Anda di halaman 1dari 7

Kebaikan dan Keburukan Media Baru

Sedasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap
empat penjuru dunia ini tentang isu kebaikan dan keburukan media baru. Jadi, apakah
yang dimaksudkan sebenarnya dengan media baru? Media baru Ini merupakan
sebuah istilah yang tidak difahami oleh masyarakat konvensional masa kini. Media
baru ialah istilah yang digunakan untuk menerangkan kemunculan teknologi baru era
digitalisasi ini seperti komputer atau jaringan teknologi informasi dan komunikasi.
Media baru secara ringkas adalah media yang terbentuk daripada interaksi antara
manusia dengan internet secara khususnya.
Sebahagian besar teknologi yang digambarkan sebagai media baru adalah
digital dan memiliki karakteristik yang dapat dimanipulasikan, bersifat jaringan, padat
dan interaktif. Antara contohnya media baru ialah internet, laman web, komputer
multimedia, permaianan komputer, CD-ROM, DVD, penyiaran audio dan video secara
langsung,

chat room,

emel,

komuniti

dalam

talian,

kamera digital

dan

mobile computing. Pada zaman moden ini, ramai orang, terutamanya golongan
pelajar suka menggunakan media baru untuk kegunaan tertentu. Terdapat banyak
kebaikan yang diperoleh dengan menggunakan media baru. Jika disalah gunakan,
media baru juga boleh membawa kepada keburukan. Jadi, apakah kebaikan dan
keburukan media baru kepada golongan pelajar pada masa kini?
Antara kebaikan media baru ialah dapat memudahkan komunikasi antara
satu sama lain. Seseorang pelajar mampu untuk berhubung dengan rakan pelajarnya
yang lain dengan mudah melalui media baru. Sebagai contoh, e-mel, chat room,
Facebook, Twitter, Myspace, Nimbuzz, Fring, Skype, Gravity dan sebagainya
merupakan antara perkhidmatan internet yang boleh diguna pakai dengan meluas.
Sesiapa sahaja boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan
komputer yang dihubungkan dengan internet. Melalui kajian Hampton, pada tahun
2000 terhadap 40,456 responden di Amerika Syarikat. Hal ini menunjukkan bahawa
semakin kerap mereka berhubung dengan rakan melalui media baru, semakin banyak

ilmu pengetahuan yang dapat diketahui. Hal ini juga kerana apabila berlakunya interaksi
antara seseorang pelajar dengan pelajar yang lain, tentunya bahawa menjalankan
sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain, berbincang dengan rakan dari
kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa
dan bertukaran maklumat dan pendapat.
Selain itu, para pelajar dapat memperolehi maklumat terkini dengan mudah
sahaja apabila mereka menggunakan media baru. Maklumat tersebut yang tersedia
dalam laman web adalah dalam bentuk pangkalan data, dokumen, maklumat
kerajaan, bibliografi atas talian, penerbitan dan perisian komputer. Kebanyakannya
adalah maklumat terkini, tersedia dengan percuma dan dapat dicapai dengan cepat.
World Wide Web, juga digelar sebagai Web atau WWW adalah aplikasi internet
yang berfungsi dengan menggabungkan teks dan grafik dalam satu dokumen atau
antaramuka pengguna yang sama. Maklumat-maklumat yang terkandung di dalam
internet meliputi pelbagai kategori dari seluruh dunia. Maklumat-maklumat ini sentiasa
dikemas kini supaya maklumat yang dipaparkan sentiasa terkini dan tepat. Maklumat
ini berbeza dengan meklumat dari buku yang jarang dikemas kini. Maklumat-maklumat
yang boleh diakses ini memudahkan pelajar mencari maklumat untuk tujuan
pembelajaran. Di samping itu, dengan ciptaan media baru sebagai thumbdrive, cakera
padat, CD-ROM dan DVD, kita dapat menyampaikan dan menyebarkan maklumat
yang didapati kepada pelajar yang lain.
Seterusnya, dengan adanya media baru, para pelajar mendapat akses
kepada pembelajaran interaktif dalam talian ataupun e-Learning. E- Learning adalah
pembelajaran yang pelaksanaanya didukung oleh jasa teknologi seperti telefon, audio,
videotape, transmisi satelit atau komputer. Pelajar mendapati bahawa pembelajaran
secara talian merupakan satu kaedah yang menyenangkan pembelajaran dan
pengajaran. Pembelajaran ini membolehkan pelajar belajar di mana-mana sahaja dan
pada bila-bila masa yang dipilih oleh pelajar. Ini membolehkan pelajar menguruskan
sendiri masanya dengan lebih efektif. Pembelajaran secara maya ini juga melibatkan
penggunaan kos secara efektif. Pembelajaran secara interaktif secara talian
membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan digital atau
2

laman web. Pelajar berpeluang mendapatkan pengalaman berbincang dengan guruguru melalui e-mel atau blackboard. Apabila semakin banyak teknologi diperkenalkan
dalam bidang pendidikan, pendidikan jarak jauh menyediakan satu cara untuk
menyebarkan maklumat dan pengetahuan secara global.
Mutakhir ini, penggunaan Internet dalam kalangan pelajar telah berleluasa
seperti virus-virus yang merebak dengan cepat. Namun, apakah itu Internet? Daripada
sudut yang teknikal, Internet ialah sebuah rangkaian kepada rangkaian-rangkaian
komputer yang disambungkan di antara satu sama lain dengan menggunakan protokol
yang dipanggil TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol) untuk
berkomunikasi di antara satu sama lain. Dari sudut penggunaan pula, Internet boleh
dikatakan sebagai sebuah ruang maya yang menjadi tempat manusia berinteraksi, ia
itu: berkomunikasi, berjumpa, menyibar dan menyimpan maklumat, berjual beli, dan
lain-lain lagi.
Generalisasinya, dengan wujudnya internet, pelbagai aktiviti komunikasi
telah dapat dijalankan. Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya, contohnya
UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar
bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan
tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah.
Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui
Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan
sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video
membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu
projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya yang membenarkan pelajar
mencari buku dalam talian jika mereka mempunyai kad perpustakaan dengan
perpustakaan tersebut.
Walaupun media baru banyak mendatangkan kebaikan kepada para pelajar,
jika tidak digunakan dengan cara yang betul, banyak keburukan yang dibawa olehnya.
Antara keburukannya adalah pendedahan komuniti pelajar kepada unsur-unsur negatif
dari segi maklumat, bahan dan sebagainya. Sebagai contoh, maklumat yang banyak
3

terdapat di internet tidak ditapis dan ini akan mendatangkan bahaya dan kemudaratan
khususnya kepada pelajar, yang menjadi antara golongan pelayar internet teramai di
Malaysia. Terdapat banyak maklumat yang tidak sesuai seperti maklumat seks,
keganasan, hasutan, kabar angin, diskriminasi, dadah, promosi keganasan dan
penderaan, perjudian dan sebagainya. Keistimewaan internet ialah tiada seorang pun
yang

memilikinya

dan

mengawalnya.

Semua

orang

mempunyai

hak

untuk

menyampaikan dan menyiarkan sebarang makluat di internet. Ini menyebabkan


terdapat banyak maklumat yang tidak tepat di internet. Maklumat ini boleh
mendatangkan bahawa sekiranya para remaja terutamanya golongan pelajar tidak
dapat membezakan maklumat yang betul dan maklumat yang salah. Ini akan
menjejaskan matlamat pengajaran dan pembelajaran melalui internet dan secara tidak
langsung dari media baru.
Seperkara lagi ialah pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi.
Penggunaan media baru walaupun ada kebaikan tetapi terdapat kekurangan iaitu
pelajar yang selalu mengakses internet lebih tertarik untuk duduk di hadapan komputer
tanpa memikirkan kehidupan sosial sama ada dalam keluarga dan masyarakat. Senario
ini akan menyebabkan pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi apabila
berhadapan dengan orang ramai; sedangkan untuk menjadi seorang pelajar yang
berdaya saing, mereka berkeupayaan untuk memberikan idea-idea yang bernas dan
berkualiti bagi memantapkan kerjaya dan pembangunan kerjaya mereka kelak. Hal ini
akan melahirkan sebuah generasi yang kurang berkomunikasi dan kreatif dan ini boleh
menyusahkan proses perpaduan antara rakyat.

Akhirnya, media baru akan menyebabkan obsesi dalam kalangan pelajar


terhadap laman sosial seperti Facebook, Myspace, Twitter dan bermacam lagi serta
permainan komputer. Teknologi tersebut boleh menyebabkan para pelajar untuk
kurang minat terhadap pelajaran mereka dan prestasi mereka di sekolah akan
menurun. Senario ini juga boleh menyebabkan masalah kesihatan dan konsentrasi.
Mereka akan terus mengabaikan pelajaran mereka untuk mengetahui gosip-gosip
yang baru daripada rakan-rakan mereka. Terdapat juga sesetengah orang yang hanya
4

meluahkan perasaan mereka dengan seseorang di laman web sosial kerana takut
berdepan dengan mereka. Hali ini boleh menyebabkan seseorang itu membina sifat
malu apabila berdepan dengan orang di dunia realiti.
Jika ditelusuri, kebanyakan aplikasi ini didapati melalui Internet. Jadi, sudah
tentulah Internet juga membawa kepada keburukan juga. Menyesatkan fahaman
pengikut agama lain atau ajaran sesat seperti yang dilakukan oleh golongan anti-Islam
khasnya daripada kalangan Yahudi dan Nasrani yang memalsukan ajaran Islam dan
memburukkan-burukkan agama Islam serta memberi maklumat palsu untuk
kepentingan puak tertentu. Malah terdapat juga laman-laman web yang mengajar
cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia 'Trench Coat'.
Medium penyebaran virus Terutama penyebaran melalui penghantaran e-mel seperti
virus Mutant, Melissa dan yang terbaru adalah virus CIH yang menyerang sistem
komputer hingga lumpuh keupayaannya. Kesan daripada serangan virus hinggalah
merosakkan sistem sesebuah komputer. Pecah-masuk ke sistem lain iaitu
pencerobohan memasuki ke sistem orang lain tanpa hak seperti penyelewengan
akaun bank amat membimbangkan. Kesannya ialah dapat member kesan kepada
golongan pelajar serta dapat mempegaruhi mereka untuk melalukan benda-benda
terlarang ini.
Pada masa kini terdapat banyak bahan yang tidak bermoral seperti
gambar-gambar dan video-video yang tidak sesuai ditonton oleh golongan pelajar
yang kebanyakannya terdiri daripada golongan remaja dan belia. Hali ini memberi
impak yang tidak baik kepada masyarakat secara umumnya. Bahan-bahan begitu
mudah didapati di internet. Ibu bapa hendaklah memantau laman-laman web yang di
akses oleh anak-anak mereka dan sekiranya perlu, Internet Filtering Software
perlulah dipasang di komputer yang digunakan oleh anak-anak mereka. Ini bagi
memudahkan ibu bapa untuk memantau laman-laman web yang di akses oleh anakanak mereka.

Konklusinya, inilah antara kebaikan dan keburukan media baru kepada


komuniti pelajar. Walaupun dengan adanya media baru pelajar dapat memperolehi
banyak kebaikan, namun banyak keburukan juga boleh mendatang. Oleh itu,
pelabagai pihak harus lah turun padang untuk mengatasi masalah ini dan bukan
sahaja hanya berpeluk tubuh dan menunggu sesuatu krisis yang besar melanda untuk
mula bertindak. Tindakan harus dilakukan untuk mengelak, bukan membaiki. Sebagai
pelajar, anggaplah kemudahan media baru in sebagai batu loncata untuk menuju
kejayaan yang lebih lagi dan jangan menyalah guanakannya.

(1499 patah perkataan)

Bibliograf
www.scribd.com
www.psz.utm.my/nets.htm
danauilmu.net
my.opera.com/karanganbm/blog
alyadina.blogspot.com/2010/08
Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka.
2005
Jeniri Amir. Teknik Menulis Ucapan. Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2009

Karangan dihasilkan oleh :

Abang Afq Syahmi bin Abang Rosdi


5E
2011

Anda mungkin juga menyukai