Anda di halaman 1dari 25

Masalah Obesiti Pelajar Sekolah : Kenapa Sekolah Perlu

Bertanggungjawab?
April 22, 2011 Emi 3,794 views 2 Comments
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.Baru-baru ini kecoh tentang masalah obesiti di
kalangan pelajar sekolah.Yang menjadi kambing hitam dalam permasalahan ini adalah
pihak sekolah.Kenapa pihak sekolah selalu dipertanggungjawabkan bila berlsaya masalah
kepada pelajar.Bila anak ponteng, salahkan sekolah.Bila anak mencuri, salahkan
sekolah.Sekarang bila anak gemuk juga disalahkan sekolah.Adakah anak-anak habiskan masa
diorang 100% di sekolah dan adakah tanggungjawab mendidik anak-anak di letakkan di bahu
guru sahaja?

Yang saya paling tidak paham kenapa masalah obisiti dikaitkan dengan sekolah? Cuba
mereka kaji, berapa peratus pelajar sekolah akan makan di kantin sekolah waktu rehat?
saya rasa tidak sampai 60% pelajar akan makan di kantin sekolah. Masa saya zaman sekolah
dulu, saya tidak suka makan di kantin sekolah disebabkan ramai orang dan masa rehat yang
amat terhad. Jadi tidak ramailah yang makan di kantin sekolah, jadi mengapa sekolah di
persalahkan bila pelajar gemuk?
Dalam berita Buletin Utama semalam menyatakan ibu bapa memberi belanja sekolah dari
RM5 hingga RM20 sehari.Yang RM20 itu mungkin ibu bapa sibuk bekerja jadi mereka bagi
duit belanja lebih kepada anak mereka untuk membeli makan tengah hari.Makananan di
kantin sekolah banyak mana kuantitinya?Sepinggan nasi lemak tidak sampai secawan
nasi dan banyak mana santan yang digunakan untuk peniaga yang mengejar keuntungan. Kita
kena fikir apa yang anak-anak makan selepas waktu sekolah. RM20 lebih dari cukup untuk
pelajar itu makan fast food seperti McD,KFC dan sebagainya. Kalau tidak makan fast
food, balik rumah makan sampai dua pinggan nasi yang dimasak oleh ibu.

Untuk selesaikan masalah, kita kena cari akarnya.Sepatutnya ibu bapa dan sekolah
dipertangungjawab untuk menjaga pemakanan pelajar.Jangan hanya menunding jari
kepada pihak sekolah kerana saya rasa pelajar banyak makan di rumah berbanding di
sekolah.Mengenai cadangan untuk melantik pakar pemakanan di setiap sekolah, saya
rasa tidak perlu sebab yang paling utama ialah menyemak semula subjek pendidikan
jasmani dan kesihatan (PJK). Sebab saya lihat sesetengah guru ambil mudah tentang
subjek ini seperti contoh bila tiba waktu subjek PJK, guru akan ambil bola dan bagi pelajar
mereka untuk main dan selepas itu guru tersebut akan duduk bilik guru untuk bersembang
atau baca surat khabar untuk sementara menunggu waktu subjek PJK tamat. Adakah guru
tersebut pasti semua pelajar beliau akan bersukan? Saya rasa tidak.
Zaman sekarang berapa ramai pelajar yang berjalan kaki atau menunggang basikal ke
sekolah?Saya rasa tidak sampai 30%, oleh itu senaman pagi sudah tidak wujud dalam rutin
harian seorang pelajar.Jadi kita perlu berharap dengan subjek PJK yang hanya diadakan
seminggu sekali tersebut.Kalau subjek PJK tersebut tidak digunakan sepenuhnya, memang
rugi. Sepatutnya masa PJK tersebut guru boleh mengajar cara pemakanan dan melakukan
aktiviti sukan, jadi tidak perlu mengganggu masa pembelajaran pelajar untuk membuat
taklimat kesihatan.

Obesiti di kalangan kanak-kanak di


Malaysia

Kementerian kesihatan akan melancarkan garis panduan makanan sihat yang


dijangka diedarkan pada bulan hadapan.Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong
Lai, berkata, garis panduan itu wajib dipatuhi oleh pengendali kantin dan
kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan kontrak mereka ditamatkan
Kementerian Pelajaran. Senarai makanan dalam garis panduan itu meliputi kirakira 70 makanan utama, telah siap dan akan dibentang dalam mesyuarat
bersama dengan Kementerian Pelajaran sedikit masa lagi.
Menurut beliau lagi, berdasarkan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) yang menunjukkan kira-kira 86.6 peratus pelajar membeli makanan dan
minuman di kantin sekolah, maka adalah perlu kantin sekolah menyediakan
makanan yang sihat. Ini kerana pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah.
Kajian UKM itu juga menunjukkan bahawa kegemaran pelajar adalah nasi
lemak, mee goreng dan nasi ayam manakala makanan segera paling digemari
adalah burger, ayam goreng dan pizza. Beliau berkata, walaupun obesiti di
kalangan kanak-kanak sekolah rendah berumur enam hingga 12 tahun telah
meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007
mengikut kajian, namun keadaan belum sampai ke tahap tidak terkawal.
Katanya, peningkatan ini berkemungkinan besar disebabkan oleh
amalan pemakanan tidak sihat dan kurangnya aktiviti fizikal yang mana
kajian itu juga menunjukkan 76 peratus kanak-kanak menjalani
kehidupan yang tidak aktif iaitu menghabiskan sebahagian besar masa
dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.Kanakkanak sering disogokkan dengan iklan makanan fast-food,snack di
television yang mempunyai tinggi lemak dan gula.Iklan-iklan ini akan
menarik minat kanak-kanak untuk membelinya dah ditambah lagi
dengan
gaya
hidup
yang
tidak
aktif,ia
akan mendatangkan kemudharatan kepada mereka kelak. Kajian UKM
juga menunjukkan bahawa hanya 70 peratus kanak-kanak sekolah rendah
mengambil sarapan pagi setiap hari sementara 10 peratus kanak-kanak
langsung tidak pernah mengambil sarapan.

Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata lagi pematuhan garis panduan terbaru
itu dapat memastikan amalan pemakanan sihat di kalangan murid dan
menangani masalah kesihatan mereka seperti berat badan berlebihan.Masalah
obesiti atau kegemukan di kalangan kanak-kanak semakin serius apabila
dianggarkan 40 peratus berlaku berikutan gaya hidup ibu bapa yang gemar
membawa keluarga makan di luar terutama pada waktu malam.
Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Prof Dr Zulkifli Ismail,
berkata masalah itu lebih ketara terutama di kawasan Pantai Barat seperti di
Lembah Klang yang sudah menjadi kebiasaan dengan cara hidup
sedemikian.Gaya hidup yang lebih kepada bersenang-lenang seperti bermain
komputer, menonton, bermain video, penurunan aktiviti fizikal dan peningkatan
pengambilan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi juga menyumbang
kepada obesiti, katanya.
Tambahan pula,Prof Zulkifli berkata, kanak-kanak yang mengalami obesiti
biasanya membesar sebagai orang dewasa yang gemuk dan terdedah kepada
pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti darah tinggi, kencing manis, masalah
jantung serta barah.
Maka,diharapkan garis panduan makanan sihat itu dapat membantu kanakkanak mengambil makanan yang sihat ketika di sekolah dan keluarga juga
harus
memainkan peranan dengan menukar corak pemakanan dengan
mengamalkan pemakanan seimbang dan luangkan masa untuk aktiviti-aktiviti
yang
fizikal
dan
sukan.
Memanjakan anak-anak dengan memberi makanan yang tidak sihat
mungkin akan membuat anak- anak gembira namun ibu bapa sebenarnya
memberi risiko yang tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit.Tambahan
pula,kos perubatan yang tinggi dan kadang kala ia tidak mampu untuk
mengubati penyakit tersebut.Jadi Cegah sebelum terlambat.

15 jenis makanan dilarang dijual di


kantin sekolah

Makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget serta teh dan kopi adalah
antara 15 jenis makanan tidak sihat yang dilarang dijual di semua kantin
sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai bulan depan.
Makanan lain ialah mi segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim,
makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna serta perisa tiruan, minuman
berkarbonat dan jajan. Larangan itu adalah berdasarkan Garis Panduan
Pemakanan Sihat Di Sekolah yang diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.
Bagaimanapun, ada 70 jenis makanan seperti nasi goreng,mee sup,ketiow
sup termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali
seminggu, disenaraikan sebagai makanan yang boleh dijual mengikut garis
panduan baru yang dirangka bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) dan
diabetes di kalangan pelajar.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata
cadangan itu terkandung dalam draf garis panduan penjualan makanan di kantin
sekolah yang diputuskan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Penyakit Tidak
Berjangkit (NCD), dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin, pada 4 April lalu.
Beliau berkata, cadangan penyenaraian 70 jenis makanan dan larangan 15 jenis
makanan itu disediakan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan mengikut
peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Larangan penjualan makanan tidak sihat sejajar dengan usaha kementerian
menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat di kalangan
rakyat, terutama kanak-kanak. Ia langkah mencegah peringkat awal, katanya
kepada Berita Harian semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini mengumumkan,
peraturan itu adalah langkah proaktif kerajaan bagi menangani peningkatan
masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar dengan kajian Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2002-2008 menunjukkan satu daripada empat
kanak-kanak mengalami obesiti. Kajian universiti sama juga menunjukkan, 88.6
peratus pelajar membeli makanan dan minuman yang disajikan di kantin
sekolah, sekali gus meningkatkan lagi hasrat kerajaan untuk memastikan
makanan sihat dijual di sekolah.
Turut dicadangkan ialah supaya Indeks Jisim Badan (BMI) wajib direkodkan
dalam kad laporan prestasi pelajar berbanding amalan sebelum ini yang hanya
mengkehendaki guru merekodkan berat dan ketinggian pelajar. Pakar
pemakanan UKM, Prof Dr Mohd Ismail Mohd Noor, berkata amalan merekodkan
BMI diamalkan negara maju seperti Amerika Syarikat seawal kanak-kanak
berusia dua tahun bagi membolehkan mereka dibimbing dengan amalan
pemakanan dan aktiviti fizikal sihat.
Usaha ini setidak-tidaknya menunjukkan bahawa kerajaan berusaha dalam
mengurangkan gejala diabetes dan obesiti dan pemakanan yang tidak sihat di
kalangan pelajar.Kini giliran ibu bapa pula,memastikan pemakanan yang
seimbang di rumah. Selain itu,penjaja-penjaja di luar sekolah juga patut
dipantau agar mereka juga turut mematuhi larangan tersebut.
http://admya.blogspot.com/2011/04/obesiti-di-kalangan-kanak-kanak-di.html

'Banyak kerja perlu dibuat atasi


masalah obesiti pelajar'
Kurikulum sekolah pentingkan akademik, abai kesihatan
SEMINGGU dua ini, kecoh dengan isu murid di negara kita terlebih gemuk atau dalam bahasa
ilmiahnya, obesiti. Jari menuding ke banyak arah; kantin, nasi lemak dan makanan ringan antara
yang dipersalah. Tidak terkecuali peniaga kecil di luar sekolah. Rentetannya, pelbagai pendapat
dan cadangan diluah supaya kegemukan murid tidak berterusan jadi masalah. Wartawan Berita
Minggu, ROHANIZA IDRIS dan HAZIRAH CHE SAB menemu bual Presiden Persatuan Kajian
Obesiti Malaysia (MASO), Prof Dr Ismail Mohd Noor yang juga profesor di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad
Ali Hassan untuk berkongsi pandangan mereka. Ismail Mohd Noor

SESUAI dengan nama persatuan ini, apakah MASO pernah membuat kajian
mengenai masalah obesiti murid?
MASO secara umumnya tidak terbabit secara langsung dalam penyelidikan, tetapi ahli kami yang
berkhidmat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kerap menyumbang data kajian mereka
kepada MASO. Contohnya, kajian UKM dan Nestle yang saya buat menunjukkan trend obesiti
dalam kalangan kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun meningkat di antara 2001/2002
hingga 2007/2008. Mengikut kajian itu, pada 2001/2002, sebanyak 11 peratus murid sekolah
rendah mengalami masalah berat berlebihan, manakala 9.7 peratus dikategorikan obesiti.
Keseluruhan kajian mendapati 20.7 peratus atau seorang daripada lima murid mengalami
berlebihan berat badan. Kajian pada 2007/2008 (di kawasan sama selepas enam hingga tujuh
tahun) menunjukkan masalah berat badan berlebihan meningkat kepada 12.8 peratus dan obesiti
meningkat 13.7 peratus atau kepada 26.5 peratus atau seorang daripada empat murid mengalami
masalah berlebihan berat badan. Kajian antarabangsa pada 2001/2002 menunjukkan berat
badan berlebihan di kalangan murid di Malaysia adalah 16 peratus termasuk dalam kategori
tinggi berbanding kebanyakan negara di rantau Pasifik.
Apakah punca obesiti dan jika dipecahkan mengikut bangsa, siapakah paling ramai
mengalami masalah ini?
Obesiti berpunca daripada pelbagai faktor termasuk genetik. Secara umum ia membabitkan
pengambilan makanan berlebihan dan aktiviti fizikal yang rendah atau kurang. Faktor
persekitaran juga mempengaruhi keseimbangan tenaga (kalori). Ia dapat dilihat melalui pilihan
dan jumlah makanan yang diambil. Malaysia mewah dengan makanan dan banyak pilihan
termasuk makanan segera, makanan ringan dengan harga murah tetapi mengandungi kalori,
lemak dan gula tinggi selain pelbagai saiz hidangan daripada kecil hingga besar. Pilihan dan
jumlah aktiviti fizikal kanak-kanak turut mempengaruhi, tempat riadah tidak cukup malah
kebanyakan kanak-kanak kini bergerak guna kenderaan. Menonton televisyen atau komputer
pula antara dua hingga empat jam, selain didedahkan pelbagai alat elektronik yang menjimatkan
tenaga. Perbandingan data 2002 dan 2008 mengikut etnik mendapati kanak-kanak India
peningkatan paling tinggi obesiti tetapi secara keseluruhan Cina dan Melayu lebih tinggi
daripada India. Murid Melayu obes meningkat daripada 19.1 peratus pada 2002 kepada 26.1
peratus enam tahun kemudian, peningkatan 7.1 peratus; Cina pula daripada 25.6 peratus kepada
27.6 peratus, manakala murid India daripada 16.9 peratus kepada 26.1 peratus. Jelas jumlah
murid India obes meningkat lebih besar berbanding Melayu, manakala kadar obesiti murid Cina
hanya dua peratus, membuktikan mereka melakukan sesuatu yang betul dalam aspek
pemakanan. Tiada data perbandingan kadar obesiti di kalangan kanak-kanak mengikut taraf
kehidupan keluarga tetapi perbandingan kawasan bandar dan luar bandar dalam kajian sama
mendapati wujud peningkatan. Di bandar, berat badan berlebihan bertambah daripada 22.4
peratus kepada 28.1 peratus, manakala di luar bandar meningkat daripada 17.6 peratus kepada

24.2 peratus. Kesimpulannya kedua-dua kawasan menunjukkan peningkatan, namun kadar


peningkatan di luar bandar lebih tinggi.
Boleh dikatakan masalah ini disebabkan gaya pemakanan sejak kecil, sikap ibu
bapa yang ikut kemahuan anak, pengaruh iklan atau mudahnya makanan ringan
diperoleh?
Bergantung kepada keadaan, banyak faktor peningkatan kadar obesiti kanak-kanak di negara ini.
Ibu bapa dan penjaga perlu bertanggungjawab kepada pengambilan makanan anak kerana ia
berkait rapat dengan tahap kesihatan dan pembesaran mereka. Namun perubahan persekitaran
sosial termasuk faktor kesibukan ibu bapa bekerja yang tidak memantau pemakanan anak
menyebabkan masalah kesihatan dan berat berlebihan. Kita tidak boleh menyalahkan ibu bapa
saja kerana ini tidak menyelesaikan masalah. Kita juga harus melihat perspektif lebih luas
termasuk industri makanan yang menjadikan kanak-kanak sasaran pemasaran dengan
menampilkan iklan serta label makanan yang menarik golongan itu. Pengaruh iklan kepada
kanak-kanak sudah banyak dikaji dan banyak negara mengharamkan kempen atau pengiklanan
pemasaran makanan untuk mereka. Di Malaysia pula, kadar pertumbuhan dan pembukaan
cawangan baru restoran makanan segera tumbuh seperti cendawan lepas hujan dan harga
makanan terendah di dunia. Lebih hebat kini ada pula sistem pesanan dan penghantaran
makanan terus ke pintu rumah. Aspek pemakanan kanak-kanak perlu diberi perhatian sejak
mereka dalam kandungan lagi. Kajian mendapati pertambahan berat badan sebelum dan ketika
ibu mengandung dua faktor penting menentukan obesiti kanak-kanak begitu juga berat badan
bayi ketika dilahirkan. Kajian antarabangsa juga mendapati kadar obesiti kanak-kanak yang
diberi susu ibu kurang 22 peratus berbanding bayi diberi susu formula. Ada juga kajian di negara
membangun mendapati masalah obesiti membabitkan bayi bawah satu tahun, namun tidak
dapat dipastikan sama ada ada kajian itu turut membabitkan Malaysia.
Kajian terhadap kanak-kanak lima hingga enam tahun yang dipilih secara rawak dari 72 tadika
persendirian di Lembah Klang mendapati purata masalah berat badan berlebihan kanak-kanak
lelaki dan perempuan adalah 9.7 peratus dan 9.2 peratus. Makanan sebenarnya sangat penting
untuk proses pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak. Jadi, kita perlu lihat tingkah laku dan
tanda menyebabkan mereka mengambil makanan berlebihan, kita juga perlu melihat saiz
hidangan, minat mereka terhadap makanan berlemak dan minuman manis, makanan ringan dan
tabiat makan sambil menonton televisyen. Corak aktiviti seharian kanak-kanak juga perlu
dilihat. Peringkat prasekolah atau tadika adalah tahun penting mencegah obesiti kerana ia
tempoh pembangunan jaringan lemak yang biasanya dari usia tiga hingga tujuh tahun. Jika
peningkatan indeks jisim badan (BMI) bermula sebelum usia empat hingga enam tahun, kajian
menunjukkan mereka berisiko tinggi obes apabila dewasa. Kajian juga menunjukkan tabiat
menonton televisyen di kalangan kanak-kanak berisiko menyebabkan peningkatan berat badan,
namun bergantung kepada faktor sosiodemografi kanak-kanak itu.
Apakah perlu program atau subjek khusus di sekolah bagi mengatasi masalah ini?
Kurikulum sekolah hanya menitikberatkan pencapaian akademik, tidak peka keadaan kesihatan
kanak-kanak. Kurikulum aspek pemakanan perlu dimulakan pada peringkat prasekolah atau
tadika lagi untuk membimbing mereka mengenai jenis makanan yang sesuai bagi setiap
peringkat umur. Penentuan BMI untuk murid baru diperkenalkan di negara kita, sedangkan di
Amerika Syarikat (AS) mula pada umur dua tahun lagi. Panduan yang sesuai untuk kanak-kanak
adalah memasukkan kegiatan fizikal dalam aktiviti harian mengikut umur. Tiada masa tidak
harus jadi alasan. Berjalan atau berbasikal ke sekolah, menjalankan aktiviti fizikal pada waktu
rehat di sekolah, naik tangga daripada naik eskalator atau lif, menyertai aktiviti sukan adalah
panduan sesuai untuk kanak-kanak. Sekolah juga perlu mengadakan program untuk semua dan
tekanan perlu diberi kepada keseronokan daripada persaingan atau kemenangan.
Kerajaan sudah melarang jualan makanan ringan dan minuman bergas, manakala
nasi lemak dihadkan di sekolah. Adakah ia dapat mencegah obesiti murid?
Masalah kualiti makanan di kantin sekolah sudah dititikberatkan dan perlu sokongan semua

