Anda di halaman 1dari 1

(iii) Jelaskan kesan luluhawa kimia terhadap pembentukan landskap dan aktiviti

manusia. [10]
Kesan luluhawa kimia kepada pembentukan landskap dan aktiviti manusia:
Pembentukan landskap
Pandang darat batu kapur (karst)-tindak balas antara kalsium karbonat dalam
batu kapur dengan air hujan (asid karbonik) menghasilkan kalsium bikarbonat
membentuk muka bumi gua batu kapur (stalaktit, stalagmit, tiang kalsit, sungai
bawah tanah dan sebagainya) contohnya, Gua Niah dan Batu Caves
Pembentukan tanah laterit-aktiviti pengoksidaan, batu igneus yang ada
kandungan besi (ferum) terdedah kepada air dan oksigen bertukar warna kepada
keperangan dan sifat kimianya
Pembentukan tanah liat putih (kaolin)luluhawa kimia melalui proses hidrolisis,
batuan akan menyerap air dan bertindak balas dengannya menyebabkan mineral
tersebut menjadi lemah contohnya, tindak balas antara air dengan mineral dalam
batu granit iaitu felsfar
Pembentukan tors dan bornhard-torstunggul-tunggul mereput kerana mengalami
proses gondolan akibat luluhawa kimia dan hakisan; bornhard-tonjolan-tonjolan
(bonjolan) batuan yang timbul dari dalam bumf setelah batuan di sekitar kawasan
tersebut terluluhawa dan kemudiaannya dihakis dan diangkut oleh air
Pembentukan regolit yang tebal-longgar/ peroi akibat aktiviti luluhawa kimia,
semakin tebal lapisan ini menunjukkan semakin aktif luluhawa kimia di kawasan
tersebut seperti di Kepulauan Borneo mempunyai lapisan regolit setebal 50-100
meter
Kesan kepada aktiviti manusia
Kegiatan pertanian-bahan regolit yang tebal-subur untuk kegiatan pertanian
contohnya, tanah laterit-sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit
Kegiatan perindustrian-tanah liat (kaolin)industri tembikar
Kegiatan pelancongan-pandang darat karst-pemandangan yang menarik dan unik

Anda mungkin juga menyukai