Anda di halaman 1dari 5

IKRAR SUKAN TAHUNAN

Bahawasanya kami berikrar akan


mengambil bahagian di dalam
Kejohanan Sukan Tahunan Kali
Ke 11 Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah
dengan bersungguh-sungguh, mematuhi segala
peraturan dan undang-undang
dengan penuh semangat
kesukanan.

1) Ucapan Alu-aluan
Assalamualaikum wrt wbkth dan salam sejahtera diucapkan kpd
Yang berusaha Pn. Norazmah binti Hussin, Guru Besar Sek. Keb. Sg. Kelambu,
Yang dihormati En. Aris b. Daud, Yang Dipertua PIBG Sek. Keb. Sg. Kelambu,
Pn. Ainon bt. Abd. latif, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn. Sabariah bt. Ahmad, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru, AJK-AJK PIBG yang hadir pada hari ini serta murid-murid Sek. Keb. Sg.
Kelambu yang disayangi sekalian.
SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH
KEBANGSAAN SK SG KELAMBU TAHUN 2011.
Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana atas
limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari yang gilang gemilang ini
untuk menjayakan kejohanan sukan tahunan SKSK kali ke 21.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian para hadirin yang hadir bagi
memeriahkan lagi kejohanan pada hari ini.
2) Upacara Perarakan Badan Beruniform dan Rumah Sukan
Hadirin yang dihormati,
Pembuka acara pada pagi ini akan dimulakan dengan perarakan perbarisan dan lintas hormat
rumah-rumah sukan sebentar lagi.
Pasang CD Marching
Rumah kuning mendahului kontijen perbarisan pada hari ini.
Kuning melambangkan warna diraja.
Diikuti oleh Rumah hijau.
Hijau melambangkan kedamaian dan ketenangan antara ahli-ahlinya.
Hijau mewarnai alam sekeliling kita.

Kontijen seterusnya ialah Rumah Biru.


Biru melambangkan perpaduan.Ini menunjukkan mereka bersatu padu untuk membentuk
sesebuah pasukan yang mantap.
Kontijen yang terakhir adalah Rumah Merah
Merah melambangkan keberanian dan kegagahan sesebuah pasukan.

3) Bacaan Doa
Hadirin yang dihormati.
Untuk memberkati temasya sukan tahunan ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Ustaz
Hasnurol bin Hashim untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan dengan segala
hormatnya.
Bacaan doa
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
4) Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu
sekolah.
Hadirin diminta berdiri
Pasang tape nyayian
5) Seterusnya bacaan ikrar kejohanan sukan tahunan kali ke 21, akan dibacakan oleh
adik ..
6) Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Puan Norazmah
binti Hussin untuk memberikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Norazmah binti Hussin di atas ucapan beliau itu tadi.
7) Seterusnya majlis menjemput En. Aris Bin Daud, YDP PIBG Sk. Sg. Kelambu untuk
memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan Sek. Keb.
Sungai Kelambu kali yang ke 21. Majlis dengan hormatnya dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Aris bin Daud di atas ucapan dan perasmian itu
tadi. Maka dengan itu, rasmilah kejohanan sukan Sek. Keb. Sungai Kelambu kali ke-21
8) Perarakan Keluar Kontingen
Demikian tadi selesainya upacara perasmian kejohanan.
Sekarang dipersilakan semua kontingen yang mengambil bahagian untuk bergerak keluar ke
khemah masing-masing bagi kita meneruskan acara sukan pada pagi ini.
Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk bersedia
kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi.

9) ACARA SUKAN
Acara sukan akan dimulakan sebentar lagi dengan larian 100 meter lelaki dan perempuan
individu bagi tahun 1, 2, 3, 4, 5, 6. Para peserta diminta bersedia.
Acara sukan pertama pada hari ini adalah larian 100 meter individu lelaki Tahun
RUJUK BUKU ATURCARA
Acara sukan diteruskan lagi dengan acara sukaneka secara individu bagi tahun 1, 2, 3, 4, 5,
Para peserta diminta bersedia.
Acara sukaneka pertama adalah _____________________
RUJUK BUKU ATURCARA
Acara sukan diteruskan lagi dengan acara kemuncak pertandingan pada hari ini iaitu Larian
berganti-ganti 4 X 100 meter dan 4 X 200 meter lelaki & perempuan Tahap 2.
10) Penutup
Dengan berakhirnya acara pertandingan larian berganti-ganti 4 X 100 meter dan 4 X
200 meter itu tadi, Maka berakhirlah acara olahraga kita pada kali ini.
11) Upacara Penyampaian hadiah
Sekarang tibalah masanya bagi upacara Penyampaian hadiah
Majlis dengan sukacitanya menjemput .
Untuk mengiringi ...
untuk menyampaikan hadiah.
Terima kasih diucapkan kepada . di atas kesudian beliau
untuk menyampaikan hadiah.
BAGI HADIAH IKUT ACARA. RUJUK BUKU ATURCARA
Seterusnya diumumkan penyandang bagi olahragawan & olahragawati SKSK
bagi tahun ini.
Olahragawan SKSK tahun ini disandang oleh :
Olahragawati SKSK tahun ini disandang oleh :

Majlis dengan sukacitanya menjemput Puan Ainon binti Abdul Latiff


Untuk mengiringi Puan Norazmah binti Hussin untuk menyampaikan cenderahati sebagai
tanda penghargaan kepada En. Aris bin Daud atas kesudian beliau hadir dan merasmikan
majlis pada hari ini.
12) Penutup
Maka dengan itu berakhirlah sudah kejohanan sukan tahunan SKSK kali ke-21.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan yang buruk itu adalah
daripada kami sendiri.
Akhir kata dari kami berdua,
Maaf atas keterlajuran kata dan bahasa sepanjang kami mengendalikan majlis ini, Syabas
untuk semua dan Majulah Sukan SKSK untuk negara
TIGA SORAKAN UNTUK SEMUA YANG MENJAYAKAN KEJOHANAN KALI INI.
HIP-HIP..HOORAY 3X
Sekian , terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai