Anda di halaman 1dari 12

EUTANASIA DARI PERSPEKTIF SAINS, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

1.1 EUTHANASIA
Perkataan euthanasia berasal daripada bahasa Greek. Eu bermaksud
baik dan thanatos bermaksud kematian. Satu maksud telah diberikan untuk
mendefinisikan perkataan ini iaitu Sengaja menamatkan riwayat hidup
seseorang dengan jelas dan nyata atas permintaan si mati tersebut
Oleh itu, istilah euthanasia biasanya menyifakan tindakan membunuh
dengan niat atau sengaja oleh seseorang yang melakukan pembunuhan. Walau
bagaimanapun, sesetenahpihak mendefinisikan euthanasia melalui dua istilah
iaitu Voluntary (Sukarela) dan Involuntary (Bukan sukarela. (1)
Euthanasia sebenarny mempunyai banyak maksud mengikut moral, etika
dan juga agama. Menurut kamus Dwibahasa Oxford, euthanasia bermakud
Kematian (mencabut nyawa) dengan cara lembut kerana kasihan, terutama
untuk menamatkan seksa (penderitaan) seseorang. (2)
Terdapat beberapa istiah yang berhubung kita dengan euthanasia atau
yang mempunyai maksud yag tidak jelas. Jadi adalah penting untuk
membezakan istilah-istilah berikut bagi mendefinisikan euthanasia sesuai
dengan keadaan sebenar.
1. Euthanasia Pasif (Passive Euthanasia)
-Membiarkan sseorng itu dengn mengubah bentuk sokongan dan membiarkan
mati dalam keadaan semulajadi, contohnya:
i.
Menanggalkan peralatan sokongan idup seperti memberhentian
respirator
(alat bantuan pernafasan)
ii
Memberhentikan prosedur perubatan atau berhenti memberi ubat
dan air
iii
Membenarkan seseorang pesakit itu terdehidrat, enderit atau mati
kelaparan.
iv
Tidak membekalkan CPR (Cardio-pulmonary resuscitation) dan
membiarkan jantung berhenti dan mati secara semulajadi.
Bentuk euthanasia yang paling biasa adalah dengan memberi pesakit
morfin dalam dos yang tinggi untuk mengawal kesakitan, walaupun kemungkinan
ubat penahan sakit itu akan menindas respirasi dan menyebabkan kematian
yang lebih awal daripada yang sepatutnya.
2. Euthanasia aktif

-Melibatkan pembunuhan seseorang melalui tindakan secara langsung, sebagai


menunaikan permintaan daripada orang yang dibunuh tersebut.
Suatu contoh pembunuhan rahmat dlam tahun 1998, yang mana
melibatkan seorang pesakit ALS (penyakit Lou Gehng) oleh Dr. Jack Kevorkian,
seorang doctor dari Michgan
Pesakitnya begitu takut terhadap kemudaratan penyakit tersebut yang
boleh menyebabkan kematian yang mengerikan. Oleh it pesakit tersebut
meminta agar nyawanya ditamatkan dengan carayang tidak menyakitkan.
Dr. Kevorkian kemudian menyuntik suhu badan yag dibawah kawalan
kepada pesakit lalu menyebabkan kematiannya. Dalam perbicaraan yang
berlangsung pada tahun 1990 para juri telah mensabitkan kesalahan dengan
pembunuhan ke-2
3. Pembunuhan yang dibantu oleh seseorang doctor (Physician Assisted
Suicide)
Seseorang yang menjelaskan pengetahuan mengenai euthanasia
memberikan seseorang individu bimbingan dan cara untuk membunuh dengan
jelas. Bimbingan dan cara untuk membunuh seseorag dengan niat yang jelas ini
akan membantu mereka yang terlibat memahami tuju euthanasia. Seseorang
doctor akan membantu seseorang untk membunuh diri dipanggil Physician
assisted suicide.
4. Euthanasia bukan sukarela (Involuntary Euthanasia)
Istilah ini digunakan untuk menerangkan pembunuhan seseorang yang
tidak meminta bantuan dengan jelas dan nyata dalam kematiannya. Kes ini
selalu berlaku kepada pesakit yang berada dalam keadaan koma (Persistent
Vegetative State) yang mungkin tidak akan pulih.
Terdapat juga beberapa istilah lain yang digunakan dalam mendefinisikan
euthanasia oleh DR. Brian Pollards melalui artikelnya. Euthanasia menerusi
aman web Southern Cross Biothics Institute
Menurut Dr. Brian Pollards, euthanasia ialah sengaja membunuh dengan
tindakan atau mengabaikan kebebasan hidup sseorang untuk kebaikan.Kata
kunci disini adalah dengan niat maka jika kematian adalah bukan dengan niat,
ia adalah bukan tindakan euthanasia.
Dr. Brain menggunakan beberapa istilah untuk mentakrifkan euthanasia
iaitu, Voluntary Euthanasia, Non-voluntary Euthanasia, Involuntary Euthanasia by

action dan Euthanasia by Omission. Keempat-empat istilah ini adalah untuk


memberikan definisi Eutanasia yang tepat dan sebarang yang berhubung kait
dengannya.
Menurut beliau lagi, apa yang dikatakan BUKAN euthanasia: Seseuatu
kematian itu bukan euthanasia kecuali kematia itu diseabkan oleh pembunuhan
dengan niat atau sengaja. Terdapat jga sesetengah tindakan perubatan yang
selalunya dilael sebagai euthanasia pasif sebenarnya bukan bentu euthanasia,
sehingga ia dilakukan dengan niat atau sengaja mecabut nyawa seseorang.
Tindakan ini termasuklah memberikan rawatan permulaan yang tidak akan
meberikan kebaikan kepada pesakit. Seperti penarikan baik sebarang rawatan
yang tidak memberi sebarang kesan, rawata adalah sangat membebankan
pesakit atau tidak dikehendaki dan kaedah memberi ubat penahan sakit dalam
dos yang tinggi yag mungkin membahayakan pesakit walaupun ia termasuk
kaedah euthanasia. Semua ini adlah seahagian daripada praktik perubatan yang
baik dan disokong oleh undang-undang apabila ia digunakan dengan
sewajarnya. (1)
1.2 SEJARAH EUTHANASIA
Sejarah Euthanasia bermula kira-kira 400 B.C melalui Sumpah
Hippokratik oleh ahli perubatan Greek,Hippocrates (bapa perubatan) Saya tidak
akan memberi ubat yang menyebabkan kematian kepada ssiapa pun jika diminta
mahupun dicadangan.Engish Common Law Abad ke-14-20 (Petikan ini adalah
daripada Mahkamah Agong Amerika berkuatkuasa dalam tahun 1997 di
Washington V. Glucksberg dan pendapat ini ditulis oleh ketua Haim Rehnaquist)
Lebih spesifik, melebihi 700 tahun, undang-undang Umum Anglo Amerika tidak
membenarkan kedua-dua bunuh diri dan pembunuhan diri dengan bantuan.
182-Badan Berkuasa Undang-undang Amerika dengan nyata dan jelas
mengharamkan pembunuhan diri dengan bantuan. (Petikan adalah daripada
Mahkamah Agung Amerika berkuatkuasa pada tahun 1997, Washington V.
Gluckberg-Pendapat ini ditulis oleh Ketua Hakim Rehnquuist).
Badan berkuasa undang-undang Amerika awal-awal dengan nyata dan
jelas mengharamkan pembunuhan diri dengan bantuan dilakukan. Ia digubal di
New York pada 10 Disember 1828. Banyak Negara yang menjadikan New York
sebagai contoh. Di antara tahun 1857 dan 1865 satu Suruhanjaya New York
yang diketuai oleh Dudley Field telah merangka satu kod jenayah yang
mencegah pembunuhan diri dengan bantuan terutamanya membekalkan kepada
individu tertentu dengan sebarang peralatan yang boleh menyebabkan kematian
atau dadah yang beracun, sedangkan mengetahui individu itu berniat untuk
membunuh diri dengan menggunakan peralatan atau dadah tersebut.

Amerika abad ke-20(Petikan ini adalah daripada Mahkamah Agung Amerika


berkuatkuasa dalam tahun 1997 di Washington V. Glucksberg dan pendapat ini
ditulis oleh Ketua Hakim Rehnquist)
Bagaimanapun dengan asas yang mendalam, Amerika menghalang
pembunuhan diri dengan bantuan seseorang doktor setelah beberapa tahun
menyelidik dan mengesahkannya.Kerana kemajuan dalam bidang perubatan dan
teknologi, Amerika pada hari ini mula membenarkan kematian di sebarang istitusi
perubatan berbanding dengan di rumah yang diakiakan oleh penyakit kronik.
1920-Buku Permitting the Destructin of life not worthy of life telah diterbitkan
Pengarang buku ini adalah Alfred Hoche, M.D, seorang professor
psikiatrik di Universiti of Freiburg dan Karl Binding, juga merupakan seorang
professor udang-undang daripada Universiti of Lepzig, membantah pesakit yang
menerima bantuan kematian dengan alasan mereka sepatutnya diletakkan
dibawah keadaan pengawalan yang sangat cermat lebih daripada seorang
psikiatrik. Buku ini membantu memberi sokongan euthanasia. Buku ini membant
memberi sokongan euthanasia Involuntary kepada Nazi German.
1935-Persatuan
euthanasia

Euthanasia

England

dibentuk

untuk

memperkenalkan

1939-Laman web Nazi German The History place


Pada Oktober 1939 huru hara dari letusan Perang Hitler telah tersebar
luaa berikutan arahan melakukan pembunuhan rahmat (mercy killing) kepada
mereka yang sakit dan tidak berkeupayaan. Kod Aktion T4 ialah program
Euthanasia Nazi untuk menghapuskan kehidupan yang tidak sepatutnya yang
pada mulanya penumpuan diberikan kepada bayi baru dilahirkan dan kanakkanak.
Bidan dan doktor perlu untuk mendaftar kaak-kanak yang berumur 3
tahun ke atas yang menunjukkan simpton. Kaedah ini termasuklah pengedaran
satu borang soal selidik daripada Kementerian Kesihatan Reich.
Program Euthanasia Nazi berkembang dengan cepat termasuk program
untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang kurang upaya. Pada Oktober 1939,
Hitler telah memerintahkan supaya mereka yang didapati menghidap sesuatu
penyakit yang tidak boleh diubati setelah menjalani diagnosis terhadap tahap
penyakit tersebut haruslah diberikan mercy killing.
1995-Kawasan utara Australia meluluskan, satu draf undang-undang euthanasia
Ini memberian kesan dalam tahun 1996 dan pada tahun 1997 yang mana
Parlimen Australia telah menolak draf ini.

1998-Oregon, Amerika meluluskan pembunuhan diri dengan bantuan


2000-The Netherlands melluskan euthanasia
2002-Belgium meluluskan euthanasia
1.3 Negara-negara yang meluluskan dan melaksanakan euthanasia
Dalam tahun 1935, The Euthanasia Society of England telah ditubuhkan
untuk menyokong euthanasia. Dalam bulan Oktober 1939, Hitler mengarahkan
mercy killing secara besar-besaran untuk mereka yang sakit dan kurang upaya.
Kood itu dinamakan Aktion T 4. Ia bertujuan untuk melenyapkan life unworthy
of life dan ia difokuskan terhadap golongan bayi yang baru lahir dan kanakkanak. Bidan-bidan dan para doctor ketika itu diarahkan agar mendaftarkan
kanak-kanak sehingga yang berumur 3 tahun yang menunjukkan simptomsimpton terencat akal, ketidaksempurnaan fizikal dan lain-lain simpton yang
terdapat dalam soal selidik dari kementerian Kesihatan Reich.Program
euthanasia Nazi itu berkembang dengan cepat terhadap golongan kanak-kanak
yang lebih tua dan golongan yang dewasa yang kurang upaya. Dekri Hitler
menyatakan: The authority of certain physicians to be designated by name in
such manner that persons who, according to human judgment, are incurable can,
upon a most careful diagnosis of their condition of sickness, be accorded a
mercy death.
Di Oregon (U.S state of Oregon), Netherlands dan Belgium sahajalah di
mana euthanasia dilaksanakan secara sah disisi undang-undang.
Bagaimanapun, hanya di Netherlands euthanasia dipraktikkan secara terbuka.
Oregon membenarkan assisted suicide bermula tahun 1998. (4) Manakala,
Netherlands dan Belgium membenarkan kedua-dua assisted suicide dan
euthanasia. Walaupun euthanasia telah lama dilaksanakan di Netherlands,
semuanya adalah tidak sah dari segi teknikal sehinggalah bil Review of cases of
termination of life on request and assistance with suicide diluluskan pada bulan
April 2001. Undang-undang Belgium pula diluluskan pada 16 Mei 2002.
Di Holland pula, mereka agak kritikal dengan sistem mereka sendiri.
Mereka masih memperbaiki dan mencuba walaupun secara umumnya mereka
berpendapat bahawa euthanasia menghormati hak seseorang manusi dan ia
adalah sebahagian daripada kaedah perubatan yang baik.
Dalam bulan Jun 1995 pula, Australias Northern Territory telah
meluluskan satu bil euthanasia iaitu Rights of the Terminally III Act. (5) Ia
dipraktikkan bermula tahun 1996 tetapi bil berkenaan dibatalkan oleh Parlimen
Australia dalam tahun 1997

Dalam tahun 1997 juga ,Colombias supreme Court mengarahkan agar


penalti untuk euthanasia dikeluarkan. (6) Bagaimanapun, arahan berkenaan
tidak dilaksanakan sehinggalah panduan-panduan, masih dalam bentuk draf,
diluluskan oleh Colombian Congress.
4.0 Euthanasia Dari Pelbagai Perspektif
1. Agama
A) Islam
Dalam Islam euthanasia atau membunuh diri tidak dibenarkan sama
sekali. Ini adalah kerana manusia tidak mencipta dirinya sendiri, maka tubuh kita
bukanlah hak milik mutlak kita sendiri. Didapati pandangan agama Islam ini
sama seperti pandangan agama Kristian. Allah adalah pemilik dan pemberi
kehidupan kepada manusia, maka dialah yang berhak memberi atau mengambil
nyawa manusia. Membunuh diri dianggap sebagai satu jenayah dalam Islam dan
ia adalah satu dosa besar. Beberapa bukti yang menyokong kenyataan diatas
yang dipetik dari Al-Quran dan telah diterjemahkan: Janganlah membunuh (atau
merosakkan) diri kamu sendiri,seseungguhnya Allah telahpun maha belas
kasihan
keatas
kamu.Sabda
Rasullullah
SAW
pula
yang
bermaksud:Barangsiapa yang membunuh diri menggunakan alatan logam, akan
hiduplah dia di dalam neraka selama-lamanya.Barangsiapa yang meminum
racun untuk membunuh diri, akan meneguk racun neraka selama-lamanya di
dalam neraka. Barangsiapa yang membunuh diri dengan terjun dari gunung,
nescaya dia akan sentiasa terjun ke dalam neraka buat selama-lamanya.
Seseorang yang telah membuat ikrar sedang ia dalam keadaan waras
bahawa dia tidak mahu di pasangkan alat life supporting system kalau dia
berada dalam keadaan nazak (terminal ill) hukumnya adalah harus. Ini adalah
kerana dia sanggup bersabar dan lebih rela mati dlam keadaan tabie kerana
berkeyakinan bahawa apabila sampai ajal seseorang itu maka dia pasti mati.
Perkara ini dibenarkan kerana menurut pandangan majoriti ulamak Islam
hukum berubat itu tidaklah wajib walaupun Islam sangat menggalakkannya. Ini
berpandukan sebuah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari yang
menceritakan tentang seorang hamba perempuan yang sakit dan meminta nabi
SAW supaya mendoakannya
Lalu Nabi SAW bersabda: Jika engkau mahu bersabar, maka ganjaran
untukmu adalah syurga ataupun engkau mahu aku doakan kepada Allah supaya
kamu disembuhkan Maka jawab perempuan tersebut, kalau begitu aku lebih
suka bersabar.

