Anda di halaman 1dari 4

Academic Conference 2013, Universiti Teknologi MARA

30 31 January 2013, DATC, UiTM, Shah Alam, Selangor, Malaysia

Pengusaan Jawi dan al-Quran: Pelajar Pra UiTM Perlis


Siti Fatimah binti Sudin, Abdul Muin bin Abdul Rahman, Mohamad bin Haji Shuib,
Shaiful Annuar bin Khalid, Abdul Rashid Sintha Madar & Norshimah Abdul Rahman
UiTM Perlis,02600 Arau, Perlis. Corresponding author. Tel.: 04-9882144; fax 04-9882123.
E-mail address: fatimsudin@gmail.com

Abstrak: Tulisan Jawi merupakan salah satu warisan bangsa

A. Pengertian Tajuk

Melayu yang harus dipertahankan oleh semua pihak. Pada


Penguasaan Jawi dan Al Quran bermaksud menguasai
masa lampau ia bukan hanya digunakan sebagai alat
persuratan, bahkan turut berperanan sebagai alat kepada
atau menguasakan.
penyebaran ilmu agama. Selain Institution
itu , kebanyakan
hurufAl QuranCity,
dariCountry
segi bahasa berasal dari perkataan
name, Street
address, Postcode
huruf Jawi mempunyai persamaan dengan
huruf-huruf
alberasal al-qiraah, bererti bacaan. Al-Quran dari segi
E-mail:
corresponding.author@email.com
Quran. Penguasaan Jawi juga boleh membantu dalam
istilah ialah kalam Allah SWT sama ada dari sudut lafaz
pengusaan pembacaan al-Quran, selain membacanya adalah
ataupun maknanya yang termaktub dalam mushaf,
ibadah. Kajian ini dijalankan menggunakan soalselidik bagi
diturunkan di dalam bahasa Arab kepada Nabi
meninjau penguasaan Jawi dan pembacaan al-Quran di
Muhammad SAW dengan perantaraan malaikat Jibril,
kalangan pelajar-pelajar yang mengikuti program pengajian
dipindahkan secara mutawatir dan membacanya adalah
pra perdagangan dan pra sains di Universiti Teknologi
ibadah.
MARA Perlis. Hasil kajian mendapati tahap pengusaan Jawi
di kalangan para pelajar adalah sederhana, begitu juga dari
Pelajar program pra bermaksud pelajar di peringkat
segi penguasaan al-Quran secara keseluruhannya berada
pra diploma yang terdiri dari pra sains dan pra
pada tahap sederhana. Kertas kerja ini juga turut
perdagangan. Mereka ini lebih dikenali pelajar di bawah
menbincangkan masalah dan cadangan yang boleh diambil
Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).
bagi tujuan menyemarakkan tulisan Jawi serta
Program ini diperkenalkan sejak dua tahun lalu oleh
memantapkan pembacaan al-Quran.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan telah
Keyword: Pengusaan Jawi, al-Quran, Pelajar program pra

I. PENDAHULUAN
Tulisan Jawi merupakan salah satu warisan bangsa
Melayu yang harus dipertahankan oleh semua pihak. Di
masa lampau tulisan Jawi bukan hanya digunakan sebagai
alat persuratan, bahkan turut berperanan sebagai alat
kepada penyebaran ilmu agama yang berpandukan
sumber rujukan utama iaitu Kitab suci Al-Quran. Selain
itu , kebanyakan huruf-huruf Jawi mempunyai persamaan
dengan huruf-huruf al-Quran. Penguasaan Jawi juga boleh
membantu dalam pengusaan pembacaan al-Quran. Justeru
itu pengusaan Jawi dan al-Quran perlulah diberi perhatian
oleh para pelajar UiTM yang beragama Islam terutama
pelajar-pelajar yang mengikuti program pengajian pra
perdagangan dan pra sains di UiTM Perlis. Ganjaran
berganda dari Allah SWT kepada pembacanya jika dibaca
dengan betul serta dikira ibadah berbanding membaca
kitab-kitab suci yang lain.
II.

PENGUASAAN JAWI DAN AL-QURAN DI


KALANGAN PELAJAR PRA UITM PERLIS

Sejarah pekembangan tulisan Jawi di Nusantara adalah


seiring dengan penyebaran agama Islam yang menjadi
pegangan orang Melayu (Hashim Hj Musa, 1995).
Peniaga Arab, selain menjalankan aktiviti perniagaan,
mereka juga menyebarkan dakwah Islam. Antara kesan
penyebaran dakwah Islamiah ialah penggunaan hurufhuruf Arab sebagai medium untuk berkomunikasi di
Tanah Melayu (Hamdan Abd Rahman, 1999). Tulisan
yang diperkenalkan kepada penduduk Nusantara adalah
huruf-huruf Arab atau sekarang ini dikenali dengan nama
tulisan Jawi. Pada abad ke sebelas hingga ke empat belas,
tulisan Jawi digunakan dengan meluas di seluruh Tanah
Melayu dan Nusantara (Mohd Alwee Yusoff, 2005).
Orang Melayu yang celik huruf pada waktu itu merupakan
golongan yang celik Jawi.

membantu hampir 15,200 pelajar Melayu miskin yang


memiliki
pencapaian
kurang
memuaskan
bagi
menyambung pengajian mereka di UiTM Perlis.Selain
itu, Program Mengubah Destini Anak Bangsa ( MDAB )
dilaksanakan bertujuan
untuk
memberi
peluang
pembelajaran kepada anak-anak petani, pesawah, nelayan
dan kakitangan berpendapatan rendah serta miskin bagi
melanjutkan pelajaran di UiTM dan seterusnya mengubah
destini keluarga mereka. Syarat kemasukkan ialah lulus
SPM dengan minima 3 kepujian termasuk Bahasa Melayu
serta sekurang-kurangnya lulus Matematik dan Bahasa
Inggeris. Yuran pengajian dikecualikan bagi pelajarpelajar yang pendapatan kasar ibubapanya kurang dari
RM2000 sebulan. Tempoh pembelajaran adalah 6 bulan
sahaja. Pelajar-pelajar yang lulus program ini akan
diserapkan ke program diploma UiTM.
B. Kelebihan Al-Quran
Hukum mempelajari dan membaca Al-Quran termasuk
di dalam perkara rukun iman yang wajib dipercayai
kebenarannya dan wajib mempelajarinya. Ijma muslimin
menyatakan wajib mengagungkan Al-Quran tanpa
pengecualian,
serta
wajib
menyucikannya dan
menjaganya. Seterusnya mereka menyatakan bahawa kafir
sesiapa yang mengingkari satu huruf yang telah
diijmakan. Demikian juga jika menambah satu huruf
sedangkan dia mengetahui perkara itu.Allah S.W.T.
menegaskan dalam firmanNya bahawa Al-Quran itu
mudah dipelajari bagi sesiapa yang ingin mempelajari dan
mengingati serta bergaul dengan penuh kesungguhan.
Oleh sebab itu setiap muslim sewajarnya mempelajari dan
membaca Al-Quran dengan sebaik-baiknya supaya tidak
dilaknati oleh Al-Quran.Anas bin Malik pernah berkata:
Ramai orang yang membaca Al-Quran
sedang Al-Quran itu melaknatinya

Membaca Al-Quran dengan baik bermaksud membaca


Al-Quran dengan sebutan yang betul, memahami,
menghayati dan mengamalkan perkara yang diperintah
oleh Allah S.W.T. lebih-lebih lagi dalam perkara fardhu
ain seperti dalam ibadat solat.
Al-Quran juga adalah kitab suci dan pertunjuk yang
berbeza dengan kitab-kitab suci lain yang diturunkan oleh
Allah. Ini kerana kitab suci Al-Quran sahaja yang
mempunyai kelebihan dalam mempelajari dan
membacanya. Allah S.W.T. memberikan ganjaran pahala
berlipat ganda daripada setiap huruf yang dibaca
sekalipun tidak memahami maknanya, sedangkan kitab
suci lain tidak demikian (Siti Fatimah Sudin : 2002).
Manakala mempelajari Jawi dapat membantu seseorang
untuk mudah mempelajari dan membaca al-Quran kerana
huruf-huruf Jawi mempunyai unsur persamaan dengan
huruf al-Quran. Selain itu mempelajari Jawi juga dapat
memartabatkan tulisan Jawi sebagai warisan Melayu agar
tidak hilang ditelan arus kemodenan hari ini (Rozita
Shamsudin et.al : 2012).

(80.6%). Dari segi tahap pendidikan pula tidak ramai


ibubapa responden yang menerima pendidikan melebihi
peringkat SPM. Majoriti responden adalah dari bidang
Pra Perdagangan (67.1%) atau 51 orang. Selebihnya iaitu
32.9% atau 25 orang dari bidang Pra Sains.
JADUAL 1: LATAR BELAKANG RESPONDEN

JANTINA
TEMPAT
ASAL
PEKERJAAN
BAPA
PEKERJAAN
IBU
PDIKAN
BAPA

III. OBJEKTIF DAN METOD KAJIAN


A. Objektif Kajian
a. Mengenalpasti tahap penguasaan Jawi di kalangan
pelajar pra UiTM Perlis
b. Mengenalpasti tahap penguasaan al-Quran di
kalangan pelajar pra UiTM Perlis
c. Mengenalpasti
faktor
persekitaran
dapat
membantu penguasaan Jawi dan al-Quran di
kalangan pelajar pra UiTM Perlis serta cadangan.
B. Metod Kajian
Kajian ini menggunakan metod soalselidik . Sampel
kajian dilakukan terhadap pelajar-pelajar
Program
Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) yang terdiri
dari pelajar-pelajar yang mengikuti program pengajian
pra perdagangan dan pra sains di UITM Perlis. Kaedah
persampelan adalah secara persampelan mudah.
Pengumpulan soalselidik telah dilakukan dengan
mengedarkannya semasa Bengkel Jawi pelajar MDAB
UiTM Perlis pada 11 Ogos 2012 anjuran Pusat Pemikiran
dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM Perlis. Sebanyak
127 borang soalselidik telah diedarkan kepada para
pelajar yang mengikuti kedua-dua program ini. Sejumlah
76 soalselidik telah dipulangkan. Data yang di perolehi
dianalisa menggunakan SPSS versi 15.0 (Statistical
Packages for Social Science) untuk menganalisis secara
sistematik data yang diperolehi.

PDIKAN
IBU

BIDANG
PENGAJIAN
PELAJAR

LELAKI
WANITA
BANDAR
LUAR BANDAR
KERAJAAN
SWASTA
SENDIRI
KERAJAAN
SWASTA
SENDIRI
IJAZAH
PERTAMA &
KE ATAS
DIP/SIJIL
SPM
SRP &
KE BAWAH
IJAZAH
PERTAMA &
KE ATAS
DIP/SIJIL
SPM
SRP &
KE BAWAH
PRA SAINS
PRA
PRDAGANGAN

JU
M
76

52
30
46
16
7
47
4
3
29
5

76

70

36

%
31.6
68.4
39.5
60.5
22.9
10.0
67.1
11.1
8.3
80.6
6.7

75
5
41
24

6.7
54.7
32.0

75

7
38
30

9.3
50.7
40.0

25
51

76

32.9
67.1

B. Tahap Penguasaan Jawi


Dapatan kajian menunjukkan tahap pengusaan tulisan
Jawi di kalangan para responden adalah sederhana iaitu
seramai 56 orang (72.7%) dan hanya 6 responden (7.8%)
sahaja yang mencapai tahap lancar. Manakala tahap
penguasaan bacaan Jawi juga adalah sederhana iaitu
seramai 40 orang (52.6%). Akan tetapi dapatan
menunjukkan sebanyak 33 respondon (43.4%) berada
pada tahap lancar membaca Jawi.
JADUAL 2: TAHAP PENGUASAAN JAWI

TULISAN

IV. DAPATAN KAJIAN


A. Latar Belakang Reponden
Jadual 1 menerangkan ciri-ciri responden yang terlibat
dalam kajian ini. Sebanyak 24 responden (31.6%) adalah
lelaki manakala 52 responden (68.4%) adalah perempuan.
Sebanyak 30 responden (39.5%) berasal dari bandar dan
46 responden (60.5%) berasal dari luar bandar. Dari segi
pekerjaan bapa atau penjaga, majoriti menjalankan
pekerjaan sendiri iaitu 47 orang (67.1%) begitu juga ibu
responden majoritinya menjalankan pekerjaan sendiri

BI
L
24

BACAAN

TAHAP
LANCAR
SEDERHANA
TIDAK
LANCAR
LANCAR
SEDERHANA
TIDAK
LANCAR

BIL
6
56
15
33
40
3

JUM

77

%
7.8
72.7
19.5

76

43.4
52.6
3.9

JADUAL 4: PENGUASAAN AL-QURAN

C. Faktor Mempengaruhi Pengusaan Jawi


Hasil kajian juga mendapati terdapat faktor-faktor
yang boleh membuahkan hasil sekiranya langkah-langkah
untuk memantapkan penguasaan Jawi dijalankan.
Antaranya pandangan responden sendiri. Berdasarkan
kajian, sebanyak 73 orang (97.3%) mengaggap tulisan
Jawi adalah penting. Sebanyak 68 responden (90.7%)
bercadang untuk mendalami tulisan Jawi. Manakala
sebanyak 74 responden (100%) berminat belajar tulisan
Jawi. Majoriti responden juga 65 (91.5%) bersetuju agar
UiTM perlu mengadakan kelas kemahiran Jawi.

JADUAL 3: FAKTOR MEMPENGARUHI


PENGUASAAN JAWI
BIL
IBUBAPA/PENJAGA
ANDA MEMBACA
AKHBAR JAWI
ORANG
DISEKELILING
ANDA
JARANG
MENGGUNAKAN
TULISAN JAWI
ANDA
MENGANGGAP
TULISAN
JAWI
TIDAK PENTING
ANDA
BERCADANG
MENDALAMI
TULISAN JAWI
TULISAN
JAWI
BUKAN
SEBAHAGIAN DARI
BUDAYA
HIDUP
ANDA
TULISAN
JAWI
ADALAH
ASING
BAGI
ANDA BERMINAT
BELAJAR TULISAN
JAWI
UiTM
PERLU
MENGADAKAN
KELAS
KEMAHIRAN JAWI

YA

35

TIDAK

40

YA

65

JU
M

%
46.7

75

85.5

YA

11

14.5

PENDORONG/
MEMBANTU
UNTUK
MEMBACA
AL-QURAN

KAEDAH
MEMBACA
AL-QURAN
YANG
DIGUNAKAN
TAHAP
PEMBACAAN
AL-QURAN

53.3

76
TIDAK

BIL

2.7

KEKERAPAN
MEMBACA
AL-QURAN
SEBULAN

IBUBAPA/
PENJAGA
GURU ALQURAN
USTAZ/
USTAZAH
DI IPT
RAKANRAKAN
USAHA
SENDIRI
IQRA
BAGHDADI

44

HATTAWIY
YAH
LANCAR

JU
M

49
35
9
18
52
23

12

SEDERHAN
A
TIDAK
LANCAR
1 2 KALI
3 5 KALI

57

6 10 KALI
LEBIH DARI
10 KALI

11
12

16.0
75

76.0

8.0

29
22

39.2
29.7
74

14.9
16.2

75
TIDAK

73

97.3

YA

68

90.7

TIDAK

YA

19

75

9.3
25.0

76
TIDAK

57

YA

TIDAK

68

YA

74

TIDAK

YA

65

TIDAK

75.0
10.5

76

E. Faktor Penguasaan Al-Quran


Dapatan menunjukkan 66.2% bersetuju menonton
program berkaitan dengan al Quran boleh membantu
penguasaan al-Quran mereka. 94.8% responden pula
ingin terus belajar menguasai bacaan dan isi
kandungannya. Manakala 72.9 % responden mengambil
inisiatif untuk meningkatkan ilmu bacaan dan 94.8%
mengetahui bahawa membaca dan beramal dengan Al
Quran adalah ibadah.

89.5
100

JADUAL5: FAKTOR PENGUASAAN AL-QURAN

74
91.5

70
8.5

D. Penguasaan Al-Quran
Dapatan menunjukkan tahap pengusaan al-Quran
responden secara keseluruhannya berada pada tahap
sederhana lancar iaitu 57 (76%). Seramai 49 responden
belajar al-Quran melalui guru al-Quran. Kebanyakannya
mempelajari al-Quran menggunakan kaedah Iqra iatu
sebanyak 52 responden. Sebanyak 49 respondon
berpendapat bahawa guru memainkan peranan dalam
membantu pembacaan al-Quran mereka dan 35 respondon
menyatakan ustaz/ustazah di IPT membantu pembacaan
mereka. Selain itu sebanyak 44 responden menyatakan
bahawa ibubapa juga berperanan dalam mendorong
pembacaan mereka. Dari segi kekerapan pembacaan alQuran sebulan, 51 responden (68.9%) membaca al- Quran
tidak melebihi lima kali dalam sebulan.

MEMILIKI
SENASKAH
ALQURAN
MEMILIH
MENONTON
RANCANGAN LAIN
BERBANDING DGN
PROGRAM KAITAN
AL-QURAN
BERMINAT
DGN
TARANNUM
INGIN
TERUS
BELAJAR KUASAI
BACAAN DAN ISI
KANDUNGAN ALQURAN
TIDAK
SEGAN
BERTANYA UNTUK
MEMPERBETUL
BACAAN
MENGAMBIL
INISIATIF TINGKAT
ILMU BACAAN
TAHU BACA &
AMAL
QURAN
IBADAH

YA

BI
74

TIDAK

YA

24

TIDAK

47

YA
TIDAK
YA

62
12
73

TIDAK

YA

65

TIDAK

YA

51

TIDAK

19

YA

73

TIDAK

JU

75

%
96.1
1.3

71

33.8
66.2

74
77

83.8
16.2
94.8
5.2

74

87.8

12.2
70

72.9
27.1

77

94.8
5.2

V. PANDANGAN DAN CADANGAN


Antara faktor-faktor ketidak lancaran penguasaan Jawi
dan al-Quran ialah:
i. Penguatkuasaan- Pengambilan atau kemasukan pelajar
ke sekolah atau IPT tidak menjadikan syarat lulus dalam
Jawi dan al-Quran. Di UiTM pelajar peringkat pra
diploma hanya perlu mengambil pendidikan Islam iaitu
silibus CTU001 tetapi mereka hanya akan mendapat gred
lulus atau gagal. Ia tidak memberi sebarang kesan kepada
silibus-silibus lain jika mereka lulus atau pun gagal.
ii. Kekerapan membaca adalah kurang. Ini dapat dilihat
dari dapatan kajian dalam jadual 4 di atas yang
menunjukkan sebanyak 51(68.9%) respondon, membaca
al- Quran tidak melebihi lima kali dalam sebulan. Perkara
ini boleh mempengaruhi kepada tahap kelancaran bacaan
al-Quran seseorang.
iii. Penguasaan Jawi masih belum memuaskan . Jadual 2
di atas menunjukkan 19.5% respondon berada pada
tahap tidak lancar dalam tulisan Jawi. Ketidak lancaran
ini boleh mempengaruhi kepada tahap pembacaan alQuran responden kerana Jawi ada kaitan dengan alQuran. Dapatan menunjukkan 8% berada pada tahap
tidak lancar. Walaupun 8% dilihat kecil dari segi angka
tetapi kesan kepada pelajar Islam untuk menjadi mukmin
soleh adalah besar.
iv. Faktor persekitaran. Faktor persekitaran juga menjadi
pendorong tertinggi dalam membantu tahap kelancaran
penguasaan Jawi. Jadual 2 di atas menunjukkan 85%,
orang di sekeliling jarang menggunakan tulisan Jawi.
Dapatan menunjukkan guru Quran menjadi sebagai
pendorong utama iaitu seramai 49 orang responden.
Selain itu ustaz/ustazah di IPT juga sebagai pendorong
iaitu seramai 35 orang responden bersetuju.
Cadangan : Beberapa cadangan dikemukan, antaranya
ialah:
i. Mewajibkan subjek Jawi dan al- Quran dan wajib lulus
terutama dalam silibus Pendidikan Islam CTU001 bagi
pelajar pra. Ia merupakan persediaan awal untuk mereka
teruskan pengajian di peringkat diploma.
ii. Semua kakitangan perlu melibatkan diri dalam
menitikberatkan Penguasaan Jawi dan al-Quran serta
dapat membantu persekitaran pelajar untuk meningkatkan
penguasaan Jawi dan al-Quran agar terlahir generasi
celik Jawi dan al-Quran. Ini dapat dibuktikan dari jadual
5 di atas menunjukkan 66.2% bersetuju menonton
program berkaitan dengan al-Quran boleh membantu
penguasaan al-Quran mereka. 94.8% responden pula
ingin terus belajar menguasai bacaan dan isi kandungan
Al Quran manakala 72.9 % responden mengambil inisiatif
untuk meningkatkan ilmu bacaan dan 94.8% mengetahui
bahawa membaca dan beramal dengan Al Quran adalah
ibadah.

iii. Teknik Pengajaran dan Pembelajaran selain


mushafahah (mengadap guru) perlu ditambah agar lebih
menarik dan mudah. Contoh:mengadakan kuiz,
pertandingan khat, menulis, membaca, mereka cipta
grafik atau pembacaan Quran secara digital.
iv. Ganjaran untuk mereka yang dapat menguasai Jawi
dan al-Quran pada tahap lancar perlu diberi perhatian dan
penghargaan.Contoh: memberi sijil penghargaan, hadiah
dan lain-lain sebagai galakan.
VI. KESIMPULAN
Penguasaan
Jawi
boleh
membantu
dalam
meningkatkan tahap pembacaan al-Quran seseorang.
Faktor persekitaran juga perlulah dilihat bagi mendorong
kepada penguasaan Jawi dan al-Quran. Justeru itu pihak
berwajib perlulah memainkan peranan agar tulisan Jawi
dapat dimartabatkan semula dan penguasaan al-Quran
perlu dipertingkatkan supaya lahir generasi celik al-Quran
dan celik Jawi terutamanya di kalangan pelajar pra UiTM
khususnya UiTM Perlis.
RUJUKAN
[1]

`Aidh Abdullah Al-Qarni, Menjadi Umat Yang Berjaya


Membangun Masyarakat Ideal, Kuala Lumpur: Jasmine
Enterprise 2006, m/s 17
[2] Abd Rahman Hamzah et.al Tulisan Jawi sebagai Lambang
Identiti Masyarakat Melayu: Antara Fakta Sejarah dan
Kekeliruan 2012, m/s 217
[3] Haron Din et.al Manusia dan Islam cet.ke 4, Kuala Lumpur:
Percetakan Watan Sdn. Bhd. 1988, m/s 230
[4] Razizi Tarmuji et.al Tahap Pengetahuan dan Amal Solat serta
Pembacaan al-Quran dalam kalangan pelajar UiTM Cawangan
Sabah, 2012, m/s 263
[5] Rozita Shamsudin et.al Usaha Murni Memartabatkan Tulisan
Jawi: Di Kota Bharu, Kelantan, (Membongkar Rahsia
Pendidikan Islam) Brunei:Pusat Penerbitan Kolej Universiti
Perguruan Ugama Seri Begawan, 2012, m/s 263
[6] Sabri Mohamad et.al Kemahiran Jawi Memperkasakan al-Quran
(Seminar Jawi anjuran UiTM0, 2012
[7] Siti Fatimah Sudin, Pembacaan al-Quran di Kalangan
Mahasiswa Melayu: Suatu Kajian di Universiti Teknologi Mara
(UiTM), Shah Alam Selangor , 2002, m/s 20
[8] Wan Ali Wan Mamat, Sejarah dan Pertumbuhan Skrip Jawi
dalam Tulisan Jawi Sehimpunan Kajian, Shah Alam:UPENA,
2006, m/s 7
[9] Kamus Dewan edisi keempat 2010,
[10] Utusan Malaysia m/s L28 (19 November 2012)
[11] http://pemulihantulisanjawi.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai