Anda di halaman 1dari 17

PENGENALAN

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit
kambing.

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai
kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini,
gelung plastik turut digunakan.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada
sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan
sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Paku besi

Benang
merah

Rajah 1: Struktur kompang


1

Kompang boleh diperolehi dalam saiz yang berlainan mengikut umur tertentu. Antara saiz
kompang yang mengikut peringkat umur pemain adalah seperti berikut:

Saiz (cm) Umur (tahun)


30 cm 12 tahun dan ke bawah
32.5 cm 13 dan 14
35 cm 15 dan 16
37.5 cm dan 40 cm Orang dewasa
Rajah 2 : Kompang pelbagai saiz

Rajah 3: Struktur kompang Saiz 13

SEJARAH KOMPANG

Kompang dikatakan berasal dari negara Arab dan Timur Tengah. Pendirian ini disokong dengan
dua pendapat:

Pendapat pertama:
Bentuknya sama dengan hadrah yang menyerupai kompang yang terdapat di negara Arab.
Pendapat kedua :
Lirik lagu yang dimainkan selalunya dalam bahasa Arab , contohnya Selawat Memuji
Rasulullah SAW.

Permainan kompang dibawa oleh pedagang Arab yang datang berdagang ke Nusantara. Ia
digunakan untuk menarik perhatian pembeli terhadap perniagaan mereka. Dipercayai permainan
ini menjadi ikutan masyarakat tempatan dan seterusnya berkembang sehingga kini.

Manakala permainan kompang berkembang ke Tanah Melayu akibat imigrasi masyarakat Jawa.
(Abdul Latif Ali,1980:12)

PEMBUATAN KOMPANG
Proses membuat kompang terbahagi kepada 4 langkah iaitu menyediakan baluh, menyiapkan
belulang, mengulit dan proses sentuhan akhir.

Menyediakan baluh
Pada kebiasaannya, kayu yang dipilih untuk membuat baluh ialah kayu daripada leban,
cempedak, sena dan pulai. Ada juga yang berpendapat bahawa kayu pokok nangka merupakan
kayu yang terbaik untuk membuat baluh kerana ia keras tetapi lebih ringan. Kayu yang dipilih
akan dipotong berbentuk segi empat mengikut saiz kompang yang bakal dihasilkan dan dipanggil
kabung. Kabung perlu direndam di dalam air untuk beberapa lama bagi membunuh serangga di
dalam kayu dan bagi memastikan kayu tersebut sudah cukup baik untuk dijadikan kompang.
Setelah itu, kabung akan dijemur supaya kering. Seterusnya, kabung akan dipotong berbentuk
hampir bulat dan dipanggil bakal sebelum diletakkan pada mesin untuk diukir.

Rajah 4: Kabung

Rajah 5: Membuat bulatan pada kabung menggunakan penanda

Rajah 6: Bakal

Rajah 7: Proses membuat baluh


Menyiapkan belulang
Belulang dibuat daripada kulit kambing. Kulit kambing dicuci dan dibersihkan dengan bahan
kimia untuk membuang kotoran dan menghilangkan bau. Sejenis berus lembut yang diperbuat
daripada sabut kelapa digunakan untuk membuang semua lemak dan darah yang melekat pada
kulit. Kemudian, kulit kambing akan dijemur dibawah cahaya matahari selama beberapa hari
untuk kering sepenuhnya.

Rajah 8: Belulang yang

diperbuat daripada kulit


kambing yang dikeringkan

Mengulit
Sebelum proses mengulit dilakukan, bulu yang terdapat pada kulit kambing perlu dibuang
dengan menggunakan pisau khas. Belulang yang telah dibuang bulunya akan direndam di dalam
air yang dicampur peluntur agar lebih lembut dan kenyal. Seterusnya, belulang yang lembut dan
lembab itu akan dilekatkan kepada baluh dengan menggunakan simpai. Simpai digunakan untuk
klip dan memegang belulang semasa proses penegangan.

Sentong dengan enam atau tujuh cakuk besi digunakan untuk memegang simpai bagi
memastikan ketegangan belulang. Baluh diletakkan di atas sentong dan dicakuk pada cakuk besi
di sekeliling simpai. Sekeping papan berbentuk bulat yang dipanggil lapik dimasukkan di antara
baluh dan sentong. Kemudian, pasak pula dimasukkan antara baluh dan sentong untuk
menegangkan bahagian kepala kompang. Belulang diketatkan lagi dengan mengetuk pasak ke
dalam antara lapik dan sentong. Bagi memastikan bahagian kepala diketatkan dengan cukup
kuat, pembuat kompang pada kebiasaannya akan memijak atas belulang selama beberapa kali
sambil memaku pasak ke dalam menyebabkan menyebakan tahap ketegangan belulang ke tahap
6

maksimum. Belulang yang masih tegang pada sentong kemudian dijemur di bawah cahaya
matahari selama lebih kurang dua jam. Kemudian, belulang akan diketatkan lagi dengan proses
yang sama sekali lagi.

Proses sentuhan akhir


Bagi memastikan kompang yang dihasilkan kelihatan menarik, bahagian luar kepala kompang
akan digosok menggunakan kertas pasir bagi menghasilkan permukaan yang licin dan cantik.
Benang merah turut dililitkan bersama paku besi pada sekeliling baluh untuk menutup hujung
belulang dan paku. Akhir sekali, baluh akan disemburkan dengan varnish supaya kelihatan
berkilat dan cantik.

Rajah 9: Kompang pelbagai

saiz

FUNGSI KOMPANG
Persembahan kompang ini mempunyai pelbagai fungsi dan peranan. Pada asasnya, ia bertujuan
untuk memeriahkan sesuatu upacara. Sungguhpun demikian, fungsi permainan ini turut
mengalami perkembangan mengikut masa. Antara fungsi permainan kompang ialah;

1. Mengiringi aktiviti vokal seperti nyanyian solo atau kumpulan secara ensemble (nasyid,
marhaban)
8

2. Mengarak pengantin, kanak-kanak berkhatan, berkhatam Quran, dan upacara rasmi yang
melibatkan pembesar
3. Menjadi elemen permainan lain seperti orkestra, lagu etnik kreatif, cak lempong, cak lempong
pacik dan gamelan.
4. Untuk merangsang semangat pasukan yang bertanding, contohnya pasukan bola sepak bagi
memeriahkan acara sukan serta membuat gimik sorakan.
5. Pertandingan paluan kompang dan kompang formasi
6. Permainan kompang biasanya dapat dilihat dan dimainkan oleh persatuan atau kumpulan
dalam sesebuah kampung, sekolah-sekolah, pusat pengajian tinggi, yayasan kesenian negeri,
serta institusi-institusi kerajaan bagi mengekalkan keaslian permainan muzik tradisional Melayu.

Persembahan kompang diketuai oleh seorang pemimpin. Tugas pemimpin ialah untuk
memulakan dan menamatkan sesuatu permainan dengan arahan atau lakuan tertentu.
TEKNIK PERMAINAN
Pegang kompang dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi memukulnya. Kompang
boleh dimainkan secara duduk atau berdiri. Pada asasnya, kompang menghasilkan dua bunyi
iaitu pak dan bunyi bung. Pukulan pak mestilah lebih berat daripada bunyi bung.

Bunyi pak dihasilkan apabila bahagian tengah kompang dipalu dengan tapak tangan sambil jari
tangan terbuka. Kekuatan bunyi adalah hasil daripada pukulan tapak jari. Untuk menghasilkan
bunyi yang tepat, sentuh tapak ibu jari dan jari anak mendahului jari yang lain semasa memukul.
9

Bunyi bung dihasilkan apabila bahagian tepi permukaan kompang iaitu 1/3 daripada permukaan
dipukul dengan jari. Manakala kesemua jari berkeadaan tertutup semasa membuat pukulan. Sila
rujuk posisi dan cara memegang kompang.

Rajah 10: Posisi pertama teknik pegangan kompang

Rajah 11: Posisi kedua teknik pegangan kompang

10

Rajah

12:
Posisi ketiga teknik pegangan kompang

Rajah 13: Pelbagai cara pukulan kompang


POSISI PEMAIN KOMPANG
Permainan ini dipersembahkan secara beramai-ramai atau ensembel. Biasanya dimainkan oleh
kira-kira 10 hingga 20 orang. Posisi pemain semasa persembahan kompang adalah sama ada
secara duduk atau berjalan sambil berarak.
Susunan pemain kompang

11

Rajah 14:

Susunan
pemain kompang

Terdapat tiga paluan digabungkan untuk menghasilkan paduan bunyi yang berharmoni. Tiga
kumpulan paluan tersebut dipanggil Melalu, Meningkah dan Menyilang. Fungsi paluan ini
adalah seperti berikut;
Kumpulan Melalu memainkan rentak asas.
Kumpulan Menyilang memainkan rentak silihan (up beat) kepada pukulan Melalu.
Kumpulan Meningkah menjadi penghias rentak yang dimainkan paluan antara kumpulan
Melalu dan Menyilang.

Setiap persembahan kompang terdiri dari tiga bahagian pukulan iaitu;


Pukulan Mula untuk memainkan sesebuah lagu
Pukulan lagu dan
Pukulan Mati untuk mengakhiri sesebuah lagu.

12

PERMAINAN KOMPANG
Permainan kompang terbahagi kepada beberapa jenis. Antara jenis-jenis kompang ialah:
a. Kompang Hadrah ( Negeri Perak )
b. Kompang Johor / Jawa
c. Kompang Eizhar ( Negeri Selangor )
d. Kompang Kelalang ( Negeri Melaka )

Kompang Hadrah (Perak)


Hadrah berasal dari perkataan Arab yang bermakna 'berdikir dengan paluan gendang'.Hadrah
merupakan salah satu muzik tradisional bagi masyarakat Melayu. Hadrah juga adalah dijadikan
sebagai drum yang digunakan terutamanya sebagai iring untuk menyanyi memuji agama Islam.
Hadrah mempunyai erti serta hubungan dengan unsur-unsur agama.
Adalah dipercayai bahawa hadrah mula-mula diperkenalkan kepada penduduk Kampung Melayu
Asli di Kuala Belait, oleh beberapa orang pekerja dari Sarawak, iaitu di awal tahun 1930. Mereka
bekerja di British Malayan Petroleum Company. Pada zaman tersebut, bermula permainan
hadrah di kalangan kanak-kanak pada masa lapang selain daripada menghadiri kelas mengaji.

