang,
Gawai Benih untuk mendoakan benih padi membesar dengan baik dan bebuah bagus
sebelum menanam padi,[1]

Gawai Ngalihka Tanah memajak semula tanah yang tidak subur lagi[2]
Gawai Ngemali Umai mengubati huma dan padi yang sakit, [3]
Gawai Bersimpan untuk menyimpan padi setelah selesai menuai,
Gawai Burung untuk menyembah dan memuja Sengalang Burong sebagai dewa
peperangan dan pertahanan,
Gawai Mimpi untuk meraikan atau menawar petanda mimpi yang baik atau buruk, [4]
Gawai Kenyalang juga dipanggil gawai diri atau gawai tras untuk menunjukkan
kejayaan seseorang dan sebelum pergi mengayau atau merantau mencari nasib baik
atau harta benda,
Gawai Pangkung Tiang untuk memukul tiang utama rumah sesudah pindah ke rumah
baru sebelum ada kematian bagi memohon "gayu guru, gerai nyamai senang lantang
nguan menoa" (panjang umur, sihat walafiat serta senang lenang mendiami dunia,[5]
Gawai Antu yang merupakan perayaan terakhir untuk roh orang-orang yang sudah
meninggal dunia). [6]
Gawai Lada
Gawai Lelabi untuk memberitahu anak dara seseorang sudah bersedia untuk kahwin
atau maljis melah pinang (perkahwinan).
Gawai Getah
Gawai Mangkong Tiang
Gawai Nangga Langit
Gawai Nama Ke Tajau
Gawai Ngemali Umai
Gawai Nimang Bulu
Gawai Sakit untuk meminta penyembuhan orang yang sakit
Gawai Tajau untuk meraikan perolehan tempayan oleh seseorang, [7]
Gawai Tuah untuk memcari atau memasukkan tuah ke dalam bilik seseorang,

Ada dua lagi jenis gawai yang boleh diraikan sekitar Hari Gawai atau jika mendapat mimpi
iaitu:

Gawai Nimang Bulu untuk memanjangkan umur sesorang yang mendirikan gawai ini
di mana sehelai baju bulu akan dijahit dan dibuat oleh sekumpulan wanita selepas
habis timang dinyanyikan oleh sekumpulan lemambang and Antu Gayu (Hantu
Panjang Umur) akan dijemput datang untuk menjamu piring dan mengurniakan
panjang umur. Hati babi akhirnya akan dibaca maknanya. Jadi, baju bulu itu bolehlah
dipakai oleh tuan punya gawai sewaktu rasa sakit supaya beliau merasa sentiasa
cergas dalam kehidupannya. Mengikut cerita tradisi orang Iban, Antu Gayu telah
memeberi ubat batu gayu kepada seorang leluhur yang bernama Menggin yang
panjang usianya sehingga 7 generasi sebelum dia memberitahu rahsia panjang umur
dia kepada orang lain lalu meninggal dunia.[8]
Gawai Nangga Langit untuk meminta pengampunan jika ada hantu yang menyuruh
manusia melakukan sesuatu yang tidak baik seperti membunuh 7 orang. 7 ekor babi
akan digunakan untuk gawai ini yang diadakan selama 7 hari 7 malam. 7 biji kelapa
digunakan untuk mengantikan 7 biji kepala manusia. Sebuah tangga dibina daripada
tanju ke atas bumbung rumah panjang di mana sebuah mahligai dibina untuk sesorang
yang mohon pengampunan itu boleh nampok (bertapa) di atas sana. Mengikut cerita
Iban, leluhur yang bernama Bejie yang hidup di suatu tempat yang dipanggil
Katapang telah membina tangga yang tinggi sehingga mencecak awan untuk
berjumpa petara atau Tuhan sewaktu ketika dahulu tetapi akhirnya roboh.[9]

