Anda di halaman 1dari 7

1

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


PROGRAM
ET01AH-DIPLOMA PENDIDIKAN ( SASTERA )
MATA PELAJARAN
( FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI
MALAYSIA )
KPF 4013
ANALISIS ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN
Disediakan Oleh :
MOHD IDRIS BIN JAAMAT
L20122009359
Pensyarah :
( DR. ABDUL TALIB BIN MOHAMED HASHIM )

KPF4013 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA


ANALISIS ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN
NAMA : MOHD IDRIS BIN JAAMAT
NO. MATRIK : L20122009359

KUMPULAN: 11 DPLI KUIM

ARAHAN
Tandakan pilihan jawapan bagi setiap item yang paling menepati pemikiran anda. Berikan
ulasan mengapa anda membuat pilihan jawapan tersebut.
1.

Apakah perkara yang menjadi intipati kepada pendidikan?


A. Penaakulan dan celik akal.
B. Pertumbuhan diri.

2
C. Pengetahuan dan kemahiran.
D. Perubahan masyarakat.
Berikan ulasan mengapa memilih jawapan tersebut:
Banyak perkara yang boleh menjadi intipati pendidikan. Namun, secara fungsionalnya, pendidikan merupakan
suatu proses transmisi secara formal dan tidak formal ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang berlaku
antara satu generasi kepada generasi yang lain ataupun berlaku dalam generasi yang sama. Institusi pendidikan
adalah struktur sosial yang berperanan menjalankan transmisi ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai
berkenaan. Sekiranya penaakulan dan celik akal dipilih maka sumber apakah yang hendak ditaakulkan? Begitu
juga pertumbuhan diri dan perubahan masyarakat, tanpa sesuatu ilmu atau kemahiran, tiada atau tidak
diutamakan maka terbantutlah semua pertumbuhan diri dan tetaplah tiada perubahan dalam masyarakat.
2.

Apakah sifat-sifat semulajadi seorang murid?


Seorang murid ______________
A. merupakan organisma yang ada pengalaman unik.
B. makhluk sosial yang berupaya membina masyarakat yang harmoni.
C. merupakan makhluk yang mempunyai keupayaan berfikir rasional dan celik akal.
D. bagaikan gudang penyimpanan ilmu dan kemahiran yang boleh diaplikasi kemudiannya.

Berikan ulasan mengapa memilih jawapan tersebut:


Seorang murid dikatakan satu organisma yang ada pengalaman unik kerana setiap murid yang hadir ke sekolah
datang dengan kesediaan memberi dan menerima sesuatu maklumat baru atau yang telah diketahui melalui
pengalaman sedia ada mereka. Pengalaman sedia ada yang ada pada seorang murid berbeza dengan seorang
murid yang lain. Pengalaman inilah yang dikatakan unik. Melalui keunikan yang pelbagai maka mudah dan
tersusunlah percambahan proses pembelajaran di sekolah. Maka, pelajar berupaya membina keharmonian
dalam masyarakat, menjadi intelektual-intelektual yang berfikiran rasional dan mampu menerima juga
menyampaikannya kepada yang lain. Jika semua pelajar mempunyai pengalaman yang sama, adakah
terhasilnya pengalaman baru yang lebih hebat atau unik akan tercapai? Amatlah sukar.
3.

Bagaimanakah pendidikan seharusnya dikemukakan untuk keperluan manusia?


A. Murid-murid perlu didedahkan dengan masalah hidup, dilatih menyelesai masalah, membuat
pilihan dan mengambil tindakan dalam kehidupan bermasyarakat.
B. Pendidikan memberikan apa yang diperlukan oleh manusia dewasa seperti ilmu pengetahuan dan
kemahiran asas dalam kehidupan.
C. Satu ciri manusia ialah kebijaksanaan. Pendidikan seharusnya memberi tumpuan terhadap
pembangunan intelek yang diperlukan oleh murid-murid.
D. Oleh kerana keperluan manusia berbagai, maka pendidikan seharusnya memberi tumpuan kepada
mengembangkan lagi perbezaan individu yang sedia ada.