pihak termasuk ibu bapa. Obesiti disebabkan pelbagai punca, sukar hendak menuding jari
kepada satu-satu jenis makanan. Kita mesti ada pilihan sesuai dan kanak-kanak perlu dididik
memilih makanan berkhasiat. Cara sesuai ialah membuat label makanan mengikut kandungan
nutrien atau khasiatnya. Seperti lampu isyarat juga iaitu merah perlu dihindarkan, jingga
kurangkan dan hijau disarankan. Bagi larangan jualan minuman bergas dan bergula seperti
sirap, ia langkah baik namun sekolah mesti ada mesin air sebagai alternatif. Pada pendapat saya,
langkah diambil sekarang adalah permulaan baik tetapi realitinya masih banyak perlu dibuat jika
kerajaan mahu menangani masalah ini.
Mohamad Ali Hassan
SEBAGAI persatuan mewakili ibu bapa dan guru, apakah cara yang paling bernas
pada pandangan Datuk untuk mengatasi obesiti murid sekolah ini?
Satu pendekatan menyeluruh perlu diambil, tidak boleh hanya bertumpu kepada satu pihak
kerana ia memerlukan semua pihak mengambil tindakan seiring. Dalam hal ini, perlu juga
kerjasama Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan bersama sekolah, ibu bapa, pengetua atau guru besar, Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) serta masyarakat setempat. Golongan ini perlu menyambut baik usaha
menangani masalah kesihatan terutama obesiti pelajar. Satu lagi perkara yang perlu diperhatikan
ialah pelaksanaan peraturan dan undang-undang. Tidak cukup mengeluarkan panduan yang
perlu diikuti pengusaha kantin, tetapi pelaksanaannya tidak dijalankan. Kita dapat melihat
keberkesanan peraturan itu apabila pelaksanaannya diambil berat oleh pihak bertanggungjawab
yang mengawasi dan memantau keadaan supaya ia tidak hanya tinggal panduan.
Kerajaan perlu tegas dengan pengusaha kantin dan senarai hitam mereka yang tidak mematuhi
panduan makanan menyihatkan. Pastikan juga pengusaha kantin beroperasi di satu sekolah
kerana aduan diterima menunjukkan ada pengusaha beroperasi di dua atau tiga sekolah
menyebabkan mereka tidak dapat menyediakan makanan sihat kerana operasi yang besar. Bagi
saya nasi lemak bukan isunya, tetapi jumlah dan kualiti nasi lemak itu sendiri. Jika diambil
sedikit dan diseimbangkan dengan pengambilan sayur dan protein, ia tidak mengapa.
Mungkin Datuk mempunyai pendapat lain bagi memastikan apa juga yang mahu
dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini mencapai tujuannya?
Satu lagi perkara yang perlu diperhalusi dan difikirkan sedalam-dalamnya ialah merekodkan
BMI (Indeks Jisim Tubuh) murid. Satu perbincangan meja bulat perlu diadakan untuk tujuan
ini. Perkara pertama harus dilihat adakah guru bersedia dengan tugas itu sedangkan ia
membebankan tugas sedia ada. Kerajaan juga perlu mengambil kira sama ada guru, pelajar, ibu
bapa serta penjaga faham dengan konsep BMI kerana jika tidak, ia tiada maknanya. Perlu juga
melihat keperluan tindakan susulan jika rekod BMI pelajar menunjukkan peningkatan dan
apakah tindakan susulan kepada masalah ini. Paling saya bimbang unsur ini disalah guna dan
memberi kesan kepada pelajar apabila mereka memasuki bidang pekerjaan. Jika rekod
menunjukkan peningkatan BMI secara konsisten, industri selalunya keberatan mengambil
golongan itu bekerja kerana masalah kesihatan yang dikaitkan dengan obesiti.
Untuk menjayakan program ini, pastikan pengusaha kantin memahami konsep menjual
makanan dan minuman menyihatkan serta yang lebih penting, halal untuk pelajar Islam.
Tinjauan mengejutkan wajar kerap dibuat di kantin, luar sekolah dan terhadap bas atau van yang
menjual makanan ringan kepada pelajar. Tindakan seperti menggantung lesen boleh diambil
terhadap yang ingkar. Saya pasti matlamat menyediakan makanan menyihatkan kepada pelajar
boleh dicapai jika kementerian membuat penilaian dan mengkategorikan makanan dijual dengan
tiga, dua atau satu bintang.
Ibu bapa dan guru perlu kerap datang dan merasa makanan yang dijual kepada pelajar, beri
teguran membina kepada pengusaha kantin untuk lebih bertanggungjawab dalam penyediaan
makanan. Saya rasa enam bulan sekali lakukan tinjauan mengejut ke kantin adalah memadai.
Kerajaan boleh meniru sekolah swasta yang bekerjasama dengan pakar pemakanan menyediakan

menu harian.
Apakah lagi peranan yang boleh dimainkan ibu bapa dan PIBG dalam menangani
isu ini?
Ingin saya tegaskan ibu bapa tidak boleh lepas tangan dalam isu ini. Mereka perlu memastikan
khasiat pemakanan anak. Ibu bapa wajar bertanyakan anak apakah yang dimakan di kantin.
Pengambilan makanan seimbang disertai senaman membantu kecerdasan otak. Jadi pantau
pemakanan anak dan galakkan mereka sertai pergerakan fizikal. Saya juga syorkan ibu bapa
mendidik anak mengambil makanan mengikut piramid makanan. PIBG boleh melanggan
majalah kesihatan mengenai pemakanan sihat dan letakkannya di sekolah. PIBG juga perlu
memasukkan aspek keselamatan makanan dan kesihatan fizikal sebagai agenda mesyuarat yang
dibentangkan setiap kali mesyuarat serta memikirkan tindakan bersesuaian dengan semua
masalah berbangkit mengenai isu pemakanan pelajar.
Jika perlu wujudkan jawatankuasa tetap dan bekerjasama dengan wakil tiga kementerian tadi
untuk pantau dan buat pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa. Menjadi tanggungjawab
PIBG untuk membawa chef terkenal berceramah di sekolah bagi mempromosi dan
menghebahkan kepentingan makanan seimbang khususnya makanan tempatan. Kita perlu ada
kesedaran buah-buahan tempatan lebih baik berbanding import. Boleh juga jemput pakar
pemakanan membincangkan cara terbaik menyediakan makanan.
Bagaimana dengan PIBGN, apakah sudah ada langkah diambil berhubung isu
sama?
PIBGN sudah membuat panduan mengenai program pemakanan sihat dan akan mengadakan
siri jelajah dengan kerjasama hak kementerian untuk mempromosikannya. Kita khuatir jika
langkah segera tidak diambil, generasi akan datang berdepan fobia empat G iaitu Gemuk,
Gedempol, Gendut dan Gondol yang berpunca daripada makanan. Soal sudah terlambat untuk
kerajaan bertindak dalam isu ini tidak timbul kerana apa yang lebih penting apabila timbul
kesedaran, teruskan program.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Banyakkerjaperludibuatatasimasalah
obesitipelajar_/Article/

ISU: Obesiti di Kalangan Pelajar Sekolah


Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, August 13, 2011
Baru-baru ini ramai yang memperkatakan berkenaan dengan isu obesiti di
kalangan pelajar sekolah. Berdasarkan kenyataan media punca utama obesiti
adalah makanan yang berlebihan lemak seperti makanan segera (KFC,
MacDonald, Pizza, dll), malah makanan yang dijual di kantin sekolah seperti nasi
lemak juga dikatakan antara puncanya.

Saya tidak nafikan antara punca obesiti adalah makanan


namun punca utama pada saya adalah cara hidup. Maksud saya adalah cara
hidup pelajar-pelajar hari ini terlalu mudah dan boleh dikatakan 'membosankan'.
Perbezaan yang ketara adalah hari ini dan hari semalam. Cuba kita kenangkan
kembali cara hidup pelajar-pelajar (kanak-kanak) abad lepas; kehidupan yang
penuh dengan keseronokan sebenar.

Hari ini kemudahan teknologi contohnya PS3, internet, astro, menyebabkan


kanak-kanak lebih selesa berada di rumah. Segala permainan dan hiburan
seakan-akan menjadikan anak-anak statik di satu tempat sahaja. Tiada
pergerakan aktif dilakukan.

Jika dahulu kita perhatikan


tiada masalah oboseti diperkatakan dikalangan kanak-kanak. Semuanya ketika
itu sibuk bermain permainan yang bukan sahaja memerlukan pergerakan fizikal
yang aktif malah bercampur gaul dengan rakan-rakan, berfikir mencambah
minda (kreatif) dan bergerak aktif. Aktiviti itu dilakukan sebaik sahaja selesai
waktu persekolahan (malah ketika waktu sekolah pun ada). Contoh permainan
adalah guli, baling selipar, tembak-tembak (senapang dibuat sendiri), pondokpondok, gasing, ceper, getah, cop tiang, batu seremban dan banyak lagi.

Mungkin perlu dikembalikan kegemilangan permainan-permainan tradisi yang


semakin lama semakin dilupakan ini. Dengan ini juga sedikit sebanyak akan
mengubah cara kehidupan kepada kehidupan yang lebih aktif dan cergas. Malah
mereka pasti akan menjadi lebih kreatif dan inovatif serta mempunyai kemahiran
berkawan (antara kemahiran paling penting). Zaman kanak-kanak perlu diraikan
dengan sebaik-baiknya. Mungkin juga ini cara yang paling baik untuk
menyelesaikan masalah obesiti. Catuan makanan berlemak tidak menyelesaikan
masalah.
http://helmisuhaimi.blogspot.com/2011/08/isu-obesiti-di-kalangan-pelajarsekolah.html

GEJALA OBESITI DI KALANGAN MURID SEKOLAH


Posted by cikguazis in May 14, 2011

In: Dakwah|Maklumat Semasa

Comment!

Pemakanan yang tidak seimbang perlu dikawal.


Obesiti adalah masalah kegemukan yang telah melanda murid-murid sekolah
dewasa ini.Daripada gejala ini telah mengakibatkan murid -murid tersebut
terdedah kepada pelbagai penyakit terutamanya penyakit diabetes. Langkah
Kementerian Kesihatan meminta guru memasukkan indeks jisim badan (BMI)
dalam kad laporan prestasi pelajar dilihat wajar untuk melahirkan sumber
manusia yang bukan sahaja terampil dari segiintelek dan juga rohani, bahkan
pelajar tersebut mempunyai berat badan yang idea.
Kementerian Kesihatan mempunyai pegawai terlatih dalm pemakanan dan
kumpulan ini sepatutnya masuk ke sekolah untuk menyampaikan ceramah
mengenai makanan berkhasiat, mengambil BMI pelajar atau merujuk pelajar
yang obes ke klinik Kesihatan berdekatan.

Kita tidak boleh mengharapkan guru melakukan tugas ini kerana ini tugas
tambahan kepada mereka sedangkan guru sudah banyak dibebankan dengan
tugas-tugas akedemik, kokurikulum dan sukan serta kerjaa-kerja perkeranian.
NUTP menerima banyak rungutan daripada guru seluruh negara mengenai tugas
baru itu selepas pengumuman dilakukan Kementerian Kesihatan, Datuk seri Liow
Tiong Lai baru-baru ini. Selain mengharap guru menambahkan kegiatan fizikal
seperti senaman di sekolah, ibu bapa juga perlu memainkan peranan mengawal
pemakanan untuk anak dan membawa mereka ke padang atau taman
permainan.
Gaya hidup masyarakat sama ada di bandar, pinggir bandar atau luar bandar
yang berubah kerana ibu dan bapa bekerja dan pulang lewat menyebabkan
tugas menyediakan makanan untuk anak ke sekolah dilakukan oleh orang gaji
atau penjaga. Orang gaji biasanya tidak terlatih dalam aspek pemakanan sihat
dan merekaa memasak apa sahaja masakan mentah yang ad di dalam peti
sejuk. Ibu bapa pula lebih suka membeli makanan segera samada yang sudak
dimasak atau mentah untuk anak mereka kerana mudah dan cepat untuk
disediakan.
http://cikguwati.blog.com/2011/05/14/gejala-obesiti-di-kalangan-murid-sekolah/

1. DEFINISI OBESITISecara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak


berlebihan yang menimbun didalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap
sebagai satu penyakit dan terjadiapabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan.
Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggudan mencederakan organ-organ
badan dan seterusnya akan menyebabkan masalahkesihatan yang serius. Selain
daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangkahayat penghidapnya
juga semakin pendek.PUNCA & CARA MENGATASI MASALAH OBESITIMenurut
kamus DBP, Kuala Lumpur Edisi Ketiga, obesiti bermakna kegemukan
yangdisebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Obesitimenimbulkan
pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, dan tekanan
darahtinggi.Orang yang mengalami masalah obesiti juga tidak dapat men
ikmatikehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang terlalu gemuk sudah
semestinyamembataskan pergerakan mereka. Mereka juga akan mengalami
tekanan akibatperasaan malu dan rendah diri. Hasil kajian yang pernah
diterbitkan dalam MediaPermata di Brunei menunjukkan bahawa peratusan
penduduk obes di negara ini adalahyang tertinggi di Asia.Masalah obesiti
sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hdup yang tidak sihat sepertitidak
menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi
danterlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak
sepertimenggoreng juga boleh menjadi penyumbang kepada pengumpulan
lemak dalambadan. Untukmengelakkan obesiti yang berpunca daripada masalah
ini, kita hendaklahmakan lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein
yang lain seperti ikan. Kitajuga hendaklah mengurangkan penggunaan minyak
untuk menggoreng makanan danmemasak dengan cara mengukus, membakar
atau merebus.Selain daripada itu, sikap malas dan tidak suka bersenam juga
menjadi puncaberlakunya masalah obesiti. Apabila kita terlalu memanjakan
tubuh dengan cara tidakmelakukan sebarang pergerakan senaman, lemak akan
terus terkumpul dalam badankita. Akhirnya badan kecil menjadi tembam,
gempal, dan gemuk.Oleh itu, kita mestimelakukan senaman sekurang-kurangnya
3 kali seminggu selama 30 minit.Antarasenaman yang boleh dilakukan oleh
mereka yang malas atau sukar melakukanpergerakan ialah berjalan kaki pantas,
berenang, atau bermain badminton.senaman inidapat mengelakkan
kecederaan.Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan penjualan
makanan dalambungkusan atau tin turut menjadi satu punca obesiti. Restoran

makanan segera sepertiKFC, Mcdonald, Ayamku, dan Pizza Hut digemari ramai
penduduk Brunei terutamamereka yang bekerja kerana mereka tidak perlu lagi
bersusah payah untuk memasak
2. makanan selepas penat bekerja. Walaupun makanan yang disediakan oleh
restoranmakanan segera ini menyelerakan, orang ramai harus sedar bahawa
pengambilanmakanan ini haruslah dikurangkan kerana makanan ini tidak
berkhasiat danmengandungi kadar garam, gula, dan lemak yang
tinggi.Kesimpulannya, masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan
perkara burukyang timbul sebagai akibatnya. Obesiti yang berpunca daripada
pemakanan tidak sihatdan kurang bersenam dapat dielakkan jika kita mengubah
pengambilan makanan, caramemasak, dan lebih kerap bersenam.Membuang
lemak dalam badan bukan perkaramudah untuk dilakukan. Usaha ini
memerlukan kesabaran dan kesungguhan.Minda: Mengatasi
kegemukanMASALAH kegemukan atau obesiti bukan perkara yang boleh
dianggap remeh keranadisifatkan sebagai virus yang semakin menular dalam
masyarakat, sementelah pula iaboleh mengundang pelbagai penyakit, sekali gus
memberi tekanan emosi danmenimbulkan kegelisahan.Kanak-kanak bersaiz
badan besar ketika kecil dikatakan comel dan montel, tetapihakikatnya apabila
mereka meningkat usia dan tidak diberi pemantauan daripada aspekpemakanan
akan menjadikan ia diselubungi penyakit.Fakta berkenaan wujud kebenarannya
apabila baru-baru ini kita dikejutkan dengankenyataan Menteri Kesihatan, Datuk
Seri Liow Tiong Lai bahawa seramai 16.2 juta atau60 peratus rakyat di negara ini
dikesan mengalami masalah kegemukan seawal usiakanak-kanak.Persoalan
berkaitan obesiti bukan saja membimbangkan remaja, malah orang dewasaturut
berdepan nasib sama.Ia tidak seharusnya diambil mudah, sebaliknya perlu
diatasi dengan cara terbaiktermasuk melakukan diet bersesuaian.Pengamalan
diet juga berbeza dan tidak boleh dilakukan secara membuta-tuli tanpanasihat
doktor, terutama pakar pemakanan kerana mampu mengundang keadaan
lebihburuk atau penyakit anoreksia yang banyak dialami wanita.Apabila
kegemukan dialami seseorang, persepsi terhadap dirinya juga berubah,termasuk
hilang daya tarikan, malah menjadi bahan cemuhan di kalangan rakanberikutan
saiz badan lebih besar dan mungkin juga tabiat pemakanan dilihat melampau.
3. Kebiasaannya, seseorang bersaiz badan besar sebegini sering disebabkan
amalanpemakanan kurang sihat, tetapi terdapat faktor lain seperti genetik dan
keturunan,sekali gus menyebabkan obesiti bersarang pada dirinya.Menurut Liow,
daripada 16.2 juta rakyat berkenaan, 8.1 juta daripadanya atau 30peratus
mengalami masalah berat badan, manakala 30 peratus lagi mengalamimasalah
kegemukan berlebihan.Masalah berat badan dan obesiti ini menyebabkan
penyakit kronik seperti jantung,darah tinggi, barah buah pinggang dan diabetes.
Penyakit ini boleh dicegah darisemasa ke semasa, tetapi kita dapati trend
penyakit ini semakin meningkat.Masalah ini disebabkan gaya hidup rakyat dan
kita tiada pilihan melainkan perlumengadakan pelbagai kempen dan program
kesedaran bagi membolehkan rakyatmempunyai pengetahuan dan kemahiran
untuk mengelak penyakit kronik berkenaan,katanya.Nasib dialami seorang
lelaki dikenali sebagai M Balagi, 43, dari Bandar Baru Air Itam,Georgetown, Pulau
Pinang seperti dilaporkan media baru-baru ini mampu membukamata.Balagi

yang mengalami masalah berat badan mencecah 300 kilogram (kg)


mendakwamakan nasi dengan sayur sebagai sarapan, diikuti nasi bersama lauk
(tengah hari), roti(minum petang) dan capati serta tosai (malam) setiap hari.Dia
memberi alasan masalah berkenaan bermula apabila dibuang kerja
sebagaipengawal keselamatan menyebabkan dia mengalami kemurungan selain
selera makanbertambah berikutan bekas majikannya didakwa gagal melunaskan
sejumlahpampasan.Pada ketika itu, berat badannya sekadar 126kg, tetapi
disebabkan dilanda masalah,berat badannya meningkat 174kg dan akhirnya,
Balagi terpaksa diangkat 10 lelakiuntuk dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP)
pada Oktober lalu selepas terjatuh dirumahnya.Difahamkan, dia menerima
rawatan lanjut dan berat badannya mulai menurun selepasdidedahkan dengan
amalan pemakanan sihat sepanjang berada di HPP.
4. Saya merayu mana-mana doktor pakar yang sanggup membantu untuk
mengurangkanberat badan saya kerana saya tidak ingin meneruskan hidup
begini selain perlumenolong ibu saya yang tua, katanya.Apa yang berlaku itu
adalah sebahagian daripada rona kehidupan dan usahaKementerian Kesihatan
menempatkan 300 pakar pemakanan di klinik kesihatankerajaan bagi memberi
khidmat kaunseling kepada rakyat yang berdepan masalahkegemukan atau
obesiti adalah langkah terbaik.Dalam merealisasikan usaha berkenaan, 51 pakar
pemakanan akan ditempatkan diklinik kesihatan terpilih, termasuk Klinik
1Malaysia tahun ini.Ia diharap mampu mengubah cara hidup rakyat untuk
menjalani kehidupan lebih sihat,terutama mengenai cara pengambilan
makanan.Malah, penubuhan Majlis Cegah Obesiti Malaysia (MCOM) membabitkan
13pertubuhan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menangani
masalahkegemukan adalah langkah proaktif dalam memastikan keadaan ini
mampu ditanganidengan baik serta meningkatkan kesedaran.MCOM juga
memberi jaminan kepada Kementerian Kesihatan bahawa majlis itu akanbekerja
rapat dengan kerajaan dalam usaha menjayakan misi penjagaan kesihatan
dinegara ini.Pertubuhan itu buat permulaan akan menumpukan kepada empat
bidang iaitupenyelidikan dalam mencegah kegemukan dan obesiti, melobi
mengenai kebimbangankegemukan dan obesiti dalam polisi serta undangundang yang akan dipinda kerajaan.Berdasarkan kajian pakar kesihatan
mendapati masalah obesiti dipengaruhi pelbagaisebab antaranya faktor genetik,
pemakanan berlebihan atau melampau, kurangbersukan, emosi dan faktor
persekitaran.Kegemukan boleh diturunkan daripada generasi ke generasi kerana
jika ibu bapagemuk, mereka cenderung memiliki anak-anak yang memiliki saiz
badan sama.Mereka yang terdiri daripada golongan gemuk ini sentiasa berada
dalam keadaan lapar
5. atau bersifat responsif terhadap makanan menyebabkan sukar untuk keluar
daripadaperangkap kegemukan jika individu terbabit tidak memiliki kawalan diri
dan motivasiyang kuat untuk mengurangkan berat badan.Kurang aktif bersukan
juga mampu menjadi penyumbang kepada kegemukan. Jadi,aktiviti sukan sangat
penting dalam penurunan berat badan, bukan saja kerana dapatmembakar
kalori, malah membantu mengatur fungsi metabolisme secara normal.Faktor
emosi memainkan peranan kerana jika terganggu, kebiasaannya
keseluruhanhidup kita akan terganggu, sekali gus mempengaruhi kadar

pemakanan keranadianggap satu cara terbaik meredakan tekanan.Risikonya,


apabila seseorang berdepan isu kegemukan atau obesiti, mereka
akanmenghadapi pelbagai masalah seperti penyakit kardioviskular (berkaitan
jantung), strok,tekanan darah tinggi dan diabetes yang dianggap musuh
manusia.Bagaimanapun, mereka yang dibelenggu masalah berkenaan tidak
harus cepatberputus asa kerana banyak kaedah atau cara bersesuaian untuk
menanganinya. Apayang penting, seseorang itu perlu menjaga kesihatan untuk
menjamin kehidupan lebihsihat. Pakar pemakanan, Dr Che Ridzuan Hashim
Rozaini berkata, terdapat lima petuamengekalkan kesihatan sempurna iaitu
menerusi pengambilan makanan seimbang,minum air secukupnya, melakukan
riadah, tidak merokok dan cukup rehat.Menurutnya, pemakanan sihat penting
bagi menentukan sejauh mana tahap kesihatansama ada pada tahap
memuaskan atau sebaliknya dan pengambilan makananseimbang perlu
diamalkan mengikut diet piramid makanan.Jangan mengambil makanan
berlemak kerana boleh menyebabkan kegemukan atauobesiti. Ia akan
meningkatkan risiko serangan penyakit jantung, darah tinggi dankencing
manis.Minum air cukup iaitu sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air
kosong sehari.Air penting untuk melancarkan peredaran darah dan
membersihkan kotoran dalambadan, katanya.Beliau berkata, bersenam adalah
aktiviti paling penting dalam mengekalkan kesihatankerana ia membuatkan kita
cergas dan sihat, selain menurunkan berat badan sertamerendahkan kandungan
lemak di samping mampu menguat dan menyihatkan jantung.
6. Selain itu, kita juga boleh melakukan aktiviti lain membabitkan pergerakan
anggotafizikal seperti berjalan kaki, mengemas rumah dan menaiki tangga
menggantikanpenggunaan lif.Elakkan merokok kerana berisiko tinggi diserang
penyakit kronik seperti sakit jantung,angin ahmar dan kanser paruparu.Walaupun terlalu sibuk pastikan anda mengambil rehat mencukupi dengan
tidur lapanjam sehari. Rehat yang cukup mengurangkan tekanan selain
mengembalikan semulatenaga yang hilang, katanya.Ironinya, masalah
kegemukan atau obesiti ada kaitan dengan pelbagai perkara dansemua ini perlu
ditangani dengan bijak, tetapi tegas dan berhemah.

REMAJA Malaysia berisiko obes jika berterusan mengamalkan pemakanan dan


gaya hidup yang tidak sihat. - Gambar hiasan

PADA bulan April tahun 2011, kerajaan menguatkuasakan larangan penjualan


makanan dan minuman tidak berkhasiat di kantin sekolah bagi membendung
risiko obesiti dalam kalangan pelajar sekolah. Langkah itu dilakukan berikutan
Malaysia dilaporkan sebagai negara yang menghadapi masalah obesiti paling

tinggi di Asia Tenggara dan berada di tangga keenam di Asia.


Menyedari hakikat itu, syarikat pengeluar makanan terkemuka, Nestle
(Malaysia) Berhad baru-baru ini menganjurkan forum obesiti untuk
meningkatkan kesedaran mengenai masalah obesiti selain membincangkan
kaedah-kaedah untuk menangani masalah tersebut.
Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Peter R.Vogt berkata, forum tersebut
adalah inisiatif pihaknya untuk memberi kesedaran mengenai penyakit itu.
Nestle telah memulakan beberapa inisiatif dengan menyediakan pendidikan
mengenai pemakanan dan cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat. Salah
satu program yang dijalankan ialah program Healthy Kids Nestle iaitu usaha
untuk mendidik kanak-kanak ke arah pemakanan dan gaya hidup sihat serta
menangani cabaran kekurangan khasiat dan obesiti dalam kalangan kanakkanak, katanya pada forum obesiti di Kuala Lumpur.
Menurut Peter, pada tahun 2007 pihaknya bekerjasama dengan Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menjalankan satu kajian susulan mengenai
status pemakanan berkhasiat dan tabiat pemakanan dalam kalangan kanakkanak sekolah rendah bagi menentukan perubahan.
Kajian yang dijalankan pada tahun 2001 mendapati berlaku peningkatan
sebanyak 12% dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai berat badan
yang berlebihan, ujarnya.
Pada majlis tersebut, peserta forum berpeluang berinteraksi dengan panel
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Persatuan Dietitian Malaysia (MDA)
dan Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM).
Naib Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO), Profesor Dr. Norimah
A. Karim berkata, kajian yang dijalankan bersama Nestle berhubung status
pemakanan dan tabiat makan pelajar sekolah rendah di Malaysia pada tahun
2007 hingga 2008 menunjukkan satu daripada tiga pelajar sekolah rendah ke
sekolah mengabaikan sarapan pagi.
Menurutnya, banyak faktor boleh dikaitkan dengan kegemukan. Antaranya
termasuklah pengambilan makanan berlebihan dan kurang melakukan aktiviti
kecergasan.
Makan seimbang
Kajian yang dijalankan ke atas lebih 11,000 murid sekolah rendah
menunjukkan, kanak-kanak di Malaysia mempunyai tabiat makan yang tidak
sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Bahkan, kajian mendedahkan

golongan tersebut lebih kerap makan makanan segera dan ringan. Mereka
juga gemar menonton televisyen, bermain permainan kanak-kanak dan video
turut menyumbang kepada peningkatan masalah obesiti, ujarnya.
Sehubungan itu, untuk menggalakkan kanak-kanak mengamalkan cara hidup
sihat mereka perlu dididik melalui corak pemakanan yang seimbang.
Dalam konteks ini, usaha menangani obesiti bukan sahaja terletak di tangan
pihak sekolah tetapi juga ibu bapa, masyarakat dan pihak berkuasa.
Sepatutnya ibu bapa memberi galakan kepada anak-anak untuk
mengamalkan gaya hidup sihat sejak kecil. Ibu bapa perlu mengajar anakanak mereka memilih makanan yang sihat, nasihat Dr. Norimah.
Sementara itu, Dr. Chin Yit Siew daripada Bahagian Pemakanan dan Dietetik,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang
membentangkan kajian mengenai risiko obesiti dan kecelaruan pemakanan
dalam kalangan remaja di negara ini turut bersependapat dengan Dr.
Norimah.
Katanya, golongan itu terdedah dengan risiko obesiti kerana mengabaikan
pengambilan makanan dan makan mengikut hawa nafsu.
Pendek kata, remaja Malaysia sememangnya berisiko obes kerana
mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat, jelasnya.
Pengarah Bahagian Pemakanan, Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian
Kesihatan, Rokiah Don pula berharap pengeluar makanan perlu lebih
bertanggungjawab dalam memasarkan produk-produk mereka.
Mereka perlu peka dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan
Makanan 1985. Sebarang iklan yang keluarkan oleh syarikat makanan di
televisyen perlu mematuhi akta berkenaan supaya masyarakat kita tidak
disajikan dengan makanan yang tidak berkhasiat, jelasnya.

Lihat Kenyataan Akhbar > Kenyataan


Akhbar Y.B. Menteri Kesihatan Malaysia
Tajuk Mesyuarat Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan Ke 9
Penerangan

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

Mesyuarat Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan ke 9


telah berlangsung dengan jayanya pada 8 Disember 2010. Majlis yang
dianggotai oleh 48 ahli dari pelbagai agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan
(NGOs) dan persatuan telah membincangkan pelbagai isu keselamatan
makanan negara.

Di antara pencapaian penting yang telah dilaporkan oleh Kementerian


Kesihatan Malaysia (KKM) adalah Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan (BKKM) telah dinaiktaraf kepada sebuah Program berkuatkuasa pada
1 Julai 2010 selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri. Ini
merupakan komitmen kerajaan di peringkat tertinggi dalam memastikan aspek
keselamatan makanan rakyat adalah terjamin di samping meningkatkan
keyakinan negara pengimport yang produk makanan dari Malaysia adalah
selamat dan berkualiti. Jemaah Menteri juga telah bersetuju BKKM sebagai
agensi tunggal yang bertanggungjawab ke atas keselamatan makanan negara
dalam memastikan keselamatan makanan terjamin sepenuhnya serta menjaga
reputasi negara di peringkat antarabangsa.
Pelan Tindakan Keselamatan Makanan Kebangsaan 2010-2020 sedang
dilaksanakan oleh semua stakeholders termasuk NGOs. Secara umum, objektif
am pelan tindakan ini adalah untuk memperkukuhkan kawalan di sepanjang
rantaian pengeluaran makanan bagi memastikan keselamatan makanan di
pasaran tempatan, import dan eksport adalah terjamin.

Bagi peringkat pengilangan makanan pula, BKKM telah melaksanakan Skim


Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M) yang berjaya dilancarkan pada 8
November 2010 untuk membantu pihak industri terutamanya Enterprise Kecil
dan Sederhana (EKS) mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan
2009. SK1M ini bertujuan untuk mentransformasi industri makanan
terutamanya EKS supaya dapat meningkatkan tahap pematuhan dengan
mengamalkan sistem jaminan keselamatan makanan. Ianya juga boleh dijadikan
batu loncatan bagi industri EKS meneroka pasaran eksport di masa hadapan.

