Anda di halaman 1dari 19

KURSUS:

HSS 3013- ASIA SELATAN ABAD 20


PENSYARAH: DR. AZHARUDIN MOHAMED DALI
TUGASAN KUMPULAN
SOALAN: 3
TAJUK TUGASAN:

HURAIKAN USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN OLEH


WILLIAM SLEEMAN UNTUK MEMBENTERAS AKTIVITI
THUGI DI INDIA.
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA
RUSYAHIRA BINTI ABDULLAH
ROSNANI BINTI OTHMAN
ESTER LASIM
MUHAMAD HAZRIN BIN MUHAMAD NAZRI
MOHD KHAIROL HAREZZE BIN OTHMAN
KUMPULAN: A (ISNIN: 11.00-13.00)
Jabatan Sejarah dan Arkeologi
Fakulti Sains Kemanusiaan

NO.MATRIK
D20111048476
D20111048562
D20121058751
D20121058762
D20121058850

1.0 PENGENALAN

Kedudukan India yang strategik dari segi geografinya telah menjadikan India sebuah wilyah
terbuka yang sentiasa dikunjungi oleh pedagang, pengembara dan pengembang agama yang
dalam perjalanan dari Barat ke Timur. Pada abad ke-15 kuasa-kuasa Barat telah mula untuk
meluaskan imperialisme mereka dengan menguasai negara-negara lain seperti Asia Tenggara,
Asia Timur termasuk India, Asia Selatan. Hal ini demikian kerana negara-negara tersebut kaya
dengan hasil bumi yang banyak.1 Sebelum kedatangan Barat ke India, pelbagai adat telah
diamalkan oleh masyarakat di India. Antara adat yang diamalkan di India seperti adat dowri, adat
suttee, adat ketika hamil, adat thugi dan sebagainya.
Namun selepas campurtangan British di India telah membawa perubahan besar terhadap
budaya India. Contohnya, pada tahun 1856 British telah menghapuskan adat perkahwinan
semula balu iaitu adat sati yang telah lama diamalkan oleh masyarakat di India. 2 Barat juga telah
memperkenalkan undang-undang baru yang berteraskan Barat di India menyebabkan masyarakat
India sukar untuk menerima perubahan yang dibawa oleh Barat. 3 Selain itu, adat lain yang turut
dihapuskan oleh British di India ialah adat Thugi. Adat Thugi telah dihapuskan oleh seorang
pegawai British iaitu William Sleeman di sokong oleh Lord William Bentick.4.
Thugi adalah salah satu adat atau kepercayaan yang wujud di India. Thugi merupakan aktiviti
merompak dan membunuh yang dilakukan atas dasar keagamaan. Mereka yang menjalankan
1 Azharudin Mohamed Dali. 2004. Tamadun India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 253.
2 Stanley Wolpert. 2000. A New History of India. New York: Oxford University Press. hlm 212.
3 Azharudin Mohamed Dali. 2004. Tamadun India. hlm 302.
4 John Rosselli.1974. Lord Wiliam Bentick: The Making of Liberal Imperialist, 1774-1839. California:
Iniversity of California Press. hlm 213.

aktiviti Thugi adalah mereka yang menyembah Tuhan Kali. Dewa Kali ini adalah dewa yang
disembah oleh masyarakat India yang beragama Hindu. Dewa Kali disembahkan dengan mayat
mangsa yang dibunuh semasa aktiviti Thugi dijalankan. Golongan terlibat dalam thugi dianggap
sebagai pengganas sosial dan terdapat golongan rakyat biasa yang menyokong tindakan
golongan thugi dan menganggap mereka sebagai hero kerana mereka membunuh orang kaya.5
Pihak British pula menganggap tindakan masyarakat India yang melakukan aktiviti
sebagai satu tindakan yang tidak berperikemanusia. Hal ini kerana mereka merompak dan
membunuh golongan yang tidak bersalah dan ia menjadi kebimbangan utama dalam kerajaan
India pada ketika itu kerana ia telah menjejaskan keamanan dan ketenteraman masyarakat. 6
Thuggee adalah berasal daripada perkataan Hindi iaitu t hag, yang bermaksud "penipu". Dan dari
bahasa Sanskrit iaitu sthaga yang bermaksud "licik. Thugi adalah sangat berkait rapat dengan
agama hindu. Hal ini kerana asal usul thugge daripada kisah peperangan diantara dewa kali
dengan Raktabija. Walaubagaimnapun, mitos asal mereka telah menyimpang daripada cerita
Brahman puurana.
Anggota Thugi juga menganggap diri mereka anak kepada dewa Kali yang diciptakan
daripada peluh dewa Kali. Tetapi hanya agama Hindu yang yang menyembah dewa Kali tetapi
kebanyakan ahli Thuggee yang telah ditangkap telah disabitkan adalah beragama Islam 7.
Kumpulan perompak mengembara di seluruh negara India dengan menyamar sebagai jemaah
haji, peniaga, tentera, malah royalti, dalam satu satu kumpulan yang terdiri daripada beratus5 Floriana Ciccrodicola. 2002. Practicing Antropology in Development Process. Rom: Edizioni Nuova
Cultura. hlm 209.
6 Giriraj Shah .1993. Image Makers: An Attitudinal Study of Indian Police. New Delhi: Abhinav
Publications. hlm 52.
7 Brigitte Luchesi; Kocku von Stuckrad (2004). Religion im kulturellen Diskurs. Walter de Gruyter. hlm
623.

ratus dan beribu-ribu orang. Mereka akan menyamar apabila ingin menjalankan aktiviti mereka
supaya orang ramai dan pengembara serta peniaga tidak mengenali mereka. Meraka akan
berbaik-baik dengan mangsa sehingga mangsa percaya kepada meraka. Apabila terdapat masa
yang sesuai, biasanya mereka akan menerima isyarat daripada kawan mereka menunjukkan masa
telah tiba dan mereka akan mula mnyerang mangsa tersebut. Setiap ahli mereka mempunyai
kepakaran yang tertentu dalam aktiviti mereka contohnya membuat bunyi atau muzik bagi
menutup tangisan dan jeritan mangsa, manakala beberapa ahli yang lain berada tapak
perkhemahan untuk menjaga tempat mereka daripada penceroboh dan pelarian. Di anggarkan
500,000 telah dibunuh oleh Thugs dan menjadikan mereka kumpulan pengganas yang paling
ganas dalam sejarah.8
Walaubagaimaanapun, anggota thugi tidak menyerang orang Eropah dan ini
menunjukkan bahawa aktiviti Thugi ini tidak mendatangkan bahaya kepada pengembara
Eropah.9Pengasas kepada organisasi Thugi ini adalah bekas pegawai polis semasa empayar
Mughal.Apabila empayar tersebut mengalami keruntuhan, maka mereka telah kehilangan punca
rezeki.Golongan ini merupakan golongan yang hidup mewah semasa empayar Mughal masih
lagi berdiri teguh.Para pengikut amalan ini sangat berdisiplin dan mereka juga mempunyai kod
dan lambang yang tersendiri.Kod dan lambang ini dipanggil sebagai Ramasi atau Ramaseeana. 10
Pengamal Thugi ini bergiat aktif di seluruh kawasan Oudh hinggalah Hyderabad dan dalam
Rajputana serta Bundelkhand.11 Pada 1830 amalan ini telah diharamkan dan mendapat sokongan
8 Richardson, Louise. 2007. What Terrorists Want . Random House. hlm 27.
9 Floriana Ciccodicola,2001,Practicing Anthropology in Development Processes,Roma:Edizioni Nuova
Cultura hlm209
10 Ibid, hlm 209
11 B.L Grover,1995,A new Look At Modern Indian History (From 1707 to the Present
Day),Delhi:S.Chand and Company LTD. hlm 184

kuat daripada kerajaan British.Pembasmian amalan ini telah diketuai oleh Colonel William
Sleeman.Semasa pembasmian para Thugi ini, William Sleeman telah menangkap dan
menjatuhkan hukuman mati dan penjara seumur hidup terhadap mereka yang terlibat dalam
thugi.12

2.0 LATAR BELAKANG WILLIAM SLEEMAN

Sir William Henry merupakan seorang pentadbir yang Agung di India dan dilahirkan di
Stratton, Cornwall pada 18 Ogos 1788. William Sleeman merupakan anak kepada Philip
Sleeman dan ibunya bernama Mary. Beliau telah menpelajari Bahasa Arab dan Hindustan selama

12 Ibid, hlm 185.

tiga tahun di England sebelum mencapai umur minimum untuk layak memasuki
perkhidmatannya ke luar negara dan beliau fasih dalam dua bahasa yang amat sukar untuk
dipelajari apabila dia tiba di Calcutta pada Oktober 1809. William Sleeman merupakan seorang
yang tidak mabuk dan Sleeman adalah seorang yang luar biasa kerana dia mengelak dari minum
arak yang memabukkan. Beliau menganggap bahawa gaya hidup seperti mabuk tidak perlu
dimalkan. Pegawai yang meninggalkan meja sebelum rakan-rakan pegawai yang lain selesai
minum, mereka akan dihina dan diejek. Sleeman adalah berbeza. Dia adalah seorang yang
responsif dan detektif bertanggungjawab.13
Pada tahun 1809 beliau telah dicalonkan dalam Kadet infantri dalam tentera Bengal dan
telah pergi ke India pada tahun yang sama. Beliau telah berkhidmat dalam perang Nepal pada
tahun 1814-1816 dan pada tahun 1802 beliau telah dilantik sebagai pembantu am kepada ejen
Gabenor Jeneral dalam wilayah Sagar dan Nerbudda. 14 Pada tahun 1820, Sleeman mula
mendengar berita mengenai 'pembunuhan dengan Rompakan'.15 Pada tahun 1825 dan 1835 beliau
telah berkhidmat sebagai majistret dan Pegawai Daerah di beberapa bahagian sehinggalah
wilayah Tengah. Pada tahun 1828, beliau telah ditempatkan di daerah Jabalpur. Manakala pada
tahun 1829, beliau telah bekerja sebagai pembantu rasmi dan telah diberikan tugas khas untuk
menangani jenayah dan pada Januari 1835 beliau telah dilantik sebagai penguasa umum operasi
bagi penindasan Thuggi.

13 Murray Nicholas. 2009. A Corkscrew Is Most Useful: The Travellers Of Empire.UK: Hachette. hlm.5.
14 See Sleeman, anonymous letter, in The Calcutta Literary Gazette, in Note by the Secretary tothe Governor
General (G. Swinton), 4 Oct. 1830, Boards Collections (hereafter, BC,) F/4/1251/
50480(2), fos. 669-90, Asia and Africa Collections, British Library (hereafter, AAC).

15 Murray Nicholas. 2009. A Corkscrew Is Most Useful: The Travellers Of Empire. hlm .5.

Kapten William Sleeman kemudiannya menyerahkan ATC kepada Gabenor Jeneral


Bentinck sebagai pentadbiran yang penting dan inisiatif tentang polis telah dilancarkan terhadap
rangkaian bawah tanah sehingga musuh dapat dikesan. Tuggi adalah satu ancaman kepada
keselamatan penduduk India yang belum pernah lagi berlaku dan merupakan tugas Kerajaan
tertinggi untuk membantu penduduk India yang malang dengan mengadakan kempen 16. Pada
Disember 1851 satu percubaan bunuh keatasnya telah berlaku dan beliau telah dipaksa lari ke
bukit dalam keadaan uzur. Beliau telah meninggal dunia pada 10 Februari 1856 di Monarch,
Ceylon, dalam perjalanan ke England atas arahan daripada Tuhan Dalhousie dab salib sivil
diberikan kepadanya empat hari sebelum kematiannya.17 Pelbagai usaha yang dilakukan oleh
William Sleeman untuk membanteras aktiviti thugi di India seperti yang dihuraikan dibawah.

3.0 USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN OLEH WILLIAM SLEEMAN UNTUK


MEMBANTERAS AKTIVITI THUGI DI INDIA

3.1 Mengumpul maklumat berkaitan dengan aktiviti Thugi.

16 See Sleeman, anonymous letter, in The Calcutta Literary Gazette, in Note by the Secretary tothe Governor
General (G. Swinton), 4 Oct. 1830, Boards Collections (hereafter, BC,) F/4/1251/ 50480(2), fos. 669-90, Asia and
Africa Collections, British Library (hereafter, AAC).

17 Brigitte Luchesi; Kocku von Stuckrad .2004. Religion im kulturellen Diskurs. Walter de Gruyter. hlm
624.

Sleeman adalah detektif yang pertama dalam sejarah yang telah menggajikan ramai
pemberi maklumat untuk mengambil maklumat sebagai senjata utama untuk menentang
kumpulan-kumpulan jenayah tersebut.18 Dia telah mengubah kepolisan India daripada
hampir keseluruhannya untuk urusan tempatan, bergantung kepada pegawai dengan
beberapa sumber dan kerja, pada dasarnya, sahaja, ke dalam satu operasi moden yang
diakui, di mana maklumat yang dikumpulan dijalankan secara berhati-hati, dan tepat
penyimpanan rekod adalah wajib.19 Failnya antara yang paling terperinci dan menyeluruh
yang pernah direkodkan oleh mana-mana polis yang berkuat kuasa - menjadi sumber
yang tidak ternilai dalam mengesan pembunuh maut itu.orang - orang sleeman,bukannya
pasif menunggu lawan mereka untuk menyerang, secara aktif mengejar mereka. Dalam
cara ini, mereka mencipta satu template baru untuk kerja-kerja detektif.
Beliau merupakan seorang Kristian yang telah berubah budaya dan dia (hampir)
berjaya menyelesaikan misteri tersebut apabila berjaya menahan pembunuh- pembunuh
bersiri tersebut dan mendapat kata kunci untuk menyelesaikan peristiwa pembunuhan
yang dilakukan oleh kumpulan perompak dan pembunuh tersebut. Pada satu ketika
seorang ahli thugee bersembunyi di balik tirai di rumah Sleeman. Sleeman dapat merasai
firasat kejahatan, memencilkan diri di tirai dan ada rakan-rakan Vulgar mengacukan
pedang besar kepadanya. Dan beliau telah mengatakan kepada mereka bahawa mereka
adalah perompak dan pembunuh dan lantas mereka menyerah diri kepadanya. Banyak
penganut Hindu begitu amat menghargai kejayaan Sleeman dalam memusnahkan
Pembunuhan dengan Rompakan di sebuah kampung di utara-timur Jabalpur (ketika itu
18 Sleeman, W.H. (1858). A Journey Through The Kingdom Of Oude In 1849-1850. Volume 1. London:
Richard Bentley. Hlm 206.
19 Ibid. hlm. 222.

dikenali sebagai Jubbulpore), dalam Madhya Pradesh, telah ditukar nama kepada
Sleemanabad.
Aktiviti pembunuhan beramai-ramai semakin jarang berlaku selepas 1835 apabila
Sleeman mendapati bahawa tidak ada Sepoy tunggal (askar India) telah hilang tanpa
dapat dikesan antara rumah dan di berek beliau semasa perjalanan pulang. Diantara tahun
1831 dan 1837, Sleeman telah berjaya menangkap sejumlah 3266 orang kumpulan thugee
sementara beratus lagi berada di dalam penjara menunggu untuk dibicarakan. 20 Ramai
ahli kumpulan thugee ini dihukum bunuh sementara sesetengahnya menunggu untuk
dijatuhkan hukuman mati. Secara tidak sengaja, sleeman telah berjaya membawa ahli
kumpulan thugee ini ke muka pengadilan. 21 Ini membuktikan bahawa willian sleeman
telah berjaya memusnahkan aktiviti thugee dengan menghasilkan sistem dengan
menangkap ahli thugee untuk mendapatkan maklumat serta mengesan ahli lain.

3.2 Penubuhan Jabatan Thuggee And Dacoity Department.

Satu jabatan telah ditubuhkan untuk membanteras aktiviti thugi dan jabatan ini diletakkan
dibawah tanggungjawab F.C. Smith, merupakan seorang agen kepada Gabenor Jeneral
Pusat India dan William Sleeman. Dalam masa 6 tahun, 4000 perompak yang terlibat
dalam thugi di tangkap dan 2000 orang perompak telah dijatuhi hukuman dan ada

20 Dash Mike. 2011. Thug: The True Story Of India's Murderous Cult.London:Granta. hlm 264.
21 Ibid. hlm 264.

diantara mereka yang dihukum gantung sampai mati dan yang dipenjara seumur
hidup.22Aktiviti Thugee ini menjadi semakin terhapus dan dianggap sebagai pencapaian
yang paling penting pada tahun 1830. Jabatan ini teruskan lagi oleh William Sleeman
pada tahun 1835 hingga 1839 dan dikenali sebagai Thugee and Dacoity Department.
Thugee and Dacoity Department telah ditubuhkan oleh pihak Britih untuk
menghapuskan aktiviti thugi di India. Jabatan ini telah ditubuhkan pada tahun 1835
dengan kerjasama kerajaan India. William Sleeman telah dilantik sebagai penguasa. 23
Penubuhan jabatan ini adalah disebabkan oleh ancaman dan ketidakteraman yang berlaku
disebabkan

oleh

golongan

anggota

thugi.William

Sleeman

ditugaskan

untuk

menghapuskan golongan thugi dari India.24


William Sleeman adalah ketua bagi kempen menghapuskan thugi ini dan beliau
telah mengumpulkan maklumat mengenai mereka yang terlihat dalam thugi dari
kepercayaan, slangan dan juga kepercayaan tahyul mereka. 25 Beliau mengumpul
maklumat ini supaya beliau dapat membezakan antara jenayah yang dilakukan secara
turun temurun yang berorientasikan budaya atau hanya dilakukan oleh pesalah biasa.
Sleeman telah mengenalpasti terdapat golongan suku dacoit yang menggelar diri
mereka sebagai Bhats dan ada juga yang menggelar diri mereka sebagai Sansias,
Kanjars, Mahars, Jats dan sebagainya. Gelaran ini adalah mengikut kawasan tempat
22 Giriraj Shah.Image Makers.1993.Image Makers:An Attitudinal Study of Indian Police.New
Delhi:Abhinav Publications. hlm 52.
23 Floriana Ciccrodicola.2002.Practicing Antropology in Development Process.Rom:Edizioni Nuova
Cultura.hlm210
24 Giriraj Shah.Image Makers.1993.Image Makers:An Attitudinal Study of Indian Police. hlm 52
25Floriana Ciccrodicola.2002.Practicing Antropology in Development Process.Rom:Edizioni Nuova
Cultura.hlm 210

tinggal mereka kerana mereka tidak mempunyai tempat tinggal tetap dan ramai
dikalangan mereka yang berkhemah, hidup berkelana atau kaum gelandangan. Kempen
anti-thugi yang dijalankan berlangsung selama satu dekad dari 1824-1841 dan antara
tahun 1870, aktiviti thugi ini semakin terhapus. Walaubagaimanapun, Thugee and
Dacoity Department masih kekal sehingga tahun 1904 dan ianya telah ditukar kepada
Central Criminal Intelligence Department.26

3.3 Penubuhan Akta XXX 1836.

Thug and Dacoity Department telah memutuskan untuk melaksanakan Akta XXX
1836. Akta ini tidak hanya menghukum penjenayah yang melakukan perbuatan jenayah
melalui undang-undang tetapi juga menghukum sesiapa sahaja yang telah disifatkan
sebagai Thug dan meraka akan didakwa. Dakwaan terhadap anggota Thug dilakukan
tidak kira sama ada mereka boleh terikat dengan apa-apa jenayah tertentu atau pun
tidak.Mana-mana individu yang disabitkan mempunyai atau terlibat dalam sekumpulan
Thugi, akan dikenakan hukuman penjara seumur hidup.27 Undang-undang yang
digunakan adalah secara retrospektif dan mahkamah khas telah ditubuhkan untuk
membicarakan mereka yang terlibat dalam Thugi. Mereka yang ditangkap bukan hanya
secara individu tetapi juga seluruh ahli keluarga. Hal ini kerana aktiviti Thugi yang
dijalankan adalah aktiviti yang melibatkan seluruh ahli keluarga. William Sleeman juga
26 Ibid. hlm 210.
27 Sir William Henry Sleeman,Report on Budhuk alias Bagree decoits, and Other Gang Robbers by
Hereditary Profesion and on The Measures Adopted by The Government Of India for Their Suppresion,
Calcuta:Military Orphan Press. hlm 173.

berpendapat bahawa bukan senang untuk menjejak atau mengesan anggota thugi dengan
hanya merujuk maklumat yang kurang jelas.

3.4 Penangkapan Anggota Thuggee.

Penangkapan anggota yang terlibat dalam gerakan Thugi adalah salah satu usaha yang
dilakukan untuk membanteras kegiatan gerakan tersebut. Usaha penangkapan yang
diketuai oleh William Sleeman dibantu dibantu dengan pelbagai kaedah. Semasa
pembasmian anggota gerakan Thugi ini,William Sleeman telah menangkap 1500 orang
thugi dan telah menjatuhkan hukuman mati serta penjara seumur hidup 28. Dalam gerakan
kempen anti Thugi, setiap anggota yang terlibat adalah dikecualikan daripada
keistimewaan perlindungan di bawah undang-undang29, maka hal ini memudahkan usaha
penangkapan dilakukan terhadap anggota gerakan thugi yang berjaya dikesan. Dalam
usaha penangkapan yang dilakukan ini, sebuah jabatan Thagi di bawah gabenor yang
diperbaharui oleh Bentinck telah ditubuhkan yang mana jabatan

ini memberikan

tanggung jawab kepada ejen-ejennya untuk menangkap anggota gerakan Thugi dan
dibawa ke mahkamah30.
Setiap anggota yang berjaya ditangkap dijadikan sebagai penyampai maklumat
untuk meneruskan operasi penangkapan anggota-anggota gerakan Thugi yang masih
28 B.L Grover, A new Look At Modern Indian History (From 1707 to the Present Day). hlm 185.
29 Committee of Circuit to Council at Fort William, 15 Aug. 1772, in Colebrooke, Supplement,p. 13. Cf. Hastings
circular on Sannyasis and Fakirs of January 21, 1772 in which he describes them
as enemies of the Government.

30 Mark Brown. 2002. Crime,, Governance And The Company Raj : The Discovery Of Thuggee ,
Brit.J.Criminol Bilangan 42. hlm 81.

bebas. Hal ini kerana anggota-anggota gerakan Thugi merupakan kesatuan yang mahir
menyamar dan sukar untuk dikecam serta mempunyai kod yang tersendiri. Dengan
adanya bantuan saluran maklumat daripada ahli Thugi yang boleh dijadikan sebagai
sumber maklumat, maka operasi untuk mengenal pasti dan menangkap individu yang
terlibat dalam gerakan Thugi dengan mudah.
Selain daripada itu, William Sleeman turut bekerjasama dengan majistret di setiap
daerah dalam usaha menangkap ahli-ahli Thugi. Pada tahun 1810, majistret baru daerah
iaitu Thomas Perry telah menawarkan hadiah sejumlah satu ribu rupee kepada suspek
yang sanggup memberikan maklumat mengenai mangsa-mangsa yang telah mati dibunuh
menyebabkan salah seorang daripada banduan tampil untuk memberikan maklumat.
Hasil daripada maklumat yang diberikan oleh suspek tersebut, maka terbongkarlah
bahawa terdapat seramai 1 500 ahli Thugi yang sedang berlindung di bawah jagaan
Zamindar di Etawah dan bergiat aktif dalam aktiviti thugi.31
Hasil daripada maklumat yang diperolehi, penguasa polis Negara telah dilantik
untuk bahagian pentadbiran wilayah

untuk menangkap perompak-perompak yang

terlibat dalam aktiviti Thugi.32 Operasi penangkapan dijalankan secara menyeluruh di


kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan aktif aktiviti Thugi. Kawalan di
setiap jalanan terutamanya laluan pedagang dan pelancong juga dipertingkatkan bagi
meluaskan operasi penangkapan ahli-ahli gerakan Thugi. Dalam sepanjang tempoh lebih
kurang satu dekad, seramai 3 026 anggota yang didapati bersalah atas jenayah Thugi
31Tom Lloyd. 2008. Thuggee, marginality and the state effect in colonial India,Circa 1770-1840.
Dalam The India Economic and Social History Review, Bilangan 45, No.2. University of Edinburgh. hlm
210.
32 Ibid, hlm 210.

telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman yang setimpal seperti hukuman penjara, dicekik
atau digantung.33 Terbuktilah bahawa anggota thugi yang telah ditangkap akan dihukum
setimpal dengan jenayah yang dilakukan oleh mereka. Mereka juga akan dijadikan
pengintip untuk mengesan anggota thugi lain yang masih bebas.

3.5 Anggota Thugi Yang Ditangkap Menjadi Pengintip.

Usaha yang dilakukan oleh William Sleeman ialah menjadikan anggota Thugi yang
ditangkap sebagai pengintip. Mereka telah diarahkan oleh William Sleeman untuk
mengesan lokasi anggota Thugi yang masih bebas. Mereka dikehendaki berbuat demikian
untuk membebaskan diri mereka kerana terlibat dalam aktiviti Thugi atau mereka akan
dipenjarakan di atas kesalahan mereka lakukan. William Sleeman telah menghantar dua
orang pemberi maklumat iaitu Doulut dan Dhun Sing sebagai sepoi untuk menyiasat dan
melaporkan tentang aktiviti ahli Thugi.34 William Sleeman juga menyiasat maklumat
yang diberikan oleh Sheik Inaent. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, anggota Thugi
mengggunakan banyak jalan untuk mendapatkan mangsa mereka dan ketua Thugi
mempunyai banyak nama. Menurut Sheik Inaent, dalam banyak pembunuhan yang
dilakukan dia pernah menjadi ketua pada tahun 1816 dia telah mencekik 25 orang
mangsa lelaki termasuk perempuan dengan serentak.35 Kejayaan membasmi kegiatan

33 Ibid, hlm 202.


34 George Bruce. 1968. The Stranglers. The Cult of Thuggee and Its Overthrom in British India.
London: Longmans, Grean and Coltd. hlm 92.
35 Ibid, hlm 94.

Thugi merupakan sumbangan yang diberikan oleh pemberi maklumat yang boleh
dipercayai. 36
Edward Thornton menjelaskan tentang amalan kebiasaan membunuh dalam bukunya
Ilustrations and Practices of the Thugs. Menurutnya ahli-ahli thugi akan menunggu
mangsa di sepanjang jalan atau luar bandar dalam satu kumpulan terdiri daripada 3 atau
empat orang dan bersama seorang budak yang berumur lebih kurang 10 tahun. Mereka
akan melakukan satu kemalangan dan merompak mangsa lalu mencekik mangsa. Jelaslah
bahawa, anggota thugi yang telah ditangkap akan menjadi pengintip dan memberi
maklumat tentang segala perkara yang dilakukan oleh puak thugi. Berdasarkan
pengalaman mereka sendiri, mereka mengetahui selok belok tentang aktiviti thugi seperti
lokasi aktiviti sering dijalankan dan jenis-jenis mangsa yang dirompak dan dibunuh.

3.6 Kempen Anti-Thugi

Kempen anti-thugi bermula pada tahun 1829 sehingga tahun 1841 untuk membenteras
jenayah berkaitan aktiviti thugi.37 Kempen anti-thugi ini dijalankan bertujuan untuk
mengesan anggota thugi yang melakukan rompakan dan pembunuhan yang kejam di
jalan dengan lebih khusus.38 Kempen ini dilakukan dengan mengawal kawasan pusat

36 M.B.Chande. 1997. The Police In India. New Delhi: Atlantic Publishers and Distributors. hlm 112.
37 Tom Lloyd. 2008. Thuggee, marginality and the state effect in colonial India,Circa 1770-1840.
Dalam The India Economic and Social History Review, Bilangan 45, No.2. hlm 201.
38 Ibid, hlm 202.

India yang dikatakan dua kali lebih kurang besar negara England, Scotland dan Wales. 39
Spear (1965) menjelas bagaimana :

There quickly followed the suppression of thagi in central and upper India. This was
armed robbery and murder carried out in the name of religion. The thags used a regular
ritual in their murders and believed themselves to be serving the goddess Kali by so
doing. The practice had long existed but had grown to be a menace to society with the
collapse of authority in central India at the turn of the century. Bentick took their
suppression in hand in 1830, the work being carried through by Sir William Sleeman with
the help of mens like Meadows Taylor.(p.204).40

Berdasarkan penyiasatan yang dilakukan melalui kempen anti-thugi memerlukan bukti


yang kuat bahawa jenayah merompak di jalan raya dan pembunuhan berlaku. 41 Kempen
anti-thugi telah berjaya mengurangkan jenayah merompak dan membunuh dengan kejam
oleh anggota thugi.

39 George Bruce. 1968. The Stranglers. The Cult of Thuggee and Its Overthrom in British India. hlm 88.
40 Mark Brown. 2002. Crime,, Governance And The Company Raj : The Discovery Of Thuggee ,
Brit.J.Criminol Bilangan 42. hlm 80.
41 Ibid, hlm 82.

4.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, peranan william sleeman di india adalah sangat besar


walaupun beliau tidak berasal dari India malahan bukan orang India itu sendiri. William
sleeman banyak membantu India dalam banyak benda seperti bidang ketenteraan, politik
dan juga pentadbiran di India. William sleeman juga telah memainkan peranan dalam
mengawal aktiviti tuggee di india yang banyak berlaku sehinggakan ramai peniaga serta
pelancong luar takut untuk datang ke India pada masa itu. William sleeman telah

membuat kajian dan pnyelidikan sehinggalah beliau telah menemukan cara bagi
mengawal aktiviti tersebut. Pada tahun 1856, Sleeman memilih untuk kembali ke
England. Oleh sebab itu, peranan William Sleeman sangat penting dalam penghapusan
aktiviti tuggee di India sehinggalah beliau telah diancam dan telah berlaku beberapa kali
cubaan untuk membunuh beliau. Pada 10 februari, Sleeman mati dan ditanam di laut
berdekatan dengan pelabuhan Sri Lanka.

BIBLIOGRAFI

Azharudin Mohamed Dali. 2004. Tamadun India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
B.L Grover. 1995,A new Look At Modern Indian History (From 1707 to the Present
Day),Delhi:S.Chand and Company LTD.
Brigitte Luchesi; Kocku von Stuckrad (2004). Religion im kulturellen Diskurs. Walter de
Gruyter.
Dash Mike. 2011. Thug: The True Story Of India's Murderous Cult.London:Granta.
Floriana Ciccrodicola. 2002. Practicing Antropology in Development Process. Rom: Edizioni
Nuova Cultura.

George Bruce. 1968. The Stranglers. The Cult of Thuggee and Its Overthrom in British India.
London: Longmans, Grean and Coltd.
Giriraj Shah .1993. Image Makers: An Attitudinal Study of Indian Police. New Delhi: Abhinav
Publications.
John Rosselli.1974. Lord Wiliam Bentick: The Making of Liberal Imperialist, 1774-1839.
California: Iniversity of California Press.
M.B.Chande. 1997. The Police In India. New Delhi: Atlantic Publishers and Distributors.
Mark Brown. 2002. Crime,, Governance And The Company Raj : The Discovery Of Thuggee ,
Brit.J.Criminol Bilangan 42.
Murray Nicholas. 2009. A Corkscrew Is Most Useful: The Travellers Of Empire.UK: Hachette.
Richardson, Louise. 2007. What Terrorists Want . Random House.
Sir William Henry Sleeman, Report on Budhuk alias Bagree decoits, and Other Gang Robbers by
Hereditary Profesion and on The Measures Adopted by The Government Of India for
Their Suppresion, Calcuta:Military Orphan Press.
Sleeman, W.H. 1858. A Journey Through The Kingdom Of Oude In 1849-1850. Volume 1.
London: Richard Bentley.
Stanley Wolpert. 2000. A New History of India. New York: Oxford University Press.
Tom Lloyd. 2008. Thuggee, marginality and the state effect in colonial India,Circa 1770-1840.
Dalam The India Economic and Social History Review, Bilangan 45, No.2. University of
Edinburgh.

Anda mungkin juga menyukai