Anda di halaman 1dari 21

RELAU

G2005/ UNIT 4 / 1

UNIT 4

Objektif am

: Mengetahui dan memahami perkara


Yang berkaitan dengan relau

Objektif khusus: Di akhir unit ini anda


sepatutnya dapat :-

Menyatakan fungsi bagi relau


Menerangkan komponen - komponen yang terdapat pada
relau
Menerangkan prinsip operasi relau.
Menerangkan kesan pemindahan haba dalam relau

RELAU

4.0

G2005/ UNIT 4 / 2

Pengenalan

Relau adalah bentuk mudah peralatan penukar haba. Relau akan menukarkan haba hasil
pembakaran bahan api sementara

bendalir proses akan mengalir di dalam

tiub.Kebanyakan proses kimia bergantung kepada pemanasan . Relau digunakan dalam


industri untuk membekalkan haba , dengan pembakaran bahan api samada berbentuk
pepejal , cecair ataupun gas. Ianya terdiri daripada penebat (insulated), kebuk tahan
panas yang mengandungi tiub yang membawa bendalir proses untuk dipanaskan dan
peralatan untuk pembakaran bahan api bagi menghasilkan gas panas.

4.1

Fungsi

Relau digunakan untuk menaikan suhu bendalir proses ( gas , minyak atau campuran
lain)

. Ini dilakukan dengan memanaskan bahan api untuk menghasilkan haba ,

kemudian menggunakan mekanisma

pemindahan haba

untuk memindahkannya

kepada bendalir proses.

4.2

Jenis jenis relau


Secara umumnya terdapat beberapa jenis relau yang digunakan dalam industri pada
masa sekarang antaranya ialah relau elektrik (Electric furnace ) , Relau nyalaan
minyak ( oil fired furnace ) , relau nyalaan gas ( gas fired furnace ), relau copula ,
relau besmer dan sebaginya . Relau yang banyak digunakan dalam industri petroleum
dan petrokimia adalah jenis Retangular furnace dan Vertical furnace .

RELAU

4.3

G2005/ UNIT 4 / 3

Kegunaan relau dalam industri petrokimia


Dalam industri petrokimia , relau selalunya menggunakan bahan api minyak atau gas
untuk memanaskan bekalan tetap petroleum bagi proses penyulingan ( fractionator )
,pemecahan haba ( thermal cracking ) dan proses pada suhu tinggi . Jadi relau perlu
direka untuk memastikan bendalir tersebut menerima jumlah haba yang betul dan
masa yang mencukupi

di antara kawasan panas ( hot zone) , sementara pada masa

yang sama mencegah suhu berlebihan yang akan menyebabkan penurunan kepada
produk atau kerosakan pada relau . Keseimbangan ini dapat dicapai dengan penyusunan
yang sesuai tiub tiub yang membawa bendalir di dalam relau dan juga kawalan yang
berhati-hati ke atas kadar pembakaran dan aliran bendalir .

Terdapat tiga bentuk relau untuk pemanas proses iaitu :

i.

Pemanas proses selinder tegak


Terdiri daripada tiub tegak di dalam kawasan sinaran dan tiub mendatar pada
bahagian perolakan.

Terdapat

tiub bersirip

yang disertakan

untuk

meninggikan kadar pemindahan haba , cuma beberapa barisan pertama yang


tidak memerlukannya kerana menerima haba secara terus melalui kaedah
sinaran . Penunu ( buners) dilaras dalam dinding mendatar yang membentuk
dasar relau tersebut dan nyalaan dihala menegak .

ii.

Pemanas cabin tiub mendatar


Bentuk lain ialah di mana tiub adalah mendatar dan menutupi bukan sahaja
dinding menegak tetapi juga atap condong kabin .

RELAU

iii.

G2005/ UNIT 4 / 4

Pemanas nyalaan tiub tengah dinding berperingkat


Ianya mempunyai satu dinding tengah dengan tiub mendatar , dipanaskan pada
kedua-dua tepi dengan dua pemanas pada dasarnya .

RELAU

G2005/ UNIT 4 / 5

Jika anda telah selesai mempelajari tajuk relau , bolehlah anda


mencuba soalan di bawah :
4a 1. Nyatakan fungsi relau secara umum.
4a 2. Nyatakan kegunaan relau dalam industri petroleum dan petrokimia .
4a 3. Nyatakan jenis bahan api yang digunakan oleh penunu relau.
4a 4. Senaraikan tiga ( 3 ) bentuk pemanas proses.

RELAU

G2005/ UNIT 4 / 6

Jika anda telah menjawab soalan dalam aktiviti 4a , sila bandingkan


jawapan anda dengan jawapan yang diberikan di bawah :

4a 1. Relau digunakan untuk menaikan suhu bendalir proses ( gas , minyak atau campuran
lain) .

4a 2. Dalam industri petrokimia relau digunakan untuk proses penyulingan ( fractionator )


,pemecahan haba ( thermal cracking ) dan sebarang proses yang melibatkan suhu
tinggi.

4a 3. i. Bahan api gas


ii. Bahan api cecair
iii.Bahan api pepejal

4a 4. i. Pemanas proses selinder tegak


ii. Pemanas cabin tiub mendatar
iii. Pemanas nyalaan tiub tengah dinding berperingkat

RELAU

4.3

G2005/ UNIT 4 / 7

Bahagian bahagian pada relau


Terdapat beberapa bahagian yang penting dalam sesebuah relau . Setiap bahagian
mempunyai fungsi dan ciri ciri yang berbeza .
4.3.1

Dinding ( wall )

Dinding relau di bina daripada keluli . Bahagian dalam dinding mempunyai plat
keluli yang terdiri daripada bahan penebat dan batu tahan haba . Umumnya luar
dinding relau dibina daripada 3/16 inci plat keluli , berkeupayaan untuk
menahan daripada melengkung. Jenis Vertical cylinder furnace mempunyai
ketebalan dinding dan lantai yang rendah iaitu 1 /4 inci . Kedapan bagi stuktur
dinding adalah menggunakan kaedah kimpalan untuk mencegah penyerapan
udara dan air . Dinding membenarkan pengembangan sisi dan menegak bagi
semua komponen relau . Dinding juga bertindak menyokong tiub tiub dan
ia tidak bergantung kepada bahan tahan panas ( refactory ).

RELAU

4.3.2

G2005/ UNIT 4 / 8

Bata tahan panas ( refactoray )

Refactory adalah bahan yang dibina untuk digunakan pada suhu tinggi . fungsi
refactory adalah untuk mencegah struktur keluli daripada terlampau panas di
samping itu ianya juga berperanan untuk memancarkan semula haba panas
kepada tiub tiub di dalam relau. Penebat di sebelah dalam bertindak untuk
mengurangkan kehilangan haba pada selongsong dan juga bertindak menyekat
habuk gas panas berpindah ke selongsong keluli ( steel casing ) . Jadi untuk
memilih dan mereka bentuk bahan untuk bata tahan panas ada beberapa factor
yang perlu dipertimbangkan iaitu :

i.

Suhu yang melampau ( extreme temperature ). Pendedahan kepada suhu


yang melebihi had rekabentuknya boleh menyebabkan bahan tahan
panas mencair dan menyebabkan operasi relau gagal.

ii.

Kejutan haba ( thermal shock ). Suhu turun naik yang kerap dan
melampau boleh menyebabkan lapikan bahan tahan panas hancur dan
berkecai.

iii.

Tegasan mekanikal ( mechanical stress ) . Getaran yang tidak sempurna


boleh menyebabkan kemerosotan kepada sesetengah bahan . Tegasan
yang hasil daripada pengembangan dan pengecutan stuktur boleh
menyebabkan kehilangan kepada cantuman pelapik ( lining intergrity ).

iv.

Hakisan ( erosion ) . Zarah halus yang melampau seperti habuk yang


berterbangan dan pemangkin yang dibawa pada halaju tinggi di dalam
alur gas cerombong ( flue gas ) boleh menyebabkan hakisan kepada
bahan tahan panas .

v.

Serangan kimia ( chemical attack ) . Sesetengah bahan api mengandungi


kandungan kimia yang boleh bertindak pada bahan tahan panas tersebut
. Ini akan

menyebabkan terhasilnya jermang ( slagging ) dan

mengakibatkan kegagalan kepada pelapik bahan tahan panas .

RELAU

vi.

G2005/ UNIT 4 / 9

Kos . Pengiraan kepada kos bahan tahan panas dan jenis rekabentuk
adalah sukar disebabkan bahan yang mempunyai ciri ciri penebat
yang baik selalunya tidak tahan kepada kekuatan mekanikal .

Terdapat tiga jenis penebat yang selalu digunakan iaitu :

i.

Penebat bata api ( insulating firebrick ) . Ianya merupakan bata poros


dengan mempunyai ciri ciri penebat yang baik , dihasilkan dengan
membakar campuran habuk kayu yang digergaji , arang dan tanah liat
api alumina tinggi bersama sama sehingga menghasilkan bata tahan
panas .

ii.

Gentian seramik ( ceramic fiber ). Ianya terdiri daripada lapisan muka


panas

diikuti

dengan satu atau lebih

lapisan lain sebagai

bahan

sokongan . Untuk lapisan muka panas , gentian seramik atau blanket


dengan ketumpatan minimum

8 ib/ ft

dan ketebalan I inci

dicadangkan. Lapisan sokongan juga sepatutnya mempunyai ketebalan I


inci dan ketumpatan minimum 4 ib/ft 3 .

iii.

Bahan tahan panas konkrit ( Concrete refractory ) . Juga dikenali


sebagai Castable refratory , boleh ditempatkan melalui tuangan (
casting ) . Ianya terdiri daripada campuran simen alumina ( alumina
cement) dan batu baur ( refactory aggregate ) .

RELAU

4.3.3

G2005/ UNIT 4 / 10

Penunu (burner)

Penunu relau adalah bahagian yang terlibat menghasilkan pembakaran.


Campuran yang betul antara bahan api dan udara serta nyalaan adalah penting
untuk menghasilkan keberkesanaan dalam proses pembakaran .Penunu direka
bentuk untuk mengawal proses pembakaran , jadi haba dapat dihasilkan dengan
selamat dan pada kadar yang tetap . Penunu diletakan pada lantai untuk
pembakaran menegak atau di tepi untuk pembakaran mendatar . Terdapat tiga
jenis penunu yang biasa digunakan iaitu penunu gas ( gas burner ) , penunu
minyak ( oil burner ) dan penunu minyak gas ( oil and gas burner ). Semua
penunu bahan api cecair menggunakan peralatan pengabusan ( atomizing
device ) untuk memisahkan jisim cecair kepada bentuk titisan yang sangat kecil
. Ini akan mepercepatkan proses pembakaran menggunakan bahan api berbentuk
cecair . Terdapat tiga perkara yang diperlukan oleh

sistem relau di loji

penapisan :

i. Bahan api mesti disediakan untuk proses pembakaran . Jika ianya cecair ,
ianya mesti ditukar ke bentuk wap .
ii. Bahan api dan udara mestilah dibawa bersama sama , dengan campuran
yang betul dan pada masa yang betul untuk memastikan proses pembakaran
boleh berlaku.
iii. Haba hasil proses pembakaran mestilah dihantar kepada tiub relau . Pada
masa yang sama , haba yang mencukupi mesti tersimpan di zon
pembakaran.
Rajah 4.3.3 dan 4.3.4 menunjukkan bentuk penunu minyak dan penunu gas.

RELAU

Gambarajah 4.3.3 : Penunu minyak

G2005/ UNIT 4 / 11

RELAU

G2005/ UNIT 4 / 12

Gambarajah 4.3.3 : Penunu gas

4.3.4

Stack ( paip tumpu )

Ianya terdiri daripada paip tumpu aliran bebas (stack draft ) dan peredam ( damper ) .
Fungsi utama paip tumpu ialah untuk menarik aliran udara untuk proses pembakaran ke
dalam relau dan memaksa hasil pembakaran keluar melalui gas cerombong . Ianya
merupakan bahagian ekzos bagi relau untuk mengeluarkan gas panas yang tidak
digunakan lagi dari relau . Hubungan di antara diameter paip tumpu dan ketinggian
paip tumpu

ada kaitan dengan kos untuk membinanya . Objektif utama dalam

merekabentuk paip tumpu ialah memastikan tekanan negatif bagi keseluruhan relau .

RELAU

4.3.5

G2005/ UNIT 4 / 13

Tiub (tube )

Ianya membawa bahan tetap ( feed ) atau suapan ( charge ) melalui relau. Paip
paip di dalam relau disusun secara bersiri atau selari dan disambung hujungnya
dengan kimpalan paip bengkok kembali ( welded return bend ) . Faktor
factor yang perlu dipertimbangkan untuk memlih bahan bagi tiub termasuklah
jangka hayat , persekitaran dan kos . Antara bahan yang digunakan untuk
membuat tiub adalah keluli tahan karat ( stainless steel ) , keluli kromium
molybdenum ( chromium molybdenum steel ) , aloi , keluli karbon ( carbon
steel ) dan lain lain lagi . Walau bagaimanapun pemilihan bahan yang sesuai
untuk membuat tiub adalah berdasarkan kepada kos bahan tersebut . Tiub tiub
di dalam relau bertindak sebagai saluran untuk mengalirkan produk yang akan
dipanaskan tanpa bercampur dengan gas panas . Produk akan menerima haba
secara pancaran dan perolakan semasa melalui tiub tiub tersebut . Ini akan
meningkatkan suhu produk pada kadar yang diperlukan oleh sesuatu proses .

4.3.6

Penyokong tiub ( tube supports )

Tiub tiub di dalam relau akan disokong oleh penyangkut ( hanger ) dan
kepingan tiub ( tube sheet ) yang disambung pada stuktur dinding bukan pada
bahan tahan panas. Tiub mendatar ( horizontal tube ) akan disokong oleh
penyangkut tiub ditengah tengah dalam bahagian sinaran dan kepingan tiub
di bahagian perolakan. Manakala tiub menegak ( vertical tube ) akan disokong
sama ada di sebelah atas ataupun bawah . Penyokong tiub atas ada disediakan
dengan pemandu bawah

, penyokong tiub bawah dengan pemandu atas .

Penyokong di tengah tengah tidak diperlukan oleh tiub menegak . Bahan


bahan untuk membuat penyokong tiub adalah terdiri daripada campuran
kromium dan nikel . Manakala untuk tube sheet keluli karbon selalu digunakan
.

RELAU

G2005/ UNIT 4 / 14

Rajah 4.3 menunjukkan bahagian bahagian yang terhadap dalam relau.

Gambarajah 4.3 : Bahagian bahagian relau

RELAU

4.4

G2005/ UNIT 4 / 15

Operasi relau

.Pembakaran bahan api relau dikawal secara automatik . Disebabkan oleh keperluan
haba bagi proses akan berubah ubah , jumlah bahan api dan pembakaran udara
mestilah dikawal dengan mengawal pembakaran . Bendalir kerja akan mengalir masuk
ke dalam relau , melalui tiub tiub yang disusun secar menegak dan juga mendatar ,
di mana haba panas yang dihasilkan oleh penunu ( bunner ) di sebelah bawah akan di
sembur menegak ke atas melintasi tiub- tiub tersebut di zon sinaran ( radiant zone )
dan zon perolakan ( convection zone ) . Ini akan menyebabkan bendalir kerja tadi
menerima sejumlah haba dan seterusnya mengalami kenaikan suhu pada kadar yang
diperlukan . Manakala haba panas tadi akan terus mengalir keluar melalui paip tumpu
(stack) relau tersebut yang terletak di sebelah atas . Manakala bendalir kerja yang telah
dipanaskan tadi akan mengalir keluar dari relau tersebut

4.5

Pemindahan haba relau

Perkara utama yang perlu dipertimbangkan dalam merekabentuk relau ialah proses
pemindahan haba . Ianya mestilah mempunyai permukaan pemanasan yang mencukupi
untuk membenarkan

haba dipindahkan kepada

produk .Tiub tiub

relau yang

menerima haba secara terus dalam kedudukan di atas , di tepi dan di bawah adalah
dalam bahagian sinaran. Tiub di bahagian ini menerima haba secara sinaran daripada
nyalaan api dan juga pembalikan haba yang mengenai bata panas. Kemudian haba
panas tadi akan bergerak ke zon perolakan untuk memanaskan tiub tiub di bahagian
tersebut , seterusnya keluar melalui paip tumpu (stack ) . kira kira 50 % haba yang
dibebaskan dari relau akan dipindahkan ke bahagian sinaran ( radiant section ) , 25 %
pula di terima oleh bahagian perolakan ( convection section ) manakala 25 % lagi akan
hilang melalui paip tumpu (stack ).

Kejatuhan tekanan pada

tiub perlu

dipertimbangkan kerana kejatuhan tekanan yang tinggi akan meningkatkan kos operasi
pam. Kebanyakan cecair dan gas adalah bersifat pengalir haba yang rendah dan ini
akan menyebabkan kejatuhan suhu yang banyak . Di dalam relau , didapati wujudnya

RELAU

G2005/ UNIT 4 / 16

selaput gas di sebelah luar tiub dan selaput minyak di sebelah dalam tiub yang akan
membawa bendalir kerja . Kejatuhan suhu yang besar akan berlaku semasa haba panas
melintasi ke dua-dua selaput ini .Ini bermakna relau memerlukan pembakaran yang
lebih banyak supaya bendalir kerja di dalam tiub dapat mencapai suhu yang diperlukan
. Di dalam relau juga , terdapat lapisan nipis kok ( coke ) terbentuk pada tiub tiub .
Kok bertindak sebagai penebat dan ini akan mengurangkan jumlah haba yang akan
diterima oleh bendalir kerja di dalam tiub tersebut .

RELAU

G2005/ UNIT 4 / 17

Tahniah , kerana anda telah berjaya menghabiskan pembacaan unit


ini . Tetapi untuk menguji sama ada , anda dapat memahami tajuk ini
atau tidak , anda perlu menjawab semua soalan di bawah :

4b 1. Senaraikan bahagian bahagian penting pada relau


4b 2. Nyatakan bahan yang digunakan untuk membuat dinding relau
4b 3. Senaraikan dua jenis bahan yang digunakan untuk membuat penebat
4b 4. Fungsi utama paip tumpu ialah untuk menarik aliran udara ________________
di dalam relau.

4b 5. Terdapat dua jenis penunu yang biasa digunakan di dalam relau iaitu
___________________

dan ___________________ .

4b 6. Kebanyakan _____________ dan _________ adalah bersifat pengalir haba yang rendah
dan ini akan menyebabkan kejatuhan suhu yang banyak .

RELAU

G2005/ UNIT 4 / 18

Jika anda telah menjawab soalan dalam aktiviti 4b , sila semak


jawapan anda dengan jawapan yang diberikan di bawah :
4b 1. i. Dinding
ii. Bahan tahan panas
iii. Penunu
iv. penyokong
v. Paip tumpu
vi. tiub

4b 2. Keluli
4b 3. i. Penebat bata api
ii. Gentian seramik
iii. Casable refractory

4b 4. Fungsi utama paip tumpu ialah untuk menarik aliran udara hasil pembakaran
di dalam relau.

4b 5. Terdapat dua jenis penunu yang biasa digunakan di dalam relau iaitu
penunu minyak dan

penunu gas .

4b 6. Kebanyakan gas dan cecair adalah bersifat pengalir haba yang rendah dan ini akan
menyebabkan kejatuhan suhu yang banyak .

RELAU

G2005/ UNIT 4 / 19

Jika anda sukakan sesuatu yang mencabar daya ingatan anda , sila
jawab soalan yang terdapat di dalam penilian kendiri ini .
1.

Terangkan secara ringkas berkenaan pemanas proses selinder tegak.

2.

Terangkan tiga ( 3 ) faktor yang mempengaruhi pemilihan bata tahan panas.

3.

Jelaskan secara ringkas mengenai paip tumpu ( stack )

4.

Huraikan secara ringkas operasi bagi sesebuah relau.

Jika anda telah selesai menjawab soalan di atas , anda boleh menyemak jawapan di
halaman berikutnya .

RELAU

1.

G2005/ UNIT 4 / 20

Pemanas proses selinder tegak


Terdiri daripada tiub tegak di dalam kawasan sinaran dan tiub mendatar pada
bahagian luaran yang menerima haba melalui perolakan. Terdapat tiub bersirip yang
disertakan untuk

meningkatkan kadar pemindahan haba ,kecuali untuk beberapa

barisan pertama yang mana akan mennerima haba terus secara sinaran. Pembakaran (
buners) dilaras dalam dinding mendatar yang membentuk dasar relau tersebut dan
nyalaan dihala menegak .

2.

faktor yang perlu dipertimbangkan adalah :

i.

Suhu yang melampau ( extreme temperature ). Pendedahan kepada suhu yang


melebihi hadnya boleh menyebabkan bahan bata tahan panas mencair dan
akibatnya operasi relau gagal .

ii.

Kejutan haba ( thermal shock ). Suhu turun naik yang kerap dan melampau
boleh menyebabkan bata tahan panas hancur .

iii.

Tegasan mekanikal ( mechanical stress ) . Getaran yang tidak sempurna boleh


menyebabkan kepada kemerosotan bahan . Tegasan yang disebabkan oleh
pengembangan dan pengecutan stuktur boleh menyebabkan kehilangan
kepada cantuman pelapik ( lining intergrity ) .

iv.

Hakisan ( erosion ) . Zarah

halus yang melapau seperti

habuk yang

berterbangan dan pemangkin yang dibawa pada halaju tinggi di dalam alur gas
cerombong ( flue gas ) boleh menyebabkan hakisan kepada bahan tahan panas .
v.

Serangan kimia ( chemical attack ) . Sesetengah bahan api mengandungi


kandungan

yang boleh bertindak pada bahan tahan panas tersebut ,

RELAU

G2005/ UNIT 4 / 21

menyebabkan terhasilnya jermang ( slagging ) dan mengakibatkan kegagalan


kepada pelapik bahan tahan panas .
vi.

Kos . Pengiraan kepada kos bahan tahan panas dan jenis rekabentuk adalah
sukar

disebabkan bahan yang mempunyai ciri ciri penebat yang baik

selalunya tidak tahan kepada kekuatan mekanikal .

3.

Stack ( paip tumpu )


Ianya terdiri daripada paip tumpu dan peredam ( damper ) . Fungsi utama paip tumpu
ialah untuk menarik aliran udara hasil pembakaran di dalam relau. Paip tumpu hanya
akan beroperasi pada tekanan negatif ( negatif pressure ) dan selalunya lebih rendah
daripada tekanan atmosfera . Ianya merupakan bahagian ekzos bagi relau untuk
mengeluarkan gas panas yang tidak digunakan lagi dari relau . Hubungan di antara
diameter paip tumpu dan ketinggian paip tumpu ada kaitan dengan kos operasi .

4.

Operasi relau
Haba yang diperlukan di dalam proses selalunya berubah ubah ,maka jumlah bahan
api dan pembakaran udara mestilah dikawal iaitu dengan mengawal pembakarannya
.Pembakaran bahan api relau dikawal secara automatik . Operasi umum bagi sesebuah
relau adalah sama seperti dandang ( boiler ) atau pemanas proses
( process heater ). Bekalan tetap (feed ) akan dialirkan masuk ke dalam relau , melalui
tiub tiub yang disusun secar menegak dan juga mendatar , di mana haba panas yang
dihasilkan oleh penunu di sebelah bawah akan menyemburkan api melintasi tiub- tiub
tersebut . Ini akan menyebabkan produk tadi menerima sejumlah haba dan seterusnya
mengalami kenaikan suhu pada kadar yang diperlukan . Sebenarnya kadar penerimaan
haba bergantung kepada rekabentuk sesebuah relau , ada bahagian yang lebih panas
berbanding dengan yang lain . Manakala haba panas tadi akan terus dialirkan keluar
melalui paip tumpu (stack) relau tersebut yang terletak di sebelah atas . Setelah
mengalami perubahan suhu seperti yang dikehendaki , produk akan dialirkan keluar
dari relau tersebut .

TERIMA

KASIH

KERANA

ANDA

SEHINGGA KE PENGHUJUNGNYA .

BERJAYA

MENGIKUTI

UNIT

INI

Anda mungkin juga menyukai