Anda di halaman 1dari 1

NAMA

: NURUL IZATTIE BINTI MUHAMMAD ADAM

TAJUK KAJIAN : KIT-T MEMBANTU MURID TAHUN 5 MEMAHAMI DAN


MENGINGAT CARA BERTAYAMMUM DENGAN MUDAH

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan pemahaman dan daya


ingatan murid mengenai cara bertayammum dengan menggunakan kit
tayammum yang mengandungi sarung tangan berwarna serta manual
penggunaanya yang menarik minat murid. Peserta kajian terdiri daripada 4
orang murid Tahun 5 dari Sekolah Kebangsaan Daerah Banting, Selangor
Darul Ehsan. Dalam kajian ini, metod pengumpulan data yang digunakan
ialah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen bagi mendapatkan datadata penting sebagai dapatan kajian. Hasil analisis data yang telah dibuat
mendapati terdapat peningkatan daripada aspek pemahaman, ingatan dan
penglibatan murid terhadap cara bertayammum selepas menggunakan kit
tayammum yang menarik. Keputusan kajian menunjukkan bahawa
penggunaan kit tayammum yang mengandungi manual bergambar dan
sarung tangan berwarna amat membantu murid untuk memahami dan
mengingat cara bertayammum yang betul dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai