Anda di halaman 1dari 10

Isu yang Berlaku kerana Kejatuhan Tamadun Turki Uthmaniah

Berlakunya peperangan antara umat Islam


Sebagai contoh, Revolusi di Mesir dan Perhimpuan yang dianjurkan oleh Bersih 3.0 baru-baru ini
yang melihatkan ramai umat Islam bermusuhan sesama sendiri di sebab kan oleh ideologi dan
matlamat yang berbeza. Ini terjadi kerana Islam tidak berpusat dibawah kerajaan yang sama. Sejak
kejatuhan sistem Khalifah yang terakhir sekali di pimpin oleh pemimpin-pemimpin dari Kerajaan
Turki Uthmaniah, banyak umat Islam telah berpecah dan berpuak-puak memgikut kepada ideologi
dan matlamat oleh pemimpin yang mereka ikuti. Perkara ini sesungguhnya amat dilarang oleh Allah
SWT dan Nabi Muhammad SAW. Beliau amat takut akan perkara ini terjadi dan telah berulang kali
mengingatkan kepada umat Rasullullah akan jangan berperang dengan umat sesama Islam, lebihlebih lagi di negara sendiri. Kita dapat lihat kepada contoh di negara Mesir sewaktu revolusi di negara
itu, rakyat negara itu berperang diantara penyokong pro-Gaddhafi dengan penyokong yang mahukan
sistem pemerintahan berdemokrasi. Masing-masing melaungkan takbir "Allahhuakbar" ketiak
berperang sesama mereka. Ini yang terjadi di negara itu dan sememangnya amat ditakuti oleh
Rasulullah SAW kerana khuathir akan orang-orang kafir akan mengambil kesempatan di atas
fenomena yang terjadi.

Keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat muda Islam


Sejak kejatuhan sistem Khalifah yang diakhiri oleh kerajaan Turki Uthmaniah, sistem perundangan
bagi Negara-negara Islam bergantung kepada pemimpin bagi setiap negara tersebut samada
berlandaskan hukum Hudud ataupun sistem perundangan konvensional. Hukum Hudud menghukum
kepada pesalah-pesalah dengan meninggalkan kesan yang mendalam sehinggakan pesalah tidak lagi
berani untuk melakukan kesalahan tersebut. Sebagai contoh jika seseorang itu melakukukan
kesalahan merogol seseorang itu tanpa rela akan dikenakan hukum sebat sebanyak 100 kali di
khalayak ramai. Manakala bagi sistem perundangan konvensional, hukuman bagi seseorang pesalah
itu bergantung kepada apa yang telah termaktub di dalam buku perundangan negara tersebut.
Sebagai contoh, jika seseorang itu melakukan kesalahan mencuri, pesalah tersebut akan dikenakan
hukuman penjara di sekian-sekian tahun bergantung kepada jumlah hasil kecurian yang dilakukan
oleh pesalah. Hukuman sebegitu selalunya tidak meninggal kan kesan mendalam kepda pesalah
tersebut dan menyebabkan pesalah itu akan membuat perbuatan itu sekali lagi. Jadi,bagi kebanyakan
negara yang tidak mengamalkan hukum Hudud, kemungkinan berlaku masalah sosial yang berleluasa
di negara tersebut. Banyak berlakunya kes-kes rogol, kes pembuangan bayi, kes mencuri, penagihan
dadah dan sebagainya. Sejak kejatuhan sistem Khalifah telah menimbulkan banyak masalah sosial
yang semakin sukar dibendung tanpa sistem yang berkesan.

Ramai umat Islam bertindak murtad dari agama Islam


Sejak keruntuhan sistem Khalifah dan tamadun Turki Uthmaniah, kebanyakan umat Islam semakin
tidak yakin dan percaya dengan agama yang dianuti kerana tidak ada lagi sistem yang kuat yang dapat
menampung mereka jika mereka mengalami kesusahan dan kesempitan. Jadi ramai umat Islam
bertindak murtad dari menganut agama Islam dengan memaling tadah kepada agama lain yang bagi
mereka terjamin kehidupannya di dunia ini. Ramai anak-anak muda semakin terpengaruh dengan
budaya agama lain yang bagi mereka senang untuk di ikuti dan dapat memberikan mereka ganjaran
duniawi. Sebagai contoh kes Aisyah yang telah diberi pendidikan agama Islam yang cukup oleh
keluarga dia, tetapi memilih untuk menganut agama lain yang amat memberi tamparan kepada
keluarga Aisyah.
Posted by Tamadun Uthmaniyah at 02:32 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Sumbangan Sulaiman the Great pada Pemerintahan Turki


Uthmaniah yang Masih Ada Sehingga Kini
Tokoh

Suleiman I (November 1494 - 5/6/7 September 1566) adalah sultan Turki Uthmaniyyah ke-10, yang
berkuasa dari tahun 1520 hingga 1566. Ia dikenali sebagai Suleiman yang Luar Biasa di Barat, dan
pemberi undang-undang di Timur kerana pencapaiannya dalam menyusun kembali sistem undangundang Uthmaniyah. Ia merupakan tokoh penting pada Eropah pada abad ke-16. Suleiman
memimpin tentera Uthmaniyah menaklukan Belgrade, Rhodes, dan sebahagian besar Hungary
sebelum berhasil dipukul mundur dalam Pengepungan Vienna tahun 1529. Ia menganeksasi
sebahagian besar Timur Tengah dan Afrika Utara (hingga sejauh Algeria di barat). Di bawah
kekuasaannya, armada Utsmaniyah menguasai laut Tengah, Merah, dan teluk Parsi.
Dalam usahanya untuk mengukuhkan Uthmaniyah, Suleiman melancarkan reformasi undang-undang
yang berkaitan dengan masyarakat, pendidikan, perpajakan, dan hukum jenayah. Hukum kanoniknya
(atau Kanun) memperbaiki bentuk empayar selama berabad-abad selepas kematiannya. Selain
merupakan penyair dan tukang emas, ia juga menjadi pelindung budaya yang besar, hingga
Uthmaniyah mencapai masa keemasan dalam bidang artistik, sastera, dan arsitektur.Suleiman
mampu menuturkan lima bahasa: Bahasa Turki Utsmaniyah, Arab, Serbia, Chagatai (dialek bahasa
Turki dan berkaitan dengan Uighur), Parsi, dan Urdu.

Sumbangan-sumbanganya
Penubuhan Dasar Undang-Undang

Suleiman dikenali sebagai Kanun Suleiman atau "pemberi undang-undang" di Utsmaniyah.


Sejarawan Lord Kinross mencatat bahawa "Ia tidak hanya merupakan pemimpin kempen tentera
yang besar, manusia dari pedang, seperti ayah dan datuknya. Ia berbeza dari mereka kerana juga
merupakan manusia dari pena. Ia merupakan legislator ulung, berdiri di depan mata rakyatnya
sebagai penguasa berjiwa besar dan eksponen keadilan yang murah hati ". Hukum utama empayar
adalah Shari'ah. Sultan tidak kuasa mengubah hukum Islam tersebut. Undang-undang lain yang
dikenali sebagai Kanuns (undang-undang kanonik) bergantung pada kehendal Suleiman sendiri, dan
meliputi bidang jenayah, pemilikan tanah, dan percukaian. Ia mengumpulkan semua keputusan yang
dikeluarkan oleh sembilan sultan Utsmaniyah sebelumnya. Setelah menghilangkan duplikasi dan

memilih antara kenyataan yang bertentangan, Suleiman mengeluarkan undang-undang, yang disusun
secara hati-hati agar tidak melanggar undang-undang dasar Islam. Suleiman, disokong oleh Mufti
Agung Ebussuud, berupaya mereformasi undang-undang agar dapat disesuaikan dengan perubahan
cepat dalam empayar. Ketika undang-undang Kanun mencapai bentuk akhirnya, undang-undang
tersebut dikenali sebagai kanun-i Osmani, atau "undang-undang Utsmaniyah". Undang-undang
Suleiman diterapkan selama lebih dari tiga ratus tahun.
Ia memberikan perhatian khusus pada keadaan rayah, orang Kristian yang mengerjakan
tanah-tanah kaum Sipahi. Kanune Kingdom, atau "Undang-undang Raya", menetapkan retribusi dan
cukai untuk dibayar oleh raya, dan menaikkan status mereka ke atas perhambaan sehingga hamba
Kristian banyak pindah ke wilayah Turki untuk mengambil keuntungan dari reformasi. Sultan
Suleiman juga memainkan peranan penting dalam melindungi orang Yahudi di empayarnya. Pada
akhir 1553 atau 1554, atas usul doktor kegemarannya, Moses Hamon, Suleiman mengisytiharkan
dekret yang secara rasmi melarang blood libel terhadap orang Yahudi. Lebih jauh lagi, ia menetapkan
undang-undang jenayah dan polis baru, dan juga menggunakan denda atau hukuman . Dalam bidang
perpajakan, cukai ditetapkan terhadap pelbagai barang, seperti haiwan, tambang, dan barang
eksport-import. Selain cukai, pegawai yang jatuh pada nama buruk akan disita tanah dan milikannya
oleh Sultan.

Pendidikan
Pendidikan merupakan bidang lain yang penting bagi sultan. Sekolah digabung dengan
masjid dan dibiayai oleh yayasan agama, sehingga memberikan pendidikan percuma bagi anak-anak
Muslim. Di ibukotanya, Suleiman meningkatkan jumlah sekolah dasar menjadi empat belas, serta
mengajarkan anak-anak baca tulis, dan juga prinsip- prinsip Islam. Anak yang ingin mendapat
pendidikan lebih lanjut dapat meneruskan pendidikannya ke salah satu daripada lapan madrasah.
Pembelajaran yang sedia adalah tata bahasa, metafizik, falsafah, astronomi, dan astrologi. Madrasah
tinggi memberikan pendidikan tingkat universiti, dan lulusannya menjadi imam atau pengajar. Pusatpusat pendidikan merupakan salah satu dari bangunan yang mengelilingi lapangan masjid, dengan
bangunan-bangunan lain adalah perpustakaan, bilik makan, air pancut, dapur sup, dan rumah sakit
untuk kepentingan umum.

