Anda di halaman 1dari 1

APA ITU PENDIDIKAN MORAL

Pendidikan Moral merupakan satu subjek yang diajar di sekolah sama ada
sekolah rendah atau sekolah menengah. Pendidikan Moral adalah satu
subjek yang mengajar tentang penerapan nilai-nilai murni dalam diri
untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Dalam konteks negara
Malaysia, subjek ini diajar kepada pelajar-pelajar bukan muslim. Hal
ini kerana, bagi pelajar muslim, mereka mempunyai subjek Pendidikan
Islam yang mana di dalam subjek ini telah diajar tentang nilai-nilai
yang baik dalam kehidupan berlandaskan agama Islam. Jadi bagi pelajar
bukan muslim pula, mereka di ajar subjek Pendidikan Moral bagi
memastikan proses penerapan nilai murni juga dapat disampaikan kepada
mereka.
KENAPA PENDIDIKAN MORAL...
Pendidikan Moral adalah satu subjek yang amat penting yang harus diajar
kepada pelajar sekolah yang mana mereka bakal menjadi pewaris kepada
generasi masa kini. Jadi bagi memastikan kehidupan mereka dipenuhi
dengan nilai-nilai murni, subjek ini diperkenalkan di sekolah-sekolah.
Dengan adanya subjek Pendidikan Moral, pelajar akan dapat mendalami
maksud nilai yang sebenarnya. Hal ini kerana, sebelum mereka menerapkan
nilai-nilai murni dalam diri, terlebih dahulu mereka harus tahu akan
kepentingan nilai murni dalam kehidupan seharian. Apabila mereka sudah
memahami erti nilai yang sebenar, maka proses penerapan nilai dalam
diri dan kehidupan mereka akan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan
akhirnya dapat membentuk insane yang cemerlang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek.
BAGAIMANA MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL...
Pelbagai kaedah boleh digunakan dalam proses pengajaran subjek
Pendidikan Moral. Namun, kaedah yang terbaik ialah kaedah yang dapat
menjadikan pelajar itu dapat menghayati dan menerapkan nilai itu dalam
diri mereka. Apabila nilai dapat diterapkan dalam diri, maka proses
untuk melaksanakan dalam kehidupan

Anda mungkin juga menyukai