13

Selain daripada itu, Rosli bin Murni mengatakan bahawa hadrah dikembangkan dari negeri jiran
iaitu Sarawak yang disebut sebagai 'Orang Kuching' dan melalui kunjungan orang atau peniaga
Brunei ke Negeri Sarawak. ( Rosli Bin Murni : 1984 : 2) Hadrah yang dibawa dari negeri
Sarawak ini merupakan salah satu alat muzik rampana. Begitu juga dengan hadrah mempunyai
tiga bahagian iaitu : kompang, rebana dan tar. Tar merupakan alat muzik yang digunakan dalam
persembahan hadrah di Negara Brunei Darussalam.

Kompang Eizhar (Selangor)


Kesenian EZHAR pada asalnya adalah daripada Kesenian Silat yang berasal daripada Pulau
Bentan, Sumatra Indonesia. Dari Bentan, Kesenian Silat ini telah di bawa ke Bukit Raden Mas,
Singapura oleh Pakguru Kang Munaji bin Muhammad.

Di Singapura Kesenian Silat EZHAR ini telah di pelajari oleh Pakguru yang kedua iaitu Pakguru
Kang Jasman bin Abdul Rahman. Pakguru Kang Jasman kemudian telah menyambung usaha
untuk mengembangkan Kesenian Silat ini di Singapura, diantara anak muridnya ialah Muhamad
bin Khalil dan Haji Ramli bin Haji Dawam.
Setelah tamat mempelajari Kesenian Silat, anak-anak murid Pakguru Kang Jasman telah sepakat
untuk menubuhkan satu lagi cabang seni iaitu Kesenian KOMPANG. Setelah di restui oleh
Pakguru Kang Jasman, maka Kesenian KOMPANG EZHAR ditubuhkan.

14

Rentak Pukulan yang terdapat dalam Kompang EZHAR adalah terdiri daripada gabungan
pukulan-pukulan kompang yang terdapat di Singapura pada masa itu. Sebahagian besar daripada
zikir-zikir EZHAR dipetik dari sebuah kitab lama yang bernama Diwanul Hadrah.

Nama kesenian ini pada mulanya dikenali dengan panggilan Esha iaitu singkatan bagi perkataan
Setia Hati dan Suci Hati (S.T) yang di sebut dalam Bahasa Indonesia. Apabila sampai di
Singapura kesenian ini telah dikenali dengan sebutan EZHAR.

Dari Singapura Kesenian EZHAR ini telah di bawa ke Melaka oleh Pakguru Haji Ramli Bin
Haji Dawam di satu tempat yang bernama Kampung Sungai Duyung. Dari Melaka Pakguru Haji
Ramli Bin Haji Dawam telah mengembangkan kesenian ini ke Kampung Cendana Kuala
Lumpur.

Bermula daripada sini, maka berkembanglah Kesenian Kompang EZHAR ke seluruh Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor khasnya serta seluruh Malaysia amnya.

PENJAGAAN KOMPANG
Kompang dalam simpanan seharusnya dikendurkan permukaannya. Sebelum memulakan
permainan kompang, permukaannya perlu ditegangkan dengan sedak. Kompang yang basah
seharusnya dijemur sehingga kering supaya tahan lebih lama.
15

Semasa dalam simpanan juga, kompang perlu diletakkan dengan berkeadaan muka kompang
bertindan dengan permukaan lain dan disusun di rak atau almari yang sesuai. Ini untuk
mengelakkan kerosakan muka kompang apabila ditindani oleh baluh kompang.

PENALAAN KOMPANG
Penalaan kompang bertujuan untuk meninggikan ton bunyi kompang dan menegangkan
permukaannya dengan menggunakan sedak. Sedak boleh dibuat daripada rotan atau wayar
plastik. Sedak ditolak dengan kayu sedak di sekeliling bahagian dalam, di antara baluh dan
belulang kompang.

Rajah 15: Memasukkan sedak


KESIMPULAN
Permainan kompang merupakan permainan tradisional yang wajar dipelajari oleh generasi masa
ini. Hal ini kerana permainan tradisional seperti kompang merupakan khazanah budaya yang
tidak ternilai harganya. Secara intihanya, semua permainan tradisional bukan sahaja kompang

16

harus dilestarikan supaya tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Jika semua pihak
bersikap acuh tak acuh dan hanya melepaskan batuk di tangga, khazanah budaya kita pasti akan
lenyap di bumi kita. Ingatlah peribahasa, Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna.

17

Anda mungkin juga menyukai