Anda di halaman 1dari 14

Berat & Jisim

Berat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan menimbang (weighing).


Kaedah ini juga digunakan untuk mengukur jisim (mass) sesuatu objek.
Dengan sebab itu, berat dan jisim sering dianggap sebagai sama. Walau
bagaimanapun, ia sebenarnya merupakan dua kuantiti yang berlainan.

Unit sukatan berat dan jisim ialah;


Berat - Newton / N
Jisim - kilogram / kg
Berat sesuatu objek adalah tarikan graviti bumi pada objek tersebut. Manakala,
jisim sesuatu objek pula adalah kuantiti jirim dalam objek tersebut.
Dengan sebab itu, kita perlu menggunakan penimbang / neraca yang berbeza
untuk mengukur berat dan jisim sesuatu objek.

Menyukat berat
Berat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan neraca spring / neraca
mampatan (spring balance / compression balance). Ini adalah kerana tarikan
graviti bumi bertindak memanjangkan spring.

Neraca spring (Spring balance)

Neraca mampatan (Compression balance)

Menyukat jisim
Neraca tiga palang / neraca tuas / neraca elektronik (triple beam balance / lever
balance / elektronic balance) digunakan untuk mengukur jisim (mass) sesuatu
objek. Jisim sesuatu objek itu adalah sama seperti 'jisim standard' (standard
mass) yang diperlukan untuk mengimbangi objek tersebut. Sukatan neraca untuk
jisim tidak dipengaruhi oleh tarikan graviti (Jisim objek adalah sentiasa tetap).

Neraca tiga palang/alur (Triple beam balance)

Neraca tuas (Lever balance)

5 comments

Komposisi Udara
Udara ialah campuran beberapa jenis gas.
Gas-gas dalam udara terdiri daripada:

Nitrogen 78%
Oksigen 21%
Karbon dioksida 0.03%
Gas nadir dan bahan-bahan lain
0.97%

Kaedah menguji kehadiran gas

Memahami Tekanan Udara

Apa yang dimaksudkan dengan tekanan udara?


Tekanan Udara bermaksud tekanan yang dihasilkan oleh pelanggaran
zarah-zarah udara ke atas permukaan luar dan permukaan dalam sesuatu
objek.
Bagi lebih memahami konsep Tekanan Udara, kita perlulah memahami
terlebih dahulu Teori Kinetik Jirim.
Teori ini mengatakan bahawa zarah-zarah dalam sesuatu jirim sentiasa
bergerak dan berlanggar antara satu sama lain.
Jadi zarah udara yang ada dalam sesuatu objek juga akan berlanggar
dengan permukaan dalam, manakala zarah udara yang ada di luar objek
akan berlanggar dengan permukaan luar.
Perlanggaran inilah yang menghasilkan Tekanan Udara.

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan udara?


1) Isipadu
Jika udara dimampatkan lagi dengan mengurangkan isipadu bekas, zarah udara
akan melanggar dinding bekas dengan lebih kerap. Ini menyebabkan tekanan
bertambah
Isipadu berkurang, Tekanan bertambah
2) Suhu udara
Jika udara dipanaskan, zarah-zarah udara dalam bekas akan memperolehi lebih
banyak tenaga dan akan melanggar dinding bekas dengan lebih kerap. Ini
menyebabkan tekanan bertambah
Suhu meningkat, Tekanan meningkat
MALNUTRISI
Malnutrisi merupakan keadaan yang terhasil akibat mengambil permakanan
tidak seimbang di mana sesetengah zat kurang, melampau (pengambilan terlalu
tinggi), atau dalam nisbah yang salah.

