Anda di halaman 1dari 1

USAHA MEMBENDUNG KENAIKAN HARGA BARANG

Belakangan ini, kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Kenaikan ini
menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia semakin bertambah. Bagi golongan yang
hidup seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau kurang berada
ini, kenaikan ini sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka. Terdapat beberapa
langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menghadapi kenaikan ini, bak kata
pepatah, ingat
sebelum
kena
jimat
sebelum
habis.
Satu daripada langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini ialah setiap
rakyat Malaysia perlulah mempraktikkan amalan berjimat cermat. Amalan ini dapat
dilaksanakan dengan mengurangkan perbelajaan atau ikat perut. Sebagai contohnya,
jika pada suatu ketika dahulu kita berbelanja sebanyak 100 peratus, perbelanjaan
tersebut hendaklah dikurangkan kepada 50 atau 60 perataus sahaja. Wang selebihnya
hendaklah kita simpan. Melalui cara ini, kita dapat mengurangkan pengaliran wang di
pasaran dan seterusnya dapat mengurangkan permintaan terhadap sesuatau barangan
sekali
gus
dapat
mengurangkan
kenaikan
harga
barang.
Selain itu, ketua sesebuah keluarga pula hendaklah merancang perbelanjaan keluarga
dengan teliti. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat berdasarkan keperluan yang
sebenarnya. Hal ini bermaksud barang-barang yang tidak diperlukan hendaklah
diketepikan. Sebagai contohnya, setiap ahli keluarga hendaklah menangguhkan
pembelian pakaian yang berjenama mahal, peralatan perabot, dan sebagainya. Mereka
hendaklah menumpukan pembelian barangan keperluan utama seperti beras, gula,
tepung,
dan
sebagainya.
Di samping itu, semua ahli masyarakat hendaklah memboikot barang-barang di pasaran
yang harganya naik secara mendadak. Dalam hal ini, masyarakat hendaklah bersatu
hati seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu, iaitu bersatu teguh bercerai
roboh. Sebagai contohnya, masyarakat janganlah membeli ayam daging di pasar yang
mengalami kenaikan harga yang tidak munasabah. Apabila pembeli memboikot
pembelian terhadap ayam daging tersebut dalam tempoh tertentu, harga ayam tersebut
akan
turun
kembali.
Bukan itu sahaja, pihak kerajaan pula hendaklah sentiasa membuat pemantauan dan
mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga
barangan tanpa mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan. Pegawai yang
bertanggungjawab hendaklah mengadakan lawatan secara mengejut dari semasa ke
semasa untuk memastikan penjual mematuhi peraturan yang telah ditetapkan atau tidak
bersikap seperti lintah darat. Sebagai contohnya, mana-mana penjual yang menaikkan
harga barangan secara sesuka hati atau cuba memasang lukah di pergentingan,
mereka hendaklah didakwa di mahkamah. Tindakan ini akan menyebabkan mereka
tidak berani untuk mengambil kesempatan dalam suasana negara menghadapi kemelut
kenaikan
harga
minyak.
Kesimpulannya, kenaikan harga barang telah menyusahkan banyak pihak. Oleh itu,
semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menangani
masalah ini. Bagi sesetengah pihak pula, janganlah bersikap seperti enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing. Semua rakyat Malaysia mestilah
bertindak seperti ke bukit sama-sama didaki dan ke lurah sama-sama dituruni untuk
mencari jalan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku. Sebagai pengguna pula, kita
mestilah memboikot barang-barang tertentu jika ada pihak yang ingin mengambil
kesempatan dalam situasi genting yang bagai telur di hujung tanduk ini.

Anda mungkin juga menyukai