Anda di halaman 1dari 17

FAKULTI KEMANUSIAAN, SENI, DAN WARISAN

CM11102 ANALISIS TEKS MUZIK BARAT 1


SEMESTER 1 SESI 2019/2020

PENSYARAH;
PUAN AGNES KU CHUN MOI

TAJUK TUGASAN:
KOMPOSER ZAMAN MEDIEVAL, ZAMAN RENAISSANCE, ZAMAN BAROQUE

NAMA:
NIGEL SHELDON SEAN
(BA19110450)
1.0 PENGENALAN
1.1 ZAMAN MEDIEVAL ( Pertengahan )
Zaman Pertengahan (450-1450) merupakan antara kejatuhan Rom dan permulaan
Renaissance yang berlaku dalam agama Kristian di Barat. Gereja Katolik merupakan
gereja yang telah berkembang menjadi institusi yang sangat kukuh di benua Eropah
pada zaman ini. Zaman pertengahan juga telah termasuk dalam ‘Zaman Chivalry’
iaitu Perang Salib ataupun ‘Wabak Hitam’ dan pada zaman ini juga penubuhan
universiti pertama di dunia telah berlaku. Pertimbangan Muzik adalah amat penting
dalam zaman ini. Zaman pertengahan bermula sebagai nyanyian
monofonik ,kemudiannya sekitar 1000 AD, jenis yang baharu telah muncul yang
terdiri daripada irama, keharmonian dan tekstur yang telah mencapai gaya yang
sangat kompleks dalam tahun 1300-an. Penilaian tentang muzik Medieval ini adalah
sangat sukar kerana jumlah bahan sumber muzik yang terselamat pada zaman ini
adalah terhad oleh kerana beberapa faktor seperti proses untuk pencetakan belum
dicipta. Di samping itu, satu muzik standard sistem notasi pada zaman ini lambat
berkembang dan banyak manuskrip yang berharga yang telah terselamat sehingga
abad ke-20 telah dimusnahkan oleh bom Bersekutu semasa Perang Dunia II. Selain
daripada itu, komposer yang telah muncul pada zaman pertengahan atau komposer
medieval awal jarang dikenali dengan nama namun sebagai terdiri dari beberapa
suara maju. Beberapa komposer telah diperkenalkan oleh orang lain untuk inovasi
mereka. Sebagai contoh, Guillaume De Machaut (1300-1377) dan Perotin ( 1180-
1207 ) yang mempunyai karya mereka yang tersendiri.
Pada zaman medieval, asas untuk amalan teori dan notasi muzik telah ditetapkan
bagi membentuk setiap muzik Barat ke norma-norma yang dibangunkan semas “era
amalan biasa” salah satu tempoh amalan penulisan muzik yang berkongsi dengan
komposer muzik Zaman Baroque dari 1600-1750, contohnya nama tokoh yang
terkenal dalam hal ini ialah J.S Bach. Selain itu komposer muzik Zaman Klasik dari
tahun 1700 seperti W.A Mozart dan pada era Zaman Romantik tahun 1800-an iaitu
Wagner. Perkara yang paling jelas sekali dalam hal ini ialah pembangunan sistem
notasi muzik komprehensif yang membolehkan para komposer menulis melodi lagu
dan instrumental pada kertas manuskrip muzik. Oleh itu terdapat beberapa tokoh
yang telah memberi sumbangan yang sangat besar dalam bidang muzik semasa
zaman pertengahan ini.
1.2 TOKOH : GUILLAUME DE MACHAUT
1.3 LATAR BELAKANG TOKOH
Guillaume De Machaut ( 1300-1377 ), Beliau merupakan seorang tokoh yang sangat
terkenal dalam dua bidang iaitu dalam bidang muzik dan penyair. Beliau telah
dilahirkan di wilayah Perancis Champagne. Selain itu, beliau juga telah belajar dalam
bidang teologi dan menghabiskan sebahagian besar daripada hidupnya dalam
pelbagai perkhidmatan dalam keluarga diraja. Sekitar tahun 1332, beliau menjadi
paderi dan juga setiausaha kepada Raja John iaitu Raja Bohemia, tokoh ini telah
diiringi ketika lawatan dan kempen beliau mengenai ketenteraan di seluruh
Eropah.Bagaimanapun, beliau terus berkhidmat untuk Raja John yang berasal dari
Luxemborg sehingga kematian yang kedua di Crecy pada tahun 1346.Di samping itu,
. Setelah bertahun-tahun masa berlalu, beliau kemudiannya hidup di wilayah Reims
iaitu tempat beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai gereja.
Seterusnya, tokoh ini telah melawat ke pelbagai jenis mahkamah dan
menyampaikan persembahan yang dihiasi dengan gaya muzik serta puisi yang indah
khususnya kepada orang ramai yang ada di tempat tersebut. Machout terdiri
daripada pelbagai gaya dan bentuk. Persembahan dan hasil karyanya telah membuat
beliau diiktiraf sebagai salah satu komposer yang penting pada zaman tersebut.
Malahan, beliau juga termasuk dalam senarai individu yang giat dalam
mengembangkan pergerakan muzik yang dikenali sebagai “ars nova”. Penurunan
gereja pada abad ke-14 jelas boleh dilihat pada era Machout yang terdiri daripada
lagu-lagu sopan dan cinta sehingga mempunyai satu hingga empat penghibur.
1.4 HASIL KARYA
1.4.1 NOTRE DAME MASS
Machaut “ Notre Dame Mass, merupakan salah satu komposisi yang terbaik
sepanjang zaman pertengahan, ia juga mencipta sejarah yang terbesar kerana
mempunyai tekstur polifonik pertama yang biasa digunakan oleh komposer terkenal.
Biasanya, Mass terdiri daripada teks yang tetap yang digunakan dari hari ke hari
sepanjang tahun dalam gereja. Malahan, dalam upacara sembahyang lima waktu
lagu yang dinyanyikan biasanya seperti Kyrie, Gloria, Credo,Sanctus dan Agnus Dei.
Sejak abad ke-14, terdapat lima teks yang telah ditetapkan dan sering digunakan
untuk muzik yang mempunyai tekstur polifonik dan telah memberikan inspirasi
kepada beberapa karya dan panduan untuk suara yang merdu. Dalam aspek ini,
Kyrie dan Gloria dinyanyikan berturut-turut manakala Sanctus dan Agnes Dei telah
dipisahkan dari aktiviti liturgi dengan teks-teks yang terdapat dalam intonasi
Gregorian Chant yang dinyanyikan untuk lagu gereja. Setiap zaman , komposer telah
menghasilkan karya mereka melalui kreativiti dan gaya mereka yang tersendiri. Hal
ini bermakna walaupun karya tersebut sudah berabad lamanya diperkenalkan,
namun ia telah memberikan perkembangan dan pembaharuan yang sangat bernilai
di dalam jangka masa panjang dalam bidang muzik dan gubahannya turut berubah-
ubah.
Seterusnya, The Notre Dame Mass ditulis untuk empat bahagian suara. Cara yang
digunakan oleh Machaut untuk melakukan perkara ini tidak diketahui dan tidak dapat
dijelaskan sepenuhnya, tetapi menurut sumber kajian terdapat empat suara solo
yang telah digabungkan. Empat suara telah dibahagikan iaitu dinyanyikan oleh dua
tenor dan dua bass. Tambahan pula, Notre Dame Mass juga dicipta dalam sekitar
awal tahun 1360-an untuk persembahan Cathederal Reims dan Agnes Dei juga
adalah salah satu tekstur polifonik abad ke-14.Karya ini merupakan sacred atau suci
kerana lagu yang telah disenaraikan di atas digunakan di dalam gereja pada zaman
tersebut.

PENGENALAN KEPADA KITAB


KARYA TERPENTING
“Puis Qu’en oubli sui de vous”
( Oleh kerana saya dilupakan oleh anda, di seluruh tahun 1363 )

Ketika Guillaume De Machaut sudah berumur dalam lingkungan enam puluh tahun,
beliau telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Peronne, gadis tersebut
mempunyai personaliti yang sangat cantik dan juga merupakan seorang sasterawati
muda. Mereka berdua telah berkenalan ketika terlibat bersama dalam bidang syair.
Selama beberapa tahun mereka telah berkongsi puisi dan karya mereka masing-
masing, namun oleh kerana perbezaan umur mereka yang terlalu besar telah
mengakibatkan hubungan mereka berakhir dengan kekecewaan iaitu faktor
perbezaan umur menyebabkab hubungan diantara mereka berdua telah terputus.
Machaut telah mengabdikan cinta dia dan gadis tersebut dalam tafsiran puisi yang
paling panjang iaitu Le Livre Dou Voir Dit ( The Book Of The Poem Benar , 1363-
1365 ) dan juga bersama-sama dengan karya Voir Dit. Karya tersebut mengandungi
puisi lirik dan surat Machaut terhadap Peronne dan sembilan penggubahan muzik,
termasuk lagu Puis Qu’en oubli sui de vous iaitu dalam tafsiran bahasa malaysia
bermaksud “Oleh kerana saya dilupakan oleh anda”.
Lagu ini digunakan oleh Machaut untuk meluahkan perasaannya iaitu “ selamat
tinggal kepada kegembiraan”. Hal ini demikian, kerana dia telah dilupakan oleh
kekasihnya iaitu Peronne. Lagu ini terdiri daripada melodi vokal dan dua bahagian
yang disertakan dalam julat padang yang sangat rendah. Disebabkan ada bahagian-
bahagian yang lebih rendah dan manuskrip pada zaman itu tidak mempunyai teks,
tidak dapat dipastikan samaada lagu ini digunakan bertujuan untuk dinyanyikan atau
dimainkan menggunakan instrumen. Puis Qu’en oubli sui de vous adalah Rondeau
iaitu bermaksud salah satu bentuk utama syair dan muzik sekitar abad ke-14 dan
abad ke-15 di negara Perancis. Puisi tersebut mempunyai lapan baris, masing-
masing berakhir samada dengan salah satu suku kata atau mant ( Boleh rujuk
kepada penyanyi Perancis dalam mempelajari Vocal Muzik Panduan). Selain itu, pada
baris 1-2 membentuk menahan diri poetric, yang mengembalikan garisan 7-8 ,
seterusnya talian 1 muncul lagi sebagai garis keempat.