Budaya
Di bawah kekuasaan Suleiman, Kesultanan Utsmaniyah memasuki masa keemasan dalam hal
perkembangan budaya. Utsmaniyah mempunyai ratusan kumpulan artistik Kesultanan (disebut
sebagai ehl-i HiRef, "komuniti bagi mereka yang berbakat") yang dikendalikan secara langsung oleh
istana. Proses magang wajib dijalani bagi mereka yang ingin menjadi seniman dan pengrajin. Setelah
magang mereka boleh mendapatkan gaji dan jawatan yang lebih tinggi.Dokumen-dokumen
penggajian yang ditemui menunjukkan betapa Suleiman sangat menghargai dan menyokong
pekerjaan seniman. Sebuah dokumen yang dibuat tahun 1526 menunjukkan senarai 40 kumpulan
seniman dengan lebih daripada 600 ahli. Ehl-i HiRef mampu menarik sebahagian besar seniman
berbakat, baik dari dunia Islam maupun dari wilayah jajahan di Eropah, untuk bekerja di istana
sultan. Hal ini membolehkan terjadinya pencampuran kebudayaan Islam, Turki, dan Eropa.Seniman
yang bekerja di istana antara lain pelukis, penjilid buku, penjahit pakaian dari bulu, pengrajin
perhiasan, dan penempa emas.

Bila penguasa sebelumnya lebih terpengaruh oleh kebudayaan Parsi (ayah Suleiman, sebagai
contoh, senang menulis puisi dalam bahasa Parsi), Suleiman berjaya mencipta gaya seni berbeza yang
menjadi warisan artistik yang khas.
Suleiman sendiri adalah seorang penyair yang handal, karyanya ditulis dalam bahasa Parsi dan Turki
dengan nama samaran muhibbi (Pecinta). Beberapa kalimat dalam puisi Suleiman dijadikan
peribahasa Turki, salah satunya yang terkenal adalah: "Semua orang ingin menyampaikan maksud
yang sama, tetapi ada banyak versi ceritanya." Ketika anak Suleiman, Mehmed, meninggal pada tahun
1543, ia membuat sebuah kronogram untuk memperingati kematiannya: Pangeran yang tiada taranya,
Sultan Mehmed-ku.Selain Suleiman, banyak seniman lain yang juga memberikan sumbangan besar
terhadap perkembangan sastera Utsmaniyah, termasuk di antaranya Fuzuli dan Baki. Sejarawan

Sastera E. J. W. Gibb mengamati bahawa "tidak pernah ada dalam sejarah dunia dorongan yang
sedemikian besar terhadap perkembangan puisi kecuali pada masa kekuasaan Sultan yang satu ini."
Suleiman juga terkenal kerana membiayai beberapa arsitektur monumental
di kesultanannya. Sang Sultan bercita-cita menjadikan Konstatinopel sebagai pusat peradaban Islam
melalui pembangunan pelbagai objek termasuk jambatan, masjid, istana, dan lain-lain. Beberapa
yang paling termahsyur dibuat oleh arkitek kepala Utsmaniyah, Mimar Sinan. Sinan bertanggung
jawab membina tiga ratus monumen di seluruh kesultanan, termasuk dua mahakarya masjid
Sleymaniye dan Selimiye-yang disebutkan terkini dibina di Edirne pada masa kekuasaan anak
Suleiman, Selim II. Suleiman juga melakukan pemulihan terhadap Kubah As-Sakhrah dan tembok
bandar di Baitulmuqaddis (yang kini menjadi tembok Kota Tua Jerusalem), mengubahsuai Ka'bah di
Mekah, dan membuat sebuah kompleks di Damsyik.

Politik dan Ekonomi


Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam politik dapat dilihat dalam sistem pemerintahan
dan pentadbiran. Dalam sistem pentadbiran , terdapat 4 aspek utama. Yang pertama ialah sitem
khalifah iaitu pelantikan khalifah sbg ketua pemerintah mengganti nabi Muhammad. Yang ke2 sistem
wazarah , pelantikan wazir utk mengetuai sistem pentadbiran negara di kerajaan pusat, sementara
gabenor dilantik utk mengetuai pentadbiran wilayah. Yg ke3 sistem urusetia yg membahagikan
urusan pentadbiran kpd beberapa bahagian iaitu bahagian surat menyurat, cukai, ketenteraan,dan
bahagian polis dan kehakiman. Yg ke4, sistem hijabah. Seorang pegawai ditugaskan memeriksa orang
yang mahu menemui khalifah, mengawal keselamatan khalifah, dan pemegang amanah. Sistem
pentadbiran dikukuhkan lagi dgn penubuhan 4 buah jabatan iaitu Jabatan Cukai, Jabatan Surat
Menyurat, Jabatan Urusan am dan Jabatan urusan Cap Mohor Pemerintah.
Dalam sistem pemerintahan, Diwanul Jundi [Jabatan Ketenteraan] ditubuhkan utk
pertahanan negara. Diikuti dgn angkatan laut dan angkatan tentera darat. Dalam aspek ekonomi
sememangnya Bani Umaiyah mangutamakan hal kewangan. Mereka telah menubuhkan Baitulmal
dan mewujudkan sistem kewangan untuk mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan negara .
Sumber pendapatan kerajaan ialah kharaj [cukai tanah] , jizyah [cukai perlindungan] , zakat, usyur
[cukai 1\10 hasil tani tuan tanah].dan ghanimah [harta rampasan perang].Pusat kegiatan ekonomi
dilakukan di Cordova. Kegiatan ekonomi telah mengembangkan kemahiran membuat barangan
tembikar serta perhiasan emas dan perak serta perusahaan kulit dan senjata. Pertanian
menyumbangkan sedikit kemajuan kepada mereka yang mana penyelidikan dilakukan untuk benih
yang bermutu dan pembinaan sistem saliran untuk menyuburkan tanah.

Bidang Sosial
Antara sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang sosial ialah pusat pengajaran dan
penyebaran ilmu iaitu Kota Basrah. Selain itu beberapa orang ilmuwan telah dilahirkan seperti Khalil
Ibn Ahmad (pakar bahasa dan filologi Arab) dan Sibawayhi (ahli nahu Arab) serta sasterwan seperti
al-Farzdaq, Jarir, Umar ibn Abi Rabiah dan Jamil al-Uzri. Tambahan pula, Bahasa Arab dijadikan
sebagai bahasa rasmi negara. Sumbangan Bani Umaiyah juga ialah tanda bunyi atau baris telah
diperkenalkan pada tulisan al-Quran yang memberi faedah kepada orang bukan Arab. Perkembangan
ilmu agama pada zaman Khalifah Umar ibn Abdul Aziz telah melahirkan tokoh seperti Urwah bin alZubayr dan Ibn Zihat al-Zuhri(hadis), Ibn Jarih (tafsir al-Quran) serta Hasan al-Basri dan Wasil ibn
Ata (usuluddin). Selain itu juga, sumbangan Bani Umaiyah dalam bidang sosial melibatkan
pembinaan hospital pertama di Damsyik oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik. Hospital penyakit
kusta telah dibina oleh Khalifah Umar ibn Abdul Aziz.
Tambahan pula, buku rujukan pelbagai bidang ilmu telah diterjemahkan dalam bahasa Arab.
Ibn al-Nafis telah menghasilkan buku al-Shamill fis Sinaah al-Tabibiyah (kajian Umum Profesion
Kedoktoran) yang membicarakan teknik pembedahan dan rawatan selepas pembedahan. Selain itu,
perkembangan ilmu dalam bidang kimia dan astronomi juga telah berkembang.
Dalam sistem perundangan, hukuman berdasarkan ijtihad dengan berpandukan al-Quran,
sunnah atau jimak. Hakim tidak boleh mempengaruhi mana-mana pihak, bebas, tidak cenderung ke
mana-mana aliran politik pemerintah. Seseorang hakim mesti adil dalam penghakimannnya tanpa
mengira pengaruh atau latar belakang orang yang diadili itu.

Posted by Tamadun Uthmaniyah at 01:49 No comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 1 April 2012

Kesan Terhadap Negara-Negara Islam


Kejatuhan Turki Uthmaniyah secara tidak langsung telah memberi kesan kepada negaranegara Islam dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Hal ini merupakan petunjuk kepada
pengakhiran kegemilangan kerajaan Islam yang dahulunya telah berkembang pesat. Rentetan
kejatuhan ini menyerlah ketika Mustafa Kamal Antartuk mengisytiharkan Turki sebagai
negara republik.
1. Politik
Kejatuhan Turki Uthamniyah telah memberi kesan kepada negara Islam yang lain dari aspek
politik. Antaranya ialah kehilangan institusi khilafah dalam kerajaan Islam dan perpecahan
negara-negara Islam di bawah satu pemerintahan. Hal ini telah memberi kesan yang buruk
dalam politik negara Islam. Apabila kejatuhan Turki Uthmaniyah, setelah bertukar menjadi
negara republik menyebabkan institusi khalifah telah hilang dan membawa kesan yang buruk
kepada suasana politik negara Islam. Hal ini bermula selepas Mustafa Kamal menggantikan
Kesultanan Uthmaniyah dan menjadi Pemoden Turki muda dan membawa perubahan dalam
sistem politik Turki. Negara Islam turut mendapat kesannya kepada negara Iran di bawah
pemerintahan Reza Shah yang memperkenalkan sebuah parti sahaja, sama dengan Parti
Republikan Rakyat Antartuk. Pembaharuan ini telah melenyapkan sistem pemerintahan
Khalifah di negara-negara Islam.
Kesan yang jelas kelihatan adalah perpecahan wilayah umat Islam yang dulunya di bawah
pemerintahan Turki Uthamaniyah. Kelemahan Turki menyebabkan negara di bawah
naungannya telah membebaskan diri dan di takluk oleh pihak Eropah. Pemberontakan oleh
negara seperti Montenegro, Bosnia, Balkan, Prins Milaan, Serbia, Herzegovina dan di
tempat-tempat lain membebaskan diri menyebabkan perpecahan negara umat Islam. Hal ini
dibuktikan lagi dengan perpecahan wilayah Turki Uthamaniyah. Raja Husein hanya dapat
menguasai tidak lebih dari bumi Hijaz. Raja Faizal pula yang telah berusaha memerdekakan
bumi Syam dari kuasa Turki. Jelaslah bahawa kejatuhan Turki memberi implikasi kepada
negara-negara Islam yang lain.
2. Ekonomi
Ekonomi negara-negara Islam turut mendapat kesan akibat daripada kejatuhan empayar Turki
Uthmaniyah. Kemerosotan ekonomi Turki akibat perang kerana negara terpaksa membuat
perbelanjaan yang besar untuk biaya perang. Hal ini telah menyebabkan negara Islam yang
dahulunya di bawah pengaruh seperti Timur Tengah dan Afrika Utara mengalami

