Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN SETIAUSAHA

KARNIVAL PERMAIANAN TRADISIONAL 2011


IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Pengenalan
Karnival Permainan Tradisional ini dianjurkan bagi memenuhi keperluan sukatan PJM
3112 (Pengurusan dan Pentadbiran Sukan) dan PPISMP - Pendidikan Jasmani Teras..
Melalui penganjuran karnival ini, guru pelatih telah diberi peluang menyediakan kertas
kerja, mengurus dan mengelola Karnival Permainan Tradisional 2011. Karnival ini telah
dilaksanakan pada 26 Februari 2011 sekitar jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
bertempat di Stadium Puteri Gunung Ledang, IPG Kampus Perempuan Melayu.
Sebelum
Saya telah menyediakan kertas kerja karnival dan bersama-sama penolong
setiausaha menguruskan hal-hal surat menyurat. Saya juga mencatat dan
menandatangani minit mesyuarat atau sebarang laporan kegiatan-kegiatan. Selain
itu, saya juga telah mencatat kehadiran ahli semasa mesyuarat diadakan. Sebagai
seorang setiausaha juga, saya telah menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan
oleh pensyarah penasihat dan pengurus dari masa ke semasa.
Semasa
Sewaktu

Karnival

Permainan

Tradisional

2011

ini

berlangsung,

saya

dipertanggungjawabkan untuk membantu AJK Jamuan dan memastikan semua peserta


dan urusetia mendapat makanan yang diperuntukkan. Selain itu, saya juga
dipertanggungjawabkan untuk memastikan kebersihan peralatan dan makanan semasa
jamuan berlangsung.

Selepas
Setelah

berakhirnya

Karnival

Permainan

Tradisional

2011,

saya

telah

menyediakan laporan dan menyimpan dokumen yang berkaitan dengan program.


Segala dokumen yang berkaitan telah diserahkan kepada AJK dokumentasi dan
tugas-tugas khasbagi tujuan dokumentasi.

Disediakan oleh,
.........................................
( JUHAIDAH BINTI RAZALI )
SETIAUSAHA.
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2011,
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
MELAKA.

28 FEBRUARI 2011

Anda mungkin juga menyukai