Anda di halaman 1dari 4

PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS)

DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN


1. Latar Belakang
1.1.

Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) dijalankan melalui kurikulum


Pendidikan Kesihatan dalam sistem pendidikan Malaysia.

1.2.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan PEERS sejak 1989 di


sekolah menengah dan sejak 1994 di sekolah rendah, khususnya melalui mata
pelajaran Pendidikan Kesihatan dan secara merentas kurikulum mata pelajaran lain
seperti bahasa, Sains, Biologi, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

1.3.

PEERS adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan
membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan
keintiman sesama insan.

1.4.

PEERS mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan


kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan dan tidak hanya
berfokus kepada isu seksual.

2. Penggunaan Istilah
2.1

Pendidikan Kesihatan Keluarga (1989 2002).

2.2

Pendidikan Seksualiti (2003 2005).

2.3

Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial digunakan susulan daripada kelulusan


Kabinet pada 20 Disember 2006.

2.4

Istilah Pendidikan Seks tidak digunakan sama sekali dalam konteks pendidikan di
Malaysia kerana ia memberi konotasi yang negatif dalam kalangan masyarakat kita.

3. Konsep dan Objektif


3.1

Konsep dan objektif PEERS merupakan aspek penting yang perlu difahami secara jelas
dan mendalam dalam menentukan kerangka serta hala tuju pelaksanaan pendidikan
tersebut.

3.2

Setiap individu perlu dilengkapi dengan kemahiran membuat keputusan konstruktif,


bijak dan bertanggungjawab dalam menangani situasi berisiko.

3.3

PEERS memberi kesedaran dan membantu murid :


3.3.1

membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial

3.3.2

menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya mereka mengambil


berat tentang kesihatan seksual

THNING/BPK/PEERS.2014

3.3.3

membantu

mereka

memperoleh kemahiran membuat

keputusan yang

bertanggungjawab pada masa kini serta masa depan.


4. Kandungan PEERS (75%) dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan - digubal berdasarkan
kepada tahap perkembangan kognitif dan kesesuaian peringkat umur kumpulan sasaran.

Rajah 1 : Skop Kurikulum Pendidikan Kesihatan


Pertolongan
PEERS (75%)
Cemas
Kesihatan diri
(10%)
dan reproduktif
Penyalahgunaan
Pemakanan
bahan
(15%)
Kemahiran
pengurusan
mental dan emosi
Kekeluargaan
Perhubungan
Pencegahan
penyakit
Keselamatan

4.1

Kesihatan diri dan reproduktif - aspek perkembangan dan perubahan fizikal,


fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh, dan penjagaan kesihatan reproduktif.

4.2

Penyalahgunaan bahan - kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaitu rokok,


dadah, inhalan dan alkohol, serta kemahiran berkata TIDAK.

4.3

Kemahiran pengurusan mental dan emosi - kemahiran pengurusan konflik dan stres
dalam diri, keluarga, rakan sebaya dan masyarakat.

4.4

Kekeluargaan - kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan, peranan dan


tanggungjawab ahli dalam keluarga.

4.5

Perhubungan - kepentingan etiket perhubungan dan kemahiran interpersonal yang


positif dalam persaudaraan serta persahabatan.

4.6

Pencegahan penyakit - pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan daripada


penyakit berjangkit, tidak berjangkit, genetik, keturunan dan mental.

4.7

Keselamatan - langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan


dan tempat awam, serta akta perlindungan bagi kanak-kanak, gadis dan wanita,
termasuk kemahiran mengelak diri daripada ancaman orang yang tidak dikenali dan
orang yang perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman serta kecemasan.

THNING/BPK/PEERS.2014

5. Fokus PEERS dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan


5.1

Tahap Satu Sekolah Rendah


Perbezaan aspek fizikal lelaki dan perempuan, tanggungjawab menjaga kebersihan diri,
kemahiran berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat, kepentingan memelihara
kehormatan diri serta pengurusan perasaan.

5.2

Tahap Dua Sekolah Rendah


Pengurusan konflik, perubahan fizikal, akil baligh, sistem reproduktif, kemahiran
memelihara kehormatan diri, risiko hubungan seks sebelum nikah, jangkitan penyakit
seksual dan kemahiran berkata TIDAK kepada rokok, alkohol serta dadah.

5.3

Menengah Rendah
Kemahiran kecekapan psikososial (life skills) menangani situasi berisiko, pengurusan
stres, jangkitan penyakit seksual, perkembangan sifat seksual sekunder, identiti seksual,
orientasi seksual, perhubungan, dan kesan buruk rokok, alkohol serta dadah.

5.4

Menengah Atas
Kemahiran kecekapan psikososial menangani situasi berisiko, kestabilan emosi dan
mental, kehamilan remaja, kekeluargaan, jangkitan penyakit seksual, pemerdagangan
manusia, langkah pengawalan dan pencegahan rokok, alkohol serta dadah.

6. Penambahbaikan Kurikulum Pendidikan Kesihatan


6.1

Peka kepada keperluan terhadap PEERS yang dilaksanakan melalui mata pelajaran
Pendidikan Kesihatan, maka kurikulum Pendidikan Kesihatan sentiasa disemak dan
ditambah baik dari semasa ke semasa.

6.2

Bermula tahun 2011, Pendidikan Kesihatan akan diajar secara berasingan sebagai
satu mata pelajaran dan tidak bercantum dengan mana-mana mata pelajaran lain.

6.3

Sebelum ini Pendidikan Kesihatan digabung dengan Pendidikan Jasmani dan diajar
sebagai mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK).

6.4

Pendidikan Kesihatan diberi peruntukan satu waktu (30 minit) setiap minggu bermula
dengan Tahun 1 KSSR pada tahun 2011. Kurikulum Pendidikan Kesihatan merangkumi
75% elemen PEERS.

7. Hasrat KPM
7.1

Gejala sosial dan salah laku seksual mengakibatkan pelbagai masalah, baik pada
peringkat keluarga, masyarakat mahupun negara.

Masyarakat Malaysia perlu

berganding tenaga dalam membanteras gejala sosial. Kita ingin melihat generasi muda
yang bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa depan terdiri daripada insan
THNING/BPK/PEERS.2014

yang sihat sejahtera. Ini adalah selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan daya saing negara melalui
peningkatan kualiti modal insan yang dilahirkan oleh sistem pendidikan kita.
7.2

Adalah menjadi hasrat KPM untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan


masyarakat dan seterusnya merealisasikan kejayaan PEERS. Kejayaan ini memerlukan
penggemblengan usaha dan kerjasama berterusan daripada semua pihak terutamanya
ibu bapa dalam mendidik anak dengan maklumat dan pengetahuan PEERS yang
sempurna.

7.3

Justeru, KPM ingin menjelaskan bahawa dalam konteks pendidikan di Malaysia, kita
menggunakan istilah Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial dan singkatannya
ialah PEERS.

7.4

PEERS dilaksanakan secara komprehensif dan kohesif dari sekolah rendah


hingga sekolah menengah untuk meningkatkan kesedaran dan membantu murid
memperoleh kemahiran membuat keputusan yang bijak serta bertanggungjawab pada
masa kini dan masa depan.

Unit Pendidikan Kesihatan


Sektor Kesenian dan Kesihatan
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
01 Mac 2014

THNING/BPK/PEERS.2014

Anda mungkin juga menyukai