Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan Muzik zaman pertengahan

Secara kasarnya boleh dikatakan garis masa Zaman Medieval (zaman pertengahan/Dark
Ages) bermula pada kejatuhan empayar Rom (486 m) sehinggalah bermulanya zaman
pembaharuan atau Renaisance (1400). Dan muzik pada zaman pertengahan pula menjadi
sebahagian daripada kehidupan masyarakat pada masa itu. Muzik tersangatlah popular
ketika perayaan atau perhimpunaan yang melibatkan jumlah yang besar di zaman
pertengahan.
Perkembangan muzik

Penyebaran agama kristian dimana Gereja katedral menjadi pusat perkembangan

muzik pada masa ini


Pekerjaan yang paling penting di biara adalah menyanyi
Inspirasi dari kebudayaan Islam (empayar byzantine)
Bandar-bandar mula berkembang
Tertubuhnya universiti-universiti Pelajar lelaki diajar muzik dengan bantuan gereja
akan tetapi nasib pelajar perempuan adalah disebalikknya.

Ciri-ciri muzik Zaman pertengahan

Kebanyakkan muzik pada zaman pertengahan hanya menggunkan vokal sahaja

Lagu yang selalu dimainkan di gereja adalah lagu gereja (chant) Paling popular
adalah Gregorian Chant bersempena Pope Gregory Benedict The Great.

Orang Islam dan Kristian bermain kecapi (lutes) - Cantigas de Santa Maria of Alfonso X.
Pengenalan Muzik di zaman Renaissance

Zaman kelahiran semula ini merupakan zaman pergerakan budaya yang bermula dari
sekitar kurun ke-14 hingga kurun ke-17. Ia bermula di Itali pada akhir Zaman Pertengahan
dan kemudiannya merebak ke seluruh Eropah. Zaman Pembaharuan melambangkan
kelahiran semula Eropah dari tempoh ketandusan yang agak lama dengan kebangkitan dari
segi perdagangan, penjelajahan, seni ukir, lukisan, muzik dan sains. Pengekplorasian
berlaku secara meluas menyebabkan kebanykkan perkara berkembang pada zaman ini
termasukklah muzik.

Perkembangan muzik

Sifat ingin tahu dan individualiti berkembang


Kuasa mutlak gereja menurun
Percetakan membantu perkembangan muzik
Berlaku persaingan antara pemerintah-pemerintah siapa yang mempunyai komposer
terbaik

Ciri-ciri muzik Zaman pertengahan

Era kegemilangan acapella (nyanyian tanpa bantuan instrumen muzik)


Melodinya sesuai untuk nyanyian
Setiap rangkap mempunyai aturan tersendiri
Irama digubah secara teratur
Pemuzik mendapat status dan bayaran

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA


KAMPUS PUNCAK PERDANA
40150 SHAH ALAM
SELANGOR

FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF & ARTISTIK


IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF
(ANIMASI) KEPUJIAN: CT227
Muzik Dan Kemasyarakatan: CTF442

TAJUK TUGASAN:
Muzik Medieval dan Renaissance

NAMA: MUHAMMAD SYAKIR BIN NORAZHAR


NO. PELAJAR: 2009985181
SEMESTER: 02 (JULAI-DISEMBER 2010)
PENSYARAH : TUNKU MARINA ZUBIR
TARIKH: 19 Ogos 2010

Anda mungkin juga menyukai