Anda di halaman 1dari 4

KATEGORI MURID PENDIDIKAN KHAS

CIRI-CIRI MURID PPKI MENGIKUT KATEGORI


SINDROM DOWN
Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan
oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ciri-ciri bukaan
mata bujur dengan lipatan kulit epikhantik pada sudut dalam mata
hipotonia otot (poor muscle tone) batang hidung leper satu garis di tapak
tangan (juga dikenali sebagai garis simian) lidah terjulur (disebabkan
rongga mulut kecil, dan lidah membengkak berhampiran tonsil) leher
pendek tompok putih pada iris dikenali sebagai tompok Brushfield lentur
melampau pada sendi kecacatan jantung kongenital jarak melampau
antara ibu jari kaki dengan jari berikutnya
AUTISME
Autisma bermaksud ketidakupayaan seseorang kanak-kanak memahami
perkara-perkara di sekelilingnya selain dirinya sendiri. Autisma juga
menyebabkan perkembangan diri kanak-kanak menjadi tidak menentu.
Peringkat awal autisma boleh dikesan pada awal usia kelahiran ataupun
sekurang-kurangnya pada peringkat umur yang awal.Tiada ubat dalam
masalah autisma kerana ia bukan sejenis penyakit tetapi dengan program
pendidikan yang bersesuaian, masalah ini dapat dikurangkan.Autisma
melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur,
jantina, bangsa, atau taraf ekonomi. Ciri-ciri 1. Pola perlakuan yang unik :
Penerimaan deria yang aneh. Sering membuang masa kepada sesuatu
objek yang tidak diketahui fungsinya dan gemar memutar-mutar barang
sambil berkhayal. Terlalu menyayangi sesuatu objek sehingga sukar
dipisahkan daripadanya. Rutin harian yang dirancang secara detail. 2.
Masalah perhubungan dengan orang di sekeliling : Tempoh masa untuk
menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara amat singkat dan tidak
berminat dengan kemahiran yang diajar. Suka melakukan sesuatu perkara
secara berulang-ulang dan hanya akan berhenti apabila ditegur. Suka
bersendirian dan menganggap manusia sebagai objek dan hanya

berinteraksi bila di dekati dengan cara-cara tertentu dan dengan individu


yang disukai. Tidak mahu bertentang mata sewaktu bercakap seolah-olah
mereka melihat menembusinya. 3. Gemar memeriksa anggota badan
seperti kaki dan tangan seolah-olah benda itu baru dan pelik 4.
Mengalami masalah pertuturan : Sering mengulangi soalan yang diajukan.
Suka meniru percakapan orang lain. Kadangkala menggunakan suara
yang luarbiasa untuk menuturkan sesuatu perkataan. 5. Sikap atau
perasaan yang ganjil dan tidak normal : Meletuskan kemarahan yang
amat sangat atau mengamuk dan disusuli dengan perlakuan agresif. Ianya
berlaku tanpa sebab atau kerana kehilangan sesuatu objek yang disayangi
atau dilarang dari melakukan sesuatu perkara yang mereka mahu.
Mengilai, menangis dan ketawa secara tiba-tiba. Tidak tahu erti bahaya
dan gemar melakukan sesuatu yang merbahaya. 6. Intelek yang luar
biasa walaupun autisma : Mereka meminati matapelajaran Matematik.
Gemarkan permainan seperti Jigsaw Puzzles. Suka menyanyi atau
mengingati lirik lagu serta suka mendengar semua jenis muzik. Boleh
menghafal senarai nombor telefon, tarikh, nama, sajak, dan sebagainya.
Mempunyai kemahiran mekenikal yang luar biasa. 7. Tidak suka kepada
perubahan dan sangat susah untuk mengubah sesuatu rutin.
DISLEKSIA
Disleksia bermaksud kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis,
mendengar,

dan

bercakap.

Murid

disleksia

bukannya

mengalami

kecacatan pada mata atau fizikal tetapi mereka mengecam sesuatu dalam
keadaan terbalik. Ciri-ciri Keliru dengan arah kiri dan kanan. Gemar
berkhayal, menangis dan ketawa secara tiba-tiba. Taksub kepada sesuatu
objek dan gemar memutar-mutar barang sambil berkhayal. Tempoh masa
untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara amat singkat.
Lambat bertutur dan sukar memahami arahan. Sukar mengikut arahan
lisan yang panjang. Kesukaran menyalin semula nota yang diberi. Keliru
dengan nombor-nombor. Kemahiran motor yang lemah. Cth :sukar
memegang alat tulis dengan tangan dominan, dan sering terlanggar
barang di sekitar. Sifat ingin tahu yang tinggi, berminat terhadap perkara

baru dan suka bertanya secara berulang-ulang. Kurang keyakinan diri dan
menghadapi tekanan jiwa. Tidak mempunyai ramai kawan kerana kurang
kemahiran bersosial dan sukar bergaul. Kelakuan dan sikap yang tidak
konsisten. Gemar menggigit jari dan merenung buku seolah-olah tidak
faham.
ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER (HIPERAKTIF)
Hiperaktif merujuk kepada tingkah laku kanak-kanak yang terlampau
lasak,

aktif,

nakal,

agresif

dan

keadaannya

tidak

menentu

jika

dibandingkan dengan tahap pencapaian kanak-kanak normal. Kecelaruan


tingkah laku ini kerap berlaku kepada kanak-kanak yang berumur 8 tahun
dan akan berkurang secara beransur-ansur apabila mereka meningkat
dewasa. Hiperaktif dapat dikurangkan dengan bantuan ubat tetapi hanya
untuk tempoh masa yang sementara. Ciri-ciri Bersikap agresif serta tidak
dapat

duduk

diam

walaupun

sekejap.

Gemar

merayau-rayau

dan

menganggu rakan-rakan lain. Sukar memberi tumpuan kerana sikapnya


yang tidak boleh duduk diam. Mudah tertarik untuk melakukan sesuatu
perbuatan seperti berlari dan memanjat serta gemar meniru perlakuan
orang lain. Dapat melakukan setuatu kerja dengan pantas tetapi terburuburu. Bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu akibat dari tindakan mereka.
Bersikap keras kepala dan tidak mahu mendengar nasihat. Bertindak
mengikut perasaan sehingga boleh mencederakan diri dan orang lain.
Sukar memberi tumpuan dan gemar membuat bising. Suka mendahului
orang lain dalam apa jua situasi terutama sewaktu bermain. Sanggup
bergaduh untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Bersikap
negatif seperti suka mencuri, bercakap bohong dan suka merosakkan
barang orang lain.

LEMBAM/SLOW LEARNER

Lembam bermaksud lembap, tidak cergas, lemah (kemampuan murid


menguasai sesuatu kemahiran atau menerima pelajaran). Murid lembam
mempunyai tahap keupayaan intelek sederhana atau kurang sedikit
berbanding intelek murid normal. Mereka mempunyai kebolehan melihat
tetapi

kekurangan

kemahiran

menerima,

mengurus,

menyusun,

menyimpan, dan mengingat dengan berkesan. Ciri-ciri Bermasalah


mengenal bentuk huruf. Bermasalah menyebut bunyi huruf dengan tepat.
Menyebut atau membunyikan sesuatu bunyi huruf dengan perlahan.
Menutup muka dengan buku sewaktu belajar. Membaca setiap perenggan
terlalu lama. Ejaan perkataan seringkali salah. Menulis perkataan terlalu
rapat, kecil, condong. Jarak antara perkataan yang ditulis terlalu jauh.
Lambat sewaktu menulis. Huruf dan perkataan ditulis tinggi atau rendah
dan

tidak

seragam.

Mempunyai

konsep

kendiri

rendah.

Masa

menumpukan perhatian terhadap pelajaran sangat singkat dan perhatian


mudah dialihkan oleh rangsangan luar. Hanya boleh mengikut pelajaran
atau

arahan

yang

ringkas

dan

jelas

sahaja.

Anda mungkin juga menyukai