Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN INDIVIDU RANCANGAN PENGAJARAN PEMANASAN BOLA TAMPAR

Pelaksanakan pemanasan badan merupakan salah satu tugasan kerja kursus


pendek dalam subjek Pendidikan Jasmani PJM 3112 ( Permainan Bola Tampar dan Bola
Baling). Kerja kursus ini adalah salah satu tugasan yang wajib dipelajari oleh pelajar semester 4
major Pendidikan Jasmani.
Dalam pengajaran Bola baling, bahagian kedua iaitu perkembangan, saya telah
melaksanakan aktiviti manipulasi alatan. Saya telah melaksanakan aktiviti manipulasi alatan
saya selama 15 minit. Pada mulanya, saya telah menyarankan murid-murid untuk membentuk 2
kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Hal ini kerana, saya telah mengadakan aktiviti
menghantar dan menerima alatan dengan menggunakan dua belah tangan.
Aktiviti yang saya melaksanakan telah meningkatkan penguasaan pelajar
menggunakan bola dengan kedua dua belah tangan. Ini akan membantu mereka untuk
bermain tanpa bergantung kepada sebelah tangan sahaja. Selain itu, penggunaan dua belah
tangan semasa bermain akan meningkatkan gaya permainan mereka dan dapat menjaringkan
gol lalu dapat mengelecek bola dalam situasi permainan yang sukar.
Selain itu, aktiviti lain yang telah saya mengajar dalam perkembangan ialah setiap
murid perlu mencari pasangan untuk membuat balingan bola antara mereka. Mereka perlu
menghantar bola kepada rakan pasangan mereka sambil bergerak dalam jarak 5 meter. Aktiviti
ini akan menjadi satu aktiviti yang ansur maju bagi membuat balingan bola kepada rakan
sepasukan mereka dalam pertandingan. Pergerakan yang diterapkan ini akan menjadikan
dapat berlari sambil menyambut bola yang dibaling kepada mereka. Aktiviti ini akan
meningkatkan koordinasi antara mata dan pergerakan mereka semasa permainan bola baling
ini.
Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian ini merupakan pengalaman yang amat
bermanfaat bagi saya. Saya dapat belajar merancang aktiviti yang sesuai kepada para pelajar
bagi mereka dapat belajar permainan bola baling ini dengan mudah dan dengan betul. Selain
itu, saya juga akan menggunakan pengalaman yang saya perolehi dalam pengajaran bola
baling ini pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai