Anda di halaman 1dari 14

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

1. Dibentuk berlandaskan hasrat dan cita-cita


yang terkandung dan tersirat dalam beberapa
Laporan dan Akta Pendidikan seperti:
Laporan Razak (1956)
Laporan Rahman Talib (1960)
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 dan
Rukunegara
FPN dinyatakan seperti berikut:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang beilmu pengetahuan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan
terhadap
keharmonian
dan
kemakmuran individu,masyarakat dan negara.

2. Peranan (Kepentingan) FPK


1.

Memberi hala tuju dan panduan


peningkatan lagi mutu pendidikan.

dalam

2.

Menjadi dasar bagi menentukan matlamatmatlamat pendidikan

3.

Menjadi panduan bagi menentukan jenis


kurikulum, isi kandungan dan aktiviti p & p.

4.

Mengawal penyelewengan sama ada dari segi


dasar pelajaran mahupun jenis-jenis aktiviti p &
p.

5.

Mengelakkan segala kesulitan yang mungkin


timbul
ketika
sesuatu
kurikulum
atau
komponennya dilaksanakan.

6.

Menerangkan kepada para pendidik/orang awam


tentang sebab sesetengah aktiviti p & p itu perlu
atau pula yang tidak perlu.

7.

Sebagai rangka rujukan kepada tokoh-tokoh


pendidikan, sama ada tempatan atau seberang
laut,
ketika
hendak
memahami
sistem
pendidikan di negara kita.

8.

Sebagai pertimbangan asas ketika hendak


merancang perubahan atau pembaharuan dalam
bidang pendidikan.
3. Matlamat pendidikan negara dapatlah dihuraikan
sebagai:
Memberi dan menyediakan peluang pendidikan
kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum
Memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia
menuntut ilmu dan kemahiran yang diperlukan
untuk membolehkan mereka membezakan yang
mana benar dan yang mana salah serta boleh
melakukan kerja dengan kemahiran yang
dipelajari
Mengembangkan keupayaan individu dari segi
fizikal dan mental
Memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk
menuntut ilmu daripada buaian hinggalah ke
liang lahad, iaitu berpegang kepada prinsip
pendidikan seumur hidup
Mengembangkan kefahaman serta penerimaan
idea yang demokratik dalam perlembagaan serta
kesedaran tentang tujuan dan tanggungjawab
seseorang warganegara dalam sesuatu system
yang demokratik. Seseorang itu juga perlu
3

mempunyai komitmen untuk menggunakan hak


tersebut
Membolehkan seseorang itu menghayati prinsip
Rukunegara
Menghasilkan rakyat yang lebih baik, iaitu rakyat
yang taat setia progresif, patriotik, bertoleransi
dan bermoral baik.
Melengkapi seseorang itu dengan kemahiran
berkomunikasi supaya dapat meningkatkan
kefahaman yang positif dan mengeratkan
perhubungan antara satu sama lain
Menghasilkan tenaga pekerja berpengetahuan
dan berkemahiran supaya dapat meningkatkan
produktiviti demi untuk kestabilan politik,
sosioekonomi dan budaya
Membentuk kurikulum yang mengandungi
pengetahuan, kemahiran dan nilai murni selaras
dengan objektif pendidikan.
4. Dalam berfalsafah terdapat tiga persoalan pokok
yang perlu dijawab, iaitu metafizik, epistemology
dan aksiologi.
4.1 Untuk menjawab persoalan metafizik, pendidikan
di Malaysia menekankan:
4

(a) pembentukan insan yang seimbang dan


harmonis
- insan yang dapat memperkembangkan
potensinya secara menyeluruh dan bersepadu,
- insan yang dapat memahami fungsinya di
muka bumi ini dan di akhirat,
- penekanan yang sama berat ke atas
perkembangan intelek, emosi, rohani dan
jasmani.
(b) Dari segi intelek, insan yang dilahirkan
dapat:
- menguasai kemahiran asas membaca, menulis
dan mengira,
- berusaha mencari ilmu untuk
membolehkannya berfikir dengan baik dan
matang;
- menggunakan ilmu dan kemahiran untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi
(c) Dari segi rohani, insan itu menyedari
- kewujudan tuhan dan kedudukannya di sisi
tuhan,
- tanggungjawabnya sebagai pesuruh tuhan dan
bersyukur atas segala pemberiannya
- kesedaran akan menjadikan insan tersebut
seorang yang beriman dan berakhlak tinggi
(d) Dari segi emosi, insan ini
- dapat mengawal emosinya,
5

mempunyai semangat kekitaan, belas


kasihan dan kasih sayang
boleh menghargai kesenian dan keindahan
(aspek estetika)

(e) Dari segi jasmani, insan itu


- sihat dan berbakat
- boleh berdikari
- berusaha meningkatkan produktivitinya
- sedia berkhidmat untuk agama, bangsa dan
negara.
Setiap insan dipercayai mempunyai banyak
potensi yang belum digunakan sepenuhnya. Oleh
itu system pendidikan bersepadu dapat
mencungkil potensi yang ada untuk dimanfaatkan.
4.2 Dalam persoalan epistemologi iaitu tentang
pengetahuan dan perkara yang berkaitan dengan
pemerolehan ilmu pengetahuan, FPK tidak
menyatakan dengan jelas tentang pengetahuan
yang perlu dipelajari oleh pelajar, FPK hanya
menyatakan :
(a) melahiran rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan dan berketrampilan
(b) Ini bermakna rakyat Malaysia akan menajdi
lebih peka terhadap kepentingan ilmu dan
usaha mencarinya.

(c) Rakyat Malaysia yang mempunyai kemahiran


dan kecekapan untuk melakukan kerja atau
tugas
Dalam konteks ini FPK mengakui tentang
kepentingan ilmu pengetahuan yang berubah
mengikut perubahan teknologi, selain daripada ilmu
pengetahuan yang tetap. Kedua-dua ilmu tetap
akan berubah penting kepada pelajar untuk
menjalani kehidupan di masa depan.
4.3 Dari aspek aksiologi iaitu tentang nilai sama ada
etika atau estetika, FPK menyatakan
(a) Pendidikan di Malaysia berusaha untuk
melahirkan rakat Malaysia yang berakhlak
mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan
untuk mencapai kesejahteraan diri dan boleh
memberi sumbangan kepada keharmonian
dan kemakmuran rakyat yang berbilang
kaum.
(b) Berakhlak mulia bermaksud rakyat yang
boleh membezakan antara tingkah laku yang
baik dan buruk serta baik budi pekerti.
(c) Rakyat yang bertanggungjawab akan
menjamin pencapaian yang cemerlang
dalam menjalankan tugas.

(d) Selain itu rakyat Malaysia yang berusaha


bersungguh-sungguh untuk mencapai citacita sendiri, agama, masyarakat dan negara.
(e) Rakyat Malaysia yang mempunyai daya
ketahanan diri yang tinggi untuk menghadapi
sebarang cabaran hidup yang ditempuhi.
Mereka juga taat kepada negara.

5. Implikasi falsafah pendidikan terhadap sistem


pendidikan negara
IMPLIKASI TERHADAP KURIKULUM
(a)

(b)
(c)

(d)

(e)

(f)
(g)
(h)

Memberi penekanan yang lebih kepada


aspek kesepaduan dan kesinambungan
dalam sukatan pelajaran
Penerapan nilai murni merentas kurikulum
Program pendidikan disusun selaras dengan
FPK
Memberi pendidikan umum kepada pelajar
sekolah
Memperkembangkan penawaran pendidikan
teknikal dan vokasional bertujuan melahirkan
manusia yang mahir
Mengajar bahasa merentas kurikulum
Pemupukan budaya sains dan teknologi
Memupuk budaya keusahawan

(i)

(j)

(k)

Pengukuhan dan perluasan Bahasa Melayu


sebagai satu cabang ilmu pengetahuan
Pendedahan dan penguasaan Bahasa
Inggeris
Berusaha
melahirkan
individu
yang
berkeyakinan diri dan bersikap berdikari

IMPLIKASI TERHADAP INSTITUSI PENDIDIKAN


1. Mengadakan aktiviti berpusatkan pelajar yang
memerlukan bilangan bilik darjah yang mencukupi
2. Menjalankan aktiviti-aktiviti kurikulum dan
kokurikulum yang menggalakkan penerapan nilainilai murni
3. Mewujud budaya sekolah bagi melahirkan insan
yang berkembang secara harmonis dan
seimbang.
4. Meneruskan penekanan kepada bidang teknik dan
vokasional
5. Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu

6. Institusi masyarakat berperanan untuk memupuk


semangat yakin diri dan berdikari di kalangan
pelajar.
IMPLIKASI TEHADAP GOLONGAN PENDIDIK
Para golongan pendidik akan:
1. mempunyai iltizam untuk melaksanakan aktiviti
bagi mencapai aspirasi-aspirasi FPN
2. lebih bersedia untuk melaksanakan strategi p & p
baru
3. tetap berubah ke arah yang positif
4. berpandangan jauh serta luas.
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan
progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi
negara serta menyanjung warisan kebudayaan
negara, menjamin perkembangan individu dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin.

10

Analisis FPG
Jadual di bawah menghuraikan dengan ringkas analisis FPG
Analisis Elemen FPG

Elemen FPG
Analisis
Perwatakan yang Sopan dan berdisiplin
mulia
Boleh membezakan antara buruk dan baik,
mempunyi nilai mulia
Menghargai kemanusiaan, kewarganegaraan
dan aspek rohani
Berkembang
Pengetahuan mempunyai pertalian dengan
maju dan
pembangunan, oleh itu seorang guru perlulah
berpandangan
berpengetahuan serta berkemahiran
saintifik
Mempunyai kemahiran professional dalam
mengguna
dan
menghasilkan
bahan
pengajaran
dan
pembelajaran
untuk
meningkatkan
mutu
pengajaran
dan
pembelajaran
Berkomited
Cekap, jujur, boleh dipercayai, patuh kepada
menegakkan
undang-undang negara
aspirasi Negara Sentiasa
memperbaiki
diri,
keluarga,
masyarakat, agama, bangsa dan negara
Mengekalkan
Menegakkan amalan dan mempromosi budaya
warisan budaya
Malaysia dan cara hidupnya
kebangsaan
Mengamalkan nilai murni, penyayang dan
berempati, inovatif dan kreatif
Patuh kepada etika profesion perguruan
Pembangunan
Guru sebagai agen perubahan
individu dan
Menegakkan dan mempromosi rasa hormat
pengekalan
antara budaya dan kehidupan yang harmoni
masyarakat yang Cintakan ilmu pengetahuan dan pembelajaran
bersatu,
seumur hidup
demokratik,
11

progresif dan
berdisiplin

WAWASAN PENDIDIKAN DAN PENGISIANNYA


Aspek-aspek yang ditekankan dalam wawasan
pendidikan ialah:
1. Perpaduan
2. Pengurusan dan kepimpinan
3. Khidmat penyayang
4. Pengupayaan (Empowerment)
5. Sistem pengesanan
6. Budaya ilmu
7. Sekolah penyayang
8. Budaya cemerlang
Sistem pendidikan perlu condong ke arah
pemupukan:

semangat perpaduan;

nilai-nilai murni dan etika yang utuh;

semangat ingin bekerja dgn. gigih;

budaya keusahawanan dan budaya niaga;

budaya sains dan teknologi.


12

Sembilan cabaran yang perlu dihadapi bagi mencapai


Wawasan 2020
1. Membentuk sebuah negara bersatu padu dengan
matlamat yang dikongsi bersama.
2. Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang
berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan
keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan
apa yang ada, dengan apa yang dicapai dan
gagah menangani pelbagai masalah.
3. Membentuk dan mengembangkan masyarakat
demokratik yang matang, yang mengamalkan satu
bentuk demokrasi unggul yang boleh menjadi
contoh kepada banyak negara membangun.
4. Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciriciri moral dan etikanya, yang mempunyai
warganegara yang kukuh dalam nilai agama dan
kejiwaan serta didorong oleh tahap etika yang
tinggi.
5. Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat
liberal lagi bertoleransi dalam konteks rakyat
Malaysia pelbagai kaum yang bebas mengamalkan
adat, kebudayaan dan kepercayaan
6. Membentuk sebuah masyarakat yang saintifik dan
progresif, masyarakat inovatif dan memandang ke
13

hadapan, yang bukan sahaja menjadi pengguna


teknologi tetapi juga penyumbang kepada
tamadun, sains dan teknologi masa depan.
7. Membentuk sebuah masyarakat yang berbudi dan
berbudaya penyayang, iaitu satu sistem sosial
yang mengutamakan kepentingan masyarakat
daripada diri sendiri, serta kebajikan insan yang
tidak sahaja berkisar kepada negara atau orang
perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga
yang kukuh.
8. Membentuk sebuah masyarakat yang adil dalam
bidang ekonomi, iaitu masyarakat yang
menginginkan pembahagian kekayaan negara
secara adil dan saksama di kalangan masyarakat.
9. Membentuk sebuah masyarakat yang makmur
serta mempunyai ekonomi yang dinamik, berupaya
bersaing, giat dan kental.

14

Anda mungkin juga menyukai