Anda di halaman 1dari 28

NOTA EDU3108

BAB 1 KONSEP MENGAJAR SEBAGAI SATU PROFESION


1) Pengenalan;
- Kamus Dewan (2005) suatu bidang pekerjaan yang
memerlukan pendidikan, kecekapan serta kemahiran yang tinggi
dan latihan yang khas.
- Profesion juga merujuk kepada suatu pekerjaan yang
melaksanakan fungsi sosial yang penting.
2) Ciri-ciri Profesion;
- Merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan
matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara.
- Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek
semasa memberi perkhidmatan.
- Pekerja mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang
kemahiran ikhtisas mengikut satu tempoh masa tertentu.
- Pakar dalam bidang pekerjaan .
- Mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugas.
- Mementingkan mutu perkhidmatan.
- Berdedikasi dan tidak mementingkan ganjaran dalam
menjalankan tugas.
- Pekerja terdiri daripada ahli satu organisasi yang berkuasa
menentukan kemasukan, mengawal mutu dan penyingkiran ahli.
- Mematuhi kod etika profesion

3) Konsep Profesional;
- Ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam
suatu profesion.
- Ornstein & Levine (1993) -4 atribut dalam suatu profesion:
a) penguasaan ilmu yang mendalam
b) kecekapan dan kepakaran dalam bidang
c) kod etika
d) kebenaran/persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh
masyarakat untuk beroperasi.
4) Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan;
- Perguruan diertikan sebagai pengajaran (Kamus Dewan,1989)
- Keguruan diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan
guru seperti peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru
(K.Dewan,1989).
5) GURU PROFESIONAL VS. NON PROFESIONAL
Guru Profesional;
- Mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Perguruan.
- Mempunyai autonomi menentukan kaedah mengajar dalam
bilik darjah.
- Menjadi ahli kesatuan yg menentukan kod etika sebagai
panduan dalam segala aktiviti profesional.
- Guru adalah pakar dalam pendidikan.
- Pekerjaan guru adalah perkhidmatan yang penting kepada

indidvidu dan negara.


Guru Non Profesional;
- Tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Cth: guru sandaran,
guru sementara
- Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan
tidak banyak persaingan.
- Autonomi guru adalah terhad.
- Kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru
sekiranya guru tersebut tidak mematuhi kod etika.
- Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli kesatuan
6) Ciri-ciri guru profesional (Abdul Shukor Abdullah,1998);
- Bersikap profesional
- Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori
- Berilmu
- Patuh dengan Kod Etika.
- Bermoral
- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran
- Prihatin terhadap murid dan ibubapa
- Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid.
- Mempunyai kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
- Memastikan suasana guru mengajar murid belajar dalam bilik
darjah.
- Melahirkan persekolahan berwatak supaya murid mempunyai
kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
- Taat dan setia terhadap perkhidmatannya.
- Mempertahankan martabat profesionnya.

- Menunjukkan kesetiaan terhadap kerajaan, bebas pendirian &


tidak berbelah bahagi.
7) 10 Tret Guru yang Berkesan (McEwan,2002);
- Dorongan oleh misi dan passionate
- Positif dan benar
- Guru sebagai pemimpin
- With-it-ness
- Gaya
- Kepakaran dalam motivasi
- Keberkesanan pengajaran
- Pembelajaran kandungan
- Pintar
- Celik minda
8) Model Guru Profesional -Mohamad Sani,1998) ;
Sahsiah
Bertaqwa
Berakhlak
Berperibadi mulia
Komitmen
Bersopan
Positif
Berkepimpinan
Budaya ilmu
Ketrampilan
Merancang & mengurus p & p

Memilih strategi
Kemahiran teknologi
Kemahiran generik
Kemahiran kaunseling
Menilai p & p
Ilmu
Isi kandungan
Pedagogi
Bahan
Kaedah
Teknologi
9) Seorang guru diberi autoriti dalam aspek-aspek berikut:
- Kaedah mengajar
- Kawalan sosial di sekolah
- Kawalan disiplin murid
- Hal-hal tingkah laku dan perkembangan murid
- GERKO
- Pembimbing kepada murid