kemerosotan ekonomi. Negara Islam semakin teruk terjejas ekonominya apabila selepas
tamat Perang Dunia 1 kerana dengan persetujuan Sykes-Picot 1916 wilayah Turki
Uthmaniyah telah dibahagikan kepada Perancis, Inggeris, Russia dan Itali. Hal ini
menyebabkan ekonomi negara Islam yang dibahagikan telah terjejas akibat daripada
penguasaan orang Eropah.
Perdagangan negara Islam semakin merosot kerana masyarakat Eropah telah menguasai
perdagangan di Laut Hindi, Laut Mediternean, Terusan Suez dan jalan perdagangan yang
lain. Hal ini telah menyebabkan Eropah semakin mengusai ekonomi negara Islam.
Contohnya, Perancis dan Inggeris telah mengawal syarikat Terusan Suez dan orang Yahudi di
Mesir memiliki hampir seluruh gedung besar perniagaan dan banyak melibatkan diri dalam
pasaran saham. Selain itu, penguasaan Soviet Union yang menguasai sekitar satu pertiga
daripada jumlah perniagaan asing Iran. Penguasaan ekonomi oleh masyarakat Eropah di
negara Islam telah melemahkan ekonomi negara Islam.
3. Sosial
Kesan yang paling ketara yang menimpa negara Islam adalah aspek sosial akibat kejatuhan
Turki Uthmaniyah. Kemerosotan tindak tanduk sosial hasil daripada kejatuhan Turki telah
mempengaruhi negara Islam yang lain. Permodenan Turki telah menjadi ikutan negara Islam
yang lain. Hal ini dapat dibuktikan kepercayaan sosialis Fabian Qibti Salama Musa di Iran
yang berpendapat bahawa kebudayaan Barat menjadi kunci kepada reformasi sosial.
Kebudayaan Barat ini telah menyebabkan keruntuhan akhlak masyarakat di negara-negara
Islam. Kejatuhan Turki Uthmaniyah telah memberi kesan terhadap negara Islam dan
rakyatnya yang membawa kepada perpecahan umat Islam. Contohnya, Inggeris
menggalakkan pemisahan kaum Assyria dengan menubuhkan tentera khas untuk menindas
kaum Kurdi dan Turki yang tinggal di utara Iraq. Jelaslah bahawa perpaduan umat Islam
mula retak selepas kejatuhan Turki Uthmaniyah.
Penutup
Turki Uthmaniyah mempunyai sorotan sejarahnya yang tersendiri yang telah melalui era
kegemilangan, kemerosotan yang akhirnya membawa kepada kejatuhan. Kedudukan kuasa
Turki Uthmaniyah yang besar dan luas pada suatu ketika dahulu telah hilang sama sekali
pada penghujung abad ke-18 dan yang tinggal hanya beberapa daerah kecil yang masih
berada di bawah taklukan Sultan Turki. Pengakhiran kerajaan Turki Uthmaniyah bermula
selepas Mustafa Kamal Antartuk mengisytiharkan Turki sebagai kerajaan Republik.
Sejarah telah memperlihatkan kejatuhan Turki akibat masalah dalaman dan luaran yang tidak
dapat diselesaikan secara sistematik. Antara masalah tersebut adalah kelemahan Sultan Turki,
pemberontakan, penyelewengan seperti rasuah, ekonomi yang tidak teratur, tentera yang
lemah dan pengaruh luaran akibat daripada kebangkitan Eropah. Masalah ini telah
menyebabkan kejatuhan Turki Uthmaniyah dan memberi tempias kepada negara Islam yang
lain sama ada dari aspek ekonomi, sosial dan politik. Di samping itu, kejatuhan Turki sering
dikaitkan dengan permasalahan pemimpinnya yang mementingkan hiburan dan keseniaan.
Hal ini dibuktikan dengan kenyataan orientalis barat yang mengatakan bahawa salah satu
faktor kejatuhan Turki Uthmaniyah adalah disebabkan oleh pemimpin dan sehingga rakyat
golongan yang mementingkan hiburan dan keseronakkan. Oleh itu, sewajarnya keadaan ini
dijadikan iktibar dan sehingga kebangkitan semula institusi Khilafah seterusnya Islam
kembali terbilang.

Posted by Tamadun Uthmaniyah at 00:05 No comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Faktor-Faktor Kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah


Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Antara
faktor yang membawa kejatuhan empayar ini adalah disebabkan beberapa aspek iaitu politik,
ekonomi, sosial dan pengaruh luar yang meresap masuk dalam kerajaan. Justeru kelemahankelemahan ini telah mendorong kepada keruntuhan empayar Turki Uthmaniyah.
1. Politik
Faktor politik merupakan perkara pokok yang menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah
mengalami kemerosotan. Faktor politik ini termasuk kelemahan kepimpinan, pentadbiran dan
pemerintahan yang tidak teratur serta ketenteraan yang lemah. Hal ini merupakan pendorong
ke arah kehancuran empayar Turki Uthmaniyah.
Setelah kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni empayar Turki mula memperlihatkan kejatuhan
dan kemunduran. Hal ini adalah lantaran daripada kelemahan sultan, baik dalam keperibadian
serta yang paling utama dalam kepimpinannya. Kelemahan ini dapat dibuktikan dengan sikap
sultan itu sendiri yang mementingkan hiburan dan kesenian sehingga menyebabkan
kerosakkan moral. Contohnya, Sultan Murad III telah dikuasai oleh nafsu sepanjang
pemerintahan sehingga mempunyai 118 orang anak. Di samping itu, Sultan Ibrahim
membunuh 100 000 orang dan menyaksikan sendiri pembunuhan 25 000 orang daripadanya.
Kehidupan sultan yang hidup bermewah-mewah akhirnya mendorong perlakuan tidak
bermoral yang telah membawa kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.
Umum mengetahui bahawa Turki Uthmaniyah mempunyai pemimpin silih berganti. Namun,
tidak dinafikan bahawa keadaan ini telah menyumbang kepada kejatuhan Turki Uthmaniyah
kerana masalah perebutan takhta dalam kalangan pembesar dan pemerintah. Sistem syura
tidak diamalkan dan pemilihan pemimpin kebiasaannya adalah berdasarkan kekuatan.
Keadaan ini telah mendorong ke arah peperangan antara putera-putera raja yang
menyebabkan ketidakstabilan politik dan kepimpinan yang menurun. Kelemahan kepimpinan
ini menyebabkan kerajaan dikuasai oleh anggota-anggota harem atau kelompok tertentu
dalam istana. Kelemahan dalam pentadbiran dan pemerintahan ini telah ditunjukkan dalam
pemerintahan selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni dan mengakibatkan keruntuhan
empayar Turki Uthmaniyah. Hal ini dapat dilihat semasa pemerintahan Ibrahim dipengaruhi
oleh Bonda dan tiga orang isterinya yang masuk campur dalam pemerintahan untuk
menyingkirkan Wazir Agung Kara Mustafa. Keadaan ini membawa kepada kejatuhan Turki
Uthmaniyah.
Pertahanan merupakan aspek terpenting dalam politik sesebuah negara. Oleh itu, kelemahan
dalam sistem ketenteraan merupakan penyumbang kepada kejatuhan kerajaan Turki
Uthmaniyah. Kemerosotan ini bermula dengan kelemahan disiplin ketenteraan dalam
kalangan pegawai atasan. Hal ini disebabkan oleh pertandingan ketenteraan yang sebenarnya
telah ditinggalkan yang menyebabkan putera-putera raja yang berpontensi telah disisihkan
dan memilih putera sulung kerana perkara ini memberi kebebasan kepada para pegawai. Hal
ini dapat dibuktikan dengan perlantikan Bayezid 1 dan Salim II dipilh bukan berdasarkan
kemampuan yang unggul. Di samping itu kelemahan ketenteraan juga dapat dilihat melalui

penghapusan aristokrasi tentera lama yang menjadi saingan kepada kuasa kerajaan.
Penghapusan ini menyebabkan sistem tentera hamba mejadi terbatas kerana seksyen
ketenteraan yang dominan dalam angkatan tentera telah membenarkan anak-anak pegawai
mendapat pangkat, lantas menghapuskan asas disiplin dalam tentera. Jelaslah bahawa faktor
politik yang akhirnya telah membawa kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.
2. Ekonomi
Kelemahan dalam tadbir urus ekonomi merupakan punca kepada tercetusnya kemerosotan
dalam kerajaan Turki Uthmaniyah. Kelemahan adalah disebabkan perlantikan jawatan yang
bukan didasari oleh kebolehan. Hal ini dibuktikan melalui jawatan memungut cukai diberikan
kepada sesiapa sahaja yang berikrar untuk memberi sumbangan kutipan yang besar kepada
perbendaharaan negara. Keadaan ini bertambah buruk apabila kadar cukai yang tinggi
dikenakan membebankan rakyat. Kelemahan ini mendorong kepada kemerosotan Turki
Uthmaniyah.
Perdagangan yang lembab menyebabkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Kegiatan
perdagangan merupakan suntikan dalam membangunkan ekonomi Turki Uthmaniyah.
Kelemahan ini disebabkan oleh saingan dengan negara Eropah yang semakin maju dalam
bidang perdagangan. Hal ini dapat dibuktikan pada abad ke-16, Turki Uthmaniyah bersaing
dengan Portugis untuk menguasai jalan perdagangan di perairan India. Dalam pada itu, sistem
kapitalisme yang diperkenalkan di Eropah menyebabkan revolusi perindustrian muncul dan
menenggelamkan industri tradisional masyarakat Turki. Selain itu, kemunduran dalam
ekonomi Tuki adalah akibat berlaku peperangan yang tidak pernah berhenti. Pendapatan yang
semakin berkurang dan dibebankan dengan belanja negara yang semakin besar termasuk
perbelanjaan perang mendorong kepada kemelesetan ekonomi Turki Uthmaniyah. Kesannya,
kegemilangan Turki dari aspek ekonomi semakin suram dan menuju kejatuhan.
3. Sosial
Masalah sosial seperti pemberontakan, ajaran Islam telah diselewengkan dan rasuah telah
menyebabkan berlakunya kejatuhan Turki Uthmaniyah. Pemberontakan merupakan faktor
terpenting dalam kejatuhan empayar yang terbilang ini kerana tiada lagi penyatuan antara
golongan pemerintah dan rakyat jelata. Keadaan dapat dilihat apabila berlaku pemberontakan
dalam kalangan puak Kurdish, puak Druze di Syiria, tuan-tuan tanah tentera di Anatolia dan
Janissari di ibu kota yang ingkar dan suka memberontak telah mengganggu tumpuan tentera
empayar menentang Austria, Poland dan Safavi. Pemberontakan ini mencetuskan masalah
dalaman yang teruk sehingga membawa kepad kejatuhan Turki Uthmaniyah.
Gejala rasuah yang semakin berleluasa merupakan faktor kritikal yang menyumbang kepada
kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Rasuah telah menyerap dalam kalangan pegawai
atasan menyebabkan pentadbiran menjadi lumpuh disebabkan pemimpin yang tamak haloba.
Hal ini dapat dibuktikan apabila Sulaiman sendiri meminta hadiah daripada orang yang
hendak dilantiknya pada waktu perlantikan dan mereka perlu juga berbuat demikian pada
peringkat bawahan untuk menampung kos tersebut. Gejala rasuah ini telah menimbulkan
kekacauan dalam pemerintahan dan melemahkan kedudukan kerajaan khususnya semasa
pemerintahan Sultan Mustafa IV kerana bebanan cukai yang tinggi untuk memperkayakan
individu yang dilantik untuk mengutip cukai dan memberi hadiah kepada pembesar yang
membantunya memperoleh jawatan berkenaan. Oleh itu, rasuah merupakan faktor yang
mendorong kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.

