Anda di halaman 1dari 9

Contoh Teks Pengacara Majlis Sambutan Hari Guru 2011

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU


SMK DEMAK BARU 2011

Perhatian .Minta Kerjasama Semua Pelajar Untuk Memberi Laluan Majlis


Sambutan Hari Guru Akan Berlangsung Sebentar Lagi.
Terima Kasih.
Para Pelajar Diingatkan Berdiri Ketika Perarakan Masuk Guru-Guru Ke
Dataran Smk Demak Baru.
Rakan-Rakan Pelajar Sekalian,Marilah Sama-Sama Kita Memberikan Tepukan
Yang Gemuruh Kepada Semua Guru-Guru Smk Demak Baru.

Majlis Memohon Tn Pengetua Untuk Menaburkan Kuntuman-Kuntuman Bunga


Diiringi Oleh Penolong-Penolong Kanan Kepada Barisan Guru-Guru Yang
Dikasihi Dan Diraikan.
Istana Kota Sebelas Tingkat
Tempat Baharu Nakhoda Pekan
Sama Kata Sama Sepakat
Hari Guru Mari Raikan.
Batu Bernama Si Batu Bata
Tempat Hinggap Siburung Balam
Guru Itu Ibarat Pelita
Memberi Cahaya Setiap Malam

BismillahirahmanirahimAssalamualaikum , Salam SejahteraDan

Selamat Pagi

Yang Berusaha
En Rambli Bin Haji Hasbi ,
Pengetua Smk Demak Baru

Yang Dihormati
En .........................................................
Yg Dipertua PIBG, Smk Demak Baru
Yang Dihormati,
Pn Misia Binti Hj Zain
Penolong Kanan Akademik

Yang Dihormati,
En Razalie Badar
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En Selamat Bin Masuni, Penolong Kanan Ko-Kurikulum..
En Jamal Shukuri Hassan, Penyelaras Pendidikan Khas,
Barisan Pendidik Yang Disayangi ,Kakitangan Smk Demak Baru,Ajk Pibg
Demak Baru. Barisan Pengawas Dan Rakan-Rakan Yang Dikasihi
SekalianSelamat Hari Guru Diucapkan Kepada Semua Guru.
Bersyukur Kita Ke Hadrat Ilahi,Kerana Pada Pagi Ini Kita Dapat
Bersama-Sama Berkumpul Bagi Meraikankan Insan Yang Amat Kita
Sanjungi.Dalam Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Smk
Demak Baru Bagi Tahun 2011..Guru Penjana Tranformasi Pendidikan
Negara Itulah Tema Perayaan Hari Guru Pada Tahun Ini.

Nyanyian Lagu Negaraku


Sebagai Pembuka Tirai,Majlis Kita Pada Hari Ini.Dijemput Para Guru

Dan Pelajar Berdiri Dan Bersama-Sama Menyanyikan Lagu Kebangsaan


Lagu Negaraku.
Terima Kasih Diucapkan Kepada Semua Atas Nyanyian Itu Tadi.
Bacaan Bacaan Doa
Bunga Mawar Cantik Tersemat
Dipetik Gadis Di Tepi Titi
Doa Dibaca Memohon Rahmat
Moga Majlis Sentiasa Diberkati

Bagi Menambah Keberkatan Majlis Kita Pada Har Ini Yang Penuh
Bermakna In,Marilah Sama-Sama Kita Menadah Tangan Mengaminkan
Bacaan Doa Yang Akan Dlafazkan Oleh Al Fadhil Ustaz Badrul Hisyam
Bin Majid.
Majlis Dengan Segala Hormanya Mempersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majls Merakamkan Setinggi-Tinggi Penghargaan Dan Terima Kasih
Kepada Ustaz Badrul Hisyam Bin Majid Atas Bacaan Doa Itu Tadi.
Anak Kecil Pergi Berburu
Tidak Terbiasa Dengan Kerja Yang Sia
Dari Kecil Di Asuh Guru
Agar Dewasa Menjadi Manusia.
Ucapan Wakil Pelajar.
Para Guru Dan Pelajar Sekalian, Seterusnya Majlis Menjemput
Perwakilan Ketua Pengawas Selaku Ketua Murid Smk Demak Baru
Mewakili Para Pelajar.Iaitu
Saudara.........................................................Untuk Menyampaikan
Ucapan Khas Sempena Hari Guru. Dipersilakan.
Terima Kasih Diucapkan Kepada Saudara .......................................... Atas
Ucapan Sebentar Tadi.

Putik Baru Mekar Di Laman


Kembang Kudup Kumbang Terikat
Hargaiku Sepanjang Zaman
Agar Hidup Beroleh Berkat.

Ucapan Pengetua
Tak Molek Jika Ada Alu Tiada Lesungnya
Tak Berguna Jika Ada Dayung Tiada Perahunya
Tak Lengkaplah Majlis Jika Suaranya Tada Berbicara.
Hadirin Sekalian Majlis Diteruskan Dengan Segala Hormatnya
Mempersilakan En Rambli Bin Haji Hasbi Pengetua Smk Demak Baru
Bagi Menyampaikan Ucapan Sempena Perayaan Hari Guru Dipersilakan
.
Terbang Melayang Si Anak Kedidi,Terima Kasih Di Ucapkan Kepada
Tuan Pengetua Di Atas Ucapan Itu Tadi.
Jasamu Dikenang
Budimu Tak Terbilang
Semangatmu Dijulang
Kepimpinanmu Gemilang
Menjadikan Kami Cemerlang...
Terima Kasih Cikgu....
Ucapan Ydp Pibg
Para Hadirin Sekalian, Majlis Menjemput Pula En....................................
Yg Dipertua Pibg Mewakili Ibu Bapa Untuk Menyampaikan
Ucapan.Dipersilakan.
Terima Kasih Diucapkan Kepada ...................................................... Atas
Ucapan Itu Tadi.
Ucapan Daripada Pengarah Pelajaran Malaysia.

Sidang Majlis Sekalian, Seterusnya Dijemput Pula En Jamal Shukuri


Bolhassan Untuk Membacakan Teks Ucapan Daripada Pengarah
Pelajaran Malaysia.
Demikanlah Tadi Teks Ucapan Darpada Pengarah Pelajaran
Malaysia.Terima Kasih Diucapkan Kepada Cikgu Jamal .
Ucapan Menteri Pelajaran
Seterusnya Pula Majlis Menjemput En Selamat Bin Masuni Untuk
Membacakan Teks Ucapan Menteri Pelajaran Malaysia.Dipersilakan.
Terima Kasih Diucapkan Kepada En Selamat Masuni .

Angin Menderu Dengan Sepoinya


Di Anak Tangga Duduk Berperikan
Kasih Guru Akan Muridnya
Masa Dan Tenaga Rela Kobankan

Bacaan Ikrar Guru/Nyayian Hari Guru


Beralih Kita Ke Acara Seterusnya Dengan Menjemput Semua Guru Ke
Pentas Untuk Bacaan Ikrar Yang Akan Dketuai Oleh En Abdul Nasir Bin
Morni .Mohon Para Guru Berdiri Di Atas Pentas Dan Selepas Itu,Kita
Akan Diperdengarkan Dengan Kelunakan Suara Oleh Para Guru Dengan
Nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia ,Lagu Pendidik Bumi Kenyalang
Dan Biarku Menjadi Lilin.
Demikianlah Tadi Nyayian Beberapa Lagu Daripada Guru-Guru Yang
Kita Sayangi.
Acara Pemotongan Kek
Sekarang Kita Telah Sampai Ke Acara Pemotongan Kek Oleh Tn
Pengetua Dan Pen.-Pen Kanan,Mohon Para Guru Bersama-Sama Bagi
Mengiringi Pengetua Untuk Acara Pemotongan Kek.

Majlis Mengucapkan Setinggi Penghargaan Kepada Para Guru Diatas


Kerjasama Yang Diberikan.
Persembahan Murid/Guru
Para Guru Dan Rakan Pelajar Sekalian.
Bagi Memerahkan Lagi Majlis Kita Pada Pagi Ini, Kita Tampilkan Satu
Persembahan Daripada Pelajar Pendidikan Khas Sebagai Kenangan
Dihalwa Telinga Khususnya Untuk Guru-Guru Yang Diraikan Pada Hari
Ini. Sama-Samalah Kita Saksikan Persembahan Nyayian Yang Bertajuk
Selamat Pagi Cikgu.
Untuk Makluman Hadirin Sekalian,Persembahan Itu Tadi Di Bawah
Pimpinan Puan Kamariah Kunggi .Sekalung Penghargaan Diucapkan.
Seterusnya Pula Marlah Kita Sama-Sama Sakskan Persembahan Taran
Daripada Kelab Kebudayaan Di Bawah Pimpinan Cikgu Saiee.
Begitulah Santapan Mata Yang Dihadiahkan Oleh Pelajar Buat GuruGuru Yang Tersayang..Sekalung Penghargaan Terma Kasih Atas
Persembahan Istmewa Itu Tadi..

Majlis Akan Diserikan Lagi Dengan Persembahan Pertunjukan Pakaian


Beragam Daripada Badan Pengawas. Sama-Sama Lah Kita Saksikan
Pertunjukan Beragam Ini.
Demikianlah Tadi Persembahan Pertunjukan Pakaian Beragam Oleh
Badan Pengawas.

Majlis Tidak Akan Meriah Jikalau Tidak Diserikan Dengan Persembahan


Oleh Guru..Dijemput Cikgu .................................Untuk Menyampaikan
Sebuah Lagu Yang Bertajuk...............................................
Dengan Ini Dipersilakan
Terima Kasih Diucapkan.Berbakat Juga Rupanya Cikgu
Kita.Sememangnya Smk Demak Baru Mempunyai Ramai Guru Dan

Pelajar Yang Berbakat Dalam Bidang Seni..Dan Tahun Ini Kita


Berbangga Seorang Bekas Pelajar Iaitu Amir Telah Berjaya Menjadi
Pelajar Akademi Fantasia Musim Ke-9.

Persembahan Seterusnya Pula Adalah Nyanyian Lagu Puisi Daripada


Beberapa Orang Pelajar Smk Demak Baru.
Dipersilakan.
Terima Kasih Kepada Kumpulan Nyanyian Puisi Itu Tadi.
Penyampaian Kad Ucapan/Tanda Hati Kepada Pengetua.
Bersenjatakan Pena Keramat
Berbekalkan Ilmu Di Dada Penuh Sarat
Melangkah Sang Guru Penuh Semangat
Ke Gelanggang Pendidikan Untuk Berkhidmat
Dengan Satu Misi Dan Matlamat
Semoga Jasa Guru Mendapat Rahmat
Demikian Sifat Guru Berkualiti
Kerana Sememangnya..
Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara.

Para Hadirin Dan Hadirat Sekalian..


Acara Pada Pagi Yang Berbahagia Ini Diteruskan Lagi Dengan
Penyampaian Kad-Kad Ucapan Hari Guru Dan Tanda Hati Daripada
Badan Beruniform Kelab Dan Persatuan Kepada Insan Yang Kita
Sayangi Lagi Kasihi Pengetua Smk Demak Baru En Rambli Bin Hj Hasbi.
Sebelum Itu Majlis Dengan Sukacitanya Menjemput Penolong-Penolong
Kanan Bagi Mengiringi Tuan Pengetua Ke Pentas Bagi Menerima KadKad Dan Tanda Hati Daripada Wakil Setiap Kelab Dan Persatuan.
Dengan Segala Hormatnya Dpersilakan.
Dimulakan Dengan Wakil Dari
1.Kelab Pencipta Alam
2.Kelab Koperasi
3.Kelab Keusahawanan Ppki
4.PBSM

5.Pengakap
6.Krs
7.Pertahanan Awam (Kafa)
8.Pertahanan Awam (Kafa) Pendidikan Khas
9.Pandu Puteri
10.Puteri Islam
11.Kadet Bomba
Dan Yang Terakhir
12.Kadet Polis.
Terima Kasih Diucapkan Kepada Semua Pelajar Smk Demak Baru Atas
Tanda Ingatan Itu Tadi..Sesungguhnya..Budi Yang Dtaburkan Oleh Guru
Selama Ini Tak Termampu Untuk Dibalas.. Ucapan Terma Kasih Kami
Buat Cikgu..Sebenarnya Adalah Terlalu Kecil Jika Dibandingkan Dengan
Pengorbanan Yang Dilakukan Oleh Guru Selama Ini.
Tinggi Bukit Silang Gemilang
Air Pasang Tenang-Tenangan
Budi Sedikit Tidakkan Hilang
Dalam Hati Kenang-Kenangan
Marilah Sama-Sama Kita Ucapkan Terima Kasih Cikgu Kepada
Barisan Guru Yang Kita Semua Sayangi Ini.

Nyayian Lagu Ibu Pertiwiku


Para Guru Dan Rakan Pelajar Yang Budiman.
Kita Semakin Hampir Ke Penghujung Majlis,Sebelum Kita Bersurai
Marilah Sama-Sama Kita Berdiri Dan Bersama-Sama Menyayikan Lagu
Ibu Pertiwku
Terima Kasih Kepada Semua Atas Nyanyian Itu Tadi.

Penutup
Akhirkata Tamatlah Sudah Majlis Kita Pada Pagi Ini. Sekali Lagi Syabas
Dan Tahniah Kepada Warga Smk Demak Baru Kerana Dapat BersamaSama Dalam Sambutan Hari Guru Bagi Tahun Ini.
Semoga Allah Menganugerahkan Ilham Kepada Semua Guru Untuk
Menjadi Pendidik Yang Gemilang.Semoga Benih-Benih Keikhlasan
Berjaya Ditanam Dalam Setiap Batas Hati Para Guru,Kerana Dengan
Keikhlasan,Akan Terpancar Kejernihan Dan Kejayaaan Anak Didik Yang
Mutlak.Mudah Mudahan
Ayuh Bersama Kita Ucapkan Selamat Hari Guru
Majlis Menjemput Semua Guru Dan Dif-Dif Jemputan Untuk Menikmati
Sedikit Jamuan Ringan Di Kawasan Lobi.
Kepada Semua Pelajar Jamuan Di Adakan Di Kelas Masing-Masing.
kj
Terima Kash Daun Keladi
Panjang Umur Kita Sambut Lagi
Buat Guru Kami Sudahi
Selamat Hari Guru Buatmu Dikasihi
Jasa Guru Terpahat Dihati

Sekian.Salam
Sejahtera

Anda mungkin juga menyukai