Anda di halaman 1dari 12

#CJRamadhanRevisited #5

#psychedforRamadhanNLailutQadr
Mata jatuh pada tafsir al-Quran di tangan.
Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada
ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak
akan dikembalikan kepada Kami? [al-Muminuun 23:115]
Kepala diangkat.Mata pandang depan.Nafas dihela panjang.
Sebagai manusia,kita ada hak untuk mencari.Cari makna hidup.Cari makna kepada makna
hidup.Cari makna kepada perasaan.Cari makna kepada pegangan.
Dan cari makna kepada Ramadhan.
Bukan hendak meletakkan definisi Ramadhan itu pada masjid mana yang hendak dijejak,pada
imam mana yang nak dikejar,pada Quran yang dibaca itu dalam iPhone,iPad,Tab,Note,kertas
biasa,kertas seribu warna, kertas papyrus atau apa.Tapi untuk meraikan keseronokan
Ramadhan.Untuk buat perasaan berkejar-kejar mencari kebaikan itu makin berkobaran. Hanya
untuk dibuat alat, bukan untuk dibuat matlamat.
Macam dalam hal solat;Allah bukan nak tanya berapa puluh masjid yang kita dah pergi, tapi Allah
tanya sama ada solat itu sempurna atau tak,regardless kat mana. Baik di istana,baik di masjid
harga berjuta,baik di tepi jalan on the way dari Bandung ke Jakarta,baik di bawah tangga kerana lari
sekejap dari kuliah Dr. Svetlana Rashkova.Siapa yang nak keluar statement berani mati cakap solat
kat 10 masjid lagi sempurna dari solat kat 1 masjid? Bukan reputasi masjid tu yang bagi weight
pada pahala, kecuali masjid-masjid yang Rasulullah dah sebut dalam hadith. Tak ke?
Dan kadangkala cepat betul kita rasa kita ni best kalau dah masuk Ramadhan hari ke 10, dan kita
dah baca sampai Juz 12. Agak kurang makna jugak la kot kalau kita hanya baca waktu bulan
Ramadhan tu je tapi bulan yang lagi 11 tu baca alif-ba-ta pun tak berbunyi,tak ke?Betul, Ramadhan
ni kalau boleh kita nak pulun buat ibadat.Tapi dah tu;bulan lain takkan nak tinggal ibadat,
concentrate buat maksiat?
Kalau cakap kat budak Form 1 pun dia tau kot bab prinsip Nombor Negatif.Kalau +5 tambah dengan
-5,final result jadi 0.Tak ada makna.Rugi la kot.Sama jugak dengan ibadat Ramadhan.Ustaz-ustaz
yang kat masjid tu jenuh la bagi ceramah sampai serak-serak suara untuk mengingatkan kita jadi
hamba Rabbani,bukan hamba Ramadhani.Kena ingat niat ibadat itu lillahi taala,bukan niat keranabulan-ni-la.Tapi tak juga bawak maksud yang bulan di patut dibiarkan sia-sia.Tambah-tambah dah
nak masuk fasa final lap ni ha.
Dia paling pandang orang sebelah.Dah masuk malam 10 yang last dah ni.
Hmm.
Macam mana bunyi doa tu?
Doa mana?
Ala.yang Pak Imam sebut hari tu.Yang dia suruh baca waktu malam 10 last tu. Berkerut dahi
Fend.Serius tak ingat!Bila aku tertelan semut?

T




Tanpa angkat muka dari buku K mengucapkan.


Uiks?Dah hafal? Kening Fend terangkat sebelah merenung K.Kagum sekejap.
K memandangnya sekilas. Ni ha tengah baca. Pinggir bibirnya terangkat sebelah.

Reported by `Aishah (RA): I asked: "O Messenger of Allah! If I realize Lailat-ul-Qadr (Night of
Decree), what should I supplicate in it?'' He (peace be upon him) replied, "You should supplicate:
Allahumma innaka `afuwwun, tuhibbul-`afwa, fa`fu `anni (O Allah, You are Most Forgiving, and You
love forgiveness; so forgive me).'' [At-Tirmidhi]
Fend buat muka.Ingatkan dah hafal siap.Tergugat rasa sekejap tadi.Tak aci weh,kalau K dah hafal
tapi diri sendiri tergagap lagi kat allahumma tu je.

T




Sekali lagi K mengulang sambil tutup buku.


Weh,dah hafal sungguh? Bulat mata Fend.
Dah. K muka tak berperasaan.
Muka Fend balik cemberut. Sampai hati kau tinggal aku makan debu.
Haha.K gelak je. Sebaris je kot.
Maksud?Baca sikit. Fend memanjangkan leher nak baca dari buku di tangan K tu.
"Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba-hamba-Mu,
lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku."
Fend angguk dengan mulut kumat-kamit mengulang.
Tiba-tiba rindu pulak dengan Ramadhan kat Sydney.Bibir mengukir senyum segaris di bawah
sedar.Mata jatuh pada dua keping gambar yang dikepil di kulit belakang sketchbook perang tu.
Gambar dia dan Chad dengan The Three Sisters jadi latar belakang.Dia pandang pula gambar
kedua.Gambar dia dan K.Juga berlatarbelakangkan The Three Sisters.
Nafas panjang ditarik.Senyum sekali lagi menarik pinggir bibir.Tak kisah la kat mana
sekalipun,Fend.Ruh Ramadhan tu bukan bertanda di tempat semata.Ruh Ramadhan tu lekatnya di
hati.Kalau hati mahu,ruh tu boleh dirasai di mana-mana.Palinglah ke mana,jejaklah ke
mana,menapaklah ke mana,masih bumi Allah juga.Tak gitu?
Pap.Pahanya ditepuk perlahan.
Jom,gerak. K merenungnya dengan kening terangkat. Nak pergi iktikaf ke dak ni?
Senyum melebar jadi sengih.Betul,bumi mana pun masih milik Allah juga.Dan di antara langit dan
bumi itu pun segalanya milik Allah juga.Termasuklah hati-hati manusia yang ada di antara
keduanya.
Lagi tiga saat kau tak bergerak,aku tinggal. K dah melangkah.Boleh pulak nak buat gaya patung
batu kapur tengah-tengah orang bercakap.
Haha.Fend bingkas bangun. Sampai hati kau nak masuk syurga,pi tinggal aku? Saja.
Dah tu?Sampai hati aku ajak masuk syurga kau tak nak? K pandang ke belakang sekilas dengan
sengih selamba.
Fend sengih.Kena sebijik dengan K.
Mari buru Lailatul Qadr.
May Allah bless.

#CJRamadhanRevisited #4
#psychedforRamadhan
Tangan kiri menggosok mata yang kelat di belakang cermin mata.Mata separuh terpejam.Tangan
kanan tengah pegang suapan nasi. Dia kalau bab-bab bangun sahur ni memang kalah sikit.Tapi
digagahkan juga suap nasi ke mulut.Nak rebut berkat sahur kot!!
Hening je pagi subuh unit pangsapuri dua bilik tu.
Tangan kemudian menggagau cari botol kicap di depan piring telur goreng.Baru nak dicodongkan
botol Cap Kipas Udang tu ke 45 darjah,cepat ditepis-tahan orang sebelah.Mata yang tadi separuh
buka,luas terus.Dia pandang K yang sama tengah pegang botol kicap di tangannya tu.
Kot ye pun nak kicap,perlu ke potong line sampai gini? Fend buat muka.
K hanya angkat kening sebelah. Kot ye pun nak kicap,takkan nak tonggang masuk air? Monoton
dia balas balik.
Huh?Fend kalih pandang pandang botol kicap.Memang muncung botol jauh sasaran ke nasi.Sah
hampir air sahurnya jadi teh-O-kicap.
Lain kali mata tu bukak. K lepas tangan dari botol Kipas Udang.Dia kembali sambung suapan.
Fend alih muncung botol kicap ke arah nasi.Kali ni mata dah bukak luas-luas.
Sekali lagi sepi ambil ruang.Masa yang berlalu hanya bertanda dengan piring telur goreng yang
makin licin dan nasi yang makin berkurang di pinggan.
Hari kesepuluh dah. Fend menutur tiba-tiba.
Angguk.Suapan terakhir.
Cepat sangat rasanya. Fend pandang pinggan nasi yang dah kosong.
Angguk lagi.K kemudian capai mug teh. Hari ni Jumaat.Jangan lupa shopping.Rugi kalau lepas.
Giliran Fend pula mengangguk. Thanks. Sebab ingatkan.
K perlahan meneguk air. Macam biasa?50-50? Minta kepastian.
Macam biasa.Dua. Fend mengiakan. Kau nak shopping tang mana?
Buat sekarang la senang.Online je. K letak mug ke bawah.Kemudian terus capai telefon bimbit di
sebelah sila.Fend ikut buat laku sama. Aku transfer untuk sumbangan iftar Gaza-Syria. Hujung
jemari mula buka apps Maybank2u.
Aku transfer untuk Tautan Kasih Ramadhan Malaysia then. Fend turut buka Maybank2u di skrin
telefonnya.
Ingat baju je boleh shopping online?Sekarang pahala pun senang je nak shopping online,tahu?
Favourite 3rd Party transfer dicari.RM50 dimasukkan sebagai jumlah.Itu je yang mampu untuk dia
dan K setakat ni nak menyumbang.Jadi la.Tak banyak,sikit.Tak sikit,banyak.RM50 untuk setiap
charity pilihan.Dia bayar RM25, K tambah lagi separuh untuk setiap satu charity.Duit yang selama
ni simpat sikit-sikit sebelum masuk Ramadhan untuk dilaburkan dengan dividen yang confirm 700
kali ganda.Tambah-tambah hari ni.Penghulu segala hari di dalam Penghulu segala

bulan.Jumaat.Moga berkat.Amin.
Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat gandakan pahalanya sehingga 700 kali lipat, kecuali
puasa. Puasa itu adalah untuk-Ku, dan aku yang memberikan balasan kepadanya, kerana dia telah
menahan syahwat dan makan minumnya kerana Aku. Suara imam surau taman baca hadith
riwayat Muslim tu kembali terngiang di telinga.
Done. K letak kembali telefon di tangan ke tepi sila.
Weh.
Hmm?
Jumaat,kan?
K sengih.Tau dah budak ni nak cakap apa.
Kahfi jangan lupa. Serentak mereka bersuara.
Haha.

#CJRamadhanRevisited #3
#psychedforRamadhan
Kau tengah baca Juz berapa sekarang?
20. Fend angkat muka. Kau?
3.
Orang patutnya dah masuk hari kelima dah baca lima juzuk la.
Huh? Fend pandang K. K pandang Fend. Dua-dua terangkat kening. Kemudian lambat-lambat
mereka serentak berpaling ke belakang mencari tuan punya suara yang menyampuk tiba-tiba yang
milik entah siapa tu.
Inche pakai baju Melayu cekak musang biru dengan khakis sepasang,entah datang dari
mana.berdiri dekat pintu masuk dewan solat masjid.Ada Quran mini di tangan kanan.
Saya tak masuk lagi Juz 5 sebab masa 1st Ramadhan tu saya start dengan Juz 28 kot. K jawab
dengan senyum segaris.
Bunyi cengkerik.
Lama.
Berharkat-harkat.
Inche pakai baju Melayu cekak musang biru dengan khakis sepasang terus blah keluar dari dewan
solat.Tanpa sepatah kata.
K dan Fend kembali berpandangan sebelum sama-sama angkat bahu.
Spesis menegur dan pergi tak bagi salam nampak gayanya inche tu.
Fend dongak pandang dinding kubah di atas mereka.Patutnya tilawah al-Quran tu bukan waktu
Ramadhan je nak dibuka dan dimula. Mengaji Quran tu patutnya kena buat tiap-tiap hari kot?
K angguk. Word. Dia buka Quran nak mencari bahagian mana terhenti sejak last tilawah
bersama.
Regardless bulan apa sekali pun. Cuma waktu bulan puasa ni kita nak ligan lebih sebab nak rebut
pahala lipatganda. Fend masih pandang dinding kubah masjid.
K angguk lagi. True that.
Tak jadi jugak la kalau waktu Ramadhan ngaji bagai nak rak khatam segala bagai, masuk je Syawal
Quran tu pakat tutup letak kat rak tak bukak dah. Biar je berabuk sampai Ramadhan lagi satu
datang lagi. Macam salah konsep je kalau gitu? Fend kalih mata dari atas ke arah K di sebelah.
Angguk juga lagi.Bacaan yang bertanda dah jumpa.Pandangan dihala pula ke arah Fend. Habis dah
kau membebel?Quran tu bukak. K mengisyaratkan kepala ke arah tafsir Quran di tangan si teman.
Tak khatam sendiri Quran tu kalau tak dibaca.Peduli apa orang nak kata dah baca banyak mana.
Fend sengih. Kan dah kena.