BAB 2 KOD ETIKA DAN AKAUNTABILITI KEGURUAN


1.Konsep Etika
- sistem tingkah laku kumpulan manusia / organisasi.
- nilai moral yang baik / buruk
- masyarakat menganalisis, menilai, sama ada mengikut
peraturan yang telah ditetapkan.
- guru perlu menjaga kod etika demi status, akhlak dan maruah.
2) Kod Etika Keguruan
Tanggungjawab terhadap pelajar
- mengutamakan kebajikan dan dan keselamatan pelajar
- bersikap adil terhadap pelajar
- merahsiakan maklumat ikhtisas
- membimbing /mengajar pelajar tanpa sebarang bayaran
- menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku
- memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas
Tanggungjawab terhadap ibu bapa
- Menghormati tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak
mereka.
- Mewujudkan hubungan yang mesra dan kerjasama.
- Mengganggap semua maklumat yang diberi ibu bapa sulit.
- Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anakanak mereka.
- Mengelakkan daripada menggunakan/dipengaruhi oleh
kedudukan sosial/ekonomi ibu bapa.

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara


- Tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan pelajar,
masyarakat atau negara
- Memupuk sikap dan nilai supaya menjadi warganegara yang
taat setia, bertanggungjawab
- Menghormati masyarakat tempat berkhidmat
- Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru
dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
- Berpegang pada tingkah laku yang sopan dan diterima
masyarakat.

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion


- Mengelakkan diri daripada membuat kenyataan yang boleh
mencemarkan nama baik rakan sejawat dihadapan pelajar atau
ibu bapa.
- Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan
kecekapan sebagai guru.
- Berusaha menunaikan tanggungjawab.
- Sentiasa membantu rakan yang baru dalam profesion
perguruan.
- Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik
profesion perguruan.
- Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
3) Akauntabiliti Guru;
Konsep
- Tanggungjawab kepada seseorang/sesuatu

- Tanggungjawab kepada profesion perguruan


- Leslie Kaplan & William Owings (2001), akauntabiliti guru
sebagai;
kualiti guru
kualiti pengajaran.
Akauntabiliti terhadap diri / perlakuan
- Berilmu pengetahuan dan berkemahiran menyampaikan
maklumat.
- Kemahiran interpersonal.
- Membentuk soalan penilaian.
- Pengurusan bilik darjah
- Memotivasikan pelajar
- Pengurusan disiplin
Akauntabiliti terhadap murid-murid dan ibu bapa
- Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
- Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid.
- Bersikap adil dengan setiap murid.
- Membimbing murid-murid tanpa mengenakan sebarang
bayaran.
- Memberi contoh yang terbaik kepada murid-murid.
Akauntabiliti terhadap profesion
- Melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
- Menjadi suri teladan yang baik kepada murid-murid.
- Membantu rakan sejawat
- Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang mencemarkan
profesion perguruan.
Akauntabiliti terhadap bangsa dan negara

- Menjalankan tugas menyebarkan cita dan matlamat FPN dan


RN.
- Memupuk nilai murni yang sesuai dengan masyarakat berbilang
kaum.
- Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
- Mengeratkan persefahaman dengan ikhlas dalam kalangan ibu
bapa
- Memberi sumbangan sukarela kepada negara.
4) Integriti Guru
- Integriti bermaksud wholeness atau completenesskesempurnaan
- Nillsen 2004, bermaksud keikhlasan dan kejujuran
- Institut Integriti Malaysia- kualiti yg wujud secara keseluruhan
dan padu kepada individu dan organisasi
- Berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan
sehari-hari
- Integriti guru bermaksud guru perlu melaksanakan amanah dan
kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan
umum.
- Guru harus mengamalkan Kod Etika Profesion dan Piagam
Pelanggan demi mewujudkan budaya kerja organisasi yang
bersistem.
- Guru yang berintegriti akan melaksanakan tugasnya dengan
amanah dan mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang
kepada pelajar
- Guru yang melaksanakan tugas dengan ikhlas mampu
merancang p&p yang terbaik

BAB 3 ISU ETIKA GURU


Maksud etika :
-cara atau hukum yang tidak bertulis berkenaan adab tertib
dalam pergaulan
Maksud Etika Guru :
- Suatu sistem yang diatur sebagai panduan untuk diikuti oleh
guru supaya guru saling menghormati, mempunyai kesantunan,
kepedulian terhadap profesionnya serta boleh menguruskan
kehidupan dengan baik
Etika perlu dalam profesion perguruan :
- Supaya segala tindakan guru dilihat telah menjaga kepentingan
masyarakat yang berhubung dengan mereka
- Supaya tingkah laku guru sesuai dengan adat kebiasaan yang
berlaku dan tidak bertentangan dengan hak asasi umum.
- Guru dikawal oleh etika perguruan.
Fokus Etika Guru :
- Kesantunan guru
- Kepedulian guru
- Penampilan guru
- Berniaga di sekolah
- Pengurusan masa
- Kerjaya sambilan
- Kerjaya sambilan
- Pengurusan kewangan

1.0 ISU KESANTUNAN GURU


- Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang
berlaku dalam masyarakat.
- Fokus kesantunan guru ialah :
a) Perlakuan dalam percakapan
- Kawalan suara
- Memonopoli sidang perbualan
- Cakap banyak
- Puji diri secara langsung dan tidak
b) Tatacara berkomunikasi
- Ikut norma budaya setempat, bukan tatacara kita sahaja.
2.0 ISU KEPEDULIAN GURU
- Definisi ; perwakilan komposit perasaan, pemikiran, dan
perhatian yang diberikan kepada sesuatu isu/tugas
- Perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberikan guru
terhadap isu atau tugasnya.
- Gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh
guru terhadap isu yang dihadapi semasa melaksanakan tugasnya.
- Kepedulian merupakan kuasa yang akan menggerakkan suatu
proses perubahan (Havelock 1995)
- Guru perlu :
a) Sedar atas perubahan
b) Minat pada perubahan
c) Mengenali pembawa perubahan
d) Mengurus perubahan
e) Menilai kesan perubahan
f) Bekerjasama dengan rakan
g) Membuat penambahbaikan

- Kepedulian dari segi penyempurnaan diri


: urus hal kehidupan seharian
: jangan sampai masalah kehidupan mengganggu tugas
- Kepedulian terhadp tugas pengajaran
: ambil peduli tentang bahan, kaedah dan beban PNP
: bimbang terhadap perasaan murid terhadap guru
- Kepedulian terhadap impak pengajaran
: yakin terhadap kebolehan pelajar
: guru lebih fokus kepada keperluan pelajar dan
penambahbaikan

BAB 4 PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU


Teori Keprihatinan (Fuller 1969)
- Peringkat Keprihatinan Diri
- Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas
- Peringkat Impak
Prihatin Diri :
- Apakah pelajar suka saya?
- Bolehkah saya mengajar apabila diselia?
- Apakah yang dikatakan oleh guru lain tentang saya.
- Apakah BBM saya sesuai dengan murid?
Peringkat Impak :
- Bagaimana cara saya memotivasikan murid saya?
- Apakah cara saya mewujudkan rasa kejayaan dalam kalangan
pelajar saya?

- Adakah pelajar saya mempunyai disiplin yang tinggi?


Teori 5 Peringkat Perkembangan Guru
- Peringkat novis
- Peringkat novis lanjutan
- Peringkat cekap
- Peringkat mahir
- Peringkat pakar
Cabaran Guru Permulaan
- Dikatakan pasif, tak kreatif dan imaginative
- Belum mencapai tahap yang dikehendaki pihak sekolah
- Masalah penyesuaian diri dengan reality sekolah dan bilik
darjah.
- Mula mengaplikasikan kaedah mengajar
- Memahami fakta, konsep dan perkara asas pengajaran
- Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas guru
- Kurang berupaya menangani tugas harian guru
Guru Cekap :
- Ada kecekapan pada tahap minimum
- Guru mula kenali lebih banyak prinsip, konsep dan elemen
dengan merujuk situasi khusus.
- Guru memiliki kemampuan menyelesaikan masalah PNP.
Guru Mahir
- Terbaik dalam bidang
- Menjadi teladan profesionalisme
- Terlibat sepenuhnya dalam kokurikulum

Guru Pakar
- Menyerlahkan diri secara profesionalisme
- Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi
pengendalian bilik darjah.
- Dianggap sebagai bidang yang berautoriti bercakap dalam
bidang profesionalnya.
Konsep Sekolah dan Guru Berkesan
Konsep sekolah berkesan diperkenalkan dengan matlamat
membawa sistem pendidikan kearah kecemerlangan seiring
dengan slogan membawa sistem pendidikan ke taraf dunia.
Guru Cekap
Menjadi guru cekap :
- Kecekapan profesionalisme
- Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip
- Keutuhan peribadi
- Kecekapan menggunakan teknologi maklumat
Ciri-ciri guru cekap :
1) Ciri peribadi bermatlamat, fikiran positif, yakin dan sabar
2) Ciri mengajar gaya tersendiri, kepakaran, bermotivasi
3) Ciri intelektual suka membaca, mempunyai mental-life yang
segar, mempunyai kesungguhan kendiri dan minda sihat dan
terbuka.
Prinsip Guru Cekap :
- Do It Right First Time : setiap kerja mesti cekap dan kurang silap

- Guru mengajar murid belajar : mengajar, membuat persediaan


dan beri murid semangat belajar bersungguh-sungguh
- Berkongsi visi yang sama
- Bakti disemai bukti dituai
- Penambahbaikan berterusan
- Mencegah masalah lebih utama dari menyelesaikan masalah :
guru perlu proaktif
Ciri guru berkesan :
- Profesional
- Mempamer kekuatan teori
- Kaya ilmu
- Bertindak atas landasan etika kerja
- Morality yang teguh
- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran
- Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa
- Menilai kekuatan dan kelemahan murid sekolah
- Melengkapkan diri dengan kemahiran sejajar dengan tuntutan
semasa
- Menampilkan watak terpuji, berimej, peribadi mulia,
berwawasan
- Taat setia terhadap perkhidmatannya, memartabatkan
profesionnya
- Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas berpendirian
- Professional dengan PNP di sekolah
- Berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar
mempunyai ilmu, berpesonaliti sihat dan serba boleh.
Guru Mahir
- Orang yang memiliki kemampuan dan keahlian khusus dalam
bidang keguruan sehingga ia mampu melakukan tugas dan fungsi

sebagai guru dengan kemampuan maksima


- Orang yang terdidik dan terlatih dengan baik.
Guru Berintelek
- Guru perlulah menanamkan sifat ingin tahu, yang akan
mendorong diri mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia
pendidikan yang sering berubah-ubah (up to date)
Guru mahir perlulah :
- Mahir berkomunikasi. Guru yang mahir berkomunikasi
dengananak muridnya akan mghasilkan suasana pembelajaran
yang lebih dinamik
- Dapat memberikan motivasi yang berkesan
- Murid menerima motivasi secara berhemah dan berhikmah.
- Meningkatkan kebolehan penggunaan ICT, mengekalkan guru
berkualiti dengan cara sentiasa aplikasi ICT dalam PNP dan tahu
kemahiran aplikasi computer.
Kesimpulan :
Kemahiran guru yang perlu ada :
- Kemahiran penyampaian
- Kemahiran penilaian
- Kemahiran merangsang
- Kemahiran pengurusan bilik darjah
Guru Pakar
Definisi Guru Pakar :
- Guru pakar ialah guru yang mempunyai kemahiran,
pengetahuan, dan kepakaran tinggi dalam mata pelajaran
khususnya dalam PNP.

Sahsiah guru pakar :


- Sahsiah terpuji
- Berketrampilan
- Berpegang eguh kepada etika perguruan dan etika
perkhidmatan awam
- Peka dan prihatin kepada keperluan pelajar
- role model kepada warga pendidikan
Pengetahuan guru pakar :
- Menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran
- Menjadi pakar rujuk PNP
- Bijak mengurus masa, bahan dan sumber
- Mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar
Hasil kerja :
- Meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome)
- Memiliki kemahiran komunikasi tinggi dan berupaya
menyampaikan idea dan mesej yang berkesan.
Potensi :
- Berwawasan, proaktif, responsive, inovatif dalam rangka
menjalankan tugas sebagai pendidik.
Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara
- Berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang
pengkhususan dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan
mutu pendidikan Negara.
Guru Permulaan
1) Guru yang baru memulakan perkhidmatan selepas tamat

kursus perguruan di IPG atau university


2) Sosialisasi didefinisikan sebagai proses saling mempengaruhi
antara individu dalam konteks sosial sekolah selepas
penempatan baru.
3) Guru baru sering berhadapan dengan masalah sosialisasi.
Fokus isu :
- Guru baru sering menghadapi masalah :
: guru besar dan guru
: mempelajari peranan sebagai guru di luar bidang tugas
mengajar
: masalah pembelajaran dan disiplin murid
Ciri-ciri kelemahan sosialisasi guru permulaan :
- Kurang mahir urus Koku
- Kurang mahir urus aktiviti sukan
- Tidak memahami peraturan dan disiplin sekolah
- Kurang yakin kawal disiplin bilik darjah
- Kurang teori dan amalan latihan
- Tidak cukup kemahiran guna pusat sumber
- Kurang kemahiran sosial
BAB 5 PERANAN GURU SEKOLAH RENDAH
1) Peranan Guru
Pengamal Ilmu dan Kemahiran
Pembimbing
Pengamal Reflektif
Penyelidik
Agen Sosial
Agen Perubahan

Pengganti Ibu Bapa


Pembentuk Tingkah Laku
Pengurus Pembelajaran
2) Pengamal Ilmu dan Kemahiran
- Pengamal pengetahuan kandungan pedagogi.
- Menstruktur pengajaran dengan mengintegrasikan unsur
kemahiran dan nilai.
- Mempunyai peranan memindahkan ilmu dan meninggikan adab
murid.
- Mempraktikkan budaya ilmu membaca, berfikir, membuat
penyelidikan & mencari idea baru.
3) Pembimbing
- Menyemai minat dan motivasi terhadap mata pelajaran.
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid.
- Menanamkan minat dan sikap yang sihat pada alam
persekolahan & amalan seharian.
- Mengenal pasti & membantu murid yang mengalami masalah
spt pelajaran, sosioemosi & kesihatan.
4) Pengamal Reflektif
- Membantu guru permulaan menstruktur pemikiran bagi
menguasai aspek kandungan pengetahuan.
- Meningkatkan tahap profesional guru.
- Menambahbaik aktiviti P&P.
- Jika diterapkan kepada murid membolehkan mereka
memperoleh kemahiran berfikir kritis & kreatif.

5) Penyelidik
- Dapat meningkatkan kualiti P&P.
- Menjalankan pelbagai jenis penyelidikan yang berkaitan amalan
P&P.
- Menggunakan BBM dan mengkaji keberkesanannya melalui
kajian penyelidikan tindakan.
- Guru boleh menjaalankan penyelidikan biasa menggunakan
kaedah kes, soal selidik, pemerhatian & temubual.
6) Agen Sosial
- Guru agen sosialisasi.
- Guru bukan sahaja menyampaikan pengetahuan tetapi perlu
menupuk sahsiah, sikap dan nilai selaras dengan kehendak
budaya masyarakat.
- Guru berperanan sebagai pembudayaan masyarakat.
7) Agen Perubahan
- Masalah sosial masyarakat satu cabaran besar kepada
tanggungjawab guru.
- Guru berperanan mengawal kepincangan ini.
- Oleh itu guru perlu membina kesepaduan ilmu, kemahiran dan
nilai kepada murid.
- Menerapkan nilai kepimpinan demokratik.
- Peranan guru sebagai agen perubahan meliputi
- Menggunakan strategi pemusatan murid
- Mengawal sikap penyayang

