Anda di halaman 1dari 4

Si Luncai

Selamat pagi dan salam 1 Malaysia kepada yang dihormati juruacara majlis
yang petah berbicara, penjaga masa yang setia mengadili masa, barisan panel hakim
yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang sudi mendengar cerita ini.
Pada pagi ini saya akan menyampaikan cerita yang bertajuk SI LUNCAI
Keceluparan kerap kali mengundang bencana. Kata pepatah, cakap siang
pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Terlajak perahu boleh diundur,
tetapi jika terlajak kata buruk padahnya. Begitulah yang terjadi kepada Si Luncai
akibat daripada kata-katanya, dia dimurkai oleh raja.
Apa tidaknya, ketika menghadap raja, terluncur kata dari mulutnya bahawa
muka raja mirip wajah arwah bapanya. Raja yang zalim itu terasa dipersendakan.
Baginya, mukanya tidak sama sekali boleh disamakan dengan rakyat biasa. Apatah
lagi dengan muka arwah bapa Si Luncai yang miskin dan dipandang hina itu. Tanpa
mempertimbangkan perkara ini dengan adil dan teliti, raja pun menjatuhkan
hukuman. Penghinaan Si Luncai mesti dibayar dengan nyawa. Oleh itu, Si Luncai
dihukum bunuh serta merta dengan decampakkan ke tengah laut.
Namun Si Luncai bukan anak sembarangan. Yang miskin cuma hartanya, bukan
minda dan ketangkasan fikirannya. Otaknya bergeliga dengan pelbagai taktik licik
untuk menyelesaikan masalah. Walaupun telah dihukum mati, namun Si Luncai tidak
gentar dan panik. Sebelum dia dibawa dengan sampan untuk dicampakkan ke tengah
laut, dia sempat membeli sebiji labu yang paling besar. Sejak itu, dia menangis
berhiba-hiba sambil mengusap-usap labu itu.
Selang beberapa ketika, dua orang pengawal istana pun tiba untuk
melaksanakan hukuman. Dengan senjata yang lengkap, mereka berdua bersedia

untuk membawa Si Luncai dengan sampan untuk dihumban ke tengah laut. Menyedari
kedatangan pengawal itu, Si Luncai pun bertambah beria-ia menangis sambil
membelai-belai labunya. Melihat telatah Si Luncai, dua pengawal ini kehairanan lalu
bertanya kenapa kamu menangis dan memeluk labu ini? Si Luncai pun menjawab
hamba terkenangkan arwah bapa hamba, bukankah hamba akan berjumpanya
sebentar lagi.
Melihat perilaku Si Luncai, kedua-dua pengawal berasa kasihan. Lalu, mereka
membenarkan Si Luncai membawa labu itu bersama dalam sampan untuk menuju ke
tengah laut. Sewaktu mereka sedang mengayuh, Si Luncai pun memulakan strategi
untuk menyelamatkan diri. Si Luncai pun meminta kebenaran dua pengawal tadi
untuk menunaikan hajatnya. Arakian pula, pengawal tersebut pun bersetuju.
Si Luncai berasa gembira seraya memberitahu kepada pengawal tersebut
hanya perlu menyanyi. Si Luncai pun menyanyi sambil diikuti dengan pengawal tadi.
Pengawal yang di belakang mengikut rentak lagu seperti ini Si Luncai terjun dengan
labu-labunya manakala pengawal yang dihadapan akan menyanyikan
biarkan. Pengawal

tersebut

pun

mengulang-ulang

nyanyian

Biarkan

tersebut

tanpa

mengesyaki apa-apa.
Senikata lagu itu dilagukan berulang-ulang serentak kayuhan sampan. Semakin
lama semakin rancak seolah-olah lagu tersebut adalah lagu yang paling rancak.
Setelah agak lama, pengawal tersebut pun terleka. Nah, kawan-kawan pada saat
itulah Si Luncai pun terjun dari sampan untuk menyelamatkan diri. Melihat hal itu,
pengawal yang di belakang segera berteriak Si Luncai terjun labunya! Malangnya,
pengawal di hadapan terus menjawab sambil mengikut rentak Biarkan Biarkan.
Dia menyangka, mereka masih dalam latihan nyanyian lagi.

Setelah Si Luncai jauh berenang menyelamatkan diri, barulah pengawal di


hadapan menyedari kejadian sebenar. Tetapi apa boleh buat,Si Luncai telah berjaya
menyelamatkan diri. Mereka pun pulang tanpa memberitahu raja hal sebenarnya.
Apa tidaknya, jika tersilap perhitungan, mereka pula akan dihukum. Si Luncai yang
telah selamat daripada lemas, lari menyembunyikan diri. Namun demikian, hatinya
menyimpan dendam yang sangat mendalam kepada raja yang zalim dan angkuh itu.
Pada hari yang terpilih itu, Si Luncai pun mengenakan baju serba putih yang
lengkap dengan serbannya sekali. Imej yang dipilih adalah imej orang alim lagi
warak. Setelah itu, dengan Si Luncai dengan beraninya pergi ke istana raja. Melihat
Si Luncai datang, terkejutlah seisi istana, kerana tidak menyangka yang Si Luncai
telah hidup kembali. Raja pun keluar dan terjadilah pertemuan baginda dengan Si
Luncai buat kali kedua.

Maka, berjumpalah raja dan Si Luncai. Raja bertanya kepada Si Luncai


kejadian yang berlaku. Si Luncai dengan nada sedih pun menceritakan pengalaman
semasa dicampakkan ke dalam laut. Si Luncai juga ada menyebut tentang nasihat
almarhum ayahanda raja. Secara tiba-tiba raja pun lebih berminat ingin mengetahui
tentang nasihat tersebut. Si Luncai dengan bijaknya mengumpan raja supaya masuk
ke perangkapnya.
Si Luncai tersenyum dalam hatinya. Raja yang zalim tetapi bodoh itu akan
berjaya ditipunya. Dengan penuh minat raja mendengar cerita daripada Si Luncai.
Menurut Si Luncai, baginda mesti masuk ke dalam laut dengan menggunakan peti
yang dilubangi. Sambung si Luncai lagi, raja akan bertemu dengan almarhum
ayahanda raja bila tiba di dasar laut.

Tanpa berfikir panjang, raja pun bersetuju dan mengikut cara Si Luncai. Raja
pun dibuang ke dalam laut dengan menggunakan peti yang berlubang. Apalagi, air pun
masuk dan raja mati lemas. Si Luncai lari menyembunyikan diri dan tidak diketahui
lagi keadaan dan nasibnya selepas itu.
Oleh itu, kawan-kawan.. pengajaran yang dapat diperolehi daripada cerita tadi
adalah dengan keberanian, minda dan kemahuan kita pasti dapat mengalahkan
pemerintah yang zalim. Orang yang boleh ditipu hanya orang yang dungu. Orang yang
boleh digertak, hanya orang yang banyak salah. Kita mestilah memantapkan ilmu
pengetahuan dan mengamalkannya untuk membantu orang lain. Biarlah Si Luncai
terjun dengan labu-labunya!.

Anda mungkin juga menyukai