Dua lagi jenis gawai yang muncul pada masa moden sekarang adalah Gawai Getah dan
Gawai Lada dengan kedatangan penanaman getah dan lada. [10] Gawai Getah adalah
berasaskan Gawai Batu yang bertujuan untuk mengasah tajam peralatan besi yang digunakan
untuk penorehan getah manakala Gawai Lada dimodelkan daripada Gawai Ngemali Umai
yang bertujuan untuk menghindari penyakit dan makluk perosak yang sangat mudah
menyerang pokok lada.
Sewaktu perayaan ke semua jenis gawai, satu bentuk penyembahan dan pengorbanan ialah
piring dan genselan daripada haiwan seperti ayam atau khinzir. Piring ada beberapa peringkat
iaitu:

piring 3 biji untuk minta ampun atau antu seluwak,


piring 5 biji untuk minta sesuatu atau mengiringi bejalai pegi (merantau),
piring 7 biji untuk begawai atau bujang berani dan
piring 9 untuk sangkong atau turu.

Pemilihan leka atau turun (biji) piring adalah bergantung dengan berapa orang petara (Tuhan)
yang dijemput hadir untuk menjamu piring yang disediakan. [11]
Berapa banyak agihan (jumlah) piring yang disediakan selalunya bergantung kepada berapa
bahagian di bilik rumah dan umai (huma) atau sawah dan kebun sesorang itu seperti empat
sudut bilik, satu di dapur, satu di tempayan beras, satu di ruai, satu di tanaju, satu di tempat
mandian (pendai atau jelatong), satu di huma dan satu lagi di kebun. [12]
Dayak Iban ada seorang Bunsu (Kree) Petara atau disebut Raja Entala dan di bawahnya ada
tujuh orang petara yang sentiasa disembah dan diminta pertolongan:

Sengalang Burung sebagai Tuhan Peperangan, Perlindungan dan Keamanan


Menjaya Manang sebagai manang pertama and Tuhan Perubatan
Sempulang Gana dengan Semarugah sebagai Tuhan Pertanian dan Tanah
Biku Bunsu Petara sebagai imam dan Tuhan Bahan
Selempandai sebagai Tuhan Penciptaan
Ini Inda/Inee/Andan sabagai seorang doktor semulajadi dan Tuhan Keadilan
Anda Mara sebagai Tuhan Kekayaan [13][14]

Jadi, petara tertentu akan dijemput dan diundang untuk jenis gawai tertentu misalanya:

Untuk Gawai Burong, Sengalang Burung dipanggil sebagai tetamu terhormat.


Untuk Gawai Tuah, Anda Mara dipanggil khas.
Untuk belian atau Gawai Sakit, manang panggil minta tolong Menjaya untuk orang
dewasa atau Ini Andan untuk budak-budak.
Untuk Gawai yang berkaitan dengan pertanian, petara yang dipanggil ialah
Sempulang Gana.
Untuk Gawai lelabi, Selampandai akan dipuja untuk mendapat banyak anak.

Sebelum upacara miring dimulakan, barang-barang piring akan dibiau (dibersihkan secara
simbolik) dengan seekor ayam dengan doa yang ringkas untuk memberitahu miring akan
dimulakan. Selepas habis miring, piring yang telah siap dihidangkan akan didoakan dengan
seekor ayam dan leka sampi piring [15] oleh seseorang yang berpengalaman dan dihormati
oeleh orang ramai.

Antara gawai yang paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu. [16] [17]
Setelah mengayau dihapuskan, Gawai Burong digunakan untuk memohon penyembuhan
orang sakit selalunya setelah diberitahu dalam mimpi.
Gawai Burung mempunyai 9 peringkat perayaan dengan tiang chandi yang berlainan jenisnya
seperti berikut:

Gawai Kalingkang
Gawai Sandong
Gawai Sawi
Gawai Salangking
Gawai Mulong Merangau or Lemba Bumbun
Gawai Gajah Meram
Gawai Meligai
Gawai Ranyai or Mudur Ruruh
Gawai Gerasi Papa [18]

Gawai Burong bertujuan untuk menyembah dan memuja Sengalang Burong yang boleh
mejelma menjadi helang (Brahminy Kite) dan para menantunya yang menjadi tujuh burung
pantang atau bisa seperti berikut :

Ketupong (Jaloh atau Kikeh)


