Anda di halaman 1dari 15

ASSIGNMENT

MEI 2014 SEMESTER

SUBJECT CODE

EIT 632

SUBJECT TITLE

FUNDAMENTALS

OF

INSTRUCTIONAL

TECHNOLOGY

LEVEL

MASTER

STUDENTS NAME

NURHAFIZAH BINTI UTEH

MATRIC NO.

E60105140028

PROGRAMME

E601 MASTER OF EDUCATION

ACADEMIC FACILITATOR

DANIELSON ANAK TAJAK

LEARNING CENTRE

BINTULU SARAWAK

BAHAGIAN A:
INTEGRASI TEKNOLOGI DI DALAM KELAS

Teknologi bermaksud penggunaan pengetahuan ilmiah untuk meningkatkan kualiti


dan cara terhadap sesuatu perkara. Teknologi diperluaskan dalam pelbagai bidang ada abad
ini untuk mempercepatkan proses kehidupan manusia. Integrasi teknologi dalam bilik darjah
telah berkembang dengan pesatnya sejak berdekad yang lalu. Penggunaan teknologi dapat
dilihat sama ada di sekolah kerajaan/ awam ataupun swasta. Wujudnya integrasi teknologi
dalam bilik darjah telah menempatkan pembelajaran secara aktif di kalangan pelajar. Pelajar
menjadi lebih produktif dan pembelajaran menjadi lebih bermakna dan seronok. Ditambah
lagi dengan kewujudan pelbagai gajet berteknologi canggih seperti komputer riba, telefon
pintar, alatan permainan video dan sebagainya.

Saya telah mengajar pendidikan khas (bermasalah pembelajaran) sejak empat tahun
yang lepas. Apabila diimbas kembali, penggunaan teknologi dalam pendidikan khas agak
meluas memandangkan teknologi mampu meningkatkan rangsangan sensori murid
berkeperluan khas. Integrasi teknologi dalam pendidikan khas pada masa kini adalah sangat
penting bagi membantu murid memahami isi kandungan pelajaran. Penggunaan bahan-bahan
dalam pengajaran pendidikan khas terbahagi kepada tiga iaitu bahan-bahan tanpa teknologi,
berteknologi rendah dan berteknologi tinggi. Tanpa teknologi, guru hanya bercakap dan
menggerakkan seluruh anggotanya, berteknologi rendah adalah yang tidak terlibat dengan
peralatan yang berelektronik atau menggunakan kuasa elektrik seperti penggunaan papan
tulis, pen marker dan sebagainya. Penggunaan peralatan teknologi tinggi dalam pendidikan
khas adalah berkaitan dengan peralatan elektrikal yang kompleks seperti computer,
multimedia, LCD dan perisian-perisian pendidikan.

Dalam pendidikan khas, evolusi penyelesaian dalam pengajaran bermula daripada


penggunaan bahan-bahan tidak berteknologi kepada teknologi rendah dan akhirnya kepada
penggunaan teknologi tinggi dalam pengajaran. Integrasi serta strategi penggunaan teknologi
pendidikan adalah boleh dikaitkan dengan penggunaan terhadap murid kurang upaya
intelektual, kurang upaya fizikal, kurang upaya sensori, murid berisiko, dan murid yang
pintar cerdas (talented and gifted). Penggunaan teknologi pendidikan terhadap murid
pendidikan khas berkembang pantas di zaman ICT. Guru perlu cekap dan mahir

menggunakan peralatan teknologi masa kini semasa pengajaran bagi mebolehkan mereka
mengintegrasikan antara pedagogi, kurikulum dan tekologi serentak di dalam bilik darjah.

Harus dikenalpasti jenis teknologi yang relevan digunakan oleh guru pendidikan khas
akan mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran. Contohnya, teknologi bantuan seperti
mesin Braille untuk murid bermasalah penglihatan untuk membantu mereka mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran. Bentuk bahan yang digunakan adalah mengikut jenis dan tahap
masalah yang dihadapi. Penggunaan teknologi memberi kesan kepada aspek kognitif dan
meningkatkan pembelajaran secara koperatif. Guru perlu membuat adaptasi dan menentukan
penggunaan bahan sesuai dengan keadaan muridnya.

Ada beberapa kriteria pemilihan bahan teknologi yang perlu dititikberatkan oleh guru
selain mengambil kira kesesuaian bahan berkenaan. Jika bahan tersebut dapat menjawab
beberapa persoalan seperti di bawah, maka guru tersebut dapat membuat keputusan tentang
pemilihan bahan tekologi bantuan yang sesuai. Empat aspek yang perlu diambil kira ialah
pelajar, persekitaran, tugasan dan bahan/ alat. Kriteria pemilihan adalah:
Adakah hasil kerja yang sedia ada bertambah baik jika menggunakan bahan teknologi
bantuan?
Adakah dengan penggunaan teknologi bantuan, hasil kerja dapat dilaksanakan
mengikut apa yang diperlukan?
Bolehkah teknologi bantuan yang digunakan dapat membantu pelajar menyiapkan
tugasan lebih cepat dari ditunjukkan?
Adakah dengan penggunaan bahan teknologi bantuan dapat meningkatkan kekerapan
pelajar melakukan sesuatu tugasan?
Adakah bahan berkenaan jenis mudah alih dan mudah untuk digunakan?
Apakah ciri keselamatan yang perlu diambil kira semasa menggunakan bahan yang
dipilih?

Pada masa hadapan, saya ingin melihat lebih banyak lagi alatan teknologi dalam
semua kategori yang saya nyatakan tadi diperluaskan dan ditambah baik penggunaannya
dalm proses membantu murid khas bermandiri dan beradaptasi dengan dunia luar. Konsep
pendidikan khas yang cenderung kepada menormalisasikan kehidupan mereka memerlukan
bantuan teknologi untuk membina kepercayaan masyarakat terhadap keupayaan murid khas.
Ini kerana, teknologi telah dibuktikan mampu meningkatkan sensori orang kurang upaya

sekaligus memudahkan segala urusan baik untuk guru dan ibu bapa malah juga kepada murid
itu sendiri. Apabila menyebut tentang masa hadapan, apa yang diharapkan adalah teknologi
yang dibina adalah mampu menjamin masa hadapan individu berkeperluan khas. Sebagai
contoh, alat teknologi tersebut mampu meletakkan mereka sama taraf dengan individu
normal. Penggunaan alatan yang mampu menggantikan objek semulajadi untuk terapi fizikal,
penglihatan, sentuhan dan sebagainya juga diharapkan untuk diwujudkan agar memudahkan
guru untuk menyediakan teknologi bantuan tersebut selain dengan harga mampu milik oleh
setiap sekolah.

Pengetahuan guru terhadap penggunaan teknologi adalah perlu supaya dapat


membantu pelajar berkeperluan khas memaksimakan pembelajaran mereka. Pemilihan bahan
ini merupakan sebahagian daripada perkara yang perlu dijalankan dalam melaksanakan
penggunaan bahan teknologi kepada murid khas. Bentuk hasil pembelajaran hendaklah
diasaska kepada matlamat jangka panjang pembelajaran murid berkenaan.

BAHAGIAN B:
Facebook untuk Pendidik

Justify the need for a School Policy about Facebook

Facebook merupakan satu aplikasi social yang menghubungkan manusia dalam


bentuk jaringan social di alam maya. Terdapat lebih daripada 5 juta manusia menggunakan
facebook untuk pelbagai keperluan sama ada dalam bidang pendidikan, sosial, minat,
perniagaan dan sebagainya. Namun begitu, sesuatu yang seperti ini mempunyai kebaikan dan
kelemahannya yang tersendiri. Oleh itu, adalah wajar untuk menetapkan satu garis polisi
untuk penggunaan facebook di sekolah. Polisi ini harus diwujudkan memandangkan terdapat
pelbagai kes yang berlaku berpunca daripada facebook contohnya, pencabulan kanak-kanak
dan remaja, kes bunuh, fitnah-memfitnah, perpecahan etnik atau kaum, perbalahan tentang
politik, agama serta tercetusnya perang antara dua Negara.

Oleh itu, amat pentingnya untuk mewujudkan polisi tentang penggunaan facebook
dari peringkat sekolah lagi. Dalam mewujudkan polisi ini,beberapa garis panduan hendaklah
dipatuhi. Antaranya, kesesuaian dilaksanakan kepada kumpulan sasaran, mudah difahami,
adil bagi semua peringkat umur serta disebarkan secara luas agar objektif polisi dicapai. Oleh
yang demikian kewajaran untuk perlunya polisi sekolah untuk facebook hendaklah difahami
daripada sudut positifnya.

Antara sebab wajarnya untuk sekolah menetapkan polisi tentang penggunaan


facebook adalah kerana polisi sekolah boleh menyumbang pada iklim pembelajaran yang
sihat. Seiring dengan pembangunan teknologi pada era ini, agak mustahil untuk seseorang
memiliki hanya satu telefon mudah alih dan mempunyai hanya satu akaun facebook.
Penyataan ini juga merujuk kepada anak-anak. Situasi ini akan membenarkan peningkatan
jumlah pelajar yang mendaftar akaun facebook. Oleh itu, agak sukar bagi guru mengawal
penggunaan facebook semasa sesi pengajaran dan pembelajaran jika sekolah tidak
mempunyai polisi untuk penggunaan facebook. Sesi pembelajaran akan terganggu. Dalam
masa yang sama, murid tidak akan menumpukan perhatian di dalam kelas. Ini boleh
membawa kepada penurunan keputusan akademik. Oleh itu, polisi garis panduan untuk ibu

bapa, pelajar dan guru boleh membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran social yang
dinamik.

Seterusnya, sama ada disedari atau tidak, polisi sekolah tentang facebook boleh
membantu memastikan privasi pelajar itu sendiri. Pelajar mungkin tidak menyedari bahawa
mereka juga terdedah kepada perkara yang memudaratkan seperti pembuli siber. Dengan
adanya polisi tersebut akan membantu sekuriti terhadap maklumat peribadi pelajar tersebut.
Pihak sekolah harus mempromosikan dan mendedahkan garis panduan facebook kepada
pelajar. Terdapat beberapa perkara utama yang perlu dipatuhi oleh pelajar jika ingin terus
kemas kini maklumat keselamatan dalam facebook. Berdasarkan artikel Facebook by
Educators oleh penulis Phillip, terdapat 4 tetapan privasi pada facebook yang mana boleh
diubah. Empat tetapan privasi tersebut ialah connecting to facebook, sharing on facebook,
apps and websites dan block lists. Antara empat tetapan tersebut, connecting on facebook
memainkan peranan penting kerana membantu mengawal sesiapa yagn boleh melihat profil
kita di facebook. Tanpa bimbingan yang betul, pelajar mudah memberi maklumat mereka
kepada orang asing. Oleh kerana itu, polisi sekolah untuk facebook wajar diperlukan.

How do you teach students to be good citizens in the digital world?

Pada masa sekarang, terdapat pelbagai isu berkenaan penyalahgunaan media sosial
termasuk facebook. Ini kerana, pengguna tidak mampu mengawal diri sendiri selain tiada
penegasan dan limitasi dalam penggunaan media social. Tanpa mempedulikan tindakan yang
pernah diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab, manusia masih lagi dapat
menyebarkan apa sahaja menggunakan akaun yang tidak diketahui. Oleh kerana itu,
pendidikan tentang bagaimana menjadi masyarakat yang baik dalam dunia digital harus
ditekankan di kalangan pelajar. Terdapat pelbagai cara tentang bagaimana berkongsi
maklumat yang berfaedah dengan rakan mereka.

Pertamanya, adalah perlu untuk guru menerangkan dan mendedahkan pelajar kepada
perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika melayari facebook. Guru yang telah
berjaya membina budaya masyarakat digital yang baik juga akan berjaya mereka satu senario
di mana mereka boleh meneruskan perbincangan tentang tingkah laku ketika atas talian yang
betul dan tidak betul. Mendedahkan pelajar tentang penggunaan facebook terbukti membantu
membangunkan pelajar menjadi masyarakat yang baik dalam dunia digital.

Selain itu, guru-guru boleh menggalakkan pelajar untuk mengingatkan sesama sendiri
dalam komuniti atas talian. Ini membantu menyediakan komuniti atas talian di kalangan
pelajar secara sihat dan selamat. Guru boleh meminta pelajar memberitahu sebarang masalah
yang dihadapi pelajar semasa melayari facebook contohnya masalah peribadi yang di muat
naik di facebook. Ini secara tidak langsung membina sifat tanggungjawab semasa melayari
facebook.

Sehubungan itu, guru boleh menjelaskan kepada pelajar bahawa apa yang mereka
muat naik atas talian dapat dijejaki. Ramai di antara pelajar mungkin tidak menyedari bahawa
apa yang mereka muat naik masih dapat dilaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab
jika mereka ingkar pada polisi. Ini boleh menimbulkan kesedaran antara pelajar dan mereka
tidak akan berani untuk menulis atau memuat naik sesuatu yang kurang betul. Contohnya,
status yang berbaur perkauman atau apa sahaja isu sensitiff dalam komuniti. Kesedaran
seperti ini membantu pelajar mendisiplinkan diri mereka menjadi masyarakat yang baik
dalam dunia digital.

Secara ringkasnya, adalah penting untuk guru mendidik pelajar menjadi masyarakat
yang baik dalam dunia digital dengan melaksanakan pelbagai kaedah seperti yang telah
dibincangkan tadi semasa menggunakan media sosial, antaranya,

perkara yang betul dan

tidak betul, menggalakkan mereka memerhatikan antara satu sama lain dan menjelaskan
kepada mereka bahawa apa sahaja yang dimuat naik boleh dijejaki. Guru mesti
menggalakkan pelajar menjadi masyarakat yang baik bukan sahaja di dunia sebenar tetapi
juga dalam dunia digital.
What are the learning styles 21st century students and the role of Facebook?

Abad ke-21 menghidangkan banyak perkara yang berfaedah untuk pelajar


mempelajarinya. Teknologi moden termasuk media sosial menjadi mudah alih dan
menjadikan perkara lain mudah untuk mereka mengumpul maklumat, berkongsi pengetahuan
dan pencarian ilmu baru. Sebagai contoh, ramai pengkaji membuktikan bahawa facebook
membantu pelajar menyesuaikan pelbagai gaya pembelajaran.

Sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang membazir masa
menjadikan guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk meghabiskan keseluruhan sukatan

pelajaran dalam tempoh yang ditentukan. Perbincangan dterpaksa dibawa ke luar bilik darjah.
Facebook merupakan platform terbaik untuk perkara tersebut. Kumpulan facebook adalah
ruang atas talian yang mana manusia boleh berhubung dan berkongsi dengan orang lain.
Perbincangan boleh dilakukan dalam dunia digital yang mana peljar boleh bekerja secara
kolaboratif dengan guru terutamanya apabila kumpulan dibentuk untuk tujuan perbincangan.
Pada masa yang sama, fakta bahawa facebook membantu membina dan mengembangkan
system sokongan rakan kolaboratif tidak dapat dinafikan. Facebook mempengaruhi gaya
pembelajaran dalam abad ke-21.

Pada masa yang sama, gaya pembelajaran abad ke-21 memerlukan pelajar bekerja
dengan pantas. Ini menunjukkan bahawa pelajar perlu mencari medium untuk mereka
mendapat maklumat dengan mudah dan cepat. Ini dimana facebook memainkan peranan
penting. Apabila kumpulan dibentuk, mudah untuk guru dan pelajar berkongsi apa sahaja
maklumat yang diperolehi daripada rakan sekolah yang lain. Sebagai contoh, pelajar mungkin
memperolehi artikel atau video yang menarik daripada internet. Guru juga memperoleh
faedah daripada kumpulan ini dengan memuat naik soalan untuk belajar yang mana
membantu pelajar mengulangkaji sendiri untuk ujian. Facebook sangat sesuai dengan gaya
pembelajaran abad ke-21.

Facebook telah memudahkan para pengguna kerana sebarang isi kandungan ditukar
format ke dalam bentuk mudah alih. Ciri yang mesra pengguna ini membantu pelajar dan
guru mengakses isi kandungan melalui telefon pintar mereka. Pelajar juga sentiasa kemaskini
dengan sebarang maklumat atau perbincangan walaupun tanpa komputer di sekeliling
mereka. Ini sesuai dengan gaya pembelajaran alaf 21 yang mana pembelajaran dilakukan
dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Pembelajaran berterusan walaupun pelajar
berada diluar bilik darjah. Maklumat yang ditukar ke dalam format mobail menunjukkan
bahawa pembelajaran tidak semestinya berlaku secara formal tetapi juga boleh berlaku secara
tidak formal.

Secara kesimpulannya, facebook sesuai dengan gaya pembelajaran pada abad ke-21
melihat pada banyak ciri yang berguna seperti pages dan groups. Namun begitu,
bergantung juga kepada guru dan pelajar untuk memanipulasi dan mengoptimumkan
penggunaan facebook untuk tujuan pendidikan. Apabila guru dan pelajar boleh menggunakan

facebook untuk pembelajaran, ia akan menyumbang kepada persekitaran belajar yang lebih
baik dan juga pada masa yang sama, matlamat pembelajaran boleh dicapai dengan jayanya.

