Anda di halaman 1dari 28

TAJUK 6

KAEDAH PENILAIAN

SINOPSIS:
Tajuk ini bertujuan memberi pengetahuan tentang objektif penilaian, jenis
penilaian di dalam pendidikan jasmani dan penilaian dalam Permainan Bola
Sepak dan Bola Jaring. Pelajar juga dibekalkan dengan aspek penilaian yang
pratikkan dalam bidang pendidikan jasmani. Juga pelajar didedahkan dengan
prosedur penilaian Permainan Bola Sepak dan Bola Jaring. Akhir sekali pelajar
juga diberi pendedahan bagaimana menyediakan spesifikasi dan rubrik
permakahan permainan bola sepak dan bola jaring.

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda seharusnya dapat
1.
2.
3.
4.

Mendefinisi penilaian, pengukuran dan pengujian di bilik darjah.


Menjelaskan dua unsur utama penilaian Pendidikan Jasmani.
Menganalisis aspek-aspek penilaian Pendidikan Jasmani.
Menyediakan spesifikasi penilaian dan rubrik pemarkahan penilaian
permainan mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

KERANGKA TAJUK-TAJUK
Kedah
Penilaian
Prosedur
Penilaian

Aplikasi Spesifikasi dan


Rubrik Penilaian

74

Sebelum kita meneroka bidang penilaian, cuba terangkan maksud


penilaian, mengikut kefahaman anda sendiri, Apa perlunya menjalankan
penilaian?.

6.1 Prosedur Penilaian


6.1.1

Penilaian Pendidikan Jasmani.


Pendidikan Jasmani bertujuan untuk membolehkan pelajar menjadi
sihat,

cergas

dan

produktif

melalui

pemupukan

nilai,

sikap,

pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan


sehari-hari.
Penilaian dalam Pendidikan Jasmani ialah untuk mengukur sejauh
mana pelajar telah mencapai matlamat ini serta objektif yang tersurat
dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani. Pelajar perlu dinilai
untuk menentukan kemajuannya dalam pembelajaran Pendidikan
Jasmani dan untuk mengesan masalah yang mungkin menghalang
pembelajaran secara berterusan, berasaskan sekolah dan tertumpu
kepada:
i. status kecergasan fizikal dan kesihatan dalam bidang fizikal;
ii. kemahiran motor dalam bidang psikomotor;
iii. penguasaan pengetahuan dalam bidang kognitif; dan
iv. sikap apresiasi dan pemupukan nilai dalam bidang afektif.
6.1.2 Objektif Penilaian dalam Pendidikan Jasmani.
Para guru menjalankan pengukuran dan penilaian dari masa ke
semasa untuk mempastikan bahawa segala usaha guru dan pelajarpelajar adalah menuju ke arah matlamat yang dirancangkan. Secara

75

ringkas objektif penilaian dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani


adalah meliputi perkara-perkara berikut:
i. Penilaian memainkan peranan dalam perancangan pengajaran.
Penilaian

sebelum

pelajaran

membekalkan

guru

dengan

maklumat tentang pelajar yang telahpun mencapai objektif


pelajaran dan mereka yang belum atau tidak mempunyai
prakemahiran untuk mencapai hasil pembelajaran. Di akhir
pelajaran, penilaian memberi maklumat tentang samada setiap
pelajar telah mencapai objektif pelajaran dan juga maklumat
tentang keberkesanan aktiviti pembelajaran yang telah digunakan
oleh guru dalam pengajarannya.
ii. Penilaian ialah teknik bagi memberi maklumat kepada pelajar
tentang hasil pembelajaran dan kemajuan mereka . Pelajar di beri
peluang membuat persediaan yang mencukupi terlebih dahulu dan
mereka dinilai tentang apa yang mereka boleh melakukan dan apa
yang mereka tahu. Penilaian yang berkesan perlu mencabar
pelajar untuk merumuskan apa yang mereka telah mempelajari
supaya mereka rasa berjaya dapat melakukan apa yang telah
dipelajari. Mereka juga dapat mengetahui berapa banyak mereka
sebenarnya telah belajar.
iii. Penilaian seharusnya merupakan aktiviti pembelajaran yang
menarik
membantu

minat

pelajar, menggerakkan pembelajaran dan

pelajar menggunakan maklumat dan kemahiran

mereka dalam situasi rekaan serta situasi sebenar.


iv. Penilaian memberi maklum balas kepada guru tentang pengredan
prestasi dan pencapaian pelajarnya.

76

v. Penilaian

juga

memberikan

gambaran

kepada

guru

bagi

menentukan kumpulan pelajar-pelajar berdasarkan kebolehan


(klasifikasi) supaya pengajaran cara kumpulan lebih beerti.
vi. Bagi perkembangan mata pelajaran Pendidikan Jasmani penilaian
dapat dijadikan ukuran untuk mengumpulkan maklumat seberapa
banyak

yang

boleh

untuk

digunakan

dalam

penyelidikan

pendidikan.
6.1.3 Jenis Penilaian
i. Penilaian Formatif
Penilaian jenis ini digunakan untuk mengesan perkembangan
pembelajaran

pelajar-pelajar semasa

mereka

mempelajari

sesuatu topik pelajaran supaya bimbingan ke arah kemajuannya


dapat diberi kepada pelajar-pelajar jika perlu. Keputusan daripada
penilaian formatif menjelaskan sama ada hasil pembelajaran telah
dicapai oleh seorang pelajar pada peringkat pembelajaran itu.
Maklumat

ini

akan

mempengaruhi

corak

pengajaran

dan

pembelajaran selanjutnya. Untuk tujuan ini biasanya ujian jenis


rujukan kriteria (criterion-referenced) digunakan.
Sebagai contoh, guru mengajar pelajar-pelajar kemahiran asas
tendangan leret permainan bola sepak. Sebelum guru menukar
ke kemahiran yang lain, ujian ringkas di adakan untuk meninjau
sama ada pelajar-pelajar dapat melakukan kemahiran tendangan
leret dengan teknik yang betul. Jika mereka sudah menguasai
kemahiran tersebut, guru akan memperkenalkan kemahiran yang
seterusnya. Jika belum, guru seharusnya memberi latihan
tambahan atau menukar cara latihannya.

77

Contoh yang kedua, setelah mengajar dua waktu pelajaran


yang bertajuk menggelecek, guru menguji kelasnya secara lisan
tentang kefahaman mereka. Jika mereka telah mencapai hasil
pembelajaran
melakukan

kemahiran

kemahiran

dengan

menyatakan

tersebut,

guru

teknik-teknik

berpindah

kepada

kemahiran yang berikutnya.


ii. Penilaian Sumatif
Penilaian jenis sumatif pula diadakan di akhir sesuatu unit
pelajaran, akhir penggal persekolahan atau akhir semester. Ini
bertujuan untuk mengetahui penguasaan dan taraf pencapaian
murid-murid dalam satu darjah atau kumpulan. Perbandingan
pencapaian sering dilakukan dan suatu gred atau pangkat diberi
mengenai pencapaian itu.
Sebagai contoh, di akhir minggu kelima setelah pelajar-pelajar
mempelajari semua kemahiran asas permainan bola sepak, guru
mengadakan

perlawanan untuk menguji pencapain pelajar-

pelajarnya. Guru memerhatikan sejauh mana pelajar-pelajar


menguasai aspek-aspek yang pernah diajarnya dalam permainan
tersebut. Kebolehan setiap pelajarnya dinilai dan diberi gred baik,
sederhana atau lemah.
Contoh kedua, Pada akhir semester 2, guru menjalankan satu
ujian bertulis untuk menguji pengetahuan yang telah diperolehi
oleh pelajar-pelajarnya sepanjang satu semester itu. Soalansoalan objektif yang dikemukakan itu menyentuh semua tajuk yang
telah diajar oleh guru. Biasanya, satu jadual penentuan ujian (JPU)
dirancangkan untuk memastikan taburan soalan yang sewajarnya.
Setelah memeriksa kertas jawapan, guru akan memberi markah

78

atau gred

berdasarkan markah yang

dicapai oleh

setiap

pelajarnya.
6.1.4 Aspek Penilaian Pendidikan Jasmani.
Penilaian Pendidikan Jasmani dijalankan secara berterusan,
berasaskan sekolah dan tertumpu kepada aspek yang berikut:
i. status kecergasan fizikal dan kesihatan dalam bidang fizikal;
ii. kemahiran motor dalam bidang psikomotor;
iii. penguasaan pengetahuan dalam bidang kognitif; dan
iv. sikap apresiasi dan pemupukan nilai dalam bidang afektif.
i. Bidang Fizikal
Bidang fizikal tertumpu kepada perkembangan sistem organ
tubuh badan, seperti sistem rangka, sisitem otot dan sistem
kardiovaskular.

Perkembangan

sempurna

sistem

ini

mempengaruhi kecergasan fizikal yang juga dikelaskan di bawah


bidang fizikal. Guru boleh membantu perkembangan pelajar dalam
bidang fizikal asas pelajar seperti status kesihatan, ketinggian,
berat badan serta tahap kecergasan fizikal.
Keadaan unggul ialah keadaan di mana setiap pelajar diperiksa
oleh pegawai perubatan setahun dan laporan kesihatan dihantar
ke sekolah untuk penggunaan bersama guru sekolah. Selain
mengkaji laporan kesihatan pelajar, guru perlu juga memerhatikan
pelajarnya untuk meneliti sama ada berlakunya perubahan dalam
kesihatan pelajar. Guru hendaklah peka terhadap perkara-perkara
seperti perubahan berat badan yang pesat, ruam yang luar biasa
dan perubahan dalam warna kulit. Simptom dan tingkahlaku yang

79

luar biasa perlu dilaporkan kepada jururawat sekolah dan ibubapa


pelajar supaya tindakan segera boleh diambil.
Guru perlu merekodkan ketinggian dan berat badan pelajar
sekurang-kurangnya dua kali setahun. Hasil pemeriksaan ini
adalah penting untuk memberi maklum balas tentang sama ada
pelajar terlalu berat atau tidak cukup berat berbanding dengan
saiz dan umurnya. Dapatan ini juga penting sebagai panduan
untuk membahagikan pelajar kepada kumpulan tertentu bagi
kegiatan fizikal, jika perlu.
Ujian Kecergasan Fizikal seharusnya diberi dua kali setahun,
sekali pada awal tahun dan sekali lagi pada penghujung
tahun.Ujian

yang

pertama

adalah

untuk

membantu

guru

membahagikan pelajarnya kepada kumpulan mengikut tahap


kecergasan supaya pelajar dapat melakukan kegiatan fizikal yang
sesuai bagi tahap kemampuan mereka. Maklumat daripada ujian
kecergasan

fizikal

menggerakkan

ini

juga

berguna

untuk

pelajar

bagi

meningkatkan

membantu
lagi

tahap

kecergasannya. Ujian pada penghujung tahun memberi maklum


balas kepada guru dan pelajar tentang kemajuan pelajar
sepanjang tahun.
ii. Bidang Psikomotor
Bidang psikomotor berkait rapat dengan bidang fizikal di
samping merangkumi faktor lain seperti kordinasi, kelajuan,
imbangan kuasa serta komponen kecergasan fizikal, iaitu daya
tahan, kekuatan dan kelenturan. Perkembangan kemahiran motor
pelajar dalam kegiatan pergerakan asas, permainan, olahraga dan
pendidikan pergerakan perlu dinilai.
80

Pendidikan Jasmani di peringkat rendah bertujuan untuk


memberi pelajar peluang mencapai kecergasan melalui latihan
kecergasan, permainan, olahraga dan pendidikan pergerakan.
Pelajar diberi pendedahan yang luas dan menyeluruh kepada
pelbagai jenis permainan, olahraga dan kegiatan pendidikan
pergerakan bergantung kepada kesediaan kemudahan di sekolah
dan keupayaan guru mengaturkan rancangan pendedahan.
Pendedahan yang luas ini di peringkat sekolah rendah
bertujuan untuk membolehkan pelajar membuat pilihan kegiatan
jasmani yang sesuai dan digemari di peringkat menengah.
Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, penekanan diberi
kepada cara melakukan kegiatan dengan teknik yang betul. Oleh
itu, penilaian Pendidikan Jasmani menegaskan proses lakuan
yang betul dan bukan hasil lakuan. Misalnya, dalam permainan
bola sepak atau bola jaring hantaran/tendangan bola, gaya/teknik
pelajar menendang/menghantar bola amat dipentingkan; jarak bola
itu dapat dibaling/ditendang tidak menjadi fokus penilaian.
Penilaian perlu digunakan sebagai sebahagian daripada proses
pembelajaran ke arah pemeliharaan dan peningkatan kecergasan.
Guru boleh mendapat norma tempatan berdasarkan dapatan
penilaian sebilangan besar pelajar di sekolahnya sendiri. Norma ini
akan membantu guru membandingkan pencapaian seseorang
pelajar dengan rakan sebayanya, jika perlu.

81

iii.

Bidang Kognitif
Penilaian

dalam

bidang

kognitif

ialah

untuk

mengukur

perkembangan pengetahuan dan pemahaman pelajar dalam


pelbagai aspek Pendidikan Jasmani. Kefahaman dan kebolehan
pelajar dalam menggunakan pengetahuan Pendidikan Jasmani
untuk menyelesaikan masalah kesihatan sendiri perlu dijadikan
tumpuan penilaian.
iv.

Bidang Afektif
Penilaian dalam bidang afektif perlu mengambil kira aspek seperti;

apresiasi
contohnya, menghargai pergerakan yang kemas dan selamat;

pemupukan nilai berkaitan pelajar sendiri,


contohnya penghargaan diri;

pemupukan nilai berkaitan dengan pelajar dan orang lain,


contohnya, konsep kendiri

pemupukan nilai Pendidikan Jasmani, contohnya kebersihan


dan kebiasaan bersenam;

perkembangan sosial berkaitan dengan aspek tingkah laku,


contohnya kerjasama, kepimpinan, sopan santun, kejujuran
dan hormat menghormati; dan

interaksi sosial,
contohnya pertuturan yang jelas dan ikhlas, menyuarakan
pendapat dengan sopan.

Sifat afektif ini boleh dinilai melalui pemerhatian yang sistematis


terhadap tingkah laku yang nyata. Pemerhatian ini hendaklah
direkod dengan menggunakan alat seperti senarai semak dan
rekod anekdot.
82

6.2

Aplikasi Spesifikasi dan Rubrik Penilaian


6.2.1 Bidang Kemahiran Bola Sepak dan Bola jaring
Contoh 1
Menilai Pencapaian Kemahiran asas menggunakan Skala Kadar
Skala kadar boleh juga digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani
untuk menilai pembelajaran kemahiran pelajar-pelajar. Walaupun
penggunaan peralatan skala kadar ini mempunyai kelemahannya,
iaitu ciri subjektifnya, ini boleh diperbaiki dengan menetapkan syarat
atau spesifikasi bagi setiap kadar (angka) yang digunakan itu, (sila
lihat kriteria yang ditunjukkan).
Ujian Kemahiran Asas Bola Sepak
Kemahiran: 1. Kemahiran Hantaran leret.
2. Kemahiran Menanduk bola.
Skala markah
3

Baik
Menunjukkan pergerakan yang berkordinasi, kedudukan badan
yang sesuai, gerak kaki yang betul dan mengamalkan butir-butir
asas yang telah diajar.

2 -

Sederhana
Boleh melakukan kemahiran tersebut; masih memerlukan
bimbingan untuk membetulkan aspek-aspek tertentu.

1 -

Lemah
Tidak dapat menunjukkan kordinasi asas untuk melakukan
kemahiran asas yang diuji. Masih memerlukan latihan dan
bimbingan.

1
Lemah

2
Sederhana

3
Baik

Contoh Ujian Kemahiran Manipulasi


83

Contoh 1
Ujian Kemahiran Asas Bola Sepak

1.
2.
3.
4.
5.

Nama Pelajar

Abu Bakar b. Rashid


Badrul Zaman b. Latif
Azman b. Hassan
Muftar b. Mohd Saad
Rosley b. Abdullah

Menanduk bola (statik)

Bil

Hantaran leret

PENCAPAIAN KEMAHIRAN
ASAS BOLA SEPAK

3
2
3
3
2

2
2
3
2
2

Catatan

Contoh Borang Mencatat Pencapaian Kemahiran Asas Bola Sepak

84

Contoh 2
Ujian Kemahiran asas Menggunakan Senarai Semak.
Penggunaan senarai semak adalah satu cara yang mudah bagi guru
yang ingin menilai pencapai murid-muridnya dalam bidang psikomotor
mahupun dalam bidang perkembangan afektif. Berikut adalah contoh
format senarai semak yang dicadangkan.

1.
2.
3.
4.

Abu Bakar b. Rashid


Badrul Zaman b. Latif
Azman b. Hassan
Muftar b. Mohd Saad

2/2

9/2

2/3

menjaga gol Menguji kemahiran

Nama Pelajar

menanduk bola Menguji kemahiran

Bil

Menguji kemahiran hantaran bola dengan


bahagian dalam kaki

Kemahiran Asas Bola Sepak

9/5

1/4

Catatan

20/4

Panduan: 1. Isikan tarikh ujian atau pemerhatian dibuat.


2. Tandakan () sekiranya pelajar tersebut dapat mencapai
(boleh melakukan) kemahiran itu.
3. Kosongkan petak jika pelajar itu masih belum mencapai
kemahiran itu pada tarikh ujian dijalankan.

Senarai semak yang boleh digunakan sebagai rekod prestasi

Contoh 3
Menilai kemahiran Asas Bola Jaring

85

Menghantar dan menerima bola aras dada Berikut adalah satu contoh
lagi penilaian kemahiran psikomotor yang menggunakan skala kadar.
Dalam contoh ini fasa-fasa kemahiran itu disusun secara berterusan.
Markah yang lebih akan diberi kepada aspek yang diutamakan dalam
penilaian kemahiran tersebut.

Bil

Nama Pelajar

1.
2.
3.
4.

Lily Rozita Mohamad


Norazelina Awang
Che Som Baharom
Mariani Ali

2
2
1
2

1
1
1
1

1
1
1
-

2
2
1

Jumlah
markah
4
6
5
4

Catatan
guru

Contoh borang untuk Menilai Kemahiran Asas Bola Jaring


Arahan : Beri markah yang ditetapkan jika murid dapat
melakukannya.
Beri kadar yang sepatutnya berdasarkan kebolehan yang
ditunjukkan oleh peserta.
Fasa a : Berdiri dengan satu kaki di hadapan secara
selesa, pegang bola dengan jari-jari dibuka di
belakang bola, bawa bola ke paras dada, siku
menghala ke bawah,
Fasa b : Tolak bola lurus ke depan; siku dan jari-jari lurus
ke arah penerima (ikut lajak), serentak itu, kaki
belakang digerakkan ke depan (ikut lajak)
Fasa c : Berdiri dengan satu kaki di depan secara selesa,
hulurkan ke dua-dua tangan lurus ke arah bola
yang mendatang
Fasa d : Terima bola dengan jari-jari dibuka seluas bola,
bawa bola ke dada untuk serap daya
86

Skala kadar
0 - tidak boleh melakukan kemahiran asas - hantaran aras dada dan
menerima bola dengan bantuan atau tanpa bantuan
1 - boleh melakukan kemahiran asas - hantaran aras dada dan
menerima bola dengan bantuan/penyesuaian
2 - tanpa bantuan/penyesuaian, perlakuan yang licin dan
terkawal, boleh menghantar sejauh 5 meter
3 - menerima nola dan menghantar semula hanataran aras dada
ke rakan sejauh 5 meter
Skor
10 - 12
8 -9
5 -7
0 -4

Keputusan
Cemerlang
Baik
Sederhana
Lemah

87

Contoh 4
Menilai Tahap Permainan Kemahiran Asas Bola Sepak dan Bola
Jaring Menggunakan Spesifikasi dan Rubrik Pemarkahan

Pelaksana
an
Penilaian

Hasil
Pembelajaran

Prosedur

Indikator Prestasi

Markah

Komponen
BOLA
SEPAK

Menguji
kemahiran
hantaran bola
dengan
bahagian
dalam kaki

Menguji
kemahiran
menanduk
bola

Menguji
kemahiran
menjaga gol

Hantaran

Kaki
bola dengan menyokong berada di sisi
bahagian
bola
dalam kaki

Kontek bola
bahagian dalam kaki

Badan tegak
semasa sepakan

Hayunkan kaki
ke hadapan menuju
sasaran dan ikut lajak

Mata pandang
bola

Pindah berat
badan

Pemain menghadap bola,


leher dikuncikan
Badan lentik ke belakang
dan lutut bengkok sedikit
Ketepatan masa (timing)
Bola disentuh di bahagian
dahi
Ikut lajak

Menanduk

Menjaga
Gol
(bola leret)

peserta mula
membuat lakuan sepakan
bahagian

dalam kaki

Hanya 5
percubaan diberi

Gunakan skor
yang disediakan

10

Alatan :
10 biji bola sepak, 10 skitel
& 1 wisel

Bila wisel
dibunyikan, peserta mula
melakukan ujian .

Hanya 5
percubaan diberi

Gunakan skor
yang disediakan

10

Alatan :
10 biji bola sepak, 10
skitel & 1 wisel

Bergerak secara

Apabila
bertentangan dengan arah
wisel dibunyikan, peserta
bola
mula melakukan ujian .
Mata mengikut pergerakan
Hanya 5
bola
percubaan diberi
Kedua-dua tangan di

Gunakan
hadapan untuk menangkap
skor yang disediakan
bola dan serap daya
Alatan :
Bengkokkan lutut sebelah
10 biji bola sepak,
sehingga mencecah tanah,
10 skitel & 1 wisel
semasa menangkap bola
Bawa bola ke dada dan
berdiri

10

88

Menguji
kemahiran
mengelecek

Pelaksana
an
Penilaian

Mengelecek
bola

Hasil
Pembelajaran

Gerakkan bola
secara terkawal

Gunakan
sentuhan dalam dan luar
kaki

Pindahkan berat
badan ke kaki bebas,
imbangan
terkawal

Adakan gerak
badan yang mengelirukan
lawan

Bersedia
bertukar arah

Kesedaran
tentang ruang

Apabila wisel
dibunyikan, peserta mula
melakukan

ujian .

Mengelecek
dengan larian zig-zag
antara
5 skital

(rujuk pada
rajah )

Hanya 5
percubaan diberi

Gunakan skor
yang disediakan

10

Alatan :
10 biji bola sepak, 10 skitel
& 1 wisel

Prosedur

Markah

Letak skital
secara bertentangan pada
jarak 3 meter

Ujian dijalankan
secara berpasangan;
peserta berdiri di sebelah
skital menghadap rakan

Wiswl
dibunyikan dan peserta
memulakan ujian
kemahiran

Percubaan
diberi sebanyak 5 kali

10

Indikator Prestasi

Komponen
BOLA
JARING

Menguji
kemahiran
menyambut
bola

Menghantar
dan
menerima
bola aras
dada

Menghantar
bola

Berdiri dengan
satu kaki di hadapan
secara selesa

Pegang bola
dengan jari-jari dibuka di
belakang bola

Bawa bola ke
paras dada, siku menghala
ke bawah

Tolak bola
lurus ke depan; siku dan
jari-jari lurus ke arah
penerima (ikut lajak)

Serentak itu,
kaki belakang digerakkan
ke depan (ikut lajak)

Menerima bola

Berdiri dengan
satu kaki di depan secara
selesa

Hulurkan ke
dua-dua tangan lurus ke
arah bola yang mendatang

Terima bola
dengan jari-jari dibuka
seluas bola

Bawa bola ke
dada untuk serap daya

Alatan :
1 biji bola jaring ,
2 skitel & 1 wisel

89

Menguji
kemahiran
hantaran aras
dada

Gerak kaki
Berdiri dengan

Susun gelung
mendarat
kaki dibuka seluas bahu
mengikut rajah, peserta
dengan

Lari ke kanan
berdiri dalam gelung 1
sebelah kaki
sambil menghulur tangan

Apabila wisel
dan menerima bola
dibunyikan, peserta mula
mendarat atas kaki kanan
membuat ujian kemahiran
di dalam gelung
gerak kaki

Hantar bola
semula kepada penghantar Alatan : 1 bola Jaring ,2

Balik ke posisi
skital & Wisel
asal

Lari ke kiri
sambil menghulurkan
tangan dan menerima
bola; mendarat atas kaki
kiri di dalam gelung

Hantar bola
semula kepada penghantar

Buat tiga kali ke


kanan dan dua kali ke kiri;
atau sebaliknya

Menguji
kemahiran
menjaring

Elak dan
kawalacah
sekali

Berdiri di

Susun skital
seperti dalam rajah

Lari ke

Sediakan dua
skital 2; acah ke kanan dan
pembaling bola
lari ke kiri untuk menerima
Apabila wisel
bola
dibunyikan; peserta berlari

Hantar bola
ke skital 1, mengacah ke
semula kepada Pembaling
kanan, menukar arah ke
1
kiri untuk menerima bola di
sebelah kiri

Teruskan

Hantar bola
larian ke skital 3; acah ke
kiri dan lari ke kanan untuk
semula ke pembaling 1
menerima bola

