Anda di halaman 1dari 28

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 7

Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa


Pembelajaran Berasaskan Aktiviti
Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario
Pembelajaran Berasaskan Permainan

Sinopsis
Pendekatan pembelajaran bahasa penting untuk memastikan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan pendekatan perlu dilakukan dengan teliti agar
pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektif seperti yang dirancang. Antara
pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah:

Pembelajaran Berasaskan Aktiviti

Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario

Pembelajaran Berasaskan Permainan


Pembelajaran berasaskan aktiviti ini amat sesuai dalam pembelajaran bahasa kerana murid
akan terlibat secara langsung iaitu belajar secara fizikal dan mental melalui aktiviti yang
dijalankan secara sistematik.
Pembelajaran berasaskan situasional memerlukan penggunaan objek secara konkrit, gambargambar dan bahan-bahan maujud yang disertai aksi-aksi yang boleh membantu pengajaran
dan pembelajaran bahasa.
Pendekatan berasaskan permainan pula akan

menghidupkan proses pengajaran dan

pembelajaran bahasa melalui pelbagai aktiviti permainan. Dengan demikian proses


pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.

Hasil Pembelajaran
2.2

Mengkaji konsep dan pelaksanaan kaedah natural, tatabahasa terjemahan dan terus.

3.4

Mengaplikasi kemahiran menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran


dalam aktiviti pengajaran mikro.

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kerangka konsep

Teori Huraian Bahasa dan


Teori Pemerolehan Bahasa
Teori Huraian Bahasa:Strategi, Pendekatan,
Nahu Tradisional Kaedah dan Teknik
Struktural
Pengajaran dan
Transformasi GeneratifPembelajaran
BAHASA MELAYU
Teori Fungsional
Teori Pemerolehan Bahasa:
Behaviorisme
Kognitif
Mentalis
Fungsional

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa


Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran
Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan
Permainan

Nota ringkas:
7.1

Pembelajaran berasaskan aktiviti


Itulah, semasa cikgu beri
penerangan tidak mahu
dengar. Sekarang
bukankah susah!

Kita hendak buat apa ini?

Pembelajaran berasaskan aktiviti ini sangat sesuai dalam konteks pembelajaran


bahasa kerana murid-murid mempelajari bahasa melalui aktiviti-aktiviti yang
terancang secara sistematik.

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Melalui pendekatan ini murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental bagi
tujuan melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikian
minat dan kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung
dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru.

Pembelajaran berasaskan aktiviti boleh meningkatkan keberkesanan proses


pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah.

7.2

Pembelajaran berasaskan situasional

Pendekatan ini mementingkan penggunaan objek secara konkrit, gambar-gambar


dan bahan-bahan maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantu
menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Guru hanya bertindak sebagai model dan menyediakan latar situasi yang dapat
menciptakan struktur bahasa sasaran dan kemudian mengemukakan contohcontoh untuk diikuti secara berulang untuk mengukuhkan pembelajaran.

7.3

Pembelajaran berasaskan permainan

Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajaran seolah-olah hidup dengan


permainan-permainan yang disediakan. Murid-murid akan mengalami sendiri
aktiviti permainan yang dilaksanakan.

Murid-murid akan mudah memahami apa yang guru ajarkan melalui permainan
yang

disediakan

berkomunikasi

dengan

dengan

menarik

berkesan

dan
dan

berkesan.
melahirkan

Murid-murid
perasaan

dapat
dengan

menggunakan bahasa dan aksi.

Tugasan:

Ketika guru merancang pendekatan yang sesuai untuk pengajaran Bahasa Melayu,
pilih satu pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran sesuatu tajuk
Bahasa Melayu. Nyatakan aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru.

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 8

Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Mekayu


secara

konstruktivisme
kontekstual

Sinopsis
Konstruktivisime
bagaimana

merupakan

pengetahuan

proses

disusun

pembelajaran

dalam

minda

yang
manusia.

menerangkan
Unsur-unsur

konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan


pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu
ketara dan tidak ditekankan.
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh
dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna.
Murid perlu membina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masingmasing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri. Blok
binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti
mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses
renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang
wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah
realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea
dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran
mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru perlu
mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat
baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada
pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu
pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang


bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
Seorang guru perlu melaksanakan pengajaran supaya murid dapat membina
atau membentuk idea baru dan bukan menerima idea tersebut dan murid
menjana secara aktif makna daripada setiap satu pengalaman yang dilalui
dalam proses pembelajaran. Murid perlu asimilasikan idea baru atau
menyesuaikan (accommodate) idea yang sedia ada.

Kamu mesti faham dan bina pengetahuan sendiri berasaskan


pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Yalah ... melalui pengetahuan dan pengalaman sedia ada saya


boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru. Seronoklah
cikgu, saya mudah faham, bertambah yakin dan akan belajar
secara berterusan. Terima kasih, cikgu!
Ya! Saya tahu kamu mesti seronok belajar.
Nota Ringkas:
8.1

Kontruktivisme
Prinsip Konstruktivisme

Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang


boleh

membina

pemahaman

dan

pengetahuan

baru

mereka

sendiri

berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini


menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar
sepanjang hayat.

Murid cuba memperoleh pemahaman mengenai pengalaman baru & fenomena


dengan cara membentuk atau membina makna mengenai perkara tersebut.

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Pembelajaran dilihat sebagai:

Pengubahan idea,

Pembinaan & penerimaan idea baru,

Penstrukturan semula idea sedia ada

Pandangan konstruktivisme

Murid membina atau membentuk idea baru dan bukan menerima idea tersebut
dan murid menjana secara aktif makna daripada setiap satu pengalaman yang
dilalui.

Amalan pengajaran konstruktivisme

Penggunaan data mentah & sumber primer, berserta bahan manipulatif,


interaktif & fizikal membolehkan murid-murid memperoleh peluang serta
membina pengalaman & kemahiran dalam membentuk pengetahuan baru atau
menstruktur semula konsep alternatif mereka.

Tugasan pembelajaran yang melibatkan kemahiran kognitif seperti mengelas &


meramal akan meningkatkan kemahiran berfikir peringkat tinggi, membantu
murid membina konstruk sendiri sama ada melalui proses asimilasi konsep baru
atau mahupun menyesuaikan konsep sedia ada.

Pengetahuan sedia ada murid

membantu mereka mengikuti pembelajaran

seterusnya. Pembelajaran seterusnya direka bentuk bersesuaian dengan


perkembangan konstruk murid supaya proses pembelajaran tersebut bermakna
kepada mereka.

Pengetahuan diperoleh secara kognitif & interaksi dengan individu dan alam
sekeliling.

Pengetahuan diperoleh daripada kontradiski mental yang terbit daripada


interaksi murid dengan alam sekeliling.

Murid-murid membina idea atau konsep baru berdasarkan pengetahuan yang


lalu & sedia ada.

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Murid-murid memilih maklumat, membina hipotesis & membuat keputusan


melalui proses mengintegrasi & menyusun pengalaman mereka ke dalam
struktur mental yang sedia ada.

Murid-murid mempunyai tanggungjawab terakhir ke atas pembelajaran mereka


sendiri.

8.2

Kontekstual
Cikgu hendak bawa kamu melawat Zoo Negara. Kita
akan lihat pelbagai jenis binatang dan jangan lupa
kamu mesti membuat catatan dan buat folio

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Semua haiwan ini asalnya tinggal dalam hutan


di Malaysia. Haiwan ini dilindungi jika tidak
spesis haiwan ini mungkin akan pupus!
Ini haiwankah?
Bukankah ini
monyet?

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi


pelajaran dengan pengalaman harian individu masyarakat, dan alam pekerjaan.
Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai,
secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku
apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara
bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan
mereka.

Pengajaran-pembelajaran kontekstual menegaskan konsep pengajaran dan


pembelajaran yang membolehkan guru menghubungkan kandungan mata
pelajaran dengan situasi sebenar. Ini akan memotivasi murid untuk membuat
perkaitan antara pengetahuan dengan kehidupan seharian mereka sebagai ahli
keluarga, warga masyarakat dan pekerja.

Kaedah

kontekstual,

iaitu kaedah

yang

dibentuk berasaskan

maksud

kontekstual itu sendiri, murid boleh memahami isi dan konsep yang berkaitan
dengan kehidupan seharian mereka.

Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila


murid memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara tertentu
sehingga mereka memahami maksud dalam kerangka rujukan mereka sendiri
(memori, pengalaman dan tindak balas sendiri).

Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda


akan mencari maksud dalam konteksnya secara semula jadi, iaitu berkait
dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian
hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna.

Ia

menggalakkan

pendidik

memilih

dan/atau

membina

persekitaran

pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak pengalaman sosial,


fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.
Dengan demikian, murid menemui perhubungan yang bermakna antara idea
abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata.

Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti


hands-on (aktiviti) dan pemikiran, iaitu minds-on (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2001). Modul yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

(2001), antara lain menegaskan pembelajaran kontekstual, murid akan melalui


satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut;
R

(relating/menghubung kait),

iaitu murid belajar

dalam

konteks

menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup.


E

(experiencing/mengalami),

iaitu

murid

belajar

dalam

konteks

belajar

dalam

konteks

penerokaan, penemuan dan reka cipta.


A

(applying/mengaplikasikan),

iaitu

murid

bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi


lain.
C

(cooperating/bekerjasama),

iaitu

murid

belajar

dalam

konteks

bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi.


T

(transfering/memindahkan),

iaitu

murid

belajar

dalam

konteks

pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada


apa yang diketahui.

Umumnya, pembelajaran kontekstual membolehkan:

(i) pengajaran dan pembelajaran lebih menarik;


(ii) meningkatkan minat;
(iii) pembelajaran realistik, praktikal;
(iv) pengalaman konkrit, penglibatan langsung murid; dan
(v) menyuburkan pemikiran kreatif.

Kelemahan pendekatan kontekstual


(i) tahap kefahaman dan kesediaan guru
(ii) kekangan masa - persediaan dan mencapai matlamat
(iii) sukar mendapatkan situasi pembelajaran sebenar bagi item
pengajaran dan pembelajaran;

10

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

(iv) kawalan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid menjadi semakin


kompleks;

(v) hanya sesuai dalam kalangan murid-murid yang mempunyai tahap


pencapaian tinggi

Tugasan

Murid dalam kelas anda sudahpun mempunyai pengalaman tentang Hari Sukan
Sekolah. Berdasarkan pendekatan Konstruktivisme atau kontekstual cadangkan
langkah-langkah pengajaran karangan bertajuk Sukan di sekolah anda.

8.3

Masteri

Sinopsis
Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus
kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui pembelajaran
Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka
sendiri

serta

dapat

mempertingkatkan

tahap

penguasaan

pembelajaran.

Modul

ini

mengandungi penerangan tentang Pembelajaran Masteri, cara melaksanakan Pembelajaran


Masteri bagi beberapa tajuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
1.

Menyatakan konsep Pembelajaran Masteri.

2.

Menerangkan dan melaksanakan langkah Pembelajaran

Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi


memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit
pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses
pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap
penguasaan murid. Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil
Pembelajaran, dan diikuti dengan Pengajaran dan Pembelajaran.
Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan murid semua berjaya
menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar
seseorang murid di tahap tersebut.

11

kemampuan biasa

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Hasil Pembelajaran
i.

Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan pembelajaran


Bahasa Melayu di dalam bilik darjah;

ii.

Mengaplikasikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran terkini selaras dan


kontekstual dalam pengajaran-pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah;

Kerangka konsep

Teori Huraian Bahasa dan


Teori Pemerolehan Bahasa
Teori Huraian Bahasa:Strategi, Pendekatan,
Nahu Tradisional Kaedah dan Teknik
Struktural
Pengajaran dan
Transformasi GeneratifPembelajaran
BAHASA MELAYU
Teori Fungsional
Teori Pemerolehan Bahasa:
Behaviorisme
Kognitif
Mentalis
Fungsional

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa


Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran
Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan
Permainan

Nota Ringkas

12

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tahukah anda bahawa

pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Masteri dapat memastikan

semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dikehendaki dalam jangka masa yang telah
ditetapkan.

8.3.1

Model Pembelajaran Masteri

Penentuan Hasil
Pembelajaran
Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Tindakan Susulan
Aktiviti Pengayaan

Sudahkah murid
menguasai

Unit Pembelajaran 2

8.3.2

Kriteria penentuan hasil pembelajaran:

Berdasarkan Sukatan Pelajaran

Dalam bentuk tingkah laku yang boleh diukur

Secara eksplisit, jelas dan terperinci

13

Tindakan Susulan
Aktiviti Pemulihan

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

8.3.3

8.3.4

8.3.5

8.3.6

Dalam domain kognitif, efektif dan psikomotor

Faktor penentu pengajaran dan pembelajaran:

Kemudahan dan keupayaan murid yang berbeza

Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran

Kemudahan yang sedia ada

Masa yang diperuntukkan

Penilaian terhadap murid:

Mengesan pencapaian murid

Mengenal pasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah.

Mengesan sama ada hasil pembelajaran telah dikuasai

Mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam satu unit pembelajaran.

Menentukan pengayaan dan pemulihan

Menentukan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran

Mengadakan tindakan susulan:

Pengayaan

Pemulihan

Pengukuhan

Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri


(a) Peranan guru adalah sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran.
(b) Guru tidak perlu membuat perubahan yang besar dalam melaksanakan
pembelajaran masteri kerana lengkah-langkah tersebut di atas sudah
disarankan dalam KBSR dan KBSM secara tersirat.
(c) Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah:

Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai;

Mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran


untuk pembelajaran masteri;

14

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya


mereka dapat menjadi pelajar berdikari;

Mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang
diajar melalui ujian diagnostik;

Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan

Menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif.

Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah:


(d) Dalam melaksanakan pembelajaran masteri, guru mungkin menghadapi
pelbagai masalah dan tiada penyelesaian yang tepat dapat diberi untuk
mengatasi masalah itu.
(e) Guru digalakkan mengatasi masalah itu melalui pembelajaran koperatif dengan
rakan-rakan sejawat dalam panitia mata pelajaran.
(f) Pelajar akan bermanfaat daripada usaha guru untuk mengatasi masalah itu.
(g) Pada mulanya guru mungkin mengambil masa yang panjang untuk pelajar
menguasai sesuatu perkara akan tetapi, dalam masa jangka panjang dan
dengan bertambahnya pengalaman guru, masa untuk mencapai pembelajaran
masteri dapat dipendekkan.
8.3.7

Peranan dan Tugas Pelajar dalam Pembelajaran Masteri


(a) Peranan pelajar ialah sebagai seorang pelajar berdikari yang boleh merangsang
diri untuk belajar dan menguasai apa yang diajar.
(b) Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar dan bukan
bertanding antara satu sama lain dan ini dapat dilakukan melalui pembelajaran
koperatif dengan rakan-rakan sebaya dalam kumpulan.
(c) Tugas pelajar dalam pembelajaran masteri ialah dia perlu:

tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai

belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi

betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar

15

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai

membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan yang diberi

(d) Pelajar perlu diberi latihan dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir
supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari.
Arahan:

Sila baca dan fahami konsep pembelajaran Masteri

Pastikan anda boleh mengaplikasi pembelajaran Masteri kepada murid dalam


kelas anda.

Anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan.

Tugasan:

Kepentingan
pembelajaran Masteri
dalam pengajaran Bahasa
Melayu

Pembelajaran murid

Pengajaran guru

16

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 9

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu


Kaedah Natural / Semula Jadi
Kaedah Tatabahasa Terjemahan
Kaedah Ajuk Hafaz
Kaedah Linguistik
Kaedah Kod-Kognitif
Kaedah Bahasa Komuniti
Kaedah Oral-Aural

Sinopsis
Kaedah ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran
secara teratur dan sistematik. Ia juga merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat
pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang perlu dituruti dengan saksama
bagi mencapai objektif pengajaran. Kaedah pengajaran membolehkan guru-guru mengajarkan
bahasa mengikut cara yang betul lagi terancang. Kajian-kajian yang telah dilakukan sebelum
ini menjelaskan bahawa pengajaran bahasa akan lebih berkesan apabila guru mampu
menggunakan kaedah-kaedah yang telah disarankan

dalam bidang pengajaran bahasa.

Pelbagai kaedah diketengahkan sebagai alternatif kepada guru. Terpulanglah kepada mereka
untuk menentukan dan menggunakan kaedah yang paling berkesan dalam pengajaran.
Walaupun pedagogi tidak menentukan potensi kaedah-kaedah tertentu, namun kepakaran
guru menggunakannya boleh menjadikan sesuatu sesi pengajaran itu menarik, bermakna dan

17

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

menghiburkan. Berikut diperlihatkan secara ringkas beberapa kaedah yang kerap digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Hasil Pembelajaran
2.2

Mengkaji konsep dan pelaksanaan Kaedah Natural / Semula Jadi, Kaedah Tatabahasa
Terjemahan, Kaedah Ajuk Hafaz, Kaedah Linguistik, Kaedah Kod-Kognitif, Kaedah
Bahasa Komuniti, dan Kaedah Oral-Aural.

3.4

Mengaplikasi kemahiran menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran


dalam aktiviti pengajaran mikro.

9.1

Kaedah Natural

Latar belakang

Diasaskan oleh Tracy Terell, 1977

Tokoh-tokoh natural yang lain ialah Gouin, Montaigne dan L. Sauveur

Terell dan Stephen Krashen telah menerbitkan buku The Natural Approach 1978.

Kaedah semula jadi dianggap sebagai kaedah tradisi dalam pengajaran bahasa.

Ciri-ciri:

Berasaskan kepada teori pembelajaran bahasa yang menganggap bahawa bahasa


lebih mudah dikuasai secara semula jadi

Komunikasi sebagai fungsi utama berbahasa dan pengajaran bahasa lebih


berpusatkan keupayaan pengajaran komunikatif

Menekankan makna dan perbendaharaan kata dalam pengajaran kerana bahasa


dilihat sebagai alat untuk menghubungkan makna dan mesej

Penguasaan bahasa berlaku apabila pendengar memahami mesej dalam bahasa


sasaran yang dipelajari

Prinsip:

18

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Arahan sama dengan tahap penguasan bahasa

Mengajar perkataan dan ayat harian

Kemahiran komunikasi diajar berperingkat-peringkat

Tatabahasa diajar dengan pendekatan induktif

Pelajaran baru diperkenalkan secara lisan

Objek dan gambar diguna untuk kosa kata maujud dan penyataan idea untuk kosa kata
abstrak

Teks turut digunakan untuk kemahiran mendengar dan bertutur

Sebutan dan tatabahasa yang betul turut ditekankan.

Kaedah Natural (Semula Jadi) dalam Pengajaran Bahasa

Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan


gambar

Perkataan-perkataan baharu diterangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan


yang telah diketahui oleh murid

Tidak menggunakan bahasa ibunda (dalam pembelajaran bahasa kedua) dan tidak
menggunakan kaedah terjemahan

Cara pembelajaran menyamai pembelajaran bahasa pertama

P &P dilaksanakan secara tersusun dan berperingkat bermula dengan kemahiran


lisan, kemudian bertutur dan seterusnya membaca dan menulis.

Latihan
Sediakan satu aktiviti P&P Bahasa dengan menggunakan Kaedah Natural / Semula jadi

9.2

Kaedah Tatabahasa Terjemahan

Kaedah Tatabahasa Terjemahan merupakan kaedah klasik yang dirancang untuk


kemahiran menulis bukan kemahiran bertutur

19

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kaedah Tatabahasa Terjemahan mementingkan aspek ejaan, penulisan dan


tatabahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Kaedah Tatabahasa Terjemahan tidak memetingkan P&P bahasa secara aktif dan
tidak mementingkan aspek fonetik

Tujuan Tatabahasa Terjemahan

Membolehkan murid memahami tatabahasa sesuatu bahasa

Melatih murid menulis menggunakan bahasa yang gramatis

Membolehkan murid menterjemahkan bahasa asing ke bahasa ibunda, dan sebaliknya

Melengkapkan murid dengan kosa kata yang luas dalam penulisan

Cara Mengajar:
Murid diperkenalkan kepada peraturan tatabahasa terlebih dahulu. Guru memberi
penerangan kepada murid tentang peraturan ini kemudian memberikan contoh-contoh.
Peraturan ini perlu dihafaz supaya tidak berlaku kesilapan.
Kemudian, murid diberi senarai kosa kata yang perlu dihafaz. Dalam pembelajaran
bahasa kedua, senarai kosa kata ini dipasangkan dengan makna dalam bahasa ibunda. Murid
diminta membuat ayat-ayat dengan menggunakan senarai kosa kata itu berdasarkan
peraturan tatabahasa yang telah dipelajari.

Latihan:
Sediakan satu contoh aktiviti pengajaran bahasa dengan menggunakan Kaedah
Tatabahasa Terjemahan.

9.3

Kaedah Ajuk Hafaz

Pengenalan

Mula diguna oleh tentera Amerika pada perang dunia kedua

20

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Berkesan kerana dorongan yang kuat dan latihan yang intensif

Konsep

Pengajaran melalui demonstrasi dan latih tubi

Pembelajaran secara mengajuk atau menghafaz sebutan kata dan ayat yang tepat
seperti penutur jati bahasa yang dipelajari

Ciri-ciri:

tatabahasa diajar secara menghafaz ayat-ayat asas melalui ajukan

makna diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda

pelajar tidak dikehendaki menterjemah kata demi kata

selepas menguasai ayat dasar, murid digalakkan menggunakan bahasa yang


dipelajari dalam perbualan dan komunikasi harian supaya sebutan dan tatabahasa
dapat dipraktik

Cara Mengajar:
Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan. Maknanya diberi
dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda. Murid tidak perlu menterjemah perkataan demi
perkataan. Apabila semua ayat dasar sudah dipelajari, murid akan membaca deskripsi bahasa
sasaran itu dalam bahasa ibundanya. Contoh,

diberi dalam bahasa sasaran dengan

persamaannya dalam bahasa ibunda. Kemudian dia terus mendengar lagi ayat-ayat daripada
pertuturan yang menyambungkan ayat-ayat asas tadi bagi latihan mendengar. Akhirnya, dia
berlatih dalam dialog dengan memakai ayat dasar dan gabungan bahagian-bahagiannya.
Guru terpaksa menjalankan beberapa ikhtiar untuk mencapai maksud ini. Beliau
hendaklah menyediakan hanya latihan dalam pertuturan, misalnya latihan bertutur, karangankarangan lisan. Latihan cara-cara menyebut sesuatu perkataan, menyebutnya dengan betul
tiap-tiap bunyi dalam bahasa sasaran dan tahu menggunakannya dalam bentuk-bentuk ayat
yang betul.

21

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Guru perlu tahu bahawa kejelasan dalam menyampaikan pelajaran amat penting.
Sesuatu yang jelas seperti sebutan yang terang dan nyata akan memberi tanggapan yang
betul kepada pelajar. Satu tanggapan yang baik pula akan melahirkan satu penguasaan habit
bahasa yang baik dan sempurna.

Latihan:
Sediakan satu contoh aktiviti pengajaran bahasa dengan menggunakan Kaedah Ajuk
Hafaz.

9.4

Kaedah Linguistik
Pengenalan

Dianggap sebagai kaedah mengajar bahasa yang moden dan saintifik

Konsep

Kaedah pengajaran yang membandingkan dua bahasa, iaitu antara bahasa yang
dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui oleh murid sama ada bahasa itu bahasa
ibunda mereka ataupun bahasa-bahasa lain..

Tumpuan kepada bentuk dan fungsi bahasa di samping aspek bunyi, ayat, makna dll.
Mementingkan pertuturan dan membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui
oleh murid.

CirI-ciri

Mendahulukan bentuk daripada makna

22

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Memberi pertimbangan kepada pengetahuan fonetik

Mendahulukan bentuk-bentuk ayat yang ada dalam bahasa ibunda, kemudian diikuti
bentuk ayat dalam bahasa yang dipelajari

Mendahulukan perkataan yang serupa atau hampir sama bunyi daripada kedua-dua
bahasa

Contoh pelaksanaan P&P : Bentuk Ayat

Subjek

Perbuatan

Predikat / Objek

Saya

pergi

ke pasar

go

to market

Dia

makan

betik

He

eats

papaya

Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

tea, school, television

teh, sekolah, televisyen

bicycle, bus, biscuit, notice

basikal, bas, biskut, notis

23

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tujuan

Membolehkan murid menggunakan bahasa yang telah diketahui untuk mempelajari


bahasa baharu dari segi bunyi

Menerangkan bahan-bahan nahu berdasarkan perbandingan antara tatabahasa yang


dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui.

Cara Mengajar

Mendahulukan pengajaran dengan mengajar sebutan bunyi perkataan-perkataan


bahasa yang dipelajari yang ada persamaan dengan bahasa yang diketahui

Kemudian, melatih tubi bunyi-bunyi bahasa yang dipelajari yang mempunyai perbezaan
dengan bahasa yang diketahui

Dalam pengajaran perbendaharaan kata, mulakan dengan perbendaharaan kata yang


senang, iaitu perbendaharaan kata yang ada persamaan dengan bahasa yang
diketahui

Dalam pengajaran struktur ayat, struktur-struktur yang ada persamaan dengan bahasa
yang diketahui didahulukan

9.5

Kaedah Kod-Kognitif
Pengenalan

Berasaskan pendapat golongan mentalis yang memandang bahasa sebagai


satu kreativiti mental.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kaedah ini menekankan bentuk


dan makna.

Harus mengetahui sistem bahasa yang didasarkan pada hukum-hukum dan


norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa sebelum mempelajari sesuatu
bahasa.

24

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Ciri-ciri

Perkara yang diberi perhatian ialah bacaan dan tulisan, manakala lisan tidak
ditekankan sangat

Aspek yang menjadi tumpuan utama ialah sintaksis dan diikuti oleh morfologi
dan fonologi

Pembelajaran tatabahasa diterapkan secara langsung dan dilakukan melalui


pendekatan deduktif. Murid mesti mempunyai pengetahuan tentang tatabahasa
yang hendak dipelajari itu.

Menggalakkan murid menggunakan sebanyak mungkin kemampuan kreatif

Makna amat dipentingkan.

Oleh sebab itu pengertian dan huraian dalam

sesuatu pengajaran dan pembelajaran bahasa itu mestilah diwujudkan

Dalam menghuraikan bahasa, kaedah ini menggunakan aplikasi tatabahasa


transformasi-generatif

9.6

Kaedah Bahasa Komuniti


Pengenalan

Diasaskan oleh Charles A. Curran dan rakan-rakannya. Curran seorang pakar dalam
bidang kaunseling dan salah seorang profesor bidang psikologi di Universiti Layola,
Chicago

Disebut juga sebagai Community Language Learning (CLL)

Teknik psikologi dalam kaunseling telah digunakan oleh Curran dalam pengajaran
bahasa

Teknik ini menganggap murid sebagai manusia yang mempunyai emosi dan perasaan,
di samping pengetahuan linguistik dan kemahiran tingkah laku

Protokol hari pertama kelas CLL oleh Dieter Stroinigs

Tegur sapa yang tidak formal dan pengenalan dibuat

Guru membuat satu kenyataan tentang matlamat dan garis panduan kursus

25

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Satu sesi perbualan dalam bahasa asing berlaku


-

Satu bulatan dibentuk agar setiap pelajar ada kontak mata dengan pelajar yang
lain. Semua murid mudah mencapai alat rangkaian pita dan mikrofon

seorang pelajar memulakan perbualan dalam bahasa ibundanya dengan seorang


murid lain

Guru berdiri di belakang murid mengucapkan bahasa asing yang maknanya serupa
dengan ucapan bahasa ibunda tadi

Murid mengulangi ucapan dan merakamkannya dalam alat rakaman

Setiap murid mempunyai peluang untuk membentuk dan merakam beberapa mesej

Pita rakaman dimainkan semula untuk beberapa ketika

Setiap murid mengulangi makna bahasa asing yang didengarnya. Hal ini
membantu menyegarkan ingatan murid yang lain

Murid digalakkan untuk meluahkan perasaan dan pengalaman mereka secara jujur
dan ikhlas

Berdasarkan bahan rakaman, guru memilih ayat untuk ditulis di papan tulis dan
menekankan aspek-aspek tatabahasa, ejaan, ataupun huruf besar

Murid digalakkan untuk menyoal berdasarkan aspek-aspek bahasa

Murid digalakkan untuk menyalin ayat-ayat daripada papan tulis. Catatkan


makna dan kegunaannya.
Perkara ini yang menjadi teks untuk membolehkan mereka belajar di rumah

Ciri-ciri

Dalam CLL, murid menjadi ahli dalam satu komuniti

Belajar melalui proses berinteraksi dengan rakan-rakan dalam komuniti

Pembelajaran dilihat sebagai sesuatu yang dicapai bersama

26

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Murid perlu mendengar dengan teliti, bebas mengutarakan maksud atau makna
yang ingin disampaikan, mengulang pengucapan-pengucapan bahasa sasaran
tanpa ragu-ragu, menyokong ahli-ahli lain dalam komuniti, menyatakan perasaan
dalaman dan kekecewaan, kegembiraan dan keseronokan mereka dan menjadi
kaunselor kepada murid lain

Guru sebagai kaunselor, bertindak balas secara tenang serta tidak menghukum,
sentiasa memberi sokongan dan membantu klien untuk memahami masalahnya
dengan lebih baik

Masalah psikologi yang mungkin timbul akibat pembelajaran bahasa kedua akan
diberi perhatian dan layanan.

Guru bertanggungjawab mewujudkan satu persekitaran yang selamat, bebas


menghalakan tenaganya kepada tugas komunikasi dan pembelajaran

9.7

Kaedah Oral-Aural
Pengenalan
Kaedah oral-aural atau kaedah dengar tutur ini merupakan kaedah yang
menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan.

Ciri-ciri

Dialog dianggap realistik dan dilatih tubi secara berulang kali

Dialog dan latih tubi dijalankan secara memberi perhatian kepada intonasi
yang betul

Sebutan penutur jati sebagai objektif kaedah ini

Pita rakaman atau alat audio aural digunakan sepenuhnya bagi mendengar
sebutan yang tepat terutama apabila guru bukan penutur jati.

Alat pandang-dengar (APD) turut digunakan supaya sebutan lebih realistik

27

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

dan bahan latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah
diberi disusun dengan rapi

Sistem tatabahasa diperkenalkan secara induktif

Kosa kata diajarkan dalam konteks yang bermakna

Aktiviti menulis dilaksanakan setelah pelajar menguasai aktiviti bacaan. Bermula


dengan penulisan terkawal, kemudian diikuti penulisan bebas
Tujuan

Membolehkan murid memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa,


iaitu mendengar, bertutur, membaca, dan menulis, tetapi dalam hal ini mendengar
dan bertutur diberi keutamaan

Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya dijadikan asas untuk pembelajaran bacaan


dan tulisan.

Membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam


bahasa.

Tugasan
Perbincangan:

Apakah tujuan penggunaan kaedah audio-aural ?

Bagaimana kaedah ini boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran?

28

Anda mungkin juga menyukai