Anda di halaman 1dari 147

Nota Ting.

2 PMR
SEJARAH TINGKATAN DUA
BAB 1 KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN
BRITISH
Pengaruh British di Kedah
(Teks m/s: 4-6)

sebelum tahun 1791 Pulau Pinang adalah sebahagian


dari wilayah Kedah

Kedah pula terletak di bawah naungan Siam

terkenal sebagai sebuah kuasa maritim

Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) tertarik dengan


kegemilangan Kedah terutamanya di Pulau Pinang

Sebab-Sebab SHTI Tertarik dengan Kedah


a) Kedah Sebagai Pelabuhan Persinggahan

kedudukan Kedah strategik di laluan antara timur dan


barat

banyak terdapat kemudahan seperti bekalan air,


bekalan makanan dan tempat membaiki kapal

pedagang singgah sebelum belayar ke Canton, China


tempat berlindung sementara menunggu peralihan
angin monsun

b) Kedah Sebagai Pusat Pengumpulan Barang Dagangan

banyak barang dagangan terdapat di Kedah yang


dibawa dari negara luar seperti China
teh dari China diperlukan oleh SHTI
China perlukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam
dari Kepulauan Melayu

c) Kedah Sebagai Pangkalan Tentera

SHTI perlukan Pulau Pinang sebagai pangkalan


tenteranya

SHTI bersaing kuasa perdagangan dengan Perancis di


India

Pulau Pinang dijadikan pangkalan tentera untuk


mempertahankan India dari serangan Perancis

Ancaman-Ancaman di Kedah

Kuala Kedah berkembang sebagai pelabuhan entrepot


di Kepulauan Melayu

pemimpin mengamalkan dasar buka pintu dalam


pentadbiran

Kuala Kedah maju sebagai pusat perdagangan


antarabangsa

para pemimpin Kedah menghadapi tentangan dan


ancaman dalam usaha mengekalkan kedaulatan Kedah
dari Bugis, Siam dan Burma

i) Ancaman Bugis Dari Selangor

akhir abad ke-18 keadaan politik Kedah tidak stabil


kerana perebutan takhta antara pembesar-pembesar

keadaan ini mengancam kedaulatan Kedah

tahun 1770 Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku


Abdullah sebagai Raja Muda Kedah

kerabat diraja Kedah tidak bersetuju kerana Tunku


Abdullah bukan anak gahara

kerabat diraja Kedah berpakat dengan Bugis di


Selangor untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa

tentera Bugis pimpinan Raja Haji menyerang dan


menawan Kuala Kedah dan Alor Setar

Sultan Kedah terpaksa berundur ke Kangar

Sultan Muhammad Jiwa dapatkan bantuan tentera dari


firma Jourdain Sullivan and de Souza

tahun 1771 firma telah menghantar Francis Light ke


Kedah untuk berunding

perjanjian telah ditandatangani yang membenarkan


firma berniaga di Kuala Kedah

firma dikehendaki membantu Kedah dalam ketenteraan


Sultan Kedah membatalkan perjanjian apabila firma
tidak membantu Kedah menyerang Bugis di Selangor

(ii) Ancaman Siam

Kedah menghentikan penghantaran bunga emas


kepada Siam semasa Siam berperang dengan Burma
(1753-1781)

selepas perang tamat Siam menjadi kuasa yang kuat


dan menuntut Kedah menghantar bunga emas, wang dan
tenaga manusia
Kedah berasa terancam

Sultan Abdullah (1778-1797) mendapatkan bantuan


tentera SHTI

Sultan Kedah menawarkan Pulau Pinang sebagai hadiah


sekiranya SHTI sanggup melindungi Kedah dari ancaman
Siam

Francis Light sedar tentang kepentingan Pulau Pinang


sebagai pelabuhan dan pangkalan tentera

SHTI bersetuju untuk membantu Kedah

Francis Light di Pulau Pinang


(Teks m/s: 7-9)

SHTI bersaing dengan Belanda di semenanjung Tanah


Melayu

SHTI bimbang dasar monopoli Belanda menjejaskan


perdagangan mereka

SHTI anggap tawaran Sultan Abdullah yang


membenarkan mereka menduduki Pulau Pinang sebagai
pucuk dicita ulam mendatang

Francis Light menandatangani perjanjian secara


peribadi dengan Sultan Abdullah pada tahun 1786 iaitu
Perjanjian Inggeris-Kedah

Sultan Abdullah membenarkan Francis Light menduduki


Pulau Pinang dengan syarat Francis Light memberi
bantuan tentera apabila perlu

Pada 11 Ogos 1786 upacara menaikkan bendera rasmi


British iaitu Union Jack diadakan

nama Pulau Pinang ditukar kepada Prince of Wales


Island oleh Francis Light

ibu negeri Pulau Pinang dinamakan Georgetown iaitu


sempena nama Raja England King George III

tahun 1787 sebanyak 42 buah kapal berlabuh di Pulau


Pinang

tahun 1790 bilangan kapal bertambah kepada 104


buah

bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu

Syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786

SHTI bantu Kedah sekiranya Kedah diserang musuh

SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah

SHTI berjanji akan membayar sebanyak 30 000 dolar


Sepanyol setahun kepada sultan sebagai pampasan

Pulau Pinang Diambil British Secara Rasmi

tahun 1786 Siam menakluk Patani dan mengancam


Kedah

Sultan Abdullah menuntut SHTI memberi bantuan


tentera (seperti dalam perjanjian 1786)

SHTI enggan membantu dengan alasan SHTI tidak


terlibat dengan perjanjian

SHTI juga mahu menjaga kepentingan perdagangan


dengan Siam

Sultan Abdullah mendesak Francis Light meninggalkan


Pulau Pinang kerana tidak menenpati janji

Francis Light enggan dan menawarkan bayaran ganti


rugi tetapi ditolah oleh Sultan Abdullah

Sultan Abdullah berasa marah dan tertipu dengan


tindakan Francis Light

Tahun 1791 Sultan Abdullah menyediakan angkatan


laut di Seberang Perai untuk menyerang dan mengambil
semula Pulau Pinang

Sultan Abdullah mendapat bantuan dari Riau, Siak dan


Selangor

Francis Light minta bantuan dari British menyerang


kubu Sultan Abdullah di Seberang Perai

Sultan Abdullah tewas


Sultan Abdullah terpaksa menandatangani Perjanjian
Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah pada 1 Mei
1791
kesan-kesan:

SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi


sebagai ganjaran SHTi membayar 6000 dolar Sepanyol
setiap tahun kepada Sultan Abdullah

George Leith dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang yang


pertama
SHTI Mengambil Seberang Perai
(Teks m/s: 10-12)

2 sebab SHTI memerlukan Seberang Perai;

i. Seberang Perai sebagai benteng mempertahankan


serangan terhadap Pulau Pinang oleh pihak musuh
ii. Seberang Perai subur dan sesuai untuk pertanian bagi
menampung makanan di Pulau Pinang

SHTI mengambil kesempatan kerana Sultan Dziauddin


memerlukan bantuan tentera bagi menghadapi ancaman
Siam

terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan


Perikatan dengan gabenor Leith pada Jun 1800

kesan SHTI menduduki Pulau Pinang dan menukar


nama kepada Province Wellesley

Syarat Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800

Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai

SHTI membayar 10 000 dolar Sepanyol setahun bagi


Pulau Pinang dan Seberang Perai

SHTI tidak membantu Kedah apabila Siam menyerang


Kedah pada November 1821

rakyat Kedah terpaksa berjuang sendiri

Kedah tewas dan ditakluki Siam

Jun 1826 Raja Siam Rama III menandatangani


perjanjian dengan Henry Burney di Bangkok iaitu
Perjanjian Burney 1826

Syarat Perjanjian Burney 1826

British mengiktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah

Sultan Kedah iaitu Sultan Ahmad Tajuddin II tidak


dibenarkan tinggal di Kedah, Pulau Pinang, Seberang
Perai, Perak, Selangor dan Burma

British tidak membantu sultan Kedah menyerang Siam


dan jajahan takluknya

British akan menghantar balik sultan Kedah yang


berlindung di Pulau Pinang ke Kedah dan Kedah
hendaklah membayar ufti bunga emas kepada Siam

Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang


dan Seberang Perai

Perluasan Kuasa British di Singapura


(Teks m/s: 13-18)
Sebab-Sebab British Bertapak di Singapura:
i. SHTI gagal memajukan Pulau Pinang

Pulau Pinang gagal mencapai kemajuan

kedudukan Pulau Pinang jauh ke utara Selat Melaka


menyebabkannya gagal bersaing sebagai pelabuhan di
Kepulauan Melayu

kebanyakan kapal dagang berdagang di Betawi, Riau


dan Lingga

ii. Keinginan British mempunyai pelabuhan strategik

perdagangan SHTI dengan China semakin penting

barang dagangan China seperti teh, sutera, kapas dan


bahan pencelup mendapat pasaran lumayan di Eropah

SHTI memerlukan pelabuhan strategik di selatan Selat


Melaka bertujuan untuk menguasai laluan perdagangan
antara India dan China

SHTI menguasai Melaka dan Betawi semasa Perang


Napoleon (1793-1814)

selepas Perang Napoleon tamat British terpaksa


memulangkan Melaka dan Betawi kepada Belanda

Belanda mengenakan cukai yang tinggi dan memberi


layanan buruk kepada pedagang British di Betawi

Stamford raffles ditugaskan mencari pelabuhan baru

Raffles cuba membuka pelabuhan di Palembang, Acheh


dan Riau tetapi gagal

hasrat British untuk menyaingi pengaruh Belanda tidak


berhasil

iii. Singapura sebagai pangkalan perdagangan yang


strategik

merupakan sebahagian wilayah Johor


kedudukannya strategik di bahagian selatan
semenanjung Tanah Melayu dapat mengawal laluan
perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda

Singapura sesuaisebagai pelabuhan bebas dan


pangkalan British untuk menyaingi Belanda di Betawi

Raffles mencadangkan kepada SHTI supaya mendirikan


pangkalan baru di Singapura

Raffles yakin Singapura dapat menyekat kuasa


monopoli Belanda di Kepulauan Melayu

Raffles menghadapi masalah kerana Sultan Johor iaitu


Sultan Abdul Rahman berada di bawah pengaruh Belanda

Cara-Cara Raffles (British) Menguasai Singapura:

Raffles mendarat di Singapura pada 12 Januari 1819

Pada 30 Januari 1819 Raffles memaksa Temenggung


Abdul Rahman (Pemerintah Singapura dan Tanah Besar
Johor) menandatangani perjanjian yang membenarkan
British membina loji di Singapura

Temenggung Abdul Rahman menandatanganinya


kerana bimbang diserang oleh British

Syarat Perjanjian 30 Januari 1819

SHTI boleh mendirikan loji di Singapura

SHTI bersetuju melindungi Temenggung Abdul Rahman


dari ancaman dalam dan luar negeri

SHTI akan membayar sebanyak 3000 dolar Sepanyol


setahun kepada Temenggung Abdul Rahman

SHTI tidak membenarkan Temenggung Abdul Rahman


membuat hubungan dengan kuasa Barat lain

perjanjian antara Raffles dan Temenggung Abdul


Rahman ini tidak sah kerana tidak dipersetujui Sultan
Johor iaitu Sultan Abdul Rahman

Raffles merancang untuk memperdayakan Sultan Abdul


Rahman dan Belanda

Raffles menggunakan helah dengan menghidupkan


semula masalah pewarisan takhta yang berlaku tahun
1812

Raffles memperalatkan Tengku Hussein yang kecewa


kerana tidak ditabal sebagai Sultan Johor

Raffles berjaya memujuk Temenggung Abdul Rahman


supaya menjemput Tengku Hussein ke Singapura untuk
ditabal sebagai Sultan Johor yang baru

pada 6 Februari 1819 Sultan Hussein mengiktiraf


perjanjian awal antara Temenggung Abdul Rahman
dengan Raffles yang dibuat pada 30 Januari 1819

SHTI mula bertapak secara rasmi di Singapura

pertabalan Sultan Hussein menyebabkan Johor


menpunyai dua prang sultan iaitu Sultan Hussein di
Singapura (diperintah oleh Temenggung Abdul Rahman)
dan Sultan Abdul Rahman di Lingga

British melantik Residennya di Singapura iaitu William


Farquhar (1819-1823) dan John Crawford (1823-1826)

Kuasa British di Singapura Secara Rasmi:

tahun 1819 British belum lagi menguasai Singapura


secara rasmi

pada 7 Jun 1823 Raffles menandatangani perjanjian


dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman
yang membolehkan SHTI menguasai Singapura dan
pulau-pulau disekitarnya

pada 2 Ogos 1824 perjanjian ditandatangani antara


Residen Singapura John Crawford dengan Sultan Hussein
dan Temenggung Abdul Rahman

kesannya Sultan Hussein terpaksa menyerahkan


Singapura secara rasmi kepada SHTI

Syarat Perjanjian 7 Jun 1823

Sultan Hussein terima bayaran 1500 dolar Sepanyol


dan Temenggung Abdul Rahman sebanyak 800 dolar
Sepanyol sebulan

Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman tidak


berhak menerima atau mengutip cukai dari tongkang
Cina

SHTI berkuasa di seluruh pulau Singapura dan pulaupulau berdekatan kecuali kawasan atau pulau kediaman
Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman

undang-undang British dikuatkuasakan

Syarat Perjanjian 2 Ogos 1819

Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman


menyerahkan Singapura kepada SHTI buat selamalamanya

Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman


hendaklah membenarkan pedagang-pedagang bebas
berdagang di Johor dan wilayah takluknya

Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman atau


warisnya boleh menetap di tanah milik baginda di
Singapura atau berpindah dari Singapura

SHTI mengarahkan Temenggung Abdul Rahman


memindahkan pusat pentadbiran dari Kuala Sungai
Singapura ke Teluk Belanga

alasan SHTI ialah untuk memajukan Singapura

SHTI mengambil tanah-tanah di Kampung Gelam dan


Teluk Belanga

tahun 1866 pusat pemerintahan Johor di Teluk Belanga


dipindahkan ke Johor Bharu

Pertikaian Inggeris-Belanda dan Perpecahan Kepulauan


Melayu
(Teks m/s: 19-20)

Belanda tidak puas hati dengan petempatan Raffles di


Singapura

alasan Belanda ialah Singapura berada di bawah


lingkungan pengaruh Belanda dan Singapura akan
menjejaskan perdagangan Belanda di Betawi

kesan pertikaian ialah;

a) Hubungan Belanda-Inggeris tegang


b) British enggan menyerahkan Singapura kepada Belanda
kerana potensi Singapura sebagai pelabuhan bebas dan
pangkalan tentera British
c) Satu perjanjian ditandatangani iaitu Perjanjian InggerisBelanda 1824 (Persetiaan London)

Syarat Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Persetiaan London)

Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura

Belanda berjanji tidak akan membuka petempatan baru


di Tanah Melayu

British menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda dan


Belanda menyerahkan Melaka kepada British

British berjanji tidak akan membuka petempatan baru


ke selatan Singapura

Kesan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

Kepulauan Melayu terbahagi dua;

a) British menguasai Tanah Melayu dan Singapura di Utara


b) Belanda menguasai Kepulauan Riau dan Lingga di Selatan

British dapat meluaskan pengaruh di Tanah Melayu


tanpa gangguan kuasa-kuasa Barat lain

Melaka menjadi hak British dan membolehkan British


menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka

Kerajaan Johor berpecah dua iaitu;

a) Johor dan Singapura menjadi hak British


b) Kepulauan Riau dan Lingga menjadi hak Belanda
Penubuhan Negeri-Negeri Selat NNS (Teks m/s: 21-13

tahun 1824 SHTI menguasai Pulau Pinang, Melaka dan


Singapura
Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor

Singapura dan Melaka ditadbir oleh Residen

tahun 1826 ketiga-tiganya disatukan di bawah satu


pentadbiran iaitu NNS

tujuan adalah untuk menyeragamkan pentadbiran dan


menjimatkan perbelanjaan

ibu negeri NNS pertama ialah Pulau Pinang

tahun 1832 ibu negeri NNS dipindahkan dari Pulau


Pinang ke Singapura

alasannya kerana kedudukan Singapura lebih strategik


dan menguntungkan

Pentadbiran di Negeri-Negeri Selat

pentadbiran NNS diketuai oleh Gabenor

Gabenor menerima arahan daripada Gabenor Jeneral


British di India

Gabenor NNS dibantu oleh Residen Konsuler bagi setiap


negeri di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka

semua dasar dan undang-undang NNS digubal oleh


Gabenor Jeneral British di India

kesan-kesannya;

a) Penduduk dan pedagang tempatan tidak puas hati kerana


NNS ditadbir seperti Tanah Jajahan India
b) Saudagar-saudagar British di NNS merayu dan mendesak
supaya dipindahkan pentadbiran ke London

c) Pada 1 April 1867 NNS diisytiharkan sebagai Tanah jajahan


British dan diletakkan di bawah Pejabat Tanah Jajahan di
London
d) Majlis Perundangan ditubuhkan bagi membolehkan NNS
meluluskan undang-undang sendiri
Sebab-Sebab Perpindahan Pentadbiran NNS Dari India Ke
London (1867)

SHTI di India tidak mengambil berat tentang kebajikan


NNS

NNS membantah cadangan menghapuskan taraf


pelabuhan bebas di Singapura

Kedatangan imigran Cina ke NNS tidak terkawal kerana


kebanyakan mereka menubuhkan kongsi gelap dan
melakukan kekacauan

Pengenalan Akta Mata Wang 1855 menyebabkan mata


wang Sepanyol diganti dengan mata wang rupee India
ini merugikan pedagang-pedagang kerana nilai rupee
rendah

Penduduk tempatan membantah kerana NNS dijadikan


tempat buangan banduan

Kesan Perpindahan Pentadbiran NNS Ke London

Tahun 1871 mata wang NNS pertama telah dikeluarkan

SEJARAH TINGKATAN 2
BAB 2

KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPUR TANGAN


BRITISH
2.1 Dasar Campur Tangan British di Negeri-Negeri Melayu
NNM
(Teks m/s: 29-32)
Sebab-Sebab Dasar Campur Tangan British di NNM
i. Kekayaan bumi NNM

hasil bumi seperti bijih timah, emas, bijih besi dan


arang batu

kawasan utama bijih timah di Larut dan Kinta (Perak), di


Sungai Pahang dan Sungai Lembing (Pahang), di Lukut,
Kuala Lumpur , Ampang dan Petaling (Selangor) dan di
Sungai Ujong, Negeri Sembilan

kawasan utama emas ialah di Ulu Tembeling, Pahang

ii. Revolusi Perindustrian

British memerlukan bijih timah untuk perusahaan


mengetin makanan

NNM perlu dikuasai untuk bekalan bijih timah


berterusan

NNM sebagai pasaran hasil keluaran kilang

iii. Pembukaan Terusan Suez dan Penciptaan Kapal Wap

Terusan Suez dibuka tahun 1869


terusan ini menghubungkan Laut Merah dengan Laut
Mediterranean

ia memendekkan perjalanan dari England (Eropah) ke


India, Asia Tenggara dan China

penciptaan kapal wap mempercepatkan perjalanan dan


dapat membawa muatan lebih banyak

iv. Persaingan Kuasa Eropah Lain

abad ke-19 berlaku persaingan kuasa

British di India bimbang dengan kuasa Eropah lain di


Asia Tenggara

British tidak akan membiarkan kepentingannya di NNM


diancam oleh kuasa Barat lain seperti Belanda di Hindia
Timur (Indonesia), Perancis di IndoChina dan Sepanyol di
Filipina

v. Perubahan Dasar British di London

tahun 1873 Parti Konservatif menguasai kerajaan British


di London
Parti Liberal kalah
pertukaran kerajaan menyebabkan dasar tidak campur
tangan kepada dasar campur tangan di NNM

vi. Desakan Pedagang di NNM

keadaan huru-hara berlaku di NNM

antara sebab-sebabnya ialah pertelingkahan antara


pembesar dan pergaduhan kongsi gelap Cina

keadaan ini memberi kesan kepada pedagangpedagang di NNS kerana mereka mengalami kerugian

akibatnya pedagang mendesak British campur tangan


dan melindungi kepentingan pelaburan mereka di NNM

tahun 1873 seramai 243 pedagang NNS menulis surat


kepada Lord Kimberly iaitu Setiausaha Tanah Jajahan
British mendesak British campur tangan

Hubungan Antara NNS Dengan NNM

NNS sebagai pelabuhan entrepot

NNS mengendalikan perdagangan bagi NNM

Pedagang-pedagang NNS melabur modal dalam


perlombongan bijih timah di Larut, Sungai Ujong, Lukut
dan Klang

2.2 Keadan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang


Memberi Peluang Campur Tangan British (Teks m/s: 33)

kurun ke-19 keadaan di NNM pantai barat huru-hara


dan tidak stabil

antaranya Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan


Pahang

i. Keadaan di Perak

politik tidak stabil

sebab-sebab;

a) Pergaduhan antara kongsi gelap Cina Ghee Hin dan Hai


San

buruh Cina dibawa masuk secara beramai-ramai pada


tahun 1848 oleh Long Jaafar ke daerah Larut (Kelian Pauh
dan Kelian Bharu)

tujuan untuk memajukan lombong bijih timah di Larut

berlaku pergaduhan di Larut yang mencetuskan Perang


Larut

keadaan menjejaskan perusahaan bijih timah


Ngah Ibrahim iaitu Menteri Larut melantik Kapten
Speedy (Timbalan Pesuruhjaya Polis NNS) membantu
menamatkan kekacauan di Larut

b) Perebutan takhta di kalangan kerabat diraja

berlaku akibat sistem pewarisan takhta tidak dipatuhi


sepenuhnya

mengikut sistem, seseorang anak raja perlu memegang


tiga jawatan iaitu Raja Di Hilir, Raja Bendahara dan Raja
Muda sebelum berhak ditabal menjadi sultan

tahun 1871 Sultan Ali mangkat dan pembesarpembesar Perak melantik Raja Ismail (Raja Bendahara
ketika itu) sebagai sultan Perak yang baru

pelantikan itu ditentang oleh Raja Abdullah (Raja Muda


ketika itu) dan Raja Yusuf (Raja Di Hilir ketika itu)

Raja Abdullah sepatutnya mewarisi takhta

pada upacara pemakaman Sultan Ali di Sayong Raja


Abdullah tidak hadir walaupun dijemput

Raja Yusuf diketepikan kerana tidak disukai oleh


pembesar-pembesar Perak

tentangan kuat Raja Abdullag disokong penuh


pembesar-pembesar di hilir Perak seperti Dato Maharaja
Lela dan Dato Sagor

kuasa Sultan Ismail hanya terbatas di hulu Perak sahaja

Raja Abdullah terus berkuasa di hilir Perak

keadaan ini menyebabkan perpecahan dan menggugat


keamanan di Perak

Raja Abdullah meminta bantuan British untuk


mengiktiraf beliau sebagai sultan

permintaan Raja Abdullah diterima penuh minat oleh


Andrew Clarke (Gabenor NNS) yang membuka peluang
British untuk menguasai Perak

Langkah-langkah Menamatkan Kekacauan:

Andrew Clarke memanggil pembesar-pembesar Melayu


dan pemimpin kongsi gelap Cina berunding di Pulau
Pangkor

antara pembesar yang hadir ialah Raja Abdullah, Ngah


Ibrahim dan Dato Sagor

Sultan Ismail tidak hadir kerana lewat menerima surat


jemputan

antara pemimpin kongsi gelap yang hadir ialah Kapitan


Ah Kwee (Ketua Kumpulan Hai San)

hasil rundingan membawa kepada termeterainya


Perjanjian Pangkor pada 30 Januari 1874

perjanjian ditandatangani atas kapal british iaitu H.M.S.


Pluto

Syarat-Syarat Perjanjian Pangkor 1874:

Raja Abdullah diiktiraf sebagau sultan Perak

Raja Ismail diakui sebagai Raja Muda

sultan menerima seorang Residen British sebagai


penasihat dalam semua perkara kecuali hal-hal agama
Islam dan adapt istiadat Melayu

Residen berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di


Perak

Residen, Penolong Residen, Sultan dan pembesar


dibayar gaji daripada pungutan hasil mahsul Perak

Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut dan


menerima seorang Penolong Residen

Menteri Larut bertanggungjawab membiayai segala


usaha mengembalikan keamanan di Perak

Kesan Perjanjian Pangkor Ke Atas Perak:

tanda bermulanya kuasa British secara langsung dalam


pentadbiran dan ekonomi Perak

ii. Keadaan di Selangor

tahun 1857 Sultan Abdul Samad yang berkuasa di


daerah Langat ditabal menjadi sultan Selangor
daerah Klang dikuasai Raja Sulaiman

apabila Raja Sulaiman mangkat, Klang dikuasai pula


oleh Raja Abdullah

timbul rasa tidak puas hati oleh Raja Mahadi (putera


Raja Sulaiman)

Raja Abdullah berjaya memajukan perlombongan bijih


timah di daerah Klang

buruh-buruh Cina dibawa masuk bekerja di lombonglombong

lombong-lombong bijih timah dibuka di Kuala Lumpur


dan Ampang

tahun 1860 daerah Klang berkembang maju sebagai


pusat bijih timah

Klang dijadikan ibu negeri Selangor sebelum


dipindahkan ke Kuala Lumpur pada tahun 1880

kekayaan Klang menjadi rebutan dan perbalahan


antaranya oleh Raja Mahadi

perbalahan antara mereka mencetuskan perang


saudara Perang Klang

perang audara merebak ke daerah-daerah lain di


Selangor

keadaan bertambah buruk apabila pelombongpelombong Cina terlibat sama

tahun 1866 Raja Mahadi menyerang Raja Abdullah di


Klang

kegiatan perdagangan Selangor terjejas

Langkah-Langkah Ke Arah Menamatkan Perang Klang:

Sultan Abdul Samad (1857-1898) melantik Tengku


Kudin untuk menamatkan Perang Klang

Tengku Kudin (nama sebenar Tengku Dhiauddin) ialah


putera diraja Kedah, menantu Sultan Abdul Samad dan
wakil sultan untuk mentadbir dan memajukan Selangor
(1868)

Tengku Kudin tidak diterima pembesar-pembesar


Selangor termasuk Raja Mahadi kerana beliau bukan
anak negeri Selangor
Tengku Kudin meminta bantuan British

British mendesak Sultan Abdul Samad menerima


Residen British tetapi gagal

British terus berusaha mencari alasan untuk


menempatkan residennya di Selangor

tahun 1873 sebuah kapal dagang British dirompak di


Langat

1874 rumah api British di Tanjung Rachado (sekarang


Tanjung Tuan, Negeri Sembilan) telah diserang

kapal perang British iaitu H.M.S. Rinaldo membedil


Kuala Selangor

British membantu Tengku Kudin menewaskan Raja


Mahadi dan menamatkan Perang Klang

British mendesak Sultan Abdul Samad meletakkan


Selangor di bawah naungannya

tahun 1874 J.G. Davidson dilantik sebagai Residen


Selangor yang pertama

Penolong Residennya ialah Frank Swettenham

iii. Keadaan di Sungai Ujong

Sungai Ujong kaya dengan bijih timah


tahun 1872, Dato Kelana Syed Abdul Rahman menjadi
pemerintah Sungai Ujong

seorang lagi pembesar yang berpengaruh di Sungai


Ujong ialah Dato Bandar Kulop Tunggal

kedua-duanya saling bersengketa

sebab-sebab mereka bersengketa ialah;

1.

Kedua-duanya berebutkan Sungai Linggi yang


merupakan jalan perhubungan utama ke pelabuhan
Melaka

2.

Pungutan cukai ke atas pedagang yang melalui sungai


ini sangat lumayan

Dato Kelana berasa kedudukannya tidak terjamin


kerana Dato Bandar disokong kuat penduduk tempatan
dan pelombong-pelombong Cina daerah Sungai Ujong

Dato Kelana meminta bantuan British


tahun 1874 Dato Kelana menandatangani perjanjian
menerima perlindungan British

syarat-syarat perjanjian ialah;

1.

Dato Kelana diiktiraf pemerintah daerah Sungai Ujong

2.

British berkuasa penuh mengutip cukai di Sungai Linggi

iii. Residen British pertama yang ditempatkan di Sungai


Ujong ialah P.J.Murray
Dato Bandar tidak mengiktiraf perjanjian dan menentang
tindakan British mengutip cukai di Linggi
British memberi bantuan tentera kepada Dato Kelana untuk
menewaskan Dato Bandar

Dato Bandar dibuang negeri ke Singapura

British menguasai daerah-daerah lain seperti Rembau,


Jelebu dan Sri Menenati

British menempatkan pegawai Majistret dan Pemungut


Hasil di setiap daerah, antaranya tahun 1883 di Rembau,
1886 di Jelebu dan 1889 di Sri Menanti

tahun 1895 semua daerah disatukan dan membentuk


persekutuan yang dipanggil Negeri Sembilan

Tunku Muhammad Ibni Yamtuan Antah (Yamtuan Sri


Menanti) ditabal sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri
Sembilan yang pertama

Tahun 1895 Residen British ditempatkan di Negeri


Sembilan iaitu Martin Lister

Negeri Sembilan secara sah menjadi negeri naungan


British

iv. Keadaan di Pahang

Pahang tidak sekaya seperti Negeri-Negeri Melayu yang


lain

British mahu menguasai Pahang bagi menghalang


kuasa Eropah lain bertapak di Negeri-Negeri Melayu

kurun ke-19 Asia Tenggara menjadi tempat kuasa


Perancis, Rusia dan Jerman mencari tanah jajahan

Sultan Ahmad berusaha mengekalkan kedaulatan


Pahang dari dijajah British seperti yang berlaku di Perak,
Selangor dan Negeri Sembilan

Sultan Ahmad mencontohi tindakan Sultan Abu baker


dari Johor untuk membangunkan Pahang bagi menyekat
pengaruh British

Sultan Ahmad membawa masuk pelabur-pelabur


Eropah untuk memajukan Pahang

syarikat-syarikat Eropah mengusahakan lombong emas


dan bijih timah di Pahang

contoh;

1.

Pahang Corporation Ltd (Sungai Lembing)

2.

Malay Peninsular (Pahang)

iii. Prospecting Co. (Selising)


iv. Penjom & Sg. Dua Semantan Co. (Penjom)
tindakan Sultan Ahmad tidak disenangi British kerana
menjejaskan kepentingan mereka di Negeri-Negeri Melayu
Perluasan Kuasa British di Pahang

tahun 1886, Frank Swettenham dan Frederick Weld


Gabenor Negeri-Negeri Selat memujuk Sultan Ahmad
menerima Residen british tetapi gagal

tahun 1887 British mendapatkan bantuan Sultan Abu


Bakar di Johor untuk memujuk Sultan Ahmad menerima
pengaruh British

Hugh Clifford dilantik sebagai wakil British di Pahang

British masih tidak puas hati kerana wakil British


berkuasa terhad

tahun 1888 seoreang warganegara British berbangsa


Cina iaitu Go Hui ditemui mati berhampiran istana Sultan
Ahmad

British menggunakan peluang ini mendesak Sultan


Ahmad menerima Residen British atas alasan Sultan
Ahmad tidak mampu mewujudkan keamanan di Pahang

akhirnya Sultan Ahmad terpaksa menerima J.P.Rodger


sebagai Residen British

penerimaan ini sebagai tanda berakhirnya kedaulatan


Pahang

British mula campur tangan secara langsung dalam


pentadbiran Pahang

Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pembesar (Teks m/s:


44)

campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu


membawa kepada pengenalan Sistem Residen

antaranya;

1.

Perak (J.W.W. Birch)

2.

Selangor ( J.G. Davidson)

iii. Negeri Sembilan (Martin Lister)


iv. Pahang (J.P. Rodger)

ia menandakan negeri-negeri ini diletakkan sebagai


negeri naungan British

keadaan ini menggugat kuasa sultan dan pembesar

Sebab-Sebab Sistem Residen Menggugat Kuasa Sultan dan


Pembesar

Residen menjalankan semua urusan pentadbiran negeri

Residen memaksa sultan menerima nasihat dalam


semua perkara pentadbiran (kecuali hal-hal agama Islam
dan adat istiadat Melayu)

nasihat Residen mesti dipatuhi dan dilaksanakan

Residen mengambil alih kuasa dan hak memungut


cukai (oleh pegawai British iaitu Pegawai Majistret dan
Pemungut Hasil)

Residen menghapuskan amalan perhambaan yang


melampaui bidang kuasa mereka (perhambaan amalan
adapt turun-temurun pembesar Melayu)

2.4 Pengukuhan Kuasa British Melalui Pembentukan NegeriNegeri Melayu Bersekutu (NNMB)
Teks m/s: 45-46
Faktor-Faktor Pembentukan NNMB (1896):
(i) Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen

Residen tidak diberikan panduan jelas untuk


menjalankan tugas
Residen menjadi terlalu berkuasa

Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana


mempunyai undang-undang sendiri

Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal


mengawal kuasa Residen

(ii) Krisis Kewangan Pahang

perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa


menanggung banyak hutang akibat kebangkitan rakyat
menentang British

jika pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya


seperti Perak dan Selangor masalah dapat diringankan

(iii)

Perkongsian Perkhidmatan Pakar


menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti
jurutera, juru ukur dan doktor

(iv) Sistem Perhubungan

sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan


keretapi antara Negeri-Negeri Melayu dapat dimajukan

(v) Faktor Keselamatan

mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan

Langkah-Langkah Ke Arah Penubuhan Negeri-Negeri Melayu


Bersekutu:

Perjanjian Persekutuan ditandatangani pada 12 Jun


1895

NNMB atau Persekutuan 1896 terdiri daripada Perak,


Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah disatukan
pada 1 Julai 1896

pusat pentadbiran Persekutuan terletak di Kuala


Lumpur

pentadbiran kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada


dua iaitu Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri

diketuai oleh Residen Jeneral pertama Frank


Swettenham (1896-1900)

Syarat-Syarat Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895:

Raja-Raja Melayu bersetuju menggabungkan negeri


mereka menjadi sebuah persekutuan yang akan dikenali
sebagai NNMB

Raja-Raja bersetuju menerima seorang pegawai British


sebagai Residen Jeneral

Raja-Raja bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral


dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan
agama Islam dan adapt istiadat Melayu

Raja-Raja Bersetuju membantu negeri-negeri yang


memerlukan bantuan mengikut nasihat kerajaan British

Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor


Negeri-negeri Selat yang juga menjadi Pesuruhjaya Tinggi
NNMB

Struktur Pentadbiran Persekutuan 1896 (NNMB)


Pesuruhjaya Tinggi British
(Gabenor NNS di Singapura)

Residen Jeneral
(berpusat di Kuala Lumpur- tinggal di Carcosa tahun 1898)

Residen

Perak Selangor N9 Pahang


2.5 Pembentukan Persekutuan Mencabar Kewibawaan Sultan
(Teks m/s: 47-48)
Kesan-Kesan Pembentukan Persekutuan 1896

Residen Jeneral berkuasa dalam pentadbiran, kewangan


dan cukai eksport

kerajaan pusat menubuhkan jabatan-jabatan yang


diketuai pegawai-pegawai British seperti Jabatan
Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan dan
Perkhidmatan Awam

penglibatan orang-orang Melayu adalah terhad

sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral


dalam semua hal (kecuali hal berkaitan agama Islam dan
adat Melayu)

kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil alih


oleh Residen Jeneral

Kesan-Kesan Kuasa Sultan Dikurangkan

sultan-sultan NNMB tidak puas hati


tahun 1897 British bersetuju menubuhkan DURBAR
iaitu Persidangan Raja-Raja Melayu bagi mengatasi
masalah

ahli-ahli Durbar ialah;

1.

Pesuruhjaya Tinggi

2.

Raja-Raja Melayu

iii. Residen Jeneral


iv. 4 orang Residen (Perak, Selangor, Negeri Sembilan,
Pahang)

Durbar pertama diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar,


Perak

Durbar kedua didakan pada tahun 1903 di Kuala


Lumpur

Persidangan DURBAR II (1903) di Kuala Lumpur

Sultan Perak iaitu Sultan Idris (1887-1916) mendesak


British tentang;

1.

Pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral

2.

Mendesak kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan

iii. Mendesak bilangan pegawai Melayu dalam


perkhidmatan kerajaan ditambah dan dilantik ke jawatan
lebih tinggi
iv. Mendesak Bahasa Melayu diiktiraf menjadi bahasa rasmi

kesan-kesan desakan;

1.

British menggantikan Durbar dengan Majlis Mesyuarat


Persekutuan 1909

2.

Jawatan Residen Jeneral digantikan dengan Ketua


Setiausaha

iii. British bersetuju menyerahkan semula kuasa mentadbir


kepada Majlis Mesyuarat Negeri

iv. Tahun 1903-1909 Pesuruhjaya Tinggi NNMB ialah Frank


Swettenham
SEJARAH TINGKATAN DUA
BAB 3 NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA (NNMU) DAN JOHOR
BENTENG KESELAMATAN BRITISH
3.1 NNMU Penampan Keselamatan British di Tanah Melayu
(Teks m/s: 55-57

akhir abad ke-19 muncul Zaman Imperialis Baru

kuasa-kuasa Barat seperti Perancis, Jerman, Amerika


Syarikat dan Rusia bersaing untuk mendapatkan bahan
mentah dan tanah jajahan

negara-negara di Asia Tenggara seperti Tanah Melayu


dan Siam menjadi rebutan

British berasa bimbang dan tercabar


kebimbangan ini mendorong British meluaskan
pengaruh ke NNMU

Peluasan Kuasa Yang Membimbangkan British


1.

i. Perancis

ingin meluaskan kuasa ke Lembah Menam Chao Phraya


merancang membina terusan di Segenting Kra yang akan
mengancam kedudukan dan perdagangan di Singapura
1.

Jerman

berusaha mendapatkan Pulau Langkawi daripada Siam

iii. Amerika Syarikat


ingin bertapak di Terengganu
1.

Rusia

berhasrat membuka petempatan di Ujung Salang


Cara British Menghalang Pengaruh Eropah di Tanah Melayu
i. British Menandatangani Perjanjian Sulit 6 April Dengan
Siam

tujuan menghalang Siam menyerah dan membenarkan


mana-mana kuasa lain bertapak di Siam
syarat-syarat perjanjian;

Siam tidak akan menyerahkan Kedah, Kelantan,


Terengganu dan Perlis kepada mana-mana kuasa lain
tanpa izin British

British mengakui hak Siam ke atas negeri-negeri


tersebut

British akan membantu Siam jika diserang musuh

kesan perjanjian;

gagal menghalang sultan setiap negeri dari


menjalinkan hubungan dengan kuasa-kuasa lain

contoh: tahun 1897 Sultan Kelantan memberi konsesi


tanah seluas 776 996 hektar kepada Duf Development
Company untuk melombong emas

Sultan Terengganu menerima permohonan Amerika


Syarikat untuk membuka petempatan di Pulau Redang

ii. Menandatangani Perisytiharan Rritish-Siam 1902

tujuan untuk menghalang perluasan kuasa Barat lain

syarat-syarat perjanjian;

British mengiktiraf NNMU dibawah naungan Siam

rakyat British dilantik oleh kerajaan Siam sebagai


penasihat sultan iaitu Kelantan (W.A. Graham), Kedah
( Meadowe Frost) dan Perlis (H.E. Duke)

Kelantan dan Terengganu tidak dibenarkan memberi


konsesi kepada kuasa asing

kesan-kesan perjanjian;

British berjaya mengukuhkan pengaruh di NNMU

iii. Menandatangani Perjanjian Bangkok 1909 (British-Siam)

tujuan untuk British terus menghalang kuasa Barat lain

syarat-syarat perjanjian;

Siam menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan


Terengganu kepada British

Siam tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya


tanpa kebenaran British

British menyerahkan Hak Wilayah Asingan kepada Siam

kesan-kesan perjanjian;

NNMU diserahkan kepada British

Raja-Raja Melayu tidak dibawa berunding dan terpaksa


akur dengan keputusan perjanjian

Penasihat British Mengancam Kedaulatan Negeri-Negeri


Melayu Utara
(Teks m/s: 58-62)
(i) Penasihat British di Kedah

Sultan Abdul Hamid Halim Shah tidak mengiktiraf


Perjanjian Bangkok 1909
Baginda enggan menerima penasihat British

tahun 1910 British tetap melantik penasihat British iaitu


George Maxwell

George Maxwell mengukuhkan kuasa dengan


melaksanakan pentadbiran Barat di Kedah

tindakan George Maxwell itu menimbulkan konflik


dengan anggota majlis Mesyuarat Negeri pimpinan Tunku
Mahmud

berlaku percanggahan pentadbiran di Kedah antara


Tunku Mahmud dengan George Maxwell

Tunku Mahmud berjaya mengekalkan identiti Kedah


melalui tindakan mahkamah

Tunku Mahmud menentang tindakan George Maxwell


mengibarkan bendera Union Jack dikediamannya

Usaha-Usaha Tunku Mahmud Mengekalkan Identiti Kedah

menggunakan Bahasa Melayu dalam surat rasmi dan


perundangan
surat rasmi tidak perlu ditapis

penggunaan kalendar Hijrah

cuti umum pada hari Jumaat

melantik orang Melayu dalam pentadbiran Kedah

Usaha-Usaha George Maxwell Menerapkan Pengaruh barat


Dalam Pentadbiran Kedah

menggunakan bahasa Inggeris dalam surat rasmi dan


perundangan

surat rasmi ditapis oleh Penasihat British

menggunakan kalendar Masehi

cuti umum pada hari Ahad

pelantikan pegawai British dalam pentabiran Kedah

(ii) Penasihat British di Perlis

Raja Syed Alwi membantah tindakan Siam


menyerahkan Perlis kepada British

Baginda enggan menerima Penasihat British

British tidak peduli (degil)

Kapten Meadowe Frost dilantik sebagai Penaihat British

cara untuk mengukuhkan kuasa di Perlis;

1.

Menggubal undang-undang

2.

Memperkenalkan jabatan-jabatan baru seperti Jabatan


Hasil dan Cukai, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Kadi

iii. Menguasai Jabatan Kewangan sebagai strategi


menguasai pentadbiran Perlis
(iii) Penasihat British di Kelantan

tahun 1910 Sultan Muhammad IV terpaksa


menandatangani perjanjian dengan British

tujuan untuk menempatkan Penasihat British di


Kelantan

J.S. Mason dilantik sebagai Penasihat British

perubahan-perubahan yang berlaku ialah;

tahun 1915 kuasa mentadbir jajahan diambil alih oleh


pegawai-pegawai British
British menguasai jabatan-jabatan baru seperti Mahkamah
Tinggi, Jabatan Polis dan Pejabat Tanah

kesan-kesan;

pentadbiran Kelantan dikuasai sepenuhnya oleh British


(iv) Penasihat British di Terengganu

Sultan Zainal Abidin II tidak mengiktiraf Perjanjian


Bangkok
Baginda menolak pelantikan Penasihat British

Sultan Zainal Abidin II menemui Pesuruhjaya Tinggi


British di Singapura untuk membuat bantahan

tahun 1910 British tetap melantik W.L. Conlay sebagai


wakil British

bidang kuasa terhad dalam menguruskan hal ehwal luar


Terengganu sahaja

tahun 1911 Sultan Zainal Abidin II menggubal


perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Terengganu

tujuan adalah untuk memelihara kedaulatan dan


kemerdekaan Terengganu

tahun 1918 Sultan Muhammad II memerintah


Terengganu

tahun 1919 British mendesak supaya menandatangani


perjanjian di Singapura

British melantik J.L. Humphreys sebagai Penasihat


British

Sultan Muhammad II turun takhta kerana enggan


tunduk kepada tekanan British

British menguasai kesemua jabatan penting kerajaan


Terengganu seperti Jabatan Kastam, Jabatan Perubatan,
Jabatan Kerja raya dan Jabatan Tanah dan Galian

Sebahagian Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan


Terengganu
( Ittiqan ilmuluk bi tadil ilsuluk)

sultan tidak boleh menyerahkan Terengganu kepada


mana-mana kuasa asing
mustahak ke atas raja bermesyuarat
hak Raja dan Menteri Besar dalam memilih Jemaah
Menteri

3.3 Pemodenan Johor Melambatkan Campur Tangan British


(Teks m/s: 63-70)

Johor adalah negeri Melayu terakhir menerima


Penasihat British
Johor mengamalkan dasar persahabatan dengan British
Johor berjaya mengekalkan kedaulatan hingga tahun
1914
Sebab-sebab;

a. Kebijaksanaan pemerintah
b. Pengenalan sistem birokrasi moden
c. Kestabilan dan kemakmuran ekonomi

antara pemimpin-pemimpin Johor yang berwibwa ialah;

1.

Temenggung Daeng Ibrahim (1825-1826)

2.

Sultan Abu Bakar (1862-1895)

Temenggung Daeng Ibrahim (1825-1862)

tahun 1825 Temenggung Abdul Rahman mangkat dan


digantikan puteranya Daeng Ibrahim sebagai
Temenggung Johor
berkhidmat di bawah Sultan Hussein dan Sultan Ali
tahun 1855 satu Perjanjian Persahabatan
ditandatangani antara Temenggung Daeng Ibrahim
dengan Sultan Ali

Temenggung Daeng Ibrahim diberi kuasa menjadi


pemerintah Johor kecuali di wilayah Kesang (di bawah
Sultan Ali)
antara kewibawaan Temenggung Daeng Ibrahim ialah;

menjalankan pentadbiran dengan cekap


mengasaskan pusat pentadbiran baru di Tanjung Puteri
memajukan ekonomi Johor dengan cara menggalakkan
kemasukan orang Cina dari Singapura untuk mengusahakan
lading lada hitam melalui Sistem Kangcu
Syarat-Syarat Persetiaan Antara Temenggung daeng Ibrahim
Dengan Sultan Ali (Mac 1855)

Sultan Ali diiktiraf sebagai Sultan Johor tetapi gelaran


itu tidak boleh diwariskan kepada keturunan baginda

Kawasan pemerintahan Sultan Ali di wilayah Kesang

Sistem Kangcu

diperkenalkan oleh Temenggung Daeng Ibrahim tahun


1833

kangcu asalnya daripada perkataan Cina iaitu Tuan


Sungai

Sistem Kangcu melibatkan;

a. Orang Cina diberi Surat Kebenaran iaitu Surat Sungai


untuk menetap dan mengusahakan pertanian di tebing
sungai
b. Kawasan lading dikenalisebagai Kangkar atau Kaki
Sungai

c. Setiap kangkar diketuai oleh seorang kangcu yang


memerintah dan memungut cukai
d. Tanaman adalah seperti lada hitam dan gambir
e. Hasil tanaman dikenakan cukai (sumber pendapatan
kerajaan Johor)
Sultan Abu Bakar : Bapa Pemodenan Johor (1862-1895)

tahun 1862 naik takhta Johor selepas kemangkatan


ayahandanya

diberi gelaran Datuk Temenggung Abu Bakar Seri


Maharaja Johor

sering ke England untuk mempelajari cara pentadbiran


terbaik bagi membangunkan Johor

tahun 1868, Ratu Great Britain mengurniakan gelaran


Maharaja Johor kepada Sultan Abu Bakar

tahun 1885, satu Perjanjian Persahabatan


ditandatangani antara Johor dengan British

persetujuan dicapai tentang;

1.

Johor diiktiraf negeri bebas dan berdaulat

2.

Maharaja Abu Bakar diiktiraf Sultan Johor (setelah


Sultan Ali dari keturunan Bendahara mangkat tahun
1877)

iii. Kedudukan Sultan Johor lebih tinggi daripada Pesuruhjaya


Tinggi di Singapura
iv. Sultan Abu Bakar boleh berhubung terus dengan kerajaan
British di London tanpa melalui Pesuruhjaya Tinggi

kesan-kesan persetujuan;

a. Sultan Abu Bakar berjaya menyekat kuasa British


terhadap Johor
b. Sultan Abu Bakar menerima seorang Konsul British
bukannya Penasihat British
Usaha-Usaha Pemodenan oleh Sultan Abu Bakar
(a)
Memodenkan pentadbiran Johor dengan
mengadakan mahkamah, perkhidmatan pos dan jabatan
Kerja Raya
(b)
Menjaga kebajikan rakyat dengan membina
sekolah, hospital dan jalan raya
(c)
Menjaga keamanan negeri dengan
menubuhkan pasukan polis dan tentera
(d)
Memantapkan ekonomi Johor dengan cara
meneruskan Sistem Kangcu dan menjadi pengeksport lada
hitam dan gambir terbesar dunia
(e)
Mengisytiharkan Undang-Undang Tubuh
Kerajaan Johor tahun 1895 yang merupakan perlembagaan
bertulis pertama dan menjadi asas kepada pembentukan
institusi Raja Berperlembagaan
Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
(a)
Sultan tidak boleh menyerahkan Johor kepada
kuasa asing
(b)
Ditubuhkan Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis
Mesyuarat Negeri

(c)
Anggota Majlis Mesyuarat Menteri dilantik
daripada orang Melayu dan bertanggungjawab menasihati
sultan dalam pentadbiran
(d)
Ahli Majlis Mesyuarat Negeri terdiri daripada
rakyat Johor yang berperanan menggubal undang-undang
Kesan-Kesan Kebijaksanaan Sultan Abu Bakar
(a)
Digelar Bapa Pemodenan Johor kerana
membawa banyak perubahan dalam pentadbiran dan
pembangunan Johor
(b)
Johor

British tidak dapat menggugat kemerdekaan

(c)

Johor aman dan makmur

(d)
Ketokohan Sultan Abu Bakar dihormati
pemerintah British
Pemimpin Johor Yang Berwibawa

pembangunan dan pemodenan Johor akibat


persepakatan antara sultan dan pembesar

kepintaran dalam pentadbiran menyebabkan British


tidak mempunyai alas an untuk campur tangan

antara pemimpin terkemuka Johor ialah;

1.

Dato Abdul Rahman bin Andak

2.

Dato Jaafar bin Muhammad

iii. Dato Muhammad Salleh bin Perang


iv. Dato Muhammad Ibrahim Munsyi

Dato Jaafar bin Muhammad

Merupakan Setiausaha kerajaan Johor pertama (1868)

Menteri Besar Johor pertama (1882-1919)

Digelar Datuk Bentara

Beliau mewajibkan semua pegawai British di Johor


memakai pakaian rasmi Johor

Bendera Union Jack iaitu bendera rasmi British dikibar


lebih rendah daripada bendera Johor demi maruah dan
kedaulatan Johor

Surat rasmi dalam bahasa Melayu bagi memartabatkan


bahasa Melayu

Dato Abdul Rahman bin Andak

Merupakan Setiausaha Sulit Sultan Johor (1885)

Setiausaha Kerajaan Johor (1893-1909)

Digelar Dato Seri Amar Diraja

Berperanan dalam hal ehwal hubungan luar negeri

Bertanggungjawab mengawal hubungan Johor-British

Tahun 1888 menjadi perintis kepada penubuhan


Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Johor
(sebuah badan persuratan terulung tanah air)

Dato Muhammad Salleh bin Perang

Pernah memegang perlbagai jawatan dalam kerajaan

Antaranya;

a. Pesuruhjaya Polis untuk keamanan dan kestabilan Johor


b. Ketua jabatan Ukur tugasnya melukis peta
pembangunan Johor yang menunjukkan semua jalan yang
akan dimajukan dan melukis peta lengkap negeri Johor
c. Ketua Jabatan Tanah merancang pembangunan di Muar,
Endau, Segamat, Tangkak dan Batu Pahat

Digelar sebagai Dato Bentara Luar

Dato Muhammad Ibrahim Munsyi

Ketua Jabatan Pendidikan Johor yang pertama tahun


1883

Mendidirkan banyak sekolah dan mendesak pendidikan


wajib kepada rakyat Johor

Dianugerahi Dato Bentara Dalam

Digelar Bapa Pendidikan Melayu Johor

Tahun 1893 dilantik sebagai Timbalan Menteri yang


pertama

Johor Di ambang Penjajahan British

1.

sejak Perjanjian Persahabatan 1885 British menyusun


strategi untuk menguasai Johor
British bimbang Johor dikuasai kuasa Barat lain
usaha dan muslihat British untuk menguasai Johor,
antaranya;
British menubuhkan Lembaga Penasihat Johor

2.

Sultan Johor dinasihati supaya meminjam sebanyak


200,000 dolar dari Negeri-Negeri Selat

tujuan untuk membina landasan keretapi dari Johor ke


Singapura
ia muslihat British untuk mengawal kewangan Johor

muslihat British disedari oleh Dato Abdul Rahman


Andak dengan menasihati sultan supaya tidak menerima
tawaran pinjaman British
rancangan British berjaya digagalkan

British menyedari kepintaran Dato Abdul Rahman


Andak dan bukan mudah untuk campur tangan di Johor

British berusaha menyingkirkan Dato Abdul Rahman


Andak

tahun 1907 John Anderson iaitu Gabenor Negeri-Negeri


Selat mencadangkan supaya Dato Abdul Rahman Andak
dibersarakan dan dihantar ke London

British menggunakan peluang ini untuk menguasai


Johor

Sultan Ibrahim iaitu putera Sultan Abu Bakar terpaksa


meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor bagi
membolehkan British menjadi ahli Majlis Mesyuarat
Negeri

tahun 1914 British melantik Douglas Campbell sebagai


Penasihat British di Johor

Lembaga Penasihat Johor

ditubuhkan di London pada 1886

Sultan Johor berhubung secara langsung dengan


Pejabat Tanah Jajahan di London
Dianggotai oleh orang British
Fungsinya adalah untuk menguruskan hubungan luar
Johor dan menasihati Sultan Johor tentang hal-hal
pentadbiran

BAB 5 KEKAYAAN EKONOMI SABAH MENARIK MINAT


SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH (SBUB)

Sabah di bawah pengaruh Kesultanan Brunei dan


Kesultanan Sulu

Sabah menjadi tumpuan pedagang Barat kerana


kedudukannya strategik dan kaya dengan hasil bumi

5.1 SBUB Bertapak Di Sabah


( Teks m/s: 102-104)

Sabah menarik perhatian pelabur-pelabur Barat kerana


potensi ekonomi

antaranya kuasa Amerika Syarikat, Britain, Belanda dan


Sepanyol

syarikat-syarikat asing mula bertapak di Sabah

Amerika Syarikat

tahun 1865 Sultan Brunei beri konsesi tanah di Sabah


kepada wakil Amerika Syarikat iaitu W. L. Moses
tempoh sewaan selama 10 tahun

Moses menjual konsesi kepada The American Trading


Company diketuai oleh J.W. Torrey dan T. B. Harris

Torrey gagal menanam kopi dan tebu di Kimanis

Torrey menjual haknya kepada Von Overbeck

Britain

Von Overbeck menghadapi masalah kewangan

Tahun 1877 Overbeck meminjam wang daripada


syarikat Alfred Dent dan Edward Dent

Gabenor Labuan iaitu W. H. Treacher bersetuju


membantu Overbeck memperbaharui tempoh pajakan
daripada Sultan Brunei dengan syarat syarikat yang
ditubuhkan diletakkan di bawah kekuasaan British

Tahun 1877 Sultan Brunei iaitu Sultan Abdul Mumein


perbaharui pajakan dengan Overbeck dan Dent melalui
perjanjian

Sultan Brunei serahkan tanah antara Teluk Kimanis dan


Sungai Sibuku

1878 Overbeck dan Dent menandatangani perjanjian


dengan Sultan Jamalul Alam (Kesultanan Sulu)

Sultan Sulu serahkan kawasan dari Sungai Pandasan


hingga ke Sungai Sibuku

Tahun 1880 Overbeck menjual semua haknya kepada


Alfred dan Edward Dent

Dent tubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara


British Berhad

Saham syarikat dijual kepada rakyat British bagi


menambah modal perniagaan

Persatuan berusaha mendapatkan Piagam Diraja


daripada kerajaan British untuk mengukuhkan kedudukan
dan memajukan perniagaan

November 1881 kerajaan British menganugerahkan


piagam kepada Persatuan Sementara Borneo Utara
British Berhad

Tahun 1882 syarikat itu dinamakan Syarikat Borneo


Utara British (SBUB)

Kesan Pemberian Piagam Diraja British Kepada


SBUB

SBUB berkuasa mentadbir Sabah

Presiden pertama ialah Sir Rutherford Alcock

Pengarah urusannya ialah Alfred Dent

Brtish dapat memperluaskan pengaruh dan


menghalang kuasa Barat lain bertapak di Sabah

Tahun 1888 SBUB menandatangani Perjanjian


Perlindungan Borneo Utara yang menjadikan Sabah
negeri naungan British

British bertanggungjawab dalam hal ehwal luar Sabah

Syarat-Syarat Pemberian Piagam Kepada Persatuan


Sementara Borneo Utara British Berhad

SBUB tidak boleh menyerahkan wilayah Sabah kepada


sesiapa tanpa persetujuan kerajaan British

SBUB mesti melantik pentadbir daripada pegawai yang


diakui kerajaan British

SBUB perlu memelihara agama, adat resam dan


undang-undang penduduk tempatan

SBUB hendaklah mentadbir Sabah dengan adil dan


saksama

SBUB mesti menerima nasihat daripada kerajaan British

5.2 SBUB Mengukuhkan Kuasa Di Sabah


(Teks m/s: 105-108)

pemerintahan SBUB diketuai oleh gabenor W.H.Treacher

gabenor dilantik oleh pengarah syarikat dengan


persetujuan kerajaan British

gabenor dibantu majlis Penasihat yang ditubuhkan


tahun 1883

ahli majlis ialah Setiausaha Kerajaan, Bendahari dan


Ketua Pasukan Keselamatan

pusat pentadbirannya di Sandakan


SBUB menubuhkan jabatan kerajaan untuk melicinkan
pentadbiran

Cara SBUB Mengukuhkan Kuasa dan Melicinkan


Pentadbiran Sabah
(i) Menubuhkan Jabatan Kerajaan Dalam Pentadbiran
antaranya Jabatan Pos, Jabatan Buruh, Jabatan Polis,
Jabatan Kewangan dan Jabatan Tanah dan Ukur

mempunyai Pegawai Daerah, Ketua Anak Negeri (digelar


Orang kaya-Kaya O.K.K. ) dan Ketua Kampung
(ii)Membahagikan Sabah Kepada Beberapa Residensi /
Daerah / Kampung
a) Peringkat Residensi

pada peringkat awal Sabah dibahagi kepada dua


residensi iaitu Residensi Pantai Barat dan Residensi
Pantai Timur

tahun 1935 terdapat empat residensi iaitu Residensi


Pantai Barat, Residensi Sandakan, Residensi Tawau dan
Residensi Pedalaman

setiap residensi diketuai seorang Residen

b) Peringkat Daerah

Setiap residensi pula dibahagi kepada beberapa daerah


yang diketuai oleh Pegawai Daerah (berbangsa Eropah)

Terdapat sepuluh daerah iaitu daerah Alcock, Daerah


Dewhurst, Daerah Keppel, Daerah Martin, Daerah
Myburgh, Daerah Dent, Daerah Clarke, Daerah Cunliffe,
Daerah Mayne dan Daerah Elphinstone

Tahun 1915 jawatan Timbalan Penolong Pegawai


Daerah diperkenalkan dan disandang oleh penduduk
tempatan

Ketua Anak Negeri (Orang Kaya-Kaya O.K.K.) tugasnya


membantu Pegawai daerah dalam pentadbiran

Diberi surat kuasa yang membolehkan mereka


menguruskan hal-hal berkaitan masyarakat tempatan

c) Peringkat Kampung

SBUB melantik Ketua Kampung yang digelar Orang Tua

SBUB mengekalkan penglibatan peribumi dalam


pentadbiran kerana mereka memahami adat dan budaya
masyarakat tempatan

SBUB tidak mempu menggaji ramai pegawai Eropah


kerana menghadapi masalah kewangan

(iii)
Tempatan

Melaksanakan Undang-Undang Barat dan

tujuan untuk menjaga keamanan negeri


tahun 1900 diwujudkan Mahkamah Majistret dan
Mahkamah Anak Negeri di Jesselton

a) Mahkamah Majistret

dihakimi Pegawai Daerah

mengendalikan kes-kes berat seperti kes bunuh, culik


dan rompakan
b) Mahkamah Anak Negeri
hakim dilantik dari kalangan Ketua Anak Negeri yang arif
dalam bidang agama Islam dan adat
mengendalikan kes-kes peribumi berkaitan undangundang Islam dan adat

Organisasi Pentadbiran SBUB

Lembaga Pengarah di London

Gabenor di Sabah yang dinasihati oleh Majlis Penasihat


Setiausaha Kerajaan yang bertanggungjawab
kepada;

- Ketua-Ketua Jabatan (Pos, Buruh, Polis, Kewangan,


Jabatan Tanah dan Ukur)
Residen yang merupakan ketua pentadbir di peringkat
residensi
Pegawai Daerah merupakan ketua pentadbir di peringkat
daerah
tugasnya sebagai majistret, pemungut cukai, bendahari
daerah dan pegawai buruh

Ketua Anak Negeri pula tugasnya menjaga


keamanan, menguruskan pembahagian tanah, mengutip
cukai dan memajukan pertanian

Ketua Kampung pula tugasnya menguruskan hal


ehwal kampung, menjaga keamanan, membantu
memajukan perdagangan, melaporkan kepada Pegawai
Daerah tentang kes-kes kecurian, wabak penyakit dan
menjaga keselamatan kampung

5.3 SBUB Mengeksploitasi Hasil Bumi Sabah (Teks m/s:


109-114)

matlamat SBUB menguasai Sabah adalah untuk


membolot kekayaan ekonomi Sabah

SBUB mengeksploitasi kekayaan Sabah seperti hasilhasil tradisional, hasil pertanian dagangan, pembalakan
dan perlombongan

(i) Hasil-Hasil Tradisional Sabah

SBUB memaksa penduduk tempatan menambah hasil


keluaran tradisional

Hasil jualan penduduk dikenakan cukai seperti cukai


tanah, cukai kepala, lesen perahu dan senjata

Tujuan cukai untuk mengatasi masalah kewangan SBUB

Antara hasil-hasil utama;

a) Sarang burung

eksport tradisional SBUB yang menguntungkan

1926 nilai eksport sebanyak 125 000 dolar

kawasan utama ialah di Gua Gomantong, Gua Kuamut


dan gua Magdalene

b) Pokok lanut

dikenali sebagai abaka, manila hemp atau musa


textiles
hidup meliar di kawasan pamah dan lembah
gentian pokok lanut dijemur sebelum diproses menjadi
tali kapal
di eksport ke Eropah

c) Rotan

di eksport dalam bentuk perabot, tikar dan tongkat

d) Pokok sagu / rumbia

merupakan tanaman tradisional Sabah

hidup subur di kawasan berpaya di muara sungai

harga sagu sangat mahal di pasaran dunia

SBUB menggalakkan rakyat Sabah mengusahakannya


secara komersial

Sagu mentah dieksport ke Singapura dan Eropah

1888 nilai eksport sagu Sabah sebanyak 93 433 dolar

e) Hasil laut

seperti mutiara, trepang dan sirip ikan yu

diusahakan oleh masyarakat Bajau

dieksport ke China

(ii)Hasil Pertanian Dagangan

SBUB mengusahakan tanaman baru seperti getah dan


tembakau
Sabah mempunyai tanah luas dan subur

a) Tembakau

tanaman dagangan yang penting

tembakau Sabah diiktiraf terbaik di dunia

daun tembakau digunakan untuk menghasilkan cerut

mendapat pasaran tinggi di Belanda dan Amerika


Syarikat

SBUB mengecualikan cukai eksport kepada peladang


tembakau bertujuan menggalakkan tanaman tembakau

Tahun 1890 terdapat 61 buah ladang tembakau di


Sabah

1902 hasil eksport tembakau Sabah bernilai lebih 2 juta


dolar

Kawasan utama penanaman ialah di Pulau Banggi, Teluk


Marudu, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan

b) Getah

ladang-ladang getah dibuka di Beauford, Jesselton dan


Tenom

berkembang akibat pembinaan landasan kereta api

SBUB memberi 4% dividen kepada pengusaha getah


bertujuan menggalakkan penanamannya

SBUB juga memberi pengecualian cukai eksport selama


50 tahun kepada pengusaha getah

Buruh ladang getah dibawa masuk dari China dan Jawa

Getah menjadi hasil eksport utama SBUB

(iii)Pembalakan

SBUB menguasai hasil balak Sabah

Kaya dengan sumber balak seperti seraya, ramin,


kapur, belian dan meranti

Kawasan pembalakan utama di Sandakan, Lahad Datu


dan Tawau

Tahun 1898 kilang memproses kayu balak kepunyaan


SBUB dibina

Buruh dibawa masuk dari Filipina dan Indonesia


Hasil kayu balak dieksport ke China, Singapura, Britain
dan Australia melalui pelabuhan Sandakan

(iv)Perlombongan

SBUB giatkan perlombongan Sabah seperti emas, arang


batu dan mangan

a) Emas

tahun 1886 diusahakan oleh Orang Cina di Sungai


Segama

b) Arang batu

dilombong di Silimpopon dan Labuan


Silimpopon mempunyai longgokan arang batu terbesar
Asia Tenggara
diusahakan oleh Syarikat Cowie Harbour Coal

c) Mangan

diusahakan di Teluk Marudu oleh Syarikat British Borneo


Exploration
dieksport ke Britain

5.4 Perubahan Sosial SBUB Di Sabah (Teks m/s: 115-120)

SBUB membangunkan kemudahan asas seperti


landasan kereta api jalan raya, sekolah, hospital dan
telegraf
tujuannya untuk kepentingan dan keuntungan SBUB

(i) Landasan kereta api

1896 landasan kereta api pertama dari Weston ke


Beauford sepanjang 32 km

1904 dibina landasan dari Jesselton yang dikenali


sebagai North Borneo Railway

1905 landasan disambung dari Beauford ke Jesselton


dan dari Tenom ke Malalap

tujuannya untuk memudahkan SBUB mengangkut hasil


keluaran di bahagian pedalaman ke pelabuhan

(ii)Jalan raya

SBUB menumpukan pembinaan jalan raya di bandarbandar besar seperti Jesselton, Sandakan, Lahad Datu,
Kudat dan Tawau

tujuannya untuk menghubungkan kawasan kegiatan


ekonomi dengan bandar dan pelabuhan

1930-an perhentian motokar dan bas dibina di Kota


Kinabalu

(iii)Pengangkutan air

1890 Syarikat Perkapalan Straits Steamship memulakan


perkhidmatan

tujuannya untuk mengangkut penumpang dan


barangan

(iv)Pendidikan

SBUB kurang memberi perhatian

SBUB hanya menyediakan pendidikan di peringkat


rendah kerana kekurangan wang

SBUB anggap bidang pendidikan tidak menguntungkan

Kebanyakan sekolah dibina oleh mubaligh Kristian bagi


tujuan menyebarkan agama Kristian

antara sekolah yang wujud ialah Sekolah Inggeris,


Sekolah Melayu dan Sekolah Cina

a) Sekolah Inggeris

1883 sekolah Inggeris pertama iaitu Institut Byron


dibina di Sandakan oleh mubaligh Roman Katolik

tahun 1887 Sekolah St. Mary ditubuhkan di Sandakan

1909 Jabatan Pelajaran ditubuhkan untuk menguruskan


sekolah-sekolah di Sabah

tahun 1939 terdapat 49 buah sekolah mubaligh dengan


pelajar seramai 3700 orang

b) Sekolah Latihan

dibina di Jesselton pada 1 Julai 1915

merupakan sekolah latihan bagi anak-anak Ketua Anak


Negeri

dibina bertujuan untuk melatih anak-anak menjadi


pegawai pentadbiran peringkat rendah

bahasa pengantarnya ialah Bahasa Melayu


dari segi kurikulum pelajar diajar tentang membaca,
menulis dan mengira

jawatan yang dikhaskan bagi lulusan sekolah ini ialah


renjer, kerani dan Ketua Anak Negeri

c) Sekolah Melayu dan Bumiputera

tahun 1921 sekolah Melayu pertama dibina di Kota


Belud

1930 terdapat 10 buah sekolah Melayu bagi


menampung 400 orang pelajar

1924 ditubuhkan Sekolah Bumiputera Keningau di


Keningau

d) Sekolah Cina

dibina sendiri oleh masyarakat Cina


1940 terdapat 11 000 pelajar berdaftar di sekolah
Melayu, sekolah mubaligh dan sekolah Cina

(v)Pembinaan Hospital dan Pusat Kesihatan

SBUB bina hospital di bandar-bandar besar seperti


Jesselton, Sandakan, Beauford dan kudat
1924 Hospital Besar Tawau di bina

1940 terdapat 9 buah hospital dan 40 buah klinik di


Sabah

di kawasan luar bandar disediakan pusat-pusat


kesihatan

kelemahan bilangan doktor tidak mencukupi

perkhidmatan perubatan tidak dapat dinikmati oleh


seluruh rakyat Sabah

(vi)Kemunculan Bandar-Bandar Baru

akibat daripada kemajuan dalam bidang ekonomi dan


sosial

bandar-bandar berkembang pesat sebagai pusat


pentadbiran dan perdagangan

antaranya Sandakan, Kudat, Jesselton, Tawau dan


Lahad Datu

a) Sandakan

diasaskan William Pryer tahun 1879

menamakannya sebagai Elopura bermaksud bandar


yang cantik

berkembang maju sebagai pusat pentadbiran,


pelabuhan antarabangsa dan pusat pembalakan

b) Tawau

sebuah pelabuhan yang terkenal di Pantai Timur Sabah


eksport utamanya getah, abaka, mutiara dan kayu
balak

c) Kudat

tahun 1881 SBUB menjadikannya sebagai pusat


pentadbiran yang pertama
pedagang menetap dan membina kedai di Kudat
gagal menarik ramai penduduk dan pedagang kerana
keadaan geografinya tidak sesuai untuk pertanian

tahun 1884 SBUB memindahkan pusat pentadbirannya


ke Sandakan

d) Jesselton

diasaskan tahun 1900 oleh Charles Jessel

nama asalnya Jessel Town sempena nama pengasasnya

kemudiannya disingkatkan kepada Jesselton

juga dikenali dengan nama Api-Api, Singga Mata atau


Diasuka

Jesselton maju kerana pembinaan landasan kereta api,


perkembangan tanaman getah dan sebagai pusat
perdagangan dan pelabuhan penting

1967 nama Jesselton ditukar kepada Kota Kinabalu

Perubahan Sosial dan Kemajuan Lain

pejabat pos

1883 SBUB mengeluarkan setem pertama Sabah

tahun 1883 juga akhbar pertama di Sabah diterbitkan


iaitu The North Borneo Herald
1890-an kontinjen polis tempatan ditubuhkan

1900 SBUB telah menubuhkan Skuad Terbang untuk


menjamin keselamatan dan dianggotai pegawai polis
tempatan

1903 loji air di Kota Kinabalu dibina untuk


membekalkan air bersih

tahun 1905 menara jam Jesselton dibina dan kekal


hingga sekarang di Sabah

BAB 6 BRITISH MENGEKSPLOITASI EKONOMI (TANAH


MELAYU, SARAWAK DAN SABAH)
6.1 Kegiatan Pertanian Dagangan (Teks m/s: 126-128)
peringkat awal diusahakan jenis tanaman tradisional
seperti lada hitam, gambir, buah pala, cengkih, ubi kayu,
tebu dan nanas

diusahakan kerana mendapat pasaran yang baik

British hanya menggalakkan peladang Eropah dan orang


asing untuk mengusahakan pertanian dagangan

penduduk tempatan tidak digalakkan terlibat

a) Lada hitam dan gambir

untuk tujuan eksport

diusahakan di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan


dan Sarawak
kurun ke-19 lada hitam dan gambir diperkenalkan di
Johor melalui Sistem Kangcu
di Johor tanaman ini diusahakan oleh orang-orang Cina
dari Singapura
tanaman ini menjadi hasil eksport penting Johor sehingga
awal kurun ke-20

gambir biasanya digunakan sebagai bahan pewarna dan


mencelup sutera
b) Buah pala dan cengkih

banyak ditanam di Pulau Pinang

tanaman buah pala diutamakan kerana harganya lebih


tinggi

dieksport ke Eropah dan China

cengkih yang dikeringkan sesuai dijadikan ubat

1850-an tanaman ini merosot kerana harganya tidak


stabil
c) Tebu

ladang tebu banyak dibuka di Seberang Perai dan Perak

permintaan terhadap gula meningkat di pasaran dunia

1830-an Seberang Perai merupakan pusat pengeluaran


gula utama di negeri-Negeri Selat
tahun 1900 Perak mencul sebagai pusat pengeluar gula
terbesar di Tanah Melayu
gula menjadi eksport penting Tanah Melayu selama
hampir 50 tahun
d) Ubi kayu

meruapakan tanaman eksport penting Tanah Melayu

banyakditanam di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor

e) Nanas

industri mengetin nanas berpusat di Perak, Selangor dan


Johor
sebelum Perang Dunia II Tanah Melayu merupakan
pengeksport nanas dalam tin kedua terbesar di dunia
6.2 Tanaman Baru Memantapkan Ekonomi
(teks m/s: 128-129)
kurun ke-20 tanaman dagangan tradisional kurang
penting kerana harganya tidak stabil di pasaran dunia
British memperkenalkan tanaman baru seperti kopi,
kelapa sawit, tembakau dan teh
a) Kopi
diusahakan secara besar-besaran di Perak, Selangor,
Negeri Sembilan dan Johor

harga kopi meningkat di pasaran dunia

b) Kelapa sawit

berasal dari Afrika

diperkenalkan di Kuala Selangor

1920-an minyak kelapa sawit mula dieksport

ladang kelapa sawit dibuka di Perak dan Johor

Johor menjadi pengeksport utama kelapa sawit

c) Tembakau

ladang dibuka di Pulau Pinang dan Pahang

d) Teh

diusahakan di Cameron Highlands, Pahang

teh yang dihasilkan di Tanah Melayu bermutu tinggi dan


dikenali sebagai Teh Ceylon
6.3 Perkembangan Perusahaan Getah (Teks m/s: 130-133)

akhir kurun ke-19 harga kopi jatuh di pasaran dunia

getah diperkenalkan sebagai tanaman pilihan untuk


memulihkan ekonomi

kurun ke-20 getah menjadi eksport penting Tanah Melayu

(i) Sejarah Asal-Usul Getah

berasal dari Brazil

getah di Tanah Melayu dari jenis Hevea Brasiliensis

tahun 1876 sebanyak 70 000 biji getah dari Brazil dibawa


ke England oleh Henry Wickham

kemudian disemai di Kew Garden, England

sebanyak 300 benih getah dihantar ke negara-negara


naungan british terutamanya Sri Lanka
1877 sebanyak 22 batang anak getah dibawa ke
Singapura dan ditanam di Botanical Garden
dari Singapura beberapa batang anak getah dibawa ke
Kuala Kangsar dan ditanam di halaman kediaman Residen
Perak

Pengarah Botanical Garden Singapura iaitu H.N.Ridley


yang bertanggungjawab menggalakkan tanaman getah di
Tanah Melayu
(ii)Perkembangan Getah
awal kurun ke-20 harga getah melambung tinggi di
pasaran dunia
permintaan meningkat kerana perkembangan
perusahaan membuat motokar di Eropah dan Amerika
Syarikat
ladang-ladang getah dibuka besar-besaran di Selangor,
Perak, Negeri Sembilan dan Johor
1920-an Tanah Melayu menghasilkan 53% daripada
jumlah pengeluaran getah dunia

Tanah Melayu muncul pengeluar getah terbesar dunia

Syarikat-syarikat Eropah menguasai perusahaan getah di


Tanah Melayu seperti Sime Darby, Guthrie, Harrisons and
Crosfield dan United Plantation
Penduduk tempatan mengusahakan tanaman secara
kebun kecil
Faktor-Faktor Perkembangan Perusahaan Getah
a) Permintaan Getah Meningkat
diperlukan dalam perusahaan membuat motokar di
Amerika Syarikat dan Eropah
diperlukan untuk membuat kasut, pakaian, tayar
kenderaan, alat perubatan dan penebat elektrik

b) Kejatuhan Harga Kopi


harga kopi jatuh kerana pengeluaran berlebihan di Brazil
dan serangan serangga perosak

peladang terpaksa beralih kepada tanaman getah

c) Tenaga Buruh Mencukupi


buruh dari India dibawa masuk secara besar-besaran
untuk bekerja di ladang-ladang getah
d) Usaha H.N.Ridley
memperkenalkan kaedah menoreh mengikut sistem
ibedem atau sistem tulang ikan herring
kaedah torehan ini meningkatkan pengeluaran susu
getah
e) Pelaburan Modal
banyak syarikat besar Eropah melabur dalam perusahaan
getah di Tanah Melayu seperti Sime Darby dan Guthrie
f) Cukai Rendah
British mengenakan cukai tanah dan cukai eksport yang
rendah
Tujuannya untuk menggalakkan ladang-ladang baru
dibuka
Sebab-Sebab Kejatuhan Perusahaan Getah
tahun 1920-1930-an berlaku zaman kemelesetan
ekonomi dunia

harga getah jatuh dan memberi kesan kepada


perusahaan getah
Langkah-Langkah Menstabilkan Harga Getah
diperkenalkan Rancangan Stevenson dan Perjanjian
Peraturan Getah Antarabangsa
a) Rancangan Sekatan Stevenson 1922
tujuan untuk mengurangkan pengeluaran dan
meningkatkan harga getah
disertai negara naungan British seperti Tanah Melayu dan
Sri Lanka
Belanda dan Indonesia enggan menyertai rancangan ini
sebaliknya terus meningkatkan pengeluaran getah
tahun 1928 rancangan ini ditamatkan oleh British apabila
gagal mencapai matlamat
b) Perjanjian Peraturan getah Antarabangsa 1934
tujuan untuk mengurangkan pengeluaran getah dan
menstabilkan harga
disertai oleh Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Sri Lanka,
India, Myanmar, Indonesia, IndoChina dan Thailand
setiap negara dikehendaki mengurangkan pengeluaran
mengikut kuota yang ditetapkan
berjaya meningkatkan semula harga getah di pasaran
dunia sebelum Perang Dunia II

Pengeluaran Getah Tiruan

Amerika Syarikat memperkenalkan getah tiruan selepas


Perang Dunia II

menjadi pesaing kepada getah asli

dihasilkan apabila bekalan getah asli dunia terputus


akibat Perang Dunia II
getah asli keluaran Tanah Melayu bermutu tinggi dan
dapat menandingi getah tiruan
6.4 Perkembangan Perusahaan Perlombongan
(Teks m/s: 134-138)

British memajukan kegiatan perlombongan

Hasil galian adalah seperti bijih timah, emas, arang batu,


bauksit, bijih besi dan ilmanit
a) Emas

1890-an dilombong secara komersial di raub, Pahang

Raub merupakan kawasan lombong emas terbesar Tanah


Melayu

diusahakan oleh syarikat dari Australia

b) Arang batu

dilombong di Batu Arang, Selangor

digunakan sebagai bahan api

c) Bauksit
sejenis logam yang digunakan untuk membuat
aluminium

dilombong di Bukit Pasir dan Teluk Ramunia di Johor,


Teluk Emas di Melaka
d) Bijih besi

dilombong di Bukit Besi, Terengganu dan Rompin, Pahang

lombong bijih besi juga dibuka di Kedah, Perak dan Johor

e) Ilmanit
galian yang dikeluarkan sebagai hasil sampingan
perlombongan bijih timah

dihasilkan di batang Padanf, Perak

Perkembangan Perlombongan Bijih Timah

bijih timah merupakan galian terpenting di Tanah Melayu

British menguasai Tanah Melayu adalah juga kerana bijih


timah
Sebelum dieksport bijih timah diproses menjadi jongkong
timah
Perkembangannya dapat dilihat dalam dua peringkat
iaitu peringkat sebelum dan selepas campur tangan British
a) Peringkat Sebelum Campur Tangan British di Tanah
Melayu

kegiatan melombong adalah bercorak tradisional

diusahakan oleh orang Melayu

menggunakan cara mendulang dan melampan

tahun 1820-an orang Cina dibawa masuk bekerja di


lombong bijih timah kepunyaan pembesar melayu di daerah
Lukut, Sungai Ujong, Larut dan Klang
orang Cina dan Eropah dibenarkan membuka lombong
bijih timah dengan memajak tanah daripada pembesarpembesar Melayu
b) Peringkat Selepas Campur Tangan British di Tanah Melayu
perlombongan bijih timah semakin berkembang dengan
penglibatan orang Cina
banyak lombong baru dibuka di Ampang, Kuala Lumpur
dan di Lembah Kinta, Perak
orang Cina memperkenalkan sistem lombong dedah,
pam kelikir dan palung

akhir kurun ke-19 orang Cina menguasai kegiatan


melombong bijih timah
Faktor-Faktor Perkembangan Bijih Timah
akhir kurun ke-19 Tanah Melayu merupakan penyumbang
utama bijih timah dunia iaitu sebanyak 55%
perkembangannya adalah kerana faktor seperti Revolusi
Perindustrian dan kaedah melombong yang lebih moden
a) Revolusi Perindustrian di Eropah

permintaan bijih timah semakin meningkat

bijih timah digunakan dalam perusahaan mengetin


makanan
b) Kaedah Melombong Bijih Timah Lebih Moden

diperkenalkan oleh syarikah-syarikat Eropah awal kurun


ke-20
menggunakan kapal korek untuk menghasilkan lebih
banyak bijih timah
tahun 1912 kapal korek pertama kali digunakan
oleh Syarikat Malayan TinDredging di Batu Gajah, Perak
pada tahun 1929 terdapat 107 buah kapal korek di Tanah
Melayu
1930-an orang Eropah menguasai perusahaan bijih timah
sebanyak 68%
Kejatuhan Harga Bijih Timah dan Langkah Mengatasi
1930-an harga bijih timah jatuh akibat kemelesetan
ekonomi dunia
1931 ditandatangani Perjanjian Bijih Timah
Antarabangsa sebagai langkah memulihkan semula harga
bijih timah
negara-negara terlibat ialah Tanah Melayu, Bolivia,
Nigeria dan Indonesia
semua negara bersetuju untuk mengurangkan
pengeluaran bijih timah
hasilnya pada tahun 1934 Majlis Bijih Timah
Antarabangsa ditubuhkan

tujuan untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah

kesannya dapat menstabilkan semula harga bijh timah

6.5 Pengeluaran Hasil Hutan

(Teks m/s: 139-141)


Tanah Melayu kaya dengan hasil hutan seperti kayukayan, rotan, damar, madu lebah, kapur barus, getah perca
dan getah jelutung

diusahakan secara tradisional melalui kegiatan meramu

semasa pentadbiran British hasil-hasil ini menjadi


kegiatan ekonomi bercorak komersial
british menggalakkan pengeluaran hasil hutan untuk
dieksport ke China, Amerika Syarikat dan Eropah

tahun 1901 Brritish menubuhkan Jabatan Perhutanan

tujuan untuk menguruskan pengeluaran hasil hutan


dengan lebih sistematik
a) Damar

diperoleh daripada getah pelbagai jenis pokok di hutan

damar digunakan untuk menutup renggangan pada


papan perahu
dieksport untuk dijadikan varnis iaitu bahan untuk
menggilap permukaan papan atau rotan
b) Getah perca
diperoleh daripada pokok getah perca yang tumbuh
dalam hutan
digunakan untuk membuat peralatan bedah, bola golf
dan bahan penebat kabel telegraf dasar laut

untuk mendapatkan getah perca batang pokok ditetak


bagi mengeluarkan susunya
kemudian susu dikumpul dalam bekas dan dibentuk
menjadi bebola atau jongkong
c) Getah jelutung
kegunaannya untuk dijadikan ramuan getah pengunyah
dan sebagai pelekat dalam industri gigi palsu
tahun 1920-an getah jelutung dikumpul menggunakan
tabung buluh

ia biasanya dieksport

d) Rotan
dihasilkan untuk kegunaan dalam negeri dan juga banyak
dieksport ke China
kegunaan rotan untuk dijadikan bakul, tikar ,tongkat,
tangkai payung dan perabot
e) Pembalakan

banyak dieksport ke China dan Britain

antara kayu balak yang diusahakan ialah cengal, meranti


dan keruing
digunakan sebagai bahan binaan, membuat perabot dan
perahu
1928 British memperkenalkan lesen kilang papan untuk
mengawal kegiatan pembalakan dan industri berasaskan
kayu

Kegiatan Dwiekonomi
diperkenalkan oleh British terhadap penduduk di Tanah
Melayu
ia melibatkan kegiatan ekonomi dagangan dan ekonomi
tradisional
a) Ekonomi Dagangan
British lebih mengutamakan ekonomi dagangan seperti
kegiatan perlombongan, perladangan dan perdagangan
dimajukan terutama di kawasan pantai barat Tanah
Melayu
dijalankan secara besar-besaran menggunakan teknologi
moden dan disokong kemudahan asas yang baik seperti
sistem perhubungan dan pengangkutan yang teratur

lebih berorientasikan eksport

dikuasai syarikat asing khususnya syarikat Eropah

tertumpu pada perlombongan bijih timah dan


perusahaan getah

melibatkan tenaga buruh yang ramai

melibatkan pelaburan modal yang besar

teknologi moden seperti mesin hidraulik banyak


digunakan dalam kegiatan perlombongan bijih timah
b) Ekonomi Tradisional

kegiatan ekonomi tradisional ini diabaikan oleh british

diusahakan oleh orang Melayu di luar bandar

bercorak sara diri

tertumpu pada kegiatan menanam padi dan menangkap


ikan
menggunakan peralatan tradisional seperti kerbau untuk
membajak sawah padi

melibatkan modal kecil

Kesan Kegiatan Dwiekonomi

berlaku perkembangan tidak seimbang

mewujudkan jurang ekonomi antara masyarakat bandar


dengan masyarakat luar bandar
6.6 Perkembangan Ekonomi Membawa Perubahan
(Teks m/s: 142-158)
kemajuan pesat ekonomi terutama perlombongan bijih
timah dan perusahaan getah membawa pelbagai perubahan
perubahan dialami antaranya penggunaan buruh-buruh
luar, kemajuan pengangkutan dan perhubungan, kemudahan
sosial, pendidikan vernakular dan kemunculan bandarbandar baru
i) Penggunaan Buruh Luar

British menggalakkan kemasukan imigran Cina dan India

tujuan sebagai tenaga buruh di lombong bijih timah dan


ladang getah
British memastikan ia mencukupi demi kepentingan
British untuk membolot kekayaan Tanah Melayu

a) Orang Cina
dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah di Perak,
Selangor dan negeri Sembilan

berasal dari China Selatan

kebanyakan dibawa masuk melalui Sistem Kontrak

ada juga yang datang ke Tanah Melayu secara


persendirian dan bekerja di sektor pertanian dan menjadi
pekerja mahir di bandar

Sistem Kontrak
orang Cina dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui
majikan

tambang perjalanan dibayar oleh majikan

majikan juga menyediakan makanan, pakaian dan


tempat tinggal
mereka dikehendaki bekerja dengan majikan sehingga
hutang tambang selesai
selepas tamat kontrak mereka bebas bekerja dengan
majikan lain
b) Orang India

dibawa masuk bekerja di ladang-ladang getah

berasal dari selatan India

dibawa masuk melalui Sistem Kangani

ada juga orang India bekerja membina jalan kereta api,


jalan raya dan menjadi buruh di bandar dan pelabuhan

Sistem Kangani
kangani bermaksud penyelia atau ketua pekerja di
ladang getah
kangani ini dihantar oleh pemilik ladang ke India untuk
mencari tenaga buruh
kangani menguruskan tambang dan perjalanan buruhburuh sehingga selamat tiba di ladang majikan
kangani dibayar komisen berdasarkan jumlah buruh yang
dapat dibawa masuk
buruh-buruh dibayar gaji tetap dan diletakkan di bawah
jagaan kangani
buruh dikehendaki bekerja dengan pemilik ladang
sehingga segala hutang tambang selesai

Kesan Kemasukan Buruh


mewujudkan pengenalan kaum mengikut kegiatan
ekonomi seperti
orang Cina tinggal di kawasan lombong dan di bandar

bekerja sebagai pelombong dan peniaga

orang India tinggal dan bekerja di ladang getah


orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar (desa)
menjalankan kegiatan pertanian bercorak tradisional dan
nelayan

masyarakat peribumi terus terpinggir dan terpisah


daripada arus perkembangan ekonomi

dasar British mewujudkan jurang ekonomi antara kaum

mewujudkan masyarakat berbilang kaum yang terdiri


daripada pelbagai keturunan yang mengamalkan cara hidup,
bahasa dan agama yang berbeza
Perkembangan Sistem Pengangkutan dan
Perhubungan
British memerlukan sistem pengangkutan dan
perhubungan yang cekap dan pantas
tujuan untuk membawa hasil ekonomi terutama bijih
timah dan getah ke pelabuhan untuk dieksport

pengangkutan seperti landasan kereta api dan jalan raya

perhubungan seperti perkhidmatan pos, telegraf dan


telefon
a) Perkembangan Landasan Kereta api
perkhidmatan kereta api diperkenalkan di Tanah Melayu
akhir kurun ke-19

terdapat tiga fasa perkembangan;

Fasa Pertama (1885-1896)

dibina untuk keperluan perlombongan bijih timah

landasan kereta api yang pendek dibina menghubungkan


kawasan lombong dengan pelabuhan

tujuan memudahkan bijih timah dieksport

antara landasan kereta api yang dibina ialah dari

Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang


Kuala Lumpur ke Port Swettenham (Pelabuhan Klang)
Seremban ke Port Dickson
Ipoh dan batu Gajah ke Teluk Anson (Teluk Intan)
tahun 1886 landasan kereta api dari Kuala Lumpur ke
Klang telah dirasmikan yang dihadiri oleh Sultan Abdul
Samad dan Frederick Weld, Gabenor Negeri-Negeri Selat
Fasa Kedua (1897-1909)
tiga tujuan pembinaan landasan kereta api pada
peringkat ini iaitu;
untuk menghubungkan kawasan utara dengan selatan
apabila Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan
untuk memenuhi keperluan ekonomi seperti bijih timah
dan getah yang semakin berkembang pesat
untuk memudahkan pentadbiran British
tahun 1903 kereta api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
ditubuhkan
ditukar nama kepada Kereta Api Tanah Melayu KTM
tahun 1948
hari ini dikenali sebagai Kereta Api Tanah Melayu Berhad
KTMB
Fasa Ketiga (1910-1931)

landasan kereta api dibina selepas British berjaya


memperluaskan pengaruhnya di negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu

tujuannya adalah untuk;

menghubungkan seluruh Tanah Melayu (hanya Terengganu


yang tiada landasan kereta api)
sebagai pengangkutan awam bagi penduduk Tanah Melayu
memenuhi keperluan ekonomi dan pentadbiran British

Perkembangan Jalan raya


peringkat awal jalan raya dibina untuk menghubungkan
kawasan lombong bijih timah dan pertanian dengan stesen
kereta api
jalan raya telah dibina menghubungkan Kuala Lumpur
dengan Ipoh dan Seremban
awal kurun ke-20 rangkaian jalan raya meningkat akibat
meningkatnya penggunaan kenderaan bermotor seperti
kereta, lori dan bas
jalan-jalan yang sedia ada diturap untuk disesuaikan
dengan kenderaan bermotor
banyak jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan
kegiatan ekonomi dengan pelabuhan dan untuk
menghubungkan bandar-bandar besar dengan bandarbandar kecil
tahun 1939 terdapat satu jaringan jalan raya yang
menghubungkan seluruh Tanah Melayu

tumpuan jalan raya adalah di kawasan yang mempunyai


kepentingan ekonomi dan memudahkan pentadbiran British
Kemajuan Pengangkutan Laut dan Udara
kemajuan ekonomi membawa kepada pengenalan
perkhidmatan kapal wap dan kapal terbang
Kapal Wap

tahun 1890 Syarikat Straits Steamship ditubuhkan di


Singapura
tujuan untuk memberi perkhidmatan kapal wap kepada
pelabuhan di Negeri-Negeri Melayu
kapal susur pantai ini membawa bekalan makanan,
jentera dan buruh untuk perusahaan perlombongan bijih
timah
contoh: kapal wap The SS Perak memberikan
perkhidmatan dari Singapura ke Pelabuhan Klang

Kapal Terbang
tahun 1937 perkhidmatan penerbangan awam
diperkenalkan oleh SyarikatWearne Air Service iaitu hak
milik Wearne bersaudara

syarikat ini beribu pejabat di Singapura

memulakan penerbangan dalam negeri antara


Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
kapal terbang pertama yang digunakan oleh Syarikat
Wearne adalah dari jenis kipas dua iaitu D.H.Rapides

Kemajuan Sistem Perhubungan

antara yang ditekankan ialah sistem pos dan telegraf,


telefon dan radio
tujuan supaya perhubungan antara negeri di Tanah
Melayu dengan negeri-negeri lain dapat dibuat dengan
pantas
mula diperkenalkan di kawasan kegiatan ekonomi, pusat
pentadbiran, pelabuhan seterusnya berkembang ke kawasan
petempatan
tahun 1870-an pejabat pos dan telegraf dibina di Taiping,
Perak
kurun ke-20 setiap daerah di Perak boleh menghubungi
Taiping melalui Telegraf
tahun 1910 pejabat pos dan telegraf dibina di Pulau
Pinang
Kemajuan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemudahan
Asas Lain
a) Perkhidmatan Kesihatan
masalah kesihatan wujud akibat daripada pertambahan
penduduk yang pesat, pembukaan kawasan hutan untuk
kegiatan ekonomi dan petempatan baru
persekitaran tempat kerja dan kediaman yang kotor
menyebabkan penyakit seperti taun, beri-beri dan malaria
mudah merebak
penyakit malaria dan beri-beri dianggap penghalang
pada perkembangan ekonomi British kerana menyebabkan
banyak kematian di kalangan buruh Cina dan India

British mengambil langkah mendirikan hospital, pusat


perubatan dan Institut Penyelidikan Perubatan untuk
mengatasi masalah kesihatan
tahun 1889 hospital kerajaan terawal didirikan di jalan
Tanglin (Kuala Lumpur) di Taiping dan Pulau Pinang
pusat-pusat kesihatan kecil juga didirikan di Perak,
Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang untuk memudahkan
penduduk di luar bandar
1890 Lembaga Kesihatan ditubuhkan untuk memastikan
kebersihan bandar
1901 Institut Penyelidikan Perubatan ditubuhkan di Kuala
Lumpur
tujuannya untuk membuat penyelidikan bagi mencari
punca, rawatan dan langkah mencegah penyakit berbahaya
seperti malaria dan beri-beri
b) Sistem Pengairan Untuk Penanaman Padi
pada peringkat awal lagi di Kedah terdapat sistem
pengairan sempurna untuk tanaman padi iaitu terusan
terusan ini mula dibina tahun 1885 dan siap pada tahun
1895 yang diberi nama Terusan Wan Mat Saman
ia dibina oleh wan Mat Saman bin Wan Ismail (Perdana
Menteri Kedah yang pertama)
terusan ini sepanjang 35 kilometer dari Alor Setar ke
Gurun, Kedah
ia dibina menggunakan tenaga manusia dan peralatan
tradisional seperti cangkul

untuk membina terusan ini unggun api dinyalakan pada


jarak tertentu sebagai penanda untuk memastikan terusan
digali dengan lurus
berdasrkan terusan inilah kerajaan British memodenkan
sistem pengairan di Tanah Melayu

tahun 1931 Jabatan Parit dan tali Air ditubuhkan untuk


memajukan tanaman padi
banyak bekalan makanan diperlukan akibat pertambahan
penduduk
kawasan sawah padi yang luas telah dibuka di Sungai
Manik, Perak dan Tanjung Karang, Selangor
c) Bekalan Tenaga Elektrik
tenaga elektrik diperkenalkan akibat daripada kemajuan
ekonomi
awal kurun ke-20 tenaga elektrik mula disalurkan ke
Pulau Pinang dan Kuala Lumpur
1930 Empangan Hidroelektrik Chenderoh dibuka untuk
menampung keperluan tenaga elektrik
empangan ini dikendalikan oleh The Perak River HydroElectric Power Company Limited
tujuan asal pembinaan adalah untuk mendapatkan kuasa
elektrik bagi kegunaan perusahaan melombong bijih timah di
Lembah Kinta
Kemunculan dan Perkembangan Bandar Baru

pertengahan kurun ke-19 banyak petempatan baru


dibuka di kawasan kegiatan ekonomi terutama di kawasan
lombong bijih timah
petempatan kemudiannya berkembang menjadi pusat
pentadbiran dan perniagaan
perkembangan lombong bijih timah adalah faktor utama
munculnya bandar-bandar baru di Tanah Melayu seperti
Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban
a) Ipoh

terletak di Lembah Kinta

dibuka sejak kurun ke-16 dan didiami oleh orang Melayu

nama bandar Ipoh berasal dari nama pokok Ipuh iaitu


sejenis pokok yang getahnya digunakan sebagai racun pada
sumpitan dan anak panah untuk berburu
tahun 1880-an Lembah Kinta menjadi tumpuan
pelombong Cina apabila pengeluaran bijih timah di daerah
Larut merosot

Ipoh berkembang menjadi bandar yang sibuk

tahun 1935 Ipoh dijadikan ibu negeri Perak bagi


menggantikan Taiping
b) Taiping

terletak di daerah Larut

nama asalnya Kelian Pauh

tahun 1840-an ramai orang Cina dibawa masuk ke Larut


untuk memajukan lombong bijih timah

selepas Perang Larut tamat British menyusun semula


pentadbiran di Larut

nama Taiping bermaksud kedamaian yang abadi

berkembang menjadi sebuah bandar moden dan


dijadikan ibu negeri Perak
c) Kuala Lumpur
pertengahan kurun ke-19 Raja Abdullah (pembesar
daerah Klang) meneroka kawasan berhampiran pertemuan
Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong
bijih timah
ia kemudian dikenali sebagai Kuala Lumpur kerana
kawasan itu berlumpur
tahun 1860-an ramai orang Cina dibawa masuk untuk
menjalankan kegiatan melombong bijih timah di sekitar
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur terus berkembang daripada sebuah
perkampungan lombong bijih timah menjadi pusat
perdagangan yang maju
Yap Ah Loy antara orang yang bertanggungjawab
membangunkan Kuala Lumpur
1880 Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor
menggantikan Klang
British menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat bandar
yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pentadbiran
dan perniagaan
1896 Kuala Lumpur dijadikan pusat pentadbiran NegeriNegeri Melayu Bersekutu

1897 Bangunan Sultan Abdul Samad telah dibina dan


menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan
kini bangunan ini menempatkan Mahkamah Persekutuan
Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur
pada hari ini Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia
yang pesat membangun
Kepelbagaian Pendidikan Dalam Masyarakat
Berbilang Kaum
sistem pendidikan vernakular di negara kita wujud akibat
daripada pembentukan masyarakat berbilang kaum dan
dasar British yang kurang memberi perhatian kepada bidang
pendidikan
British membenarkan sekolah Melayu, Cina dan Tamil
berkembang mengikut cara masing-masing

sekolah Inggeris hanya tertumpu di kawasan bandar

a) Sekolah Vernakular Melayu


didirikan untuk memberi pendidikan sekular kepada
anak-anak petani dan nelayan
anak-anak Melayu diajar menulis, membaca dan mengira
serta sedikit ilmu geografi, seni pertukangan dan
perkebunan
pendidikan di peringkat rendah adalah sehingga darjah
enam
sekolah Melayu terawal dibuka di Negeri-Negeri Selat
iaitu Sekolah Melayu Gelugor (1816) dan Sekolah Melayu

Bayan Lepas di Pulau Pinang dan Sekolah Melayu di Langgar,


Pekan, Pahang
sekolah Melayu kemudiannya dibuka di Seberang Perai,
Melaka dan negeri-negeri Melayu yang lain
British tidak berhasrat memajukan pendidikan anak
Melayu
pendidikan sekadar menjadikan anak-anak Melayu
sebagai petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibu
bapa mereka
sekolah menengah tidak disediakan untuk anak-anak
Melayu menyambung pelajaran
lulusan sekolah Melayu hanya layak menjadi guru, polis
dan menjawat jawatan rendah di jabatan ketajaan
lulusan sekolah Melayu berpeluang melanjutkan
pelajaran ke maktab-maktab perguruan yang ditubuhkan
untuk melatih guru-guru sekolah Melayu
antara maktab perguruan yang ditubuhkan sebelum
Perang Dunia II ialah;
1900 Maktab Perguruan Melaka
1922 maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak
MPSI
(dinaiktaraf tahun 1997 kepada universiti UPSI)
1935 Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka
b) Sekolah Vernakular Cina

diusahakan sendiri oleh masyarakat Cina dan tertumpu di


kawasan bandar
peringkat awal sekolah Cina menggunakan pelbagai
loghat bahasa Cina seperti Teochew, Hokkien, Kantonis dan
Hakka
pendidikan sekolah rendah untuk orang Cina diberikan
selama enam tahun
ada juga sekolah Cina menyediakan pendidikan sehingga
ke peringkat menengah
menggunakan buku-buku dan sukatan pelajaran dari
negara China

guru-guru juga dibawa dari China

tahun 1920 British mula memberi perhatian kepada


sekolah Cina

1938 Sekolah Foon Yew, Johor Bharu, Johor ditubuhkan

Enakmen Pendaftaran Sekolah diperkenalkan oleh British


untuk mengawal sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu

menurut enakmen ini;

(i) semua sekolah yang didirikan mesti didaftarkan


(ii) Pengarah Pelajaran diberi kuasa untuk menutup sekolah
yang tidak menurut syarat pengurusan, sukatan pelajaran
dan peraturan kesihatan yang ditetapkan british
c) Sekolah Vernakular Tamil
diusahakan oleh orang perseorangan dan pertubuhan
masyarakat India

kebanyakannya didirikan di kawasan ladang getah

sukatan pelajaran, buku, guru-guru dibawa dari India

ada kalanya penyelia ladang (Kangani) akan mengajar di


sekolah tersebut
memberikan pendidikan di peringkat rendah sahaja dan
kebanyakannya hingga ke darjah empat
tahun 1912 British memperkenalkan Undan-Undang
Buruh yang mewajibkan pengusaha ladang menyediakan
sekolah dan guru untuk anak-anak pekerjanya
keadaan ini menyebabkan bilangan sekolah Tamil
bertambah
terdapat juga sekolah Tamil didirikan di bandar seperti
Sekolah thamboosamy Pillai dan Sekolah Vivekananda di
Kuala Lumpur
masyarakat India yang kaya akan menghantar anak-anak
mereka ke sekolah Inggeris yang lebih sempurna
d) Sekolah Vernakular Inggeris
mula didirikan di Negeri-Negeri Selat seperti Penang Free
School (1816) danMalacca Free School (1826)
sekolah Inggeris kemudiannya didirikan di Negeri-Negeri
Melayu dan tertumpu di kawasan bandar
pada peringkat awalnya didirikan oleh mubalighmubaligh kristian
menyediakan pendidikan sehingga peringkat menengah
dan terbuka kepada semua kaum

sukatan pelajaran mengikut sistem pendidikan di England

lulusan sekolah Inggeris berpeluang melanjutkan


pelajaran dalam pelbagai bidang seperti perubatan,
kejuruteraan, guaman dan pentadbiran
lulusan juga diberi keutamaan menjawat jawatan yang
baik dalam perkhidmatan kerajaan
1894 sekolah menengah Inggeris iaitu Victoria
Institution ditubuhkan oleh mubaligh Kristian di Kuala
Lumpur

1905 Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan

tujuan untuk memberi pendidikan Inggeris hingga ke


peringkat menengah kepada anak-anak raja dan golongan
bangsawan Melayu
anak-anak golongan bangsawan Melayu dilatih untuk
berkhidmat dengan kerajaan Inggeris
kesannya lahir kumpulan pemimpin Melayu yang
berpendidikan Inggeris
British tidak mahu memberi pendidikan Inggeris yang
tinggi kepada orang Melayu
1930-an bilangan anak-anak Melayu masih kurang
berbanding kaum-kaum lain iaitu Melayu (15%), Cina (50%),
dan India (27%)

BAB 7 PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN


MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA

British campur tangan di Tanah Melayu, Sarawak dan


Sabah telah menggugat sistem politik, ekonomi dan sosial
penduduk tempatan
perubahan dalam sistem pentadbiran menyebabkan
sultan kehilangan kedaulatan dan pembesar hilang kuasa
British memperkenalkan pelbagai cukai yang
membebankan dan menindas rakyat

keadaan ini mencetuskan kebangkitan rakyat untuk


menentang British
ramai pejuang tanah air muncul seperti Sultan Ahmad
Tajuddin, Dol Said, Rentap, Sharif Masahor, Dato Maharaja
Lela, Yamtuan Antah, Dato Bahaman, Mat Salleh, Antanom,
Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong
mereka memimpin rakyat berjuang dengan gigih demi
mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan tanah air
7.1 Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Kedah
(Teks m/s: 164-165)
(i) Latar belakang
tahun 1821 seramai 7000 orang tentera Siam
mengepung Kuala Kedah
askar Siam memusnahkan rumah, merampas barang,
menenggelamkan perahu dan menangkap tawanan untuk
dibawa balik ke Siam sebagai hamba
(ii)Faktor Penentangan

penjajahan Siam yang kejam menyebabkan rakyat Kedah


bangkit dan bersatu dengan Sultan untuk mengembalikan
kedaulatan Kedah
tentangan hebat rakyat Kedah ini dipimpin oleh Sultan
Ahmad Tajuddin
dibantu pula oleh Tunku Abdullah, Tunku Kudin (Syed
Zainal Abidin), Tunku Long dan Tunku Muhammad Saad
perjuangan ini disokong oleh pemimpin rakyat seperti Tok
Mo Ris dan pemimpin agama seperti Syeikh Abdul Kadir
perjuangan orang Melayu Kedah menentang Siam telah
dikhianati oleh British
British telah bersubahat dengan Siam untuk
melumpuhkan perjuangan rakyat Kedah
contoh: British telah menghantar kapal perang untuk
membantu Siam mengepung Kedah
(iii)Peristiwa Penentangan
1823 Tunku Abdullah memimpin 3000 orang tentera
untuk membebaskan Kedah daripada Siam melalui Seberang
Perai tetapi gagal kerana British membantu Siam
1831 Tunku Kudin berjaya menawan semula Kuala Kedah
dari Melaka
British menghantar 5 buah kapal perang untuk
mengepung perairan Kedah
tindakan British itu menyebabkan Kedah terputus
bekalan makanan dan bantuan tentera dari luar

Tunku Kudin telah terkorban

tahun 1836 Sultan Ahmad Tajuddin menrancang


menyerang Siam melalui Bruas di Perak
British berjaya mengesan gerakan ini dan Sultan Ahmad
Tajuddin ditangkap
1838 kebangkitan menentang Siam di Kedah telah
dipimpin oleh Tunku Muhammad Saad
tentera Kedah berjaya menawan semula selatan Kedah,
Kota Kuala Kedah dan mara ke Songkla
Siam berjaya menguasai semula Kedah dengan bantuan
British
(iv)Kesan Penentangan
semangat juang rakyat Kedah menyebabkan Siam
berdamai dengan Kedah
sultan Kedah menghantar puteranya, Tunku Daei ke
Bangkok untuk berunding
tahun 1842 Siam mengembalikan takhta Kedah kepada
Sultan Ahmad Tajuddin
wilayah Perlis, Setul dan Kubang Pasu diasingkan dari
Kedah
7.2 Dol Said Pahlawan Naning
(Teks m/s: 166-168)
(i) Latar belakang

daerah Naning terletak antara Rembau dengan Melaka

Penghulu naning ialah Dato Naning Abdul Said yang


dikenalisebagai Dol Said

pusat pentadbiran terletak di Taboh

Naning mempunyai hasil keluaran seperti padi, buahbuahan, sirih dan bijih timah

1831 Dol Said telah bangkit menentang British

(ii)Faktor Penentangan
a) Mempertahankan Kemerdekaan Naning
1824 British dan Belanda menandatangani Perjanjian
Inggeris-Belanda

dalam perjanjian itu Melaka diserahkan kepada British

British mendakwa Naning sebahagian daripada Melaka

British mengarahkan Naning mematuhi peraturan yang


ditetapkan Melaka
dakwaan British tidak dapat diterima oleh Penghulu Dol
Said dan rakyat Naning
b) Menentang Pelaksanaan Undang-Undang British
British memperkenalkan Peraturan Penghulu yang
menggugat pengaruh dan kuasa Dol Said
peraturan ini melarang penghulu membicarakan kes-kes
jenayah
tahun 1828 Dol Said diberi amaran oleh British kerana
menyelesaikan kes jenayah di naning

Dol Said diugut akan dilucutkan jawatan sekiranya tidak


mematuhi arahan British
c) Menentang Bayaran Cukai
melalui Undang-Undang 1830 British memaksa Naning
membayar cukai 1/10 daripada hasil keluaran pertanian
arahan dibuat selepas British mendapati hasil daerah
Naning berjumlah 4500 dolar sebulan
(iii)Peristiwa Penentangan
15 Julai 1831 British mengisytiharkan Dol Said sebagai
penderhaka
British menghantar seramai 150 orang Sepoi yang
diketuai Kapten Wyllie untuk menyerangnya

British berjaya ditewaskan

Dol Said berjaya kerana menggunakan taktik perang


gerila dan mendapat bantuan daripada Seri Menanti, Sungai
Ujong, Johol dan Muar
turut membantu ialah Yamtuan Muda Raja Ali dari
Rembau yang menghantar pasukan bantuan diketuai
menantunya Syed Shaaban

British sedar Naning sukar dikalahkan

British meminta bantuan Yamtuan Muda Raja Ali dari


Rembau dan beliau bersetuju menghantar 600 orang
hulubalang untuk menyerang Naning
Mac 1832 Kolonel Herbert mengetuai pasukan tentera
menyerang Naning

British berkubu di Alor Gajah untuk melancarkan


serangan kedua ke atas Naning
pakatan British dan Rembau berjaya mengalahkan
Naning
pusat pentadbiran Naning iaitu Taboh ditawan dan rumah
penduduk Naning dibakar
Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya
menyerah diri kepada British
(iv)Kesan Penentangan

British berjaya menyatukan Naning dengan Melaka

Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka

British kerugian sebanyak 100 000 paun sterling

walaupun orang Naning dgagal dalam perang tetapi


berjaya menghidupkan semangat juang di kalangan bangsa
Melayu
7.3 Rentap Wira Sarawak: Agi Idup Agi Ngelaban
(i) Latar belakang
Rentap ialah pahlawan Iban yang menentang British di
sarawak

dilahirkan tahun 1800

nama asal Rentap ialah Libau yang bermaksud


penggoncang dunia

Rentap juga digelar Raja Darat

merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan


Sungai Saribas
(ii)Faktor Penentangan
Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke
kerana menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai
lanun
James Brooke mendirikan kubu di Sungai Skrang untuk
mengawasi pergerakan orang Iban
tindakan James Brooke menghapuskan penempatan
orang Iban di Sungai Skrang mencetuskan kebangkitan
Rentap
(iii)Peristiwa Penentangan
1853 Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga
Skrang
pasukan Rentap berjaya dan seorang pegawai British
iaitu Allan Lee terbunuh
kejayaan ini mengharumkan nama Rentap di kalangan
orang Iban
1854 James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai
Lang dan membakar perkampungan Rentap
pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina
kubu
perjuangan Rentap mendapat sokongan padu penduduk
Iban dan digelar Raja Ulu

tahun 1857 James Brooke menghantar Tuan Muda


Charles Brooke untuk menyerang kubu Rentap di Bukit
Sadok
Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban
dan 500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap di
Bukit Sadok
Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu
pertahanan yang kukuh
tahun berikutnya Charles Brooke sekali lagi cuba
menyerang Bukit Sadok tetapi gagal
kata-kata semangat Rentap dalam penentangan ini
adalah Bawalah semua meriam kamu dari Eropah, kami
tidak takut kepada kamu orang Eropah
tahun 1863 James Brooke mengetuai sendiri pasukan
menyerang Rentap di Bukit Sadok

pertempuran berlaku selama sebulan dan Rentap tewas

James Brooke membakar kubu dan rumah pengikut


Rentap
James Brooke menggunakan meriam Bujang Sadok
untuk menentang Rentap
Rentap pula menggunakan sejenis meriam besi Bujang
Timbang untuk menentang pasukan Brooke
Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi
baru tetapi Rentap meninggal dunia
(iii)Kesan Penentangan

kebangkitan Rentap dan pengikutnya untuk


membuktikan bahawa mereka bukannya lanun tetapi
pejuang bangsa
semangat juang Rentap diabadikan di Batu Peringatan
Rentap
7.4 Sharif Masahor Wira Sarawak
(Teks m/s: 172-173
(i) Latar belakang

pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang

berasal dari Kampung Igan di muara Sungai Rajang

dilantik oleh Sultan Abdul Mumein dari Brunei

berpengaruh di kalangan orang Melanau di Sungai


Rajang dan orang Iban di Sungai Skrang
(ii)Faktor Penentangan
James Brooke mengambil wilayah Sungai Rajang
daripada Sultan Brunei
kewibawaan Sharif Masahor tergugat apabila Sarikei
diletakkan di bawah pentadbiran Brooke
pembinaan kubu di Kanowit dan pelantikan Henry Steele
sebagai wakil British dianggap telah mengambil alih kuasa
pentadbiran Sharif Masahor
Sharif Masahor menentang tindakan James Brooke
meluaskan kuasa ke wilayahnya
(iii)Peristiwa Penentangan

tahun 1855 Sharif Masahor mengetuai 150 buah perahu


menyerang Mukah dan mengusir Pangeran Matusin yang
menyokong perluasan kuasa James Brooke
James Brooke bertindak balas dengan melucutkan kuasa
Sharif Masahor di Sarikei

Sharif Masahor marah dengan tindakan James Brooke

Sharif Masahor berpakat dengan Datu Patinggi Abdul


Ghapur dari Kuching untuk mengusir keluar James Brooke
dari Sarawak

tahun 1859 pasukan Sharif Masahor menyerang Kanowit

peristiwa ini membimbangkan orang Eropah di Sarawak

tahun 1860 Sharif Masahor, Datu Patinggi Abdul Ghapur


dan Temenggung Hashim dari Sadong membuat pakatan
sulit untuk menyerang Kuching bagi menggulingkan Brooke
Charles Brooke dengan bantuan Belanda menahan Datu
Patinggi Abdul Ghapur dan dipenjarakan di Betawi
pertempuran antara Sharif Masahor dengan Charles
Brooke berlaku di Sungai Sadong
kapal dan perahu pasukan Sharif Masahor
ditenggelamkan dan seramai 64 orang pengikutnya
terbunuh

Sharif Masahor berundur ke Mukah

tahun 1861 James Brooke memaksa Sultan Brunei


menyerahkan Mukah dan menahan Sharif Masahor

Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura

(iv)Kesan Penentangan
walaupun perjuangan Sharif Masahor berjaya dipatahkan
tetapi gerakan menentang Brooke tidak pernah berakhir
pentadbiran Brooke kemudiannya menghadapi
kebangkitan daripada pemimpin Banting pada tahun 1894
iaitu pemimpin orang Iban di hulu Sungai Batang Lupar
tahun 1931 pula bangkit penentangan daripada Penghulu
Asun iaitu pemimpin orang Iban di Sungai Kanowit
7.5 Dato Maharaja Lela Pejuang Kebanggaan Perak
(Teks m/s: 174-176)
(i) Latar belakang
Dato Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak
dan penghulu di Pasir Salak
pada November 1874 Perak menerima Residen British
iaitu J.W.W.Birch hasil daripada Perjanjian Pangkor
pelantikan itu menimbulkan konflik antara Birch, sultan
dan pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir
Salak
(ii)Faktor Penentangan
a) Mengambil Hak Mengutip Cukai
24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah
menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British
mengambil hak mengutip cukai
Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika
enggan menandatangani

Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak


kerana meneruskan kutipan cukai timah di Bidor
b) Mencabar Ketuanan Melayu

kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak

pada 2 Oktober 1875 Sultan Abdullah didesak


menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada
British

kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen

Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan


cukai dan melantik penghulu
c) Memperkenalkan Cukai Baru

Birch bertindak sesuka hati

Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi,


perahu atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak
Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai
cukai kelamin
d) Mencabuli Adat Resam
Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak
apabila beliau mengharamkan amalan perhambaan yang
menjadi adat resam Melayu
Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila
menyimpan hamba-hamba perempuan dirumahnya
(iii)Peristiwa Penentangan

Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato Maharaja Lela telah


bermesyuarat di Durian Sebatang

mereka mengambil keputusan untuk membunuh Birch

Dato Maharaja Lela dan pengikutnya Dato Sagor,


Pandak Indut dan Sepuntum menawarkan diri untuk
membunuhnya
mereka berazam menghalau British keluar dari bumi
Perak
pada 2 November 1875 Birch dan rombongan tiba di
Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan
mengambil hak memungut cukai oleh British
Dato Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil
kesempatan itu untuk membunuh Birch
Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang
Pasir Salak
Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor memimpin
perjuangan mempertahankan Pasir Salak

pasukan British dikalahkan dan Kapten Innes terkorban

pertempuran ini dikenali sebagai Perang Perak dan


berlaku hampir setengah tahun
pada 7 November 1875 pertempuran berlaku di Bandar
Tua
pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah British
dibantu oleh tentera dari India dan Hong Kong
(iv)Kesan Penentangan

tahun 1877 Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak


Indut dan Sepuntum dihukum gantung sampai mati di
Matang, Perak
Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke
Pulau Seychelles di Lautan Hindi

Raja Ismail dibuang negeri ke Johor

British tegas menghapuskan kebangkitan di Perak


menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa penjajah
Dato Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan orang
Melayu
7.6 Yamtuan Antah Mempertahankan Kedaulatan Seri
Menanti
(Teks m/s: 177-178)
(i) Latar belakang
nama sebenarnya Tunku Laksamana Antah Ibni
Almarhum Raja Radin

dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti pada tahun 1875

wilayah jajahan Seri Menanti terdiri daripada Terachi, Ulu


Muar, Gunung Pasir dan Jempol
(ii)Faktor Penentangan
Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan Dato
Kelana Syed Abdul Rahman di Sungai Ujong menandatangani
perjanjian dengan British
tindakan Dato Kelana mengeruhkan hubungan antara
mereka berdua

Yamtuan Antah juga tidak mengiktiraf Dato Kelana


sebagai pemerintah Sungai Ujong
hubungan antara Yamtuan Antah dengan Dato Kelana
bertambah runcing apabila Dato Kelana mengisytiharkan
Terachi sebagai wilayahnya
dibantah Yamtuan Antah kerana menganggap Terachi
sebahagian jajahan Seri Menanti
Residen British di Sungai Ujong iaitu P.J.Murray
menghantar tentera dan juru ukur untuk membuat siasatan
Yamtuan Antah menghantar 200 orang pengikutnya
menuntut supaya British menghentikan tugas mengukur
kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah
berlaku pertikaian antara kedua-duanya yang
mencetuskan pertempuran
kebangkitan Yamtuan Antah disokong oleh Dato Siamang
Gagap, Tengku Besar Tampin, penduduk Rembau, Jelebu dan
Johol
Disember 1875 pasukan Yamtuan Antah berjaya
menawan Paroi dan membina kubu di situ
British berjaya menawan semula Paroi apabila dibantu
oleh tentera Negeri-Negeri Selat
Yamtuan Antah berundur ke Bukit Putus dan seterusnya
ke Johor
(iii)Kesan Penentangan
Maharaja Abu Bakar dari Johor menasihati Yamtuan Antah
berdamai dengan British

Mei 1876 Yamtuan Antah berunding dengan Gabenor


Negeri-Negeri Selat iaitu William Jervois
Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar di Seri
Menanti
tindakan berdamai ini tidak dipersetujui oleh Dato
Siamang Gagap
rundingan tersebut membuka peluang British meluaskan
pengaruh ke seluruh Negeri Sembilan
7.7 Dato Bahaman Pahlawan Pahang (Teks m/s: 179181)
(i) Latar belakang

nama sebenarnya Abdul Rahman bin Imam Noh

dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato Setia Perkasa


Pahlawan Semantan
diberikan anugerah kerana kegagahan dan keberanian
beliau dalam perang saudara di Pahang dan Perang Klang di
Selangor
dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian
Orang Kaya Indera Segara
Dato Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di
Pahang
(ii)Faktor Penentangan
a) Hilang Hak Mengutip Cukai

Dato Bahaman menentang tindakan British melantik


E.A.Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di
daerah Temerloh
Dato Bahaman dilarang mengutip cukai di daerah
kekuasaannya iaitu di Temerloh
b) Pembinaan Balai Polis
pegawai British iaitu E.A.Wise mendirikan balai polis di
Lubuk Terua tanpa berunding terlebih dahulu dengan Dato
Bahaman

konflik antara kedua-duanya menjadi lebihserius

Dato bahaman menganggap tindakan British sebagai


menceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya
c) Perlucutan Gelaran
Hugh Clifford menganggap Dato Bahaman sebagai
penderhaka kerana enggan mematuhi arahan British
British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran
Dato Setia Perkasa Pahlawan Semantan
tindakan British memalukan Dato Bahaman dan beliau
bersumpah menghalau keluar British dari Pahang
(iii) Peristiwa Penentangan
16 Disember 1891 British menangkap 3 orang pengikut
Dato Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa
kebenaran
tindakan British itu menyebabkan Dato Bahaman dan
pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk Terua

peristiwa ini mencetuskan perang

26 Disember 1891 Hugh Clifford mengetuai pasukan 200


orang tentera untuk menawan semula Lubuk Terua tetapi
tewas dalam pertempuran di Kelubi

Hugh Clifford berundur dan meminta bantuan Singapura

Januari 1892 British memaksa Sultan Wan Ahmad


menamatkan kebangkitan rakyat Pahang
pasukan tentera dinamakan Gerakan Sultan yang
disertai oleh J.P.Rodger ditubuhkan
British membekalkan 200 pucuk senapang dan 10 000
butir peluru
Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini dan
berjaya menawan 11 buah kubu Dato Bahaman di Bentong

Mac 1892 British sekali lagi menyerang Lubuk Terua

pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu

di terengganu ulama Tok Ku Paloh menyemarakkan


semangat pejuang Pahang berjihad menentang British
14 Jun 1894 Dato Bahaman dan 100 orang pengikutnya
menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai
British bertindak balas menghantar Kolonel Walker untuk
menawansemula Jeram Ampai
Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke
Kelantan
pengunduran ini menandakan berakhirnya perang
menentang British di Pahang

(iv)Kesan Penentangan
Dato Bahaman dan pengikutnya memperlihatkan
keberanian menentang British
kedudukan British di Pahang tergugat dengan semangat
patriotisme oleh pahlawan Pahang
kebangkitan ini berlangsung selama 4 tahun iaitu dari
1891 1894

British terpaksa menanggung hutang yang banyak

Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh British membayar 7200


dolar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut
7.8 Mat Salleh Menyanggah SBUB (Teks m/s: 182-183)
(i) Latar belakang

nama sebenar Datu Mohammad Salleh bin Datu Batu

dilahirkan di Inanam dan menjadi pemerintah Sungau


Sugut

berketurunan Bajau dan Suluk

mewarisi sifat kepahlawanan dan keberanian berperang

kebangkitan Mat Salleh merupakan kebangkitan paling


besar dalam sejarah penentangan di Sabah
(ii)Faktor Penentangan
a) Perjuangan Jihad
kebangkitan berpunca daripada semangat perjuangan
jihad orang Sulu menentang Sepanyol di selatan Filipina

b) Peraturan Yang Membebankan


SBUB memperkenalkan peraturan baru di Sabah seperti
amalan buruh paksa, cukai beras dan lesen perahu yang
membebankan rakyat
c) Percubaan Berunding Gagal
Ogos 1895 Mat Salleh dan pembesar tempatan ke
Sandakan untuk menemui Gabenor Beaufort, C.V.Creagh
tujuan untuk berunding tentang masalah cukai dan
tindakan kekerasan pegawai SBUB terhadap penduduk
tempatan
Mat Salleh dan pembesar-pembesar tidak dilayan dan
setelah menunggu selama 10 hari beliau meninggalkan
Sandakan
d) Perkampungan Di Bakar
Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh mengancam
kepentingan SBUB
SBUB bertindak membakar dan memusnahkan kampung
Mat Salleh
SBUB menawarkan hadiah 500 dolar kepada sesiapa
yang berjaya menangkap Mat Salleh
(iii)Peristiwa Penentangan
Julai 1897 Mat Salleh mendirikan kubu di Ranau dan
membakar Pulau Gaya

November 1897 Mat Salleh menyerang Ambong

William Cowie, Pengarah Urusan SBUB tidak berupaya


mengalahkan Mat Salleh lalu menawarkan perdamaian dan
pengampunan kepadanya
April 1898 rundingan diadakan antara Mat Salleh dengan
Cowie di Menggatal

Antara syarat perjanjian adalah;

Mat Salleh dan pengikut diberi pengampunan


penduduk Inanam yang melarikan diri semasa kekacauan
dibenarkan kembali semula
Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan
Mat Salleh diminta melaporkan pergerakannya kepada
SBUB
SBUB tidak menepati janji sebaliknya tahun 1899 SBUB
mengambil alih pentadbiran di Tambunan
Mat Salleh berasa tertipu dan meneruskan penentangan
dengan membina kubu di Kampung Teboh, Tambunan

SBUB menyerang kubu Mat Salleh secara besar-besaran

Januari 1900 SBUB berjaya menewaskan Mat Salleh

Mat Salleh terkorban

(iv)Kesan Penentangan
perjuangan diteruskan oleh pengikut Mat Salleh seperti
Mat Sator dan Kamunta
Julai 1902 British berjaya menamatkan kebangkitan Mat
Salleh di Sabah sepenuhnya

7.9 Antanom Pahlawan Anak Rimba Berjiwa Besar


(Teks m/s: 184)
(i) Latar belakang

nama sebenar Ontoros anak lelai Antanom

ketua kaum Murut di Rundum

dilahirkan tahun 1875

ketika berusia 30 tahun Antanom telah memimpin orang


Murut menentang SBUB yang menindas kaumnya
(ii)Faktor Penentangan
a) Melarang Membuka Tanah Baru

SBUB melarang mereka membuka tanah baru

merasakan hak mereka diceroboh

akibatnya mereka kekurangan beras

b) Mengenakan Cukai Yang Membebankan


SBUB mengenakan pelbagai cukai yang membebankan
seperti;
cukai kepala satu dolar setiap orang
cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen setiap ekar
cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak
sebanyak 25 sen
cukai tangkapan ikan besar

cukai memelihara anjing sebanyak satu dolar seekor


c) Menjadi Buruh Paksa

orang Murut dijadikan buruh paksa

tujuan untuk membina jalan di pedalaman dan


memasang kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum
d) Menzalimi Keluarga
suami isteri kaum Murut dikehendaki tinggal berasingan
di sebelah menyebelah tebing sungai

mereka dikenakan satu dolar setiap kali berkunjung

jika mereka mempunyai dua orang anak, salah seorang


akan diambil SBUB untuk dijadikan buruh paksa
e) Menceroboh Kawasan Hutan

SBUB menceroboh hutan untuk membina jalan

Kaum Murut membantah kerana mengikut kepercayaan


mereka pencerobohan akan mengganggu roh nenek morang
mereka
(iii)Peristiwa Penentangan
Antanom menyatukan orang Murut menentang SBUB dmi
menebus maruah mereka
Februari 1915 Antanom menyerang Pensiangan dan
membakar bangunan kerajaan
Mac 1915 Antanom memimpin kira-kira 600 orang Murut
menyerang Rundum dan berjaya memusnahkan pejabat
pentadbiran SBUB

kejayaan itu menaikkan semangat perjuangan orang


Murut dan pengikut Antanom bertambah menjadi 900 orang
Antanom membina kubu pertahanan di Sungai Selangit
yang mengandungi 7 buah rumah bawah tanah
April 1915 SBUB menghantar 400 orang tentera
menyerang kubu Antanom

pertempuran berlaku selama 6 minggu

Antanom dan 400 orang Murut terkorban dalam


mempertahankan Rundum

penentangan ini dikenali sebagai Kebangkitan Rundum

(iv)Kesan Penentangan
SBUB mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut
Antanom

8 orang kanan Antanom dibuang daerah ke Kudat

pengikut-pengikut yang lain menjadi buruh paksa


memasang kawat telegraf dari Kimanis hingga ke Keningau
SBUB mengarahkan orang Murut bersumpah taat setia
bagi mengelakkan kebangkitan seterusnya
orang Murut berpindah ke pedalaman Kalimantan
sebagai tanda protes terhadap SBUB
7.10 Tok Janggut Pejuang Jihad
(Teks m/s: 187-189)
(i) Latar belakang

nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas

dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan


janggut hingga ke paras dada
dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh,
Kelantan

mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah

mahir dalam ilmu persilatan

menetap di Kampung Nering, Kelantan

bekerja sebagai petani dan peniaga

(ii)Faktor Penentangan
a) Peraturan Tanah
Tok Janggut menentang peraturan cukai tahun 1915 yang
mewajibkan petani membayar cukai tanah
b) Pengenalan Cukai Yang Membebankan

petani dikehendaki membayar cukai seperti;

cukai pokok kelapa berbuah sebanyak 3 sen sepokok


pokok pinang satu sen sepokok
sirih 5 sen sejunjung
kerbau dan lembu sebanyak 20 sen seekor

peraturan ini membenakan rakyat

c) Perasaan anti-British

sentimen anti-British meningkat apabila Britain


menyerang kerajaan Turki Uthmaniyah semasa Perang Dunia
I tahun 1914
kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam di
seluruh dunia berjihad menentang penjajah Barat
Tok Janggut menyahut seruan menentang British di Pasir
Puteh
d) Pembayaran Cukai Yang Menyusahkan
penduduk tempatan menghadapi masalah membayar
cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh di bandar
Tok Janggut telah beberapa kali pergi untuk membayar
cukai tetapi gagal
mereka yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan
didenda
penduduk tempatan marah kepada British kerana sikap
biadab pegawai British
(iii)Peristiwa Penentangan
28 April 1915

Pegawai Daerah Pasir Puteh menghantar Sarjan Che Wan


untuk menangkap Tok Janggut kerana gagal membayar cukai
perbalahan berlaku menyebabkan Sarjan Che Wan mati
ditikam oleh Tok Janggut
29 April 1915

Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che


Sahak Merbol mengetuai angkatan melancarkan serangan ke
atas Pasir Puteh

mereka menduduki Pasir Puteh selama 3 hari dan


mengisytiharkan Pasir Puteh bebas daripada ancaman British
Ungku Besar Jeram iaitu Tuan Ahmad dilantik sebagai
Raja Pasir Puteh

Tok Janggut sebagai Perdana Menteri

9 Mei 1915

British menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada


sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan pemimpin
kanannya
23 Mei 1915

British membakar rumah Tok Janggut dan pengikutnya


kerana enggan menyerah diri

Tok Janggut bertindak balas menyerang Pasir Puteh

24 Mei 1915

British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung


Dalam Pupuh, Saring

Tok Janggut terkorban

mayat Tok Janggut diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu


kemudian digantung songsang di Padang Balai Besar, Kota
Bharu selama 4 jam

kemudian dikebumikan di Pasir Pekan

(ii)Kesan Penentangan
Tok Janggut dan rakan-rakan terkorban sebagai pahlawan
yang menentang kuasa penjajah Barat

semangat juang mereka kebanggaan kita walaupun


tewas di tangan British
7.11 Haji Abdul Rahman Limbong Pejuang Tani
(Teks m/s: 290-192)
(i) Latar belakang

nama sebenar Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid

dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong kerana


beliau sering ke Limbong, Kemaman untuk mengajar agama
beliau berjuang untuk membela nasib petani yang
ditindas
perjuangannya dikenalsebagai Kebangkitan Tani di
Terengganu
(ii)Faktor Penentangan
a) Pas Kebenaran Yang Membebankan

1921 diperkenalkan Peraturan Tanah Baru

petani yang ingin membuka tanah dan bercucuk tanam


perlu mendapatkan kebenaran dengan bayaran 50 sen
peraturan yang sama jika menebang pokok dan
mengutip hasil hutan seperti daun nipah, buah salak, sagu,
rotan dan daun palas

membebankan hidup petani yang sedia ada miskin

b) Penguatkuasaan Undang-Undang Binatang Buas


1923 diperkenalkan Undang-Undang Kawalan Binatang
Buas yang melarang penduduk memburu binatang liar

sesiapa yang ingkar dikenakan denda sebanyak 500


dolar dan senapang mereka akan dirampas
c) Peraturan Tanah Baru
1924 peraturan tanah mewajibkan penduduk mendaftar
tanah mereka dengan bayaran sebanyak 2.50 sen seorang
d) Pengaruh Pemimpin Agama
pemimpin agama berperanan penting dalam kebangkitan
anti-British di Terengganu
Haji Abdul Rahman Limbong menegaskan tanah adalah
hak Allah dan rakyat bebas mengerjakannya tanpa perlu
membayar cukai kepada kerajaan
Haji Musa Abdul Ghani menyifatkan peraturan British
bertentangan dengan syariah Islam
(iii)Peristiwa Penetangan
Kebangkitan 1922
petani di Kuala Telemong menentang peraturan baru
dengan membersihkan tanah tanpa mengambil pas
kebenaran
British menangkap 43 orang petani dan mendakwa
mereka di mahkamah

Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai peguam

British gagal mematahkan hujahnya bahawa tanah


adalah hak Allah dan bukan hak negeri
mahkamah menerima hujah tersebut dan membebaskan
mereka

Kebangkitan 1925

seramai 300 500 orang petani berkumpul di Kuala


Telemong untuk bercucuk tanam
mereka membersihkan 200 ekar tanah milik Tengku Nik
Maimunah dan 400 ekar tanah kerajaan
tindakan dilakukan kerana British akan memberi konsesi
tanah tersebut kepada saudagar Cina
British mendesak Sultan Sulaiman supaya bertindak
terhadap Haji Abdul Rahman Limbong
Haji Abdul Rahman Limbong menjelaskan kepada sultan
bahawa pentadbiran British di daerah Kuala Berang
menindas rakyat
Kebangkitan 1928

British mengancam untuk mengambil tindakan undangundang ke atas petani-petani yang enggan membayar cukai
ini menyebabkan seramai 1000 orang petani berhimpun
di Marang, Kuala Telemong dan Kuala Berang

mereka mengisytiharkan perang terhadap British

mereka menduduki balai polis dan bangunan kerajaan di


Kuala Berang serta mengibarkan bendera merah

British meminta bantuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

pertempuran berlaku di Padang Kacong

(iv)Kesan Penentangan
seramai 12 orang petani terkorban dan semua pemimpin
petani termasuk Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap

tahun 1928 mereka dibicarakan di Kuala Terengganu

Haji Abdul Rahman Limbong dijatuhi hukuman buang


negeri ke Makkah atas tuduhan menghasut dan
mencetuskan kebangkitan di Terengganu

BAB 8 KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN


UNTUK MENGANGKAT MARTABAT BANGSA
semangat kebangsaan dibangkitkan golongan intelektual
melalui akhbar, majalah dan penulisan kreatif
perjuangan semakin berkesan melalui penubuhan
pertubuhan untuk perjuangkan hak dan kepentingan bangsa
8.1 Maksud Semangat Kebangsaan (Teks m/s: 199)
semangat kebangsaan
atau nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia
yang mendalam terhadap bangsa dan tanah air

semangat berjuang menebus maruah bangsa

semangat inilah mendorong kita berjuang membebaskan


negara daripada British untuk membentuk negara merdeka
dan berdaulat
8.2 Perkembangan Negara Luar Memberi Inspirasi
Perjuangan
(Teks m/s: 199-202)
awal kurun ke-20 berlaku gerakan kesedaran kebangsaan
di Turki, Mesir, Jepun, China, Filipina, India dan Indonesia

perkembangan ini memberi inspirasi kepada penduduk


Tanah Melayu untuk menentang penjajahan British
a) Gerakan Kebangkitan Islam di Timur Tengah

berlaku akhir kurun ke-19

kebangkitan dosebabkan kuasa-kuasa Barat


memecahbelahkan dan menguasai empayar Islam Turki
Uthmaniyah
pengaruh Barat di Turki mencetuskan Gerakan Pan-Islam
iaitu gerakan untuk menyatukan seluruh umat Islam dan
menentang penjajahan Barat
gerakan ini mempengaruhi dan menyatukan umat Islam
di negara-negara Timur Tengah, India dan Asia Tenggara
termasuk Tanah Melayu untuk menentang kuasa asing
b) Gerakan Pemulihan Islam Mesir
gerakan ini turut mempengaruhi kebangkitan semangat
kebangsaan di Tanah Melayu
tahun 1882 Mesir dijajah oleh British dan telah
mencetuskan Gerakan Islah
Gerakan Islah atau Gerakan Pemulihan Islam ialah
gerakan menyeru orang Islam berpegang kepada ajaran
Islam sebenar berdasarkan al-Quran dan Hadis juga
menyeru umat Islam supaya bersatu menentang penjajahan
Barat di negara Islam
gerakan ini dipelopori Sayid Jamaluddin al-Afghani dan
Sheikh Muhammad Abduh
pengaruh gerakan ini disebarkan ke Tanah Melayu oleh
pelajar yang menuntut di Mesir setelah kembali ke tanah air

c) Perang Rusia-Jepun

tahun 1905 Jepun berjaya mengalahkan Rusia

pertama kali dalam sejarah moden sebuah negara Asia


berjaya mengalahkan kuasa Eropah
kejayaan ini menyemarakkan semangat negara-negara
Asia lain untuk menentang penjajahan Barat
d) Gerakan Kesedaran Kebangsaan China
tahun 1911 berlaku Revolusi China yang dipimpin oleh
Dr. Sun Yat Sen
berjaya menumbangkan kerajaan Manchu dan
menubuhkan sebuah negara republik China
keadaan ini membangkitkan kesedaran rakyat Tanah
Melayu untuk menentang British
e) Gerakan Kesedaran Kebangsaan Filipina
Jose Rizal memimpin perjuangan rakyat Filipina
menentang penjajahan Sepanyol
Menubuhkan Liga Filipina untuk memajukan orang
Filipina dan menuntut Sepanyol memberi layanan adil
kepada rakyat
f) Gerakan Kesedaran Kebangsaan India

gerakan dipimpin oleh Mahatma Gandhi

tujuan untuk membebaskan India daripada penjajahan


British
g) Gerakan Kesedaran Kebangsaan Indonesia

Soekarno menubuhkan Parti Nasional Indonesia untuk


membebaskan Indonesia daripada penjajahan Belanda
8.3 Gerakan Islah Mencetuskan Kesedaran
Kebangsaan
(Teks m/s: 203-204)
(i) Latar belakang Gerakan Islah di Tanah Melayu
awal kurun ke-20 semangat kebangsaan dibangkitkan
oleh golongan pelajar berpendidikan di Universiti al-Azhar,
Mesir
tahun 1925 terdapat 80 orang pelajar dari Tanah Melayu
di universiti ini
mereka terpengaruh dengan idea pemulihan Islam oleh
Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh
sekembali ke Tanah Melayu mereka memulakan Gerakan
Islah di Tanah Melayu dan dikenali sebagai Kaum Muda
tokoh penting seperti Sheikh Muhammad Thani bin
Jalaluddin, Haji Abbas bin Muhammad Taha dan Syed Sheikh
Ahmad al-Hadi
(ii) Penyebaran Idea Gerakan Islah
idea pembaharuan Kaum Muda disebarkan melalui
majalah Al-Imam (pemimpin) yang diterbitkan di Singapura
tahun 1906

tujuan diterbitkan adalah untuk;

mengingatkan mereka yang lalai dan menjagakan


mereka yang tidur dan menunjukkan mereka yang sesat dan
menyampaikan suara yang menyeru dengan kebaikan

majalah ini memberi kesan besar dalam perkembangan


pemikiran orang Melayu
orang Melayu mula sedar kepentingan pendidikan dan
ekonomi mereka

antara seruan Al-Imam ialah;

menyeru orang Melayu berpegang kepada al-Quran dan


Hadis
tekankan pentingnya ilmu pengetahuan untuk mencapai
kejayaan
menitikberatkan pengetahuan sejarah kerana banyak
iktibar yang boleh dipelajari
menasihati ibu bapa supaya memberikan pendidikan
sempurna kepada anak-anak
menggesa kaum wanita diberi peluang mendapatkan
pendidikan
mengetepikan adat resam dan kepercayaan karut yang
boleh menghalang kemajuan
tahun 1908 majalah Al-Imam dihentikan penerbitannya
dan diteruskan oleh akhbar lain seperti Neracha, Al-Ikhwan,
Pengasuh dan Saudara
Kaum Muda menubuhkan beberapa buah madrasah
untuk menyebarkan idea dengan lebih berkesan seperti
Madrasah al-Masyhur al-Islamiah di Pulau Pinang, Madrasah
al-Diniah Kampung Lalang di Padang Rengas dan Madrasah
Il-Ihya Assyariff, Gunung Semanggol di Perak
(iii) Tentangan Gerakan Islah

idea pembaharuan Kaum Muda ditentang oleh Kaum


Tua melalui akhbar Suara Benar dan Lidah Benar
Kaum Tua terdiri daripada golongan ulama dan pegawai
agama yang tidak menerima idea Islah Kaum Muda

mereka berpegang kuat kepada adat dan agama Islam

pertelingkahan antara mereka hanyalah perkara kecil


yang tidak melibatkan perkara pokok dalam agama Islam
(iv) Tokoh Pelopor Gerakan Islah di Tanah Melayu
a) Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin

lahir di Sumatera tahun 1869

berpendidikan di Makkah dan di Universiti al-Azhar, Mesir

menerbitkan majalah Al-Imam

pernah dilantik sebagai Mufti Negeri Perak

b) Haji Abbas Muhammad Taha

lahir di Singapura tahun 1885

berpendidikan di Makkah

pernah dilantik sebagai kadi di kawasan Tanjung Pagar,


Singapura

menerbitkan akhbar Neracha

c) Syed Sheikh al-Hadi

lahir di Melaka tahun 1862

mendapat pendidikan agama di Terengganu dan di Pulau


Penyengat, Riau

sering berkunjung ke Makkah dan Mesir

mendalami idea perjuangan Syeikh Muhammad Abduh

menerbitkan akhbar Al-Ikhwan dan Saudara

8.4 Intelektual Mematangkan Perjuangan


(Teks m/s: 205-206
Gerakan Islah menimbulkan kesedaran di kalangan
intelektual Melayu
tahun 1930-an golongan intelektual ini menyemarakkan
kesedaran kebangsaan
(i) Golongan Intelektual Pendidikan Melayu
golongan ini lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris
(MPSI), Tanjung Malim, Perak
terdiri daripada guru-guru Melayu yang berperanan
sebagai pemimpin masyarakat

MPSI disifatkan sebagai The Cradle of Malay Nationalism

Berganding bahu dengan golongan cerdik pandai agama


untuk memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan
pendidikan
Usaha ini menimbulkan kesedaran untuk membebaskan
Tanah Melayu daripada penjajahan British
Antara tokoh nasionalis ialah Harun Aminurrashid,
Ibrahim Haji Yaacob dan Abdul Hadi Hassan

a) Harun Aminurrashid

tokoh pejuang kebangsaan lepasan MPSI

merupakan guru yang bersemangat kebangsaan

penulis yang aktif mempelopori penulisan puisi


bertemakan semangat kebangsaan
b) Abdul Hadi Hassan

seorang pensyarah MPSI

sentiasa menanamkan semangat cinta akan bangsa dan


negara kepada para pelajarnya
(ii) Golongan Intelektual Pendidikan Inggeris
berjuang menuntut hak orang Melayu dalam bidang
ekonomi, pendidikan dan pentadbiran
menubuhkan persatuan dan bidang penulisan untuk
memperjuangkan kepentingan orang Melayu
antara tokoh-tokohnya ialah Raja Chulan, Mohammad
Eunos Abdullah, Dato Onn Jaafar dan Ishak Haji Muhammad
a) Raja Chulan

mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar

tahun 1924 dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan


Persekutuan
menggesa British meningkatkan taraf ekonomi orang
Melayu dan menambah peluang orang Melayu dalam
perkhidmatan kerajaan
b) Mohammad Eunos Abdullah

berpendidikan Inggeris di Raffles Institution, Singapura

merupakan orang Melayu pertama dilantik sebagai Ahli


Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat
pernah bertugas sebagai Ketua Pengarang akhbar Utusan
Melayu dan Lembaga Melayu

tahun 1926 menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura

c) Dato Onn Jaafar


berpendidikan Inggeris di England dan Kolej Melayu Kuala
Kangsar
pernah menjadi pengarang akhbar Warta Malaya,
Lembaga Malaya dan Warta Ahad
tahun 1936 dilantik sebagai Ahli Tidak Rasmi dalam
Majlis Mesyuarat Negeri Johor
8.5 Perjuangan Naionalisme Melalui Mata Pena
(Teks m/s: 207-212)
akhbar dan majalah merupakan media yang rapat
dengan rakyat
sesuai dijadikan saluran untuk melahirkan kesedaran
kebangsaan
melalui media idea tentang perjuangan kebangsaan
dapat disalurkan untuk bacaan semua lapisan masyarakat
(i) Peranan Akhbar dan Majalah Melayu
tahun 1930-an akhbar Melayu mula menyuarakan isu
sosial, kedudukan ekonomi dan politik orang Melayu

akhbar berjaya menyemai semangat kebangsaan di


kalangan masyarakat Melayu
melalui serua-seruan akhbar orang Melayu menubuhkan
persatuan untuk merintis pergerakan lebih tersusun
antara peranan akhbar dalam membangkitkan semangat
kebangsaan ialah;
mengkritik dasar British yang tidak menguntungkan orang
Melayu
menyeru orang Melayu bersatu dan menghapuskan
semangat kenegerian
menuntut kedudukan yang lebih baik dalam bidang
pentadbiran, ekonomi dan pendidikan
antara akhbar yang berpengaruh sebelum Perang Dunia
II ialah Warta Malaya (1930-1941) di Singapura, Majlis (19311941) di Kuala Lumpur dan Utusan Melayu (1939-1941)
diterbitkan di Singapura

akhbar-akhbar lain ialah;

Lembaga Melayu (1914-1931) di Singapura


Pengasuh (1918-1941) di Kota Bharu, Kelantan
Majalah Guru (1924-1941) di Kuala Lumpur dan Pulau
Pinang
Al-Ikhwan (1926-1931) di Pulau Pinang
Saudara (1928-1941) di Pulau Pinang
Fajar Sarawak (1930) di Sarawak

a) Akhbar Warta Malaya

diterbitkan di Singapura

pengarang pertamanya ialah Dato Onn Jaafar

menyiarkan tentang keadaan sosioekonomi orang Melayu

mendesak orang Melayu diberikan lebih banyak jawatan


penting dalam perkhidmatan kerajaan
b) Akhbar Majlis

diterbitkan di Kuala Lumpur

pengarang pertamanya Abdul Rahim Kajai

mendedahkan kelemahan dasar British yang mengancam


kedudukan orang Melayu

dianggap akhbar yang berani

c) Akhbar Utusan Melayu

diterbitkan di Singapura

pengarang pertamanya Abdul Rahim Kajai

menggesa orang Melayu meningkatkan taraf ekonomi


dan menubuhkan persatuan bagi memperjuangkan nasib
bangsa dan tanah air
Tokoh Akhbar Melayu

a) Abdul Rahim Kajai


seorang nasionalis yang berjuang melalui bidang
kewartawanan

digelar Bapa Kewartawanan Melayu

menjadi Ketua Pengarang akhbar yang berpengaruh pada


zamannya seperti Warta Malaya, Majlis dan Utusan Melayu
(ii)Kegiatan Persuratan di Kalangan Orang Cina dan
India
a) Akhbar Orang Cina

orang Cina terbitkan akhbar sebelum Perang Dunia II

antaranya akhbar Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew


Jit Poh dan Modern Daily News

tahun 1881 akhbar Lat Pau diterbitkan

melaporkan tentang kegiatan sosial dan ekonomi orang


Cina di Tanah Melayu

juga menyiarkan peristiwa yang berlaku di negara China

terdapat juga akhbar berbahasa Melayu yang diterbitkan


oleh masyarakatCina Peranakan (Baba dan Nyonya)
antaranya akhbar Surat Khabar Peranakan, Bintang
Timor, Khabar Uchapan Baru dan Bintang Pra Pranakan
tahun 1884 akhbar Bintang Timor diterbitkan dan
merupakan satu-satunya akhbar berbahasa Melayu yang
berani melaporkan berita pemberontakan Dato Bahaman di
Pahang
tahun 1930 diterbitkan akhbar Bintang Pranakan yang
membicarakan hal ehwal masyarakat Cina peranakan yang
menunjukkan taat setia kepada British sebagai pemerintah
Tanah Melayu

b) Akhbar Orang India


diterbitkan akhbar Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan Tamil
Murasa
pada 24 September 1924 akhbar Tamil Nesan diterbitkan
di Kuala Lumpur
melaporkan berita tentang kegiatan sosial dan ekonomi
orang India di Tanah Melayu

juga peristiwa yang berlaku di negara India

terdapat juga akhbar berbahasa Melayu diterbitkan oleh


masyarakat Jawi Peranakan
antaranya Jawi Peranakan, Sekola Melayu, Taman
Pengetahuan dan Tanjung Penagri
tahun 1888 akhbar Sekola Melayu diterbitkan dan
dijadikan bahan rujukan di sekolah Melayu
Kesedaran Kebangsaan Melalui Penulisan Kreatif
semangat kebangsaan dibangkitkan melalui karya kreatif
seperti puisi, novel dan cerpen
karya kreatif menjadi saluran untuk menyuarakan
perjuangan orang Melayu oleh golongan guru, penulis dan
wartawan
(i) Penulisan Puisi
sebelum Perang Dunia II banyak puisi bertemakan
semangat kebangsaan dan disiar dalam akhbar dan majalah

tujuan untuk menyuburkan perasaan cinta akan bangsa


dan negara, menyeru rakyat merebut peluang ekonomi dan
mempertahan maruah bangsa

antaranya:

puisi oleh Harun Aminurrashid seperti Tenaga Kaumku,


Mempertahankan Hak Kita dan Perwira Melayu
Abdul Samad Ahmad menulis puisi Serunai Pujangga, Kapal
Tiada Nakhoda dan Hari Kejatuhan Kita
Muhammad Yusuf Harun menulis puisi Dunia Yang Fana dan
Di Lautan Seberang
puisi lainnya seperti Bangkitlah oleh Omar Mustaffa,
Seruan Kebangsaan oleh Melati Pahang, Sedarlah oleh
Mahmud Ahmadi dan Di Tengah Segara oleh Muhammad
Yasin Maamor
(ii)Penulisan Novel dan Cerpen
melaluinya kesedaran kebangsaan dapat disampaikan
kepada masyarakat lebih berkesan
karya-karya sastera ini bertemakan semangat
perjuangan, nasib bangsa dan semangat cintakan tanah air
tema ini menimbulkan kesedaran di kalangan orang
Melayu
antara penulis cerpen yang terkenal ialah Abdul Rahim
Kajai, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dan Shamsuddin
Salleh
cerpen yang terkenal seperti Cerita Awang Putat oleh
Abdul Rahim Kajai, Rumah Besar Tiang Sebatang oleh Ishak

Haji Muhammad, Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang dan


Siasat Yang Tiada Diminta oleh Shamsuddin Salleh
manakala novel pula seperti Hikayat Faridah Hanum oleh
Syed Sheikh al-Hadi, Iakah Salmah? Oleh Ahmad Rashid Talu,
Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminnurrashid, Putera
Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji
Muhammad, Mari Kita Berjuang oleh Abdullah Sidek dan
Melati Kota Bahru oleh Abdul Kadir Adabi
8.6 Kesepakatan Menjamin Keutuhan Perjuangan
(Teks m/s: 213-219)
pertubuhan berperanan penting dalam gerakan
kesedaran kebangsaan
pertubuhan di peringkat awal bersifat kenegerian serta
memperjuangkan kepentingan ekonomi dan sosial
menjadi pendorong kepada kemunculan penubuhan
bersifat pertubuhan
(i) Kemunculan Pertubuhan Melayu
golongan wartawan dan akhbar menimbulkan kesedaran
politik orang Melayu dan mendorong menubuhkan
pertubuhan untuk perjuangkan hak dan kepentingan mereka

antaranya;

a) Kesatuan Melayu Singapura (KMS)


menjadi peransang kepada pemimpin di negeri-negeri
Melayu

diasaskan tahun 1926 oleh Mohammad Eunos Abdullah

dianggotai golongan bangsawan, kakitangan kerajaan,


wartawan dan peniaga

tujuan penubuhan adalah untuk;

menggalakkan ahli berperanan lebih besar dalam politik


dan pentadbiran
perjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang
pendidikan
menjadi wakil Melayu berurusan dengan British bagi hal
berkaitan dengan hak dan kepentingan orang Melayu
akhir tahun 1930-an banyak persatuan bersifat
kenegerian ditubuhkan seperti Persatuan Melayu Perak
(1937), Persatuan Melayu Pahang (1938), Persatuan Melayu
Selangor (1938), Persatuan Melayu Negeri Sembilan (1938),
Persatuan Melayu Pulau Pinang (1937) dan Persatuan Melayu
Kelantan (1939)
lain-lain persatuan seperti Persatuan Melayu Melaka
(1937), Persatuan Melayu Serawak (1939) dan Persatuan
Melayu Johor (1939)
tujuan penubuhan untuk meningkatkan ekonomi dan
sosial orang Melayu
dianggotai cerdik pandai Melayu yang berpendidikan
Inggeris dan berkhidmat dengan British

perjuangan bersifat sederhana

menunjukkan taat setia yang kuat kepada Raja-Raja


Melayu dan bekerjasama dengan British
mendesak British memberi lebih banyak peluang kepada
orang Melayu dalam pentadbiran kerajaan

b) Persatuan Melayu Selangor


dipimpin oleh Tengku Ismail bin Tengku Muhammad
Yassin

memperjuangkan;

mendesak lebih ramai pegawai Melayu dalam kerajaan


persekutuan dan kerajaan negeri
keanggotaan askar Melayu
menubuhkan angkatan laut dan udara Tanah Melayu
c) Kongres Melayu Se-Tanah Melayu
tahun 1939 kongres yang pertama diadakan di Kuala
Lumpur
dianjurkan bersama oleh Kesatuan Melayu Singapura dan
Persatuan Melayu Selangor
tujuan untuk mewujudkan perpaduan kebangsaan di
kalangan orang Melayu
berjaya menghimpunkan wakil daripada semua
persatuan Melayu untuk berbincang memajukan bangsa
Melayu

tahun 1940 kongres kedua diadakan di Singapura

berjaya menarik lebih banyak penyertaan persatuan


Melayu termasuk dari Sarawak dan Brunei
menyarankan semua persatuan Melayu memajukan
orang Melayu di negeri masing-masing

kongres ketiga tidak dapat diadakan kerana Jepun telah


menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941
d) Persaudaraan Sahabat Pena
nama penuhnya ialah Persaudaraan Sahabat Pena
Malaya (PASPAM)

ditubuhkan tahun 1934

dikendalikan oleh akhbar Saudara yang menyediakan


ruangan untuk ahli-ahlinya menulis dan mengemukakan
pendapat

cogan kata mereka ialah Hidup Bahasa Hidup Bangsa

menggalakkan ahli-ahlinya dari Tanah Melayu, Singapura,


Sarawak dan Sabah bertukar pendapat
tujuan untuk meningkatkan semangat dan kesedaran
kebangsaan di kalangan mereka
pada November 1934 mengadakan persidangan di
peringkat kebangsaan yang pertama di Taiping, Perak

berjaya menghimpunkan ahli dari seluruh Tanah Melayu

semangat kenegerian dapat dipecahkan dan konsep


kebangsaan Melayu mula terbentuk
persidangan seterusnya diadakan di Pulau Pinang,
Singapura, Ipoh dan Seremban
e) Kesatuan Melayu Muda (KMM)

ditubuhkan tahun 1938 di Kuala Lumpur

merupakan pertubuhan Melayu bersifat politik yang


pertama di Tanah Melayu

dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob

pemimpin yang lain seperti Mustapha Hussain dan


Ahmad Boestamam
tujuan untuk menanamkan semangat perpaduan dan
kesedaran di kalangan orang Melayu dan mempertahankan
hak
berjuang membebaskan Tanah Melayu daripada
penjajahan British
bercita-cita menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia
untuk mewujudkan Melayu Raya
kebanyakan anggotanya terdiri daripada guru lepasan
Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)
perjuangan KMM bercorak radikal kerana mengamalkan
dasar tidak bekerjasama dan menyuarakan pertentangan
secara terbuka terhadap British
mengadakan pakatan sulit dengan Jepun untuk
menentang British
akhbar Warta Malaya digunakan untuk membangkitkan
perasaan anti British dan memperjuangkan cita-cita KMM
tahun 1941 Ibrahim Haji Yaacob dan 150 anggota KMM
ditangkap oleh British dan dipenjarakan di Singapura

mereka dibebaskan semasa pendudukan Jepun

tahun 1942 KMM diharamkan oleh Jepun

(ii)Pertubuhan Orang Cina dan India


sebelum Perang Dunia II orang Cina dan India di Tanah
Melayu lebih menumpukan perhatian kepada keadaan yang
berlaku di negara asal
a) Pertubuhan Orang Cina
awal kurun ke-20 terdapat beberapa pertubuhan orang
Cina di Tanah Melayu seperti Hsing Chong Hui dan Chung Ho
Tang

menumpukan perhatian kepada negara China

terdapat juga orang Cina yang memberi perhatian


kepada politik tempatan terutama oleh orang-orang Cina
yang lahir di Negeri-Negeri Selat atau Cina Peranakan yang
menjadi warganegara British
tahun 1900 Persatuan Orang Cina Peranakan British telah
ditubuhkan oleh orang Cina Peranakan yang berpendidikan
Inggeris
antara tokoh-tokohnya ialah Tan Jiak Kim, Lim Boon Keng,
Song Ong Siang dan Seah Liang Seah

presiden pertama persatuan ini ialah Tan Jiak Kim

antara pengasas utama persatuan ini ialah Lim Boon


Keng
tujuan penubuhannya untuk melindungi kepentingan
orang Cina Peranakan di Negeri-Negeri Selat
selain itu menggalakkan orang Cina Peranakan
memperoleh pendidikan tinggi dan teknikal

mereka juga menunjukkan taat setia kepada British

antara tokoh golongan ini ialah Tan Cheng Lock

(i) Tan Cheng Lock


lahir di Melaka
berpendidikan Inggeris di Sekolah Tinggi Melaka
dan Raffles Institution di Singapura
tahun 1923-1934 telah dilantik sebagai Ahli Tidak Rasmi
Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat
b) Pertubuhan Orang India
terpengaruh dengan gerakan kebangsaan di negara asal
sebelum Perang Dunia II
tubuhkan persatuan dengan tujuan melindungi
kepentingan orang India di Tanah Melayu
awal kurun ke-20 golongan cerdik pandai India yang
berpendidikan Inggeris menubuhkan persatuan India di
bandar-bandar utama seperti Taiping, Kuala Lumpur, Melaka,
Klang, Seremban dan Pulau Pinang
menjadi perintis kepada pembentukan pertubuhan yang
menyatukan orang India di Tanah Melayu
tahun 1039 Persatuan India Pusat Tanah Melayu
ditubuhkan

dipimpin oleh A.M.Soosay

merupakan gabungan 12 buah persatuan India dan 4


dewan perniagaan India
tujuan untuk memperjuangkan hak dan kepentingan
orang India di Tanah Melayu

TAMAT -

Anda mungkin juga menyukai