Anda di halaman 1dari 2

1.

Baik Hati sikap mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara ikhlas yang
dapat dilihat dengan menilai tindak tanduk seseorang terhadap orang lain.
2. Berdikari kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung pada orang lain yang
terjelma juga melalui rasa tanggungjawab, berupaya bertindak sendiri, jaya diri dan yakin pada diri
sendiri.
3. Hemah Tinggi budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah lembut serta budi bahasa yang
patut diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan anggota masyarakat yang lain; terjelma
melalui kesopanan, mengakui kesalahan diri, dan ramah mesra.
4. Hormat-menghormati menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan
memberikan layanan yang sopan; antara lain terjelma melalui ketaatan terhadap ibu bapa, orang yang
lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin; dan terjelma juga melalui hormat kepada raja dan
negara, patuh kepada undang-undang dan menghargai maruah diri.
5. Kasih Sayang perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan yang lahir
daripada hati yang rela terhadap sesuatu; termasuk sayang/cinta akan nyawa, alam sekitar, negara dan
keamanan.
6. Keadilan perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah; termasuk
juga saksama.
7. Kebebasan dapat melakukan sesuatu tanpa batasan asalkan kebebasan itu tertakluk pada
peraturan dan undang-undang agama, masyarakat dan negara; terjelma melalui kebebasan di sisi
undang-undang dan kebebasan dalam sistem demokrasi.
8. Keberanian kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati;
termasuk berani tanpa membuta tuli, berani kerana benar, berani mempertahankan pendirian, dan berani
bertanggungjawab.
9. Kebersihan Fizikal dan Mental kebersihan diri dan kebersihan persekitaran; terjelma melalui
pertuturan, kelakuan, pemikiran dan amalan kerohanian.
10. Kejujuran sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa
mengharapkan sebarang balasan; termasuk amanah, bercakap benar, dan ikhlas.
11. Kerajinan usaha secara berterusan yang penuh dengan semangat ketekunan dan dedikasi dalam
melakukan sesuatu perkara; terjelma melalui kecekalan, daya usaha, dedikasi, gigih dan tekun.
12. Kerjasama usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama-sama pada peringkat
individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat; termasuk persaudaraan,
tanggungjawab bersama, gotong-royong, toleransi, kebaikan bersama dan perpaduan.
13. Kesederhanaan sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada
dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat; secara
umum sederhana dalam mempertimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain.
14. Kesyukuran perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas atas nikmat dan kesenangan
yang diperoleh; termasuk berterima kasih, mengenang budi, dan menghargai seseorang/sesuatu--fokus
utama ialah kesyukuran kepada Tuhan.
15. Patriotisme semangat cinta akan negara, taat setia kepada raja dan sanggup berkorban demi
negara.
16. Rasional dapat berfikir dengan berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat melakukan
tindakan yang wajar tanpa dipengaruhi oleh perasaan; termasuk mampu membuat pertimbangan,
berfikir logik dan bersifat terbuka.

17. Semangat Bermasyarakat kesediaan melakukan sesuatu berdasarkan semangat kekitaan seperti
bermuafakat, kejiranan dan peka tentang isu sosial dan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai