Anda di halaman 1dari 61

Mahasiswa perlu budaya ilmu

Oleh ANUAR AHMAD

Institusi universiti pada era ini dikatakan oleh ramai sarjana hanya akan berjaya menjadi
tersohor bila empat komponen utama di dalamnya bergerak bersama ke arah satu misi.

Pertama, komponen kepimpinan tertinggi universiti yang mantap perancangan dan misinya.
Kedua, komponen tenaga akademik yang hebat ilmu kepakarannya sama ada di dalam
pengajaran, penyelidikan dan penulisan berkualiti.

Ketiga, komponen tenaga pentadbiran yang cekap dan efisien serta keempat, komponen
kemahasiswaan yang berketrampilan tinggi.

Jika salah satu komponen tersebut tidak berfungsi dengan baik maka sesebuah universiti itu
akan ketinggalan.

Malah kekuatan keempat-empat komponen ini akan menentukan sejauh manakah pemain
industri berminat untuk bekerjasama dengan pihak universiti.

Lebih 10 tahun lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah merasmikan Hari Kerjaya UKM.

Keesokan harinya media massa perdana negara memetik ucapan "peringatan" beliau supaya
universiti di negara ini jangan jadi "dinosaur".

Beberapa hari selepas itu bertambah riuh apabila media memanjangkan lagi isu dinosaur
dengan cerita ungkapan "profesor kangkung" ditujukan kepada ilmuwan di universiti. Mereka
ini mencapai tahap tertinggi kepakarannya tetapi tidak mempunyai keupayaan untuk
mengaplikasikan kepakarannya di dalam konteks menyelesaikan permasalahan dan memenuhi
keperluan masyarakat semasa.

Antara lain dikatakan kualiti sesetengah para tenaga akademik tempatan bertaraf profesor
ketika itu yang masih terkebelakang ilmunya berbanding rakan-rakan setaraf mereka di luar
negara khususnya negara maju.

Kini, isu yang sama masih terus menerus dibicarakan dalam media massa. Tetapi nadanya
agak lebih tertib dan lembut.

Keadaan juga sudah berubah. Sejak penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi, sistem
pengurusan pengajian tinggi negara menjadi lebih baik dan terserlah.

Malah semakin banyak hasil penyelidikan mula dikomersial dan dikeluarkan sebagai
barangan pengguna untuk industri dan awam. Pakar dan profesor IPT sudah berjaya membuka
bidang baru melalui penyelidikan termasuklah kejuruteraan angkasa lepas dan teknologi
perubatan yang terbaru di dunia.

Semakin ramai juga ahli akademik yang dilantik di dalam pentadbiran tinggi negara termasuk
sebagai menteri serta pemimpin tertinggi GLC negara.
Soalnya, di peringkat tenaga akademik tidak dinafikan lagi kecemerlangan sudah mula
menonjol, malangnya tidak di kalangan mahasiswa. Budaya ilmu masih jauh dan asing di
dalam kehidupan mahasiswa IPT.

Apabila akhbar Utusan Malaysia beberapa bulan lalu menyiarkan rencana penulis bertajuk
"Menjana Modal Insan Mahasiswa", ramai menghantar email kepada penulis. Banyak
pandangan diberikan.

Penulis bersetuju dengan pandangan beberapa mahasiswa yang menyatakan bahawa universiti
kita pada hari ini jangan dirancang menjadi seperti sekolah tinggi. Konsep kebebasan
akademik di universiti mestilah diiktiraf oleh kerajaan.

Malangnya keadaan sebaliknya berlaku. Para pelajar semakin disogokkan dengan


pembelajaran bermodul. Mereka tidak lagi berani belajar dalam bentuk yang lain selain
berkuliah.

Nota mereka disediakan, pembentangan bukan lagi menjadi keutamaan. Modul semakin rigid
dan statik. Pembelajaran eksplorisasi dan inovasi ilmu kurang mendapat sambutan.

Maka program seperti khidmat masyarakat, projek perbincangan isu semasa di kolej
kediaman, keaktifan berpersatuan serta perbincangan isu semasa luar dewan kuliah dianggap
hanya membuang masa belajar.

Memang benar universiti adalah sebuah 'sekolah' dalam erti kata yang luas. Tetapi apabila
definisi sekolah yang digunakan sekarang sudah lebih terbatas seperti sekolah rendah,
menengah dan tinggi, maka mewujudkan makna sekolah kepada sebuah universiti akan
menjadi kabur kepada masyarakat.

Maka itu pemisahan budaya belajar antara sekolah dan universiti harus dilakukan untuk
meningkatkan keupayaan intelektual para pelajar. Jika di sekolah tujuan asasnya untuk
mendidik pelajar kepada kemahiran asas dalam kehidupan.

Oleh itu, di peringkat sekolah rendah diutamakan tentang membaca, menulis dan mengira
manakala di peringkat sekolah menengah pelajar diajarkan tentang bidang-bidang ilmu
khusus seperti sejarah, bahasa kedua, matematik lanjutan dan sains khusus dan seterusnya
dikembangkan di sekolah tinggi atau matrikulasi.

Seharusnya budaya ilmu universiti adalah tempat berlakunya cetusan ilmu baru. Kebebasan
akademik menjadi tunggak mencari ilmu baru.

Sedih dan kecewa rasanya jika di universiti, pelajar masih perlu diajar dan dilatih berkaitan
perkara asas.

Jika perlanggaran terhadap perkara ini asas ini masih berlaku maka sudah jelas bahawa sistem
pendidikan peringkat rendah dan menengah telah gagal mendidik kemahiran hidup dan
sosialisasi yang betul.

Malangnya jika kita berkesempatan meninjau keadaan di semua kampus IPT kita masih akan
berjumpa dengan keadaan sebegini.
Di universiti, seharusnya budaya ilmu menuntut pelajar melakukan perbincangan tentang
perkara baru berkaitan pemikiran, dasar kemasyarakatan sama ada yang bersifat teori atau
amali khususnya di dalam bidang pengajian masing-masing.

Di Barat, peluang ini digunakan sepenuhnya. Bukan pelik untuk pelajar di sana menjemput
ahli politik, pakar ekonomi, CEO syarikat, peguam, pejuang hak asasi, aktivis masyarakat
untuk berhujah dan berdebat tentang sesuatu dasar baru atau isu semasa.

Bukan sesuatu yang janggal juga pihak universiti ruang pengucapan umum untuk pelajar
meluahkan aspirasi mereka.

Tentu juga kebebasan akademik ini ada had dan peraturannya. Menyentuh soal sensitiviti,
menghasut dan menimbulkan ketegangan awam tentulah perlu dielakkan sama sekali tetapi
tidak menjadi kesalahan untuk membicarakan soal kesihatan, politik semasa, kemunduran
pendidikan, patriotisme atau apa sahaja yang sebenarnya akan membentuk jiwa untuk mencari
bahan-bahan di perpustakaan sebagai modal pengucapan.

Maka bila budaya berpidato, berhujah semakin kuat di kalangan mahasiswa maka budaya
membaca dan membuat penyelidikan juga akan meningkat. Keadaan ini akhirnya akan
menggalakkan pembinaan pemikiran kritis dan kreatif khususnya pemimpin pelajar.

Maka jangan lagi universiti dilihat sebagai sebuah sekolah. Jika meneliti AUKU selepas
pindaan dilakukan, kita akan sedari bahawa akta dan peraturan tersebut tidak pernah
mempunyai semangat untuk 'menyekolahkan' universiti.

Dakyah-dakyah golongan tertentu sahaja yang cuba mengaitkan bahawa AUKU (khususnya
berkaitan perkara kemahasiswaan) telah melemahkan pelajar. Itu tidak benar, tetapi jika ada
pelajar yang sudah terdakyah maka hal ini akan menjadi seperti "benar-benar" belaka.

Jika kita berkesempatan melawat IPT dalam negara hari ini, kita akan kagum dengan
bangunan-bangunan serta persekitaran yang indah, tidak kalah berbanding universiti hebat di
dunia. Namun, bila di congak-congak secara kasar peruntukan universiti, tentulah bahagian
kewangan yang besarnya disalurkan kepada membina prasarana universiti bertaraf dunia.

Soalnya adakah bahan-bahan keilmuan yang ada di dalam sesebuah universiti juga bertaraf
dunia. Berbanding dengan universiti luar negara, bukan sahaja perpustakaan di kebanyakan
IPTA kita masih menyimpan buku-buku rujukan yang lama, kita juga masih kurang
menganjurkan seminar, persidangan akademik serta bengkel berstatus tahunan yang benar-
benar bertaraf dunia.

Walaupun perpustakaan atas talian sedang berkembang, membaca buku secara fizikal masih
kuat pengaruhnya di dalam membina budaya ilmu di universiti.

Semua universiti di negara ini ingin menjadi antara universiti terbaik di dunia. Oleh itu semua
warga universiti perlu bersatu hati, kekal fokus serta memahami aspirasi kemunculan
universiti jika ingin mencapai matlamat bersama tersebut.

Penulis merupakan Timbalan Pengarah (Akademik Kolej) Pusat Perkembangan Pelajar,


Universiti Kebangsaan Malaysia
Cabaran fatwa dalam era moden

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR


pengarang@utusan.com.my

INSTITUSI fatwa merupakan institusi yang sudah lama wujud di Malaysia dan merupakan
satu sumber perundangan Islam selain daripada enakmen undang-undang bertulis di negara
ini.

Walaupun fungsi dan tanggungjawab institusi ini berbeza daripada Majlis Agama Islam dan
Mahkamah Syariah, daripada aspek perundangan, institusi ini mempunyai kuasa serta
kedudukan tersendiri seperti yang ditetapkan dalam undang-undang Islam di setiap negeri.

Institusi ini juga mempunyai peranan dan tanggungjawab khusus untuk menyelesaikan
sebarang persoalan mengenai hukum syarak serta menjelaskan kekeliruan dan kesamaran
sesuatu hukum.

Fatwa mengikut Ensiklopedia Islam didefinisikan sebagai keputusan tentang sesuatu hukum
agama (yang belum pernah diputuskan) berdasarkan al-Quran, hadis dan sumber hukum lain
termasuk ijtihad mufti (atau mereka yang berhak tentang membuat keputusan hukum syarak).

Fatwa merupakan suatu keputusan yang dibuat oleh mufti atau penjelasan hukum syarak
sesuatu kumpulan yang terdiri daripada mereka yang mahir dalam agama seperti
Jawatankuasa Fatwa dan Jawatankuasa Syariah bagi sesuatu masalah sebagai jawapan kepada
sesiapa yang bertanya secara sendirian atau berjemaah.

Pada sesi pembentangan kertas kerja pada Simposium Kebangsaan mengenai Fiqh, Sains dan
Teknologi (FST) 2009 di Johor Bahru baru-baru ini, Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir
Samsuddin berkata, fatwa berperanan memberikan penjelasan tentang hukum untuk pegangan
masyarakat di samping membuat penyeragaman hukum bagi kepentingan semua.

Terdapat empat sumber rujukan utama bagi digunakan untuk mengeluarkan sesebuah fatwa
iaitu al-Quran, sunah, ijmak dan qias.

Selain daripada empat sumber itu, Jawatankuasa Fatwa atau Mufti akan merujuk kepada
pendapat para sahabat, tabiin, imam-imam mazhab dan fuqaha' dengan mengadakan
penelitian terhadap dalil dan wajah istidlalnya.

Tahrir berkata, pendapat Mazhab Shafie akan digunakan untuk sesuatu fatwa kecuali jika
didapati sebab tertentu untuk menggunakan mazhab-mazhab Ahli Sunah Wal Jamaah (ASWJ)
lain untuk mencari pendapat yang lebih kuat dalilnya untuk difatwakan.

"Apabila masalah yang difatwakan tidak terdapat dalam ketetapan, maka ia akan dilakukan
mengikut ijtihad Jama'ie iaitu berdasarkan sumber al-masalih al-mursalah, al-urf atau al-adah
muhakkamah, syar'u man qablana, amal ahl al-madinah, al-istihab, saddu az-zarai, al-istihsan
dan kaedah-kaedah fiqh," katanya.

Al-Qardhawi dalam bukunya al-Ijtihad al-Mu'asir menegaskan, ijtihad semasa perlu


dilakukan untuk menilai kembali hasil ijtihad dan fatwa zaman lampau yang tidak lagi sesuai
dengan keadaan semasa.
Mengulas mengenai perkara itu, Al-Qhardawi menekankan, para fuqaha terdahulu sentiasa
mengingatkan tentang keperluan perubahan fatwa mengikut perubahan masa, tempat,
kelaziman dan keadaan.

Meskipun begitu, Jawatankuasa Fatwa dan para mufti hari ini terpaksa berdepan dengan
pelbagai cabaran untuk memastikan sesuatu fatwa yang dikeluarkan itu adalah tepat.

Mengulas mengenai perkara itu, Tahrir berkata, pengetahuan mendalam dalam bidang
berkaitan agama seperti fiqh, usul fiqh, tafsir, hadis dan pandangan pelbagai mazhab yang
muktabar adalah perlu. Tetapi mereka juga perlu menguasai ilmu lain termasuk
kemasyarakatan, ekonomi dan sebagainya.

Beliau berkata, mufti juga perlu memahami ciri-ciri peradaban daripada segi ideologi serta
sistem ekonomi dan memahami perbandingan agama (muqaranah al-adyan) supaya ia dapat
menjelaskan keindahan Islam itu sendiri.

"Mufti juga harus memiliki kualiti peribadi sebagai pemimpin agama yang cemerlang seperti
keterbukaan, dinamik, berani dan bersedia menanggung risiko dan sentiasa menjalankan tugas
yang diamanahkan," katanya.

Cabaran lain yang dihadapi pada waktu ini dalam mengeluarkan sesebuah fatwa ialah
merubah golongan tertentu dari sudut pemikiran atau mengubah paradigma pemikiran sesuatu
kelompok yang boleh menjejaskan penerimaan mereka terhadap sesuatu fatwa yang
dikeluarkan.

Beliau berkata, hal berkenaan turut meliputi kelompok yang fanatik dan eksklusif dengan
menolak toleransi serta inklusif sehingga tidak mahu menerima pandangan daripada orang
lain kecuali daripada kelompok itu sahaja.

Katanya, selain itu ada juga sesetengah kelompok manusia yang hanya berpegang dengan
sikap jumud dan taklid mereka sendiri tanpa memperluaskan konsep ijtihad serta
pembaharuan.

Selain itu, penyesuaian fatwa di dalam masyarakat itu sendiri merupakan antara cabaran
terkini para mufti kerana mereka terpaksa mengeluarkan fatwa mengikut kesesuaian dan
keadaan masyarakat itu sendiri yang berbeza latar belakang kehidupan.

Selain itu, beliau berkata, ketiadaan nas yang jelas dalam sesebuah masalah terutamanya
dalam bidang sains dan teknologi menjadikan para mufti terpaksa menggunakan pendekatan
ijtihad jama'ie untuk memastikan fatwa berkenaan relevan dengan peredaran zaman.

"Pelbagai isu yang tiada nas yang jelas mencakupi pelbagai bidang sama ada dari sudut
ekonomi, politik, pertanian, sains dan teknologi, pendidikan, kemasyarakatan dan pelbagai
lagi," katanya.

Beliau memberitahu, dalam memberikan fatwa, ada dua prinsip yang perlu diambil kira
sebagai asas kepada hukum iaitu fiqh dan siasah.
Prinsip fiqh mengandungi kaedah menentukan hukum berasaskan data-data syariah yang
diiktiraf manakala siasah pula mengandungi kaedah menentukan bagaimana hukum
berkenaan direalisasikan atau difatwakan dalam masyarakat.

"Kadangkala seorang mufti berjaya mencapai suatu kesimpulan hukum yang tepat berasaskan
teori fiqh tetapi berhadapan masalah untuk realisasikan hukum berkenaan memandangkan
keadaan masyarakat semasa," katanya.

Tahrir berkata, para mufti tidak dapat lari daripada kemungkinan berlakunya kesalahan dalam
fatwa yang dikeluarkan kerana terdapat beberapa unsur yang boleh menyebabkan berlakunya
kesilapan seperti kealpaan terhadap nas-nas al-Quran dan sunah, pemahaman yang
menyimpang daripada nas, tergesa-gesa dalam mengeluarkan fatwa dan sebagainya.

Dalam pada itu beliau turut memberikan beberapa cadangan bagi memastikan setiap fatwa
yang dikeluarkan menepati segala kehendak syariah dan pada masa yang sama mengekalkan
kredibilitinya selaku institusi syariah.

Beliau berkata, segala fatwa yang diwartakan hendaklah dilaksanakan secara profesional dan
program pendidikan fatwa pelu ditingkatkan secara menyeluruh di setiap lapisan masyarakat
demi mengelakkan sebarang pertikaian terhadap fatwa yang telah dikeluarkan.

Katanya lagi, institusi fatwa perlu dilihat sebagai institusi syariah dan bukannya sebagai
institusi politik bagi memastikan kredibilitinya tidak dipertikaikan dan ia juga perlu
mempunyai rangkaian kerjasama yang baik dengan semua pihak untuk tujuan penyelidikan
dan pembangunan.

"Para pegawai fatwa dan Ahli Jawatankuasa Fatwa perlu sentiasa didedahkan dengan
persekitaran baru supaya segala keputusan yang hendak dikeluarkan dengan perkembangan
semasa," tegasnya.
Jangan khianati agama dan bangsa kerana rasuah

Oleh MOHD. SHAUKI ABD. MAJID

KEHILANGAN dua buah enjin pesawat pemintas F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia
(TUDM) pada tahun 2007 ketika dalam proses penghantaran untuk diperbaiki di luar negara
menimbulkan pelbagai persoalan.

Kejadian ini mungkin menyamai apa yang berlaku ke atas simpanan kenderaan terpakai di
sebuah pejabat kerajaan di Kajang beberapa tahun lalu. Beberapa buah bas, van dan lori yang
telah diisytiharkan mempunyai sijil tidak ekonomik, sedang menanti kelulusan untuk dijual
dalam tender barangan lusuh hilang dalam simpanan.

"Orang dalam" yang tidak menunjukkan integriti dan amanah itu perlu dikenakan tindakan
keras. Ketidakjujuran golongan ini menyebabkan negara kehilangan aset bernilai jutaan
ringgit. Ketamakan mereka menyebabkan negara terus menjerumus dalam indeks persepsi
rasuah dunia.

Jika menghubungkan tingkah laku mereka yang diberikan tanggungjawab tersebut dengan
keimanan dalam Islam, maka ternyata mereka menyalahi konteks keimanan. Mereka
mengkhianati amanah.

Rasullullah SAW bersabda: "Tidak ada iman bagi seseorang yang tidak menunaikan amanah,
tidak ada agama bagi orang yang tidak memenuhi janjinya."

Jauh sebelum Rasullullah SAW dipilih sebagai rasul, Baginda membangunkan pesona diri
sebagai "Al-Amin" (orang paling dipercayai) dan menerima amanah.

Ketakwaan itu merupakan satu bentuk rasa tanggungjawab yang dilaksanakan secara penuh
kasih sayang dan cintakan rendah diri memohon keredaan Illahi.

Tanggungjawab berasal dari dua perkataan iaitu "tanggung dan jawab" membawa pengertian
luas dalam Islam. Pengertian takwa adalah satu tindakan yang bertanggungjawab mencari
keredaan Allah SWT.

Dalam negara kita, untuk menjamin keutuhan Islam dan kekuatan umat, pemimpin yang
berkuasa adalah bertanggungjawab melaksanakan amanah.

Bila kepentingan diri mendapat rujukan penting, maka tentunya tindakan yang diambil
tersebut menjadi kotor dan berbentuk rasuah.
Hal demikian, dengan sendirinya mencemarkan Islam. Mereka bukan sahaja pengkhianat
kepada rakyat secara umumnya, malah mengakibatkan agama Islam semakin tercela. Umat
Islam harus menyokong pemimpin yang tegas bertekad untuk membasmi pengamal rasuah
tanpa mengira siapa pun mereka itu.

Rasuah boleh muncul dalam setiap lapisan pekerjaan. Ahli politik, kakitangan pentadbiran,
tentera, kehakiman dan sebagainya. Para pelaku telah menodai hakikat
kebertanggungjawaban. Jika seorang ahli politik, kewujudannya untuk menyelesaikan
masalah rakyat dan bukannya memboleh sumber kekayaan dari rakyat. Seorang hakim perlu
melakukan keputusan yang adil dan bukannya berdasarkan naluri mencari kesalahan teknikal
kerana dibayar upah lebih tinggi.

Ketua tentera perlu mempertahankan negara dan alat-alat yang ada bersamanya. Walaupun
bertanggungjawab terhadap dirinya, selagi dia masih seorang tentera, ia turut menjaga aset
negara. Tetapi disebabkan bersubahat ataupun mempunyai harapan terlalu tinggi terhadap
sesuatu, maka ada yang sanggup mengkhianati negara.

Pada anggapan tertentu, "kerusi emas" iaitu kedudukan itu boleh memberikan mereka
keseronokan dan seterusnya menjadi kebal. Atas sifat itulah, kedudukan dan kekebalan
kedudukan itu digunakan untuk berkhianat.

Umat Islam juga harus berani menegur dan membongkar segala penyelewengan yang
berunsur rasuah. Ini adalah jihad sosial yang amat dituntut bagi menegakkan keadilan dalam
masyarakat. Rasulullah SAW memberi amaran keras dalam sabda Baginda: "Allah melaknat
pemberi rasuah dan penerima rasuah dan mereka yang menjadi orang tengah (perantaraan)
keduanya. Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya masuk neraka."

Realiti kehidupan kini, ramai manusia cuba melahap kuasa dan pangkat tidak lagi merasa
malu menonjolkan diri. Kadangkala bercakap secara angkuhnya, memperoleh projek tertentu
kerana memberikan sedikit keuntungan kepada mereka yang menguruskannya.

Hal ini dapat dikaitkan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sesiapa sahaja yang telah
kami lantik untuk memegang sesuatu jawatan atau kerja dan kami telah tetapkan
pendapatannya atau gaji maka apabila ia mengambil lebih dari apa yang ditetapkan itu dikira
sebagai satu penipuan dan rasuah."

Dalam konteks yang lebih luas, seseorang yang mempunyai pengaruh, kuasa dan jawatan
penting, ia akan mudah terdedah dengan amalan rasuah jika dirinya tidak mempunyai
kekuatan iman.

Bersolat tidak melambangkan seseorang itu tidak melakukan rasuah, tetapi rasa cinta kepada
Allah SWT dalam mutiara ketaqwaan akan membawa kepada terhindar daripada tragedi hidup
oleh tangan kita sendiri, iaitu perangkap rasuah. Negara boleh hancur bila rasuah berleluasa
jika masyarakatnya menganggap ia adalah sesuatu yang wajar kerana telah berjaya
mendorong mendapatkan sesuatu kepada seseorang.

PENULIS ialah Pengurus Penyelidikan,

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)


Pulihara segera alam sekitar, selamatkan bumi

Oleh ABU BAKAR YANG

KEGAGALAN persidangan mengenai iklim di Copenhagen, Denmark memang sangat


mengecewakan. Ramai yang mengharapkan ia mampu menghasilkan resolusi terbaik untuk
menyelamatkan iklim dunia.

Bagaimanapun kegagalan itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak berbuat apa-apa.

Kita sedia maklum bahawa keperluan pembangunan untuk kesejahteraan manusia sama
pentingnya dengan tanggungjawab mengekalkan kesejahteraan alam sekitar. Ia merupakan
satu tuntutan.

Jika ditinjau dengan lebih mendalam, sebenarnya keperluan kesejahteraan manusia perlu
didokong oleh usaha mengekalkan kesejahteraan alam sekitar dan bukan sebaliknya. Ini
bermakna kualiti alam sekitar yang merosot akan membawa kepada kemusnahan sumber alam
dan akhirnya mengancam kesejahteraan manusia.

Bagi umat Islam, kita seharusnya lebih terkehadapan dan menjadi wira dalam menyelamatkan
alam. Ini kerana kitalah yang sepatutnya lebih memahami bahawa ajaran Islam memberi
keutamaan dan mesra terhadap alam sekitar.

Jika kita meneliti kefahaman terhadap alam sekitar, ia boleh ditakrifkan dalam pelbagai
perspektif.

Namun dari sudut mana sekalipun alam sekitar itu difahami, ia tetap dianggap sesuatu yang
penting.

Kemelut yang melanda antara usaha memulihara alam sekitar dengan aktiviti memugar dan
memusnahkan alam menjadi lebih meruncing apabila kita telah meletakkan tahun 2020
sebagai tarikh akhir untuk mencapai status negara maju.

Ini bermakna kita hanya mempunyai sekitar 10 sahaja untuk merancang strategi pembangunan
negara dan alam sekitar serta memperbaiki apa yang telah rosak dan lemah sebelum ini.
Apakah mungkin bagi kita mencapai status tersebut dengan tidak mengorbankan kepentingan
alam sekitar? Ini adalah persoalan yang perlu diberi perhatian serius.

Pastinya penekanan pembangunan yang dicita-citakan itu akan tertumpu kepada kepelbagaian
guna tanah, perhutanan, pertanian dan sebagainya. Semuanya membabitkan alam sekitar.
Apakah kita memiliki keupayaan untuk mengimbangi arus pembangunan ini?

Memang kita tidak dapat menafikan bahawa pembangunan ekonomi perlu untuk membasmi
kemiskinan, membentuk kesejahteraan masyarakat dan memperkukuhkan keadilan sosial.
Bagaimanapun, usaha menterjemahkan dasar ekonomi negara kepada masyarakat dan
individu tidak selalunya terjadi seperti yang diharapkan. Pembangunan industri tidak lagi
dilihat sebagai usaha menyeluruh untuk membangunkan negara tetapi sebagai usaha
kelompok atau individu memperoleh pengaruh dan kekayaan.
Sikap begini mendorong pemikiran bahawa usaha pemuliharaan alam sekitar dianggap
sebagai halangan kepada proses pertumbuhan ekonomi. Inilah punca utama konflik berterusan
antara tuntutan pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar; pertembungan fahaman antara
golongan pencinta alam dan ahli industri atau usahawan!

Maka untuk menangani konflik tuntutan pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar, maka
fahaman kita terhadap alam sekitar juga perlu seluas mungkin. Ia mesti merangkumi bumi dan
penghuninya, sistem dan proses-prosesnya.

Pengetahuan manusia mengenai kepentingan alam sekitar untuk lanjutan hidup perlu
dijadikan asas dalam usaha mengimbangi pembangunan dan alam sekitar.

Manusia adalah elemen alam sekitar terpenting yang dapat mencorakkan masa depan alam
sekitar itu sendiri.

Ini adalah kerana pengetahuan, pengalaman, kepercayaan dan nilai-nilai positif yang dimiliki
dan dihayati oleh manusia adalah penentu nasib alam sekitar itu sendiri.

Sementara amalan dan kepercayaan negatif sesuatu masyarakat pula lazimnya dikaitkan
dengan ketidaksempurnaan tamadun bangsa iaitu pengetahuan yang terbatas, kelemahan
mengurus, rendah mutu kebanggaan bangsa dan nilai etika yang masih boleh dipersoalkan.

Gagasan pemikiran negatif sebegini hanya memberikan tumpuan mengenai kehendak jangka
pendek yang tertumpu kepada membina kekuasaan dan kekayaan. Inilah intipati kelemahan
manusia yang sering menimbulkan konflik antara pembangunan dan alam sekitar.

Hal ini wujud kerana alam sekitar sentiasa dilihat sebagai sumber yang boleh dieksploitasi
sesuka hati dan kepentingannya pula boleh diabaikan.

Selain itu beberapa sikap negatif manusia seperti tamak haloba, egoisme dan materialisme
merupakan kelemahan asas ke arah kemusnahan alam sekitar secara sewenang-wenangnya.

Sikap tamak merupakan musuh alam sekitar. Dalam keghairahan mengaut untung, peraturan
diketepikan, kelemahan perundangan dieksploitasi dan kepentingan umum serta bahaya tidak
diambil kira.

Sesungguhnya penghayatan nilai-nilai positif dan negatif oleh sesuatu budaya masyarakat dan
sikap manusia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan konflik pembangunan dan
alam sekitarnya.

Maka amat wajar bagi kita kembali menilai sejauh mana kefahaman terhadap falsafah
pemuliharaan alam sekitar menjadi amalan dalam kehidupan seharian.

Falsafah pemuliharaan sebenar ialah usaha mengurus alam sekitar untuk kepentingan
masyarakat dengan tidak mengabaikan kepentingannya untuk generasi akan datang.

Ini bererti seseorang itu bukannya menolak pembangunan sepenuhnya tetapi secara bijaksana
mengimbangi antara tuntutan pembangunan dengan kepentingan memulihara alam sekitar.
Sekiranya ilmu pengetahuan dan pengalaman lepas telah mengajar kita bahawa banyak sudah
spesies pupus disebabkan malapetaka, maka tidak mustahil spesies manusia juga boleh pupus
hanya disebabkan oleh bencana yang dicipta oleh tangan manusia sendiri!

PENULIS ialah Felo Pusat Kajian Sains dan Teknologi, Institut Kefahaman Islam Malaysia
(IKIM)
Segera bendung jenayah ke ataskanak-kanak

Oleh SUFFIAN ABU BAKAR

DERITA yang dialami oleh kanak-kanak mangsa pembunuhan di ibu negara kelmarin tidak
boleh dibayangkan oleh sesiapa pun.

Mayatnya ditemui dalam perangkap sampah di kolam tadahan banjir, dengan keadaan leher
terjerut dengan kain. Begitu sengsara sekali kanak-kanak malang itu menemui ajalnya.

Bayangkan betapa azabnya dia mengalami penyeksaan oleh manusia yang berhati iblis dan
sanggup berbuat demikian, sebelum dicampakkannya ke dalam kolam tadahan itu.

Hanya mereka yang tidak mempunyai perasaan sahaja yang sanggup melakukan kekejaman
itu.

Rakyat Malaysia yang berhati perut pastinya bersimpati dengan kanak-kanak malang
berkenaan.

Lebih menyayat hati, apabila siasatan polis mendapati, kematian kanak-kanak itu mungkin
mempunyai kaitan dengan ahli keluarganya sendiri.

Setakat ini, seorang wanita dan teman lelakinya ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan
dengan kematian kanak-kanak malang tersebut.

Kes ini muncul setelah dua tahun kita dikejutkan dengan pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin.

Dan sehingga kini juga, pembunuh kanak-kanak itu masih bebas. Kematian Nurin masih
belum berbalas.

Jangan lupa, kehilangan Nur Sharlinie juga sehingga kini masih menjadi tanda tanya di
kalangan masyarakat.

Belum pun reda kekusutan jenayah membabitkan dua kanak-kanak itu dihuraikan, muncul
pula kes di kolam tadahan banjir Kampung Boyan di Lorong Gurney.

Bukan kes Allahyarham Nurin Jazlin dan kehilangan Nursharlinie sahaja.

Masih ingatkah kita pada tahun 2004, Nurul Huda Ghani - ketika itu berusia 10 tahun -
ditemui mati akibat dirogol dan diliwat.

Sepuluh hari sebelumnya, Allahyarham Harirawati Saridi, juga berusia 10 tahun ditemui mati
dibunuh di kawasan semak.

Kanak-kanak itu dikatakan dibunuh semasa dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau,
Menggatal, Sabah.
Apa yang berlaku ke atas mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak itu bermakna jenayah
pedofili - tindakan psikoseksual terhadap kanak-kanak - semakin berleluasa di negara ini dan
sukar untuk dibendung.

Malah, sesuatu yang merisaukan ialah pedofilia ini boleh berlaku kepada mana-mana kanak-
kanak.

Tanpa kita sedari, ada di kalangan ahli masyarakat kita 'berselera' gila kerana menggemari
seks dengan kanak-kanak termasuk melakukannya secara sadis.

