Anda di halaman 1dari 6

Tugasan 2 : Menyampaikan satu pidato bertajuk Penerapan Nilai Murni

dalam Bilik Darjah Membentuk Insan Berintegriti.

Selamat pagi saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi


Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, guru-guru, rakanrakan dan seterusnya hadirin sekalian.
Berdirinya saya di atas persada indah dalam dewan ini pada pagi yang
mulia ini, tidak lain, kerana ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk, "
Penerapan Nilai Murni dalam Bilik Darjah Membentuk Insan Berintegriti. Nilai
murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila
individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan
Mohd.

Zahid

mentakrifkan

nilai

murni

sebagai:

"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati


dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni
sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi
tujuan semua agama untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi
baik dan berakhlak mulia" (Wan Mohd. Zahid, 1988).
Nilai murni merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh pelajar
dan masyarakat. Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali secara
rasminya diberi penekanan ialah melalui Lapuran Kabinet (Laporan Mahathir
1979). Semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin Kementerian
Pendidikan, beliau membuat pernyataan mengenai FPN & KBSM yang mana
menyelitkan isu-isu nilai murni untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar dan guruguru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, bukan sahaja dari
segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani.
Saudara saudari yang dihormati sekalian,
Beberapa kajian lepas yang telah dibuat mendapati masih kurangnya
penerapan nilai murni dilakukan oleh guru-guru di dalam bilik darjah ( Wan

Hasmah Wan Mamat,2002, Ab. Malim Tamuri dalam Ab. Halim Tamuri dan
Jaafari Awang, 2005, Waddock, 2005, Habsah Ismail et.al, 2007) Kurangnya
penekanan nilai -nilai murni dalam kalangan guru akan menimbulkan kurangnya
kefahaman dan penghayatan nilai murni dalam kalangan pelajar. Tanpa proses
menerapkan nilai murni ke dalam mata pelajaran yang diajar, cita-cita untuk
melahirkan generasi cemerlang dalam semua aspek tidak akan berhasil kerana
melalui penerapan nilai murni dalam pendidikan mampu mendidik insan yang
rasional, amanah, bertimbang rasa, bertanggungjawab dan memiliki sifat-sifat
mulia yang dipersetujui agama dan masyarakat. Oleh itu, tanggungjawab bagi
mendidik dan memupuk nilai-nilai murni tidak boleh diambil ringan.
Hadirin sekalian,
Dalam konteks profesionalisma keguruan, seseorang guru harus mempunyai
sikap amanah. Cara untuk menerapkan nilai murni dalam diri pelajar ialah dalam
pengajaran guru di dalam bilik darjah, guru perlu melaksanakan setiap tugas
yang diamanahkan sama ada oleh pihak kementerian, jabatan, sekolah dan
masyarakat selagi ia berkaitan dengan profesion seorang guru. Misalnya, jika
Guru Besar mengamanahkan guru tersebut untuk berusaha meningkatkan
prestasi muridnya dalam pelajaran, guru tersebut hendaklah berusaha sedaya
upaya untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, guru perlu menerapkan nilai
amanah dalam diri murid. Guru perlu menegaskan kepada murid supaya
sentiasa menyiapkan tugas yang diamanahkan dengan jujur iaitu tidak meniru
tugasan atau kerja rumah daripada rakan-rakan mereka. Dengan cara ini, guru
dapat mengetahui dan mengesan sejauh mana murid faham dengan pelajaran
yang disampaikan melalui hasil tugasan yang disiapkan oleh murid sama ada
berkualiti atau tidak.
Setiap profesion yang diceburi memerlukan seseorang itu beretika dalam
proses melaksanakan tugasnya. Tanpa etika dalam kerja atau tugas yang
dilakukan, ia boleh menjejaskan matlamat dan kepentingan sesuatu organisasi.

Bayangkan seseorang yang tidak mengamalkan nilai etika di sekolah, apakah


pandangan atau tanggapan murid, rakan sejawat, pihak pentadbir dan
masyarakat sekeliling. Sudah ia tentu akan mewujudkan pelbagai tanggapan
buruk terhadap guru tersebut yang secara tidak langsung akan menjejaskan atau
mencemarkan nama baik sesuatu organisasi khasnya nama baik sekolah,
jabatan. Semasa pengajaran di dalam kelas pula, guru juga perlu mengamalkan
nilai

etika

ketika

melaksanakan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran.

Contohnya di dalam kelas, guru tidak seharusnya memalukan atau mengaibkan


murid di atas kesalahan yang dilakukan dengan menghukum atau mendenda
murid tersebut. Hukuman atau denda yang diberikan oleh guru terhadap
muridnya perlulah berlandaskan etika keguruan yang sewajarnya. Etika penting
dalam membentuk murid yang berintegriti kerana mereka akan menjadi teladan
murid lain.
Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,
Sebagai guru, sikap saling hormat-menghormati di antara satu sama lain
baik di antara rakan sejawat, dengan murid-murid dan masyarakat sekeliling
harus ada pada seseorang guru. Apabila kita sentiasa mengamalkan sikap
hormat-menghormati, ia dapat melahirkan sikap saling mempercayai di kalangan
ahli sesuatu kumpulan, pertubuhan atau pun sesuatu organisasi. Guru juga perlu
menunjukkan sikap hormat-menghormati terhadap murid-muridnya. Ini penting
bagi mewujudkan perhubungan yang akrab dan mesra di antara guru dengan
murid-muridnya. Dengan wujudnya perhubungan yang mesra akan dapat
melahirkan komunikasi yang baik di dalam bilik darjah yang secara tidak
langsung dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran dengan
berkesan dan lebih bermakna. Wujudnya kemesraan di antara guru dengan
murid dalam proses pengajaran dapat menghilangkan ketakutan murid terhadap
gurunya. Murid-murid juga akan mengamalkan sikap hormat-menghormati dalam
tidak kira mana mereka berada.

Selain itu, nilai murni juga dapat diterapkan melalui mata pelajaran. Dalam
pendidikan , penerapan nilai murni berlaku secara langsung dan tidak langsung.
Bagi strategi yang mempunyai kaitan langsung dengan isi pelajaran, pendekatan
kognitif dalam bentuk perbincangan dapat dilakukan. Fakta-fakta sejarah dan
cerita-cerita dalam mata pelajaran sastera umpamanya akan dapat dibincang
melalui isu-isu yang dapat dikaitkan secara langsung dengan unsur nilai yang
dipegang oleh pelajar atau nilai sejagat tertentu. Penerapan nilai secara yang
tidak langsung ini penting kerana nilai tidak boleh diajar secara formal seperti
mata pelajaran lain. Ini merupakan satu penghayatan dan pengusahaan secara
beramal bukan sekadar peringatan atau penghafalan. Ketika mengajarkan bahan
yang mengandungi maklumat pula, kemahiran murid untuk menyampaikan
maklumat itu perlu dititikberatkan. Pendeknya hampir kesemua aktiviti di dalam
bilik darjah dapat dimanipulasi untuk menerapkan nilai murni sama ada dengan
cara meminta murid menjadikan perkara baik sebagai teladan atau meminta
mereka menjadikan perkara buruk sebagai sempadan. Yang penting guru mesti
menyedari akan kewujudan nilai itu, menyerlahkannya kepada kelas dan
memberikan peneguhan kepada murid untuk mengamalkan nilai itu. Pendek
kata, penerapan nilai murni mudah dan memang sentiasa dapat dilaksanakan.
Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni perlu dipupuk selaras
dengan nilai sejagat. Tegasnya, usaha guru menerapkan nilai murni di sekolah
merupakan amalan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jadi, sudah
sewajarnya aspek ini dilaksanakan dengan segala kesungguhan. Selain itu,
penekanan terhadap nilai murni selaras dengan hasrat Wawasan 2020 untuk
membentuk generasi baharu dengan acuan kita sendiri, iaitu generasi yang sarat
dengan nilai murni. Hal ini menjadi asas pertimbangan penyemak kurikulum yang
menghasilkan kurikulum semakan pada tahun 2003. Kini, di bawah gagasan
Satu Malaysia, penekanan terhadap nilai murni di bilik darjah menjadi bertambah
penting.

Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa penerapan nilai


murni dalam bilik darjah memang dapat membentuk insan yang berintegriti. Guru
memainkan peranan yang penting dan mempunyai pengaruh yang besar dalam
menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Melaluinya, pelajar dididik supaya
berakhlak, bermoral dan mengamalkan budaya hidup yang murni. Oleh itu, bagi
pembentukan murid menjadi insan yang berintegriti, tanggungjawab guru
sebagai model penerapan nilai murni di dalam bilik darjah haruslah dipikul.
Sekian sahaja pidato saya kali ini. terima kasih.

RUJUKAN
( BUKU )

Abd Rahim Abd Rashid (2001). Nilai-nilai murni dalam pendidikan: Menghadapi
perubahan dan cabaran alaf baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn.Bhd.
Abd. Halim Hj. Hassan (1994). Komunikasi Dalam Pengurusan Pendidikan.
Kuala Lumpur : Delmu ( Malaysia) Sdn.Bhd.
Azizul Rahman Abdul Rahman, et. al. (2009). Focus Ace SPM Karangan. Kuala
Lumpur: Pelangi Publishing Group Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu I. Shah Alam, Selangor : Oxford
Fajar.

( LAMAN WEB)
Mohamad Khairi Othman dan Asmawati Suhid. Peranan Sekolah dan guru dalam
Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni Retrieved from
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/23385/Artikel_PHD.
Undefined. ( April 6, 2009). Pembudayaan nilai murni. In Blogspot. Petrieved 120
Ogos 2013, from http://pendidikanmoral.um.edu.my/index.php?page=29
Nashmad Mohd.(2011, April 2). Kepentingan Nilai dalam Pendidikan. Retrieved
Ogos 17, 2013, from http://dwnbahasa.dbp.my/?p=388

Anda mungkin juga menyukai