Anda di halaman 1dari 3

Bacaan Doa Qunut Solat Subuh

Cara bacaan doa qunut. Umum mengetahui doa qunut dibaca pada iktidal
rakaat kedua waktu solat subuh. Hukum membaca doa qunut adalah sunat
ab'ad (sunat yang dituntut).
Doa qunut:

Bacaan Doa Qunut


Bacaan Rumi:
Allah hummah dini fiman hadait.
Wa'a fini fiman 'afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a'tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alaik. Waiinahu layadziluman walait. Walaa
ya'izzuman 'adait.
Tabaa rakta rabbana wata'alait.
Falakalhamdu 'ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Wasallallahu 'ala Saidina Muhammad. Wa'ala alihi wasahbihi Wasallam.
Maksudnya:
Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaiman mereka yang telah Engkau
tunjukkan
Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah
berikan kesihatan
Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan
Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan
Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan
Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum
Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin
Dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau
Maha bagi Engkau segala pujian di atas yang Engkau hukumkan
Ku memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau
(Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan
kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.
Jika anda menjadi imam, anda perlu membaca dan mengubah kalimah
tertentu. Manakala, makmum tidak perlu membaca pada kalimah-kalimah
tersebut hanya perlu menadah tangan serta menyambutnya dengan amin
sahaja. Kalimah kalimah tersebut ialah :
"Allah humah dini" kepada "Allah humah dina"
"Wa'a fini " kepada "Wa'a fina "
"Watawallani" kepada "Watawallana"

"Wabarikli" kepada "Wabariklana"


"Waqinii" kepada "Waqina"

TERLUPA UNTUK BACA DOA QUNUT


Perkara ini sering berlaku kepada kita ketika solat subuh iaitu terlupa untuk
baca doa qunut dan terus sujud. Jadi SAH atau TIDAK solat kita.
Solat kita sah kerana membaca doa qunut itu sunat. Namun disunatkan
untuk melakukan sujud syahwi kerana membaca doa qunut adalah sunat
aba'ad.

Adib, Mohammad. 2013. Bacaan Doa Qunut Shalat Subuh


http://www.adibsite.com/2013/08/bacaan-doa-qunut-solatsubuh.html#ixzz3YroKXPls. Diakses pada 2 Mei 2015.

Anda mungkin juga menyukai