Anda di halaman 1dari 6

1.

1 Pengertian Sejarag Mengikut Pandangan Beberapa Orang Tokoh Sejarawan


Sejarah itu boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang telah berlaku atau sesuatu peristiwa yang
telah berlalu yang melibatkan pelbagai perkara di mana ia merupakan peristiwa yang
berterusan.
Secara khususnya pula sejarah itu merupakan catatan atau rekod masa lalu yang
dicatat di mana sesuatu itu dianggap sebagai sejarah apabila ia melibatkan peristiwa atau
kejadian besar dan ianya melibatkan masyarakat ramai keseluruhannya.
Walau bagaimanapun suka diingatkan bahawa apa yang berlaku kini, sekarang,
esok, atau masa akan datang tidaklah dianggap sebagai sejarah. Ini kerana sejarah itu
adalah apa yang telah berlaku. Namun begitu jika sesuatu peritiwa yang pernah berlaku itu
tidak dicatat atau direkodkan, maka peristiwa itu tidak pula akan dianggap sebagai sejarah.
Dalam masa yang sama, walaupun sesuatu peristiwa itu direkodkan tetapi jika peristiwa itu
tidak dapat diterima akal atau hanya cerita dongeng semata-mata, maka ianya tidaklah
dianggap sebagai sejarah.
Ibnu Khaldun adalah seorang pemikir Islam yang termasyhur. Ia dikenal melalui
pemikiran-pemikirannya yang mendalam serta karya-karyanya yang fenomenal. Dalam
Buku Muqaddimah, Ibnu Khaldun melihat dua sisi sejarah yang perlu diperhatikan, iaitu sisi
luar dan sisi dalam. Sisi luar memperlihatkan bahawa sejarah itu tak lain dari rekaman
perputaran masa dan pergantian kekuasaan yang terjadi pada masa lampau. Namun jika
dilihat dari sisi dalamnya, sejarah merupakan suatu penalaran reflektif dan kerja mencari
sebuah kebenaran. Hal ini merupakan sebuah penjelasan yang cerdas tentang sebab-sebab
dan asal-usul segala sesuatu, iaitu suatu pengetahuan tentang bagaimana dan mengapa
peristiwa-peristiwa itu terjadi. Oleh sebab itu, menurut Khaldun sejarah mempunyai akar
tunggang dalam filsafat (al Hikmah).
Dalam pemikiran Khaldun, sejarah jika dipandang dari sudut hierarki ilmu, maka
sejarah menempati posisi kedua setelah filsafat, khususnya filsafat politik. Sejarah berada
diatas ilmu al-Umran (ilmu sosial dan ilmu kebudayaan) yang dianggap memiliki fungsi
sebagai pelayan sejarah. Sejarah menurutnya merupakan pelayan filsafat politik. Dalam
pemikirannya, hanya sejarah yang mampu mengajar Man of Action (manusia pelaku),
tentang bagaimana orang lain bertindak dalam keadaan-keadaan khusus, pilihan-pilihan
yang dibuatnya, dan tentang keberhasilan-keberhasilan dan kegagalan manusia. Sejarah
memberikan penjelasan kondisi dan situasi yang tepat bagi seorang negarawan untuk
melaksanakan tugas kenegaraan secara tepat pula. Menurut Khaldun, tanpa mengetahui
sejarah seseorang negarawan atau siapa pun yang yang memiliki tanggungjawab umum
akan kehilangan arah dan acuan dalam melaksanakan kebijakan.

Sejarah menurut Ibnu Khaldun adalah satu gerak berkelanjutan dalam waktu
(process) yang merupakan kreatifitas asli manusia dan bukan sesuatu yang perjalannya
telah lebih dahulu ditentukan. Kerana sifatnya yang sangat dinamis maka dialektika sejarah
suatu bangsa seringkali berlainan walaupun akhirnya tetap ada titik singgung persamaan
dalam hal kausalita sebab akibat.
Ibnu Khaldun menganalogikan proses kelahiran dan kehancuran suatu negara
dengan kehidupan manusia. Ada tahap-tahap yang mesti dilalui, masing-masing dengan
pasang-surut dan pahit-manisnya. Menurut Ibnu Khaldun yang memandang proses sejarah
dalam kerangka siklus (ketimbang proses linear ataupun dialektikal), runtuhnya suatu
imperium biasanya diawali dengan kezaliman pemerintah yang tidak lagi memedulikan hak
dan kesejahteraan rakyatnya (iii/43) serta sikap sewenang-wenang terhadap rakyat (iii/22).
Akibatnya timbul rasa ketidakpuasan, kebencian dan ketidakpedulian rakyat terhadap hukum
dan peraturan yang ada.
Situasi ini akan semakin parah bila kemudian terjadi perpecahan di kalangan elite
penguasa yang kerap berbuntut disintegrasi dan munculnya petty leaders (iii/45). Yang
paling menarik adalah observasi Ibnu Khaldun pada pasal 11: bahawa ketika negara sudah
mencapai puncak kejayaan, kemakmuran dan kedamaian, maka pemerintah mahupun
rakyatnya cenderung menjadi tamak dan melampaui batas dalam menikmati apa yang
mereka miliki dan kuasai.
Namun, kejatuhan suatu bangsa hampir selalu didahului atau diikuti oleh kenaikan
bangsa lain yang mewarisi dan meneruskan tradisi maupun peradaban sebelumnya.
Sebagai pengganti yang belum semaju dan secanggih pendahulunya, bangsa yang baru
muncul ini cenderung meniru bangsa yang pernah menjajahnya hampir dalam segala hal,
dari cara berfikir dan bertutur hingga ke tingkah laku. Proses ini biasa berlangsung tiga
sampai empat generasi.
Bangsa yang dikalahkan cenderung meniru bangsa yang menaklukannya kerana
hanya dengan begitu mereka dapat menang kelak. Jika kejayaan suatu bangsa hanya
bertahan empat atau lima generasi, hal itu disebabkan generasi pertama adalah 'pelopor',
generasi kedua 'pengikut', generasi ketiga 'penerus tradisi' (tradition keepers), sedangkan
generasi keempat berpaling dari tradisi (tradition losers).
Berbeza dengan para penulis sejarah sebelumnya, Ibnu Khaldun dalam analisisnya
berusaha objektif. Pendekatan yang dipakainya tidak normatif, akan tetapi empirispositivistik. Uraiannya berpijak pada das Sein dan bukan das Sollen, pada apa yang
sesungguhnya terjadi, bukan apa yang seharusnya terjadi. Filsafat sejarah menurut Ibnu
Khaldun bahwa kalau sosiologi mengkaji fenomena-fenomena sosial, baik tentang
masyarakat yang masih berkembang ataupun yang telah mapan, yang dikaji secara
eksperimental, maka filsafat sejarah mengkaji fenomena-fenomena tersebut secara lebih

mendalam, tanpa dibatasi oleh ruang dan waktu, dan mengkajinya dari segi tujuan yang
ingin dicapai, serta hukum mutlak yang mengendalikannya sepanjang sejarah.
Menurut Khaldun, sejarah adalah ilmu yang terpenting. Mungkin kerana ia belum
menemukan istilah-istilah yang sesuai untuk bermacam-macam cabang ilmu pengetahuan
yang kita kenal sekarang. Maka bagi Khaldun, sejarah adalah ilmu yang merangkum
kesemuanya. Studi sejarah menurutnya terdiri dari ulum tabiiyah dan ulum naqliyyah. Yang
pertama, ulum tabiiyah meliputi filsafat (termasuk mantik atau logika), aritmatika, hisab,
handasah (geometri), al Haiah (astronomi), tibb (kedokteran), dan al-falahah (pertanian).
Adapun ulum naqliyyah meliputi ilmu agama atau wahyu, seperti syariat, Al quran, fiqih,
kalam dan tasawuf.
Pada permulaan Buku Muqaddimah, ia menulis bahawa ilmu sejarah adalah suatu
cabang ilmu pengetahuan yang sangat berkembang diberbagai bangsa dan generasi.
Manusia menempuh perjalanan panjang untuk mencapainya. Baik para bangsawan
mahupun orang biasa berlumba-lumba untuk memperolehnya. Para pakar ilmu pengetahuan
mahupun orang yang tidak berilmu sama-sama bersaing untuk menekuninya. Menurut
Khaldun, sejarah itu memiliki dua aspek yang sangat bertentangan. Kedua aspek itu adalah
aspek lahir dan aspek batin. Sejarah pada lahirnya tidak lain berupa kumpulan kisah dari
zaman dahulu kala yang dipenuhi suri tauladan, dan dibaca serta dikemukakan pada saat
orang merayakan suatu peristiwa. Ketika itu diadakanlah perayaan dan pertemuan, saat
diceritakan bagaimana berbagai dinasti jatuh bangun dalam perkembangan sejarah itu.
Namun pada hakikatnya, sejarah itu adalah renungan dan penelitian, mencari sebab yang
sehalus-halusnya dari segala yang ada dalam wujud ini. Kerana itu, baginya ilmu sejarah
erat hubungannya dengan ilmu hikmah atau ilmu filsafat, dan harus dianggap sebagai salah
satu cabangnya.
Bagi Khaldun, sejarah sangat erat hubungannya dengan kebenaran, kerana apa
yang dinamakan ilmu sejarah itu seringkali telah tercemar oleh hal-hal yang tidak benar yang
sama sekali tidak ada hubungannya dengan kebenaran. Dalam pandangan orang ramai,
sejarah seringkali dikemukakan sebagaimana adanya, tanpa menyiring terlebih dahulu, serta
memisahkan antara yang benar dengan yang tidak benar. Peradaban manusia bagi Khaldun
memiliki kaidahnya tersendiri yang dapat digunakan sebagai tolok ukur dari benar tidaknya
sebuah sejarah. Ibnu Khaldun memperhatikan bahawa apa yang dilakukan Islam hanyalah
mengusahakan agar manusia pindah dari suatu tatanan sosial yang berdasarkan kabilah
kepada suatu susunan masyarakat yang berdasarkan keyakinan. Kerangka tradisional yang
berbentuk kabilah dan keluarga itu telah diruntuhkan. Masalah perserikatan antara kabilah
telah ditinggalkan sama sekali. Barang siapa yang menganut agama Islam harus melupakan
segala hubungan yang ada di masa lalu.