Tambahan pula alat life supporting system yang dipasangkan itu adalah
satu ikhtiar rawatan digunakan untuk meneruskan fungsi organ di tubuh tetapi
tidak memberi kesan apa-apa pada keadaan sakit yang dideritai. (17)
B) Kristian
Agama Kristian menyatakan bahawa nyawa adalah pemberian tuhan dan
setiap individu adalah khalifah di muka bumi-Nya. Tuhan meminjamkan sesuatu
jasad itu kepada manusia dan kemudiannya ditiupkan roh ke dalam jasadnya itu,
lalu bermulalah penghidupannya, maka hanya tuhan yang berhak menamatkan
atau mengambilnya semula nyawa. Pada pandangan agama Kristian euthanasia
adalah seperti membunuh diri, sesiapa yang membunuh diri itu dianggap telah
melakukan dosa.
C) Agnostik, Atheises, Humanist, Sekularis, Ben Kristian, Dan Liberal
Kristian Di Amerika Utara
Agama-agama ini masing-masing bersetuju bahawa setiap orang
mempunyai hak ke atas kehidupannya sendiri, Sesiapa yang mempunya
kehidupan yang tidak berkualiti atau tidak bermakna berhak membuat keputusan
untuk menamatkan kehidupannya dan berhak mendapat bantuan sekiranya
perlu. Dalam keadaan seseorang yang mengalami kesakitan yang amat sangat
sehingga menjadi beban yang tidak tertahan olehnya maka kematian boleh
mewujudkan penyelesaian terbaik baginya.
2) Aspek-aspek etika euthanasia
Sebahagian daripada pesakit terminal ill yang rata-ratanya berkeadaan
tenat berada dalam kesakitan teruk ataupun menjalani kehidupan yang sangat
menyedihkan. Mereka memilih untuk menamatkan riwayat mereka dari terus
hidup sebegitu. Adakah sesebuah Negara itu berhak untuk menolak permintaan
mereka ini?
Seseorang individu yang berada dalam keadaan nazak tidak boleh
membunuh diri kesan daripada keadaan fizikal dan mental mereka. Haruskah
mereka diberi pilihan untuk membunh diri? Mana-mana penganut agama, tidak
mengira Islam, Kristian atau sebagainya merasakan perbuatan ini (membunuh
diri) adalah salah disisi agama dan dimurkai Tuhan. Tetapi bagi golongan yang
tidak ada pegangan agama (Atheis), mereka menganggap membunuh diri
adalah salah satu sara bagi melepaskan diri dari kesalitan atau kesusahan
hidup. Adakah pendapat-pendapat mereka ini akan diguna pakai?
Jika euthanasia dibolehkan sesetengah daripada pesakit mungkin akan
disuruh atau dipengaruhi oleh keluarga untuk melakukannya. Keadaan seperti ini