SUMBANGAN DALAM BIDANG MUZIK


ZAMAN RENAISSANCE
Zaman renaissance ataupun disebut sebagai “ Zaman Pembaharuan” ialah zaman
pergerakan budaya yang bermula sekitar tahun 1400 sehinga tahun 1700. Muzik
yang terdapat pada zaman renaissance ini merujuk kepada muzik tradisi Eropah iaitu
dari sekitar tahun 1400 hingga tahun 1600. Bagi menentukan tarikh yang tepat
mengenai permulaan era muzik pada zaman ini merupakan perkara yang amat
sukar. Hal ini demikian, kerana pertukaran muzik yang mendadak dan diluar
jangkaan yang berlaku pada kurun ke-15. Namun , menurut kajian zaman
renaissance ini bermula di negara Italia pada akhir abad pertengahan dan tersebar
ke seluruh eropah pada zaman tersebut. Karakterristik dan tekstur dari Muzik
Renaissance Tekstur pada zaman ini adalah merupakan perkembangan pesat dari
muzik polifonik. Sebagai contoh, sebuah lagu Choral secara tipikal mempunyai
empat, lima atau enam suara dengan melodi yang sejajar,masing-masing
mempunyai tema melodi yang sama iaitu muncul bergantian seperti muzik canon.
Muzik pada zaman renaissance lebih kompleks dari zaman muzik medieval. Muzik
pada zaman ini bertemakan instanasentris ( Kerajaan ). Selain itu, zaman ini lebih
mementingkan muzik dari vokal berbanding muzik instrumen. Dalam kebanyakkan
muzik pada zaman renaissance atau boleh dikenali sebagai “ Zaman Pembaharuan”
penggunaan interval ketiga sebagai konsonan merupakan sebuah “idiom” atau
kebiasaan jenis muzik yang digemari pada zaman tersebut. Idiom berperanan untuk
menjadikan sebuah muzik itu menjadi stabil dan kaya dalam harmoni.

TOKOH: GIOVANNI DA PALESTRINA


LATAR BELAKANG TOKOH
Giovanni Da Palestrina dilahirkan di kota Palestrina iaitu di bandar Roma yang
termasuk dalam sebahagian dari Negara Kepausan. Pada tahun 1537 beliau telah
mengunjungi Roma untuk pertama kalinya iaitu ketika beliau pergi mendaftar
sebagai anggota paduan suara di St Maria Maggiore Basilika. Beliau telah belajar
bersama dengan Robin Mallapert dan Firmin Lebel. Selain itu, beliau adalah dibawah
pengaruh gaya hidup Eropah Utara yang menggunakan tekstur polifonik dalam
muzik. Beliau juga turut dipengaruh oleh tiga komposer iaitu Franco-Flemish,
Guillaume Dufay dan Josqin Des Prez yang juga telah menghabiskan riwayat hidup
mereka di Roma sebagai seorang komposer yang terkenal. Di dalam negara Itali
belum pernah ada individu yang menghasilkan muzik polifonik seperti Giovanni Da
Palestrina.
Sekitar tahun 1544 hingga 1551, beliau telah menjadi orang yang penting dalam
gereja utama iaitu St Agapito yang berada di kota asalnya. Seterusnya pada tahun
1551 beliau telah menjadi maestro di capella di Capella Giulia, iaitu sebagai paduan
suara paus di St Peter. Hasil karya komposernya yang pertama diterbitkan ketika itu
iaitu buku Misa telah memberikan kesan yang sangat baik kepada Paus Julius III
( sebelum uskup Palestrina ) kerana atas tunjuk ajar direktor muzik iaitu beliau
sendiri di Kapel Julian. Ini adalah buku pertama yang dihasilkan daripada Misa oleh
komposer asli di negara Itali pada zamannya. Sebahagian besar komposer pada
ketika itu menggunakan muzik suci yang berasal dari Low Countries, Perancis,
Portugal dan Sepanyol. Malahan, buku ini telah direkodkan menjadi satu buku oleh
Cristobal de Morales di mana ukiran kayu telah dibuat di depan buku tersebut iaitu
salinan yang hampir tepat dari salah satu buku yang ditulis oleh komposer dari
Sepanyol.
Setelah beberapa dekad berlalu, beliau akhirnya menyandang jawatan yang
serupa dengan Kapel Julian di Kapel lain dan gereja-gereja di Roma, terutamanya St
John Lateran. Sebelum itu jawatan ini disandang oleh Lassus dari tahun 1555 hingga
tahun 1560. Kemudian, disandang oleh St Maria Maggiore dari tahun 1561 hingga
tahun 1566. Pada tahun 1571, Giovanni da Palestrina telah kembali ke Kapel Julian
dan menetap telah di St Peter. Namun, pada sekitar tahun 1570-an beliau telah
menghadapi situasi yang sedih kerana beliau telah kehilangan isterinya dan kedua-
dua anaknya akibat satu wabak yang berjangkit telah menjangkiti mereka. Sejak
peristiwa sedih itu berlaku dalam hidupnya, beliau telah berhasrat untuk lebih
mengutamakan sikah kerohanian di dalam dirinya. Namun , beberapa tahun selepas
kejadian itu beliau telah mengambil keputusan untuk menikah lagi dengan seorang
janda yang kaya raya. Melalui perkara ini beliau tidak lagi mempunyai masalah
kewangan kerana sepanjang beliau tidak menerima bayaran sepanjang menjadi
pemimpin biduan. Akhirnya, beliau mampu untuk menulis karyanya sehingga ke
akhir hayatnya.
Beliau telah meninggal dunia di Roma Pleuristy pada tahun 1594. Pada hari
kematiannya, jenazah beliau telah dikuburkan pada hari yang sama ia meninggal
dunia iaitu di dalam peti mati dengan piring memimpin yang bertulis Libera ( saya
Domine). Lima bahagian suara mazmur menggunakan tiga paduan suara telah
dinyanyikan pada hari pemakamannya.
HASIL KARYA
POPE MARCELLUS MASS ( 1562-1563)
Pope Marcellus Mass merupakan hasil karya beliau yang sangat terkenal, ia telah
lama diiktiraf oleh Majlis Trent sebagai sebuah karya agung milik Giovanni Da
Palestrina. Karya ini mempunyai banyak unsur tekstur Polifonik dan ingin disimpan
dalam gereja untuk penggunaan Ibadah Katolik. Namun perkara tersebut tidak
berjalan dengan lancar kerana Majlis Trent mahukan tayangan teks suci yang lebih
jelas. Ia adalah khusus untuk Marcellus II yang memerintah secara ringkas pada
tahun 1555. Manakala Palestrina hanya seorang penyanyi Choir Paus. Paus Marcellus
Mass ditulis untuk sebuah koir capella atau dikenali dengan enam bahagian suara
iaitu Soprano, Alto, Tenor dua dan Dua asas.

KYRIE
Kyrie kaya dengan tekstur polifonik. Mempunyai enam bahagian yang beriringan
antara satu sama lain, namun kombinasi suara adalah harmoni dan merdu. Kesemua
muzik ini daripada Josquin Ave Maria dan sebahagiannya ada enam bahagian suara
yang digunakan dan bukannya empat bahagian suara. Melodinya elegan dan
melengkung bagi memanggil semangat Gregory Chant. Lagu ini dinyanyikan
mengikut alunan Not agar ia boleh dinyanyikan dengan mudah.

The Kyrie Paus Marcellus Mass ditulis dalam tiga bahagian iaitu :
1. Kyrie Eleison : Tuhan, memberi rahmat kepada kami.
2. Christie Elesion : Kristus, memberi rahmat kepada kami.
3. Kyrie Elesion: Tuhan, memberi rahmat kepada kami

Teks ini adalah pendek, dan liriknya berulang-ulang dengan garisan melodi yang
berbeza untuk menyatakan doa yang tenang.Selain itu, teks ini mempunyai ritma
yang sama iaitu sentiasa berterusan sehingga ke bahagian akhir, semua suara
digabungkan bersama-sama pada chorus dan dinyanyikan bersama selepas itu.
Setiap satu daripada tiga bahagian bermula pada tekstur athin dengan hanya
beberapa suara-suara yang berbunyi, kemudian suara yang lain akan bersama-sama
masuk pada bahagian terakhir teks tersebut.