Beragai
Pangkas (Kutok)
Bejampong
Embuas
Kelabu Papau Senabong
Nendak[19]

Gawai Tuah ada tiga peringkat supaya hati babi menjadi baik seperti berikut:

nimang tuah (mencari tuah)


gawai nama ke tuah (memasukkan tuah)
Gawai Tangga Tuah Panggau Tali Raja (membuat tangga tuah) [20]

Biasanya Gawai Tuah diraikan apabila seseorang diberi ubat atau pengaroh (azimat) oleh
Petara, hantu atau bunsu jelu (bungsu haiwan) yang baik hati.
Sebelum Gawai Sakit, ada beberapa usaha penyembuhan yang boleh diiktiarkan seperti:

begama (besentuh) oleh dukun yang biasanya akan membaca pucau (jampi serapah)
untuk penyembuhan,
belian (ada beberapa jenis pelian mengikut jenis penyakit oleh manang (bomoh),
besugi sakit untuk meminta penyembuhan dengan kuasa ajaib daripada Keling atau
berenong sakit untuk meminta penyembuhan dengan kuasa ajaib daripada Sengalang
Burong. [21]

Pada gawai-gawai ini kecuali Gawai Lelabi dan Gawai Antu, sekumpulan lemambang
(penyair) akan menyanyikan sejenis timang atau pengap (zikir) untuk setiap jenis gawai. [22]

Semasa Gawai Antu, sabak bebuah untuk sungkop atau rugan akan dimainkan oleh tukang
sabak.
Setiap gawai ada proses, prosedur dan perarakannya untuk diikuti supaya sesuatu gawai itu
mencapai tujuannya dengan berkesan.[23]
Sewaktu Gawai Kenyalang, tengkorak manusia dan patung kenyalang akan ditimang di mana
akhirnya patung kenyalang itu akan didirikan di atas sebatang tiang chandi yang kayunya
tinggi dan keras seperti tras (tebelian) selama 7 hari 7 malam sebelum diturunkan untuk
disimpan. Kepada orang Dayak Iban, kenyalang adalah dianggap sebagai raja segala burung
di dunia ini. [24] [25]
Untuk setiap gawai, seekor babi akan disikat oleh sekumpulan wanita dan di akhir gawai
selepas timang dan pengap habis dinyanyikan, babi itu akan digayang supaya hati dan
hempedu babi ditenong erti atau maksudnya sama ada nasib tuan punya gawai itu di masa
akan datang baik atau sebaliknya. [26]
Pesta Gawai Dayak di Sarawak yang diraikan untuk kegembiraan disambut meriah sekali di
bandar-bandar dan di desa-desa dengan didahului oleh upacara miring dan genselan yang
akan diikuti oleh hidangan lazat makanan tradisi seperti pansoh, lemang nasi pulut, minuman
tradisi terutamanya tuak iaitu 'arak beras pulut', persembahan tarian tradisi "ngajat", bermain
main suara tradisi dan bersuka-ria.
Pesta Gawai Dayak di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964. Mulamulanya, hari cuti umum ini dikenali sebagai Hari Sarawak semasa zaman penjajahan Brooke
tetapi selepas penubuhan Persekutuan Malaysia, hari cuti umum ini pada setiap 31 May dan 1
Jun dinamakan Gawai Dayak. [27]
Di Kalimantan Barat ada beberapa jenis gawai yang diraikan oleh pelbagai kaum seperti
upacara mengayau [28] dan upacara gawai agama Kaharingan oleh Dayak Ngaju.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


1. Panjat Celebrations of Death: The Anthropology of Mortuary Ritual, By Peter Metcalf
2. Panjat http://enseraenggaucheritaiban.blogspot.com/2011/09/kumang-betelu.html
3. Panjat The Sarawak Museum Journal, Volume 40, Issue 1, Sarawak Museum., 1989 Borneo
4. Panjat The Encyclopaedia of Iban Studies: A-G, Vinson H. Sutlive, Joanne Sutlive, Tun
Jugah Foundation, 2001 - Borneo - 2783 pages
5. Panjat http://gnmawar.wordpress.com/gawai-iban/gawai-pangkong-tiang/
6. Panjat http://gnmawar.wordpress.com/adat-iban/part-1-iban-adat-law-and-custom/
7. Panjat Borneo Writing and Related Matters, Tom Harrisson, Benedict Sandin, Sarawak
Museum, 1966 - Ethnology - 426 pages
8. Panjat http://gnmawar.wordpress.com/jerita-lama/iban-migration-peturun-iban/early-ibanmigration-part-1/
9. Panjat http://gnmawar.wordpress.com/jerita-lama/iban-migration-peturun-iban/early-ibanmigration-part-1/
10. Panjat Symbolic Elements of Saribas Iban Rites of Padi Storage by Clifford Sather
11. Panjat http://ibanology.wordpress.com/2013/06/04/petara-iban/
12. Panjat http://gnmawar.wordpress.com/main-asal-iban/pengawa-miring-enggau-parengkapiring/

13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.

Panjat http://ibanology.wordpress.com/2013/04/19/1293/
Panjat http://ibanology.wordpress.com/2013/04/21/7-iban-gods-from-raja-chenanum/
Panjat http://gnmawar.wordpress.com/leka-main-iban/leka-biau-piring/
Panjat Gawai Dayak revisited
Panjat Asian mythologies By Yves Bonnefoy, Wendy Doniger
Panjat http://gnmawar.wordpress.com/gawai-iban/gawai-burong-the-iban-bird-feastival/
Panjat http://ibanpedia.wordpress.com/category/adat-asal/jalai-pengarap/petara-iban/
Panjat http://gnmawar.wordpress.com/gawai-iban/
Panjat http://gnmawar.wordpress.com/gawai-iban/gawai-sakit/
Panjat http://eprints.usm.my/9122/
Panjat http://gnmawar.wordpress.com/gawai-iban/
Panjat http://www.califmall.com/markajohnson/Asiat01.html
Panjat http://jacobus45.blogspot.com/2012/12/gawai-kenyalang-james-mei-1998.html
Panjat http://bizniz87.wordpress.com/2012/06/12/nenungataubabi/
Panjat Celebrations of death By Peter Metcalf, Richard Huntington
Panjat http://www.melayuonline.com/ind/culture/dig/2586/mengayau-upacara-keberanianlaki-laki-dayak-iban-kalimantan-barat

[sorok]

p
b
s

Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia


Negeri

Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Negeri Perak
Perlis
Pulau Pinang
Sabah
Sarawak
Selangor
Terengganu

Kuala Lumpur
Labuan
Putrajaya
Wilayah Persekutuan
<img src="//ms.wikipedia.org/wiki/Special:CentralAutoLogin/start?type=1x1" alt="" title=""
width="1" height="1" style="border: none; position: absolute;" />
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Hari_Gawai&oldid=3490937"
Kategori:

Rencana yang mesti digabungkan


Semua rencana yang mesti digabungkan
Hari perayaan
Pesta menuai

Menu pandu arah


Alatan peribadi

Buka akaun
Log masuk

Ruang nama

Rencana
Perbincangan

Kelainan
Rupa

Baca
Sunting
Sunting sumber
Lihat sejarah

Lain

Sunting puncak

Cari
Khas:Gelintar

Pergi

Pandu arah

Laman Utama
Tinjau
Hal semasa
Rencana rawak

Perhubungan

Tentang Wikipedia
Portal masyarakat
Perubahan terkini
Hubungi kami
Menderma
Bantuan
Kedai Kopi

Cetak/eksport

Cipta buku
Muat turun sebagai PDF
Versi boleh cetak

Peralatan

Pautan ke laman ini


Perubahan berkaitan
Laman khas

Pautan kekal
Maklumat laman
Petik laman ini

Bahasa

Laman ini diubah buat kali terakhir pada 17:40, 6 Oktober 2014.
Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa;
terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk
butiran lanjut.

Dasar privasi
Perihal Wikipedia
Penafian
Pembangun
Paparan mudah alih

Anda mungkin juga menyukai