perlu diberi perhatian kerana untuk memastikan keputusan seseorang pesakit itu
adalah pilihannya sendiri tanpa ada pengaruh lain. Ada sesetengah orang yang
merasakan campur tangan daripada pihak lain ke atas keputusan pesakit adalah
sangat serius sehingga merasakan euthanasia patut dimansuhkan.
3) Pandangan dari sudut perubatan
A) American Medical Association (AMA)
Ia merupakan sebuah pertubuhan yang menyokong penuh pengguguran
bayi dalam kandungan. Oleh itu adalah sesuatu yang ganjil apabila pertubuhan
ini menentang euthanasia. AMA telah mengambilalih isu yang kontroversi ini dan
menyatakan bahawa semua pesakit haruslah mendapat peluang menerima
suatu yang sebaik mungkin dan tidak langsung melakukan euthanasia. Bagi
AMA, doktor yang dianggap sebagai penyelamat nyawa tidak patut dalam masa
yang sama mengambil nyawa seseorang, ini akan menjstuhksn kredibiliti para
doctor dan menimbulkan rasa ketakpercayaan pesakit terhadapnya.
Menurut Dr. Carlos F. Gomez, MD, PHD seorang professor perubatan di
University Of Virginia School Og Medicine, ia adalah sesuatu mengejutkan
apabila AMA begitu kuat membangkang isu euthanasia. Beliau juga merasakan
isu ini tidak bersesuaian pada masa sekarang dimana bidang perubatan semakin
maju dan berkembang. Ia menyatakan untuk melakukan euthanasia kini adalah
sesuatu yang tidak masuk akal.
Dr. Gomez juga berpendapat bahawa seseorang doktor itu mesti cuba
sedaya upaya mencari jalan untuk merawati pesakitnya dengan memberi ubat
tahan sakit atau rawatan alternative yang lain. Mereka juga harus memberi
sokongan dan dorongan kepada pesakit-pesakit tenat dan tiada harapan untuk
hidup supaya menguatkan semangat mereka.
AMA juga memerhatikan bahawa doktor-doktor di Netherland akan
memilih untuk menjalankan euthanasia kepada pesakit apabila segala rawatan
yang mereka telah jalankan ke atas pesakit tersebut tidak berkesan. AMA tidak
mahu kes seumpama ini juga turut berlaku di Amerika.
Di Holland pula, apabila seseorang doktor itu merasakan yang mereka
boleh menamatkan riwayat pesakit mereka, maka akan tiada undang-undang
atau peraturan yang boleh melindungi pesakit-pesakit ini dan orang awam
secara keseluruhan.

4) Perundangan

Kes-Kes
1) Cruzan V. Director, Missouri Department Of Health
Selama 7 tahun, Nancy Cruzan terbaring koma di Missouri Hospital
dengan keadaan persistent vegetative state dan bergantung hidup hanya
menerusi bantuan tiub. Mahkamah Agung mengarahkan negeri Missouri
menafikan permintaan yang dibuat oleh ibu bapa Cruzan untuk mencabut
sambungan tiub untuk membenarkan anak perempuan mereka mati. Alasannya
kerana undang-undang Missouri mengkehendaki bukti-bukti yang menyatakan
pesakit koma tersebut mempunyai hasrat dan dapat menyatakan hasratnya
untuk tidak menyambung rawatan bagi kesinambungan hidupnya. Cruzan ,
sewaktu masih sedar, gagal menyatakan hasratnya sebagaimana yag
dikehendaki dan diperuntukkan oleh undang-undang. Hasil kes ini menunjukkan
mahkamah mengiktiraf hak kebebasan seseorang individu.
KAREN ANN QUINLAN
Pada 15 April 1975, K.A Quinlan 21 tahun, seorang yang sihat sepenuhnya dan
bersemangat untuk menghadiri perjumpaan sosial dengan kawan-kawannya.
Pada sebelah petangnya mungkin disebabkan oleh bencana akibat reaksi
dadah, dia tidak sedarkan diri dan berhenti bernafas selama two fifteen minit.
Dia dimasukkan ke Hospital New Jersey, dimana selepas beberapa kaedah
kecemasan gagal untuk meyedarkannya, dia akhirnya diberi alat pernafasan
melalui tiub. Para pakar menyatakan da berada sebagai chronic persistent
vegetative state. Keadaannya bukan dianggap sebagai kematian otak, kerana
dia mampu memberi tindakbalas yang positif kepada beberapa fungsi otak
seperti tindakbalas minima kepada stimulasi luaran dengan menggunakan
cahaya dan bunyi.
Pandangan para doktor menyatakan untuk kembali sembuh amatlah sukar, tetapi
perlu diberi rawatan dan alat bantuan pernafasan kerana keadaannya tidak capai
ke tahap mati otak. Bapanya seorang kristian mazhab katolik telah memohon
kepada mahkamah untuk mengiktiraf haknya sebagai penjaga kepada pesakit
tersebut dan memohon alat bantuan penafasan dicabut untuk memudahkan
anaknya mati dengan tenang.
Mahkamah Agung New Jersey memutuskan:i.
ii.

Quinlan mempunyai hak sulit mengikut pelembagaan yang


membenarkan dia membuat keputusan terhadap rawatan ke atas
dirinya sendiri
Bapanya diberi hak sebagai penjaga yang berkelayakan yang
memberikannya hak untuk membuat keputusan bagi pihak Quinlan
(anaknya)

iii.

Makamah mencadangkan pada waktu akan datang, keputusan


hendaklah dibuat melalui pelbagai komiti-komiti etika yang terdiri
daripada ahli fizik, pekerja sosial, peguam, agamawan ataupun
pengamal moral. Komiti-komiti tersebut akan melakukan screen out
bagi membantu menyelesaikan masalah tanpa campurtangan pihak
kehakiman. Mahkamah tersebut mencatatkan jika prosidur ini berjalan
ulasan kehakiman tidak perlu dilakukan kerana ia bukan sahaja boleh
dianggap sebagai pencerobohan sukarela kepada bidang (profesion)
perubatan, tetapi oleh kerana kompetensi ia mungkin sukar untuk
digunakan. Quinlan kemudian dicabutkan alat bantuan pernafasan
tetapi dia mampu hidup lagi sehingga 10 tahun berikutnya iaitu pada
11 Jun 1985 tanpa tanda-tanda untuk sembuh.

Superintendent of Belchertown V. Saikewicz.


Dalam kes ini, isu samada kemoterapi secara undang-undangnya boleh
dijalankan ke atas Joseph Saikewicz, seorang pesakit mental yang tidak
kompeten yang mengidap penyakit leukemia terencat akal semenjak kecil,
berusia 67 tahun sewatu rawatan (diagnosis), tetapi mempuyai I.Q seperti budak
berusia 2 tahun. Dia tidak faham tujuan rawatan atau kesan sampingannya,
dimana boleh menyebabkan kesakitan malah mungkin membawa maut. Tetapi
jika dinafikan komoterapi dia boleh mati untuk tempoh seminggu atau sebulan
tanpa mengalami kesan khas atau tidak selesa. Mahkamah dalam kes ini
bersetuju dengan Quinlan, komiti-komiti etika memainkan peranan penting dalam
menasihati hakim-hakim tentang keputusan menyambung hidup pesakit-pesakit
yang tidak kompeten. Tetapi mahkamah Massachusetts melawan dengan
tajamnya cadangan mahkamah Tinggi New Jersey bahawa kosultansi dan
penghormatan kepada profesion perubatan boleh mengambil alih penyelidikan
kehakiman menolak ulasan kehakiman New Jersey sebagai pencerobohan
sukarela/percuma (Gratuitous Encroachment) kepada kepakaran perubatan.
Pandangan seolah-olah bercorak imperialistik refleksi bukanlah bertujuan untuk
menolak pandangan perubatan sebagai pemutus untuk mengawal piawai undagundang dalam membuat keputusan. Piawai Mahkamah Massachusets memilih
adalah penghakiman gantian (subtituted judgement) yang mana memerlukan
timbalan pembuat keputusan untuk membuat keputusan dimana akan dibuat
oleh orang yang tidak kompeten, jika orang itu kompeten pun perlu diambil kira
tentang ketidak kompetensinya masa kini dan akan datang oleh seseorang
individu itu. Secara praktikal, piawai penghakiman gantian hampir mustahil
untuk dilaksanakan, dimana tidak seorang pun pembuat keputusan yang boleh
mencapai piawai seperti yang dikehendaki. Dalam kes Re storar mempunyai
persamaan dengan kes Saikewicz.
6) Pendapat Orang Ramai Terhadap Eutahanasia.
Ada beberapa negara didunia ini membenarkan perlaksanaan euthanasia
dan ada yang masih dalam peringkat percubaan untuk membenarkan euthanasia

10

dilaksanaan di negara mereka. Antara negara yang hebat membincangkan isu


euthanasia ini ialah Amerika Syarikat, Australia, Britain dan Neherland.
Di Amerika Syarikat sebanyak 57% euthanasia dilakukan kerana
perasaan belas kasihan terhadap individu yang telibat (CNN / US TODAY edisi
Jun 1997). Bancian awal yang diambil oleh Gallup Poll adalah pada bulan May
1966 yang mana sebanyak 75% menyokong tindakan euthanasia dibuat. Tiga
tempat utama di Amerika Syarikat tidak menunjukkan sokongan terhadap
euthanasia iaitu Washington, California dan Oregon. (37) Sebanyak 46%
sokongan diperolehi di Washington pada than 1991. Pada tahun 192, California
mencatatkan 46% sokongan pihak awam terhadap perlaksanaan euthanasia. Di
Oregon, peratusan orang ramai terhadap euthanasia adalah 51% pada tahun
1994 dan angka ini meningkat menjadi 60% pada tahun 1997.
Pada tahun 1962, menurut bancian yang dibuat di Australia, hanya 47%
menerima euthanasia secara sukarela, 39% menentang dan 14% tidak
mempunyai keputusan mengenainya. Pada tahun 1995, bancian dijalankan
selepas Northern Territory membenarkan euthanasia secara sukarela pada 25
Mei 1995. Bancian ini dilakukan oleh Roy Morgan Research Centre
menunjukkan sokongan yang tinggi penduduk Australia terhadap euthanasia
pasif dan aktif. (38) Kajian pada tahun 1995 diterbitkan oleh The Bulletin pada 28
Jun 1995, datang daripada temubual bersemuka dengan 1,158 orang berumur
14 tahun ke atas. Responden yang menyokong euthanasia secara sukarela
menyatakan komen seperti, kita mempunyai hak untuk membuat apa saja ke
atas hidup mengikut kehendak kita, hidup yang berkualiti adalah sangat penting
serta hanya akan menerima euthanasia apabila mendapat kaunseling daripada
pakar psikologi. Manakala responden yang menentang pula memberikan komen
seperti, doktor tidak sepatutnya diberikan kuasa mutlak, akan timbul masalah jika
euthanasia dibenarkan kerana risiko penyalahgunaannya pasti ada, serta
menyatakan euthanasia seperti membunuh diri dan tidak akan menerimanya
Melalui tinjauan yang dilakukan oleh British Social Attitude, terdapat 7
justifikasi yang menggambarkan tentang euthanasia, diberikan untk mengetahui
pendapat umum mengenainya. (39) Hanya 5% yang ditemubual akan
menentang salah satu kategori tersebut dan majoriti mungkin menerima
euthanasia dalam kes-kes tertentu sahaja. Kumpulan yang menentang
euthanasia merupakan golongan yang lebih berumur dan alim beragama,
manakala kumpulan yang menerima pula terdiri daripada golongan muda yang
berfikiran lebih terbuka.Justifikasi tersebut adalah seperti berikut: dalam tempoh
satu hari, 13% menyokong euthanasia dan menjelang seminggu, sebanyak 35%
menyokong tindakan euthanasia.
Satu tinjauan ke atas golongan tua mengenai pendapat mereka terhadap
perlaksanaan euthanasia, telah dijalankan oleh seorang doktor perubaan
bernama J.H Seger pada tahun 1987 di Netherland. (40) Menurut tinjauannya,
50-60% responden khuatir nyawa mereka akan mengambil bertentangan dengan

11

kehendak mereka, 47% responden yang tinggal di rumah sendiri dan 93%
responden yang tinggal di rumah sakit persendirian menentang eutansia aktif
serta 66% responden yang tinggal di rumah sendiri dan 95% yang tinggal di
rumah sakit persedirian menentag kerajaan membenarkan euthanasia disahkan
dari segi undang-undang.

12

Anda mungkin juga menyukai