Anda di halaman 1dari 13

Pengenalan

Semasa melancarkan Majlis Perniagaan Malaysia pada 28 Februari 1991,


Perdana Menteri Malaysia Keempat, Tun Dr. Mahathir telah membentangkan satu
kertas kerja yang bertajuk Malaysia : Melangkah ke Hadapan. Kertas kerja itu
mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja tentang arah pembangunan negara
dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Malaysia untuk menjadi sebuah negara
maju menjelang tahun 2020. Gagasan pemikiran dan rangka kerja itu dikenali
sebagai Wawasan 2020.

Wawasan 2020 bukanlah satu dasar yang khusus, tetapi lebih merupakan
satu tindak balas terhadap perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku
pada peringkat tempatan dan antarabangsa yang telah memberikan cabaran hebat
kepada negara. Wawasan 2020 berperanan sebagai garis panduan dan rangka kerja
tentang pendekatan yang perlu diambil oleh negara untuk menempuh cabaran pada
masa akan datang. Melalui wawasan ini, matlamat terakhirnya adalah menjadi
sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan
tidak tertumpu kepada bidang ekonomi semata-mata, malah merangkumi aspek
sosial, politik, kejiwaaan, kerohanian dan kebudayaan.

Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan


menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan
makmur. Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat
yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan
mempunyai daya ketahanan yang tinggi

Ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu

Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada
cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah
kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian
lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat
yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh
negara-negara lain.

2.0 Enam Cabaran Wawasan 2020

Selaras dengan itu, semua objektif yang terkandung dalam Wawasan 2020
hanya boleh dicapai sekiranya rakyat Malaysia dapat menghadapi segala rintangan
yang datang dengan menganggapnya sebagai satu cabaran yang perlu ditempuhi.
Berdasarkan kepada Wawasan 2020, negara perlu menghadapi sembilan cabaran
untuk mencapai matlamat akhir. Hanya enam cabaran sahaja yang akan
dibincangkan dalam topik ini.

2.1 Cabaran Pertama

Cabaran

pertama

yang

terkandung

dalam

Wawasan

2020

adalah

mewujudkan negara Malaysia bersatu yang membawa maksud negara perlu


dibentuk daripada satu bangsa yang bersatu padu dan mempunyai matlamat yang
serupa dan dikongsi bersama. Di antara ciri-ciri negara dan masyarakat yang akan
terbentuk sekiranya cabaran ini dicapai adalah Malaysia akan menjadi sebuah

negara yang aman, berintegrasi pada peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam
harmoni, bekerjasama dan bersatu sepenuhnya, secara adil dan didukung oleh satu
bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
Melalui ciri-ciri tersebut, Malaysia akan berada dalam landasan yang betul iaitu
menjadi sebuah negara yang berkembang maju menurut cara dan acuannya sendiri.

Rakyat yang bersatu padu bermaksud, setiap rakyat dengan nyata dan ikhlas
menerima negara Malaysia sebagai tanahair yang tunggal dengan kesetiaan yang
tidak berbelah bagi. Selain itu, setiap rakyat merasa komited untuk menjayakan citacita negara. Ini bermakna matlamat negara telah dikongsi bersama oleh setiap
rakyat.
Juga setiap rakyat dengan rasa bangga mengidentifikasikan diri sebagai
warga Malaysia dan tidak segan golongan sesuatu etinik, ras atau penghuni dari
sesuatu wilayah atau daerah. Adalah amat ideal kalau semuanya mengamalkan cara
hidup atau berbudaya Malaysia dan menghapuskan ciri-ciri yang menonjolkan
pengenalan mereka sebagai berketurunan tertentu. Pendek kata mereka berjiwa
Malaysia dan berupa Malaysia. Malah, setiap rakyat berpegang kepada nilai-nilai
murni yang tidak bercanggah di antara satu sama lain dan tidak merasa perlu untuk
berperang-perangan bagi menegakkan sesuatu pegangan hidup yang mungkin
berbeza dengan orang lain.
Mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu diletakkan sebagai cabaran
pertama Wawasan 2020. Ini memberikan gambaran bahawa ia adalah cabaran
terpenting. Gambaran ini adalah tepat kerana pembentukan bangsa yang bersatu
dianggap syarat utama di dalam menjayakan segala cita-cita negara yang
terkandung di dalam Wawasan 2020. Kerajaan menginginkan sebuah negara yang

aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni,


bekerjasama sepenuhnya secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang
mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada Negara.
Negara tidak mungkin dapat membangun di dalam apa bidang sekalipun jika
sekiranya rakyat tidak dapat bersatu hati dan enggan bekerjasama. Rakyat akur
dengan

kata-kata

seperti

Muafakat

membawa

berkat.

Juga

mengakui

kebijaksanaan kata-kata pusaka Bulat air kerana pembentung, bulat manusia


kerana muafakat. Negara hanya dapat dibina di dalam suasana yang aman dan
damai. Ketenteraman ini hanya dapat dijamin dengan adanya persefahaman di
antara rakyat.
Rakyat juga telah menyaksikan beberapa negara di dunia yang menderita
akibat dilanda sengketa dan rusuhan kaum. Oleh itu Malaysia menjalankan berbagai
usaha untuk menjauhkan rakyat dari bencana ini. Perpaduan di antara rakyat
berbilang kaum adalah asas yang kukuh untuk pembinaan negara. Menerusi
penyatuan dan perpaduan ini dapatlah negara berusaha menangani cabarancabaran seterusnya bagi merealisasikan wawasan gemilang sebagai bangsa
Malaysia yang berkeyakinan, demokratik, makmur, bertolak ansur, liberal, saintifik,
progresif, penyayang, bermoral dan beretika.
Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatupadu, kerajaan telah
memperkenalkan pelbagai dasar-dasar dan program dalam tempoh tiga puluh tahun
lalu selain Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. Dasar-dasar
tersebut termasuk Dasar Pendidikan Negara, Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan. Perpaduan negara adalah matlamat penting dalam dasar
dan program berkenaan. Kesemua dasar dan program ini boleh menyumbangkan ke
arah hubungan sosial yang sihat di kalangan masyarakat majmuk, perkongsian nilai

dan persepsi, persamaan ideniti sebagai rakyat Malaysia dan kebudayaan yang
mengekalkan warisan bangsa.
Kesimpulannya, rakyat Malaysia perlu bersatu padu agar dapat mewujudkan
perpaduan, lebih-lebih lagi bagi negara seperti Malaysia yang rakyatnya terdiri
daripada masyarakat pelagai kaum yang mempunyai latar belakang budaya dan
adat resam yang berbeza. Dalam kalangan masyarakat majmuk ini saling
memahami satu sama lain amat penting untuk menjamin keamanan negara. Negara
yang aman dan harmoni dapat membangun dengan pesat lantas memberikan
keselesaan hidup kepada rakyatnya. Rakyat yang bersatu padu juga dapat
menggembleng tenaga dalam menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi supaya
ekonomi negara berkembang pesat. Hasil pengeluaran pelbagai sektor seperti
pertanian dan pembuatan akan dapat ditingkatkan dan berkembang maju. Sekiranya
rakyat kita bersatu pelabur asing tentunya berminat melabur dalam negara yang
stabil dan makmur
.
2.2

Cabaran Kedua

Cabaran kedua adalah mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas,


tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa jua
yang dicapai, serta mampu menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia
mesti dapat dikenali melalui usaha untuk mencapai kecemerlangan, sedar terhadap
semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh rakyat
negara lain.

Dalam konteks untuk mengatasi cabaran yang kedua ini, salah satu strategi
pelaksanaan yang digunakan adalah cogan kata Malaysia Boleh yang telah
diperkenalkan pada tahun 1990 oleh Tun Dr. Mahathir yang ketika itu adalah
Perdana Menteri yang keempat. Konsep yang diperkenalkan adalah lebih dari cogan
kata semata-mata, ianya merupakan laungan keyakinan dan pernyataan bahawa
Malaysia mampu mencapai apa jua impian dalam semua bidang, termasuk
mencapai taraf negara maju menjelang 2020.

Kekuatan semangat yang lahir dari pernyataan ini telah menjadi pendorong
tenaga kepada rakyat Malaysia sehingga mampu mengumpul pingat emas kedua
terbanyak di kejohanan Sukan SEA Kuala Lumpur 1989, menawan puncak Everest
oleh M. Magendran dan N. Mohandas, mengelilingi dunia solo dengan perahu layar
oleh Datuk Azhar Mansor, berenang merentasi Selat Inggeris oleh Abdul Malik
Mydin, membina bangunan tertinggi di dunia dan mencapai banyak lagi kejayaan di
peringkat antarabangsa. Jika dijejaki atau ditelusuri, begitu banyak kejayaan
membanggakan dicapai dan dilakukan rakyat Malaysia dalam rentang masa 50
tahun kemerdekaan negara. Itulah juga sebabnya timbul cogan kata dan semangat
Malaysia Boleh pada setiap ketika.
Dalam usaha untuk mencapai wawasan 2020, rakyat

perlu mempunyai

keyakinan di dalam hati bahawa setiap impian akan tercapai. Dengan keyakinan
yang tinggi,berjiwa bebas dan hati yang tenteram,

ia akan menjadi penggerak

kepada rakyat untuk tidak menoleh ke belakang lagi. Keyakinan bukan bermaksud
untuk menjadi bongkak dan taksub. Kerajaan

tidak perlu menyakinkan orang

ramai,tetapi harus memberi galakkan untuk rakyat menyakinkan diri sendiri sahaja.

Rakyat mesti sentiasa cuba tingkatkan pencapaian diri dari satu tahap ke
tahap yang lebih baik untuk meningkatkan lagi keyakinan diri. Jangan sesekali cuba
membandingkan pencapaian orang lain didalam kehidupan. Ini kerana apabila
terdapat berfikiran seperti ini, ia secara automatik akan mengurangkan lagi
keyakinan didalam diri sendiri. Pantau setiap pencapaian yang telah dilakukan dan
cuba bina keyakinan diri melaluinya. Ia pasti akan membuatkan rakyat lebih yakin
untuk melaksanakan tugasan yang lebih mencabar.
Terdapat

beberapa

langkah

yang

boleh

diambil

oleh

rakyat

untuk

meningkatkan keyakinan diri disamping membuat sesuatu dengan hati yang


tenteram adalah seperti: membina paradigm dan prinsip hidup yang mantap,
kenalpasti dan tetapkan matlamat serta halatuju hidup. Rakyat juga boleh membina
pelan tindakan kejayaan diri, sentiasa tingkatkan ilmu pengetahuan, pengalaman
serta kemahiran diri. Disamping itu, rakyat perlu amalkan keteraturan dan
kesiapsiagaan dan menjaga kualiti kesihatan, kecergasan dan keterampilan diri.
Selain daripada diri sendiri, bantuan dan galakkan daripada kerajaan juga
penting dalam merealisasikan wawasan 2020. Antara langkah-langkah yang telah
diambil oleh kerajaan dalam menggalakkan rakyat berjiwa bebas, tenteram dan
berkeyakinan adalah melalui keadilan sosial. Hasrat membangunkan negara
menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi serta mencapai wawasan 2020 ,
kerajaan tidak akan meminggirkan mana-mana kumpulan atau golongan yang masih
memerlukan perhatian khusus daripada kerajaan. Antaranya seperti pemberian
tanah untuk pembangunan tanah secara berkelompok atau menggunakan
pendekatan agropolitan akan dilaksanakan untuk pembangunan pertanian kepada
masyarakat Orang Asli serta Bumiputera Sabah dan Sarawak. Pemberian tanah ini

untuk golongan ini akan membolehkan mereka memajukan dengan bantuan


kerajaan.
Program pembangunan latihan kemahiran akan disediakan kepada golongan
muda terutama yang berminat dengan perniagaan. Penyediaan kemudahan kredit
melalui TEKUN dan AIM akan disediakan dalam usaha menangani kemiskinan
bandar. Kemudahan ini akan dipakej bersama dengan latihan keusahawanan bagi
membina keupayaan mereka dalam bidang pengurusan kewangan, penyelidikan,
rancangan perniagaan, pemasaran dan promosi.. Melalui latihan dan penyediaan
mikro kredit ini rakyat terutama golongan muda berpeluang memajukan diri,
masyarakat dan negara dengan menceburi bidang perniagaan. Dengan andanya
bantuan melalui keadilan sosial, rakyat akan lebih bersemangat untuk bersamasama kerajaan dalam merealisasikan wawasan 2020.
Keselamatan

adalah

aset

utama

bagi

menentukan

kestabilan

dan

kemakmuran sesebuah negara. Keadaan yang aman di mana rakyat dan pelabur
bebas bergerak tanpa sebarang perasaan curiga akan menjamin kemakmuran
ekonomi negara. Negara yang kadar jenayah seperti rompak, ragut, samun, curi dan
peras ugut akan diyakini oleh para pelabur dan pelancong luar negara untuk
menanam modal atau melancung. Kerajaan telah mengambil langkah awal
mengurangkan kadar jenayah negara dengan memperkenalkan salah satu NKRA
iaitu mengurangkan kadar jenayah negara. Rakyat memerlukan keadaan yang
selamat dan bebas untuk menikmati kehidupan di samping meneruskan aktiviti
ekonomi. Ini adalah untuk memastikan rakyat bebas dan tenteram untuk melakukan
kerja tanpa ada perasaan takut .
Dengan adanya langkah-langkah terhadap diri sendiri serta sokongan dan
dorongan daripada pihak kerajaan,rakyat akan lebih yakin pada diri sendiri sendiri

malah akan lebih produktif, lebih gembira, lebih berjaya serta lebih berketrampilan
dan menarik disamping akan menjadi contoh teladan yang cemerlang kepada orang
lain dan Negara lain. Masyarakat Negara luar juga akan pandang tinggi terhadap
masyarakat Malaysia kerana bersatu dalam merealisasikan wawasan 2020

Dengan lahirnya masyarakat yang berkeyakinan dan mampu mengharungi


segala masalah atau rintangan yang mendatang, maka Malaysia mampu untuk
mencapai status negara maju menjelang 2020.

2.3 Cabaran Ketiga

Cabaran ketiga adalah mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,


mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan, bukan sahaja
sebagai pengguna teknologi, tetapi juga turut menyumbang kepada tamadun
saintifik dan teknologi masa hadapan. Cabaran yang ketiga ini lebih menjurus
kepada membentuk masyarakat kita menjadi masyarakat yang inovatif dan kreatif.
Tidak hanya sebagai pengguna teknologi sedia ada, malah menggunakan teknologi
yang ada untuk membangunkan teknologi yang baru dan seterusnya menyumbang
kepada negara dan antarabangsa. Usaha ini perlu dilakukan pada peringkat bawah
lagi iaitu di peringkat sekolah. Hal ini berlaku kerana masyarakat perlu diberi
pendedahan pada peringkat awal untuk menjadi bangsa pencipta dan celik
teknologi.

Oleh itu, kerajaan telah melaksanakan beberapa strategi pelaksanaan untuk


menyokong cabaran ini. Di antara strategi yang dijalankan adalah dengan
mewujudkan projek infrastruktur mega Koridor Raya Multimedia (MSC) yang telah
dilaksanakan bertujuan untuk melahirkan masyarakat saintifik dan progresif. MSC
adalah satu inisiatif bertaraf antarabangsa dan yang pertama seumpamanya di
dunia, untuk membantu syarikat-syarikat di seluruh dunia menguji teknologi terkini
dan menyiapkan diri mereka dalam menghadapi masa hadapan.

MSC juga akan mempercepatkan kemasukan Malaysia ke era maklumat, dan


seterusnya membantu menjayakan Wawasan 2020. MSC buat pertama kalinya,
mewujudkan sebuah persekitaran bersepadu dengan semua elemen dan unsur unik

yang diperlukan untuk mencipta iklim multimedia global yang sempurna. Untuk
memulakan pembangunan MSC dan mencorakkan persekitarannya, tujuh bidang
utama atau aplikasi perdana telah dikenalpasti iaitu kerajaan elektronik, kad pintar
pelbagaiguna, sekolah bestari, telekesihatan, kumpulan R&D, e-Perniagaan, dan
pembangunan usahawan teknologi.

Apabila memperkatakan berkenaan dengan celik teknologi, maka ianya perlu


dilakukan pada peringkat awal lagi iaitu pada peringkat sekolah. Maka, salah satu
flagship dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) ialah Sekolah Bestari. Sekolah
Bestari merupakan strategi pelaksanaan Wawasan 2020 bagi menyokong cabaran
yang kedua.

Sekolah Bestari ialah sekolah biasa yang direka bentuk semula secara
sistematik dari segi amalan pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah
bertujuan untuk melahirkan generasi muda yang hidup di zaman maklumat. Sekolah
bestari mula diperkenalkan pada tahun 1999. Sekolah bestari ialah salah satu
daripada aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang dibangunkan
di

Malaysia.

Pelaksanaan

konsep

sekolah

bestari

ialah

sesuai

dengan

perkembangan semasa dan bagi tuntutan di masa akan datang khususnya dalam
melahirkan pekerja ilmu yang bermaklumat, mahir, berketrampilan dan mempunyai
etika yang positif. Pembinaan sekolah yang bertaraf tinggi ini juga mampu mendidik
dan melatih generasi masa kini ke tahap cemerlang dalam semua aspek bagi
membentuk

masyarakat

yang

bersifat

sains

dan

berdaya

cipta

dengan

memanfaatkan teknologi terkini serta menyumbangkan pembentukan peradaban


sains dan teknologi pada masa hadapan.

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kurikulum di sekolah bestari ialah


dengan menggunakan kemudahan teknologi komputer yang terkini yang mampu
mengembangkan potensi pelajar dalam pelbagai aspek melibatkan intelek, rohani,
emosi, dan jasmani. Perkembangan kemahiran generik dan perkembangan
kepelbagaian kecerdasan adalah diberi penekanan dalam pelaksanaan kurikulum
sekolah bestari.

Pelaksanaan konsep sekolah bestari ke seluruh negara ialah suatu langkah


yang bestari dalam menyediakan generasi yang mampu bersaing di peringkat
antarabangsa.

Rujukan : RUJUKAN:
Zurinah Hassan (1994). Wawasan 2020 : Huraian 9 Cabaran. Penerbitan
Perwarna,Shah Alam

Nadzan Haron, Rozeman Abu Hassan (2010). Malaysia Melangkah


Pengajian Malaysia Sejak 1945 Penerbitan Multimedia

Kehadapan :

Sdn. Bhd. 254-256

RAFIDAH BINTI HJ.ISMAIL 811030016214 SMK TMN JOHOR JAYA 2


NURFARHANA BINTI UYUB

SMK TMN JOHOR JAYA

Anda mungkin juga menyukai