Anda di halaman 1dari 3

TEKS SYARAHAN

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,



Terima kasih pengerusi majlis,
Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,
seterusnya hadirin hadirat sekalian,
"Guru Berkualiti Menjana Insan Cemerlang"
Begitulah tajuk syarahan saya pada pagi yang berbahagia ini, Sebelum saya
melangkah dengan lebih jauh lagi, izinkan saya mendifinisikan tajuk syarahan saya
satu persatu.
Menurut Kamus dewan, "guru" bermaksud pendidik,pengajar atau pengasuh.
"Berkualiti" pula beerti bermutu tinggi
"Menjana" pula ditakrifkan sebagai menghasilkan
Manakala insan pula merujuk kepada individu manusia dan "Cemerlang" menurut
kamus dewan lagi ialah kejayaan yang tinggi.
Dari definisi tadi jelaslah bahawa Pendidik yang bersifat dengan mutu yang tinggi
mampu melahirkan manusia yang terdiri daripada golongan "Al-Muflihun" atau
mereka yang berjaya.
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,
Kualiti Guru yang pertama ialah melaksanakan tugas dengan sepenuh keikhlasan.
Jasad yang digerakkan oleh keikhlasan kerana Allah S.W.T akan memampukan
seorang guru menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.Segala usaha
ini dilakukan untuk mendapat redho Rabbul Jalil dan diserahkannya kepada Tuhan
untuk dinilai. Firman Allah S.W.T didalam surah Al-Bayyinah : 5
""
Maksudnya: "Mereka tiadalah diperintahkan, melainkan supaya beribadat kepada
Allah dalam keadaan mengikhlaskan agama kepadanya"
Berhubung ayat ini, Imam Habib Abdullah Hadad mengulas bahawa tanpa
keikhlasan maka perbuatan yang dilaksanakan adalah bermaksud untuk dipamerkan
kepada orang ramai. Andaikata dia berseorangan maka segala perbuatan baik itu
ditinggalkannya.

Sebagai contoh,lihat sahaja keihklasan guru yang mengajar dipedalaman. Kisah


mereka dipaparkan didada-dada akhbar dan dikaca televisyen beberapa bulan yang
lepas. Mereka terpaksa berjalan kaki,menaiki sampan malah ada yang terpaksa
berenang untuk sampai ke sekolah. Niat mereka adalah untuk mendidik anak bangsa
supaya cemerlang,gemilang,terbilang. Jika tiada keikhlasan mana mungkin tugas ini
sanggup dilakukan.
Hadirin-hadirat,
Kualiti guru yang kedua ialah berilmu. Tanpa ilmu, guru tidak mampu menyampaikan
pelajaran dengan baik kepada murid-murid. Sepertimana yang diungkapkan oleh
hadis Nabi S.A.W dari riwayat Anas bin Malik dari "Majmu' Zawaid yang berbunyi:

Maksudnya: "Sesungguhnya, orang yang berilmu didunia ibarat bintang dilangit
menjadi penunjuk dalam kegelapan didarat dan dilaut.
Hadis ini mengingatkan kita, bahawa guru yang berilmu mampu membimbing para
murid kearah kecemerlangan. Sesungguhnya, Ilmu adalah ibarat bintang yang
menunjuk arah kepada kita dalam belayar, tanpa ilmu hilanglah pedoman dan
sesatlah arah.
Justeru itu, didalam memastikan para guru dilengkapi dengan ilmu mengajar maka
setiap guru hari ini diberikan latihan terlebih dahulu di Institut-Institut Perguruan
seluruh Negara. Bahkan kerajaan juga turut menggalakkan para guru untuk
melanjutkan pelajaran di peringkat universiti.
Hadirin-hadirat,
Kualiti guru yang ketiga ialah berhikmah didalam mendidik Hikmah disini bererti
bijaksana. Allah berfirman didalam Al-Quran surah An-Nahl A:125

Maksudnya: Serulah mereka kejalan Tuhanmu dengan cara yang bijaksana dan
contoh teladan yang baik.
Berhikmah disini merujuk kepada kreativiti pendakwah didalam mempelbagaikan
method dakwahnya agar sesuai dengan suasana semasa. Begitulah juga peranan
guru yang berhikmah. Mencari dan menggunakan kaedah yang sesuai didalam
mendidik.
Sebagai contoh, guru disaran oleh Kementerian Pelajaran untuk menggunakan
teknologi multimedia bagi membantu pembelajaran para murid. Penggunaan

teknologi adalah kaedah yang bijaksana dan merupakan langkah terbaik


meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
Kualiti guru yang keempat ialah berakhlak mulia. Guru sebagai ibu dan bapa
disekolah merupakan contoh teladan bagi murid. Justeru itu guru perlu terlebih
dahulu berakhlak mulia sebelum dapat melahirkan murid yang berakhlak mulia.
Sepertimana hadis Nabi S.A.W daripada riwayat Abu Ya'la :

Ertinya: Sesungguhnya kamu sekalian tidak akan boleh mempengaruhi manusia
dengan hartamu,maka dari itu pengaruhilah mereka dengan wajah yang manis dan
berbudi perketi.
Jelaslah pada kita, bahawa akhlak mulia mampu merubah manusia sedangkan
akhlak buruk yang dipamerkan oleh guru hanya mendatangkan kejelekan.
Lihat sahajalah bagaimana media massa memaparkan beberapa siri keganasan
guru terhadap murid. Sikap panas baran dan melampau bukan akhlak yang mulia.
Guru-guru terbabit bukan sahaja gagal mendidik , bahkan dicerca kerana tidak
menunjukkan contoh yang baik
Kesimpulannya, guru berkualiti akan dapat melahirkan insan cemerlang dunia dan
akhirat. Oleh itu sebagai guru marilah kita tingkatkan kualiti diri kearah melahirkan
insan yang cemerlang gemilang dan terbilang.
Wabillhi taufiq wal hidayah, Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai