Anda di halaman 1dari 31

SELAMAT DATANG

KE SUBJEK

JPAM PERAK

PENGENALAN
Tali merupakan salah satu peralatan yang mustahak
dalam Perkhidmatan Pertahanan Awam terutama
dalam kerja-kerja menyelamat mangsa dan harta
benda.
Digunakan secara meluas oleh pasukan penyelamat
ketika menjalankan tugas-tugas dalam operasi
mencari dan menyelamat.
Setiap anggota penyelamat harus mempelajari dan
mengetahui selok belok tali serta berlatih untuk
memahirkan diri dalam setiap aspek mengenai tali
seperti teknik ikatan, kegunaannya, kaedah
penggunaan dan penjagaannya mengikut klasifikasi
tali-tali tersebut.

KUMPULAN TALI
1. TALI FIBER ASLI (Natural Fibre)

2. TALI FIBER TIRUAN (Artificial Fibre)


3. TALI DAWAI (Wire Rope)

JENIS-JENIS
TALI FIBER ASLI
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Tali Belati
Manila Hemp
Tali Sisal
Tali Jut
Tali Sabut
Tali Kapas

Tali Belati

Kekuatannya sederhana dan harganya murah


Digunakan secara meluas dalam kerja menyelamat.

Manila Hemp

Diperbuat dari pokok hemp yang banyak didapati


di Filipina(Manila). Harganya murah.
Banyak digunakan di jeti-jeti pelabuhan.

Tali Sisal

Sejenis pokok yang kekuatannya sama dengan


Manila Hemp.
Kembang dan licin apabila basah serta tahan untuk
kerja-kerja biasa/harian.

Tali Jut

Diperbuat dari pokok jut (jerami) di India.


Harganya murah dan digunakan untuk kerja harian.

Tali Sabut

Diperbuat dari sabut kelapa.


Ringan, kurang kukuh dan mudah terapung.
Digunakan dalam perkhidmatan bomba laut.

Tali Kapas

Bersifat elastik (memanjang & memendek).


Lembut dan mudah rosak sekiranya bengkok.
Sapu minyak khas untuk elakkan cepat rosak.

TALI FIBRE TIRUAN


Pembuatanya di kilang-kilang pengeluaran khas dengan
menggunakan kaedah teknologi moden.
Pembuatannya lebih halus, lembut dan kukuh serta
berkualiti tinggi dibandingkan dengan fiber asli.
Disebabkan kawalan kualiti yang baik ianya digunakan
secara meluas untuk aktiviti-aktiviti lasak.
Harganya bergantung kepada kualiti, saiz dan ketahanan
dari segi penggunaan / jangka hayat.
Kerana ketahanannya, tali-tali jenis ini banyak digunakan
oleh penyelamat dalam aktiviti abseiling dan sebagainya.

JENIS-JENIS
TALI FIBER TIRUAN
1. Tali Nilon (Nylon)

2. Tali Polister (Polyester)


3. Tali Kernmantle
a) Statik
b) Dinamik

TALI DAWAI
Ketahanannya adalah 9 kali
ganda dari tali fiber asli / tali
belati yang sama saiznya.

Digunakan pada tangga


menyelamat.

SEBAB-SEBAB KEROSAKAN TALI


1.
2.
3.
4.
5.

Geselan pada bucu-bucu bangunan (yang tajam).


Penggunaan takal(Pulley) yang tidak sesuai.
Bengkok atau kerap dibengkokkan.
Tetas atau terguris / luka / terkoyak.
Geseren atau diseret pada permukaan tanah atau pasir
yang kasar.
6. Reput atau telah mencapai jangka hayat penggunaannya.
7. Terkena bahan kimia (asid / alkali)
8. Bercendawan / berlapuk lembab / basah atau terendam
terlalu lama
9. Dikenakan beban yang berlebihan.
10. Disalah guna.
11. Disentap-sentap.
12. Dikenakan beban secara mengejut.

PENJAGAAN TALI
1. Tali harus diuji pada masa-masa :a)
Semasa baru dibeli
b)
Sebelum digunakan
c)
Selepas digunakan
d)
Ujian berkala (ikut spesifikasi)
e)
Selepas tali dibaiki
2. Jangka hayat tali bagi kerja-kerja biasa adalah
5 tahun selepas digunakan. Bagi tali
kernmantle 700 kali atau 100 jam
penggunaannya secara intensif.

3. Hamparkan tali yang baru pada pencangkuk


berputar.
4. Elakkan dari memotong tali kecuali terpaksa.
5. Ikat dibahagian hujung supaya tidak terburai.
6. Elakkan dari mengikat tali secara tetap.
7. Gunakan takal yang sesuai dengan saiz tali.
8. Gunakan pelapik yang sesuai jika bekerja di
bucu-bucu yang tajam.
9. Simpan tali di tempat kering pada suhu bilik.
10.Elakkan dari terdedah kepada cahaya
matahari yang terik secara langsung, terkena
bahan kimia dan sebagainya yang
menyebabkan kurangnya kekuatan tali.
11.Gunakan tali yang paling sesuai untuk satusatu tugas dan jenis beban kerja.

Menguji Tali
2. Pengujian Cara Hidraulik
- Ujian Musnah
- Ujian Tak Musnah
- Ujian Penyelamat

3. Pengujian Cara Visual


- Melihat Keadaan Tali
- Memeriksa Dengan Sentuhan

Menguji Tali
3. Pengujian Cara Praktikal
- Ikat satu hujung dan tarik di satu
hujung lagi dengan kekuatan 3 orang
penyelamat selama 20 saat.
- Tali ditarik dengan kekuatan 6 orang
penyelamat selama 20 saat.
- Sesuatu daya dikenakan dan lepaskan
secara perlahan-lahan.

IKATAN DAN
SIMPULAN
ASAS
(Basic Knots
& Hitches)

PENDAHULUAN
Sebagai Anggota Penyelamat, hendaklah
tahu dan membiasakan dengan ikatanikatan dan simpulan-simpulan asas.

Penyelamat harus belajar/berlatih dan


memahirkan diri bagaimana membuat
dan mengunakannya dengan betul, cepat
dan cekap kerana ianya ada kaitan
dengan penyelamatan nyawa mangsa
dsbnya.

JENIS IKATAN
DAN SIMPULAN ASAS
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Simpul Mati - 2
Simpul Angka Lapan - 3
Simpul Buku Sila
Simpul Bunga Geti - 2
Simpul Manuk / Manggis
Ikatan Balak
Tindih Kasih
Satu Lingkaran 2 Belit
Simpul Kerusi

Simpul Mati (Thumb Knot)


Kegunaan : Sebagai ikatan sementara
di hujung tali agar tidak
terburai jika hujung tali itu
pecah.
Untuk menahan tali tidak
tercabut dari Blok Takal
(Pulley Block)

Simpul Mati Bertanjul


(Overhand Loop)
Kegunaan : Untuk menyangkut tanjul
di pancang.

Tanjul

Simpul Angka Lapan(8)


( Figure Of Eight)
Kegunaan : Sebagai ikatan
sementara di hujung tali
agar tidak terburai jika
hujung tali itu pecah.
Untuk menahan tali tidak
tercabut dari Blok Takal.
Lebih berguna kerana
mudah di buka.

ANGKA LAPAN BERGANDA


Digunakan
untuk
mengangkat
barang,
sebagai tali
keselamatan
atau mengikat
khemah.

Simpul Angka Lapan


Bertanjul
( Figure Of Eight Loop)
Kegunaan : Untuk Menyangkut tanjul
di pancang.
Sebagai ikatan
sementara di pinggang
semasa memanjat
tebing batu.

Ikatan Buku Sila


(Reef Knot)
Kegunaan : Untuk menyambung dua
tali yang sama saiz
terutama tali kering.
Untuk mengikat Kain
Segi Tiga.
Mudah / cepat dilucut.

Ikatan Bunga Geti


(Sheet Bend)
Kegunaan : Untuk menyambung dua
tali yang tidak sama saiz,
tali licin atau basah

Ikatan Bunga Geti Berganda


(Double Sheet Bend)
Kegunaan : Untuk menyambung
dua tali yang tidak
sama saiz, tali licin atau
basah.
Kekuatannya 3 kali
ganda lebih kukuh dari
Bunga Geti Tunggal.

Simpul Manuk
(Clove Hitch)
Kegunaan : Merupakan asas bagi
menambat ikatan di
hujung atau di tengahtengah tali.
Boleh dijadikan sebagai
ikatan sauh.
Digunakan untuk
mengikat mangsa di
usungan (ikatan awal
dan akhir).

Ikatan Balak
(Timber Hitch)
Kegunaan : Digunakan untuk
menaik dan
menurunkan barangbarang di tempat tinggi.
Amat kukuh dan
mudah dibuat dan
dibuka.
Sesuai pada kayu
bulat.

Ikatan Tindih Kasih


(Bowline)
Kegunaan : Sebagai tali pandu
keselamatan.
Boleh digunakan untuk
menarik keluar mangsa
yang pengsan.
Sebagai tali pandu
semasa menaik dan
menurunkan usungan.

Satu Lingkaran & 2 Belit


(Round Turn & Two Half Hitch)

Kegunaan : Untuk mengikat tali di


tiang, kayu bulat dan
pancang.

Simpul Kerusi (Chair Knot)


Kegunaan : Sebagai buaian (Sling)
untuk menaik dan
menurunkan mangsa
di tempat tinggi.
Ia dapat memberi
sokongan di bahagian
dada dan kaki
mangsa.

Buat Latihan Kendiri Sehingga


Mahir, Elakkan Kesilapan
Kerana Anda Akan Di Uji Nanti.

Jurutunjuk Akan Membantu


Anda.
Selamat Mencuba!!!

Anda mungkin juga menyukai