Wajar atau tidak, rakyat Malaysia perlu bersatu dan segera mencari langkah untuk
memastikan jenayah kekerasan terhadap kanak-kanak ditangani.

Penguatkuasaan oleh pihak berkuasa sahaja tidak cukup seandainya orang ramai tidak turut
serta menjaga anak-anak mereka. Pastikan tidak cuai sehingga berlaku insiden yang tidak
diingini.

Hukuman yang ditetapkan terhadap pembunuh, iaitu mati sudah cukup setimpal. Tetapi
sedarkah kita bahawa penjenayah tidak takut dengan hukuman itu selagi mereka tidak
diberkas.

Untuk itu, sama-samalah kita berdoa semoga tiada lagi kekejaman seperti ini mewarnai tahun
2010 yang bakal muncul beberapa hari lagi. Marilah kita bertekad untuk memastikan mereka
yang terlibat segera dibawa ke muka pengadilan.
Jayakan teras model ekonomi baru

PENGUMUMAN Perdana Menteri mengenai model ekonomi baru (MEB) pada Februari
nanti amat tepat pada masanya. Apatah lagi MEB ini mempunyai ciri komprehensif
merangkumi peranan keseluruhan sebuah negara.

Ia juga tepat kerana dalam keadaan ekonomi yang selama ini terlalu bergantung kepada
eksport maka apabila jatuhnya ekonomi kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan
Barat sebagai pengimport utama, kesannya dirasai oleh Malaysia.

Negara tidak boleh selamanya terperangkap dalam keadaan negara berpendapatan sederhana.
Jika MEB berjaya, ia mampu melonjakkan ekonomi negara pada tahap yang lebih baik dan
menyeluruh.

Maka, disyorkan empat teras utama MEB. Pertama, pendidikan kreatif dan inovasi, kedua
membudayakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan di kalangan rakyat Malaysia. Ketiga,
memperkukuhkan sistem kewangan dan pasaran modal. Keempat, menjayakan kesemua
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berpandukan Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

Aspek pertama amatlah penting untuk dilaksanakan bagi melahirkan generasi yang kreatif dan
inovasi.

Maka, penggubalan sistem pendidikan berorientasikan kreativiti dan inovasi haruslah


dilaksanakan dari awal persekolahan lagi. Sistem pendidikan tidak seharusnya berorientasikan
peperiksaan semata-mata.

Ambil contoh individu yang mempunyai pemikiran kreatif dan inovasi seperti Bill Gates.

Kita juga memerlukan lebih ramai lagi individu yang kreatif seperti Tan Sri P. Ramlee yang
menghasilkan pelbagai hasil seni yang amat digemari oleh semua lapisan kaum sehingga ke
hari ini.

Begitu juga, Profesor Diraja Ungku Aziz yang telah menterjemahkan idea-idea beliau dengan
tertubuhnya Lembaga Urusan Tabung Haji dan badan koperasi di Malaysia.

Mereka yang disebutkan di atas merupakan sebahagian kecil individu di Malaysia yang
mempunyai pemikiran kreatif dan inovasi dan hasilnya memberi sumbangan yang amat besar
sekali kepada generasi masa depan.

Kedua, membudayakan penyelidikan dan pembangunan. Setiap hala tuju negara seharusnya
berpaksikan penyelidikan dan pembangunan. Kedua-dua aspek ini memang amat ditekan di
negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain dan Jepun.

Penyelidikan dan pembangunan tidak semestinya dalam konteks produk yang boleh dilihat
sahaja, bahkan sesuatu idea yang dihasilkan melalui penyelidikan juga dapat memberi kesan
kepada suatu tindakan yang kreatif dan inovasi.

Sudah sampai masanya kerajaan menghargai golongan yang kreatif dan inovasi dengan
memberi anugerah berprestij seperti yang diterima oleh pemenang Hadiah Nobel kepada
rakyat Malaysia yang menghasilkan idea-idea dan produk-produk kreatif dan inovasi. Ini
bakal membuka satu platform baru kepada rakyat untuk bersaing dan mencipta nama bagi
Hadiah Nobel sebenar.

Ketiga, memperkukuhkan sistem kewangan dan pasaran modal yang sedia ada dengan
melaksanakan amalan pengurusan risiko, polisi kewangan dan fiskal yang berhemah.
Malaysia perlu mengambil pengajaran terhadap krisis kewangan yang melanda AS dan Barat.

Pada masa yang sama, Malaysia perlu berusaha membawa masuk pelaburan luar dari segenap
pelosok dunia bagi mempertingkatkan lagi kecairan sistem kewangan dan pasaran modal
negara.

Tidak ketinggalan, syarikat-syarikat Malaysia juga harus mampu bersaing menjadi pemain
industri utama dunia. Mereka perlu menggembleng segala kelebihan yang ada.

Keempat, menjayakan keenam-enam NKRA yang berpaksikan KPI. Kesemua NKRA yang
dikenal pasti bukan sahaja perlu menepati kehendak rakyat tetapi juga mampu menarik minat
dan memenuhi cita rasa para pelabur. Maka, merealisasikannya merupakan satu harapan yang
cukup besar untuk negara.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan MEB ini tidak seharusnya meminggirkan manamana


pihak.

Bagi menjayakannya, kerangka MEB mestilah menyeluruh meliputi pelbagai aspek


kehidupan rakyat dan bukan sahaja semata-mata bergantung pada ekonomi sahaja.

Rencah utamanya mestilah bertepatan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju dalam
serba serbi seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020.
Malaysia perlu transformasi pengurusan wakaf

Oleh MOHAMAD SALLEH ABDULLAH

INSTITUSI wakaf sepatutnya berperanan dalam mengangkat syiar, martabat dan keagungan
Islam.

Ia bukan sahaja daripada aspek kerohanian dan ketuhanan tetapi juga aspek lain seperti
ekonomi, politik, geopolitik, kemasyarakatan, pendidikan dan sosial.

Institusi ini wajib diuruskan secara profesional, terbaik dan kontemporari sehingga dapat
menyerlahkan kegemilangan Islam.

Ironinya penjajahan Barat telah menyebabkan sistem ekonomi Islam sedikit demi sedikit
terhakis sehinggalah umat Islam di dunia termasuk Malaysia sendiri akhirnya tidak lagi dapat
melihat keupayaan wakaf menggembleng sosioekonomi dan tamadun Islam.

Sudah sampai masanya pengurusan wakaf perlu melalui proses transformasi supaya
menjadikannya lebih cekap dan berkesan.

Sebenarnya daripada kacamata pengamal wakaf (waqf practicioner), wakaf mempunyai


banyak masalah terkumpul.

Masalah wakaf bermula daripada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) mula mewarisi harta
wakaf, tiada inventori harta, pentadbiran wakaf di bawah muttawali atau nazir tidak
bertauliah.

Selain itu, tanah wakaf diurus orang bukan Islam, tanah wakaf semak, terbiar dan terjual
hingga kepada isu harta diwakaf secara lisan, wakaf tidak didaftarkan dan tiada dokumen
wakaf sehingga kepada isu-isu untuk membangun dan memajukan harta wakaf.

Itu belum lagi isu mengenai harta-harta wakaf yang tidak dapat dikawal sehingga
menimbulkan pelbagai masalah lain seperti cukai tanah tertunggak, cukai pintu premis wakaf
tinggi, tanah wakaf dirampas oleh pejabat tanah dan premis wakaf disita oleh pihak berkuasa
tempatan.

Ia juga meliputi pendapatan wakaf tidak dapat menampung perbelanjaannya, wakaf tidak
produktif dan self generating, pengambilan tanah wakaf yang belum dibayar pampasan, wakaf
belum diistibdal (dibeli tanah ganti) dan manfaat wakaf tidak sampai kepada maukuf alaih
(penerimanya).

Boleh dikatakan isu wakaf sangat banyak, kronik dan memerlukan perhatian penuh dan
berfokus. Dari segi peruntukan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri, tugas
untuk menguruskan wakaf berada di tangan MAIN yang dilantik sebagai pemegang amanah
tunggal.
Jika begitu kenapa isu wakaf masih berbangkit? Rata-rata kerana MAIN sendiri mempunyai
pelbagai masalah sehingga mengekang perkembangan dan pembangunan wakaf.

MAIN tidak mempunyai kakitangan mencukupi untuk menguruskan wakaf sedangkan


masalah wakaf banyak. Maka fokus untuk menyelesaikan masalah wakaf tidak ada, tambahan
pula pada masa sama wujudnya tuntutan kerja di bidang lain seperti baitulmal, zakat, sumber
am dan pembangunan Islam. Jika begitu, hendak ke mana wakaf?

Apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh MAIN? Sesuatu pembaharuan yang konkrit mesti
dilakukan.

Kaedah yang boleh dilaksanakan ialah transformasi pengurusan wakaf. Ia bermaksud anjakan
pengurusan wakaf kepada suatu kaedah pengurusan bentuk baru yang dapat membantu
meningkatkan imejnya.

Kaedah baru perlu dicari untuk memperbaiki permasalahan wakaf. Terdapat tiga pilihan
kaedah yang boleh dilaksanakan iaitu penambahan kakitangan di bahagian wakaf,
outsourcing aktiviti wakaf dan strategi pengkorporatan wakaf. Perkara ini mudah untuk
dicadangkan tetapi sebenarnya sukar untuk dilaksanakan.

Penambahan kakitangan baru hanya boleh dilakukan jika MAIN mempunyai sumber
kewangan mencukupi. Penambahan kakitangan juga melibatkan banyak prosedur dan proses
birokrasi walaupun untuk melantik kakitangan kontrak.

Jadi ia lambat untuk menjadi kenyataan. Jika begitu, apakah peranan wakaf patut diketepikan
atau perlu menunggu lebih lama sebelum mendapat perhatian?

Strategi kedua ialah outsourcing sesetengah aktiviti wakaf. Ini bermakna sebahagian aktiviti
terpilih wakaf boleh diswastakan atau ditenderkan kepada pihak lain atau perunding yang
mempunyai kepakaran. Di antaranya ialah seperti aktiviti pembersihan kubur atau masjid,
pembaikan kecil dan penyelenggaraan aset.

Pengurusan pungutan sewa aset wakaf juga boleh diswastakan tetapi ini akan membawa
impak lain terutama dari segi kemampuan mengutip dan bidang kuasa undang-undang.
Bagaimanapun sesetengah MAIN tidak berminat menswastakan kutipan sewa kerana ini akan
mendedahkan banyak rahsia dan strategi MAIN kepada pihak luar.

Penswastaan juga memerlukan MAIN mempunyai kedudukan kewangan yang mencukupi.


Bagaimana pula dengan pengkorporatan wakaf ?

Ini adalah satu isu baru dan sangat menarik jika dapat menjadi kenyataan. Ketika ini isu ini
masih belum dapat diterima oleh pembuat dasar dan pengurusan tertinggi MAIN.

Walaupun ada bukti kejayaan mengkorporatkan zakat tetapi hanya enam negeri (Wilayah
Persekutuan, Pulau Pinang, Selangor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan) sahaja telah
mengkorporatkan pengurusan zakat manakala negeri-negeri lain belum melaksanakannya.

Bagi sesetengah negeri pengkorporatan institusi wakaf dirasakan belum diperlukan. Ini kerana
mengkorporatkan wakaf bermakna menyerahkan pengurusan wakaf kepada pihak lain.
Walaupun demikian masalah ini ada jalan keluarnya dengan penubuhan anak syarikat MAIN
sendiri di bawah Akta Syarikat 1965. Untuk tujuan kawalan dan pemantauan, MAIN boleh
memegang 100 peratus saham anak syarikat ini. Kaedah pengkorporatan lain ialah penubuhan
Yayasan Wakaf Negeri (YWN), sebuah pertubuhan yang berorientasikan kebajikan.

Status ini melayakkan YWN untuk mendapat pengecualian cukai korporat dan zakat
perniagaan. Kesimpulannya, terpulanglah kepada MAIN sendiri untuk memilih mana-mana
kaedah yang sesuai.

MAIN mempunyai 3 pilihan, samada untuk menambah jumlah kakitangan wakaf,


menswastakan sebahagian aktiviti wakaf yang strategik atau melaksanakan strategi
pengkorporatan wakaf.

Apa pun pilihan yang dibuat oleh MAIN, paling tidak wakaf mestilah kembali berperanan
sebagai wadah untuk memajukan pembangunan sosio ekonomi umat Islam di Malaysia.

Dan untuk mencapai hasrat tersebut, wakaf perlulah melalui proses transformasi pengurusan
agar sumbangan wakaf kepada ummah akan menjadi lebih signifikan dan releven. Untuk
berubah, wakaf perlukan transformer.

PENULIS ialah Penyelidik Bersekutu

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia

Media, rasis dan republik Malaysia

RASIS oleh media bukan berbahasa Melayu serta usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara republik adalah antara yang dikupas oleh para penulis blog beberapa hari ini.
Raja Petra Kamarudin dalam Go Malaysian (gomalaysian.blogspot.com) menulis, negara
memerlukan sekurang-kurangnya satu atau dua generasi lagi sebelum orang Melayu berasa
selesa untuk berbincang tentang penghapusan sistem beraja dan mengubah Malaysia menjadi
sebuah republik. Katanya, ini pasti akan berlaku kerana sistem beraja termasuk raja
berperlembagaan adalah sistem yang sudah ketinggalan zaman.

“Jadi, menjelang 2100, kemungkinannya adalah besar bahawa kerajaan yang berasaskan
monarki tidak lagi wujud. Kita kini berbicara tentang raja-raja Melayu. Maka kita perlu
memberikan waktu bagi orang Melayu bersiap sedia untuk menyingkirkan raja-raja mereka,”
tulisnya.

Dr. Siddiq dalam Written By Him (writtenbyhim.wordpress.com) yang mengulas tulisan Raja
Petra itu berkata, beliau terkejut dengan gesaan Malaysia Today yang mahukan rakyat
menghapuskan sistem beraja dan membentuk republik.

Katanya, Raja Petra perlu bertanggungjawab dan bukannya melempar batu kemudian
bersembunyi di sebalik tembok apartmen di London.

“Inilah lelaki yang menyokong liberalisasi dalam pakatan pembangkang. Lelaki ini yang tidak
habis-habis dengan propagandanya. Saya tertanya-tanya apakah reaksi Melayu dalam pakatan
pembangkang tentang tulisan ini. Mahukah mereka menjilat punggung RPK?” tulisnya.

Blog Maharaja Blogger (maharajablogger.blogspot.com) menyentuh sikap kecinaan akhbar-


akhbar berbahasa Cina yang masih memperjuangkan kebudayaan dan identiti ibunda mereka.

Tulisnya, hal ini berbeza dengan Singapura yang menutup semua institusi kebudayaan Cina
termasuk sekolah dan universiti sejurus mencapai kemerdekaan.

“Memang benar orang Cina di Barat seperti Amerika dan Kanada mendapat layanan yang
baik. Sebab utamanya ialah kerana mereka tidak membuat tuntutan berbentuk perkauman
seperti menuntut bahasa Cina diberikan pengiktirafan dalam pelajaran dan persekolahan
seperti di Malaysia,” katanya.

Tulisnya, bagaimanapun kaum Cina di Singapura tidak dapat menikmati kehidupan mewah
dengan berumah banglo, berkereta mewah melainkan benar-benar berjaya dalam perniagaan
berbanding di Malaysia walaupun mereka hanya penjual sayur atau penjaja.

“Malaysia ketika ini didatangi orang Cina dari China yang mahu mencari pekerjaan dan cuba
menetap di sini. Mereka sanggup menghadapi risiko masuk secara haram.Percayalah jika
dibuka pintu untuk orang Singapura menjadi rakyat Malaysia, maka ramai yang akan
meninggalkan negara itu,” tulis beliau.

Cucu Tok Wan dalam Depa Kata (depa-kata.blogspot,com) menulis, ramai yang terlepas
pandang terhadap akhbar berbahasa Cina yang menghasut dan rasis.

Tulisnya, pemimpin pembangkang sering menguar-uarkan Utusan Malaysia sebagai rasis


sedangkan mereka tidak pernah menyebut sekali pun tentang akhbar-akhbar Cina.

Tertanya-tanya kita tentang fungsi sebenar Kementerian Dalam Negeri (KDN) terutama yang
membabitkan unit penerbitan, akhbar dan majalah.
“Kalau yang berbahasa Melayu, bukan main pantas lagi bertindak. Tak cukup permit
penerbitan digantung, pemiliknya dipanggil menghadap bahkan dikenakan ancaman penjara
dan denda kerana melanggar peraturan permit.

“Namun apabila membabitkan Cina atau Tamil, KDN seolah-olah buta mata dan hilang
keberanian. Boleh jadi, tak ada penterjemah atau mereka yang boleh membaca tulisan Cina
dan Tamil di KDN,” katanya
ARKIB : 03/12/2009

Dari sisa kumbahan ke bahan binaan

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

MASALAH sisa kumbahan menyebabkan


kerajaan perlu mengadakan pelbagai usaha
untuk merawatnya.

Setiap hari sisa kumbahan makin bertambah


dengan pertambahan penduduk dan pelbagai
langkah perlu dilakukan untuk menangani
masalah berkenaan.

Pada tahun 2006, Jabatan Alam Sekitar


mendapati 48 peratus pencemaran air Dr. Zularisam Ab. Wahid menunjukkan bio-brick yang dihasilkan dari
sisa kumbahan dan sesuai bagi bahan binaan.
berpunca daripada loji rawatan kumbahan, 45
peratus dari industri, lima peratus ladang
ternakan manakala selebihnya industri asas
tani.

Justeru sekumpulan pensyarah dan penyelidik dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah
menyahut cabaran menjalankan kajian bagi menghasilkan bahan berguna daripada sisa
buangan terutama kumbahan.

Kajian yang diketuai oleh Dr. Zularisam Ab. Wahid dijangka dapat mengurangkan sisa
kumbahan yang bertambah saban tahun dengan menjadikannya sebagai salah satu campuran
dalam bahan binaan.

Bahan yang dinamakan bio-brick dihasilkan daripada sisa kumbahan kering dan loji rawatan
air dengan nisbah tertentu.

"Ini bagi menentukan batu bata yang dihasilkan menepati piawaian yang ditetapkan oleh
Malaysia Standard (MS) dan British Standard (BS) dalam kekuatan, ketumpatan, kulat dan
penebatan," katanya.

Sebelum ini, jelas Dr. Zularisam, masalah yang sering dihadapi adalah masalah kulat atau
fungus yang tumbuh di dinding.

Justeru kajian menunjukkan hanya 20 peratus sisa kumbahan digunakan bagi menggantikan
nisbah pasir.

Biasanya dalam pembuatan batu bata, satu bahagian simen digunakan dengan enam bahagian
pasir.

"Tetapi dalam teknologi ini nisbah pasir dikurangkan dan digantikan dengan sisa kumbahan,"
katanya.
Kajian yang dijalankan menunjukkan batu-bata yang dihasilkan daripada sisa kumbahan dapat
bertindak sebagai penebat haba yang baik.

Menggunakan batu-batan biasanya sebuah rumah akan panas semasa siang dan sejuk pada
waktu malam.

"Bagaimanapun rumah menggunakan Bio-brick terasa dingin pada siang dan hangat pada
malam hari kerana haba yang diserap pada siang lambat dibebas di dalam rumah," katanya.

Apa yang lebih menarik, Bio-brick lebih ringan dan secara langsung dapat mengurangkan kos
tenaga buruh.

Justeru penggunaan Bio-brick bukan saja dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar tetapi
juga mengurangkan kos bahan binaan yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

Dr. Zularisam berkata, setakat ini Bio-brick masih dalam peringkat ujian makmal dan industri
sebelum boleh dikomersialkan.

"Sehingga kini terdapat beberapa syarikat yang berminat untuk menjalinkan kerjasama dan
menggunakan teknologi menghasilkan Bio-brick," katanya.

ARKIB : 03/12/2009

Sistem pengawasan DIY untuk rumah, pejabat


TERSENARAI di Papan Utama Saham
Malaysia, Green Packet Berhad (Greenpacket)
sebuah syarikat pemaju peranti dan pembekal
rangkaian jalur lebar wayarles yang terulung
telah melancarkan satu produk baru iaitu IRIX
123 (IRIX).

IRIX merupakan sistem pengawasan


KINI anda boleh mengawasi rumah, pejabat, kedai atau taman permainan
berasaskan Protokol Internet (IP) bagi rumah tempat anak anda bermain melalui kamera yang dihubung ke Internet.
dan pejabat kecil di rumah yang boleh diakses
secara jauh dari portal laman web melalui
komputer riba atau telefon 3G.

Kini, keselamatan bukan lagi dikira sebagai keutamaan tetapi satu keperluan.

"IRIX123 menawarkan keselesaan bagi mereka yang sentiasa berada di luar tetapi perlu
mengetahui segalanya selamat di rumah atau pejabat.

"Selagi anda mempunyai sambungan Internet melalui komputer atau telefon mudah alih
3G/WiFi, IRIX123 boleh diakses," ujar Pengurus Besar Kanan Greenpacket, Kelvin Lee.

Beliau berkata, IRIX direka khas untuk dipasang dengan tiga langkah mudah.

"Pasang kamera, sambung router tanpa wayar, daftar masuk ke www.irix.com.my dan anda
boleh lihat apa yang berlaku di rumah atau pejabat anda dari seluruh dunia," katanya dalam
satu kenyataan.

Greenpacket membangunkan IRIX123 sebagai sistem pengawasan yang paling mesra


pengguna, berpatutan dan fleksibel, sesuai bagi kegunaan di rumah atau perniagaan kecil.

Hasil dari kajian pengguna sewaktu pembangunan produk, syarikat mendapati bahawa
kebanyakan pengguna inginkan sebuah sistem pengawasan yang tidak memerlukan banyak
wayar dan kabel, pemasangan yang mudah dan kurang konfigurasi.

kawalan

Pengguna juga melahirkan kebimbangan terhadap pemasang pihak ketiga dan oleh itu,
mereka inginkan sebuah sistem yang memberikan mereka kawalan sepenuhnya.

Selain itu, Greenpacket juga telah mengambil kira kriteria pembelian pengguna sewaktu
mereka mereka cipta IRIX123 dan mengenal pasti keperluan mereka terhadap sistem yang
mampu dimiliki dan mesra pengguna dengan tidak mengkompromikan ciri-ciri keselamatan.

"Ia adalah inspirasi bagi pelancaran sistem pengawasan DIY," jelas Lee.

Kamera IP di dalam sistem IRIX123 adalah tanpa wayar yang tidak memerlukan banyak
penggerudian dan pemasangan kabel.
Ini menjadikan pengaturan dan pemasangan lebih mudah dan selesa walaupun bagi mereka
yang tidak mahir dalam teknologi.

Juga tiada konfigurasi diperlukan bagi kamera IRIX kerana ia hanya memerlukan pendaftaran
mudah di portal www.irix.com.my.

Portal dan perisian sistem direka oleh Greenpacket iaitu syarikat pertama yang melancarkan
gabungan unik ini.

Dengan IRIX123, kini pengguna tidak lagi mempunyai alasan untuk tidak memiliki sistem
pengawasan mereka sendiri.

Pertama, dengan ciri-ciri DIY, pengguna mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas sistem dan
tidak perlu bimbang tentang pemasang pihak ketiga yang memecah masuk dan memiliki akses
ke dalam sistem pengawasan.

Kedua, rekaan mudah IRIX123 tidak memerlukan kepada penggerudian dan pemasangan
kabel yang mana dapat mengurangkan kos pengaturan dan pemasangan - ia sebuah sistem
yang mudah dan mampu milik.

Dan ketiga, IRIX123 membolehkan pengawasan ketika di luar, satu ciri-ciri utama yang
sesuai dengan gaya hidup yang sibuk.

Pengguna dapat memantau rumah dan perniagaan mereka bila-bila masa dan di mana jua
melalui sebuah komputer atau telefon 3G atau WiFi.

IRIX123 Greenpacket dengan harga belian terbaik di pasaran dan paling mudah dipasang.

Greenpacket akan mula memasarkan IRIX123 melalui pengedar jalur lebar dan harga jualan
sebanyak RM1,588 bagi dua kamera.

Sempena dengan pelancaran produk, kad memori 2GB dan perisian pengurusan video akan
diberikan secara percuma sebagai hadiah saguhati.

Lima serangan terhadap rangkaian sosial

Oleh GUILLAUME LOVET


Kini laman web rangkaian sosial seperti
Myspace, Facebook, dan Twitter melebihi
fungsi asas sebagai pengantara untuk
berhubung dengan ahli keluarga dan rakan-
rakan. lmelayari laman web sosial kini semakin popular di seluruh dunia.

Perkembangan pesat laman-laman web ini


juga membuka saluran baru kepada syarikat-syarikat untuk berkomunikasi dan berhubung
dengan rakan-rakan perniagaan dan para pelanggan mereka.

Syarikat korporat sedang menyelidik dan mengkaji penggunaan saluran rangkaian sosial yang
bercirikan kos efektif bagi tujuan memperbaiki operasi perniagaan, meningkatkan daya
pengeluaran serta memperbaiki komunikasi dalaman di kalangan para pekerja yang kian
bertambah.

Bagaimanapun, laman-laman rangkaian sosial ini berkemungkinan mendatangkan bahaya dan


risiko yang baru kepada rangkaian-rangkaian korporat tanpa diketahui oleh orang ramai.

Justeru, industri adalah dinasihatkan supaya tidak terlalu agresif dalam mengikuti aliran
semasa terbaru ataupun tergesa-gesa untuk menjadikan rangkaian sosial sebagai alat
komunikasi.

Disebabkan laman-laman rangkaian sosial kian dijadikan sebagai alat pemasaran, semua
syarikat dengan penggunaan perkhidmatan atas talian sepatutnya diberitahu mengenai Lima
Serangan Rangkaian Sosial yang Utama yang mana mereka berkemungkinan besar akan
terdedah kepadanya semasa meletakkan syarikat mereka dalam talian dan cara bagaimana
yang boleh dilaksanakan bagi melindungi diri mereka.

1. Malware - cecacing Koobface telah mengancam Facebook buat jangka masa yang agak
panjang, dan ia turut menjadikan Twitter sebagai sasaran buat kebelakangan ini.

Serangan adalah melalui kejuruteraan sosial, disebabkan para pengguna biasanya dikelirukan
untuk klik ke atas pautan berniat buruk yang bersembunyi dalam pesanan peribadi dan
berpura-pura sebagai kawan (yang mungkin menjangkiti diri mereka).

2. Hak persendirian - Pengguna yang mempunyai kecenderungan untuk mendedahkan


maklumat peribadi yang melebih dalam talian, sebagai contoh, rangkaian sosial, komen,
gambar-gambar ahli keluarga, berkenaan dengan tempat kerja dan sebagainya.

Ini membolehkan maklumat berkenaan jatuh ke tangan penjenayah siber yang tidak beretika
serta disalahgunakan untuk menggodam ke dalam soalan-soalan keselamatan perkhidmatan
dalam talian dengan lebih efektif, seterusnya terdorong mencuri identiti.

Penggodam juga boleh menggunakan maklumat berkenaan bagi tujuan menjana serangan
yang telah disasarkan.
Sebagai contoh, seseorang penggodam sanggup menghabiskan masa selama beberapa minggu
tanpa rehat dan beberapa liter kopi demi menembusi rangkaian korporat sesebuah syarikat dan
cuba untuk mencari kelonggaran di dalam sistem keselamatan rangkaian sasarannya.

Selain itu, dia boleh mencari nama akauntan kewangan, kemudian mengambil masa lima
minit untuk semak imbas profil sosialnya, seterusnya lima minit lagi untuk menulis e-mel
yang berlandaskan minat akauntan berkenaan yang bernasib malang.

e-mel tersebut adalah pembawa pautan berniat buruk atau dokumen yang berniat buruk.

3. Tipu helah (phishing) - Rangkaian sosial merupakan gudang yang kaya dengan pelbagai
maklumat, dari maklumat dan profil peribadi sehinggalah pesanan dalam profil yang mungkin
memudahkan penjenayah siber mencipta pesanan e-mel palsu ataupun laman web palsu (lebih
dikenali sebagai laman phishing) . Ia

Ia dihasilkan bagi mengumpan mangsa-mangsa supaya memaparkan maklumat peribadi yang


sensitif seperti nama pengguna dan kata laluan atau nombor kredit kad.

4. Kecacatan laman - Pada awal bulan Jun, suatu kelonggaran telah dijumpai dalam Facebook
yang memberi kuasa kepada para penggunanya untuk mengimbas maklumat asas daripada
sebarang akaun yang lain, bergantung kepada tahap hak persendirian yang telah ditentukan
oleh pengguna.

Maklumat tersebut termasuklah nama ibu, biasanya digunakan sebagai soalan keselamatan
atas talian dan pemeriksaan keselamatan kehidupan seharian.

Kelonggaran itu telah dibaik pulih pada 23 Jun, tetapi seperti mana kepingan yang
diprogramkan 100 peratus, kesemua laman-laman sosial ini mempunyai kecacatan.

Sebagai makluman, sesetengah daripada kelemahan ini telah pun dikemukakan, sementara
yang lain belum lagi ditemui.

Oleh itu, para pengguna perlu berwaspada terhadapnya.

5. Spam 2.0 - Salah satu kemungkinan yang menyebabkan penjenayah siber memancing bagi
akaun rangkaian sosial adalah untuk menggunakan maklumat berkenaan bagi tujuan
pengiklanan dan spamming.

Justeru itu, bagaimana anda boleh melindungi syarikat anda (nilai jenama di risiko) serta diri
anda dalam keadaan yang sedemikian?

Baiklah, yang pertama, anda boleh lebih berwaspada apabila menerima pesanan (meskipun ia
datang daripada kawan) yang kelihatan pelik.

Sebagai contoh, mengajak anda untuk menonton video.

Apakah yang perlu dilakukan oleh orang ramai bagi menentang serangan tersebut?

Berwaspadalah apabila menerima pesanan (meskipun ia datang daripada kawan) yang


kelihatan pelik (terutamanya jika ia mengajak anda untuk menonton video).
Jangan memasang Codec apabila suatu laman menggalakkan anda supaya berbuat demikian -
bagi laman video gerakan atas talian yang popular seperti YouTube yang menggunakan Flash,
anda tidak perlu Codec video.

n Penulis adalah Pengurus Kanan, Pasukan Respons Ancaman, EMEA Fortinet


Technologies.

ARKIB : 24/12/2009
Peluang saksi fenomena bulan
gerhana

Rakyat Malaysia akan berpeluang untuk


menyaksikan fenomena gerhana bulan separa
dari pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi pada 1
Januari ini.

Secara amnya, gerhana bulan akan berlaku


ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang
sama bulan melintasi bayang bumi seperti
yang ditunjukkan dalam rajah.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa negara


(Angkasa), fenomena gerhana tersebut akan
bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada
pukul 1.17 pagi waktu Malaysia.

Bagaimanapun semasa fasa penumbra ini,


kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat
diperhatikan memandangkan bulan merentasi
bayang penumbra bumi yang kurang gelap.
Antara teleskop yang digunakan untuk mencerap fenomena bulan
gerhana.
Menurut kenyataan itu lagi, gerhana yang
jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki
bayang umbra bumi ( U1 ) bermula pukul
2.53 pagi sehingga gerhana maksimum pada 3.24 pagi.

Bulan akan keluar dari bayang umbra Bumi ( U4 ) pada pukul 04.53 pagi.

Gerhana masih terus berlaku sehingga pukul 5.28 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat
disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang
kurang gelap.

Dalam pada itu, sempena fenomena gerhana bulan separa ini, Angkasa dengan kerjasama
Masjid Negara akan menganjurkan bersama program gerhana bulan separa di perkarangan
luar Masjid Negara (berhampiran dengan tapak ekspo) pada 1 Januari ini bermula pukul 1
pagi hingga 6 pagi.

Orang awam dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah
teleskop yang disediakan dan ia adalah percuma.

Bagi yang tidak berkesempatan, anda berpeluang menyaksikan siaran langsung gerhana bulan
separa di laman web www.angkasa.gov.my pada awal pagi 1 Januari 2010 pukul 1.17 hingga
5.28 pagi.
ARKIB : 24/12/2009

Internet mudah alih untuk


masyarakat luar bandar

maximus J. ongkIlI (tiga dari kiri) MELANCARKAN INFOsti@mosti di


Kota Marudu, Sabah baru-baru ini yang turut dihadiri Krishnakumar
Guda (kanan).
Ericsson mengorak langkah kehadapan dalam membantu masyarakat apabila bekerjasama
dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menubuhkan Pusat Inovasi
Mudah Alih bagi mempromosikan aplikasi dan kandungan Internet mudah alih kepada
penduduk luar bandar.

Syarikat terbabit telah berganding bahu dengan MOSTI menerusi agensinya MIMOS Bhd.
untuk mengadakan demonstrasi pelbagai aplikasi berasaskan Internet pada telefon mudah alih
pada majlis penerangan kepada pihak media dan masyarakat tempatan di Kota Marudu,
Sabah, baru-baru ini.

Aplikasi tersebut, Infosti@Mosti, adalah sebahagian dari program masyarakat teknologi


maklumat dan komunikasi (ICT) luar bandar MOSTI yang merangkumi e-kerajaan, e-
kesihatan, e-perdagangan dan e-pendidikan.

Sebelum ini, ia telah dipromosikan menggunakan skrin besar atau komputer biasa atau
komputer riba.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus J. Ongkili,
MOSTI amat gembira dapat memberikan penerangan tentang aplikasi dan kandungan
Infosti@mosti pada landasan mudah alih kepada rakyat Malaysia khususnya masyarakat luar
bandar dan kawasan pendalaman.

Beliau yang juga ahli Parlimen Kota Marudu berkata, ini merupakan satu langkah besar untuk
membuktikan komitmen kerajaan Malaysia bagi memastikan masyarakat luar bandar tidak
ketinggalan dalam aspek ICT dan arus kemajuan Internet.

''Cara pendekatan kerjasama untuk membangunkan Pusat Inovasi Mudah Alih dengan
Ericsson adalah salah satu daripada pelbagai program kerjasama bersama syarikat swasta
untuk merangsang agenda ICT 1Malaysia,'' katanya.

Ericsson ialah pemimpin dunia dalam pembekalan teknologi dan perkhidmatan kepada
syarikat telekomunikasi.

Menurut Ongkili lagi, bersama Ericsson, MOSTI percaya, pelaksanaan yang pantas dan
menguntungkan akan dapat memanfaatkan orang ramai terutamanya masyarakat luar bandar
dan kawasan pedalaman.

Ericsson akan menyediakan Platform Penghantaran Perkhidmatan Mudah Alih (MSDP) iaitu
elemen terpenting dalam Pusat Inovasi Mudah Alih.

Dengan MSDP, pelbagai aplikasi berasaskan Internet akan dikodkan dan dikemaskini secara
automatik untuk disesuaikan dengan pelbagai saiz skrin peralatan mudah alih.

MSDP Ericsson kini merupakan platform penghantaran perkhidmatan terulung di dunia dan
menyelenggarakan lebih dari 2,800 jenis peralatan yang berlainan dalam pasaran dengan lebih
70 pusat cawangan seluruh dunia.

Sementara itu, Presiden Ericsson Malaysia, Krishnakumar Guda berkata, pihaknya percaya
bahawa masyarakat luar bandar akan melalui pengalaman menggunakan Internet pertama
mereka melalui telefon mudah alih berdasarkan kemampuan dan kemudahan penerimaannya.
''Masyarakat luar bandar tidak seharusnya dipinggirkan dan kami yakin terdapat teknologi,
kebolehan dan peluang perniagaan untuk memastikan kumpulan masyarakat ini dapat
menerima ICT dan budaya inovasi yang diperlukan supaya terus maju.

''Kami amat gembira kerana dapat bekerjasama dengan kerajaan yang progresif di Malaysia
dalam mencapai visi syarikat kami, iaitu untuk memperkasakan rakyat, perniagaan dan
masyarakat,'' katanya.

ARKIB : 20/12/2009

Memberi pilihan rawatan terbaik

Oleh NURUL ANUAR KARI


kesihatan@utsuan.com.my

KANSER! Satu perkataan yang


menggerunkan, ditafsir sebagai 'pasti mati'
oleh sesetengah masyarakat umum yang
kurang memahaminya. Secara perubatan, kanser atau barah cuma merujuk kepada satu
kumpulan penyakit yang melibatkan ketumbuhan abnormal yang tidak terkawal.

Ketumbuhan ini mungkin menceroboh ke struktur tisu yang sihat, memusnahkan tisu sihat
dan mungkin juga merebak (metastasis) ke bahagian badan yang lain melalui salur darah atau
salur limfatik.

Tahap ketumbuhan, pencerobohan dan penyebaran menjadi asas menentukan jenis kanser
berkenaan membahayakan atau tidak.

Bermacam jenis

Kebanyakan kanser membentuk ketumbuhan pejal (tumor) tetapi ada yang tidak - seperti
leukemia (kanser darah).

Kanser juga tidak mengenal usia tetapi semakin kerap dikesan mengikut peningkatan usia
individu.

Dianggarkan sekitar 13 peratus kematian global pada 2007 berlaku akibat kanser. Namun, ini
tidak bermakna mereka yang menghidap kanser pasti akan menemui ajal!

Kanser berpunca daripada perubahan abnormal kepada struktur genetik (DNA) sel badan.
Perubahan genetik yang abnormal ini mungkin diwarisi atau berlaku akibat faktor
persekitaran seperti bahan kimia, radiasi, jangkitan kuman dan asap rokok.

Kebiasaannya, sel badan yang mengalami kerosakan teruk pada struktur atau genetiknya akan
memusnahkan diri (bunuh diri) secara automatik - bagi mengelakkan fungsi dan ketumbuhan
abnormal.

Bagaimanapun, ada sesetengah sel yang mengalami kerosakan 'enggan' membunuh diri,
seterusnya mula membiak di luar kawalan.

Sistem imuniti badan individu yang sihat kebiasaannya dapat mengesan sel kanser di
peringkat awal dan membunuhnya.

Tetapi, jika sistem imuniti lemah atau sel kanser berjaya 'menyorokkan diri', ketumbuhan
kecil boleh membentuk kanser teruk yang boleh membahayakan nyawa pesakit - bergantung
kepada tapak ketumbuhan terbentuk.

Pengesahan kanser akan memerlukan beberapa ujian khusus mengikut tapak ketumbuhan,
kebiasaannya memerlukan pengambilan biopsi (contoh tisu) untuk melihat perubahan struktur
sel dan tisu (antara normal dan sel kanser).

Kebanyakan kanser kini boleh dirawat dan penghidap sesetengah jenis kanser mampu pulih
sepenuhnya - bergantung kepada jenis, lokasi dan tahap kanser berkenaan.

Sejak sekian lama, pembedahan, kemoterapi dan radioterapi menjadi kaedah rawatan utama
untuk kebanyakan kanser.
Malangnya, ketiga-tiga kaedah ini boleh memberi beban besar terhadap kesihatan dan
menjejaskan kualiti hidup pesakit.

Namun, perkembangan ilmu dan teknologi perubatan telah membawa kepada lebih banyak
kaedah rawatan yang lebih berkesan dan kurang menjejaskan kualiti hidup pesakit.

Penemuan-penemuan baru memungkinkan aplikasi vaksin (kanser serviks), teknologi


molekular bagi mengenalpasti gen kanser lebih awal, pemeriksaan berkala yang lebih tepat,
rawatan khusus mengikut keperluan individu dan juga kelas rawatan khusus yang menghalang
perkembangan dan penyebaran sel kanser.

Kanser buah pinggang

Seperti kebanyakan kanser lain, kanser buah pinggang (RCC) menjadi kanser berbahaya
kerana kesukaran dikesan di peringkat awal, dan boleh membawa maut apabila dikesan pada
peringkat lewat.

Dianggarkan 200,000 kes RCC baru dikesan setiap tahun di seluruh dunia, dengan 25 hingga
30 peratus daripadanya dikesan pada tahap lewat - metastasis (sudah merebak).

"Di Malaysia, RCC lebih banyak berlaku di kalangan lelaki berbanding wanita dengan nisbah
2:1, terutamanya di kalangan pesakit berketurunan Cina.

"Kadar kejadian RCC juga meningkat dengan mendadak selepas seseorang itu melangkaui
umur 40 tahun," jelas Datuk Dr. Mohamed Ibrahim A. Wahid, Pakar Perunding Onkologi dan
Presiden Persatuan Onkologi Malaysia.

Menurut beliau, RCC juga lebih kerap berlaku secara spontan (akibat faktor luar) berbanding
akibat warisan genetik.

Pesakit yang menghidap kanser ini juga kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang gejala
jelas di peringkat awal.

Gejala jelas kebiasaannya muncul di peringkat lanjut, menyebabkan satu pertiga hingga
separuh penghidap RCC dikesan pada tahap lewat dan teruk.

"Sebanyak 30 peratus pesakit dengan RCC hadir dengan keadaan kanser sudah merebak ke
paru-paru, tisu lembut, tulang, hati, kulit dan sistem saraf tunjang.

"Tahap kanser pesakit RCC dikelaskan mengikut empat peringkat (I, II, III atau IV), dengan
peringkat IV sebagai tahap kanser berkenaan sudah merebak," kata Dr. Mohamed Ibrahim.

Pilihan rawatan

Untuk bertahun-tahun lamanya, pembedahan dan immunoterapi menjadi kaedah pilihan untuk
merawat kanser buah pinggang (RCC).

Menurut Dr. Mohamed Ibrahim, pembedahan menjadi kaedah utama bagi membuang tisu
kanser RCC pada peringkat I, II dan III - kanser belum merebak ke bahagian badan lain.
"Bagi peringkat IV, pembedahan digunakan bersama kaedah rawatan lain, sama ada untuk
merawat atau sekadar mengurang penderitaan pesakit (yang tidak dapat diselamatkan).

"Immunoterapi melibatkan penggunaan komponen dari sistem imuniti seperti cytokine,


interleukin dan interferon - secara individu atau gabungan.

Malangnya, beliau memaklumkan ketoksikan bahan-bahan immunoterapi sering kali lebih


tinggi daripada manfaatnya untuk merawat RCC.

Selain kesan sampingan yang teruk, sifat bahan immunoterapi seperti cytokine yang amat
toksik kepada badan menjejaskan kebarangkalian aplikasinya untuk rawatan RCC.

Selain itu, kemoterapi juga cuba digunakan untuk merawat RCC tetapi hasilnya
menghampakan dengan peningkatan jangka hayat pesakit yang amat rendah. Secara
umumnya, kemoterapi dianggap tidak berkesan ke atas RCC.

Cubaan menggunakan hormon seperti progestin, androgen, antiestrogen dan


medroxyprogesterone untuk merawat RCC juga menunjukkan hasil yang mengecewakan
dengan sesetengah pesakit hanya mempunyai selera makan yang lebih baik.

"Pembedahan bukan pilihan untuk menyembuhkan RCC peringkat IV. Kanser ini juga kental
terhadap kemoterapi dan radioterapi, sementara immunoterapi lebih memudaratkan daripada
membantu.

"Keperluan rawatan untuk pesakit RCC telah menggalakkan kajian ke arah pelbagai kaedah
baru bagi mengawal perkembangan dan penyebaran kanser ini," ujar Dr. Mohamed Ibrahim.

Sasaran khusus

Prognosis hanya 9.5 peratus pesakit RCC yang mempunyai jangka hayat 5 tahun ke atas
memaksa kajian giat dijalankan ke arah rawatan secara sistemik mahupun secara khusus bagi
mengawal kanser buah pinggang.

Untuk itu, muncul kaedah rawatan khusus yang menyasarkan ciri-ciri sel kanser - dengan
memahami bagaimana sel kanser berfungsi, berkembang dan merebak.

"Memahami bagaimana dan mengapa sel kanser membiak dan terus hidup dapat membantu
penyelidik mencari kaedah menghalang perkembangannya.

"Sama ada menghalang isyarat yang membolehkan sel kanser membiak, menghalang bekalan
darah kepada ketumbuhan kanser mahupun apa sahaja kaedah kawalan lain yang berkesan,"
tegas Dr. Mohamed Ibrahim.

Antara asas yang cuba dikembangkan kini adalah mengenalpasti kaedah terapi yang dapat
menghalang isyarat yang menggalakkan pembesaran dan perkembangan sel kanser.

Sebagai contoh, faktor tumbesaran (growth factor) - sekumpulan bahan semulajadi yang
menjadi isyarat pemangkin dan pengawal atur fungsi-fungsi sel.
Faktor tumbesaran bukan sahaja mengawal fungsi dalaman sel, malahan memberi kesan
kepada pembesaran, penyebaran, membaik pulih kerosakan dan menggantikan sel yang telah
mati (seperti pada kulit).

"Terapi sasaran khusus boleh mencari penghadang kepada faktor tumbesaran yang memberi
isyarat kepada sel kanser untuk membesar.

"Untuk rawatan kanser RCC, sekurang-kurangnya lima jenis ubat sasaran khusus telah
ditemui, tiga darinya telah didaftarkan di Malaysia," jelas Dr. Mohamed Ibrahim.

Menurut beliau, rawatan interleukin atau interferon sebelum ini tidak memberi pilihan lain
jika kedua-duanya gagal.

Melalui terapi sasaran khusus yang boleh diambil secara suntikan atau tablet, pesakit
mempunyai pilihan ubat lain jika ubat yang digunakan gagal mengawal perkembangan kanser
buah pinggang.

Dr. Mohamed Ibrahim menegaskan terapi sasaran khusus bukannya bertindak membunuh sel
kanser sepanjang masa, malahan turut mengawal perkembangan sel kanser berkenaan.

"Tidak menjadi masalah besar selagi kanser tersebut terkawal dan tidak membesar atau
merebak.

"Walaupun ubat sebegini tidak dapat menyembuhkan sepenuhnya pesakit kanser, sekurang-
kurangnya jangka hayat pesakit dapat dilanjutkan - bukan sekadar beberapa bulan tetapi
sehingga bertahun lamanya!"

Menurutnya, kebanyakan pesakit RCC sebelum ini dikesan pada tahap IV (metastasis) dan
meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Namun tambahnya, rawatan baru terapi sasaran khusus memberikan impak positif yang
membolehkan pesakit hidup lebih lama, tanpa tahap toksik yang tinggi kepada badan.

Dr. Mohamed Ibrahim juga berpendapat ubat yang dapat menyembuhkan sepenuhnya tahap
akhir RCC atau mana-mana jenis kanser dalam hayatnya.

"Sekurang-kurangnya pesakit dapat hidup lebih lama dengan kesan sampingan serendah
mungkin.

"Namun, ubat terapi khusus ini perlu diberikan pakar bidang onkologi (kajian kanser) supaya
mereka dapat menasihatkan pesakit dan tahu mengawal rawatan tersebut - memastikan tahap
keberkesanan dan kesan sampingan," katanya.

Merawat RCC

Dengan pilihan sekurang-kurangnya lima jenis ubat baru ini, pesakit mempunyai pilihan dan
dapat mengambilnya mengikut urutan - jika ubat terdahulu tidak berkesan.

"Apa yang penting, pesakit tahu ada pilihan rawatan untuk kanser buah pinggang peringkat IV
- bukan hanya menunggu ajal!
"Jangka hayat pesakit dapat dipanjangkan sehingga bertahun-tahun lamanya, dengan kualiti
hidup yang lebih baik," tegas Dr. Mohamed Ibrahim.

Menceritakan pengalaman merawat pesakit menggunakan terapi sasaran khusus, beliau


memaklumkan kisah seorang pesakit berpangkat Datuk yang menghidap kanser RCC
Peringkat IV.

Pesakit yang ketika itu sudah berusia 60-an dimaklumkan seorang doktor lain bahawa tiada
ubat untuk RCC peringkat IV, dan dia sepatutnya menikmati sisa-sisa hidupnya.

"Pesakit yang tidak berputus asa mencari rawatan alternatif di luar negara. Akhirnya dia
datang berjumpa saya pada peringkat yang amat teruk.

"Tulang pelvisnya hampir musnah akibat tumor RCC (metastasis). Dengan rawatan khusus
yang bersesuaian, Datuk ini semakin sihat dan dapat keluar dari hospital selepas empat
minggu," ujarnya.

Pesakit ini katanya, hidup dengan baik hampir tiga tahun dan sempat berkahwin dengan
seorang wanita berusia 20-an.

Datuk tersebut menjalani kualiti hidup yang baik melalui terapi khusus berkenaan sehinggalah
sel kanser tersebut merebak ke otaknya dan membawa maut.

"Kisah ini menunjukkan ubat yang terbaik juga tidak berkesan sepanjang masa. Kadang kala
sel kanser berjaya mencari cara lain untuk membesar dan merebak.

"Namun, pesakit sekurang-kurangnya mempunyai banyak pilihan ubat dan dapat hidup lebih
lama, dengan kualiti hidup lebih baik," jelas Dr. Mohamed Ibrahim.

Dengan meningkatkan jangka hayat pesakit dan perkembangan berterusan rawatan untuk
kanser, lebih banyak ubat baru yang dapat meneruskan hayat pesakit, mungkin juga hingga
munculnya ubat yang menjadi penawar.

Kajian berterusan juga sedang dijalankan untuk terapi khusus bagi jenis kanser lain - seperti
kanser payudara dan kanser hati.

Mungkin buat masa ini, sasaran terbaik adalah untuk mengawal perkembangan dan
penyebaran sel kanser berbanding mencari penawarnya.

"Walaupun tidak dapat memusnahkan sepenuhnya sel kanser, sekurang-kurangnya pilihan


terapi khusus dapat menyekat perkembangannya.

"Selagi ia dapat menyambung hayat pesakit dan memberi kualiti hidup yang lebih baik -
mungkin sehingga munculnya penawar sebenar untuk semua jenis kanser," kata Dr. Mohamed
Ibrahim.
ARKIB : 20/12/2009

Kebaikan seks selepas bersalin.

AMALAN di
kalangan wanita di
Kelantan, mereka
lazimnya tidak
melakukan hubungan kelamin untuk selama 100 hari selepas bersalin. Apabila ditanya
kenapa, tidak ada jawapan yang khusus, ia hanya amalan turun temurun daripada emak
kepada anak.

Walaupun tidak ada hubungan kelamin, mereka masih tidur bersama suami. Kecekalan serta
daya tahan ini memerlukan dedikasi yang padu. Dari segi perancangan keluarga, amalan ini
memberangsangkan.

Kelahiran

Lain bangsa lain pula amalan mereka. Tidak ada bukti kenapa setiap amalan diperlakukan.
Walaubagaimanapun, tempoh yang diamalkan ini boleh dikatakan bagus kerana wanita
sempat mengembalikan kecergasan fizikal selepas kepenatan bersalin serta mengandung
selama 40 minggu.

Suami sepatutnya lebih arif serta memahami tugas serta tanggungjawab baru sebagai seorang
bapa. Hubungan suami isteri bukanlah hanya hubungan kelamin semata-mata, ia lebih dari
itu!

Walaupun hubungan kelamin semasa mengandung kerap serta aktif dan menyeronokkan
tetapi lain pula selepas bersalin. Hubungan kelamin bukanlah agenda utama untuk beberapa
julat masa akan datang selepas ketibaan ahli keluarga baru.

Proses kelahiran merupakan proses fizikal yang meletihkan. Bayangkan isteri terpaksa
menahan kesakitan serta kontraksi rahim untuk berjam-jam lamanya sama seperti pelari
marathon semasa Sukan Olimpik! Tentulah isteri akan keletihan serta kelesuan, apatah lagi
apabila diberi ubat penahan sakit jenis narkotik semasa proses kelahiran.

Kemuncak emosi berlaku apabila ibu melihat bayi yang dilahirkan sihat serta selamat.

Badan ibu akan mengambil masa untuk pulih kembali, terutamanya selepas mengalami
perubahan hormon semasa mengandung. Adaptasi serta fokus isteri sekarang sebagai seorang
ibu mula menampakkan keanggunan seorang wanita.

Tempoh selepas bersalin dikenali sebagai ‘postpartum’, kehadiran si sayang baru


menambahkan lagi keberkesanan perhubungan serta komunikasi.

Kemaskini cara berkomunikasi suami dan isteri sebelum agenda hubungan kelamin bermula.
Suami tentu dan perlu memahami akan tanggungjawab masing-masing terhadap si kecil dan
juga sesama sendiri.

Keinginan

Kerana kesibukan tanggungjawab baru, mungkin isteri terlupa akan hubungan kelamin. Ada
doktor yang menasihati supaya berehat dari hubungan kelamin selama 6 minggu, namun
nasihat ini sebenarnya tidak ada bukti kukuh.

Ada doktor yang nasihatkan supaya berehat di antara 3 hingga 6 minggu, bergantung kepada:

* Berhentinya darah dan juga discaj selepas bersalin.


* Penyembuhan luka dari episiotomi di faraj semasa proses kelahiran

* Penyembuhan dari pembedahan caesarean

Sebab-sebab lain yang menyebabkan keinginan hubungan kelamin menurun selepas bersalin
termasuklah:

* Keletihan dan kelesuan dari tanggungjawab baru kerana setiap kelahiran merupakan
pengalaman baru. Banyakkan meminum air serta mengambil makanan yang berkhasiat.
Senaman ringkas khas untuk mereka selepas bersalin juga boleh mengurangkan ketegangan.

* Ketegangan dan rasa tidak selesa, mungkin juga kesakitan dari tempat jahitan episiotomi
dan juga di abdomen dari kelahiran caesarean.

* Menyusu badan menyebabkan cairan lubrikasi di faraj menurun, jadi faraj menjadi kering
dan hubungan kelamin jadi menyakitkan. Ada banyak cecair pelincir yang boleh didapati di
farmasi untuk mengelakkan kekeringan.

* Anggapan bentuk badan sekarang tidak menarik, berat badan bertambah dan kulit pula
menampakkan belang-belang di bahagian abdomen (selalu berlaku di kalangan orang
Malaysia kerana mempunyai pigmen warna kulit yang lebih).

* Cemas dan was-was tentang peranan sebagai ibu, apatah lagi melihat si comel yang begitu
lemah serta sensitif.

* Fokus terganggu dengan bunyi tangisan si comel, langsung mengganggu aktiviti kelamin.

Suami juga dipengaruhi oleh faktor-faktor sama dengan para ibu dan mereka mungkin tidak
bersyahwat dan langsung tidak berupaya untuk hubungan kelamin. Jangan bimbang, sama-
samalah berbincang dan hadapi setiap hari bersama.

Termengandung?

Isteri serta suami mungkin tidak bersedia untuk seorang lagi si comel untuk masa sekarang.
Sekiranya ibu menyusu badan secara 100 peratus (tidak mengamalkan susu formula), proses
ovulasi mungkin berlaku selepas 3 bulan.

Tetapi, sekiranya pengenalan susu formula dilakukan bertindih dengan penyusuan badan,
ovulasi mungkin berlaku selepas 3 minggu.

Jadi, berbincanglah antara suami isteri akan kaedah kontraseptif terbaik.

Berjumlah dan minta nasihat doktor atau jururawat semasa lawatan susulan bayi.

Kondom merupakan kaedah perancang keluarga terbaik untuk peringkat ini kerana ibu masih
menyusu badan. Sekiranya ibu yang menerajui kontraseptif, pil yang mengandungi
progesteron sahaja yang terbaik kerna ianya tidak mengurangkan jumlah susu.

Untuk alat dalam rahim, pastikan dahulu yang saiz rahim telah kembali ke saiz sebelum
mengandung.
Hubungan kelamin mempunyai kebaikannya sendiri. Hormon yang dikeluarkan boleh
mencepatkan lagi proses penyembuhan setelah bersalin. Begitulah juga dengan penyusuan
badan. Rahim akan cepat ke saiz asal. Sekiranya penyusuan badan tidak diamalkan 100
peratus, kitaran haid ibu mungkin kembali pada minggu keempat.

Secara langsung, mungkin diamati sebagai darah dari proses bersalin yang tidak lagi berhenti
dan tiba-tiba jumlahnya banyak dari biasa. Ingat, penyusuan badan merendahkan hormon
estrogen wanita dari ovari. Ini akan menyebabkan suasana dalaman faraj kering.

Jadi sekiranya hubungan kelamin dilangsungkan, pastikan cecair pelincir digunakan. Mungkin
juga isteri serta suami boleh melambatkan hubungan zakar-faraj dengan meningkatkan
tempoh sentuh menyentuh atau cumbuan.

Perubahan

Mungkin para ibu mengamati yang garis pusat faraj serta kontraksi otot-otot di sekitarnya
tidak sebagaimana sebelum bersalin. Jangan runsing, dengan penyusuan badan serta latihan
senaman khusus di bahagian pinggul dan perineum akan mengembalikan struktur asal dengan
lebih berkesan. Sekiranya tidak berpuas hati, berjumpalah dengan doktor untuk nasihat.

Untuk seketika selepas bersalin, disebabkan paras hormon wanita estrogen serta progesteron
jatuh dengan pantas, para ibu akan mengalami keadaan seakan-akan ‘menopaus’ terutamanya
pada kawasan sekitar faraj. Tahap pH faraj akan meningkat dan sel-sel yang melindungi faraj
dari irritasi berkurangan, menyebabkan ibu terdedah kepada gangguan serta iritasi dari sabun
ataupun cecair pencuci faraj.

Jangkitan pada faraj pada waktu ini mudah berlaku, apatah lagi dengan kehadiran darah dan
juga discaj. Jadi, berhati-hatilah dengan dengan produk pelincir yang digunakan, ataupun
jenis-jenis kondom yang digunakan.

Penjagaan perineum juga amat penting selepas kelahiran. Perineum adalah bahagian tubuh
puan di antara faraj dan dubur. Pastikan kawasan tersebut bersih dan kering. Ini meningkatkan
lagi proses penyembuhan. basuh tangan setiap kali puan menukar tuala wanita.

Keringkan dengan menyapu dari depan ke belakang, supaya kuman dari bahagian dubur tidak
merebak. Jahitan episiotomi, biasanya akan hilang dalam masa dua minggu.

Emosi

Ada juga di kalangan ibu-ibu yang mengalami perubahan emosi selepas bersalin. Ini juga
menyukarkan perhubungan kelamin sekiranya aktiviti ini ingin dimulakan. Kemurungan ini
akan dibebankan lagi dengan tanggungjawab baru sebagai seorang ibu, perubahan masa serta
perubahan perhubungan di antara suami serta si comel.

Perasaan juga terganggu dengan perubahan hormon yang berlaku pada badan ibu.

Adalah tidak janggal untuk ibu berasa cemas, kurang tidur, rasa keresahan serta kemurungan,
kadang-kala mungkin menangis, sedih dan mudah terguris. Suami harus memahami
perubahan yang dilalui oleh isteri. Semua ini normal sekiranya berlaku dalam tempoh dua
minggu dan akan segera hilang apabila penyesuaian dengan persekitaran baru berlaku.
Tetapi sekiranya berterusan, segera berbincang dengan doktor!

ARKIB : 20/12/2009

Mengambil probiotik selepas rawatan


antibiotik

SESUAIKAH saya mengambil probiotik


selepas rawatan antibiotik memandangkan
perut saya lebih sensitif selepas mengambil
antibiotik? Apakah kemungkinan faktor yang mempengaruhi kesihatan semulajadi
usus?

Jawapan,

Flora usus yang sihat dan seimbang adalah perlu untuk tubuh demi mengekalkan fungsi usus
yang optimum dan kesihatan secara keseluruhannya.

Flora usus yang baik memberi kesan yang signifikan ke atas pelbagai aspek, dari usus
hinggalah kepada kulit.

Malangnya, faktor-faktor seperti peningkatan usia, diet yang tidak sihat, pengambilan antasid,
percutian atau pencemaran air atau makanan boleh menjejaskan keseimbangan bakteria usus
dan menjurus kepada kemerosotan kesihatan.

Cirit-birit dan ketidakselesaan perut merupakan antara kesan sampingan ekoran terhakisnya
atau kuranganya bakteria baik dalam gastrousus apabila sesetengah antibiotik digunakan
dalam jangka masa tertentu.

Dengan itu, probiotik boleh diambil untuk mengembalikan flora usus untuk fungsi
penghadaman yang sihat.

Probiotik seperti Lactobacillus acidophilus NCFM sememangnya selamat dan sesuai untuk
kegunaan dan manfaat kepada manusia.

Lactobacillus acidophilus NCFM menawarkan banyak manfaat kepada mereka yang


mengamalkan pengambilannya.

Ia didapati boleh:

"Membantu mengembalikan flora bermanfaat usus untuk menyokong fungsi penghadaman


berikutan penggunaan antibiotik

"Melindungi mukosa usus daripada keterlapan usus (memperbaiki sindrom 'leaky gut').

"Menyahtoksin usus dengan itu menyokong fungsi hati dan melindungi usus.

"Menyokong sistem imun yang sihat.


Memperhebatkan gerakan mendaftar pengundi

Oleh ZULKIFLI JALIL


pengarang@utusan.com.my

PENDAFTARAN pengundi pilihan raya lebih penting daripada jumlah keahlian parti.

Sebutlah dan uar-uarkanlah setinggi mana keahlian sebuah parti. Namun, jika mereka tidak
mengundi, ia tidak ke mana.

''Dalam politik, hanya 10 hingga 20 peratus sahaja pengundi atas pagar. Sebutlah apa sahaja
teori pun, kebiasaannya satu-satu parti itu boleh tarik mereka (pengundi) sekitar 5 hingga 10
peratus terutama pengundi muda.

''Jika rumusan begini diambil, maka anda tentu tahu jawapannya (implikasi dan manfaat),"
kata penganalisis, Prof. Mohamed Mustapha Ishak kepada akhbar ini semalam, merujuk
bagaimana imbalan keaktifan sesebuah parti dalam mendaftarkan pengundi baru.
Data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelmarin menunjukkan DAP dan UMNO parti yang
begitu agresif dalam urusan pendaftaran pengundi melepasi usia 21 tahun. Ini berbeza dengan
pergerakan hambar parti-parti seperti Gerakan, MCA dan MIC.

SPR merekodkan sehingga bulan ini, sejumlah 4.38 juta rakyat Malaysia belum mendaftar
sebagai pengundi, sebahagian besarnya orang Melayu. Dianggarkan setiap tahun, sejumlah
450,000 anak muda mencapai umur kelayakan mengundi.

Mengapa kedekatan sesebuah parti politik itu dalam mengenali pengundinya begitu penting?

Menurut Mohamed Mustapha, parti politik berkenaan pasti boleh mengenal pasti 100 peratus
kecenderungan pengundi yang didaftarkan mereka.

''Malah, sebuah parti itu boleh memindahkan beribu-ribu pengundi dengan cara halal ke
kawasan pilihan raya yang sebelum itu mereka tewas atau sekadar menang tipis. Demikian
juga, apabila kita sudah kenal pasti biodata pengundi, dari sekarang individu itu boleh
dipantau sehingga Pilihan Raya Umum ke-13.

''Dan saya difahamkan ada sebuah parti telah memindahkan ribuan pengundi dengan cara ini
dan hasilnya mereka menang di kawasan tertentu pada pilihan raya umum lepas," katanya.

Beliau menarik perhatian seandainya satu pilihan raya kecil diadakan dalam waktu terdekat di
Kedah, parti yang paling berjaya mendaftarkan pengundi baru sudah tentu akan beroleh
imbuhan besar. Di Kedah, data SPR merekodkan sejumlah 317,000 pengundi belum
mendaftar.

Difahamkan, saat ini bukan sahaja pengundi belum mendaftar menjadi sasaran parti-parti
tertentu tetapi minat itu kini menjalar ke ribuan anggota tentera yang berpencen setiap tahun.

Undi pos, barangkali bukan lagi kelebihan


untuk menyelamatkan kedudukan sesebuah
parti di saat-saat genting.

MSN digesa tukar format

Oleh TAUFEK RAZAK


sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR – Penganjur Konvensyen


Sukan Kebangsaan, Majlis Sukan Negara
(MSN) disaran menukar format program
supaya ia tidak menjemukan atau menghadapi
masalah mendapat kurang sambutan daripada Mazlan Ahmad

persatuan sukan.

Bekas Ketua Pengarah MSN, Datuk Mazlan Ahmad berkata, tidak relevan menggunakan
format yang sama setiap tahun kerana yang banyak bercakap adalah pembentang kertas kerja,
wakil kementerian dan MSN sendiri.
“MSN sepatutnya mengubah format misalnya memberi peluang kepada persatuan sukan
sendiri membentangkan kejayaan dan kegagalan mereka sepanjang tahun.

“Mungkin tahun depan, konvensyen yang sama kita boleh gunakan dengan selain
mengundang pembentang kertas kerja dari luar negara, persatuan sukan pula membentangkan
pencapaian mereka pada Sukan Asia dan Sukan Komanwel.

“Kalau berjaya, bentangkan macam mana boleh berjaya dan kalau gagal, beri sebab kenapa
gagal. Jadi tak adalah persatuan sukan ambil sambil lewa sahaja konvensyen ini,” katanya,
semalam.

Dengan cara itu katanya, persatuan sukan lebih bertanggungjawab dan menunjukkan
komitmen yang tinggi dalam menyertai konvensyen ini.

Di samping itu dalam waktu sama, MSN dapat menjadikannya sebagai kayu pengukur atau
Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) untuk setiap persatuan sukan.

“Dari sini MSN boleh menentukan jumlah peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada
persatuan mungkin berdasarkan pungutan pingat, prestasi atlet atau sebagainya,” tegas beliau.

Mazlan yang juga merupakan penasihat sukan Kementerian Pelajaran secara terbuka
menyokong penuh langkah MSN untuk terus mengadakan konvensyen seumpama itu kerana
baik untuk kemajuan sukan negara.

“Cuma tahun ini ia diadakan agak lewat dari segi masa. Kalau boleh tahun depan buat cepat
sikit sebaik-baiknya selepas berakhir Sukan Asia 2010,” tegasnya.

Bagi jenis sukan yang tidak tersenarai ke Sukan Asia dan Komanwel kata Mazlan, sebagai
persatuan lemah sudah tentu mereka akan datang untuk mengetahui rahsia kejayaan dan
kegagalan persatuan lain.

“Sepatutnya tahun ini, MSN sudah boleh guna format baru iaitu mengarahkan setiap
persatuan sukan membentangkan pencapaian mereka pada Sukan SEA Laos lalu.

“Jadi kita boleh tahu macam mana bola sepak boleh berjaya bawa pulang pingat emas selepas
20 tahun dan bagaimana sepak takraw kalah kepada Laos,” jelasnya.
Melaka cari 1,253 sukarelawan

MELAKA - Sebanyak 1,253 sukarelawan masih diperlukan untuk berkhidmat sepanjang


temasya Sukan Malaysia (Sukma) XIII di negeri ini tahun depan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pada masa ini hanya 1,247
rakyat negeri ini telah mendaftar untuk menjadi sukarelawan tetapi jumlah itu belum
mencukupi bagi membantu melicinkan perjalanan temasya Sukma 2010 yang dijadual
berlangsung dari 10 hingga 19 Jun depan.

''Saya minta orang ramai tampil untuk menjadi sukarelawan, tidak kisah siapa sahaja boleh
mendaftar.

''Bagi saya orang ramai perlu merebut peluang ini kerana ia adalah pengalaman seumur hidup
dan kebetulan Melaka menjadi tuan rumah Sukma kali ini," katanya kepada pemberita selepas
menghadiri majlis Perhimpunan Sukarelawan Sukma ke-13 di Dewan Seri Negeri baru-baru
ini.

Mohd. Ali berkata, kerjasama daripada seluruh rakyat negeri ini amat penting bagi
memastikan perjalanan temasya dwitahunan itu tidak menghadapi masalah.
''Saya juga amat mengalu-alukan mereka dari luar negeri ini untuk turut sama menjadi
sukarelawan," katanya.

Menurutnya, mereka yang menjadi sukarelawan nanti akan ditempatkan di beberapa buah
gelanggang tertentu sepanjang berlangsungnya temasya itu.

Tambahnya, sebanyak 2,500 sukarelawan diperlukan untuk membantu melicinkan perjalanan


temasya itu nanti dan setakat ini sukarelawan yang telah mendaftar terdiri daripada pelajar
sekolah, belia dan kakitangan awam.

Ujarnya, sukarelawan yang mendaftar akan diberikan kursus dan latihan supaya mereka
memahami bidang tugas serta tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

ARKIB : 17/11/2009

Warga Nigeria, Liberia, Cameroon


'bermasalah'

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Warga Nigeria,


Liberia dan Cameroon dikenal pasti sering
terlibat dalam kegiatan jenayah di negara ini
LELAKI Afrika bersantai dalam keadaan yang mencurigakan di luar
berikutan keadaan ekonomi dan sosial sebuah premis di Metro Prima Kepong, Selangor, seolah-olah berada di
penduduk di negara asal masing-masing. negara asalnya.

Perkara itu diakui seorang pelajar sarjana


warga Afrika yang sedang melanjutkan pengajian di sebuah universiti tempatan di sini.

Pelajar dikenali sebagai Albert itu berkata, latar belakang penduduk yang secara semula
jadinya dibesarkan dalam situasi 'kasar' mendorong mereka terikut-ikut dengan gaya hidup
yang sama di negara orang.
"Mereka memang dikenali sebagai golongan yang berani berhadapan dengan risiko bagi
mendapatkan apa jua mereka inginkan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari
ini.

Pada masa sama Albert sedia maklum mengenai penglibatan golongan itu dalam jenayah
termasuk black money.

Ditanya mengenai senario itu, Albert menjelaskan, kelonggaran kolej swasta di negara ini
memberi tempat kepada warga asing bagi melanjutkan pelajaran telah disalahgunakan sebagai
'senjata' untuk mendapatkan pas pelajar.

"Niat sebenar mereka bukanlah belajar sebaliknya melakukan 'kerja' lain di sini.

"Ramai antara mereka tidak mendapat keputusan cemerlang. Tetapi menghairankan kolej
tersebut masih 'menyimpan' mereka dengan hanya alasan mereka membayar yuran. Kenapa
tidak membuang saja mereka?" soalnya.

Pada masa sama dia mengakui bukan semua warga Afrika yang memasuki negara ini
mempunyai niat sebegitu.

Sebaliknya, kata beliau, ada antara mereka yang memasuki negara ini untuk menuntut ilmu
kerana kelulusan pengajian di Malaysia mendapat pengiktirafan di negara mereka.

"Golongan yang terlibat dengan jenayah terutama black money boleh dikenali dengan
memiliki kereta dan tinggal di kondominium mewah selain gemar berbelanja besar.

"Mereka memang gemar mendapat duit dengan cara mudah dan pantas. Itu yang mendorong
mereka sehingga ada yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan dadah," katanya.

Menurutnya, kemewahan golongan itu kadang kala menyebabkan sebahagian gadis tempatan
'jatuh' ke tangan mereka.

Albert juga mengaku warga Afrika memang pandai memujuk untuk menarik perhatian
seseorang gadis.

"Trend terkini yang dapat dilihat adalah kecenderungan warga Afrika mengahwini gadis
tempatan untuk mendapat 'keistimewaan' di sini," katanya.
ARKIB : 17/11/2009

Awang Hitam: Imigresen bimbang

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS


pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Jabatan Imigresen melahirkan rasa bimbang dengan trend
peningkatan kemasukan secara haram warga Afrika atau dikenali sebagai ‘Awang Hitam’ ke
negara ini.

Ini kerana siasatan mendapati mereka yang memasuki negara ini melalui cara tersebut banyak
menyumbang dalam kegiatan jenayah.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Raja Mohammad Raja Ismail berkata, antara cara
yang digunakan oleh mereka untuk memasuki Malaysia ialah melalui ‘jalan tikus’ dan pasport
palsu yang didalangi oleh sindiket antarabangsa.

Katanya, maklumat itu diperoleh hasil tangkapan warga berkenaan di Lembah Klang dalam
tempoh Januari hingga November lalu.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah tangkapan terbabit di atas faktor
keselamatan.

“Bilangan kemasukan ‘Awang Hitam’ ke negara ini menggunakan dokumen palsu walaupun
masih kecil jumlahnya tetapi perlu dipandang serius kerana menimbulkan banyak masalah
dan jenayah.

“Imigresen sedar perkara ini dan akan bertindak dan melakukan operasi secara berterusan
untuk memburu mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan khas Utusan Malaysia hari ini mengenai kebanjiran warga
Afrika sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan penduduk tempatan.

Dalam laporan tersebut, sebanyak 56,240 warga negara itu dikesan memasuki Malaysia secara
sah, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Seramai 21 warga Afrika ditahan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini kerana
pelbagai kesalahan jenayah.

Dalam pada itu, Raja Mohammad memberitahu, selain memasuki negara menggunakan jalan
tikus dan pasport palsu, warga Afrika juga dikesan tinggal lebih masa di negara ini.

ARKIB : 17/11/2009

Aduan pembaca bimbang disiasat

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Mabuk, membuat bising dan mengacau gadis tempatan! Itu
antara aduan terhadap warga Afrika yang banyak diterima pejabat Utusan Malaysia beberapa
bulan kebelakangan ini menerusi kiriman e-mel dan surat pembaca.

Selain itu, rata-rata penduduk setempat melahirkan kebimbangan dengan kebanjiran warga
Afrika ini yang mengancam keselamatan mereka.

Bagi menyelami keadaan yang dialami pembaca itu, penulis bersama jurufoto telah
'berkampung' di beberapa kawasan yang menjadi lokasi tumpuan mereka di ibu negara, baru-
baru ini.

Antaranya di Pandan Indah, Ampang.

Tidak perlu menunggu lama, sebaik sahaja meletakkan kenderaan di hadapan sebuah restoran,
kumpulan Awang Hitam ini dapat dilihat lalu-lalang. Ada yang bersendirian dan ada juga
bergerak secara berkumpulan.
Menurut seorang pekerja restoran, Rusti Shah, 31, yang bekerja di situ sejak empat tahun
lalu, kawasan tersebut memang menjadi tumpuan warga Afrika tidak kira lelaki atau
perempuan.

Penulis kemudiannya meninjau pula Metro Prima Kepong yang digelar 'Mini Afrika'. Di situ,
kami sempat menemu ramah pekerja sebuah kedai serbaneka berhubung isu kebanjiran warga
negara itu.

Azlina Jaiman, 24, memberitahu dia pernah diganggu ketika mereka membeli barang di kedai
serbaneka tempat dia bekerja.

"Yang tak sedapnya, mereka akan berkumpul sambil minum minuman keras yang dibeli dari
kedai tempat saya bekerja,'' katanya.

Sepanjang tinjauan penulis selama lapan jam di beberapa kawasan yang menjadi sarang
Awang Hitam ini, tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Cuma daripada pemerhatian penulis, apa yang dikatakan oleh pembaca dalam e-mel dan surat
adalah benar.

Golongan Awang Hitam ini seolah-olah tidak menghormati suasana dan budaya rakyat negara
ini apabila berkelakuan seperti berada di negara mereka sendiri.

Bagaimanapun, usaha penulis untuk menemu ramah pekerja kafe tempat warga Afrika itu
kerap melepak tidak berhasil apabila mereka enggan bekerjasama.

Mungkin mangsa keganasan keluarga - Musa

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Polis menyiasat kemungkinan kanak-kanak berusia 12 tahun


yang ditemui mati di tadahan banjir di Kampung Boyan, Jalan Semarak di sini kelmarin,
adalah mangsa kepada keganasan keluarga.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis akan menyiasat daripada semua
sudut termasuk pembabitan keluarga terdekat.

"Apa pun siasatan masih lagi dijalankan. Siasatan juga turut merangkumi jika menjadi
mangsa penjenayah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan
Simpanan Persekutuan (PSP) yang ke-54 di Pangkalan PSP di sini hari ini.

Semalam, laporan bedah siasat terhadap mangsa yang memiliki kulit gelap dan kening tebal
itu menemui kesan koyakan di bahagian sulitnya akibat disumbat dengan objek tumpul.

Mangsa dipercayai dirogol sebelum dijerut dengan menggunakan tuala kecil sehingga mati.
Mayat kanak-kanak itu ditemui terapung oleh pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL) di perangkap sampah kolam tadahan banjir kira-kira pukul 11.30 pagi.

Ketika ditemui, terdapat kesan jerut dengan kain di leher mangsa yang hanya memakai baju
tidur tanpa seluar dalam.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman
mengesahkan seorang wanita berketurunan India telah tampil membuat laporan mengenai
kehilangan anak perempuannya berusia 12 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang
Wangi petang semalam.

"Kami telah mengambil sampel darah wanita itu bagi membolehkan ujian asid
deoksiribonukleik (DNA) dijalankan untuk dipadankan dengan DNA mangsa," katanya ketika
dihubungi di sini hari ini.

Kontraktor ceroboh rizab sungai

Oleh JUNHAIRI ALYASA


junhairi.alyasa@kosmo.com.my

KERJA mengorek pasir di Sungai Langat mencetuskan kebimbangan


di kalangan penduduk Taman Bangi Perdana, Bangi.
BANGI - Penduduk di Taman Bangi Perdana di Bandar Baru Bangi di sini pernah diancam
masalah mendapan yang serius sejak beberapa tahun lalu dan kini bakal berhadapan dengan
bahaya yang lebih besar.

Masalah mendapan dan pencemaran lebih kronik dijangka berlaku apabila kerja-kerja tanah
secara haram bagi projek perumahan baru berlaku di kawasan rizab sungai yang terletak
hanya kira-kira 200 meter dari taman tersebut.

Rata-rata penduduk melahirkan rasa risau dan mempersoalkan kenapa rizab sungai yang
sepatutnya menjadi zon hijau turut diceroboh atas nama pembangunan tanpa sebarang
pemantauan.

Seorang penduduk, Marzuki Azhari, 48, berkata, aktiviti tersebut menimbulkan kebimbangan
kerana ia dibuat di atas rizab tanah sungai yang mudah berlaku hakisan.

"Sebenarnya ketika saya dapat kunci rumah yang diduduki sekarang, rumah ini mengalami
mendapan yang sangat serius, selepas tiga tahun baru selesai tapi tidak secara keseluruhan.

"Saya bimbang kegiatan korek tebing sungai ini boleh menyebabkan masalah mendapan ini
berulang sesemula dan menghantui penduduk di sini," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini
semalam.

Ujar Marzuki lagi, sebelum ini kerajaan negeri telah menghentikan semua aktiviti mengorek
pasir tetapi dia hairan kerana perkara tersebut masih berlaku secara terang-terangan.

Dapatkan berita selanjutnya dalam akhbar Kosmo!.

Pusat Akuatik Gunung Keriang bukan projek gajah putih - Dr. Hamdan

PENGERUSI Jawatankuasa Belia, Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan Negeri Kedah,
Dr. Hamdan Mohamed Khalib menafikan dakwaan bahawa Pusat Akuatik Gunung Keriang
akan menjadi projek 'gajah putih'.

Beliau berkata, pusat akuatik tersebut telah dijadikan gelanggang buat atlet Kedah membuat
persiapan bagi menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) 2010 di Melaka.

"Mereka telah berlatih di bawah kendalian jurulatih dari China sejak Mei tahun lalu.

"Ini sesuatu yang tidak adil jika melabelkan ia sebagai projek gajah putih kerana kami
menggunakan sepenuhnya kemudahan yang ada di pusat akuatik tersebut.

"Aspek penyelenggaraan juga diambil berat dan terdapat juga perancangan untuk menambah
kemudahan seperti gimnasium," kata Dr. Hamdan semalam.

Untuk rekod, Pusat Akuatik Gunung Keriang yang menelan belanja RM37 juta telah dibina
apabila Kedah menjadi tuan rumah Sukma 2006.
Pusat akuatik tersebut mempunyai tiga kolam renang dan mampu memuatkan 2,000 penonton
dalam satu masa.

Terdahulu, terdapat laporan mengatakan beberapa kemudahan sukan di negara ini seperti
Stadium Batu Kawan di Pulau Pinang, Kompleks Sukan Tertutup Nilai Negeri Sembilan dan
Pusat Akuatik Gunung Keriang akan menjadi projek 'gajah putih' kerana ia tidak digunakan
sepenuhnya.

ARKIB : 22/12/2009

Kem R2U bentuk remaja terbilang

Oleh Mohd. Radzi Mohd. Zin


Gambar Zulhafiz Hanafiah dan Rahman Saleh

Dalam kerencaman hidup dan kepelbagaian


cabaran di era teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT), tidak dapat tidak seseorang
itu perlu mempunyai benteng (fire wall) yang
teguh agar tidak mudah terpengaruh dan
dihanyutkan oleh gejala yang kurang sihat.

Tumpuan sudah pastinya kepada golongan remaja yang bakal menerajui kepimpinan negara
pada masa depan. Sebab itu, Saidina Abu Bakar al-Siddiq pernah berkata, kalau kamu mahu
melihat negara pada masa depan, lihatlah kepada para remajanya yang ada sekarang.
Oleh sebab itu, ibu bapa masa kini cenderung menghantar anak-anak menyertai kem-kem
remaja untuk memberi motivasi kepada anak-anak.

Utusan Malaysia melalui sisipan Mega tidak ketinggalan menganjurkan program untuk
remaja melalui kem Rehlah Remaja Terbilang Utusan (R2U) siri ketiga. Ia diadakan pada 11
hingga 14 Disember lalu di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor.

Kem selama empat hari tiga malam itu mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim). Seramai 90 orang berusia 11 hingga 16 tahun menyertainya.

Ternyata kem R2U mencapai matlamatnya dalam menekankan kepada keseimbangan


kecerdasan emosi (EQ), kecerdasan spiritual (SQ), kecerdasan mental (IQ) dan kecerdasan
fizikal (PQ) bertujuan membentuk minda yang positif.

Program dimulakan dengan acara pengenalan iaitu The Samurai Warrior yang memfokuskan
kepada menyemarakkan semangat juang para peserta.

Ia diikuti dengan 'Si remaja dalam cermin ajaib' yang di dalamnya terkandung beberapa
permainan seperti buah dadu, perubahan minda dan anjakan paradigma serta menonton klip
video Kiss because I am a girl.

Sebagai melengkapkan diri dengan persediaan menjadi pelajar yang bijak, peserta didedahkan
dengan 'Teknik mengambil nota dan teknik memori'.

Sepanjang kem, para peserta juga diwajibkan solat berjemaah lima waktu selain membaca al-
Quran setiap kali selepas Subuh.

Sesi dalam kelas dikendalikan oleh perunding kanan KMZ Training and Motivation, Mustafa
Zainal. Beliau dibantu oleh Abdul Hafiz Mohd. Isa Azmi dan 10 fasilitator.

Mustafa berkelulusan sarjana Pengurusan Pentadbiran (MBA) dari United Kingdom


berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang latihan.

Keceriaan para peserta jelas terpancar pada riak wajah mereka terutama semasa
menyampaikan lagu 'Warisan' nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Arshad dan 'Selamat
Berjuang Sahabatku' yang dipopularkan oleh Kumpulan Brothers pada majlis penutup R2U.

Perasmian penutupan dilakukan oleh Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Jakim,
Mohd. Ajib Ismail. Hadir sama ialah Pengarah Projek yang juga Pengarang Agama Utusan
Malaysia, Mohd. Radzi Mohd. Zin.

Beberapa peserta turut mempamerkan bakat berpidato semasa menyampaikan misi peribadi
mereka. Turut diadakan adalah demonstrasi 'batu' sebagai simbolik kepada melakukan
pekerjaan mengikut keutamaan.

Ibu bapa yang hadir nyata terhibur dan kagum melihat penampilan anak masing-masing yang
tidak kekok membuat persembahan.

Bagi mengimbas kembali pengalaman manis sepanjang empat hari kem R2U, turut
ditayangkan video aktiviti dalam kelas dan aktiviti luar.
Antara aktiviti luar itu adalah merempuh halangan seperti tembok 1.3 meter, monkey rack,
tarzan swing yang diakhiri dengan flying fox.

Keadaan bertukar riuh apabila aksi berakit dan keyakinan dalam air para peserta ditayangkan.
Ia diselang-seli dengan tepukan gemuruh para peserta sebagai tanda puas mengambil
bahagian dalam acara itu.

Mohd. Ajib dalam ucapannya berharap, para peserta akan terus berjuang untuk mencapai
kecemerlangan dalam hidup terutama dalam pelajaran.

Bagi mencapainya, kata beliau, jangan lupa janji kepada Allah dan jangan abaikan solat
walaupun berada di mana sekalipun.

"Solat adalah anti virus dalam diri. Kehebatan kita bukan ditunjukkan oleh bapa kita tetapi
diri kita sendiri.

"Sebagai pelajar, setiap anda adalah hebat dan tunjukkan bahawa anda boleh bersatu dalam
kepelbagaian," katanya.

Pada majlis itu juga, Mohd. Ariff Akhmal Saharudin, 15, diumumkan sebagai peserta terbaik
keseluruhan kem R2U.

Pelajar Sek. Men. Kebangsaan St. John, Kuala Lumpur ini bangga dapat menyertai R2U
kerana ia mengubah sikap khususnya dari segi kepimpinan dan kebolehan pengucapan awam.

Anak sulung daripada empat beradik ini berkata, banyak kenangan manis dan ilmu baru
diperolehi sepanjang kem.

"Saya paling suka aktiviti dalam kelas. Ia betul-betul membuka paradigma baru khususnya
dalam membentuk pemikiran yang positif untuk mencapai kejayaan.

"Saya rasa tempoh empat hari tiga malam itu tidak cukup. Ia patut dilanjutkan selama
seminggu dan saya cadangkan kawan-kawan untuk sertai R2U pada masa akan datang,"
katanya.

Rakannya, Mohd. Al Amin Zainal Abidin, 15, turut mengakui kem tersebut memberikannya
banyak pendedahan tentang persediaan menghadapi cabaran masa pada hadapan.

"Pada mulanya saya tidak mahu mengikuti program perkhemahan ini kerana dipaksa ibu.

"Kini, saya begitu gembira setelah melalui sendiri aktiviti dan program yang disediakan,"
katanya.

Bagi Siti Alya Naqiah Sheikh Ali, 15, pula, program dan aktiviti yang dianjurkan banyak
mengajarnya mengenai kepentingan membina keyakinan diri.

"Selain itu, saya dapat berjumpa dan mengenali lebih ramai kawan baru," kata pelajar Sek.
Men. Kebangsaan Kota Putra, Baling, Kedah itu
ARKIB : 16/12/2009

Kapal perang jadi tumpuan

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA


shofi.isa@utusan.com.my

PAMERAN Udara dan Maritim Antarabangsa


Langkawi (LIMA) 2009 menjadi tarikan
terbaru kerana mencipta kelainan dan
Kapal selam pertama milik Tentera Laut Diraja Malaysia, KD Tunku
keistimewaan tersendiri apabila buat pertama Abdul Rahman menjadi tarikan utama pameran maritim LIMA 2009 di
kali melibatkan lebih banyak penyertaan Langkawi, baru-baru ini.
sektor maritim berbanding udara.

Daripada segi sejarahnya, LIMA merupakan pameran udara dan maritim yang berkaitan
dengan penerbangan komersial dan pertahanan.

Pameran dwitahunan itu dibahagikan pada dua segmen yang berlainan yang mana pameran
udara biasanya diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) yang berdekatan
dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkaw, manakala segmen maritim berlangsung di
Awana Porto Malai.

LIMA merupakan ilham bekas Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir
Mohamad dengan pameran yang pertama telah diadakan pada tahun 1991.
Pada mulanya, pameran itu bertujuan menjadi platform bagi pesawat-pesawat ringan dan
eksperimen untuk diterbangkan bagi mengelak kesesakan trafik udara berdasarkan model
EAA AirVenture Oshkosh di Amerika Syarikat (AS).

Kini, LIMA telah berubah dan menjadi satu tempat terbaik bagi pengeluar dan industri yang
berkaitan dalam bidang udara (aeroangkasa) dan maritim khususnya pertahanan untuk
mempromosikan teknologi terkini kepada para pemimpin awam dan tentera di Malaysia dan
negara-negara Asia Pasifik.

Pada tahun ini, LIMA 2009 yang bermula 1 dan berakhir 5 Disember lalu menyaksikan
segmen maritim diberi tumpuan kerana mendapat penyertaan lebih besar berbanding udara.

Kehadiran kapal-kapal perang di perairan Langkawi berjaya menarik kehadiran ramai


pengunjung ke pameran maritim.

Sebanyak 99 kapal mengadakan pertunjukan statik maritim di Awana Porto Malai berbanding
71 kapal pada LIMA 2007.

Lebih menarik, orang ramai berpeluang melihat kapal selam pertama Malaysia, KD Tunku
Abdul Rahman yang turut berlabuh di Awana Porto Malai.

Seramai 3,506 pegawai dan anggota lain-lain pangkat (LLP) daripada sektor maritim
menyertai LIMA kali ini.

Kesemua mereka melibatkan pegawai dan LLP daripada Tentera Laut Diraja Malaysia
(TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Gerakan Marin dan
kapal-kapal tentera asing.

TLDM menghantar seramai 1,123 pegawai dan LLP, APMM (163), Pasukan Gerak Marin
(26) dan kapal asing (1,923).

Ia juga menjadi tumpuan apabila pegawai dan anggota LLP daripada kapal-kapal asing atau
tentera laut asing paling ramai menyertai pameran kali ini.

LIMA 2009 menyaksikan TLDM mempamerkan kapal paling banyak iaitu sebanyak 14 buah
kapal, APMM (4 buah), Pasukan Gerak Marin (2) dan kapal-kapal asing sebanyak 11 buah.

Kapal-kapal milik TLDM ialah KD Sri Inderasakti, KD Lekiu, KD Tunku Abdul Rahman,
KD Lekir, KD Laksamana Tan Pusmah, KD Laksamana Hang Nadim, KD Jerai, KD Ledang,
KD Kinabalu, KD Perantau, KD Perak, KD Perdana, KD Gempita dan Kapal Layar Diraja
(KLD) Tunas Samudera.

Kehadiran kapal selam pertama negara yang berlabuh di Awana Porto Malai juga menarik
perhatian pengunjung termasuk pelawat diraja dan tetamu kenamaan lain.

Bagaimanapun atas alasan keselamatan dan ruang yang sempit, pelawat awam tidak
dibenarkan menaiki kapal tersebut.

Namun mereka berpeluang menaiki dan melihat lebih dekat beberapa kapal perang lain
antaranya KD Lekiu dan KD Perak.
APMM pula menyaksikan kapalnya iaitu Kapal Maritim (KM) Langkawi, KM Marlin, KM
Mulia dan KM Siangin, manakala Pasukan Gerak Marin melalui kapal KPD Tumpat dan KPD
Temenggung.

kapal pemusnah

Kapal-kapal asing pula ialah dua kapal dari Pakistan iaitu PNS Khaibar dan PNS Moawin,
ROKS Chungmugong Yi Sun Shin dan ROKS Dokdo dari Korea dan BRP Quezon dan BRP
Dagupan City dari Filipina.

Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) menghantar kapal pemusnah USS Mustin, Singapura
pula dengan Formidable, Australia dengan HMAS Glenelg, Thailand (HTMS Songkhla) dan
INS Kesari dari India.

Lebih menarik, selain perbarisan kapal-kapal statik, Awana Porto Malai turut dimeriahkan
dengan demonstrasi melibatkan laut dan udara yang menarik ribuan pengunjung hadir ke
LIMA kali ini.

Pertunjukan itu melibatkan beberapa pasukan dan agensi seperti APMM, Polis Marin, Kastam
dan Pasukan Khas Laut (Paskal) TLDM.

Kesemuanya menampilkan pelbagai formasi dan gaya pertunjukan yang menarik untuk
tontonan orang ramai yang hadir ke Awana Porto Malai.

Antara pertunjukan yang menarik perhatian pengunjung yang hadir untuk menyaksikan
pameran segmen maritim di Awana Porto Malai adalah dari pasukan Polis Marin.

Dengan formasi dan demonstrasi yang cukup menarik, Polis Marin bukan sahaja berjaya
menggegarkan sekitar Awana Porto Malai malah mengejutkan pengunjung yang hadir ke situ
untuk menyaksikan LIMA 2009.

Selain daripada itu, LIMA 2009 juga melibatkan penyertaan Kementerian Pelancongan yang
mengadakan pameran makanan, kraftangan serta persembahan kebudayaan.

Ia juga melibatkan persembahan artis jemputan yang diadakan pada setiap malam bermula
hari pertama sehingga berakhirnya LIMA 2009.

Kementerian Pelancongan memeriahkan lagi LIMA kali ini dengan penganjuran Karnival
Pelancongan LIMA 2009 di Awana Porto Malai dan Kompleks Pekan Rabu, Kuah.
ARKIB : 19/12/2009

Uniten: Program ke Jepun

Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN


pengarang@utusan.com.my

BANGI 18 Dis. – Seramai 120 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini
berpeluang mengikuti Kem Pendidikan Bahasa Jepun Segera yang akan diperkenalkan
Universiti Tenaga Nasional (Uniten) tahun depan.

Program yang mendapat tajaan Kumpulan Sime Darby, Felda dan Bank Negara Malaysia
(BNM) itu menyediakan peluang kepada pelajar berkenaan melanjutkan pelajaran ke Jepun.

Dekan Institut Kajian Liberal Uniten, Mohd. Ariff Ahmad Tarmizi berkata, program itu
adalah usaha sama antara universiti berkenaan dengan Kumpulan Universiti Teikyo (TUG) di
Jepun.

‘‘Ia bertujuan memilih dan menyediakan peluang kepada pelajar tempatan menyambung
pelajaran mereka di peringkat sarjana muda di universiti terkemuka Jepun.

‘‘Pelajar ini dipilih berdasarkan keputusan cemerlang yang diperoleh mereka pada
peperiksaan percubaan SPM lalu,’’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan cek Tabung Gempa Nusantara Utusan-
Maybank di Uniten di sini kelmarin.

Pada majlis itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik) Uniten, Profesor Dr. Ir. Ibrahim
Hussein menyerahkan cek berjumlah RM11,004 kepada Timbalan Ketua Pengarang
Kumpulan Utusan, Othman Mohamad.
Mohd. Ariff berkata, Kem Pendidikan Bahasa Jepun Segera itu akan menyediakan kuliah asas
yang turut menggunakan bahasa Jepun bagi tempoh dua tahun.

‘‘Bagaimanapun, selepas tamat program, peserta tidak dipaksa belajar di Jepun dan bagi yang
mahu melanjutkan pengajian di universiti tempatan, mereka boleh berbuat demikian dan
bahasa Jepun dipelajari menjadi kelebihan kepada mereka.

‘‘Uniten juga memperkenalkan program ini bagi membantu meningkatkan Dasar Pandang ke
Timur yang diperkenalkan kerajaan dahulu,’’ katanya.

Menurutnya, program itu terbuka kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang pada
percubaan SPM lalu kerana tarikh tutup permohonan adalah 25 Disember ini.

‘‘Setakat ini kami sudah memilih 120 peserta yang layak dan pelajar lain yang masih
berminat mengikutinya digalakkan memohon,’’ ujarnya.

Menurutnya, borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web www.uniten.edu.my.

Anda mungkin juga menyukai