Anda di halaman 1dari 7

Kaedah Ovulasi Billings (Billings Ovulation Method)

Kaedah Ovulasi Billings (BOM) adalah salah satu kaedah perancangan


keluarga semulajadi. Konsep tentang perbezaan fertility (kesuburan)
antara lelaki yang sentiasa subur dan perempuan yang tidak sentiasa subur
telah menjadi asas BOM. Fertility atau kesuburan adalah satu elemen yang
penting untuk setiap manusia dan kebolehan seseorang wanita
mengenalpasti masa subur dan masa tidak subur adalah satu konsep baru
untuk kesedaran diri. Pengatahuan ini boleh menambah kehormatan dan
maruah diri.
Kaedah ini telah disempurnakan oleh dua orang Doktor yang
bernama Dr. John dan Evelyn Billings (suami dan isteri). Kini BOM telah
diajari kepada pasangan suami isteri dari berbagai lapisan masyarakat di
seratus buah Negara diseluruh dunia dan pengguna atau pengamal yang
paling ramai adalah dari Negeri China. BOM mempunyai banyak faedah
serta kebaikan termasuk:a)
b)
c)
d)
e)

ia murah
mudah digunakan dan boleh dipercayai
sihat dan semulajadi tanpa kesan sampingan
tidak perlu ubat-ubatan
boleh diamalkan oleh seorang wanita pada semoa peringkat usia
reproduktifnya
f) BOM menjemput pasangan bekerjasama dan berkomunikasi antara
satu sama lain
g) boleh digunakan oleh semoa kaum wanita tanpa mengira agama,
bangsa dan budaya
h) boleh diguna untuk mencapai atau menjarak kehamilan dan
i) memberi kesedaran diri (tekanan pra-haid, perubahan keadaan
fikiran atau perasaan, sensasi Moody atau Mood Swing dan
sebagainya).
BOM adalah unik dan saintifik. Ia boleh diguna pada semoa
peringkat usia reproduktif seorang wanita dan juga dalam berbagai
keadaan seperti:i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

kitaran yang regular


kitaran yang panjang
kitaran yang pendek
kitaran yang tidak regular
semasa breast feeding (anovular) (penyusuan susu ibu)
pra-putus haid dan
ketidaksuburan (infertilitiy)

Asas kaedah BOM adalah mudah, tetapi seorang wanita harus


mempunyai kebolehan untuk mengenalpasti hari subur dan hari tidak
suburnya. Apabila dia dalam keadaan subur, serviknya akan menghasilkan
mukus istimewa yang hanya disedari oleh wanita sendiri. Mukus ini pula
akan melalui perubahan dan pada masa itu wanita akan merasai sesuatu
pada vulvanya, dimana sensasi akan dititikberatkan semasa pengguna
hendak mengamalkan kaedah BOM. Dengan itu maka kebolehan
mengenalpasti hari subur dan hari tidak suburya, membenarkan wanita
yang telah berkahwin membuat pilihan untuk mencapai kehamilan atau
menjarak kehamilan, mengikut kehendak mereka sendiri. Perhubungan
jenis atau amalan menjauhi koitus boleh dijadualkan pada masa subur.

Bagaimanakah masa Subur dan masa Tidak Subur boleh


dikenalpasti oleh Pengguna?
Kitaran bermula dengan hari haid pertama dan berakhir sebelum
haid hari pertama kitaran yang berikutnya. Hari pertama pengeluaran
darah atau fasa haid dikenal sebagai hari pertama dalam kitaran. Hari
yang berikut dihitung berterusan sehingga permualaan kitaran yang
seterusnya.
Ovulasi hanya berlaku pada satu hari dalam setiap kitaran dan boleh
berlaku sehari atau dua sebelum hari kemuncak atau sehari atau dua hari
selepas hari kemuncak. Ovulasi boleh berlaku dua atau tiga kali dalam
satu kitaran dan jika ini berlaku ia akan menghasilkan kandungan kembar
atau tiga dan berlaku dalam tempoh 24 jam.

Dua Fasa Penting dalam Kitaran Haid ialah:1. fasa pra-ovulasi (sebelum ovulasi)
2. fasa post-ovulasi (selepas ovulasi-fasa luteal)
Fasa pra-ovulasi - dari hari pertama pengeluaran darah haid hingga
hari ovulasi. Fasa pra-ovulasi panjangnya fasa ini tidak tetap, tetapi fasa
luteal adalah 11 hingga 16 hari. Oleh sebab itu perbezaan panjangnya
sesuatu kitaran bergantung kepada panjangnya fasa pra-ovulasi. Walaupun
fasa pra-ovulasi berbeza, hari ovulasi masih dapat dikenalpasti kerana
sensasi mukus pada servik seseorang wanita.
Fasa post-ovulasi - dari selepas ovulasi hingga hari permulaan
pengeluaran harah haid.

Pola/Paten tidak subur (BIP)


a)

Kering sensasi kekeringan yang dialami selepas haid. Tidak


kelihatan apa-apa atau wanita tidak merasa apa-apa di vulvanya.

b)

Paten mukus yang tidak berubah (BIP) tiada hari kering selepas
berhenti haid tetapi kelihatan mukus dan adakalanya mukus itu
pekat, melekat dan sedikit atau menghasilkan sensasi melekat. Jika
tiada perubahan beberapa hari maka paten mukus ini dinamakan
mukus BIP dan pada peringkat ini paras estrogen adalah rendah.

Sekiranya seorang wanita ada paten BIP (kekeringan atau mukus


berterusan dan tidak berubah) dalam sepanjang masa kitaran haid,
kemungkinan ada tanda ketidaksuburan (inferlity). Dalam kitaran 28
hari, hanya dua atau tiga hari kekeringan atau BIP selepas berhenti
haid. Apabila paras estrogen meningkat ia akan menandakan kesuburan
bermula,
kerana
hormon
estrogen
meransangkan
servik
dan
menghasilkan mukus yang subur dan mengubah mukus BIP. Mukus yang
melekit selepas hari kekeringan mungkin menjadi tanda kepada
perubahan yang akan menghasilkan ovulasi.

Jenis Mukus
i.

Mukus jenis E1 (loafs)


dirangsangkan oleh hormon estrogen. Corak mukus melekit,
beku, pekat atau kental.

bertindak sebagai penapis kepada sperma yang mati atau yang


tidak normal

membentukan rangka menyokong mukus jenis Es

mengimbangkan sifat cecair faraz yang asidik supaya sperma


boleh hidup

menjadi banyak apabila berhampiran dengan ovulasi

Hari demi hari perhatian dijalankan dan mukus semakin menjadi lebih
jernih, bertali dan lebih banyak. Mukus berubah ke jenis Es.

ii.

Mukus jenis Es
Dihasilkan apabila paras estrogen meningkat. Mukus bercorak
cecair, bertali dan jernih seperti putih telur mentah, bersensasi
basah, licin (lubrikatif)

bentuk saluran-saluran yang memudahkan pergerakan sperma ke


tiub fallopio (tempat persenyawaan) (fertilization)

sperma boleh terus hidup dalam mukus yang subur selama 3 5


hingga hari

menjadi banyak apabila berdekatan dengan ovulasi

Panjangnya fasa kesuburan adalah diantara 2 6 hari. Ini memberi


tanda serta amaran yang cukup tentang kehampiran ovulasi dan
pasangan suami isteri perlu mengamalkan pantang atau puasa jika
tidak ingin kehamilan berlaku. Pantang/puasa bererti tanpa
sentuh/kontek organ-organ genital pasangan suami isteri, kerana
cecair pra-ejakulasi yang mengandungi sperma boleh masuk ke dalam
uterus dengan pantas sekiranya zakar lelaki tersentuh dengan
permukaan saluran faraz. Kehamilan boleh berlaku sekiranya sperma
berjaya sampai ke tiub fallopio semasa ovulasi.

Cecair pra-ejakulasi
Cecair yang dihasil oleh lelaki apabila menerima rangsangan seksual.
Cecair ini dikeluarkan sebelum pancutan air mani. Beberapa ribu sperma
terkandung dalam setitik cairan tersebut.

Hari Kemuncak
Hari kemuncak adalah hari terakhir dimana mukus bercorak paling
subur, iaitu mukus yang basah dan licin. Ovulasi boleh berlaku 1 atau 2
hari sebelum atau selepas hari kemuncak. Sperma boleh hidup 3 5 hari
dalam keadaan tersebut. Sebaik sahaja selepas ovulasi mukus mengubah
corak ke mukus jenis G (kurang subur)

Mukus jenis G (jenis gestagenik)

dirangsangkan oleh hormon progesterone, corak mukus putih


awan atau melekat

membentuk jaring yang rapat untuk menghalang penghijrahan


sperma

banyak pada peringkat lewat fasa post-ovulasi dan peringkat praovulasi

Fasa Kesuburan
Hari mukus bercorak subur basah, jernih, licin ditanda dengan
symbol 0. Fasa ini merangkumi hari kemuncak, hari sebelum dan
selepas ovulasi. Paras estrogen dan progesterone adalah tinggi.
Persetubuhan pada hari ini boleh menghasilkan kehamilan.

Fasa Ketidaksuburan fasa luteal berterusan dengn akhir fasa


kesuburan sehingga hari pertama haid. Lingkungannya 11 16 hari.
Wanita mengalami kekeringan semula. Hormon utama ialah
progesterone. Selepas ini kitaran baru akan bermula.

Semasa Mengamalkan BOM, Hari Kesuburan Temasuk!

Hari haid kerana kadang kala wanita mengalami kitaran yang


pendek maka fasa pra-ovulasi juga pendek dan darah haid mungkin
bercampur dengan mukus. Perdarahan haid boleh menyebabkan
mukus subur.

Tiga hari selepas hari kemuncak dianggap masih subur.

Mengapa tiga hari selepas hari kemuncak dianggap masih


subur?
Penyelidikan telah membuktikan bahawa ovulasi boleh berlaku
selewat dua hari selepas hari kemuncak. Ini termasuk jangkasa hidup
ovum, iaitu 6 24 jam. Pada hari keempat telah dipastikan bahawa ovum
sudah mati dan persenyawaan tidak akan berlaku.

PEMERHATIAN MUKUS
Pemerhatian yang terliti terhadap SENSASI di vulva setiap hari
amatlah penting. Simtom dan ciri-ciri sifat mukus dapat membantu wanita
tentang dan masa kesuburan dalam kitarannya.

Pemerhatian yang perlu dibuat termasuk :SENSASI

(cara merasa) yang dihasilkan oleh kehadiran atau


ketidaksuburan mukus di vulva dan sifat-sifat sensasi apabila ada mukus

di vulva serta perubahan corak dan konsistensi mukus apabila berhampiran


dengan ovulasi dan selepas ovulasi.

Catat dalam carta dengan menghuraikan ciri-ciri mukus yang dirasai


di vulva.

Catat dalam kitaran setiap hari pada waktu malam.

KITARAN-KITARAN YANG BERBEZA


1. Kitaran Pendek (mungkin 20 hari)
Haid
--------

ovulasi

-------

Hari No. 1
(Hari kemuncak)
--------------------------------------------------X---------------------------------------1, 2, 3
--------2 minggu ------ haid
kitaran pendek berlaku jika ovulasi berlaku awal. Dalam kitaran yang
pendek ovulasi mungkin berlaku selepas haid pada hari keenam atau
ketujuh. Simtom mukus mendahului ovulasi maka keluaran mukus bersama
dengan perdarahan haid.

2.

Kitaran Panjang (Fasa Pra-Ovulasi Panjang)

Haid
-----ovulasi
------------Hari No. 1 BIP kekeringan
(Hari kemuncak)
------------------------------------------------------------X------------------------------------1, 2, 3
--------2 minggu------haid

Kitaran-kitaran panjang disebabkan oleh lambatnya berlaku ovulasi maka


fasa pra-ovulasi dipanjangkan. Ovulasi yang lambat itu mungkin diiringi
dengan perharahan yang disebabkan estrogen keparas yang tinggi.

Peratutan-peraturan fasa pra-ovulasi


i.

elak perhubungan jenis pada hari haid

ii.

perhatikan SENSASI mukus apabila perdarahan haid berkurangan

iii. hari BIP (fasa tidak kesuburan) sebelum ovulasi adalah yang tidak
subur
iv. pengawasan tentang senaman apabila ada paten yang berulang-ulang
seperti:- pengeluaran mukus subur dari permulaan simtom, tanpa
pengeluaran mukus yang tidak subur, iaitu mukus corak melekat
atau lembab.
v.

elakkan perhubungan jenis pada hari perdarahan yang berlaku


dipertantaraan haid.pada hari tersebut, perhatikan pengeluaran
mukus dan sensasi, kemudian tunggu tiga hari untuk BIP berlaku
barulah boleh mengadakan hubungan jenis

vi. perubahan dari BIP adalah petunjuk untuk: menunggu


)
memerhatikan
) sambil mengamalkan penjauhan
koitus
menghitung 1, 2, 3 hari )
vii.

air mani mungkin menyamarkan mukus servik pada hari selepas


persetubuhan. Oleh sebab itu jauhi perhubungan antara organorgan genital sehingga petang keempat selepas hari kemuncak.

Rumusan:
1.

BOM boleh digunakan untuk mencapai atau menjarakkan kehamilan.

2. BOM boleh
(fertility)

membantu

pasangan

hidup

bersamaan

kesuburan

3. teknik merancang keluarga, individu, saintifik dan boleh dipercayai.

Anda mungkin juga menyukai