KARYA PENTING
Semasa abad ke-16, komposer terkenal yang berasal dari Itali ini telah mencapai
kecemerlangan dalam bidang muzik seperti ahli muzik Flemish yang lain seperti
Josquin Desprez. Mereka adalah antara komposer yang paling penting di Itali dan
juga pada Zaman Renaissance Giovanni Da Palestrina sekitar tahun 1525 hingga
tahun 1594 menjadi orang yang sangat penting. Beliau lebih fokus dan menumpukan
sepenuhnya kepada Muzik untuk gereja Katolik. Pada awalnya, kerja beliau berpusat
di Rom, di mana beliau memegang jawatan penting dalam gereja termasuk
pengarah muzik untuk St Peter.
Muzik Palestrina merangkumi 104 orang dan lebih kurang 450 karya suci yang lain
berkait rapat dengan latar belakang Counter-Reformasi. Semasa awal tahun 1500,
gereja Katolik telah dicabar dan dipersoalkan oleh golongan Protestan. Akibat dari
perkara ini golongan Protestan telah dicari untuk membetulkan penyalahgunaan dan
penyelewengan dalam struktur, dan juga untuk mengelakkan filem pada masa
tersebut bertukar ke arah Protestantisme. Hal ini amat memerlukan keteguhan
gereja yang membawa kepada kestabilan gereja. Perintah Jesult ( 1540 ) telah
dikeluarkan dan telah wujud Majlis Trent ( 1545-1563 ) yang membincangkan
tentang soal organisasi.
Dalam perbincangan tersebut, perkara yang telah dibincangkan ialah muzik gereja.
Hal ini demikian kerana orang ramai merasakan keaslian dalam lagu gereja pada
ketika itu semakin pudar dan hilang. Tahun sebelumnya ulama Desiderius Eramus
( 1466- 1536) telah mengadu dan berkata ” Kami telah memperkenalkan muzik
tiruan dan apa-apa yang saya percaya mengenai muzik tidak pernah didengar di
teater Yunani dan Rom, melodi Amorous dan keberahian yang didengari seperti itu
sangat tidak sesuai untuk mengiringi tarian pada sesi majlis”. Malahan, muzik dalam
gereja juga telah dipengaruhi oleh muzik yang berunsur keduniawian kerana ia
menggukan lagu-lagu sekular. Orang yang terlibat dalam aktiviti kerohanian akan
sukar untuk memahami kitab suci akibat daripada perkara tersebut. Oleh itu, mereka
hanya mahu muzik monofonik, Gregorian Chant sebagai lagu kerohanian di dalam
gereja. Akhirnya, majlis itu bersepakat mengatakan bahawa muzik gereja bukan
sekadar memberi kepuasan kosong di telinga orang yang mendengar muzik tersebut
namun untuk memberi inspirasi renungan kepada agama terhadap orang ramai.
Semua hasil karya Palestrina adalah berunsurkan sacred ataupun suci kerana ia
digunakan di dalam gereja dan semuanya ditekankan kepada aspek kerohanian.
Selama berabad-abad, pihak berkuasa gereja menganggap rakyat sebagai model
gereja kerana ketenangan mereka yang berkualiti. Akhirnya, kesempurnaan dan
gaya teknikal Giovanni Da Palestrina telah dijadikan teladan oleh komposer-
komposer rohani pada masa kini.
SUMBANGAN DALAM BIDANG MUZIK
ZAMAN BAROQUE
Zaman Baroque dikatakan bermula pada tahun 1600 hingga tahun 1750. Zaman ini
merupakan zaman yang kurang baik bagi masyarakat di Eropah barat kerana
pergolakan dalam politik, sains dan kesenian telah berlaku dalam kalangan
masyarakat tersebut. Pada zaman ini juga telah berlaku perselisihan faham agama
diantara mahsab Katolik dan Protestants.Selain itu, pada era ini juga telah boleh
dilihat perkembangan kebudayaan kelas pertengahan telah berlaku. Penghasilan
muzik pada zaman ini telah bermula di rumah, gereja dan universiti yang dikenali
sebagai collegium musicium yang sehingga ini masih digunakan di kebanyakkan
kampus. Perkataan ‘Baroque’ sebenarnya berasal dari perkataan portugis iaitu
‘barocco’.
Peralihan zaman Renaissance ke zaman Baroque telah membawa pelbagai
perubahan dalam aspek muzikal. Kecenderungan minat yang dimiliki oleh pencipta
muzik pada zaman tersebut telah beralih daripada tekstur polifonik kepada tekstur
monofonik. Era baroque memperkenalkan stail baru iaitu monody yang bermaksud
nyanyian solo dengan iringan alat muzik instumental. Monody telah dipelopori oleh
artis, penulis dan pemuzik Florentine yang dikenali sebagai Camerata yang
menekankan seni drama muzikal Greek Kuno.Ahli-ahli Camerata amat berminat
membincangkan mengenai le nouve musiche ( muzik yang baru ) yang lebih berstail
dan ekspresif. Ahli-ahli Camerata menyedari bahawa perkara ini bukan sahaja sesuai
untuk digunakan dalam puisi pendek malahan amat berkesan jika digunakan dalam
keseluruhan drama muzikal. Dengan itu, terhasillah satu seni muzikal yang penting
pada zaman Baroque.
Antara ciri-ciri muzik yang boleh dilihat semasa zaman ini ialah tonaliti muziknya
adalah nada major dan nada minor, pertukaran dinamik secara mendadak sama ada
dari bunyi yang kuat ke lembut atau sebaliknya (Crescendo atau
Decrescendo).’Terrace Dynamics’ digunakan terutamanya dalam permainan alat
harpsikod,organ dan muzik vokal. Selain itu, muzik Baroque kebanyakkannya
bertekstur polifonik dan homofonik. Dalam harmoni, penekanan adalah kepada kod
dan bass ( basso contino ) yang mengiringi sesuatu karya. Di samping itu, Orkestra
yang dipersembahkan pada zaman Baroque mengutamakan alat muzik seperti
hapsikod, cello, double bass, violin, viola dan basson. Tambahan lagi alat tiup bras,
alat tiup yang lain dan perkusion dipelbagaikan semasa zaman ini dan kesemuanya
digunakan mengikut keperluan sesebuah karya.