Bahagian C:

Rancangan pengajaran:

TAJUK

Ciri-ciri fizikal di kawasan gunung berapi

Objektif pembelajaran

1) Menamakan bahagian struktur gunung


berapi dengan cara melabel gambarajah
dengan tepat
2) Mengenalpasti proses

dalam

gunung

berapi berdasarkan gambar dan soalan


multimedia powerpoint dengan betul.
Tempoh masa

60 minit

Aras murid

Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)


-

Kemahiran sedia ada murid

Aras sederhana

Pelajar pernah melihat letusan gunung berapi


di televisyen atau gambar-gambar mengenai
letusan gunung berapi daripada suratkhabar.

Sukatan pelajaran murid

1.4 Mengenal pasti elemen-elemen alam


semulajadi

Subtopik

1.4.1 Alam dan fenomena

Bahan bantu belajar

1. Video gunung berapi. 2. Kad perkataan.


3. Kad gambar 4. LCD. 5. Powerpoint.

Langkah-langkah pengajaran

Set induksi:
1) Pelajar di minta menonton video gunung
berapi yang di tayangkan di skrin putih
dengan teliti.
2) Pelajar di tanya oleh guru mengenai video
yang di lihat.

Contoh soalan:
Guru bertanya kepada pelajar apakah yang di
keluarkan oleh letusan gunung berapi yang
pelajar pernah lihat daripada televisyen.
3)

Pelajar

menjawab

soalan

guru

berdasarkan pemerhatian dan pemahaman


mereka.
4) Pelajar di maklumkan oleh guru mengenai
pembelajaran yang akan di sampaikan pada
hari ini.
Membantu

Murid

Mengingat

Kembali

Kemahiran Sedia Ada

Lava gunung berapi


Lava bes dan lava asid gunung berapi.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada
Murid
Guru melekatkan gambar gunung berapi di
papan hitam dan pelajar melihat seketika
rupa bentuk gunung berapi tersebut.

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada


Murid
1. Pelajar melihat persembahan powerpoint
tentang gunung berapi dengan teliti.
2. Pelajar mencatat isi penting gunung berapi
dari powerpoint dan penerangan guru dalam
buku nota masing-masing.

3. Guru menekankan tentang bahagian


struktur gunung berapi dan meminta pelajar
menyebut nama bahagian tersebut beberapa
kali dan mengingatnya.
4. Pelajar diminta memadankan kad gambar
bahagian struktur gunung berapi dengan kad
perkataan di hadapan kelas secara individu.
5. Pelajar dan guru bersama-sama menyemak
jawapan latihan tersebut.

Ciri-ciri fizikal Gunung Berapi


Ciri-ciri fizikal di kawasan gunung berapi.

Langkah kedua:
1.

Pelajar

melihat

gambarajah

struktur

gunung berapi yang tidak berlabel melalui


persembahan multimedia powerpoint.
2. Pelajar di minta datang ke hadapan untuk
menamakan

semula

bahagian

struktur

gunung berapi.
3. Pelajar

menyemak jawapan mereka

bersama guru.

Langkah 3:
1. Guru meminta pelajar membentuk lima
kumpulan.

2. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada


setiap pelajar dalam kumpulan tersebut.
3. Pelajar-pelajar di minta untuk melabel dan
menyenaraikan bahagian struktur gunung
berapi.
4.

Guru

membimbing

dan

membuat

penilaian.

Latihan dengan Bimbingan


Pelajar

di

minta

untuk

melabel

dan

menyenaraikan bahagian struktur gunung


berapi

sambil

guru

membimbing

dan

membuat penilaian.

Latihan Kendiri
1.

Memadankan kad

gambar

bahagian

struktur gunung berapi dengan kad perkataan


di hadapan kelas secara individu.
2. Menjawab soalan multimedia powerpoint
tentang gunung berapi secara individu.
-

Pelajar di berikan soalan multimedia

powerpoint tentang gunung berapi dan di


kehendaki menjawab soalan secara individu.
- Pelajar dan guru menyemak jawapan yang
betul melalui persembahan multimedia dalam
powerpoint.

Refleksi:

Murid

lebih

mudah

memahami

isi

pembelajaran dengan adanya bahan bantu


belajar yang sesuai serta latihan pengukuhan
untuk membantu murid mengingat. Objektif
tercapai.

Turutan 9 peristiwa pembelajaran Gagne yang diaplikasikan dalam

rancangan

pengajaran:

1) Gain Attention
Sebelum memulakan proses pengajaran dan

pembelajaran, guru menarik perhatian

murid dengan menyayangkan video letusan gunung berapi serta melekatkan gambar
gunung berapi di papan tulis sambil murid dirangsang untuk mengingat kembali apa yang
pernah dipelajari. Guru menggunakan teknik soal jawab dengan murid berdasarkan apa
yang mereka tonton dan lihat. Ini secara tidak langsung menjadikan murid aktif dengan
bantuan bahand multimedia tersebut sebelum memulakan sesi pembelajaran lebih lanjut.

2) Inform learners of the objective


Tujuan seseorang guru memaklumkan objektif pembelajaran kepada murid sebelum
meneruskan sesi pembelajaran adalah merupakan satu mottivasi untuk pelajar
mengetahui apakah tugasan pembelajaran yang harus dicapai. Contoh pada rancangan
pengajaran harian di atas, terdapat dua objektif pembelajaran yang disampaikan oleh
guru tersebut sebelum pergi pada langkah kedua iaitu, murid akan menamakan bahagian
struktur gunung berapi dengan cara melabel gambarajah dengan tepat dan murid akan
mengenalpasti proses dalam gunung berapi berdasarkan gambar dan soalan multimedia
powerpoint dengan betul.

3) Stimulate recall of prior knowledge


Elemen ini penting dalam merangsang ingatan murid terhadap maklumat sebelum ini.
Maklumat baru yang disampaikan oleh guru hendaklah dengan gaya bahasa yang betul
agar dapat merangsang pelajar mengingati pelajaran. Contoh pada sesi pengajaran di
atas, guru membantu murid mengingat kembali kemahiran sedia ada dengan melekatkan
gambar gunung berapi di papan tulis dan pelajar melihat seketika rupa bentuk gunung
berapi tersebut. Kemudian guru mempersembahkan maklumat baru kepada murid untuk
dikaitkan dengan maklumat sedia ada.

4) Present the material


Guru memecahkan maklumat kepada isi-isi penting dalam setiap langkah pengajaran.
Persembahan ini adalah

melalui ciri-cirinya tersendiri sama ada melalui grafik,

persembahan multimedia, persembahan slaid dan gambarajah yang dilekat pada papan
tulis. Contohnya: Guru menarik perhatian murid dengan menayangkan video, membantu
murid mengingat kembali tentang struktur gunung berapi dengan menayangkan gambar
gunung berapi, guru mempersembahkan maklumat baru menggunakan powerpoint
tentang gunung berapi bagi membantu murid mengingat nama bahagian struktur gunung
berapi, guru juga menggunakan kad gambar untuk menguji pemahaman murid.

5) Provide guidance for learning


Dalam setiap langkah pengajaran di atas, guru membantu murid dalam pembelajaran
dengan memberi contoh melalui video tentang gunung berapi, gambarajah yang
ditayangkan melalui powerpoint dan guru membimbing murid menjawab soalan yang
diuji.

6) Elicit performance
Guru akan meminta pelajar memberikan maklum balas sama ada dengan menyoal pelajar
atau memberi latihan melalui soalan ulangkaji pada powerpoint yang disediakan. Murid
terlebih dahulu diberi peluang melihat gambarajah berlabel tentang struktur gunung
berapi.

7) Provide feedback
Selepas membuat sesi latihan, guru akan bersama-sama murid menyemak jawapan
mereka berpandukan gambarajah struktur gunung berapi yang dilekatkan pada papan
tulis. Jika salah, guru boleh membetulkan jawapan murid agar dapt menguatkan ingatan
murid dalam pemindahan maklumat.

8) Assess performance
Fungsi ujian adalah untuk membuktikan keupayaan pembelajaran baru terhadap murid.
Ini penting bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai atau tidak. Guru boleh
mengimbas kembali dan menyediakan latihan tambahan untuk pengukuhan murid.

9) Enhance retention and transfer


Dalam sesi pengajaran ini, elemen mengekal dan mengembangkan pengetahuan tidak
diaplikasikan atas sebab audiens adalah murid pendidikan khas. Biasanya murid jarang

didedahkan untuk mengaplikasikan kemahiran yang baru dipelajari ke dalam situasi yang
baru.

Anda mungkin juga menyukai