Anda di halaman 1dari 24

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

ANALISIS SAHSIAH PARA SAHABAT RASULULLAH SAW

Tajuk 4

DAN TOKOH ILMUAN ISLAM

4.0 Sinopsis
Tajuk ini membicarakan mengenai sahsiah dan keperibadian Khulafa alRasydin,Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah dan Imam Empat Mazhab. sebagai
seorang pendidik. Dalam unit ini, dikemukakan perbincangan mengenai riwayat
hidup, sahsiah sebagai pendidik dan sumbangan mereka dalam pendidikan Islam.
Pelajaran ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru
mengenai diri dan corak pendidikan yang diamalkan oleh mereka. Para pelajar
diharap akan dapat mencontohi dan menghayati sahsiah para sahabat dan tokoh
keilmuan Islam.

4.1 Hasil Pembelajaran


1. Menerangkan sahsiah Khulafa Ar-Rasyidin, saidatina Khatijah, Saidatina
Aisyah dan Imam Empat Mazhab.
2. Menghuraikan peranan dan tugas mereka sebagai seorang pendidik.
3. Menganalisis pendekatan pendidikan dan kaedah penyampaian yang
dilaksanakan oleh mereka.

4.2 Kerangka Konsep Tajuk

ANALISIS SAHSIAH SAHABAT RASULULLAH S.A.W


DAN TOKOH ILMUAN ISLAM

KHULAFA
AL-RASYDIN

SAIDATUNA KHADIJAH
SAIDATUNA AISYAH

56

IMAM MAZHAB
EMPAT

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

4.3

SAHSIAH KHULAFA AL-RASYIDIN

Pelajar-pelajar sekelian !

Kenali para sahabat Baginda s.a.w.


Tak Kenal Maka Tak Cinta!!
4.3.1. Khulafa al-Rasyidin.

Perpindahan Rasulullah SAW. ke Madinah pada tahun 622 Masihi, membawa


perubahan dan pengertian yang besar terhadap penyibaran dan kestabilan
agama Islam.

Kurikulum pendidikan peringkat ini bertukar kepada memenuhi

tuntutan perundangan dan perhubungan antarabangsa. Institusi pendidikan Islam


memilih masjid sebagai tempat menyampai ilmu, sistem halaqah bermula di
Masjid dan dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Fungsi masjid mengikut

termenologi Islam adalah sebagai markas bagi segala aktiviti agama dan
masyarakat, khususnya dalam hal-hal yang berhubung dengan aktiviti ibadat,
pelajaran dan pendidikan.

Al-Abrasyi menyatakan Rasulullah SAW. menjadikan masjid Nabawi sebagai


tempat belajar mengenai urusan dunia dan agama disamping beribadat. Situasi
masjid lebih bebas dan sesuai sebagai tempat belajar.

Rasulullah SAW. telah

mendirikan sebuah surau yang bersambung dengan masjid tersebut dikenali


sebagai al-suffah.

Ia merupakan sebagai sebuah sekolah yang membimbing

pelajarnya dengan lebih sistematik.

Matapelajarannya termasuklah al-Quran,

asas agama (Aqidah, syariah, akhlak), khat, sejarah dan bahasa. Kurikulum yang
diberi merangkumi pendidikan rohani dan jasmani yang menjadi keperluan
kepada individu dan masyarakat.

57

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

Struktur pendidikan Islam telah disusun oleh Rasulullah dalam beberapa bentuk
iaitu:
Struktur
Pendidikan Islam
di Madinah

Pendidikan
Khusus

Pendidikan Umum

Pendidikan
Institusi

1. Rajah 1: Struktur Pendidikan Islam di Madinah

i.

Pendidikan umum: Ia di jalankan oleh Rasulullah SAW. atau para sahabat

daripada Khulafa al-Rashidin. Perlaksanaannya dilakukan dengan penyampaian


pidato selepas solat fardu atau selepas solat Jumaat. Kurikulumnya merangkumi
bidang aqidah, syariat, muamalat dan lain-lain. Bidang lain seperti menunggang
kuda, bermain pedang, berenang, bergusti dan lumba lari.

ii.

Pendidikan khusus: Pengajaran yang berbentuk khusus ialah pengajaran

yang diberikan oleh baginda kepada orang-orang yang tertentu tanpa mengira
tempat atau masa. Sahabat-sahabat baginda seperti Ali bin Abi Talib, Abu Bakar
as-Siddiq, Abu Hurairah dan lain-lain adalah di antara orang yang sering
mendapat pendidikan khusus berupa teguran dan tunjuk ajar secara langsung.

iii.

Pendidikan Institusi: Merupakan intisari Pendidikan Islam pada peringkat

Madinah. Pendidikan ini dibahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat awal
(menulis dan membaca) dan peringkat pendidikan ke atas ahli Suffah. Pendidikan
bentuk ini banyak melahirkan cendiakawan Islam pada masa selanjutnya.

58

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

4.3.2 Pendidikan Islam Pada Zaman Khulafa Al-Rasyidin


Zaman pemerintahan Khulafa al-Rashidin (11H/623M 40H/661M) diperintah
oleh empat orang sahabat Rasulullah SAW. bertindak sebagai Uli al-Amr
memelihara kestabilan dan keselamatan negara bahkan memberi penekanan
yang begitu intensif terhadap perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan
Islam. Para sahabat telah menumpukan perhatian mendidik disamping pada
masa yang sama mentadbir negara.
Pusat pentadbiran Khulafa al-Rashidin masih lagi dibuat di Madinah sebagai
lanjutan pusat pentadbiran Nabi SAW. Pada zaman ini para sahabat nabi seperti
Abdullah bin Umar, Zaid bin Thabit dan lain-lain masih aktif menyambung
perjuangan Rasulullah SAW dalam bidang keilmuan Islam khasnya Fekah dan
Tauhid.

Bersumberkan al-Quran dan ajaran sunnah Nabawi, para sahabat

meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran kepada kaum muslimin.


Tahun-tahun pemerintahan khulafa al-Rashidin dipenuhi dengan pelbagai
cabaran seperti masalah riddah, ancaman Quraisy Makkah, Rom, Parsi, Yahudi
dan kaum Nasrani, bahkan juga ancaman dari dalam yang dibuat oleh kaum
munafikin. Semua masalah itu dapat diatasi bahkan proses pendidikan Islam
semakin berkembang luas ke serata alam dalam pelbagai bidang serta lahir pula
tokoh-tokoh ilmu yang terbilang pada zamannya.

Para sahabat yang terdiri daripada Sayidina Abu Bakar, Omar, Uthman dan Ali
adalah orang yang mewarisi risalah Rasulullah SAW. Mereka bukan sahaja
menyambung usaha-usaha yang telah diatur oleh Rasulullah SAW bahkan
melangkau lebih jauh lagi ekoran pertambahan umat Islam dan keluasan wilayah
Islam.
Sebagai contoh di zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (11H 13H) di samping
memelihara keutuhan negara dari berlakunya kehancuran, akibat tindakan liar
orang-orang munafik dan musuh-musuh Islam, beliau amat memberi perhatian
berat terhadap perkembangan ilmu pengetahuan.
59

Beliau bukan sahaja

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

menggalak umat Islam supaya mempelajari dan menghayati al-Quran dan alSunnah bahkan bertindak mengumpul dan menulis semula ayat-ayat al-Quran di
dalam sebuah Mashaf. Dengan alasan kitab suci al-Quran dapat diedarkan ke
seluruh wilayah Islam yang terletak jauh dari wilayah pentadbiran kerajaan Islam
Madinah.

Pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab (634-644 Masihi) seluruh
Semenanjung Tanah Arab, Parsi, Sham dan Mesir serta beberapa wilayah Islam
yang ditakluki, tidak terdapat sebuah kampong pun di daerah tersebut melainkan
dibangunkan masjid sebagai tempat ibadat di samping menjadi pusat pelajaran
dan pendidikan Islam.

Khalifah Umar al-Khattab memberi perhatian yang sama terhadap perkembangan


ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam. Ahli-ahli sejarah menyatakan, seluruh
Semenanjung Tanah Arab, Farsi, Sham dan Mesir menjadi wilayah kerajaan
Islam pada masa pemerintahannya.

Beliau memberi penekanan yang serius

terhadap ilmu pengetahuan yang bersifat spiritual atau rohani kepada seluruh
rakyat, di samping menekankan ilmu pengetahuan yang berbentuk fizikal atau
jasmani seperti berenang, menunggang kuda memanah, matematik dan
kemahiran berfikir (mantik). Galakan tersebut dapat dilihat melalui perutusannya
kepada gabenor-gabenor wilayah, anataranya dengan menyebut: Ajarlah anakanak kamu berenang, menunggang kuda dan riwayat-riwayat yang baik dan syairsyair yang indah.

Begitu juga berlaku pada masa khalifah Uthman Ibn Affan, beliau menegaskan
mengenai pembukuan al-Quran dan penulisanNya, beliau telah melantik sahabatsahabat untuk menulis dan membukukan al-Quran.

Dengan usaha beliau itu,

dapat menyelamatkan pembacaan al-Quran mengikut Rasm Uthmani.

Jelaskan perbezaan kaedah penyampaian dan sahsiah para sahabat


Rasulullah s.a.w. berbanding guru masa kini. Bincangkan!

60

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

4.4

SAHSIAH SAIDATINA KHADIJAH BINTI KHUWAILID

4.4.1 PENDAHULUAN

Diriwayatkan dari Aisyah beliau berkata:"Rasulullah S.A.W. hampir tidak pernah keluar
dari rumah sehinggalah baginda menyebut-nyebut kebaikan tentang Khadijah dan
memuji-muji setiap hari sehingga aku menjadi cemburu, lalu aku berkata: Bukankah
beliau seorang wanita tua, yang Allah telah menggantikannya dengan yang lebih baik
untuk engkau? Maka baginda marah sampai berkerut dahinya, kemudian bersabda:
Tidak!

Demi Allah, Allah tidak memberiku ganti yang lebih baik darinya.Sungguh

Khadijah telah beriman di saat manusia mendustakanku, dan menolongku dengan harta
di saat manusia menjauhiku, dan dengannya Allah mengurniakan zuriat kepadaku dan
tidak dengan wanita yang lain.Aisyah berkata: aka aku berjanji untuk tidak menjelekjelekkannya buat selama-lamanya."

Pengupasan tentang peribadi Saidatina Khadijah yang unggul, yang selama hidupnya
menguatkan Nabi Muhammad S. A. W. pada permulaan dakwah Islam. Saidatina
Khadijah merupakan isteri pertama Nabi Muhammad S. A. W. dan juga wanita pertama
yang beriman serta menyatakan bahawa Tuhan itu satu dan Nabi Muhammad S. A. W.
adalah utusan dari Allah S. W. T. Di sini akan menceritakan mengenai riwayat hidup
Saidatina Khadijah sejak beliau dilahirkan sehinggalah beliau wafat. Saidatina Khadijah
memiliki peribadi yang luar biasa. Peribadinya yang cukup luar biasa ini memberi
implikasi yang positif kepada masyarakat Islam pada zaman awal Islam. Masyarakat
pada zaman itu amat kagum dengan keperibadian Saidatina Khadijah yang cukup mulia
itu. Saidatina Khadijah adalah salah seorang tokoh yang paling penting dalam sejarah
Islam. Wanita yang agung bernama Saidatina Khadijah ini telah memberi banyak
sumbangan terhadap Islam dari pelbagai aspek dan juga telah menyumbang ke arah
kemenangan kerajaan Islam. Beliau memainkan peranan yang sangat cemerlang.
Bersama Abu Talib, Saidatina Khadijah merupakan salah seorang dari pendukung Islam
dan kaum Muslim. Pada masa Islam mengalami tekanan peperangan yang tidak hentihentinya dan selam tiga tahun mendapat serangan yang bertubi-tubi, Saidatina Khadijah
membantu kaum Muslim dengan segala bentuk pengorbanan yang luar biasa. Saidatina
Khadijah mempunyai sifat-sifat yang amat indah sekali yang mana sifat-sifat beliau ini
belum tentu wujud pada setiap wanita pada zaman kini. Saidatina Khadijah mempunyai

61

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

hati dan jiwa yang suci, bersih dan terpelihara dari kejahatan. Perasaan Saidatina
Khadijah yang halus dan akhlaknya yang mulia membuatkan dirinya lebih dihormati dan
istimewa. Di samping itu, ketakwaan dan keimanan beliau terhadap Allah S. W. T. amat
teguh sekali dan tidak perlu diragukan lagi. Walaupun Saidatina Khadijah ini seorang
yang kaya, beliau tidak pernah lupa melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai umat
Islam. Selain itu, Saidatina Khadijah juga seorang pendakwah Islam yang berani.
Keperibadiaan dan sumbangan beliau ini amat dikagumi dan sukar dilupakan. Sifat-sifat
semulajadinya yang mulia itu akan menjadi satu contoh yang amat besar dalam hidup
setiap manusia.

Saidatina Khadijah yang unggul mempunyai peribadi yang cukup hebat dalam sejarah
perjuangan sirah Rasulullah s.a.w. Saidatina Khadijah dikurniakan peribadi serta sifatsifat yang sangat mulia tidak kira dari segi luaran mahupun dalaman. Saidatina Khadijah
menjadi isteri yang pertama dalam hidup Nabi Muhammad S. A. W. dan peribadinya
telah membuat hati dan hidup Nabi Muhammad S. A. W. cukup bahagia. Saidatina
Khadijah amat bermakna dalam hidup Nabi Muhammad S. A. W. Saidatina Khadijah
telah dikurniakan dengan berbagai gelaran antaranya ialah Ummul Muminin, Thahirah,
penghulu wanita serta penghulu syurga. Beliau juga orang pertama yang beriman dan
mengatakan Tuhan itu satu dan Nabi Muhammad S. A. W. itu utusan-Nya. Saidatina
dilahirkan dari kalangan keluarga yang mulia. Oleh itu juga Saidatina Khadijah
mempunyai peribadi yang mulia dan disanjung tinggi. Saidatina Khadijah suka menolong
orang-orang yang berada dalam kesusahan. Beliau tidak sanggup melihat penderitaan
orang lain. Beliau sanggup menderita demi menolong dan melihat orang sekelilingnya
hidup senang. Beliau mempunyai ciri-ciri kepimpinan apabila beliau menguruskan
dagangan keluarganya setelah ibu dan bapanya meninggal dunia. Di samping itu,
sumbangan Saidatina Khadijah kepada Islam pada zaman awal Islam telah memberi
banyak perubahan. Hartanya telah banyak dihabiskan untuk menolong Nabi Muhammad
S. A. W. , keluarganya serta orang-orang Muslim. Tetapi beliau tidak pernah merungut
tentang hartanya yang semakin berkurangan itu. Kisah Saidatina Khadijah ini telah
memberi impak yang sungguh bagus dan positif kepada setiap umat Islam. Sifat
semulajadinya yang sungguh agung dan tiada cacat celanya membuatkan dirinya lebih
cepat mempengaruhi masyarakat Islam. Peribadinya itu memang patut kita jadikan
contoh terbaik bagi menjalani kehidupan seharian kita. Saidatina Khadijah iaitu salah
seorang tokoh Islam pada zaman dulu yang telah memberi banyak sumbangan terhadap
Islam. Sumbangannya yang diberi kepada setiap orang Muslim tidak kira pangkat atau

62

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

darjat itu memberi satu peringatan yang tidak akan lupus dari hati atau hidup seseorang
Muslim itu.
4.4.2 RIWAYAT HIDUP SAIDATINA KHADIJAH

Saidatina Khadijah dilahirkan di Makkah pada tahun 68 sebelum Hijrah dan kurang lebih
15 tahun sebelum tahun Gajah. Saidatina Khadijah merupakan puteri kepada Khuwailid
bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai Al-Qurasyiyyah Al-Asayidah. Ayahnya seorang
pedagang. Ibunya pula bernama Fatimah binti Zaidah bin Al-Asham. Saidatina Khadijah
lahir dari kalangan keluarga yang mulia, jujur dan keluarga pemimpin. Saidatina Khadijah
berketurunan Bani Hasyim. Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 2

Saidatina Khadijah dibesarkan di kalangan keluarga yang mulia, terdidik dengan akhlak
yang terpuji, bersifat teguh dan cerdik sehingga kaumnya memanggil Thahirah kerana
beliau sangat loba terhadap akhlak dan kesopanan yang mulia. Ayahnya, Khuwailid
wafat kira-kira pada tahun 585 Masihi iaitu sebelum perang Fijar. Manakala ibu Saidatina
Khadijah wafat sekitar tahun 575 Masihi. (Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 4)
dan ( Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 16)

Setelah ibu dan ayah Saidatina Khadijah wafat, kekayaan dan harta diagihkan kepada
Saidatina Khadijah dan adik-beradiknya. Antara adik-beradiknya, hanya Saidatina
Khadijah yang mewarisi kebolehan ayahnya untuk menjadi kaya. Oleh kerana Saidatina
Khadijah dikurniakan kecerdasan yang luar biasa, beliau mengambil alih tanggungjawab
bisnes keluarganya dan segera mengembangkannya. Beliau ingin memperoleh kekayaan
dari titik peluh sendiri. Salah seorang bapa saudaranya bertindak sebagai penasihat
beliau dalam masalah bisnes. Anggota keluarga yang lain juga turut membantunya
apabila beliau memerlukan pertolongan. Walaupun begitu, dalam membuat keputusan,
beliau tidak akan bergantung pada sesiapapun malah akan membuat keputusannya
sendiri. ( Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 16)

Sebelum berkahwin dengan Nabi Muhammad S. A. W. Saidatina Khadijah diperisteri oleh


Abu Halah bin Zurarah bin Usaid bin Amr bin Tamim At-Tamimi. Mereka telah
memperoleh dua cahaya mata yang bernama Halah dan Hanad. Setelah Abu Halah
meninggal dunia, Saidatina Khadijah diperisteri oleh Atiq bin Aidz bin Abdillah bin Umar
bin Makhzum Al-Makhzumi. Namun begitu perkahwinannya hanya berlangsung beberapa
saat kemudian bercerai. Selepas itu ramailah orang-orang terkenal di kalangan Quraisy
ingin memperisterikan Saidatina Khadijah, tetapi beliau menolaknya kerana beliau ingin

63

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

meluangkan masa beliau dengan mendidik putera-puteranya dan menguruskan


dagangannya. (Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 5)
Setelah dagangannya meluas ke negeri Syam, Saidatina Khadijah mengambil Nabi
Muhammad S. A. W. sebagai pekerjanya bagi mengedarkan dan menguruskan
dagangannya dari Makkah ke Syam. Di samping itu juga, beliau mengutus pembantunya
yang bernama Maisarah untuk memperhatikan gerak-geri Nabi Muhammad. Setelah
sekian lama mengenali diri dan sifat-sifat Nabi Muhammad S. A. W. , Saidatina Khadijah
mula jatuh cinta pada Nabi Muhammad S. A. W. Dan dari situlah terjalinnya perkahwinan
Saidatina Khadijah dengan Nabi Muhammad S. A. W. dimana umur Saidatina Khadijah
ketika itu ialah 40 tahun manakala umur Nabi Muhammad S. A. W. ialah 25 tahun.
(Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 6-10)

Keistimewaan Saidatina Khadijah ialah beliau seorang yang cerdas, pandai menjaga diri,
suci perilakunya, bermurah hati serta dermawan. Nabi Muhammad S. A. W. telah
memberi gelaran penghulu wanita pada zamannya dan juga menjadi penghulu syurga.
Saidatina Khadijah juga wanita yang sempurna, seorang teguh hati, agung, suci hatinya,
bersih jiwanya, cantik rupa parasnya, halus perasaannya, sentiasa adil dan mulia
akhlaknya. (Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 5-6)

Keimanan, kebaikan, kemurahan hati Saidatina Khadijah diketahui oleh setiap orang.
Beliau penuh dengan kesabaran dalam penderitaannya dan bersemangat untuk
berjuang. Saidatina Khadijah selalu mengagungkan rahmat dan kurnia dari Allah S. W. T.
Beliau selalu mendapat rahmat yang berlimpah. Ketika pemulauan terhadap keluarga
Bani Hasyim, Saidatina Khadijah tetap tegar dalam keimanannya dan hal itu selalu
menjadi sumber kekuatan yang tidak pernah goyah baginya dan bagi orang-orang di
sekelilingnya. (Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 64-67)

Dari hasil perkahwinan yang sungguh harmoni ini, mereka berdua telah dikurniakan
enam cahaya mata iaitu empat puteri dan dua putera. Anak pertama mereka ialah AlQasim. Al-Qasim wafat ketika berusia satu tahun. Selepas kelahiran Al-Qasim, diikuti
dengan kelahiran Zainab, Ruqayyah, Ummu Kaltsum, Siti Fatimah Az-Zahra dan
Abdullah. Abdullah wafat ketika masih bayi lagi. Semua puteri Saidatina Khadijah dan
Nabi Muhammad S. A. W. wafat ketika Nabi Muhammad S. A. W. masih hidup kecuali Siti
Fatimah Az-Zahra wafat enam bulan selepas wafatnya bapanya, Nabi Muhammad S. A.
W. (Muhammad Al-Ghazaliy, 1996: mukasurat 135)

64

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

Saidatina Khadijah tidak pernah meminta apa-apa pun dari suaminya. Jangankan minta
berikan sesuatu, bahkan beliau banyak menggunakan wangnya untuk keperluan orangorang Muslim. Selain itu, beliau seorang wanita sempurna. Saidatina Khadijah tidak
pernah berasa cemburu. Beliau selalu bersyukur, gembira dan mempunyai perasaan
puas dalam memberikan sesuatu. Beliau juga tidak pernah menyakiti orang, tidak pernah
marah, berdendam, mengumpat atau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang lain.
Saidatina Khadijah dilahirkan dengan hati yang bersih. (Syed A. A. Razwy, 1993:
mukasurat 76-80)

Selepas bapa saudara Nabi Muhammad S. A. W iaitu Abu Talib wafat, Saidatina
Khadijah yang ketika itu berusia 65 tahun telah jatuh sakit. Tak lama kemudian Saidatina
Khadijah pun wafat. Ini semua adalah kesan dari beratnya penderitaan yang ditanggung
Saidatina Khadijah selama dipulau oleh kaum Musyrikin Quraisy selama tiga tahun di
Syiib Abu Talib. Saidatina Khadijah telah wafat pada sepuluh Ramadhan pada tahun 619
Masihi. Pada saat kewafatannya, jubah Nabi Muhammad S. A. W. dijadikan sebagai kain
kapan untuk

Saidatina

Khadijah dan beliau

dikebumikan di Hujun,

Makkah.

(Maulana Syed Abul Hasan Ali an Nadwi, 2009: mukasurat 311)

4.4.3 SUMBANGAN SAIDATINA KHADIJAH KEPADA ISLAM

Saidatina Khadijah bukan sedikit sumbangannya kepada Islam. Beliau telah berkorban
menyumbang pertolongan

kepada masyarakat pada zaman awal Islam tidak kira

keturunan atau pangkat. Antaranya beliau telah membantu orang-orang miskin, janda,
anak-anak yatim dan orang-orang cacat menggunakan keuntungan yang diperolehnya
daripada

hasil

dagangannya.

mengahwinkannya

dan

Apabila

ada

memberikan

gadis

mas

miskin,
kahwin

Saidatina

Khadijah

kepada

mereka.

(Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 16)

Ketika pemulauan terhadap keluarga Bani Hasyim, kekayaan Saidatina Khadijah yang
melimpah itu habis. Hal ini kerana sebahagian hartanya dihabiskan untuk membeli air
bagi menyelamatkan Nabi Muhammad S. A. W. dan keluarganya. Saidatina Khadijah
mengorbankan kesenangan, kekayaan, rumahnya dan hidupnya untuk Islam. Semasa
peperangan, Saidatina Khadijah menggunakan semua harta kekayaanya untuk
keperluan seperti misalnya membeli makanan dan minuman untuk keluarga suaminya.

65

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

Beliau sangat bahagia apabila hartanya disumbangkan ke arah kebaikan. (Syed A. A.


Razwy, 1993: mukasurat 66-69)

Saidatina Khadijah selalu bersama suaminya yang tercinta di dalam masa susah
mahupun senang. Saidatina Khadijah selalu menghiburkan Nabi Muhammad S. A. W.
ketika baginda kebingungan apabila wahyu yang pertama diturunkan kepada baginda.
Ciri kelembutan seorang isteri amat jelas ketika beliau menenangkan rasulullah dengan
kata-kata yang lunak dan meyenangkan hati suami yang di dalam kebimbangan dan
ketakutan itu. Bahkan Saidatina Khadijahlah yang telah bersusah payah membawa Nabi
Muhammad S. A. W. berjumpa sepupunya yang alim dalam kitab Taurat dan Injil iaitu
Waraqah bin Naufal untuk mengesahkan apakah benda yang telah datang kepada
suaminya di dalam Gua Hira itu. (Maulana Syed Abul Hassan Ali ad Nadwi, 2009: 311314)

Setiap hari, Saidatina Khadijah memberikan makanan kepada orang-orang Muslim yang
miskin sehingga tiada seorang pun yang menderita kelaparan. Di samping itu, beliau
memberikan tempat tinggal kepada mereka. Beliau menggunakan banyak wangnya
untuk orang-orang Muslim Makkah yang miskin dan dengan begitu beliau telah
mematahkan tujuan orang-orang kafir yang mendera orang-orang Muslim itu. (Syed A. A.
Razwy,1993:muka surat 75)

Di samping itu, Saidatina Khadijah juga seorang pendakwah yang cukup berani, petah
bercakap dan indah kata-katanya. Sifat-sifat inilah yang menjadikan beliau seorang yang
berani dalam berdakwah dan mendapat sambutan yang cukup baik. Saidatina Khadijah
selalu mendampingi suaminya yang tercinta dalam berdakwah dan beliau akan menolong
suaminya dalam keadaan sulit dan penuh ujian. Beliau akan selalu menolong dan
membantu Nabi Muhammad S. A. W. dengan seberapa banyak kemampuan yang ada.
(Muhammad Ali Quthub, 1986: muka surat 18-19)

4.2.4 KESIMPULAN

Dari kisah Saidatina Khadijah ini, kita dapat lihat bahawa Saidatina Khadijah mempunyai
keperibadian

yang

sungguh

indah

dan

unggul.

bertanggungjawab dan pandai berdikari dalam

Beliau

seorang

anak

yang

menguruskan dan meneruskan

perdagangan keluarganya. Beliau seorang isteri yang setia, ikhlas terhadap suaminya.
Beliau berada di sisi suaminya yang tercinta di kala suka dan duka. Beliau juga seorang

66

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

ibu yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu terhadap anak-anaknya.
Seterusnya, beliau telah memberi banyak pengorbanan dari segi harta, waktu,
kepandaian, tenaga, dorongan dan hatinya yang tiada bandingannya untuk Islam yang
dicintai. Pengorbanan-pengorbanan beliau cukup berhasil bagi menguatkan dan
mengukuhkan kerajaan Islam ketika itu. Pengorabanan Saidatina Khadijah untuk Islam
ini sangat diagungkan dalam sejarah kita. Dorongan yang diberikan kepada suaminya
iaitu Nabi Muhammad S. A. W. telah membuat politik Islam semakin maju. Tidak ada
seorang pun yang dapat memainkan peranan seperti yang dilakukan oleh Saidatina
Khadijah. Hasil dari pengorbanannya, Islam ketika itu mampu menang dalam melawan
penyembahan berhala. Musuh-musuh Islam dapat dikalahkan, keangkuhan Bani Hasyim
dapat dirobohkan, dan ideologi keberhalaan dimusnahkan. Saidatina Khadijah ialah salah
seorang tokoh utama yang membangunkan kemenangan Islam. Di sini juga, kita dapat
lihat Saidatina Khadijah tidak pernah rasa jemu dalam memberikan bantuan kepada
orang-orang sekelilingnya. Beliau memberikan sumbangan kepada Nabi Muhammad S.
A. W, keluarganya dan orang-orang Muslim kerana Allah S. W. T. Saidatina Khadijah
juga tidak pernah rasa gentar untuk menghadapi musuh kerana beliau berani kerana
benar. Setelah Saidatina Khadijah, orang-orang di sekelilingnya tidak pernah melupakan
pengorbanan yang telah beliau sumbangkan. Pengorbanan dan peribadi Saidatina
Khadijah yang mulia ini akan sentiasa dikenang dan perlu diterapkan dalam setiap jiwa
dan pemikiran manusia pada zaman sekarang ini terutama pada kaum wanita. Saidatina
Khadijah perlu dijadikan contoh yang baik buat semua masyarakat sekarang.

67

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

4.5

SAHSIAH SAIDATINA AISYAH BINTI ABU BAKAR

4.5.1 PENDAHULUAN

Saiditina aisyah adalah satu nama yang sangat besar di dalam sejarah Islam. Beliau
merupakan perawi hadith yang hebat , di mana terdapat lebih dari 5 ribu buah hadith
yang diriwayatkan dan menjadi pegangan umat Islam sehingga sekarang.Kelebihan yang
dimiliki oleh Siti Aisyah ini telah berjaya meletakkan dirinya sebaris dengan perawi
hadith dari kalangan sahabat lelaki yang lain. Kecintaan dan hubungan yang
bersama rasulullah banyak digambarkan
Sekaligus mewujudkan

akrab

dari hadith yang diriwayatkan olehnya.

keakraban hubungan suami isteri dan cara menjalinkan

hubungan kekeluargaan yang harmoni antara ahli keluarga. Berikut beberapa hadith
yang menerangkan keadaan tersebut.

Aisyah r.ha. menceritakan, "Suatu ketika Rasulullah s.a.w. berkata kepadaku:


'Sesungguhnya kanda tahu bila dinda sedang senang kepada kanda dan bila dinda
sedang marah.' Aku bertanya: 'Bagaimana kanda tahu?' Baginda menjawab; 'Jika dinda
sedang senang kepada kanda, maka dinda akan mengatakan, demi Tuhan Muhammad!
Tapi jika sedang marah, dinda akan mengatakan, tidak, demi tuhan Ibrahim!' Aisyah
berkata: 'Itu benar. Demi Allah! Dinda hanya mampu menjauhi namamu.'" (Muttafaq
'alaih). Di dalam hadith yang lain pula Imam al-Nawawi berkata, "mengenai pernyataan
Rasulullah s.a.w. kepada Aisyah r.ha. ini, al-Qadhi berkata, 'Kemarahan Aisyah kepada
nabi adalah dalam bentuk kecemburuan kepada Baginda. Kecemburuan menjadi faktor
tidak berlakunya banyak hukum bagi wanita, kerana ia (cemburu) tidak dapat dipisahkan
daripada wanita. Bahkan Imam Malik dan ulama-ulama Madinah lainnya berpendapat,
tidak berlaku bagi wanita yang menuduh suaminya berzina ketika ia sedang cemburu.

68

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

Pendapat ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: 'Wanita cemburu tidak
dapat membezakan antara bibir lembah dan dasarnya.'"

Jika pengertian hadis di atas tidak bermaksud kemarahan kerana cemburu, maka Aisyah
berada dalam kedudukan yang sangat sulit kerana marah dan menjauhi rasulullah s.a.w.
adalah dosa besar. Untuk itu, Aisyah r.ha. berkata, "Dinda hanya mampu menjauhi
namamu." Ini menunjukkan perasaan hati dan kecintaanya kepada Rasulullah s.a.w.
tetap seperti sediakala. Kecemburuannya didorong oleh rasa cinta yang terlalu tinggi."
(Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi, jil. 15, hlm 292-293)
Aisyah r.ha. mengatakan bahwa dia pernah bertanya: "Ya Rasulullah, siapakah orang
yang paling kanda cintai?" Baginda bertanya kembali: "Kenapa dinda bertanya seperti
itu?' Aisyah menjawab: "Dinda ingin mencintai orang yang kanda cintai." Baginda
menjelaskan: "Dia ialah Aisyah." (Al-Haithami, majma' al-Zawa'id no. 15309. Hadis ini
diriwayatkan oleh Tabrani, sanadnya hasan)

4.5.2 RIWAYAT HIDUP

Gelaran: Al-Humaira
[putih kemerah-merahan]
Nama: Aisyah bte Abu
Bakar As-Siddiq r.a

Nama bapa:Abu Bakar Abu


Quhafah
Nama Ibu:Ruman bte
Umairah b Amir

Tempat lahir: Mekkah


al-Mukarramah
Tarikh lahir: 8 tahun
sebelum hijrah:641M

Nama suami: Muhammad b


Abdullah [Rasulullah SAW]

Tarikh wafat: 17
Ramadhan tahun 58
hijrah

BIODATA

Tarikh perkahwinan: Bulan Syawal,


tahun 10 kenabian

69

Umur Wafat: 67 tahun


Tempat wafat dan di
Maqamkan: al-Baqi, Madinah
al-Munawwarah

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

Bersungguh-sungguh menuntut ilmu:


Sejak kecil/zaman kanak-kanak menunjukkan
minat yg dalam terhadap ilmu

Dermawan:
Sanggup menjual barang
keperluannya sematamaat membantu orang
lain

SIFAT MULIA

Bersungguh-sungguh
menuntut ilmu:
Taat dan patuh kepada ibu
bapa dan suami.Tegas dan
berani menegakkan
kebenaran

Sabar Cekal dan Tabah:


Tidak pernah mengeluh walau menempuh
pelbagai cabaran. Cekal dan tabah dalam
menghadapi dugaan seperti fitnah dalam
peristiwa HadithulIfqun

4.5.3 SUMBANGAN KEILMUAN

Kepandaian dan kecerdasan fikiran Saidatina Aisyah (al-Humaira) adalah sangat ketara
sehingga beliau digolongkan dalam kelompok

intelek pada tahun-tahun pertama

Islam.Beliau dianugerahkan ingatan yang sangat tajam dan mampu mengingat segala
persoalan yang diajukan oleh kaum wanita kepada Nabi.Begitu juga beliau

mampu

mengingat semula segala jawapan yang berikan oleh Rasulullah secara sempurna. Ini di
sebabkan kedudukan biliknya yang hanya bersebelahan sahaja dengan masjid yang

70

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

Rasulullah selalu menyampaikan kuliah maka dengan tekun dan cermat beliau
mendengar dakwah,kuliah dan diskusi Nabi dengan para sahabat dan orang-orang
lain.Disebabkan banyaknya ilmu yang diserap oleh Aisyah r.ha Baginda Rasulullah SAW
bersabda yang ertinya: "Ambillah separuh agamamu dari Humaira itu"
4.5.4 PERIWAYATAN HADITH

Nama Saidatina Aisyah telah tercatatat dalam sejarah Islam sebagai serang ilmuan
unggul samada dalam bidang politik,tasyri' dan adab. Kesempatan hidup selama sepuluh
tahun bersama Rasulullah menjadikan peluang yang cukup berharga kepada Siti Aisyah
meriwayatkan hadith yang berjumlah lebih dari 5 ribu buah.Beliau sering

menerima

pertanyaan dari para sahabat Rasulullah SAW. Analisanya tepat dan fikirannya tajam,
kemampuannya yang pelbagai ini menyumbang kepada perkembangan tamaddun ilmu
dalam Islam yang gemilang.

4.5.5 KESIMPULAN

Bermula dari perkahwinan Saidatuna Aishah bersama manusia agung Muhammad s.a.w
di usia sembilan tahun telah memulakan sejarah hidupnya sebagai isteri manusia yang
paling hebat di dunia. Sejarah hidupnya telah membuktikan kehebatan perkongsian ilmu
bersama manusia agong ini mampu menjana ketamadun ilmu yang gemilang berkat ciri
-ciri sahsiah yang tinggi dimiliki olehnya. Kebanyakan para ulamak menempatkan Ibu
Agung Agama Islam ini
Khadijah

dan

Saidatuna

sebagai wanita yang paling menonjol selepas Saidatuna


Fatimah

Azzahra.Manakala

ulamak

Ibn

Hazim

pula

menempatkan Aisyah ditempat kedua sesudah Nabi Muhammad, mendahului semua


isteri, sahabat dan rakan-rakannya.

71

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

4.6

SAHSIAH IMAM EMPAT MAZHAB

4.6.1 SAHSIAH IMAM AS-SYAFEI


Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie
Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf. Imam Syafie
adalah berasal dari keturunan arab Quraisy. Nasabnya berkait dengan Nabi Muhammad
saw. Imam Syafie menghafal Al-Quran sewaktu berumur 9 tahun. Beliau menghafal Kitab
al-Muwatta yang ditulis oleh Imam Malik (Mazhab Maliki) selama 10 tahun. Beliau
mempunyai kecerdikan dan daya ingatan yang sangat luar biasa. Dibenarkan
memberikan fatwa sendiri oleh gurunya sewaktu berusia 15 tahun sewaktu mengajar di
Masjidil Haram. Imam Syafie penentang amalan bidaah. Kata beliau, semua perkara
yang diadakan menyalahi Quran dan sunnah atau ijmak ulama adalah bidaah yang keji
dan sesat! Manakala mana-mana perkara atau kebaikan yang tidak menyalahi sedikit
pun dari kesemua itu adalah bidaah yang terpuji. Imam Syafie berpegang kepada
fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti juga 3 orang Imam Mazhab lain yang terkenal
seperti Imam Hanafi,Imam Maliki dan Iman Ahmad Bin Hambal (mazhab Hambali).
Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ini dicetuskan oleh ulamak sebelu mereka iaitu
Syeikh Abu Hasan Asyaari dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi.

Bila ibunya membawa Imam Syafie untuk berguru dengan Imam Ismail Kustantani,
seorang guru ilmu Al-Quran yang terkenal waktu itu, Imam Ismail pada mulanya menolak

72

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

kerana Imam Syafie baru berusia 9 tahun sedangkan dia hanya menerima orang menjadi
muridnya setelah berumur 12 tahun.Namun setelah dia menguji hafalan dan ingatan
Imam Syafie tentang Al-Quraan, beliau amat tertarik dengan daya ingatan dan suara
Imam Syafie yang merdu lalu terus mengambil Imam Syafie menjadi muridnya.Apabila
Imam Ismail ada urusan lain, Imam Syafie pula disuruh menggantikan tempatnya
mengajar disitu.

Imam Syafie pernah mengembara ke Madinah yang mengambil masa selama 8 hari
dengan menaiki unta sambil sempat mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 16 kali untuk
menemui dan berguru dengan Imam Malik yang ketika itu menjawat jawatan Mufti Kota
Madinah.Imam Syafie belajar dari Imam Malik selama 8 bulan.

Selepas itu Imam Syafie merantau pula ke Iraq untuk belajar dengan anak murid Imam
Hanafi iaitu Imam Muhamad al-Hassan dan Imam Abu Yusof.Beliau telah menghafal
Kitab al-Awsat karangan Imam Hanafi dalam masa 3 hari saja telah mengejutkan kedua
orang gurunya itu kerana biasanya murid-murid mereka yang lain mengambil masa
paling kurang 1 tahun untuk menghafalnya.

Kewibawaannya sebagai seorang guru yang berpengaruh terserlah ketika beliau masih
kecil lagi. Ini terbukti ketika beliau membacakan ayat-ayat suci al-Quran yang telah
memberi kesan yang mendalam kepada pendengarnya sehingga semuanya dapat
menghayati maksud al-Quran dan disusuli dengan titisan air mata kesedaran.
4.6.2 SAHSIAH IMAM MALIK

Nama sebenarnya Abu Abdullah Malik Ibnu Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amr bin Haris
dilahirkan di Kota Madinah tahun 93H. bersamaan tahun 713M Zaman khalifah Sulaiman
bin Abd. Malik daripada kerajaan Bani Umayyah. Beliau sempat melalui Dua
Pememrintahan iaitu zaman Uamyyah dan zaman Abasiyyah.

Beliau saorang yang terkenal dengan kecerdasan akal yang tinggi mampu menghafal alQuran dalam umur yang masih muda. Beliau saorang hartawan yang tidak lokek
membelanjankan hartanya pada jalan Allah, sangat menghormati hadis-hadis Rasulullah,
beliau dikatakan tidak pernah menunggang sebarang kenderaan di Madinah sebagai
tanda menghormati jasad baginda yang dikebumikan di sana.

73

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

Prinsip beliau mengenai ilmu ialah orang yang ingin belajar hendaklah berusaha
mencarinya, bukanlah ilmu yang datang mencarinya. Beliau tidak pernah merungut
apabila memberi kepada muridnya dan sanggup bersusah payah memberi kefahaman
ilmu kepada muridnya. Contoh keberanian beliau yang sanggup dirotan dengan camti
sehingga patah tulang belankang kerana mengeluarkan fatwa yangtidak disukai oleh
khalifah iaitu isteri yang di talak secara paksa tidak jatuh talaknya.

Sumbangan Imam malik dimana mazhabnya dianggap sebagai mazhab FIQH yang
tertua dalam Islam Sunni, mazhab ini diamalkan sebahagian besar di Moroko, Aljeria,
Libya dan Palastin. Mazhab ini berbeza daripada mazhab tiga yang lain kerana terdapat
tambahan kepada sumbernya iaitu selain menggunakan al-Quran, hadis, ijmak dan qias
beliau juga menggunakan amalan ahli-ahli Madinah pada zamannya itu sebagai sumber
kelima. Beliau juga pakar dalam bidang ilmu hadis dan sangat berhati-hati dalam
menyelidik sanad dan perawi hadis untuk mepastikan kesohihannya. Menurut satu
riwayat beliau telah menghabiskan umurnya selama 40 tahun untuk menghimpun dan
menyaring hadis-hadis yang diterima dari gurunya. Beliau juga telah menghafaz
sebanyak 100,000 hadis. Walau bagaimana pun tidak semua hadis tersebut diterima
untuk dijadikan sumber hukum, setelah ditapis hanya 10,000 hadis sahaja yang diakui
sah.

4.6.3 SAHSIAH IMAM ABU HANIFAH

Imam Abu Hanifah, pengasas mazhab Hanafi, adalah Abu Hanifah An-Nukman bin
Tsabit bin Zufiat At-Tamimi. Beliau masih mempunyai pertalian hubungan kekeluargaan
dengan Imam Ali bin Abi Thalib ra. Dilahirkan di Kufah pada tahun 150H/699M, pada
masa pemerintahan Al-Khalid bin Abdul Malik, Abu Hanifah selanjutnya menghabiskan
masa kecil dan tumbuh menjadi dewasa di sana. Sejak masih kanak-kanak, beliau telah
mengkaji dan menghafal Al-Quran. Beliau dengan tekun senantiasa mengulang-ulang
bacaannya, sehingga ayat-ayat suci tersebut tetap terjaga dengan baik dalam
ingatannya, sekaligus menjadikan beliau mendalami makna yang dikandung ayat-ayat
tersebut. Dalam hal memperdalam pengetahuannya tentang Al-Quran, belau sempat
berguru kepada Imam Asin, seorang ulama terkenal pada masa itu.
Selain mendalami Al-Quran, beliau juga aktif mempelajari ilmu fiqh. Beliau pernah
berguru kepada ulama-ulama yang sangat terkenal dari kalangan sahabat Rasulullah

74

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

s.a.w., di antaranya kepada Anas bin Malik, Abdullah bin Auf dan Abu Tufail Amir, dan
sebagainya. Dari mereka belau juga mendalami ilmu hadis.
Keluarga Abu Hanifah sebenarnya adalah keluarga pedagang. Beliau sendiri sempat
terlibat dalam usaha perdagangan, namun hanya sebentar sebelum beliau memusatkan
perhatian pada soal-soal keilmuan.
Beliau juga dikenali sebagai saorang yang sangat tekun mempelajari ilmu. Sebagai
gambaran, belau pernah belajar fiqh kepada ulama yang paling terkenal pada masa itu,
seperti Humaid bin Abu Sulaiman, tidak kurang dari 18 tahun lamanya. Setelah wafat
gurunya, Imam Abu Hanifah kemudian mulai mengajar di banyak majlis ilmu di Kufah.
Setelah 10 tahun gurunya meninggal, iaitu pada tahun 130 H. Imam Abu Hanifah pergi
meninggalkan Kufah menuju Mekah. Beliau tinggal beberapa tahun lamanya disana, dan
ditempat itu pula beliau bertemu dengan salah seorang murid Abdullah bin Abbas ra.
Semasa hidupnya, Imam Abu Hanifah dikenal sebagai seorang yang sangat dalam
ilmunya, ahli zuhud, sangat tawadhu, dan sangat teguh memegang ajaran agama. Beliau
tidak tertarik kepada jabatan-jabatan rasmi kenegaraan, sehingga beliau pernah menolak
tawaran sebagai hakim (Qadhi) yang ditawarkan oleh Khalifah al-Mansur. akibat dari
penolakan itu beliau dipenjarakan hingga ke akhir hayatnya.
Imam Abu Hanifah wafat pada tahun 150 H/ 767 M, pada usia 70 tahun. Beliau
dimakamkan di pekuburan Khizra. Pada tahun 450 H/1066 M, sebuah sekolah telah
dibina yang diberi nama Jami Abu Hanifah sebagai mengingati jasa-jasanya.
Sepeninggalan beliau, ajaran dan ilmunya tetap tersebar melalui murid-muridnya yang
cukup banyak. Di antara murid-murid Abu Hanifah yang terkenal adalah Abu Yusuf,
Abdullah bin Mubarak, Waqi bin Jarah Ibnu Hasan Al-Syaibani, dan lain-lain. Antara
karangan Imam Abu Hanifah ialah; Al-Musuan (kitab hadis, dikumpulkan oleh muridnya),
Al-Makharif (buku ini dinisbahkan kepada Imam Abu Hanifah, diriwayatkan oleh Abu
Yusuf, dan fiqh Akbar (Kitab fiqh yang lengkap)

4.6.5 SAHSIAH IMAM AHMAD BIN HANBAL

Nama lengkapnya adalah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal Asy Syaibani.
Beliau lahir di kota Baghdad pada bulan Rabiul Awwal tahun 164 H (780 M), pada masa

75

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

Khalifah Muhammad al Mahdi dari Bani Abbasiyyah ke III. Menurut sejarah beliau lebih
dikenali dengan Ibnu Hanbal (nisbah bagi datuknya).
Walau pun Imam Ahmad dalam keadaan yatim dan miskin, namun berkat bimbingan
ibunya yang salehah beliau mampu menjadi manusia yang teramat cinta pada ilmu,
kebaikan dan kebenaran. Dalam suasana serba kekurangan, tekad beliau dalam
menuntut ilmu tidak pernah berkurang. Bahkan sekalipun beliau sudah menjadi imam,
pekerjaan menuntut ilmu dan mendatangi guru-guru yang lebih alim tidak pernah
berhenti.
Beliau menuntut ilmu dari banyak guru yang terkenal dan ahli dalam bidangnya. Misalnya
dari kalangan ahli hadits adalah Yahya bin Said al Qathan, Abdurrahman bin Mahdi,
Yazid bin Harun, Sufyan bin Uyainah dan Abu Dawud ath Thayalisi. Dari kalangan ahli
fiqh adalah Waqi bin Jarah, Muhammad bin Idris asy Syafii dan Abu Yusuf (sahabat Abu
Hanifah ) dan lain-lain dalam ilmu hadits, beliau mampu menghafal sejuta hadits bersama
sanad dan hal ehwal perawinya.
Imam Ahmad seorang yang serba kekurangan, namun beliau sentiasa memelihara
kehormatan dirinya. Beliau terkenal sebagai seorang yang amat pemurah. Disamping itu,
beliau terkenal sebagai seorang yang zuhud dan wara. Bersih hatinya dari segala
macam pengaruh kebendaan serta menyibukkan diri dengan zikir dan membaca al
Quran. Beliau menghabiskan seluruh usianya untuk membersihkan agama dan
mengikisnya dari amalan bidah dan fahaman-fahaman yang sesat.
Salah satu karya besar beliau adalah Al Musnad yang memuat empat puluh ribu hadits.
Selain al Musnad karya beliau yang lain adalah : Tafsir al Quran, An Nasikh wal
Mansukh, Al Muqaddam wa Al Muakhar fi al Quran, Jawabat al Quran, at Tarikh, al
Manasik al Kabir, al- Manasik al- Shaghir, Thaatu Rasul, Al Ilal, Al Wara dan Ash
Shalah.
Ujian dan tantangan yang dihadapi Imam Ahmad adalah fahaman Mutazilah yang dianuti
oleh pemerintah, khususnya di masa al Makmun dengan kepercayaan al-Quran itu
makhluk. Sekalipun Imam Ahmad sadar akan bahaya yang segera menimpanya, namun
beliau tetap gigih mempertahankan pendirian dan mematahkan hujjah kaum Mutazilah
serta mengingatkan akan bahaya filsafat terhadap kemurnian agama. Beliau berkata
tegas pada sultan bahwa al Quran bukanlah makhluk, sehingga beliau diseret ke
penjara. Beliau berada di penjara selama tiga periode kekhlifahan yaitu al Makmun, al
Mutashim dan terakhir al Watsiq. Setelah al Watsiq tiada, diganti oleh al Mutawakkil
yang arif dan bijaksana dan Imam Ahmad pun dibebaskan.

76

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

Walau pun Imam Ahmad lama merengkuk di dalam penjara dan diasingkan dari
masyarakat, namun berkat keteguhan dan kesabarannya selain mendapat penghargaan
dari sultan juga memperoleh keharuman atas namanya. Ajarannya makin banyak diikuti
orang dan mazhabnya tersebar di seluruh Irak dan Syam. Tidak lama kemudian beliau
meninggal karena rasa sakit dan luka yang dibawanya dari penjara semakin parah dan
memburuk. Beliau wafat pada 12 Rabiul Awwal 241 H (855). Pada hari itu tidak kurang
dari 130.000 Muslimin yang hendak menshalatkannya dan 10.000 orang Yahudi dan
Nashrani yang masuk Islam. Menurut sejarah belum pernah terjadi jenazah dishalatkan
orang sebanyak itu kecuali Ibnu Taimiyah dan Ahmad bin Hanbal.
Boleh dikatakan semua imam tersebut telah menggunakan pelbagai kaedah dalam
menyampaikan

pengajajaran

mereka,

khususnya

iman

as-Syafie,

beliau

telah

menggunakan kaedah-kaedah berikut dalam menyampainya:-

Secara Kuliah

Semasa menetap di Makkah, pemusatan pengajarannya ialah di Masjidil haram


(Muhammad Abu Zuhrah, 1367). Beliau mengajar dengan duduk di atas kerusi dikelilingi
oleh murid-muridnya. Masa ini merupakan saat-saat yang paling subur dalam
keilmuannya, di mana imam as-Syafei menumpukan pemikiran dalam kuliahnya dan
bersama

murid-muridnya

mencari

jalan

pengeluaran

hukum

yang

ganjil

dan

membandingkan antara sumber perundangan yang pelbagai. Selama sembilan tahun,


imam as-Syafei menghabiskan masanya di Makkah bersama-sama para ilmuan yang lain
membahas, mengajar, mengkaji disamping berusaha untuk melahirkan satu intisari dari
beberapa aliran dan juga persoalan yang sering bertentangan yang ditemui pada masa
itu.

Di Mesir, beliau juga mengajar di sebuah masjid bernama Masjid Amru bin Ash.
Kuliahnya bermula pada setiap hari dari pagi hingga tengahari (setelah selesai solat
subuh hingga waktu zohor). Selesai solat zohor, baharulah beliau pulang ke rumah
bersama dengan murid yang berdekatan dengan beliau antaranya ialah al-Muzani, alRabi dan Muhammad bin Abdullah.

Secara Halaqah

77

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

Pengajaran beliau semasa di Baghdad ialah berbentuk halaqah. Beliau mengajar di


sabuah masjid di sebelah barat Kota Baghdad pada mulanya terdapat 20 halaqah
pengajian di masjid itu, satelah kedatangan imam as-Syafei halaqah itu digabungkan
menjadi TIGA sahaja dan halaqah yang lain bergabung ke dalam halaqah Imam asSyafei. Pengajaran beliau dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada
para ulama, cerdik pandai dan para pegawai kerajaan.

Secara Imlak

Cara ini diamalkan sewaktu beliau menyusun kita al-Umm. Pernah as-Syafei
mengimlakkan kepada murid-muridnya dan sebahagian lagi ditulis oleh beliau sendiri.
Kadang-kadang dirombak pula oleh murid-muridnya apa yang beliau tulis, kemudian
dibacakan kepada beliau apa yang telah dirombak itu.
Secara bertukar-tukar fikiran

Kaedah ini dilakukan oleh Imam as-Syafei ketika berhadapan dengan para ulama
Baghdad di mana beliau sering bertukar-tukar fikiran tentang masalah-masalah
agama,terutama dengan para ahli fekah dari mazhab Hanafi. Masalah-masalah agama
yang ditimbulkan oleh pembesar-pembesar Harun al-Rasyid ( Khalifah ) pada masa itu
dijawab oleh Imam Syafei dengan penjelasan yang memuaskan.
Kaedah Usuli

Cara ini beliau gunakan di Baghdad semasa kebanyakan para ilmuan terpengaruh
dengan Mazhab Hanafi. Tegasnya kaedah usuli adalah berlandaskan daripada sumber
asal rujukan pengajarannya. Ini terbukti sebagaimana kata-kata al-Karabsi; Kami
sebelum ini tidak mengenal islatilah al-kitab, al-sunnah dan ijmak sehinggalah datangnya
as-Syafei, belaiulah yang menerangkan maksud al-kitab, al-sunnah dan ijmak.

Kaedah Perbincangan

Murid-murid imam as-Syafei digalakkan supaya mengadakan perbincangan dalam


sesuatu parmasalahan yang ditimbulkan. Sifat taklid amat tidak digemari oleh as-Syafei,
jesteru itu terdapat di kalangan murid Imam as-Syafei yang tidak bertaklid buta kepada
gurunya, bahkan ada yang tidak menyetujui sebahagian sebahagian pendapat as-Syafei

78

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

contohnya al-Muzani seorang alim bekas murid as-Syafei yang terkenal sebagai orang
yang menghimpun dan menyusun kitab-kitab Imam as-Syafei.

Kesimpulannya Imam as-Syafei merupakan model yang perlu dicontohi oleh semua
golongan masyarakat samada yang bergelar pendidik mahu pun pelajar. Kaedah beliau
menyampaikan pengajaran melalui kuliah berbentuk halaqah, menganjurkan pertukaran
pendapat dan perbincngan telah berjaya melahirkan murid-murid beliau sebagai ulama
dan cendekiawan yang meneruskan jejak langkah beliau.

Anda dikehendaki mengkaji dan menyediakan kaedah-kaedah


penyampaian Imam Malik, Imam Hanapi dan Imam Hanbali

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran


tajuk ini dengan jayanya!
.

79

Anda mungkin juga menyukai