TOKOH: ANTONIO VIVALDI


LATAR BELAKANG TOKOH
Beliau dilahirkan pada tahun 1678 di Venice iaitu di daerah Castello di paroki San
Martino. Tarikh tepat kelahirannya telah direkodkan hanya pada awal 1960-an dan
banyak buku yang telah ditulis mengenai diri beliau mengatakan bahawa beliau
dilahirkan pada tahun 1675. Hal ini demikian kerana penemuan rekod
pembaptisannya di gereja kecil San Giobanni dalam Bragora telah dijadikan fakta
tanpa sebarang keraguan. Rekod paroki menunjukkan bahawa pada 6 Mei 1678
Antonio Vivaldi iaitu anak Signar Giovanni Battista Vivaldi dan juga anak kepada
Camillo telah dilahirkan pada 4 Mac 1678. Antonio Vivaldi telah dilahirkan di
rumahnya, dan pada masa tersebut beliau dalam keadaan yang kritikal dan hampir
tidak boleh diselamatkan.Proses itu telah dibantu oleh seorang bidan yang bernama
Puan Margarate Veronese. Hari itu juga beliau telah dibawa ke gereja diman beliau
telah menerima minyak suci dari seorang paderi yang bernama Giocomo Forancierai.
Seorang ahli perubatan yang bernama Antonio Veccelia dan anak kepada Gerolemo-
an juga antara orang penting yang merawat anak tersebut pada masa itu.
Dalam kenyataan ini jelas dilihat bahawa Vivaldi merupakan anak yang lemah
ketika dilahirkan. Kesihatan beliau telah menjadi masalah yan selalu berulang
sepanjang hidupnya. Namun, kajian yang dijalankan menjelaskan bahawa beliau
mempunyai personaliti diri yang bersikap rendah hati walaupun sebenarnya beliau
dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya. Ayahnya iaitu Giovanni Battista dilahirkan
di Brescia pada tahun 1655 adalah seorang yang bekerja sebagai seorang
penggunting rambut yang merupakan bisnesnya sendiri dan mempunyai kebolehan
bermain alat muzik iaitu Viola.
Antonio Vivaldi merupakan anak sulung daripada enam adik-beradik. Adik-
adiknya yang lain bernama Margarita Gabriel, Cecelia Maria, Bonaventure Tomasa,
Zanetta Ann dan Francesco. Namun kesemua adik-adiknya ini tidak berminat
menjadi ahli muzik kecuali Francesco yang mempunyai pekerjaan seperti ayahnya.
Vivaldi telah menjadi seorang pemuda yang mempunyai semangat tingi dan
mempunyai kebebasan diri selepas beliau dibuang dari Venice kerana menghina
seorang lelaki yang dianggap mulia iaitu Pope pada ketika itu.
Vivaldi telah diberikan pendedahan awal tentang bidang muzik dari ayahnya
sendiri dan para pemuzik yang ada di sekitar San Marco iaitu antaranya Giovanni
Legrenzi yang telah menjadi pemimpin paduan suara gereja di San Marco dari tahun
1626 hingga tahun 1690. Pada usia 25 tahun, Antonio Vivaldi telah dinamakan
sebagai tuan Viola di Ospedale Della Pieta ( Hospital Of Mercy ) di Venice. Beliau
telah melakukan kerja-kerja utama beliau di tempat tersebut hampir tiga dekad
lamanya. The Ospedale adalah sebuah institusi di mana orpans menerima arahan,
kanak-kanak lelaki diajar dalam bidang perdagangan dan para gadis diajar dalam
bidang muzik. Para pemuzik yang paling berbakat menyertai satu persembahan
okestra yang bermain di bawah komposisi Vivaldi termasuk paduan suara agama.
Dibawah kepimpinan Vivaldi , muzik okestra telah mendapat perhatian sehingga ke
peringkat antarabangsa. Pada tahun 1716 Antonio Vivaldi telah dinaikkan pangkat
sebagai pengarah muzik.

HASIL KARYA TOKOH


MUZIK INSTRUMENTAL
Sehingga saat ini, hampir 500 Concerti yang telah dibuat oleh Antonio Vivaldi masih
terkenal. Bahkan, lebih daripada 300 adalah Cocerti untuk instrumen solo dengan
alat muzik bertali okestra dan continuo. Daripada kesemua jumlah ini, kira-kira 230
ditulis untuk Viola solo, 40 untuk bassoon, 25 untuk Cello, 15 untuk Oboe dan 10
untuk Seruling. Namun, terdapat juga Concerti untuk Viola d’amore,
perakam,mandolin dan surat lain. Baki Converto Vivaldi seperti dua kali Concerti iaitu
termasuk 25 Concerti yang ditulis untuk Viola, manakala Concerti Grossi
menggunakan tiga atau solo.
Antonio Vivaldi telah menyempurnakan tiga pergerakan konserto menjadi klasik.
Malah, beliau telah membantu dalam menubuhkan perkembangan yang pesat untuk
memperlahankan tiga pergerakan concerto ini. Selain itu, Vivaldi adalah orang
pertama yang mengambil Concerti secara tetap yang berbentuk Ritornello, di mana
pernyataan yang berulang dengan petikan yang lebih tertumpu untuk menampilkan
alat yang boleh dimainkan secara solo. Petikan solo membuka pelbagai peluang
baharu untuk mengembangkan instrumentalis solo. Pergerakan cepat yang dicipta
beliau untuk dibawa dalam Concerti solo ialah memperdengarkan irama dan
keberanian tema mereka, manakala pergerakan perlahan sering memperdengarkan
Arias yang ditulis untuk instrumen solo. Kesemua aspek yang termasuk dalam
Concerti Vivaldi seperti semangat,tenaga dan lirik memainkan peranan dan kesan
dramatik yang mudah kepada Concerti tersebut. Malahan, Concerti beliau telah
diambil sebagai model bentuk oleh kebanyakkan komposer dari zaman Baroque,
termasuk Johann Sebastian Bachy yang menyalin 10 Concerti untuk instrumen
keyboard. Gaya yang sangat istimewa dalam penulisan Vivaldi untuk Viola solo dalam
Concerti beliau adalah mencerminkan arahan beliau sendiri dengan teknikal cara
beliau menghasilkan karyanya.
Beberapa Concerti Vivaldi mempunyai tajuk yang sangat indah dan istimewa.
Beliau telah menghasilkan karya kitaran Viola Concerti yang berjudul The Four
Season. Perancangan dan prosedur untuk menghasilkan karyanya ini dilakukan
dengan cara yang sangat teliti dan lengkap iaitu setiap concerto menggambarkan
musim yang berbeza iaitu bermula dari musim bunga. Akhir sekali, Vivaldi juga telah
meninggalkan lebih daripada 90 Sonata, terutamanya untuk alat muzik bertali.

MUZIK VOKAL
Pada abad ini , lebih 50 komposisi vokal suci yang dicipta oleh Antonio Vivaldi masih
digunakan dalam bidang muzik. Komposisi ciptaannya itu terdiri daripada lagu pujian
pendek untuk suara solo dan oratorios. Selain itu, komposisi ini juga mempamerkan
aspek kerohanian yang mendalam dan perintah pengisian sama dengan yang terbaik
hasil daripada ciptaan Vivaldi. Kebebasan menghasilkan nada suara dan alat dalam
karya Vivaldi ini sering dikagumi oleh Joseph Haydn dan Wolfgang Amadeus Mozart.
Penghasilan lagu berdasarkan komposisi Vivaldi telah banyak dicipta dalam edisi
moden yang menyebabkan reputasinya semakin meningkat.
Penerimaan aspek sekular dalam kerja vokal Vivaldi telah mendatangkan banyak
masalah. Hampir 50 opera olehnya telah dikenalpasti dan 16 daripadanya masih
dalam keadaan yang baik. Dalam karyanya ini, semua kerja-kerja berpengaruh
dipenuhi dengan melodi menarik dan iringan okestra yang mantap dan kreatif. Walau
bagaimanapun, penonton pada abad ke-20 tidak begitu memahami dan tidak biasa
dengan puisi Baroque dan dramaturhinya kerana masih baru bagi penonton pada
masa tersebut. Akibat daripada perkara itu ia telah menghalang penghargaan
mereka dalam kalangan orang yang bukan istimewa. Namun begitu, Vivaldi Orlando
Furioso telah berjaya dihidupkan semula oleh Civic Opera Dallas pada tahun 1980
dan telah diterbitkan dalam rakaman CD yang kini dipanggil sebagai Dallas Opera.
KERJA PENTING
Beliau telah melakukan banyak kerja yang penting dalam sepanjang kariernya
sebagai komposer lagu. Terdapat 4 tahap dalam karier Vivaldi sebagaimana yang
dikemukakan oleh Frederic Delamea. Tahap yang pertama ialah beliau diakui sebagai
seorang yang mahir dalam muzik instrumental. Pengiktirafan ini diperoleh olehnya
ketika salah satu penerbit yang berasal dari Italia, Sala diikuti oleh penerbit ternama
yang berasal dari Belanda yang bernama Roger telah mencetak 2 opus sonata dan
koleksi revolusioner konserto milik Vivaldi, Estro Armonicio (1711) dan La
Stravaganza (1714). Kerja Vivaldi yang sangat cemerlang ini membuatkan Johann
Sebastian Bach memujinya bahkan Bach sendiri mendapat inspirasi untuk mencipta
karyanya sendiri melalui rujukan daripada karya Antonio Vivaldi.
Seterusnya, tahap kedua dalam perjalanan karier muzik beliau ialah Vivaldi mulai
mengajar di Ospedalle Della Pieta. Tempat tersebut merupakan tempat Vivaldi
bertugas sebagai seorang guru muzik. Pada masa tersebut, beliau telah membantu
murid-muridnya untuk membeli alat-alat muzik di bawah pimpinanya dalam sebuah
okestra milik beliau sendiri. Vivaldi juga berhasil membekalkan para penghuni
Ospedalle Della Pieta untuk mempunyai paduan suara dan berkemampuan bermain
alat muzik dengan sangat baik. Hasil daripada kerja kerasnya untuk mendidik para
penghuni di tempat tersebut membuahkan hasil apabila mereka semua menampilkan
kualiti dalam bermain muzik pada tahap yang tinggi.
Dalam tahap ketiga, selain daripada muzik Vivaldi juga mulai terjun ke dunia teater
dengan operanya sendiri. Opera pertama beliau ditampilkan pada bulan Mei 1713 di
Vicenza iaitu Ottone in Villa. Dalam persembahan tersebut, Vivaldi membuat ramai
orang terpegun kerana beliau telah mengambil alih teater San Angelo dan San
Moise. Malahan, beliau juga telah menulis Teuzzone dan Tito Manlio pada tahun
1719. Dalam suatu lembaran ada tertulis “ Muzik yang dibuat Vivaldi, dibuat dalam
masa lima hari”. Lalu pada tahun 1720-an, giliran La Conduce O Siano Li Veri Amici
yang ditampilkan.
Tahap yang terakhir iaitu tahap keempat dalam kariernya ialah beliau telah
memperkembangkan kegiatan muziknya sebagai seorang komposer peribadi. Pada
waktu tersebut, Vivaldi menerima banyak tugasan untuk komposisikan satu muzik,
biasanya pesanan tersebut adalah dari golongan bangsawan. Malahan, Raja Louis XV
dari Perancis juga pernah meminta beliau untuk menulis sebuah komposisi muzik.
Salah satunya ialah Serenade La Sena Festeggiante ( Festival di Sungai Seine ) yang
ditulis pada tahun 1720.
TOKOH: GEORGE FREDERICK HANDEL
LATAR BELAKANG TOKOH

Anda mungkin juga menyukai