Berikan ulasan mengapa memilih jawapan tersebut:


Pendedahan tentang pendidikan telah terlaksana sejak dari lahir lagi melalui pendidikan dari ibu bapa secara
rohani dan jasmani berdasarkan teori peniruan yang dilaksanakan. Dalam konteks ini, manusia zaman kini
terdedah dengan pelbagai masalah hidup mengikut peringkat masing-masing. Justeru, pendidikan amat
diperlukan bagi menyelesaikan masalah hidup. Contohnya seorang penagih dadah telah insaf dari melakukan
perbuatan terkutuk itu lalu beliau mempunyai pengalaman sedia ada tentang perkara tersebut dan berkongsinya
bersama masyarakat bagaimana perit keadaan yang dilaluinya dan cara beliau menyelesaikan masalah
tersebut. Oleh itu, pilihan dan tindakan yang tepat akan membuahkan hasil atau kesan yang elok dan baik dalam
mengharmonikan keperluan hidup manusia.
4.

Apakah yang seharusnya menjadi persekitaran pendidikan?


A. Pendidikan sepatutnya menyediakan persekitaran yang membolehkan pelajar mengubahsuai dunia
kebendaan dan sosial sebagaimana keadaan sebenar kewujudannya.
B. Persekitaran pendidikan sepatutnya mengupayakan para pelajar membina pengalaman hidupnya
secara sendiri, bukannya disediakan untuknya.

3
C. Persekitaran pendidikan sepatutnya berlaku dengan cara menyedarkan pelajar tentang
masalah-masalah yang wujud dalam masyarakat seperti sosial, ekonomi dan politik.
D. Pendidikan sepatutnya mengembangkan potensi intelektual dan menyediakan mereka untuk masa
depan.
Berikan ulasan mengapa memilih jawapan tersebut:
Persekitaran dalam sesuatu pendidikan merupakan salah satu aspek penting dalam merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan tercapai. Pendidikan masa kini lebih jauh kedepan berbandingkan pendidikan masa lalu
bersandarkan perkembangan proses pendidikan semasa. Justeru, pendidikan masa kini lebih menjuruskan
kepada norma persekitaran sedia ada berdasarkan masalah-masalah yang wujud dalam kepelbagaian kategori
masyarakat seperti social, ekonomi dan politik.

5.

Apakah yang seharusnya menjadi matlamat pendidikan?


A.
Matlamat pendidikan seharusnya terbuka, berkembang menerusi pembinaan
pengalaman dan bersifat semulajadi.
B.
Hanya ada satu matlamat pendidikan iaitu kebenaran yang bersifat mutlak, universal dan tidak
berubah.
C.
Matlamat pendidikan adalah untuk menyedarkan pelajar tentang masalah-masalah sosial,
ekonomi dan politik yang berlaku dalam kehidupan sebenar..
D.
Matlamat pendidikan seharusnya memberikan satu kerangka ilmu untuk pelajar menolak
adanya kebenaran baru yang boleh disatukan dan diasimilasikan

Berikan ulasan mengapa memilih jawapan tersebut:


Matlamat pendidikan seharusnya lebih terbuka dari pelbagai aspek bukan tertentu sahaja bagi meraikan sesuatu
bangsa untuk menjalinkan keharmonian di dalam sesebuah negara. Namun begitu, ia bergantung dan selari
kepada matlamat utama Negara bagi memperkembangkan pendidikan dan pengalaman.
6.

Apakah seharusnya menjadi keperihatinan kepada sekolah?


Sekolah seharusnya ______________
A. perihatin terhadap pembangunan diri murid dari segi perwatakan, pemikiran dan rasionaliti.
B. memberikan pendidikan secara menyeluruh kepada pelajar dari segi keperluan dan minat.
C. mendidik kanak-kanak ke arah menguasai pengetahuan asas untuk memahami dunia sebenar
kehidupan.
D. bertindak sebagai agen utama dalam pembinaan semula masyarakat yang menggerakkan
perubahan sosial, ekonomi mahupun politik sesuai dengan masyarakat akan datang.

Berikan ulasan mengapa memilih jawapan tersebut:


Sekolah merupakan agen sosialisasi penting dalam pembinaan masyarakat yang harmoni dan dedikasi pada
masa akan datang. Namun demikian, tanpa mendahulukan sahsiah dan kemanusiaan bagaimana haruskah
pembinaan masyarakat berubah? Melalui sekolahlah pembentukan sahsiah dari segi perwatakan, pemikiran dan
rasionaliti perlu diutamakan barulah terjalinnya kesinambungan perubahan baik dalam masyarakat.
7.

Apakah yang sepatutnya menjadi iklim sekolah?


A. Sekolah seharusnya menyediakan murid-murid untuk berfikir secara kumpulan di dalam iklim
demokratik menerusi kerjasama berbanding secara bersaing.
B. Iklim sekolah seharusnya memberikan tumpuan terhadap peranan individu dalam
penyelesaian masalah dan memajukan masyarakat.
C. Sekolah seharusnya melingkungi murid-murid dengan buku & karya-karya agung untuk membina
persekitaran intelektualisme dan pemikiran kreatif.

D. Sekolah seharusnya mengekalkan persekitaran tentang disiplin mental, yang menggabungkannya


dengan teknik-teknik yang inovatif.
Berikan ulasan mengapa memilih jawapan tersebut:
Persekitaran di sekolah wajar diberi penekanan berdasarkan penumpuan terhadap peranan atau kepentingan
individu dalam menyelesaikan masalah. Berdasarkan tingkatan-tingkatan dalam masyarakat, setiap individu
mesti mengenal pasti kedudukan masing-masing bagi menjalankan peranan utama dalam memajukan
masyarakat. Sesuai didikan ini dimulakan diterapkan di peringkat sekolah lagi dengan mewujudkan suasana
atau iklim yang baik dan harmoni.
8.

Bagaimanakah seharusnya pembelajaran berlaku?


A. Proses pembelajaran merupakan proses yang aktif di mana pelajar diberi pendedahan
terhadap masalah yang berlaku dalam masyarakat semasa dan dilatih untuk mengatasi
masalah tersebut.
B. Murid-murid membina pengalaman langsung menerusi projek-projek berasaskan penyelesaian
masalah.
C. Murid-murid menguasai pengetahuan dan kemahiran asas pendidikan yang boleh diaplikasikan
dalam kehidupan.
D. Murid-murid berusaha keras untuk menyerap dan menguasai isi kandungan mata pelajaran yang
diajarkan kepadanya.

Berikan ulasan mengapa memilih jawapan tersebut:


Pembelajaran berlaku melalui proses yang aktif di mana pelajar menghadapi masalah dalam masyarakat dan
dilatih untuk menyelesaikan masalah tersebut. Perkara ini harus diberi penekanan kepada pelajar agar dapat
melatih diri dalam memberi tindakan yang bernas dan wajar apabila menghadapi masalah. Proses pembelajaran
ini lebih sesuai diutamakan bagi melaksanakan kesinambungan yang lain.
9.

Apakah yang sepatutnya menjadi peranan guru?


Guru sepatutnya ___________________
A. mendisiplinkan intelektual murid-murid menerusi pembelajaran kerja-kerja hebat di dalam karya
sastera di mana keperihatinan umum manusia dapat ditonjolkan.
B. membimbing murid-murid agar sedar dan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh
masyarakat serta melatih pelajar agar mereka memperoleh kemahiran dalam mengatasi
masalah yang dihadapi kelak..
C. membimbing dan menasihati murid-murid agar mengikut minat dan kecenderungan mereka sendiri.
D. penghubung antara dunia orang dewasa dengan dunia kanak-kanak yang tidak dapat memahami
persekitaran dan kehendak orang dewasa dengan sendiri.

Berikan ulasan mengapa memilih jawapan tersebut:


Pembelajaran murid pada masa kini amat penting bagi memberi kesedaran tentang masalah-masalah yang
dihadapi oleh masyarakat. Dengan itu, guru memainkan peranan penting dalam memastikan murid terlatih
dengan pendidikan atau kemahiran yang diterima dalam mengatasi cabaran dan masalah yang bakal dihadapi
kelak.
10.

Apakah yang seharusnya terkandung dalam kurikulum?


Kurikulum seharusnya ___________________________
A. mengandungi hanya perkara untuk menghadapi ujian, yang meliputi simbol-simbol dan idea
tentang kesusasteraan, sejarah, matematik dan sains fizikal.
B. memberi tumpuan kepada mengajar murid-murid untuk mengurus perubahan menerusi
aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah melalui kajian sosial, sains empirikal dan teknologi &
vokasional.
C. memberi tumpuan kepada kandungan yang membina intelektual termasuk bahasa, sejarah,
matematik, sains semulajadi, seni halus dan falsafah.

5
D. mengandungi masalah-masalah sosial, ekonomi dan politik yang berlaku dalam masyarakat
sebenar.
Berikan ulasan mengapa memilih jawapan tersebut:
Kurikulum seharusnya memberi tumpuan di dalam institusi sesuatu pendidikan kerana mendidik pelajar
berkenaan menguruskan perubahan menerusi penyelesaian masalah-masalah melalui kaedah-kaedah atau
method-method kajian sosial, sains emprikal, teknologi vokasional dan lain-lain agar pelajar dapat menilai
capaian keputusan yang tepat.

11.

Apakah yang sepatutnya yang menjadi kaedah pengajaran pilihan yang terbaik?
A. Kaedah projek: Murid-murid boleh dibimbing menerusi pengalaman menyelesaikan masalah.
B. Kaedah syarahan, bacaan dan perbincangan: Murid boleh dilatih mengembangkan keupayaan
intelak.
C. Kaedah tunjuk cara: Murid-murid dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran
D. Kaedah penyelesaian masalah: Murid-murid dapat mengenali masalah dan
menyelesaikannya.

Berikan ulasan mengapa memilih jawapan tersebut:


Kaedah penyelesaian masalah: Murid-murid dapat mengenali masalah dan menyelesaikannya adalah kaedah
pengajaran yang terbaik berbanding dengan kaedah lain kerana mudah, efektif, pelbagai dan sebagainya .
Kaedah ini merangkumi kesemua jenis kaedah yang ada.

_______________________________________________________

ANALISIS ALIRAN FALSAFAH


1.

Berdasarkan pilihan jawapan anda, bulatkan pilihan tersebut pada jadual skor
jawapan di bawah.
Jadual 1: Skor jawapan pilihan aliran falsafah pendidikan.
Nombor
Soalan

Perenialisme

ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN


Esensialisme Progresivisme Rekonstruksionisme
C

6
2

10

11

JUMLAH
SKOR

ALIRAN FALSAFAH
TRADISIONAL

ALIRAN FALSAFAH
MODEN

SKOR

2.

Susunkan pegangan falsafah pendidikan anda berdasarkan skor dari yang paling
tinggi kepada yang terendah di dalam jadual di bawah..
Jadual 2: Susunan kedudukan skor jawapan aliran falsafah pendidikan
Bil

3.

Aliran Falsafah Pendidikan

Skor

Peratus

1.

Rekonstruksionisme

55

2.

Progresivisme

27

3.

Perenialisme

4.

Esensialisme

a) Aliran falsafah pendidikan manakah menjadi pegangan anda yang paling


dominan?
Aliran falsafah Rekonstruksionisme
Berikan ulasan mengapakah anda cenderung untuk berpegang kepada aliran
falsafah pendidikan tersebut?
Berkemungkinan kecenderungan saya untuk berpegang kepada falsafah ini adalah
sifat ingin melihat perubahan dalam masyarakat majmuk di negara kita berada dalam

7
keadaan aman dan harmoni. Juga menginginkan masyarakat yang ideal dan
bersahsiah tinggi dalam memacu negara ke arah yang lebih bik.
4.

Sila rujuk Jadual 1. Jika anda membuat pilihan jawapan terhadap lebih dari satu
aliran falsafah pendidikan bermakna anda berpegang kepada falsafah pendidikan
yang bercampur (falsafah eklektik). Mengapakah anda mesti berpegang kepada
falsafah pendidikan eklektik?
Kepelbagaian falsafah amat penting dan wajar pada diri seseorang atau masyarakat.
Tidaklah tertumpu pada satu-satu falsafah sahaja menjadikan ruang pemikiran kita
sempit dan menjadi sukarlah bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi kelak.

5.

Berdasarkan pegangan aliran falsafah pendidikan anda, jelaskan bagaimanakah


anda dapat melaksanakan pendidikan ke arah mencapai matlamat pendidikan
negara?
Bagi melaksanakan pendidikan ke arah mencapai matlamat pendidikan Negara,
saya perlu lebih aktif dan progresif dalam mensahsiahkan dan mensediakan diri saya
sebelum saya hadapi masalah atau masyarakat pada masa kini.

ANALISIS TAMAT

Anda mungkin juga menyukai