Menurut Muhd Yusuf Ibrahim dalam bukunya

Pengertian Sejarah, beliau

mengklasifikasikan pengertian dalam bahasa Yunani itu sebagai pengertian khusus


manakala pengertian sejarah dalam bahasa Jerman itu pula sebagai pengertian umum.
Dalam buku tersebut Muhd Yusuf Ibrahim menyatakan bahawa sejarah itu ada dua
pengertian.
Yang pertama, iaitu yang umum; sejarah itu adalah masa lalu itu sendiri. Manakala
yang kedua, yang lebih khusus; sejarah merupakan catatan atau rekod mengenai sesuatu
peristiwa yang telah berlaku pada suatu masa yang lalu. (1986: 7) Penjelasan yang lebih
lanjut tentang pengertian yang pertama itu ialah, apa sahaja yang telah berlaku atau pernah
berlaku, tidak kira sama ada perkara atau peristiwa atau kejadian itu penting atau tidak
penting, atau sama ada perkara atau peristiwa atau kejadian itu melibatkan tindak tanduk
atau perbuatan atau aktiviti manusia atau tindakan Tuhan (atau alam semulajadi), semuanya
dianggap sebagai sejarah. Ukuran atau penentunya di sini ialah peristiwa atau kejadian itu
telah berlaku dan pernah berlaku. Oleh kerana maksud yang pertama ini boleh ditakrifkan
sebagai perubahan(change), maka sejarah dalam pengertian ini hanya menganggap
sejarah itu sebagai perkara-perkara atau hal-hal yang berubah dari satu keadaan ke satu
keadaaan yang lain sahaja.
Bagi memahami maksud yang kedua yang lebih khusus itu, iaitu sejarah
merupakan peristiwa masa lalu yang telah dicatat ataupun direkodkan, Muhd Yusuf Ibrahim
mendefinisikan peristiwa itu ialah peristiwa hasil daripada tindak tanduk atau aktiviti
manusia. Ini bermakna, seandainya peristiwa itu tidak direkod dan dicatatkan maka ia tidak
dianggap sebagai sebuah sejarah walaupun peristiwa itu telah pernah berlaku. Dalam erti
kata lain, mengikut pengertian ini, ia hanya dianggap sebagai sejarah lisan dan bukanlah
sejarah yang sebenar kerana ia hanya merupakan sumber dan satu teknik mengumpul
maklumat. Begitu juga dengan sejarah alam semulajadi itu juga tidak termasuk ke dalam
pengertian sejarah ini. Pengertian yang kedua ini juga bermaksud bahawa sejarah itu
merupakan kajian atau hasil penyelidikan kerana tanpa dikaji dan diselidik sesuatu kejadian
atau peristiwa itu tidak akan dicatat dan direkodkan. Sementara itu seperti sudah jadi
kelaziman bahawa apa yang akan dicatat itu adalah perkara-perkara atau hal-hal yang
penting sahaja atau yang benar-benar ingin diingati.
Namun begitu menurut Muhd Yusuf Ibrahim, catatan-catatan ringkas seperti catatan
harian atau diari bukanlah sejarah tetapi ia hanya merupakan sumber sejarah itu sendiri.
Lantaran itu, oleh kerana peristiwa yang berlaku pada masa lalu itu terlalu banyak dan tidak
mungkin sejarawan dapat mengkaji semuanya disebabkan keterbatasan waktu, tempat,

keadaan, kebudayaan, agama, politik, maka sejarah itu merupakan satu disiplin yang khusus
dan terbatas. Khusus dan terbatas kepada apa yang diketahui oleh sejarawan itu sahaja
E.H.Carr dalam bukunya, What is History ?, pula berpendapat bahawa sejarah itu
merupakan satu proses berterusan interaksi di antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya,
satu dialog yang tidak berkesudahan di antara masa kini dan masa lampau.(1986 : 27).
Ini bermakna sejarah itu adalah satu interpretasi sejarawan terhadap bukti-bukti yang
diperolehinya. Dalam hal ini, kelihatan ahli sejarah cuba dan berusaha mendirikan semula
atau menghidupkan kembali peristiwa yang pernah berlaku pada masa lalu dengan
cara berdialog dengan bahan-bahan bukti dan sumber yang diperolehi dan ditemuinya.
Sumber atau bukti ini mewakili masa peristiwa yang pernah berlaku itu (masa yang
telah berlalu) manakala sejarawan pula mewakili masa kini. Hal ini juga membawa maksud
yang sejarah itu adalah kajian dan catatan tentang masa lalu.
Murthada

Mutahhari

di

dalam

bukunya

Masyarakat

dan

Sejarah,

pula

merumuskan pengertian sejarah itu sebagai pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa,


kejadian-kejadian dan keadaan kemanusiaan di masa lampau. Ini bermakna sejarah itu ialah
merupakan pengetahuan tentang perkara tertentu, iaitu pengetahuan tentang rangkaian
episod peribadi dan masyarakat. Sejarah juga merupakan satu kajian tentang riwayat hidup
dan tradisi-tradisi, pengetahuan tentang perkara yang benar-benar berlaku, dan bukannya
tentang apa yang akan berlaku serta merupakan satu jambatan masa menghubungkan
dengan masa lampau, bukannya masa kini atau masa akan datang.
Abdul Rahman Haji Abdullah di dalam bukunya Pengantar Ilmu Sejarah pula
menyatakan terdapat dua aliran pentakrifan tentang sejarah. Pertama daripada asas
empirisisme maka lahir aliran objektivisme yang mentakrifkan sejarah sebagai kisah-kisah
yang berlaku pada masa lampau di mana mengikut aliran ini ia bergantung kepada fakta
sejarah yang objektif dan bebas, serta dapat dikaji secara saintifik dan kritis.
Kedudukan ini diperkuatkan lagi dengan kebangkitan aliran sejarah objektif atau
sejarah saintifik oleh Leopold von Ranke (1975-1886). Bagi Ranke, sejarah itu adalah untuk
mengambarkan kejadian-kejadian sebagaimana sebenarnya berlaku berasaskan faktafakta dan dukumen-dokumen yang dikaji secara saintifik.
Manakala

daripada

asas

rasional

pula

lahir

aliran

subjektivisme

yang

mentakrifkan pengertian sejarah sebagai satu kajian atau penyelidikan yang dilakukan oleh
sejarawan. Ini bertepatan pula jika dilihat dari sudut etimolog takrifan ini dikatakan secocok
dengan makna asal historia dari bahasa Greek, yang kemudiannya diterima pakai
dalam bahasa-bahasa lain seperti history (Inggeris), dan histoire (Perancis), dengan
maksud penyelidikan atau penyiasatan. Ringkasnya, apa yang dikatakan sejarah ialah kajian
atau penyelidikan yang dilakukan oleh sejarawan. Oleh kerana itu, lalu dikatakan yang

semua sejarah adalah sejarah masa kini. Hal ini dipersetujui oleh seorang tokoh idealis
Benedetto Croce (18861952) sampai beliau pernah menegaskan bahawa semua sejarah
ialah sejarah masa kini. Manakala bagi Robin G. Collingwood (1899 1943), semua sejarah
ialah sejarah pemikiran. Bahkan, beliau berpendapat, semua sejarah ialah pementasan
kembali pemikiran masa lampau di dalam pemikiran ahli sejarah. Dalam pengertian lain
boleh dijustifikasikan sejarah itu bukan apa yang sudah berlaku, tetapi apa yang ditulis oleh
sejarawan sebagai satu pemikiran sejarawan yang hidup pada masa kini.
Dalam hal ini jelas kelihatan bahawa proses pemikiran memainkan peranan
yang penting dalam sejarah. Masa lalu sahaja tidak memadai untuk menempatkan
sesuatu peristiwa atau kejadian itu dalam

disiplin sejarah.

Oleh kerana itu Carr

mengatakan bahawa semua sejarah adalah sejarah pemikiran, dan sejarah adalah
pembentukan semuladalam fikiran dan minda ahli sejarah tentang pemikiran sejarah yang
sedang dikajiolehnya.(1984 : 18)

Anda mungkin juga menyukai