Jenis-jenis Penyakit Akibat Malnutrisi


Di antara penyakit-penyakit utama berpunca daripada malnutrisi adalah seperti
berikut :
1. Kwashiorkor
Penyakit berpunca daripada kekurangan zat protein atau di kenali juga sebagai
penyakit red boy. Seseorang yang kekurangan protein asidasid amino.
Penyakit ini biasanya dijangkiti oleh kanakkanak yang tidak lagi menyusu
dengan ibunya ketika berusia 5 tahun dan selalunya akan makan makanan yang
mengandungi sama ada bijirin, ubi kentang atau yang berkanji.
Simptom umum Kwashiorkhor :
Penampilan seolah-olah seperti anak gemuk (gemuk air)

Penurunan
marasmus)

kesedaran

(lebih

sering

dari

anak

Tubuh menjadi lemah dan urat saraf

Otot-otot mengecil, anak berbaring terus-menerus

Anak sering menolak segala jenis makanan

Rambut berwarna kusam dan mudah dicabut

yang

berpenyakit

Gangguan kulit berwarna kemerahan dan merebak serta berubah


menjadi hitam dan terkelupas
Pembesaran hati disebabkan kemasukan lemak.

Rawatan biasanya ialah memberi kanakkanak makanan yang mengandungi


asidasid amino. Susu tepung tanpa lemak juga boleh diberikan bagi
meningkatkan zat protein.
MESIN RINGKAS
Tuas

Tuas adalah mesin ringkas (simple machine) yang boleh membantu kita
melakukan kerja dengan lebih mudah.
Tuas
(lever)
adalah
suatu batang/bar
tegar (rigid
bar)
yang
boleh bergerak/berputar
bebas
pada
satu
titik
tetap yang
dipanggil fulkrum (fulcrum)
apabila
suatu daya (effort)
dikenakan
keatasnya untuk mengatasi daya lain yang menentang yang dikenali
sebagaibeban (load).
Tuas digunakan untuk memberikan kelebihan mekanikal (mechanical
advantage) dalam menghantar atau mengubah (transmitting or modifying)
daya dan gerakan.

Sistem tuas (lever system) membolehkan suatu beban yang berat


dipindahkan dari satu titik ke titik yang lain dengan menggunakan daya
(effort) yang minima. Ini boleh membantu mengurangkan tenaga.

Tuas.
Tuas boleh dikelaskan kepada 3, iaitu:
o Tuas kelas pertama (first class levers)
o Tuas kelas kedua (second class levers)
o Tuas kelas ketiga (third class levers)
Perbezaan antara kelas-kelas tuas adalah berdasarkan kedudukan beban
(load), daya (effort) dan fulkrum (fulcrum).
Setiap kelas tuas mempunyai dua daya, iaitu, beban (load) dan daya/usaha
(effort).
Jarak diantara beban dan fulkrum dipanggil jarak beban (distance of load,
symbol: l).
Jarak diantara daya (effort) dan fulkrum dipanggil jarak daya (distance of
effort, symbol: e).
Tuas adalah mesin ringkas yang memudahkan kerja. Tuas terdiri daripada 3
bahagian iaitu, beban, fulkrum dan daya.
Ada 3 jenis kelas tuas, iaitu

Banyak
dalam
seharian

alat yang
digunakan
kehidupan
direka cipta

berdasarkan kepada prinsip tuas. Sebagai contoh dacing juga dicipta berdasarkan
kepada prinsip tuas. Jom kita tengok lagi peralatan lain yang dicipta berdasarkan
prinsip tuas ini lagi.
Kedudukan fulkrum akan menentukan jumlah daya yang diperlukan untuk mengangkat sesuatu objek.
Untuk mengangkat beban yang berat, kita perlu :
(a) meletakkan fulkrum paling dekat dengan beban,
(b) daya dikenakan sejauh mungkin dari fulkrum,
(c) gunakan kayu yang panjang, bukan kayu yang pendek.

Fulkrum diletakkan dekat


beban.
Semakin berkurang / dekat
daya yang diperlukan untuk

dengan beban, sedikit daya diperlukan untuk menggerakkan


jarak fulkrum dengan beban, semakin berkurang / sedikit
menggerakkan beban.

Fulkrum diletakkan jauh


lebih banyak daya diperlukan untuk menggerakkan beban.
Semakin bertambah / jauh jarak fulkrum dengan beban, semakin
daya yang diperlukan untuk menggerakkan beban.
Kesimpulan :
Semakin (berkurang / dekat ; bertambah / jauh) jarak fulkrum
semakin (mudah ; susah) kerja yang

Mekanisme Penglihatan

Masalah Rabun

dengan beban,
bertambah / banyak

dengan beban,
dilakukan.

Rabun Dekat
Rabun dekat atau hiperopia adalah kesukaran melihat objek dekat.
Ia adalah satu masalah normal bagi mata di mana titik
tumpuan imej terbentuk di belakang retina. Masalah bertentangan
dengan rabun dekat adalah rabun jauh.
Rabun dekat disebabkan imej ditumpukan di BELAKANG
RETINA bukan di atasnya. Ia boleh jadi disebabkan bebola
mata yang terlalu kecil atau kuasa menumpu terlalu lemah.
Cara mengatasi memakai cermin mata kanta cembung

Rabun Jauh
Miopia, atau rabun jauh, adalah apabila mata tidak dapat
menumpu dengan baik yang menyebabkan objek jauh kelihatan kabur.
Ia adalah satu masalah normal bagi mata di mana cahaya
terkolimat menghasilkan titik tumpuan imej di
HADAPAN RETINA. Mereka yang ada miopia lazimnya
boleh melihat objek yang dekat dengan jelas tetapi objek jauh
kelihatan kabur. Kecacatan bertentangan dengan miopia adalah hiperopia atau
rabun dekat, di mana kornea menjadi terlalu leper atau mata terlalu dekat.
Cara mengatasi memakai cermin mata kanta cekung
ORGAN SISTEM PEMBIAKAN PEREMPUAN

Fungsi-fungsi setiap organ sistem pembiakan perempuan :

Penyelidikan Dalam Pembiakan Manusia


Dua isu utama yang diambil berat dalam pembiakan manusia ialah kemandulan
dan pencegahan kehamilan. Kedua-dua isu ini dapat diatasi dengan kejayaan
yangtelah dicapai dalam sains dan teknologi.
Kemandulan
Kemandulan ialah kegagalan untuk menghasilkan anak. Kedua-dua, lelaki dan
perempuan mungkin menjadi mandul.
Adakah lelaki itu mandul apabila testisnya tidak menghasilkan sperma?
Adakah perempuan itu mandul apabila ovarinya tidak menghasilkan ovum?
Ya, kedua-dua soalan di atas adalah antara faktor yang menyebabkan lelaki dan
perempuan mandul.
Apakah sebab-sebab lain kemandulan?
Jadual di bawah menunjukkan beberapa sebab kemandulan lelaki dan perempuan
serta rawatannya.

Persenyawaan In Vitro (IVF)

Persenyawan in vitro ialah persenyawaan yang berlaku di luar badan


perempuan. Ovum yang tersenyawa membahagi dan berkembang menjadi
embrio di luar badan. Embrio kemudiannya ditempelkan pada dinding uterus
perempuan dan berkembang menjadi fetus.

Lelaki dan perempuan mengalami perubahan fizikal selepas mengalami akil


baligh, antaranya ialah;

Perubahan bentuk badan


Pertambahan ketinggian
Suara yang berubah (untuk lelaki)
Pembesaran buah dada (untuk perempuan)
Pertumbuhan bulu ketiak dan bulu kemaluan (bulu ari-ari)
Pertumbuhan misai dan janggut (untuk lelaki)
Pertumbuhan jerawat akibat perubahan hormon.

LENGKUNG PERTUMBUHAN MANUSIA


1. Pertumbuhan manusia boleh disukat pada ketinggian dan berat badan
2. Sepanjang hidup manusia, terdapat 5 fasa pertumbuhan yang berbeza, iaitu
fasa bayi, fasa kanak-kanak, fasa remaja, fasa dewasa dan fasa orang tua

FASA BAYI
1. Berumur dari mula lahir sehingga 2 tahun.
2. Pertumbuhan bayi lelaki dan perempuan adalah sama.
3. Kadar pertumbuhan juga sangat cepat.
FASA KANAK-KANAK
1. Berumur 3 hingga 12 tahun (sekolah rendah)
2. Pada masa ini, ada kanak-kanak perempuan yang mula akil baligh dan

membesar lebih cepat

daripada budak lelaki.

FASA REMAJA
1. Berumur 13 hingga 20 tahun (sekolam menengah sampai tingkatan 6 atas)
2. Remaja lelaki akan lebih cepat membesar pada ketika ini kerana akil baligh.
FASA DEWASA
1. Berumur 21 hingga 64 tahun
2. Pertumbuhan normal berhenti pada umur 21 tahun.
3. Akan berlaku pertambahan berat badan.
FASA ORANG TUA
1. Berumur 65 dan ke atas
2. Mula mengalami pertumbuhan negatif di mana, berat dan ketinggian semakin
susut

LOGAM
BUKAN

DAN
LOGAM

LOGAM:
Biasanya
berkilat

Mempunyai
takat didih
dan
takat lebur
yang sangat
tinggi kecuali
merkuri
(satusatunya
logam dalam bentuk cecair pada suhu bilik), natrium dan kalium

Logam seperti besi dan kromium boleh menahan tekanan dan regangan

Merupakan konduktor (pengalir) haba dan elektrik yang baik

Ia boleh ditempa (dibentuk) dan boleh dibentuk wayar

BUKAN LOGAM:

Bukan logam mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah

Ia biasanya rapuh dan mudah pecah apabila diberikan tekanan

Biasanya bukan logam adalah konduktor haba dan elektrik yang lemah
kecuali karbon (bukan logam) tetapi pengalir elektrik yang baik

Contoh bukan logam adalah seperti oksigen, karbon, sulfur dan air.

Kelebihan Unsur Emas


Boleh dimanipulasi dan dibentuk oleh tukang emas mengikut
kepakarannya
Tidak mudah patah walaupun saiz sebesar helaian rambut
Mudah ditempa
Tidak terjejas dengan faktor lain
Tidak meninggalkan kesan pada pemakai iaitu tiada residu atau kesan
berpindah ke kulit.
Mengapa Emas di Campur Dengan Logam Lain?
Emas tulen tidak praktikal dan tidak sesuai untuk dipakai sehari-hari kerana
lembut. Jadi ia perlu dicampur dengan logam lain supaya lebih keras dan tahan
lasak. Menambahkan logam lain sebagai campuran metallurgists membolehkan
anda menukar warna emas. Paladium atau nikel boleh ditambah untuk mencipta
emas putih. Tembaga di tambah untuk menghasilkan warna mawar atau merah
muda.

LITAR BERSIRI DAN LITAR SELARI


Litar Bersiri
Arus elektrik mengalir melalui satu lintasan sahaja.
Kelebihan : Setiap mentol akan menyala dengan kecerahan yang sama

Kelemahan : Jika satu mentol terbakar, maka seluruh litar akan terputus

Litar Selari
Arus elektrik mengalir melalui lebih daripada satu lintasan.
Kelebihan : Setiap mentol dapat dikawal secara berasingan
Kelemahan : Sel kering cepat
menjadi lemah kerana
semua mentol dibekalkan
dengan voltan yang sama

Komponen Elektrik

CIRI-CIRI MATAHARI.

1.Terletak di sistem suria.


2.Objek yang terbesar di sistem suria.
3.Mempunyai daya graviti yang sangat kuat.
4.Ia merupakan BINTANG yang paling dekat dengan bumi.
5.Bola gas berbara yang panas dan besar dengan tindak balas
NUKLEAR berputar di bumi.
6.Terbentuk lebih kurang 4.5 bilion tahun dahulu.
7.Terdiri daripada 99.85% jirim dalam sistem suria.
8.Mengambil masa 25 1/3 hari untuk berputar pada paksinya,dari
barat ke timur.

Anda mungkin juga menyukai