Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN IMPAK PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Puzzle Bentangan ini merupakan salah satu Bahan Bantu Mengajar yang telah
dihasilkan oleh saya sendiri. Penggunaan Puzzle Bentangan ini boleh digunakan
dengan pelbagai cara, bukanlah semata-mata untuk aktiviti berkumpulan sahaja.
Berdasarkan video yang telah direkodkan sebanyak 10 orang murid 2 Bestari di
Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Ayer Itam telah menjalani cara-cara menggunakan
Puzzle Bentangan ini.
Melalui pemerhatian saya terhadap hasil pembelajaran murid bagi topik
Bentangan Bentuk 3 Dimensi ini, saya dapat melihat bahawa terdapat beberapa
murid sahaja yang mampu melukis kembali bentangan yang telah diajar oleh guru yang
hanya menggunakan bongkah 3 dimensi. Disamping itu, saya juga dapat melihat
sekiranya bentangan tersebut berubah susunan maka murid tidak dapat mengenal pasti
bentangan apakah yang ditunjukkan. Tambahan lagi, setelah saya mengemukakan
solaan tentang bentuk 2 dimensi apakah yang terdapat di dalam bentuk 3 dimensi ini,
hanya separuh murid sahaja yang mampu menjawab dengan beberapa kali tekaan.
Oleh itu, dapat saya simpulkan bahawa murid-murid 2 Bestari masih kurang memahami
konsep bentangan secara jelas dan dalam.
Setelah melihat kekurangan yang terdapat oleh murid-murid 2 Bestari, maka
saya mencipta Puzzle Bentangan yang berkonsepkan permainan puzzle. Puzzle
Bentangan ini akan membantu murid untuk meneroka sendiri bentangan 3 dimensi
dengan menyelesaikan puzzle ini secara berkumpulan ataupun sendiri. Selepas
mencuba Puzzle Bentangan ini kepada 10 orang murid 2 Bestari, saya dapati hasil
yang diterima sangat memberangsangkan.
Antara aktiviti yang telah dijalankan menggunakan Puzzle Bentangan ini adalah
menyelesaikan puzzle, memadankan puzzle yang telah siap dengan bongkah 3 dimensi
dan menyatakan bentuk 2 dimensi yang terdapat pada setiap bentangan. Hasilan yang
dapat setelah murid-murid menjalankan aktiviti-aktiviti ini adalah mereka mampu
menerangkan ciri-ciri yang terdapat di dalam setiap bentangan. Contohnya, jika saya
meminta mereka mencipta bentangan kubus, maka mereka akan mengambil 6 keping

puzzle yang berbentuk segi empat sama dan mencantumkan menjadi bentangan
tersebut. Setelah itu, saya bertanya kepada mereka, apakah yang dapat kamu
terangkan kepada saya mengenai bentangan kubus ini? Mereka memberi jawapan
bahawa bentangan kubus ada 6 permukaan berbentuk segi empat sama kerana kubus
mempunyai panjang sisi yang sama. Oleh itu, saya berpendapat murid akan lebih
memahami mengenai topik bentangan dengan mudah dan berkesan.
Antara teori yang didapat dijadikan panduan adalah teori Pembelajaran Jean
Piaget yang menyatakan bahawa kanak-kanak yang berusia lingkungan 7 hingga 11
tahun akan mempunyai perasaan ingin tahu dan mula menerima pendapat orang lain.
Oleh itu sekiranya Puzzle Bentangan ini diguna pakai di dalam kelas murid darjah 2
maka secara tidak langsung akan melatih mereka untuk meningkatkan semangat inkuiri
mereka dengan mencuba menyelesaikan puzzle ini secara sendiri serta dapat
menerima pandangan rakan-rakan kumpulan mereka. Jean Piaget juga ada
menyatakan bahawa sekiranya murid-murid dapat mempelajari sesuatu konsep dengan
menggunakan bahan maujud atau realia yang menggunakan deria sentuh, lihat dan
dengar maka murid-murid akan dapat mengukuhkan lagi konsep yang diajar untuk
jangka masa panjang. Bertepatan dengan teori ini saya telah pun mengedarkan
lembaran kerja kepada mereka berkenaan tajuk bentangan 3 dimensi dan kesemua
murid yang diuji telah menjawab kesemua soalan dengan cemerlang.
Selain itu, setelah menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut, saya juga dapat
memerhati bahawa proses pembelajaran menjadi seronok dan kemahiran
berkomunikasi digunakan secara kerap. Murid yang pendiam juga turut melibatkan diri
bersama murid yang aktif bercakap, akan membantu mereka untuk berani
menyuarakan pendapat mereka ketika menyelesaikan puzzle ini. Tambahan lagi,
kawalan kelas akan menjadi mudah sekiranya guru menggunakan Puzzle Bentangan
ini. Sekiranya terdapat kumpulan yang tidak mengikut peraturan maka guru boleh
menggunakan peneguhan negative iaitu dengan menarik balik Puzzle Bentangan ini
sehingga mereka mampu bersikap baik.

Anda mungkin juga menyukai