Teruskan larian

Hantar bola
ke skital 2, mengacah ke
semula kepada Pembaling
kiri, menukar arah ke
2
kanan untuk menerima
bola di sebelah kanan

Teruskan

Hantar bola
perlakuan hingga ke skital
5
semula ke pembaling 2

Teruskan
lakuan hingga selesai,
kembali menyesuaikan
kedudukan

10

10

depan skital 1

Alatan:
2 bola Jaring ,2 skital &
Wisel

90

Menguji
kemahiran
mengawal dan
menghadang

Menjaring
Lari menuju
satu / dua
gelung untuk menerima
tangan
hantaran lob; mendarat
atas dua kaki serentak

Bawa bola ke
atas kepala, belakang
tangan menghala ke
kepala; siku menghala ke
jaring

Mata melihat 30
cm di atas gegelang jaring

Bengkok siku
dan lutut serentak
(pengumpulan daya)

Luruskan lutut
dan siku, tolak bola ke atas
gegelang berakhir dengan
flik dari jari

Susun gelung
seperti dalam rajah dengan
peserta berdiri di atas
bulatan menjaring

Bunyikan wisel,
peserta berlari menuju ke
gelung 1

Peserta
menerima bola dari
pembaling 1 dan mendarat
dalam gelung 1

Gol hendaklah
dijaringkan dalam masa 3
saat

Peserta
seterusnya berlari ke
gelung 2 dan gelung 3
untuk melakukan aktiviti
yang sama, bola dihantar
oleh pembaling 2

Dari gelung 3,
balik ke gelung 2 dan 1
untuk melengkapkan 5
percubaan, bola dihantar
oleh pembaling 1

10

Alatan :
1 tiang gol, 1 biji bola jaring,
1 jam randik, 3 gelung dan
wisel

6.2.2 Rubrik Penilaian Kemahiran Asas Bola Sepak


KEMAHIRAN
YANG DIUJI

INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN


Cemerlang
Sederhana
Lemah
(10 - 8 Markah)
(7 - 4 Markah)
( 3 1 Markah)

Hantaran bola
dengan bahagian
dalam kaki

Kaki menyokong berada di


sisi bola
Kontek bola bahagian kaki
dalam
Badan tegak semasa
sepakan
Hayunkan kaki ke hadapan
menuju sasaran dan ikut lajak
Mata pandang bola
Pindah berat badan.

Kaki menyokong berada di


sisi bola
Kontek bola bahagian kaki
dalam
Badan kurang tegak semasa
sepakan
Hayunkan kaki ke hadapan
menuju sasaran dan kurang
tekal ikut lajak
Mata pandang bola
Kurang pemindahan berat
badan.

Kaki menyokong tidak berada


di sisi bola
Kontek bola tidak di bahagian
kaki dalam
Badan tegak semasa
sepakan
Hayunan kaki ke hadapan
tidak menuju sasaran dan
tidak ikut lajak
Mata pandang bola
Tiada pemindahan berat
badan.

Menanduk bola

Pemain menghadap bola,

Pemain menghadap bola,

Pemain menghadap

91

leher dikunci
leher dikunci
Badan lentik ke belakang dan Badan kurang lentik ke
lutut bengkok sedikit (timing)
belakang dan lutut bengkok
sedikit (timing)
Bola disentuh di bahagian
Bola kurang disentuh di
dahi
bahagian dahi
Ikut lajak

Kurang Ikut lajak

INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN


Cemerlang
Sederhana
Lemah
(10 - 8 Markah)
(7 - 4 Markah)
( 3 1 Markah)

KEMAHIRAN
YANG DIUJI
Menjaga gol

Mengelecek bola

bola,tetapi leher tidak dikunci


Badan tidak lentik ke
belakang dan lutut tidak
dibengkok sedikit (timing)
Bola tidak disentuh di
bahagian dahi
Tidak ikut lajak

Bergerak secara
bertentangan dengan arah
bola
Mata mengikut
pergerakan bola
Kedua-dua tangan
di hadapan untuk menangkap
bola dan serap daya
Bengkokkan lutut
kaki sebelah sehingga
mencecah tanah, semasa
menangkap bola
Bawa bola ke dada
dan berdiri

Gerakkan bola secara


terkawal
Gunakan sentuhan
dalam dan luar kaki
Pindahkan berat badan
ke kaki bebas, imbangan
terkawal
Adakan gerak badan
yang mengelirukan lawan
Bersedia bertukar arah
Kesedaran tentang
ruang
Dapat melakukan 4 5
percubaan dengan teknik
yang betul dan tepat

Jarang gerakkan bola secara


terkawal
Kurang gunakan sentuhan
dalam dan luar kaki
Pindahkan berat badan ke
kaki bebas, imbangan
terkawal
Kurang gerak badan yang
mengelirukan lawan
Kurang bersedia bertukar
arah
Kurang kesedaran tentang
ruang
Dapat melakukan 3 4
percubaan dengan teknik
yang betul dan tepat

Kurang bergerak
secara bertentangan dengan
arah bola
Mata mengikut
pergerakan bola
Kedua-dua tangan
di hadapan untuk menangkap
bola dan kurang tekal serap
daya
Bengkokkan lutut
kaki sebelah dan jarang
mencecah tanah, semasa
menangkap bola
Jarang bawa bola
ke dada dan berdiri

Bergerak tidak
secara bertentangan dengan
arah bola
Mata tidak
mengikut pergerakan bola
Kedua-dua tangan
tidak di hadapan untuk
menangkap bola dan serap
daya
Tidak bengkokkan
lutut kaki sebelah sehingga
mencecah tanah, semasa
menangkap bola
Tidak bawa bola ke
dada dan berdiri

Gerakkan bola tidak secara


terkawal
Tidak gunakan sentuhan
dalam dan luar kaki
Tidak pindahkan berat badan
ke kaki bebas, imbangan
tidak terkawal
Tidak adakan gerak badan
yang mengelirukan lawan
Tidak bersedia bertukar arah
Kesedaran tentang ruang
kurang
Dapat melakukan 1 2
percubaan dengan teknik
yang betul dan tepat

92

6.2.3 Rubrik Penilaian Kemahiran Asas Bola Jaring


INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN
Cemerlang
Sederhana
Lemah
(10 - 8 Markah)
(7 4 Markah)
( 3 1 Markah)

KEMAHIRAN
YANG DIUJI
Menghantar dan
menerima bola
aras dada

Menghantar bola
Berdiri dengan satu kaki di
depan secara selesa
Pegang bola dengan jari-jari
dibuka di belakang bola
dengan kemas
Bawa bola ke paras dada;
siku menghala ke bawah
Tolak bola lurus ke depan;
siku dan jari-jari lurus ke arah
penerima (ikut lajak)

Menerima bola
Berdiri dengan satu kaki di
depan secara selesa
Hulurkan ke dua-dua tangan
lurus ke arah bola yang
mendatang
Terima bola dengan jari-jari
dibuka luas; tangan dibuka
seluas bola
Bawa bola ke dada untuk
serap daya

Gerak kaki
mendarat dengan
sebelah kaki

Elak dan kawalacah sekali

Berdiri dengan
kaki dibuka seluas bahu dan
seimbang

Lari ke kanan /
kiri sambil menghulur tangan
dan menerima bola mendarat
atas kaki kanan / kiri di dalam
gelung dengan kemas dan
terkawal

Pergerakan larian
yang baik dan lancar

Lutut
dibengkokkan sedikit ketika
mendarat untuk serap daya

Bersedia dan
peka untuk bertindak

Menghantar bola
Berdiri dengan satu kaki di
depan tapi kurang selesa
Pegang bola dengan jari-jari
dibuka di belakang bola tapi
kurang kemas
Bawa bola ke paras dada;
siku kurang menghala ke
bawah
Tolak bola lurus ke depan;
siku dan jari-jari kurang lurus
ke arah penerima (ikut lajak)
Menerima bola

Berdiri dengan
satu kaki di depan tapi
kurang selesa

Hulurkan ke duadua tangan tapi kurang lurus


ke arah bola yang mendatang

Terima bola
dengan jari-jari kurang dibuka
; tangan dibuka sedikit luas

Kurang bawa
bola ke dada untuk serap
daya

Menghantar bola

Berdiri dengan
dua kaki rapat / bersebelahan
tapi tidak selesa

Pegang bola
dengan tapak tangan di
belakang bola tapi kurang
kemas

Tidak bawa bola


ke paras dada; siku tidak
menghala ke bawah

Tolak bola tidak


lurus ke depan; siku dan jarijari tidak lurus ke arah
penerima (ikut lajak)

Berdiri dengan
kaki dibuka seluas bahu tapi
kurang seimbang

Lari ke kanan /
kiri sambil kurang menghulur
tangan dan menerima bola
mendarat atas kaki kanan /
kiri di dalam gelung tapi
kurang kemas dan terkawal

Pergerakan larian
yang kurang baik dan lancar

Lutut kurang
dibengkokkan ketika
mendarat untuk serap daya

Kurang bersedia
dan peka untuk bertindak

Menerima bola

Berdiri dengan
satu kaki di depan tapi tidak
selesa

Hulurkan ke duadua tangan tapi tidak lurus ke


arah bola yang mendatang

Terima bola
dengan jari-jari tidak dibuka;
tangan dibuka terlalu luas

Tidak bawa bola


ke dada untuk serap daya

Berdiri dengan
kaki dibuka tidak seluas bahu
dan tidak seimbang

Lari ke kanan /
kiri sambil tidak menghulur
tangan dan menerima bola
mendarat atas kaki kanan /
kiri di luar dalam gelung tapi
tidak kemas dan terkawal

Pergerakan larian
yang tidak baik dan lancar

Lutut tidak
dibengkokkan ketika
mendarat untuk serap daya

Tidak bersedia
dan peka untuk bertindak

Melakukan gerakan
Melakukan gerakan
Melakukan gerakan
acah ke kiri / dan kanan
acah ke kiri / dan kanan
acah ke kiri / dan kanan
dengan licin dan terkawal
dengan kurang licin dan
dengan tidak licin dan

93

Pergerakan yang
yang kemas dan lancar

Menerima dan
menghantar bola dengan
kemas

Badan berada
dalam keadaan seimbang

Kebolehan
menukar arah dengan baik
dan terkawal

Menjaring
satu/dua tangan

Berlari dan
mendarat atas ke dua /satu
kaki dengan keadaan
terkawal

Menerima bola
dengan kemas; bola dibawa
ke atas kepala; belakang
tangan menghala ke kepala,
siku menghala ke jaring

Mata melihat ke
sasaran; tumpukan perhatian
kepada pergerakan
(konsentrasi)

Gunakan tindakan
jari-jari untuk flick bola ke
jaring

Tangan hampir
lurus setelah bola dilepaskan
(ikut lajak)

terkawal

terkawal

Pergerakan yang
yang kurang kemas dan
lancar

Menerima dan
menghantar bola kurang
kemas

Badan berada
dalam keadaan kurang
seimbang

Kebolehan
menukar arah dengan baik
dan kurang terkawal

Berlari dan
mendarat atas ke dua /satu
kaki dengan keadaan kurang
terkawal

Menerima bola
dengan kurang kemas; bola
dibawa ke atas kepala;
belakang tangan menghala
ke kepala, siku kurang
menghala ke jaring

Mata melihat ke
sasaran; kurang tumpukan
perhatian kepada pergerakan
(konsentrasi)

Kurang gunakan
tindakan jari-jari untuk flick
bola ke jaring

Tangan kurang
lurus setelah bola dilepaskan
(ikut lajak)

Pergerakan yang
yang tidak kemas dan lancar

Menerima dan
menghantar bola tidak kemas

Badan berada
dalam keadaan tidak
seimbang

Kebolehan
menukar arah dengan tidak
baik dan kurang terkawal

Berlari dan
mendarat atas ke dua /satu
kaki dengan keadaan tidak
terkawal

Menerima bola
dengan tidak kemas; bola
tidak dibawa ke atas kepala;
belakang tangan tidak
menghala ke kepala, siku
tidak menghala ke jaring

Mata melihat ke
sasaran; tiada tumpukan
perhatian kepada pergerakan
(konsentrasi)

Tidak gunakan
tindakan jari-jari untuk flick
bola ke jaring

Tangan tidak lurus


setelah bola dilepaskan (ikut
lajak)

94

O Pembaling bola

2
m

G3

2
m

G2

2
m

G1
Peserta

Catatan
Peserta berlari ke kanan
Hantaran bola kepada peserta

Rajah 6.1 : Bola Jaring - Ujian menghantar dan menerima bola aras dada

95

S5
2m
S4
2m
S3

Pembaling 2
2m

2m
S2

2m

Pembaling 1
S1

2m
X
Peserta ujian
Catatan : S = Skital

Rajah 6.2 : Bola Jaring - Ujian Elak dan kawal acah sekali

96

2m

2m

2m

2m

3m

G1

G2

G3
Pembaling 2

Pembaling 1
X
Peserta ujian

Rajah 6.3 : Bola jaring - Ujian Menjaring


Catatan:
G1, G2, G3 = gelung

97

6.2.4 Borang-borang Penilaian


Lampiran 1
Borang Pemerhatian dan Pemarkahan Penilaian Ujian Amali
Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani
Komponen : Bola Sepak

Bil

Nama Pelajar

Hantaran
leret bhg
dalam kaki
(10 M)

Kriteria Penilaian
Menanduk
Menjaga
(10 M)
Gol (bola
leret)
(10 M)

Mengelecek
bola
(10 M)

Jumlah
Markah
(40 Markah)

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12
13
14.
15.
16.
17.
18.

TANDATANGAN PENILAI

98

NAMA :_____________________

TARIKH :.

99

Lampiran 1
Borang Pemerhatian dan Pemarkahan Penilaian Ujian Amali
Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani
Komponen : Bola jaring

Bil

Nama Pelajar

Menghant
ar dan
menerima
bola aras
dada
(10 M)

Kriteria
Gerak kaki
Elak dan
mendarat
kawaldengan
acah
sebelah kaki sekali
(10 M)
(10 M)

Menjaring
satu/dua
tangan
(10 M)

Jumlah
Markah
(40 Markah)

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12
13
14.
15.
16.
17.
18.

TANDATANGAN PENILAI
NAMA :_____________________

TARIKH :.

100

6.2.5 Rumusan
Di sekolah, penilaian untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani perlu diberi
perhatian yang serius dan sewajarnya oleh pihak ibu bapa dan sekolah.
Langkah ini penting supaya Pendidikan Jasmani sebagai satu mata
pelajaran akademik akan setanding dengan mata pelajaran yang lain.
Tambahan pula dengan adanya penilaian pencapaian pelajar-pelajar dalam
Pendidikan Jasmani secara sah, boleh dipercayai dan sistematik, sokongan
dan keyakinan terhadap mata pelajaran ini oleh orang ramai akan
meningkat.

Latihan :
1. Terangkan dengan jelas penilaian kemahiran permainan
menggunakan skala kadar?
2. Secara ringkas jelaskan penilaian aspek psikomotor dalam
Pendidikan Jasmani dengan menggunakan senarai semak
3. Terangkan bagaimana pembentukan spesifikasi penilaian dan
rubrik pemarkahan bagi menilai kemahiran permainan.

101

Anda mungkin juga menyukai