Keruntuhan akhlak dan kurang penghayatan Islam sedikit sebanyak mempengaruhi kejatuhan
empayar agung ini. Ajaran Islam telah dicemari dengan ajaran khurafat, tahayyul, amalan
tasawuf yang melampaui batas tanpa menghiraukan tugas wajib iaitu untuk berjihad dan
menegakkan amar makruf serta mencegah yang mungkar. Di samping itu, golongan istana
juga terlibat dalam krisis moral dengan adanya pesta yang dilengkapi dengan minuman keras,
dendangan musik dan para dayang yang menghiburkan para pembesar negara. Jelaslah
bahawa permasalahan sosial yang berlaku telah menyebabkan kejatuhan emapayar Turki
Uthmaniyah.
4. Pengaruh Luar
Kebangkitan kekuatan Eropah telah menjadi faktor kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.
Kemajuan dari aspek ilmu pengetahuan yang telah dicapai oleh Eropah telah mendorong
perluasaan kuasa atau imperialisme Barat berlaku. Gerakan-gerakan renaisans melahirkan
perubahan-perubahan yang besar dalam sejarah dunia iaitu kebangkitan Eropah dan
kemunduran kerajaan Islam di empayar Turki Uthmaniyah. Hal ini telah melumpuhkan Turki
Uthmaniyah akibat daripada saingan kuasa-kuasa Eropah.
Peperangan demi peperangan dengan kekuasaan Eropah telah memperlihatkan kekalahan
kerajaan Turki Uthmaniyah. Hal ini dapat dilihat melalui peperangan dengan Austria sekitar
tahun 1682-1689 yang menyebabkan kerugian yang besar bagi Turki Uthmaniyah. Penyatuan
bangsa Eropah untuk menentang Turki telah menawan Hungary, kota Budapest, wilayah
Transilvania dan beberapa wilayah yang melemahkan pertahanan Turki Uthmaniyah.
Kejatuhan Turki Uthamniyah semakin terserlah akibat kekalahan dalam peperangan.
Penyatuan Prince Eugene of Savoy dengan tentera Austria telah mengalahkan Turki dalam
Peperangan Petewarden pada tahun 1716. Kekalahan ini merupakan faktor kejatuhan Turki
Uthmaniyah.
Selain itu, siri perjanjian dengan negara Eropah yang akhirnya membawa kepada kejatuhan
kerajaan Turki Uthmaniyah. Perdamaian melalui perjanjian menyebabkan Turki semakin
lemah yang akhirnya membawa kemerosotan. Hal ini dapat dibuktikan melalui Perdamaian
Passarowit yang ditandatangani pada Julai 1718 menyebabkan Turki kehilangan Timsuar,
Belgrad, sebahagian besar negeri Serbia dan negeri Rumania. Perjanjian Radsin telah
ditandatangani selepas kekalahan Turki kepada Russia dan menyebabkan sultan Turki
terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Russia dan membuka perniagaan kepada bangsa
Cossack di Laut Hitam setelah mengusainya selama beberapa abad. Jelaslah pengaruh luaran
merupakan punca kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah terutamanya kebangkitan
semula Eropah selepas berlakunya zaman gelap.
Posted by Tamadun Uthmaniyah at 00:03 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah


Pembentukan kerajaan Turki merupakan proses sejarah yang panjang dan tidak terjadi dengan tibatiba. Dalam sejarahnya selama lima abad iaitu bermula pada akhir abad ke-13 hingga awal abad ke-19
kerajaan Turki Uthmaniyah telah mengalami pasang surut. Pada satu sudut, dapat dilihat sebuah
sistem politik yang diwarisi dari Kerajaan Turki Saljuk dan mengalami perkembangan yang gemilang
dan akhirnya mengalami kemerosotan.
Empayar Turki Uthmaniyah telah diasaskan oleh Uthman 1 yang mengistiharkan kemerdekaan
wilayah Uthmaniyah pada tahun 1299. Wilayah ini mula berkembang melalui penaklukan
Constatinople oleh Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 dan terus gemilang semasa pemerintahan

Sulaiman Al-Qanuni. Namun selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni pada tahun 1566 berlaku
kemerosotan dalam empayar Turki Uthmaniyah. Malang yang menimpa ini adalah lantaran
kelemahan-kelemahan yang wujud dalam kerajaan Turki Uthmaniyah yang telah membawa kepada
kejatuhan empayar yang telah mencapai zaman kegemilangan.
Keruntuhan empayar yang telah mencapai kegemilangan ini merupakan peristiwa yang kompleks bagi
sebuah masyarakat Islam dari sebuah kerajaan menuju negara moden. Pada proses keruntuhannya,
Turki Uthmaniyah merupakan wilayah yang besar meliputi semenanjung Balkan, Asia Kecil, Arab
Timur Tengah, Mesir dan Afrika. Namun, akibat daripada pelbagai faktor yang akhirnya membawa
kepada kejatuhan Empayar Uthmaniyah sehingga memberi kesan kepada negara-negara Islam di
sekitarnya yang turut terkena tempias akibat kemerosotan Turki Uthmaniyah.
Posted by Tamadun Uthmaniyah at 00:02 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 31 March 2012

Empayar Uthmaniyyah
Empayar Turki Uthmaniyyah dikenali keluarga Bani Osmani ini adalah sebahagian kecil dari
keseluruhan suku-suku bangsa Turki yang dikenali sebagai bangsa Turki yang masuk ke Asia Kecil
semenjak abad ke sebelas yang lalu. Bangsa ini adalah pemimpin-pemimpin yang terus-menerus
berjuang menentang Byzantine, terutama setelah mereka bergerak ke barat laut Anatolia di abad ke13. Pengikut-pengikutnya direputasikan sebagai ghazi atau lebih mudah dikenali sebagai parajurit
yang berjuang memerangi Kristian kerana jihad untuk menegakkan Islam, dan mengecapi kejayaan.
Di sinilah wujudnya empayar atau kerajaan Uthmaniah, yang menampung kerajaan-kerajaan kecil
bangsa Turki yang lain. Pemerintah Uthmaniyyah melihat diri mereka sebagai "pemerintah universal"
dan waris kepada Empayar Rom dan Islam, maka terjadilah "penyatuan kebudayaan".
Pada tahun 1357 mereka menyeberangi Dardanelles menuju ke semenanjung Gallipoli dan sebelum
akhir abad ke-14 mereka telah menduduki beberapa kawasan dibawah kerajaan Byzantine, termasuk
Greece dan Bulgaria. Constantinople (kemudian ditukar nama kepada Istanbul) jatuh ke tangan
kerajaan Uthmaniah pada tahun 1453. Pada tahun 1526 sebagian besar wilayah Hungary telahpun
berada di bawah kekuasaan Uthmaniah .Kerajaan Uthmaniah mempunyai angkatan laut yang handal
di Lautan Tengah dan melaksanakan tugasnya dalam perang dengan Sepanyol dan kuasa-kuasa
Eropah yang lain. Algeria segera mereka kuasai dan akhirnya menambahkan Tunisia sebagai wilayah
kerajaan Uthmaniah. Uthmaniah juga melanjutkan peluasan kuasanya dengan menuju ke bahagian
tenggara, menduduki Iraq dan bahagian-bahagian wilayah Arab yg lain. Bagi bangsa Eropah Barat,
kemajuan Uthmaniah merupakan keganasan Islam. Dengan ini mereka menegaskan bahawa Islam
adalah agama kekejaman dan agama pedang yang menakutkan. Maka tidak hairanlah pada tahun
1542, Dewan Kota Praja Basel di Switzerland membekukan penerbitan terjemahan Al Qur'an yang
diterjemahkan oleh Robert dari Ketton. Dewan Kota Praja ini membantah dengan mengatakan
"dongeng dan bid'ah yang dibuat-buat" dalam Al Qur'an itu akan mengganggu penganut Kristian
Pada akhir abad ke-17, kelemahan kerajaan Uthmaniyah mulai terserlah selepas satu setengah abad
berkuasa. Pengepungan ke atas Vienna di tahun 1683 turut menemui kegagalan dan kerajaan
Uthmaniah kini pula menghadapi Persekutuan dari Austria, Poland, Venice dan Paus, dan bangsa
Rusia.
Semenjak tahun 1699 mereka telah banyak menemui kekalahan dan di dalam perjanjian damai
Karlovitz, Uthmaniah harus mempersetujui penyerahan wilayah-wilayahnya kepada Austria, Vennice
dan Poland. Walaupun demikian, mereka tetap mempertahankan hak mereka di bahagia tenggara
Eropah, termasuk pantai barat dan utara Laut Hitam. Namun pada abad ke-19, kerajaan Uthmaniah
kembali kehilangan sebahagian besar dari wilayah taklukkannya yang dimulai dengan kemerdekaan
Greece pada tahun 1829 dan pendudukan Perancis ke atas Algeria pada tahn 1830. Kerajaan
Uthmaniah menjadi "the sick man of Europe" iaitu Orang Eropah yang sakit dan hanya persaingan
mereka inilah yang mencegah terjadinya perpecahan-perpecahan yang dahulunya pernah terjadi.
Setelah kekalahannya dalam Perang Dunia I di tahun 1912-1919, semua wilayah ini masih tetap
berada di bawah Kerajaan Uthmaniah, dengan wilayah Eropahnya adalah kawasan di sekitar Istanbul
meluas sampai ke sebelah utara Edirne (Adrianople) dan ke barat sampai ke Gallipoli. Bangsa Turki di
bawah kekuasaan Mustafa Kamal Ataturk telah menghapuskan nama Kerajaan Uthmaniah pada 1922
dan diganti dengan Republik Turki. Wilayah-wilayah jajahan di Asia dan Afrika dahulu telah hilang
kecuali Anatolia yang masih berada di wilayah Republik Turki ini.

Anda mungkin juga menyukai