Anda di halaman 1dari 4

Transkrip temubual bersama Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

Nama : Puan Noor Ashikin Binti Taharem


Tarikh : 23.07.2014
Masa : 10.00 pagi

MF

: Assalamualikum puan. Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk

ditemubual oleh saya.


GPK

: Walaikumsalam. Sama-sama. Tak apa. Lagipun saya tidak sibuk sekarang ni.

Tanyalah apa yang kamu nak tahu.


MF

:Tanggungjawab guru bukan sekadar mengajar di bilik darjah . Mereka juga perlu

bertindak secara profesional mengikut Kod Etika Perguruan. Boleh puan terangkan serba
sedikit tentang etika perguruan yang harus dititikberatkan oleh para guru?
GPK

: Oh. Etika perguruan ini sebenarnya kod yang yang guru kena patuh. Banyak

sebenarnya etika-etika guru ini kalau nak saya cerita. Mmm.. tapi saya cerita yang awak mudah
nak faham la ye.
MF

: Mmm. Boleh jugak puan.

GPK

: Nak jadi guru zaman sekarang ni bukan mudah. Banyak etika kita kena patuh.

Contohnya, pakaian kenalah kemas. Ikut cara berpakaian yang betul. Tanggunjawab kita besar.
Guru tak boleh buat mengajar sambil lewa. Senang cerita guru ni kena jujur, prihatin dengan
murid dan yang paling penting kenalah mematuhi masa. Macam tu la etika guru. nanti awak nak
jadi gur, jadilah guru yang berdedikasi.
MF

: Oh. Begitu. Bukan mudah ye nak jadi guru. sekarang ni apa yg guru buat orang

sekeliling akan nilai.


GPK

: Macam tu la. Jadi kena la banyak bersabar ye.

MF

: Berdasarkan penerangan puan sebentar tadi, di sekolah ini, siapakah guru-guru yang

mempraktikkan etika perguruan?

GPK

: oh. Kebanyakkan guru di sini semuanya mematuhi etika keguruan ni. Sepanjang saya

bertugas belum ada lagi ibu bapa, murid atau guru-guru laporkan perkara yang tak baik. Tapi
saya kagum dengan cikgu Junaidah. Cikgu pembimbing awak semasa praktikal dulu.
MF

: Mengapakah puan memilih mereka sebagai guru yang mempraktikkan etika

perguruan? Dari segi aspek apakah yang puan melihat Puan Junaidah praktikkan etika
perguruan?
GPK

:Mmm. Puan Junaidah ini orangya sangat berdedikasi kalau awak nak tahu. Lihat saja

cara dia berpakaian. Sentiasa nampak kemas. Dia juga orang yang sangat menepati masa.
Awak boleh rujuk buku rekod kehadiran. Beliau tidak pernah lewat. Cikgu Jun juga sangat
saying dan prihatin kepada murid-mjrid yang beliau ajar.
MF

: Bagaimana pula hubungan dengan rakan sejawat?

GPK

: Cikgu Jue ni walaupon macam tegas tapi beliau orang yang senang kita nak dekat.

Saya sendiri senang bekerja dengan beliau. Awak pon boleh Nampak sendirikan macam
perhubungan antara cikgu Jue dengan cikgu sekolah yang lain.
MF

: Hehe. Betul la tu puan. Cikgu Jue ni pernah dianugerahkan Guru Cemerlang tak?

GPK

: Tidak pernah. Tapi saya bercadang untuk memberikan anugerah tersebut pada tahun

hadapan. Prestasi kerja beliau sangat bagus. Nanti bila awak sudah keluar sebagai guru,
contohi la teladan yang baik. jadi guru yang berdedikasi.
MF

: Ok puan. Buat masa ini sampai sini saja soalan yang saya sediakan. Saya sangat

berterima kasih kepada puan kerana sudi meluangkan masa berharga puan untuk di temubual.
GPK

: Mmm. Tak mengapa. Saya sudi membantu. Kalau ada apa-apa perkara yang awak

perlukan bantuan jangan segan jumpa saya ye.


MF

: Baiklah puan. Terima kasih.

GPK

: Sama-sama.

Transkrip temubual bersama Guru

Nama : Encik Azuraiman


Tarikh : 24.07.2014
Masa : 9.30 pagi

MF

: Assalamualikum cikgu.

: Walaikumsalam din. Hah. Ada apa?

MF

: Nak temubual sikit tentang cikgu Junaidah. Untuk tugasan IPG ni.

: Boleh-boleh. Tanya la.

MF

: Cikgu boleh cerita sikit tentang etika guru yang diamalakan oleh cikgu Jue dan

perwatakan beliau?
G

: Mmm. Cikgu Jue ni bagus orangnya. Dia sangat rajin dan berdedikasi. Dia tidak pernah

gagal siapkan kerja yang diberi. Semua kerja dilakukan dengan teliti. Di aliran Pendidikan Khas
dia ni orang yang memang guru-guru lain hormati. Murid-murid sendiri sangat rapat dengan
beliau.
MF

: Oh. Mcam itu. Adakah cikgu Jue ni menepati masa?

: Beliau sangat mementingkan masa. Belum pernah lagi rasanya dia tiba lewat di

sekolah. Yang pasti lebih awal dari saya. Hehe


MF

: Macam mana dengan hubungan cikgu Jue dengan guru-guru yang lain?

: Cikgu ni peramah orangnya. Nampak tegas tapi peramah. Senang cerita tak susah la

nak rapat dengan dia. Sekali dah kenal memang tak abis ceritanya. Tak percaya Tanya guruguru lain. Bekerja dengan dia sangat mudah. Cikgu ni kalau kita minta bantuan jarang
ditolaknya. Kecuali kalau telalu sibuk. Cara dia bercakap juga sangat baik. Orang senang jika
berbual. Cikgu Jue kau ni memang orang yang prihatin.
MF

: Penampilan beliau pula macam mana?

:Kalau sekali pandang pon dah tau. Awak tengok la. Tak pernah satu hari pon yang tidak

kemas. Dari mula sekolah sampai habis. Ketrampilan cikgu Jue memang sangat bagus.
MF

: Ok la cikgu. Terima kasih sebab sudi menjawab soalan saya.

: Sama-sama

Anda mungkin juga menyukai