Anda di halaman 1dari 3

Siri 2: Nabi Idris enggan keluar dari syurga

Oleh Idris Musa


idris@hmetro.com.my

NABI Idris bin Yarad bin Mahlail adalah rasul selepas Adam yang diutuskan Allah untuk
memberikan peringatan dan petunjuk kepada keturunan Qabil, supaya mereka
meninggalkan kemungkaran dan bertaubat daripada kekufuran.

Beliau sebenarnya orang pertama menulis dengan kalam (pena), juga orang pertama
mengajar ilmu politik peradaban dan menetapkan perancangan pembangunan kota. Setiap
kumpulan dalam kaumnya mula membangunkan kota hingga terbina 188 kota ketika itu.

Martabatnya tinggi sebagaimana dinyatakan melalui surah Maryam, bermaksud: “Dan


ceritakanlah (wahai Muhammad kepada mereka kisah) Idris (yang tercatat) dalam al-
Quran. Sesungguhnya beliau seorang yang sangat mengiyakan dan seorang nabi dan
Kami mengangkatnya ke martabat tinggi.”

Keturunannya dari Syits bin Adam dan tergolong seorang moyang Nabi Nuh. Beliau
orang pertama dari keturunan Nabi Adam diberi darjat dan disebabkan usia Adam
panjang selama 1,000 tahun, beliau sempat berjumpa dengannya selama 308 tahun.

Pada masa remaja, beliau belajar dengan Syits dan apabila mencapai usia dewasa
diangkat menjadi nabi dan serentak dengan itu mula berdakwah ke arah kebaikan,
melarang kaumnya daripada melanggar syariat Nabi Adam dan Syits, namun tidak ramai
yang patuh.

Dalam dakwahnya, beliau menganjurkan kehidupan zuhud, menyuruh umatnya


melakukan solat, puasa, menunaikan zakat dan bersuci daripada hadas, di samping
melarang dan mengharamkan minuman keras.

Justeru, beliau berniat untuk berhijrah dan pengikutnya yang keberatan untuk turut sama
meninggalkan negeri itu berkata kepadanya: “Jika kita pergi dari sini, di mana lagi kita
akan menemui negeri yang sama.”

Nabi Idris berkata: “Jika kita berhijrah kerana Allah, kita akan mendapat rezeki lain.”

Mendengar jawapan Nabi Idris, pengikutnya sepakat bersama untuk berhijrah ke Mesir.
Apabila melihat Sungai Nil, mereka berhenti dan bertasbih kepada Allah, seterusnya
menyeru manusia supaya menyembah Allah dan berakhlak mulia.

Beliau dan pengikutnya menetap di Mesir selama 82 tahun. Selepas itu Allah mengangkat
beliau ke sisi-Nya. Diangkatnya ke syurga kerana amal ibadahnya banyak diterima setiap
hari. Kisahnya bermula apabila Malaikat Maut yang merinduinya meminta izin Allah
untuk mengunjunginya.
Ketika Malaikat Maut yang menyerupai seorang lelaki mengunjunginya, beliau sedang
berpuasa sepanjang tahun. Justeru, menjelang waktu berbuka malaikat datang dengan
membawa makanan dari syurga untuk beliau.

Satu ketika beliau asyik mengerjakan ibadah dan menyebabkan Malaikat Maut di sisinya
terpaksa menunggu hingga terbit fajar. Malaikat Maut yang menyerupai lelaki itu masih
duduk di sampingnya.

Kemudian mereka berjalan bersama dan meneruskan perjalanan selama empat hari.
Sepanjang tempoh itu, Nabi Idris melihat pelbagai perkara aneh daripada malaikat yang
menyerupai lelaki itu, yang memang berbeza dengan manusia biasa.

Oleh itu, Nabi Idris bertanya: “Siapakah kamu sebenarnya?“

Lelaki itu berkata: “Saya Malaikat Maut.”

Nabi Idris bertanya lagi: “Apakah kamu yang akan mencabut nyawa setiap orang?“

Lelaki itu berkata: “Ya“

Nabi Idris bertanya: “Selama empat hari kamu bersamaku, apakah kamu juga mencabut
nyawa orang?“

Lelaki itu berkata: “Ya, saya mencabut beberapa nyawa dan sesungguhnya jiwa makhluk
itu untukku sama seperti hidangan di depanku atau seperti kamu menghadapi sesuap
makanan.”

Nabi Idris berkata: “Wahai Malaikat Maut, apakah kamu datang ini sekadar berkunjung
atau mencabut nyawa aku?“

Lelaki itu berkata: “Aku datang hanya untuk berkunjung dengan izin Allah.”

Nabi Idris berkata: “Wahai Malaikat Maut, aku mempunyai keinginan denganmu.”

Lelaki itu berkata: “Apakah keinginan itu?“

Nabi Idris berkata: “Keinginan aku, supaya kamu mencabut jiwaku, kemudian Allah
menghidupkan aku kembali, sehingga aku dapat beribadah kepada Allah selepas aku
merasai sakratulmaut.”

Lelaki itu berkata: “Sesungguhnya aku tidak mencabut nyawa seseorang kecuali dengan
izin Allah.”

Kemudian Allah memberikan wahyu supaya mencabut nyawa Nabi Idris. Malaikat Maut
menurut perintah pada masa itu juga. Beliau mati buat seketika. Malaikat Maut menangis
dan memohon ampun kepada Allah, lalu meminta supaya Allah menghidupkan semula
Nabi Idris.

Allah menerima permintaan itu, lalu menghidupkan kembali Nabi Idris. Kemudian
malaikat yang menyerupai lelaki itu berkata: “Wahai saudaraku, bagaimana rasanya maut
yang kamu hadapi?“

Nabi Idris berkata: “Sesungguhnya, seperti terkupas kulit dalam keadaan hidup, rasa sakit
menghadapi maut itu lebih 1,000 kali gandanya.”

Malaikat itu berkata: “Aku lakukan khusus mencabut nyawa kamu secara berhati-hati dan
lembut, belum pernah aku lakukan terhadap orang lain.”

Nabi Idris juga diberikan keizinan untuk bersama Malaikat Maut meninjau neraka dan
syurga. Namun, apabila dapat masuk ke syurga beliau meletakkan kasutnya di bawah
pokok.

Kemudian beliau keluar dari syurga, lalu berkata: “Wahai Malaikat Maut, kasut aku
tertinggal di dalam syurga, hantarkan aku ke dalamnya.”

Beliau dihantar semula ke syurga dan kali ini beliau tidak mahu keluar lagi. Malaikat
Maut berkata: “Wahai Idris, keluarlah.”

Nabi Idris berkata: “Aku tidak akan keluar kerana Allah sudah berfirman, setiap orang itu
merasai sakratulmaut. Sesungguhnya aku sudah merasai maut.

Kemudian, Allah mewahyukan kepada malaikat, supaya meninggalkan Idris:


“Tinggalkanlah beliau (Nabi Idris), sesungguhnya Aku sudah memutuskan pada masa
penciptaannya dulu, sesungguhnya beliau termasuk ahli dan keluarga syurga.”

Anda mungkin juga menyukai