K di sebelah dah mula baca al-Fatihah untuk memulakan surah.Fend laju membuka Quran di
tangan mencari bookmark bacaan.
#CJRamadhanRevisited #2
#psychedforRamadhan
Hamboih.Hangpa ni dok sapu laman kalah orang nak raya!
Fend dan K berbalas sengih.
Weh,police officers kat Palestine tu semua tengah dok pakat usung penyapu kot dok bersihkan
jalan nak sambut Ramadhan. K kesat peluh di dahi dengan lengan kiri.Penyapu buluh di tangan
kanan disandarkan pada perdu pokok cempedak.
Fend tolak cermin mata yang dah jatuh melurut turun dari hidung ditolak ke atas kepala. Baru
semangat sikit nak sambut puasa. Dia melabuhkan duduk di atas pangkin bawah pokok
cempedak. Tak ada la Tok serabut kalut nanti dok kena pakat kemas laman tengah Ramadhan.Baik
dia concentrate ngaji ja.
Aidid pandang budak berdua tu silih berganti.Perlahan dia menggeleng.Apa-apa je la budak berdua
ni.Tapi Alhamdulillah makin jadi orang.Sejak.Rasa yang tiba-tiba rasa berbuku di dada cepat-cepat
ditepis jauh.
Bila sampai actually?Tak tau pun korang nak balik kampung.Kalau dak boleh saing sekali. Aidid
tanya.
Petang semalam. K yang menjawab.Dia melabuhkan duduk di sebelah Fend.
Angin petang datang menyapa.Menyapa dengan bawa datang sekali bau benda digoreng.Macam
bau cakoi.eh..ke coq keria..ehke coq badak.eh.ke cempedak goreng?
Patut prep nak sambut Ramadhan lagi meriah dari sambut Raya apa Fend betulkan letak cermin
mata atas kepala. Dia paling pada K. Sengih. Tak sabar nak start. Mata dah bercahaya bersinar
gilang-gemilang.
K hanya senyum segaris sambil mengipas muka dan leher dengan tangan kanan.Panas
berbahang.Tambah-tambah lepas sapu laman,Peluh mencurah macam Niagara!Ini pun nasib baik
pakai Pagoda.Ampun sejuk sikit.
Aidid masih memerhati budak berdua tu silih berganti.
Puasa insya-Allah lusa kot,eh? Fend alih pandangan ke arah Aidid yang berdiri.
Maybe.
Then terawih start malam esok kot la,kan?
Aah.
Fend kembali pandang K.Mereka berbicara guna mata entah membincangkan apa.Aidid masih lagi
memerhati macam saintis tengok eksperimen punya result.
K alih mata dari wajah ke Fend ke arah Aidid. Nak join kitorang esok?
Pergi mana?
Subuh kat surau.Lepas tu terus tolong kemas surau,nak? K muka selamba gaya tak ada apa je.
Malam esok dah nak start terawih.Mesti nak kena anginkan sejadah,sapu habuk,sapu laman

segala bagai. Warm-up sikit la kot.Pahala marathon dah nak start.


Tinggi kening Aidid naik ke garis rambut.
Fend yang tengah pandang K sengih lebar macam tak cukup muka.
Fendy!Aman!Naik dulu! Kepala Fend dan K serentak berpaling ke arah rumah mendengarkan
laungan suara Tok Awa tu. Berhenti la kejap sapu laman tu.Coq badak Tok goreng dah nak sejuk
balik dah ni ha!




Ya Allah,sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.
Amin.
Countdown!

#CJRamadhanRevisited #1
#psychedforRamadhan
Glue gun mana?Glue gun? Pertanyaan tu terkeluar antara celah bibir yang mengetap penutup
marker pen di celah gigi.
Tak berjawab.
Fend pandang belakang.K angkat muka pun tidak.Ceh!Membazir air liur aku bertanya. K!Glue
gun?
Semburan aerosol di atas kanvas terhenti.K alih mata dari kerja di atas meja.
Glue gun. Lagi sekali Fend ulang.
K meluruskan telunjuk kiri pada rak tinggi di belakang Fend. Cari pakai mata lain kali.
Fend buat muka.
K buat tak nampak.
Tangan kanan Fend capai glue gun.
Tangan kanan K kembali bawa tin aerosol ke kanvas.
Banner Ahlan Ya Ramadhan sebesar alam di atas meja tu dah mula nampak rupa.
Countdown!

#siapasangkasepuluhtahun
_______________________________
#1
Kalau betul kau seorang skater,kau akan tau apa itu Video Days dan signifikasinya.
Kalau betul kau seorang skater,kau akan kenal nama Jordan Richter.
[note:kalau]
Maka,
Tak nak dengar cakap saya,sila dengar cakap dia.
http://www.youtube.com/watch?v=tVkmxNIdP1I
___________________________________________
#2
Pandang langit.Beralih ke riba.Dan kemudian kembali semula ke hadapan.
Pandang langit.Turun ke riba.Dan sekali lagi kembali semula ke hadapan.
Hujung telunjuk kanan di bawah sedar memutar wheels Element di riba dengan mata masih tak
beralih arah.Bibir mengukir senyum segaris di bawah sedar.Ditarik ingatan yang melayang
berpatah balik merentas masa.Dihambat oleh hingar ramp yang meriah di depannya.Pada deck
pertama yang dibeli.Pada trick pertama yang dikuasai.Mengingatkan kembali pada siku dan lutut
yang pernah bersagat berparut,juga pada jiwa juga yang pernah sama bersagat
berparut.Mengingatkan kembali pada tulang belulang yang pernah retak terkehel,juga iman dan
perasaan yang pernah sama retak terkehel. Sakit. Perit. Literally. Figuratively.
Untung budak zaman sekarang.Ayat tu melintas hati.Bibir masih senyum lagi.Hujung telunjuk di
atas wheels masih menari.
Senyum sensorang apa kes? Bahu ditepuk perlahan.
Aku jiwang. Yang menegur tak dipandang.
Memang. Yang menegur menyambut senang.
Serentak ketawa mereka pecah.
Tubuh dilabuhkan di atas tembok batu menghadap ramp yang masih tak sunyi.Poptop Logo yang
tadi di tangan dibawa ke atas riba.Kedua belah kaki dilipat ke dalam sila di sebelah tuan Element
yang masih juga tak mengalih mata.
Angin petang membawa dingin.Rahmat.Dari pandangan belakang tee kelabu tuan Element dan tee
kuning tuan Poptop sama basah bercurah keringat.
Untung budak scene ni zaman sekarang. Yang tadi terlintas di hati diucapkan pada orang
sebelah.Mata masih pada ramp.Di satu sudut di celah kecoh yang meriah tu Fudge tengah ajar
budak baru buat kickflip.
Hmm? Tangan capai botol air dari beg yang tersadai di antara mereka.

Untung. Diulang sekali lagi.Kini mata sekilas memandang orang sebelah. Zaman kita dulu tak
terlintas orang boleh nak associate scene ni dengan ..... Tergantung di situ.
Kau tu yang duduk Australia lama sangat sampai tak tau apa. Sengih mengusik.
Ketawa. Malas aku nak layan la kau ni,Ked.
Weh,aku abang ipar ni.Agak sikit kalau nak derhaka pun. Ked tolak bahu AO dengan botol air di
tangan dengan sengihnya.
Ketawa AO masih bersisa. Sensitip melampau la kau.
Meriah ketawa mereka kembali pecah.Ked geleng kepala.Botol air dibuka penutupnya.
Pandangan mereka kembali menala ke arah ramp.
Untung diorang. Sekali lagi AO mengulang.
Bibir Ked kini sama mengukir senyum segaris.Mata mengikut gerak Fudge yang dari tadi tak habis
drill anak murid nak bagi dapat jugak kickflip tu.Faham maksud AO.
Zaman kita dulu mana pernah ada Skate For Faith segala bagai.Mana pernah ada benda pun nak
kait mengaitkan scene ni dengan faith. Senyum kini berbias tawar-pahit-payau. Sekarang Joe Ipoh
dah ada G-Hard.Orang pun dah tak tengok pelik sangat kalau budak scene kata, aku nak break
solat.
Hanya angguk.
Kau pergi Skate For Faith yang diorang buat kat Twins Of Faith tahun lepas tu? AO pandang Ked.
Angguk sekali lagi. Sideliner.Saja tengok. Mata masih juga pada Fudge.Nafas panjang dihela.
Tumpah air mata. Rendah Ked menuturkan.
Pandangan AO pada Ked masih tak beralih.Tanda menyuruh ayat yang berbunyi tergantung tu
disambung.
Aku tumpah air mata tengok Joe Ipoh.Serius. Ked senyum segaris. Sama macam masa aku
tumpah air mata tengok video Jordan Richter lepas dia rivert masuk Islam. Nafas panjang dihela
lagi. Lagi tumpah air mata waktu solat jemaah in between events tengah-tengah ramp. Kepala
digeleng perlahan dengan ketawa tawar. Epik. Poptop di riba kini diletak tepi.Kedua belah kaki
dalam sila ditegakkan,dilunjur ke depan.
Skateboarding is not a crime. AO mengucapkan pada angin.Hujung telunjuk kembali memutar
wheels.
Never a crime.Ked angguk . Kalau dulu mungkin the life that comes with it tak berapa nak ada
alternatif dan susah nak dibawa.Sekarang tak lagi.Ada alternatif.Dulu mana pernah terlintas yang
boleh tengok Joe Ipoh dengan Tha-B graffiti dalam iklan promote Stop-and-pray.Sekarang benda tu
dah depan mata.
Aku pun tumpah air mata masa first time tengok. Rendah suara AO menyambut.Orang yang tak
faham,memang takkan dapat cerna perasaan yang terzahir bila tengok paradigm dan dynamic
change dalam scene ni.Dia pernah lalu sendiri zaman yang sepuluh tahun dulu.Dan kini dia nampak
dan rasa sendiri beza hari ini.Beza yang bagai langit dan bumi.Siang dan malam.Walau kadangkala
ada juga yang kelam.Happy sangat.Terharu yang terlalu.

Jordan Richter did it.


Bruce Walker?Heh.
Bruce Walker takyah sebut.Aku sensitip.
AO ketawa. Serves you right la,bro.Kena third degree burn dengan Kak Hadiah kau tu pasal kerek
sangat.
Sekali lagi ketawa mereka pecah serentak.
Dulu tak ada benda-benda macam ni. AO pandang langit sambil tarik nafas panjang. Dan aku tak
pernah terlintas pun akan boleh ada benda-benda macam ni.
Tepukan kuat minta perhatian di tengah ramp menarik perhatian mereka.Fudge tegak di tengah
ramai-ramai tu.Deck dah tersadai di kaki.
Times up lagi 15 minit! Bergaung suara Fudge buat announcement. Lepas tu semua pergi get
ready.Ada masa sejam setengah nak mandi segala.Sebelum azan Maghrib make sure semua dah
ada kat surau.Kalau dak,siap!! Dia alih arah suara pula ke arah Ked dan AO di tepi ramp. AO,kau
imam!Lusa dah nak balik Australia.Ked,kau punya tazkirah jangan nak buat lupa!
Ked dan AO berpandangan sebelum AO angkat salut ke arah Fudge sambil ketawa. Yes,kem
komandan.
Di belakang mereka banner School Break iSkate Clinic sama menari mengikut tiupan angin
petang.
Skateboarding is not a crime.Its about taking control over the life that comes with it.
Jordin Richter bicara tentang versus.Jordan Richter bicara tentang anthem.
But cultural imperialism over religion,that,is a crime.
Happy Go Skateboarding Day.
May Allah bless.
185621062013
original post : June22

Anda mungkin juga menyukai