Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN PROGRAM KURSUS PENYEMBELIHAN

1. MUQADDIMAH
Kursus penyembelihan adalah salah satu aktiviti yang telah
dirancang oleh Badan Dakwah dan Rahani (BADANI) bagi memberi
pengalaman dan kemahiran kepada pelajar tingkatan lima SMK Agama Slim
River. Ia juga sebagai satu persiapan apabila menghadapi masyarakat nanti
serta mampu untuk melakukan amalan-amalan masyarakat Islam setempat.
2. MATLAMAT
Program yang dirancang adalah untuk kecemerlangan
sahsiah pelajar SMK Agama Slim River sesuai dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Program yang dirancang,
perlu dilaksanakan secara berterusan agar membuahkan hasil yang
membanggakan.
3. OBJEKTIF
3.1 Melahirkan warga SMKA yang memiliki ilmu di dalam amalan
masyarakat Islam.
3.2 Mewujudkan suasana keakraban dan kemesraan antara pelajar
semasa program berjalan.
3.3 Mencungkil bakat sedia ada di kalangan pelajar dalam kemahiran
Menyembelih binatang.
3.4 Membimbing pelajar menyembelih binatang dengan cara yang betul
dan sah menurut Islam.
4. JAWATANKUASA
Pengerusi

: Ketua Biro Kebajikan BADANI

Timb. Pengerusi : Timbalan Ketua Biro Kebajikan BADANI


Setiausaha

: Setiausaha Biro Kebajikan BADANI

Timb. Setiausaha : Timbalan Setiausaha Biro Kebajikan BADANI


Bendahari

: Bendahari Biro Kebajikan BADANI

AJK

: Semua AJK Biro Kebajikan BADANI

5. AKTIVITI
a. Taklimat penyembelihan.
b. Tunjuk cara penyembelihan
c. Pelajar menyembelih
d. Gotong royong membersih ayam
e. Jamuan makan
6. KUMPULAN SASARAN
Semua murid tingkatan 5 SMK Agama Slim River, Perak Darul
Ridzuan.
7. Harapan
Program yang dirancang oleh BADANI diharap dapat
mencapai objektif serta mendapat kerjasama yang baik dari semua
pihak samada pihak pengurusan sekolah, guru atau pun murid SMK
Agama Slim River. Semoga program yang diatur serta dilaksanakan
sedikit sebanyak dapat memberi impak yang positif kepada kepada
semua pihak khususnya murid.
9. ULASAN PENOLONG KANAN HEM

.
10. KELULUSAN PENGETUA

Disediakan;
...................................................
( HJ JAMALUDDIN BIN HALID )
Guru Penasihat BADANI
SMK Agama Slim River.

Anda mungkin juga menyukai