Anda di halaman 1dari 3

PERTANDINGAN BERCERITA

TAHAP 2

PUTERI DUYUNG
NAMA : THANNIA PASCALIS
NAMA SEKOLAH : SK NANGA MEDAMIT
NO. SIJIL LAHIR : SB 162741
TAHUN : 5(11 TAHUN)

Jauh di dasar laut, Raja Duyung tinggal bersama bonda dan enam orang
puteri baginda yang cantik.Puteri Duyung iaitu puteri yang bongsu selalu bertanya

tentang kehidupan di dunia luar. Neneknya berkata,Kamu boleh naik ke permukaan


laut apabila berumur lima belas tahun.
Akhirnya tibalah masa Puteri Duyung naik ke permukaan laut. Dia ternampak
sebuah kapal yang besar. Dia dapat mendengar bunyi muzik dan nyanyian dari
kapal itu.Seorang pemuda iaitu Putera sedang bergembira dengan orang ramai.
Meraka meraikan hari ulang tahun keputeraan Putera.
Puteri Duyung menarik Putera ke pantai. Dia menjaganya sehingga pagi.
Tidak berapa lama kemudian, beberapa orang datang ke pantai. Mereka menjumpai
Putera.
Puteri Duyung bersembunyi disebalik batu besar. Dia berasa sedih kerana
Putera tidak mengetahui yang dia telah menyelamatkannya.
Setiap hari, Puteri Duyung berenang ke pantai untuk berjumpa dengan
Putera. Dia bertambah sedih kerana Putera tidak ada di situ lagi. Puteri Duyung
berkata kepada neneknya, Saya ingin menjadi manusia supaya boleh bertemu
dengan Putera. Neneknya berkata, Hanya Ahli Sihir Laut yang dapat menolong
kamu.

Puteri Duyung bersetuju untuk menukarkan suaranya dengan kaki manusia.


Ahli Sihir Laut berkata,Jika Putera tidak jatuh hati kepada kamu, kamu akan
bertukar menjadi buih.
Puteri Duyung minum minuman ajaib. Tiba-tiba dia jatuh pengsan. Apabila
tersedar, dia mendapati dirinya terbaring di pantai dengan ekornya telah menjadi
kaki manusia.
Putera menjumpai Puteri Duyung. Dia mengajaknya tinggal di istana. Semasa
di istana, Puteri Duyung berasa sedih kerana Putera akan berkahwin dengan puteri
lain.
Pada malam sebelum perkahwinan Putera, kakak-kakak Puteri Duyung
memberikannya sebilah pisau. Jika membunuh Putera, dia akan menjadi ikan
duyung semula.
Puteri Duyung mengambil pisau itu. Dia pergi ke bilik tidur Putera. Dia tidak
sanggup membunuh Putera kerana dia masih cinta kepadanya. Akhirnya, dia pun
terjun ke dalam laut lalu bertukar menjadi buih.

Anda mungkin juga menyukai