BKKM juga melaporkan pendaftaran premis makanan sedang giat dijalankan


seperti mana yang diwajibkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan
Makanan 2009 dan sehingga 5 Disember 2010, sebanyak 7014 premis telah
berdaftar dengan KKM. KKM sekali lagi menggesa supaya pemilik premis
makanan mendaftar segera dan tidak menunggu hingga ke saat akhir.

Semua 82 buah kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh


negara telah melaksanakan sistem penilaian KENDIRI yang telah
diperkenalkan oleh BKKM. KENDIRI ialah program pemeriksaan sendiri (self
inspection) dapur secara berterusan oleh pihak pengurusan kem PLKN dengan
memberi tumpuan kepada faktor risiko kemungkinan sesuatu pencemaran
makanan itu berlaku.

Mesyuarat juga telah dimaklumkan sehingga 15 November 2010, terdapat 125


Sekolah Latihan Pengendali Makanan di seluruh negara dengan tenaga pengajar
seramai 301 orang. Di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009,
setiap pengendali makanan diwajibkan menjalani latihan tersebut sekali seumur
hidup. Adalah menjadi kesalahan di bawah peraturan tersebut sekiranya ia tidak
dipatuhi dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih dari
RM10,000. Oleh itu, pihak KKM menyeru majikan pengendali makanan supaya
memastikan pekerja mereka telah menghadiri latihan tersebut.

Di antara isu penting yang dilaporkan semasa mesyuarat adalah Akta Makanan
Haiwan 2009 telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2010 oleh Kementerian
Pertanian dan Asas Tani (MOA). Sehingga kini, 12 cadangan draf peraturanperaturan di bawah Akta Makanan Haiwan 2009 sedang dimuktamadkan.
Dijangkakan awal tahun 2011, peraturan-peraturan ini dapat diwartakan dan
dapat dikuatkuasakan.

Isu penyembelihan ayam itik di pasar awam juga telah dibincangkan di mana
Garis Panduan Pusat Penyembelihan Ayam/Itik dan Lain-lain Unggas telah
disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sehingga
kini, 58% (349) daripada 605 pasar di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan telah
memberhentikan aktiviti penyembelihan ayam itik di pasar-pasar. Ini adalah
bagi mengelakkan risiko penyakit zoonotik seperti Highly Pathogenic Avian
Influenza (HPAI) dan Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS).
Mesyuarat juga turut dimaklumkan draf Peraturan-Peraturan Perikanan Darat
(Akuakultur) sedang disediakan dan penting dalam mengawal ternakan
akuakultur di peringkat ladang.

Masalah berlebihan berat badan dan obesiti kian hangat dibincangkan di


peringkat global. Dunia sedang dilanda pandemik obesiti. Berdasarkan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan 400 juta orang dewasa
adalah obes di seluruh dunia pada tahun 2005. Jika sesuatu tidak dilakukan,
angka ini dijangka meningkat kepada 700 juta pada 2015. Laporan WHO 2010
menyatakan Malaysia berada di tangga keenam di antara negara-negara Asia

yang mempunyai jumlah penduduk dewasa obes tertinggi. Tinjauan Kesihatan


dan Morbiditi Kebangsaaan (NHMS) III 2006 melaporkan 60% (7.4 juta) orang
dewasa Malaysia berumur 18 tahun ke atas, mempunyai Indeks Jisim Tubuh
(BMI) sama atau lebih daripada 23 (BMI 23).

Prevalen berlebihan berat badan dan obesiti turut meningkat di kalangan kanakkanak sekolah rendah dengan peningkatan daripada 20.7% pada 2001 ke 26.5%
pada 2007. Di samping itu, masalah kekurangan mikronutrien seperti anemia
dan kekurangan iodin masih wujud dalam masyarakat. Masalah pemakanan di
Malaysia terutamanya obesiti, perlu ditangani segera bagi mengelaknya
menjadi bertambah serius dan seterusnya mengurangkan produktiviti rakyat
yang akan menjejas ekonomi negara.

Pada tahun ini, KKM telah melakukan semakan semula ke atas Pelan Tindakan
Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM) 2006 2015 bersama dengan
wakil-wakil dari pelbagai kementerian dan agensi. Semakan ini bertujuan untuk
memantap dan mengukuhkan pelaksanaan strategi dan aktiviti pemakanan
melalui pendekatan multisektoral. Usaha ini akan memperkasakan rakyat di
semua peringkat mengamalkan makan secara sihat di samping meningkatkan
aktiviti fizikal.

Bulan Pemakanan Malaysia diadakan pada bulan April setiap tahun semenjak
2002 dengan tujuan mempromosi amalan makan secara sihat dan gaya hidup
aktif di kalangan masyarakat. Bulan ini dianjurkan oleh badan-badan
profesional iaitu Persatuan Pemakanan Malaysia (Nutrition Society of
Malaysia), Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (Malaysian Association on Study
of Obesity) dan Persatuan Dietitian Malaysia (Malaysia Dietetian Association)
dengan usahasama KKM. Pada tahun 2011, Bulan Pemakanan Malaysia akan
memberi fokus kepada kanak-kanak yang berumur di antara 7 hingga 12 tahun.
Tema yang dipilih adalah Kanak-kanak Sihat, Negara Lebih Sihat - Mulakan
Awal. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dijangka mendapat sambutan
daripada pihak sekolah dan ibu bapa. Oleh itu, pihak KKM berharap aktiviti
sambutan Bulan Pemakanan Malaysia pada tahun 2011 turut mendapat
sokongan daripada semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan terutamanya
Kementerian Pelajaran Malaysia serta industri makanan dan minuman.

Mesyuarat juga telah membincangkan empat (4) kertas kerja berkaitan isu
keselamatan makanan dan telah bersetuju ke atas perkara berikut:

(i)
Model Kolaborasi Kebangsaan bagi Keselamatan Makanan akan
digunapakai di sektor makanan bagi memastikan keselamatan makanan di
sepanjang rantaian pengeluaran makanan. Model kolaborasi ini adalah
berdasarkan kepada model di mana BKKM sebagai Central Competent
Authority dan Competent Authorities yang lain telah berjaya memulihkan
pengeksportan ikan dan hasilan ikan ke negara EU dalam tempoh yang singkat.

(ii)
Kawalan ke atas Antimicrobial resistant organisms (AMR) atau
superbug dalam keselamatan makanan akan diperkukuhkan untuk melindungi
kesihatan pengguna. AMR adalah mikroorganisma yang terbentuk disebabkan
oleh penggunaan jangka panjang atau salahguna agen antimikrobial dalam
perubatan veterinar yang mempunyai rintangan terhadap beberapa antibiotik.

(iii)
BKKM dengan sokongan agensi berkaitan akan terus menerajui
aktiviti keselamatan makanan di peringkat antarabangsa seperti Codex
Alimentarius Commission, badan subsidiari di bawah Food and Agriculture
Organization (FAO)/World Health Organization (WHO) yang menetapkan
standard makanan antarabangsa; International Food Safety Authorities Network
(INFOSAN), badan subsidiari WHO yang bertanggungjawab ke atas jaringan
penyebaran maklumat berkaitan isu-isu keselamatan makanan di peringkat
antarabangsa; FAO; WHO;danASEAN.

DATO SRI LIOW TIONG LAI


MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

Anda mungkin juga menyukai