Anda di halaman 1dari 19

Hari Gawai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari Perayaan Gawai Dayak secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Dayak Sarawak dan Kalimantan Barat tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta selepas menuai yang disambut oleh masyarakat Dayak yang merangkumi pelbagai etnik. Di Sarawak ada 25 kaum etnik Dayak terutamanya kaum Iban (atau dikenali Dayak Laut dahulunya) yang merupakan majoriti, Bidayuh (Dayak Darat), Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah dan Murut dan kaum-kaum etnik yang lain-lain. Masyarakat Dayak di Kalimantan Barat mengelar perayaan ini sebagai Gawai Padi untuk meraikan tamatnya musim menuai padi dan menandakan permulaan musim penanaman padi yang baru.. Selepas menuai, beras sudah tentunya banyak untuk menjamu selera orang ramai dan Petara (Tuhan) orang Dayak yang selalunya disertakan dengan korban babi dan ayam terutamanya dan ditambahkan lagi dengan daging haiwan buas, ikan dan lauk pauk daripada hutan belantara. Oleh itu, musim perayaan selepas musim menuai padi ini dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai Dayak disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pada jendela waktu ini, pelbagai jenis gawai boleh diadakan mengikut kehendak dan tujuan masing-masing. Bagi mereka yang tiada gawai tradisi tertentu atau telah memeluk agama baru, mereka meraikan Gawai Dayak yang bersifat umum dan boleh diraikan oleh mana-mana orang berketurunan Dayak tanpa mengira agama, sama ada untuk menandakan penghasilan musim menuai dan menyambut kedatangan tahun baru untuk musim penanaman padi yang baru. Sebelum begawai, seseorang Dayak boleh mengadakan upacara-upacara penyembahan yang kecil seperti bedara mata di dalam biliknya sendiri atau bedara mansau di ruai biliknya manakala begawai di tanju dipanggil Sandau Ari. Enchaboh Arong diraikan untuk menyambut perolehan kepala manusia pada zaman dahulu atau pendapatan barang lain pada zaman sekarang. Jenis-jenis Gawai utama termasuklah:

Gawai Batu untuk mengasah peralatan besi seperti parang dan kapak supaya tajam sebelum musim menebas dan menebang, Gawai Benih untuk mendoakan benih padi membesar dengan baik dan bebuah bagus sebelum menanam padi,[1] Gawai Ngalihka Tanah memajak semula tanah yang tidak subur lagi[2] Gawai Ngemali Umai mengubati huma dan padi yang sakit, [3] Gawai Bersimpan untuk menyimpan padi setelah selesai menuai,

Gawai Burung untuk menyembah dan memuja Sengalang Burong sebagai dewa peperangan dan pertahanan, Gawai Mimpi untuk meraikan atau menawar petanda mimpi yang baik atau buruk,
[4]

Gawai Kenyalang juga dipanggil gawai diri atau gawai tras untuk menunjukkan kejayaan seseorang dan sebelum pergi mengayau atau merantau mencari nasib baik atau harta benda, Gawai Pangkung Tiang untuk memukul tiang utama rumah sesudah pindah ke rumah baru sebelum ada kematian bagi memohon "gayu guru, gerai nyamai senang lantang nguan menoa" (panjang umur, sihat walafiat serta senang lenang mendiami dunia,[5] Gawai Tuah untuk memcari atau memasukkan tuah ke dalam bilik seseorang, Gawai Tajau untuk meraikan perolehan tempayan oleh seseorang, [6] Gawai Sakit untuk meminta penyembuhan orang yang sakit dan Gawai Antu yang merupakan perayaan terakhir untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia). [7] Gawai Lelabi untuk memberitahu anak dara seseorang sudah bersedia untuk kahwin atau maljis melah pinang (perkahwinan).