- Bersikap proaktif
- Bersedia menghadapi perubahan
8) Pengganti Ibu BapA
- Guru perlu mendapat kefahaman sosiobudaya anak muridnya.
- Guru hendak peka dengan emosi, keperluan dan perubahan
sikap & tingkah laku murid.
- Murid perlu diberi dorongan dan bimbingan tanpa batasan pilih
kasih, prejudis atau diskriminasi.
9) Pembentuk Tingkah Laku
- Guru menyampaikan nilai moral, nilai agama, nilai terminal &
nilai instrumental bagi membentuk tingkah laku murid.
- Bilik darjah yang efektif menekankan pembentuk tingkah laku
(kesungguhan, kerajinan, ketekunan, persahabatan, toleransi
dan kesabaran).
10) Pengurus Pembelajaran
- Meningkatkan keyakinan dan pencapaian pelajar dalam bidang
akademik dan sosial.
- Mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial pelajar.
- Memudahkan guru mendapat sokongan dan kerjasama yang
baik daripada pelajar.
- Pelajar tidak merasakan adanya pilih kasih dan diskriminasi.
- Memupuk nilai persahabatan, kerjasama, toleransi dalam
kalangan pelajar.
- Mengurus pelbagai rutin bilik darjah dan rutin aktiviti murid.

- Menguruskan persediaan mengajar teratur dan sistematik


seperti RHP, BBM dan membuat rujukan pada bahan lain yang
terkini.
- Mengurus perancangan penilaian termasuk prosedur dan BBM.

BAB 7 STRUKTUR ORGANISASI PENDIDIKAN


VISI DAN MISI KPM
1) Visi KPM : SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI
TERBILANG
- Unggul bermaksud kehebatan yang patut ada di sekolah sama
ada dari aspek kecemerlangan akademik dan kokurikulum
mahupun siasah, prasarana dan persekitaran sekolah tersebut.
- Misi KPM: Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan
Berkualiti
- Pendidikan berkualiti ialah pendidikan yang mampu membina
masyarakat yang progresif, berdaya tahan, mampu berdepan
dengan perubahan-perubahan di peringkat global tetapi pada
waktu yg sama mendukung identiti negara berlandaskan Rukun
Negara
2) carta organisasi(http://www.moe.gov.my/?id=143)
- KPM didokong oleh 31 Bahagian, 2 Bahagian Berkanun dan 16
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
- Pengetua akan dibantu oleh 3 Penolong Kanan iaitu PK 1bertanggungjawab terhadap kurikulum dan pentadbiran

- PK2 bertanggungjawab dlm HEM


- PK3 menguruskan hal-hal kokurikulum
4) Tugas Dan Tanggungjawab Guru;
- Menyebarkan ilmu
- Pengamal dan pelaksana ilmu
- Pengamal TMK
- Role model
- Penerap nilai
- Educare/educere
- Pakar rujuk
- Pemimpin
- Mentor
- Penyelidik
- Agen sosialisasi
- Agen perubahan
- Pembina Negara Bangsa
5) Jangkaan Guru;
- Merupakan harapan dan keinginan guru yg sangat kuat untuk
memperoleh sesuatu ganjaran atau hasil setelah melakukan
sesuatu tugasan
4 bentuk jangkaan:
- jangkaan terhadap pelajar- e.g penentuan hasil pembelajaran
- Jangkaan terhadap pentadbir atau pengurus sekolah-e.g pihak
pentadbir dapat memimpin dengan penuh amanah, berintegriti

dan bersungguh-sungguh
- Jangkaaan terhadap ibu bapa dan komuniti e.g merancang
strategi bg membina jambatan yg menghubungkan ibu bapa dan
komuniti dengan pihak sekolah
- Jangkaan terhadap diri sendiri e.g meletakkan jangkaan
bahawa guru berpeluang yg luas dalam laluan kerjaya di samping
insentif dari sudut kebajikan

BAB 8 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME


GURU:PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU
1) Pembelajaran Sepanjang Hayat
- Seorang guru harus meneruskan pendidikannya sepanjang
hayat kerana pendidikan sendiri mengalami pelbagai perubahan.
- Senaraikan perubahan-perubahan yang dimaksudkan di atas.
2) Cara guru dapat memenuhi tuntutan Pembelajaran
Sepanjang Hayat
- Bengkel
- Seminar
- kursus-kursus pendek
- budaya membaca
- penyelidikan
- lawatan ke sekolah
- penandaarasan

- projek-projek komuniti
- aktif dlm persatuan akademik
3) Pembelajaran Sepanjang Hayat bermaksud motivasi kendiri
ke arah pencarian dan peningkatan ilmu secara sukarela
berdasarkan keperluan personal atau profesional.

4) Pembelajaran Peribadi
- Guru ialah contoh dan rol model paling dekat dengan murid,
maka belajar bagaimana belajar ( learn how to learn ) perlu
dipaparkan melalui perlakuan dan tindakan guru sendiri.
5) Senaraikan kaedah atau bentuk pembelajaran peribadi /
kendiri yang anda tahu
Sebagai contoh
- Program secara on-line merupakan perkembangan baru
dalam ICT dan guru boleh mendapatkan segala maklumat
tentang pengajaran dan pembelajaran secara on-line.
- Antara contoh ialah VirTEC (Virtual Teacher Education
Center)yang dibina dan menjadi satu landasan untuk
merangsang gurudalam perkembangan professional guru Bahasa
Inggeris (Mohamed Amin Embi,
6) Budaya Membaca;
- Guru perlu mengamalkan budaya membaca bagi memastikan
mereka sentiasa kemaskini dengan ilmu pengetahuan.

- Guru di Malaysia patut menggilap imej guru melalui pembacaan


bagi memastikan guru tidak terpinggir daripada kelompok
profesional yang lain.
7) Mengapa dan bagaimana?
Budaya Menyelidik
Kajian Tindakan
- Bentuk kajian paling popular dalam kalangan guru Kem.
Pelajaran Malaysia.
- Suatu pusingan (spiral) yang terdiri daripada perancangan,
tindakan, penilaian terhadap tindakan.
- Fokus kepada kajian yang spesifik ttg satu aspek pengajaran
yang guru perhatikan.
- Membentuk budaya reflektif, bersikap terbuka dan mampu
menambah baik amalan kendiri.
8) Amalan Reflektif;
Antaranya amalan refleksi melalui :
- Penulisan reflektif/jurnal
- Portfolio pengajaran
- Penyelidikann tindakan,
- Perkembangan professional on-line
- Aktiviti Pusat Kegiatan Guru
- As teachers we must believe in change, we must know it is
possible, or we wouldnt be teaching because education is a
constant process of change. Every single time you teach
something to someone, it is ingested, something is done with
it,and new human being emerges (Leo Buscaglia).

9) Kolaborasi dan Musyawarah


- Kolaborasi bermaksud bekerja dengan orang lain dlm projek
bersama yang mempunyai matlamat yang sama hendak dicapai.
- Musyawarah bermaksud rundingan yang berlangsung dan
mencapai kata sepakat terhadap sesuatu tindakan yang diambil
10) Mengapa guru perlu berkolaborasi?
Elemen-elemen kolaborasi:
- Hubungan kerja berasaskan kepercayaan guru.
- Bekerja bersama-sama secara sukarela.
- Peningkatan kemahiran seabagi usaha
berterusan.Berkolaborasi sebagai usaha berterusan tanpa
menyekat individu.
- Penghargaan terhadap mereka yang terlibat
11) Latihan dlm Perkhidmatan ( Kursus Dalam Perkhidmatan
KDP)
Fokus kepada:
- Peningkatan ilmu
- Kemahiran guru dalam pengurusan
- Pembestarian sekolah
- Teknologi maklumat dan komunikasi
- Pengurusan kokurikulum
- Transformasi kurikulum
- Pentaksiran dan penilaian
- Pedagogi terkini

12) Pembelajaran Autentik


- Bermaksud pembelajaran berasaskan aktiviti dalam suasana
sebenar yang membolehkan seseorang pelajar menumpukan
pada pengetahuan dan kemahiran seperti kemahiran berfikir dan
kemahiran menyelesaikan masalah.
13) Akses Maklumat daripada Pelbagai Sumber
- Program Adobe
- Program ERIC
- E-Pembelajaran
- E-Perpustakaan
- E-Buku
- E-Jurnal

Anda mungkin juga menyukai