Ada dua lagi jenis gawai yang boleh diraikan sekitar Hari Gawai atau jika ada diberitahu dalam mimpi iaitu:

Gawai Nimang Bulu untuk memanjangkan umur sesorang yang mendirikan gawai ini di mana sehelai baju bulu akan dijahit dan dibuat oleh sekumpulan wanita selepas habis timang dinyanyikan oleh sekumpulan lemambang and Antu Gayu (Hantu Panjang Umur) akan dijemput datang untuk menjamu piring dan mengurniakan panjang umur. Hati babi akhirnya akan dibaca maknanya. Jadi, baju bulu itu bolehlah dipakai oleh tuan punya gawai sewaktu rasa sakit supaya beliau merasa sentiasa cergas dalam kehidupannya. Mengikut cerita tradisi orang Iban, Antu Gayu telah memeberi ubat batu gayu kepada seorang leluhur yang bernama Menggin yang panjang usianya sehingga 7 generasi sebelum dia memberitahu rahsia panjang umur dia kepada orang lain lalu meninggal dunia.[8] Gawai Nangga Langit untuk meminta pengampunan jika ada hantu yang menyuruh manusia melakukan sesuatu yang tidak baik seperti membunuh 7 orang. 7 ekor babi akan digunakan untuk gawai ini yang diadakan selama 7 hari 7 malam. 7 biji kelapa digunakan untuk mengantikan 7 biji kepala manusia. Sebuah tangga dibina daripada tanju ke atas bumbung rumah panjang di mana sebuah mahligai dibina untuk sesorang yang mohon pengampunan itu boleh nampok (bertapa) di atas sana. Mengikut cerita Iban, leluhur yang bernama Bejie yang hidup di suatu tempat yang dipanggil Katapang telah membina tangga yang tinggi sehingga mencecak awan untuk berjumpa petara atau Tuhan sewaktu ketika dahulu tetapi akhirnya roboh.[9]

Dua lagi jenis gawai yang muncul pada masa moden sekarang adalah Gawai Getah dan Gawai Lada dengan kedatangan penanaman getah dan lada. [10] Gawai Getah adalah berasaskan Gawai Batu yang bertujuan untuk mengasah tajam peralatan besi yang

digunakan untuk penorehan getah manakala Gawai Lada dimodelkan daripada Gawai Ngemali Umai yang bertujuan untuk menghindari penyakit dan makluk perosak yang sangat mudah menyerang pokok lada. Sewaktu perayaan ke semua jenis gawai, satu bentuk penyembahan dan pengorbanan ialah piring dan genselan daripada haiwan seperti ayam atau khinzir. Piring ada beberapa peringkat iaitu:

piring 3 biji untuk minta ampun atau antu seluwak, piring 5 biji untuk minta sesuatu atau mengiringi bejalai pegi (merantau), piring 7 biji untuk begawai atau bujang berani dan piring 9 untuk sangkong atau turu.

Pemilihan leka atau turun (biji) piring adalah bergantung dengan berapa orang petara (Tuhan) yang dijemput hadir untuk menjamu piring yang disediakan. [11] Berapa banyak agihan (jumlah) piring yang disediakan selalunya bergantung kepada berapa bahagian di bilik rumah dan umai (huma) atau sawah dan kebun sesorang itu seperti empat sudut bilik, satu di dapur, satu di tempayan beras, satu di ruai, satu di tanaju, satu di tempat mandian (pendai atau jelatong), satu di huma dan satu lagi di kebun. [12] Dayak Iban ada seorang Bunsu (Kree) Petara atau disebut Raja Entala dan di bawahnya ada tujuh orang petara yang sentiasa disembah dan diminta pertolongan:

Sengalang Burung sebagai Tuhan Peperangan, Perlindungan dan Keamanan Menjaya Manang sebagai manang pertama and Tuhan Perubatan Sempulang Gana dengan Semarugah sebagai Tuhan Pertanian dan Tanah Biku Bunsu Petara sebagai imam dan Tuhan Bahan Selempandai sebagai Tuhan Penciptaan Ini Inda/Inee/Andan sabagai seorang doktor semulajadi dan Tuhan Keadilan Anda Mara sebagai Tuhan Kekayaan [13][14]

Jadi, petara tertentu akan dijemput dan diundang untuk jenis gawai tertentu misalanya:

Untuk Gawai Burong, Sengalang Burung dipanggil sebagai tetamu terhormat. Untuk Gawai Tuah, Anda Mara dipanggil khas. Untuk belian atau Gawai Sakit, manang panggil minta tolong Menjaya untuk orang dewasa atau Ini Andan untuk budak-budak. Untuk Gawai yang berkaitan dengan pertanian, petara yang dipanggil ialah Sempulang Gana. Untuk Gawai lelabi, Selampandai akan dipuja untuk mendapat banyak anak.

Sebelum upacara miring dimulakan, barang-barang piring akan dibiau (dibersihkan secara simbolik) dengan seekor ayam dengan doa yang ringkas untuk memberitahu miring akan dimulakan. Selepas habis miring, piring yang telah siap dihidangkan akan

didoakan dengan seekor ayam dan leka sampi piring [15] oleh seseorang yang berpengalaman dan dihormati oeleh orang ramai. Antara gawai yang paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu. [16] [17] Setelah mengayau dihapuskan, Gawai Burong digunakan untuk memohon penyembuhan orang sakit selalunya setelah diberitahu dalam mimpi. Gawai Burung mempunyai 9 peringkat perayaan dengan tiang chandi yang berlainan jenisnya seperti berikut:

Gawai Kalingkang Gawai Sandong Gawai Sawi Gawai Salangking Gawai Mulong Merangau or Lemba Bumbun Gawai Gajah Meram Gawai Meligai Gawai Ranyai or Mudur Ruruh Gawai Gerasi Papa [18]

Gawai Burong bertujuan untuk menyembah dan memuja Sengalang Burong yang boleh mejelma menjadi helang (Brahminy Kite) dan para menantunya yang menjadi tujuh burung pantang atau bisa seperti berikut :

Ketupong (Jaloh atau Kikeh) Beragai Pangkas (Kutok) Bejampong Embuas Kelabu Papau Senabong Nendak[19]

Gawai Tuah ada tiga peringkat supaya hati babi menjadi baik seperti berikut:

nimang tuah (mencari tuah) gawai nama ke tuah (memasukkan tuah) Gawai Tangga Tuah Panggau Tali Raja (membuat tangga tuah) [20]

Biasanya Gawai Tuah diraikan apabila seseorang diberi ubat atau pengaroh (azimat) oleh Petara, hantu atau bunsu jelu (bungsu haiwan) yang baik hati. Sebelum Gawai Sakit, ada beberapa usaha penyembuhan yang boleh diiktiarkan seperti:

begama (besentuh) oleh dukun yang biasanya akan membaca pucau (jampi serapah) untuk penyembuhan,

belian (ada beberapa jenis pelian mengikut jenis penyakit oleh manang (bomoh), besugi sakit untuk meminta penyembuhan dengan kuasa ajaib daripada Keling atau berenong sakit untuk meminta penyembuhan dengan kuasa ajaib daripada Sengalang Burong. [21]

Pada gawai-gawai ini kecuali Gawai Lelabi dan Gawai Antu, sekumpulan lemambang (penyair) akan menyanyikan sejenis timang atau pengap (zikir) untuk setiap jenis gawai. [22] Semasa Gawai Antu, sabak bebuah untuk sungkop atau rugan akan dimainkan oleh tukang sabak. Setiap gawai ada proses, prosedur dan perarakannya untuk diikuti supaya sesuatu gawai itu mencapai tujuannya dengan berkesan.[23] Sewaktu Gawai Kenyalang, tengkorak manusia dan patung kenyalang akan ditimang di mana akhirnya patung kenyalang itu akan didirikan di atas sebatang tiang chandi yang kayunya tinggi dan keras seperti tras (tebelian) selama 7 hari 7 malam sebelum diturunkan untuk disimpan. Kepada orang Dayak Iban, kenyalang adalah dianggap sebagai raja segala burung di dunia ini. [24] [25] Untuk setiap gawai, seekor babi akan disikat oleh sekumpulan wanita dan di akhir gawai selepas timang dan pengap habis dinyanyikan, babi ayam kampung serta khinzir akan dikorbankan supaya hati dan hempedu babi ditenong erti atau maksudnya sama ada nasib tuan punya gawai itu di masa akan datang baik atau sebaliknya Pesta Gawai Dayak di Sarawak yang diraikan untuk kegembiraan disambut meriah sekali di bandar-bandar dan di desa-desa dengan didahului oleh upacara miring dan genselan yang akan diikuti oleh hidangan lazat makanan tradisi seperti pansoh, lemang nasi pulut, minuman tradisi terutamanya tuak iaitu 'arak beras pulut', persembahan tarian tradisi "ngajat", bermain main suara tradisi dan bersuka-ria. Pesta Gawai Dayak di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964. Mula-mulanya, hari cuti umum ini dikenali sebagai Hari Sarawak semasa zaman penjajahan Brooke tetapi selepas penubuhan Persekutuan Malaysia, hari cuti umum ini pada setiap 31 May dan 1 Jun dinamakan Gawai Dayak. [27] Di Kalimantan Barat ada beberapa jenis gawai yang diraikan oleh pelbagai kaum seperti upacara mengayau [28] dan upacara gawai agama Kaharingan oleh Dayak Ngaju.

Hari Gawai: Perayaan Kaum Iban di Negeri Sarawak


Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.

Iban

Bidayuh

Tuak Tuak diperbuat daripada sejenis beras dipanggil "Beras Pulut". Beras tersebut akan di rendam bersama air di dalam tempayan atau dikenali sebagai "Tajau". Proses tersebut akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ia boleh diminum dan beras tersebut juga akan menjadi sejenis makanan dipanggil "Nasi Tapai". Namun pada masa kini proses pembuatan tuak berlainan sedikit iaitu selain dibuat menggunakan beras pulut, ia juga dicampur dengan gula pasir supaya rasanya manis. Biasanya Tuak akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti perayaan gawai dayak, gawai hantu,gawai burung dan sebagainya. Selain daripada masyarakat Iban, terdapat juga masyarakat lain seperti Bidayuh, Orang Ulu juga membuat tuak dengan cara mereka sendiri. Tuak juga boleh membawa kesan yang mudarat seperti mabuk, khayal,muntah sekiranya diminum berlebihan.

Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas

bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai. Setelah upacara persembahan telah selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruh masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama air tuak. Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya.

lesung

Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamirkan. Anak dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka. Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.

Ngajat

Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian semasa menyambut Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu ia ditarikan selepas mereka kembali dari berperang. Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras diperbuat dari kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.

Tarian ini tarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.

Satu jenis tarian ini lagi ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan. Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar. http://perayaaniban.blogspot.com/

GAWAI DAYAK

The Bidayuh Traditional Costumes. Gawai Dayak festival is celebrated by the dayak communities in Sarawak such as the Iban, Bidayuh, Kayan, Melanau, Orang Ulu and other minority groups. It is celebrated on the 1st June every year. Like any other festivals, relatives and friends, far and near get together. It is time for family and friends reunion. Tuak wine is the main beverage and kuih Jala, pangsuh are special dishes consume during Gawai Dayak Festival. At night, they will have 'Kumang Gawai Competition' to choose the most beautiful lady(kumang) for the Gawai Dayak festival. The competition is to be carried out every year.

Kumang Gawai Competition and the the 'ngajat' dance performance.

The Iban Traditional Costumes.


http://skgr.zoom-a.com/Perayaan.html

HARI GAWAI

Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964. Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai.

Setelah upacara persembahan selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruh masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama air tuak. Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya. Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamirkan. Anak dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka. Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang. Sumber : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article& id=103:hari-gawai-&catid=22:perayaan-perayaan

Pesta Gawai

Gawai Dayak merupakan perayaan Dayak yang merangkumi suku Iban,Bidayuh dan kumpulan Ulu.Kumpulan Orang Ulu meliputi suku Kayan,Kenyah,Kelabit,Lun Bawang,Penan,Punan dan Tatau.Gawai Dayak merupakan perayaan kemenangan dan kesyukuran setelah selesainya musim menuai.Jenis-jenis Hari Gawai adalah seperti Gawai Batu, Gawai Burung,Gawai Bersimpan dan Gawai Antu.Gawai Burung merupakan perayaan yang berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik.Gawai Bersimpan adalah perayaan kesyukuran setelah menuai.Gawai Antu pula merupakan perayaan untuk roh orang-orang yang meninggal dunia.Gawai Dayak juga dikenali sebagai Pesta Gawai.Pesta Gawai biasanya disambut pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun setiap tahun.Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun.

Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar dan desa dengan persembahan tarian,minuman tuakarak beras,dan bersuka-ria.Terdapat juga kuihmuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras,gula dan santan.Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.

Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai.Tuai Gawai akan memulakan upacara miringini diruai rumah panjang.Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.Upacara minum air pengayu dilakukan pada jam 12.00 malam dengan harapan supaya panjang umur,sihat dan makmur.Pada pagi 1 hb Jun,jam 7.00 pagi,tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang untuk menghantar piring persembahan ke tiang pengingat.Tiang pengingat ialah sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang. Pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan.Satu puisi khas akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan.Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai. Apabila selesai upacara persembahan,perayaan Gawai secara tradisi dimulakan.Masyarakat berkumpul sekitarranyaiatau pokok istiadat yang dibawa masuk ke dalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang.Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak.Ngajat Lesong merupakan salah satu acara yang paling menarik pada perayaan Gawai.Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya. Ketika perayaan Gawai,perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manikmanik yang diwarisi secara turun-temurun akan dipakai untuk dipamerkan.Anak dara orang Iban akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan kecantikan paras rupa mereka.Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.

Sambut Gawai dengan betul


by Watt Zacchaeus. Posted on May 3, 2011, Tuesday Ia hendaklah dihormati dan jangan menyalahgunakannya dengan cara yang tidak berfaedah, kata Stephen Mundaw SIBU: Sambutlah Hari Gawai dengan cara yang betul bagi mempertahankan adat resam masyarakat Dayak, kata Panglima 9 Briged Brigadier Jeneral Stephen Mundaw. Jelasnya, perayaan Gawai hendaklah dihormati oleh masyarakat Dayak dan jangan menyalahgunakan perayaan itu dengan cara yang tidak berfaedah. Hari Gawai merupakan hari yang sangat penting bagi masyarakat Dayak khususnya masyarakat Iban. Kita sebagai masyarakat Iban harus menunjukkan cara yang betul untuk menyambut perayaan tersebut sekali gus dapat memelihara adat resam sendiri. Tunjukkan kepada generasi muda kita dan juga masyarakat lain bahawa Gawai yang disambut bukan sebarang perayaan malah ia sebagai platform terbaik untuk mempertahankan adat resam supaya ia tidak ditelan zaman, ujarnya. Beliau berkata demikian semasa berucap sebagai Tuai Pengabang pada Majlis PraGawai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Permai Jaya yang berlangsung di sebuah restoran terkemuka di sini, malam kelmarin. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi JKKK Permai Jaya Lipa Maing, Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Cawangan Rajang Mejar Moses Ripai, Pengerusi SDNU Sibu Jaya Steven Rom serta para tetamu jemputan. Menurutnya, selain bergembira dan mengeratkan silaturahim dengan sanak saudara dan juga rakan taulan semasa menyambut Gawai, adat resam harus diutamakan bagi menjadikan sambutan Gawai lebih diberkati dan dimanfaatkan sepenuhnya. Jangan hanya tahu menyambut Gawai tetapi adat resam semasa menyambut Gawai, kita abaikan. Itu bukan tujuan sebenar kita menyambut Gawai kerana yang penting, Gawai hendaklah disambut dengan memanjatkan doa mengikut adat resam kita, tegasnya.

Katanya, perayaan Gawai mula diperkenalkan di negeri ini adalah pada 1957 dan ia hanya disambut di rumah panjang dan pada 1964, barulah perayaan Gawai dimasukkan ke dalam kalendar secara rasminya. Jelasnya, perayaan Gawai juga boleh menyatukan masyarakat Dayak sendiri serta mengeratkan silaturahim dengan masyarakat lain. Terdahulu, Lipa dalam ucapan aluannya, menyeru agar penduduk Dayak di Permai Jaya bersatu serta mengamalkan perpaduan bagi mencorakkan hidup yang lebih harmoni. Beliau memberitahu, ini merupakan kali kedua pada tahun ini, JKKK Permai Jaya menganjurkan majlis seumpama itu. Ini menunjukkan kita di Permai Jaya bermuafakat kerana berjaya menganjurkan program seumpama ini. Bukan mudah menganjurkan majlis sebegini kerana ia memerlukan permuafakatan semua penduduk bagi memastikan majlis ini berjaya, jelasnya. Objektif majlis diadakan kata Lipa, adalah untuk mengeratkan silaturahim di kalangan penduduk Dayak yang tinggal di Permai Jaya sekali gus dapat bersama-sama berkumpul untuk menyambut majlis tersebut. Selepas ini, saya mahu penduduk Dayak di Permai Jaya teruskan sikap yang murni itu dan bukan sahaja sesama kita malah dengan bangsa lain, tambahnya. Pada majlis yang sama, empat pelajar dari Permai Jaya telah menerima insentif masingmasing atas kecemerlangan mereka dalam peperiksaan awam yang lalu. Majlis itu diserikan lagi dengan pelbagai persembahan pentas seperti persembahan ngajat, lagu tajaan, minum ai pengayu, acara mengetas ranyai dan sebagainya. Kira-kira 300 hadirin dari Permai Jaya dan kawasan sekitarnya hadir bagi bersama-sama merayakan majlis tersebut.

Read more: http://www.theborneopost.com/2011/05/03/sambut-gawai-denganbetul/#ixzz2qkgauBj3

191. Orang Iban tinggal di rumah panjang. Mereka diketuai oleh seorang ketua dikenali Penghulu (dipilih melalui undian setiap lima tahun sekali) Penghulu diberi gaji dan merupakan hakim yang akan mengadili kesalahan terhadap pelanggaran undang-undang adat.

192. Rumah Panjang 193. PerayaanOrang Iban 194. Gawai Antu Merupakan salah satu daripada perayaan yang terbesar dan yang paling meriah di kalangan orang Iban. Diraikan bagi memperingati roh-roh mereka yang telah mati pada setiap 15 tahun sekali. Sebelum upacara Gawai Antu diadakan, dua upacara kecil diadakan, iaitu Gawai Beban Ramu Sungkup dan Ngeretok. 195. Kedua-dua upacara ini adalah berkenaan dengan pembinaan pondok sungkup di kubur-kubur saudara mara mereka yang telah mati. Acara ini merupakan satu kemestian kepada masyarakat Iban khususnya di Saribas, Kalaka dan Skrang. Mereka akan bersalah sekiranya sungkup tidak dapat dibina. Keduadua upacara ini diadakan secara bekerjasama di antara saudara mara sama ada yang dekat atau jauh. 196. Hari Gawai AntuTarian Sumazau semasa Hari Gawai Antu 197. Hari Mantar Disambut sebelum Gawai Antu diadakan. Diketuai oleh Tuai Gawai dan diikuti oleh Tuai Rumah dan beberapa orang lelaki dan wanita. Para pahlawan akan ditanya adakah mereka mendengar bunyi-bunyi yang membawa petanda-petanda buruk semasa dalam perjalanan ke pesta berkenaan. 198. Sekiranya ada, mereka akan dijamu tuak. Sekiranya mereka terserempak dengan ular tedung melintasi jalan, satu penyembahan akan diadakan di rumah panjang. Sejenis arak yang dibuat daripada beras. 199. Pembinaan Sungkup Sempena Gawai Pada awal pagi esoknya, orang-orang lelaki, wanita dan anak-anak muda membawa peralatan membuat sungkup, makanan dan minuman ke kubur dengan menaiki bot atau berjalan kaki bergantung kepada kedudukan kubur. Bahan-bahan membuat sungkup berkenaan terlebih dahulu disemah dengan darah ayam sebelum dicacakkan.

Anda mungkin juga menyukai