Anda di halaman 1dari 11

PPPF 6063

KAJ IAN MUSY KAL AL-HADIT H


DR. MOHD ARIF BIN NAZRI

Wudu Selepas Junub Sebelum Tidur

1.

SOBIRAH HUDA BINTI NORMA (P78740)

2.

AMINAH BINTI MOHD SHAUKI (P78778)

3.

KHAIRUNNISA BINTI AH KABRI (P78790)

Hadith 1
:
" :

Maksudnya:
Dari cAisyah r.a. mengatakan bahawa ketika Rasulullah s.a.w
hendak tidur sedangkan baginda berada dalam keadaan
janabat, maka dibasuhnya kemaluannya lalu berwudhu'
seperti ketika hendak solat
2

Hadith 2

" :
"
Maksudnya:
Dari cAisyah r.a. mengatakan bahawa ketika Rasulullah
s.a.w hendak tidur sedangkan baginda berada dalam
keadaan berjunub dan baginda tidak menyentuh air

Definisi Janabah
Bahasa: Janabah bererti jauh.
Istilah: Menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara

wajib seperti solat kerana sedang berhadas besar.

Definisi wudhu
Bahasa: Kata wudu' ()
dalam bahasa Arab berasal dari

kata al-wada'ah (
Kata ini bermakna al-hasan ()
).

iaitu kebaikan, dan juga bermakna al-nazafah ( )iaitu


kebersihan.

Istilah: Wudu' adalah suatu ibadah ritual untuk menyucikan diri

dari hadas kecil dengan menggunakan air mutlak. Caranya adalah


dengan membasuh atau mengusap beberapa bahagian anggota
tubuh menggunakan air sambil berniat di dalam hati dan
dilakukan sebagai suatu ibadah.

Tidur Orang Berjunub


Sebaiknya tidur dalam keadaaan suci

Imam al-Bukhari sependapat dengan jumhur ulama dalam hal ini

iaitu mengatakan tidak wajib berwudu sebelum tidur dalam


keadaan berjunub.

Orang Berjunub Mengambil


Wudhu Kemudian Tidur
:
:

Maksudnya:
Dari Ibn cUmar bahwa cUmar bin al-Khatab bertanya kepada Rasulullah s.a.w.,
Apakah boleh seorang dari kami tidur dalam keadaan dia berjunub? Rasulullah
s.a.w menjawab: Ya. Apabila salah seorang dari kalian berwudu, maka bolehlah
ia tidur walaupun dalam keadaan berjunub.

:
" : :
"
Maksudnya:
Telah menceritakan kepada kami Musa bin Ismail berkata, telah
menceritakan kepada kami Juwairiyah dari Nafi dari Abdullah
berkata, cUmar pernah bertanya kepada Nabi s.a.w., Apakah
boleh seseorang dari kami boleh tidur dalam keadaan junub?
Beliau menjawab: Ya. Apabila ia berwudu.

Hikmah Berwudhu bagi Orang


Yang BerJunub
Terdapat beberapa pendapat ulama mengenai hikmah disunatkan

berwudu bagi orang yang berjunub jika dia hendak tidur, makan,
minum dan bersetubuh. Antaranya:
Pendapat pertama: Untuk meringankan hadas kerana wudu
berperanan untuk mengangkat hadas daripada anggota-anggota
wudu. Ia juga untuk tujuan kebersihan.
Pendapat kedua: Dengan wudu merangsang seseorang untuk
mandi apabila air terkena pada anggota-anggota wudu.
Pendapat ketiga: Bertujuan agar seseorang itu tidur dalam
keadaan suci dari salah satu dua hadas (hadas kecil dan besar)
kerana ditakuti dia menemui ajalnya di dalam tidur.
9

Kaedah Menghilangkan
Percanggahan
Hadith pertama dapat dikumpulkan dengan hadith yang kedua

melalui kaedah al-Jamcu wa al-taufiq.

Pada hadith pertama disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w.

berwuduk sebelum tidur dalam keadaan berjunub. Ini dapat dilihat


dalam kebanyakkan hadith yang menceritakan hal berkenaan yang
bertaraf sahih.

Manakala hadith yang kedua menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w.

tidak menyentuh air sebelum tidur dalam keadaan berjunub.


Namun sebenarnya baginda tetap juga bersuci tetapi dengan
bertayamum.

Oleh yang demikian, kedua-dua hadith tersebut hanya bercanggah


10

secara zahir. Namun, pada hakikatnya tiada percanggahan antara


keduanya.

Penutup
Selain hadith ini, ada lagi hadith-hadith lain seperti hadith amal

yang paling afdal, dalam muamalat, akhlak dan lain-lain yang


boleh dipelajari secara lebih mendalam dalam ilmu ikhtilaf alhadith. Melalui contoh di atas, dapat kita fahami akan
pentingnya ilmu ini bagi memahami hadith dengan baik selain
dapat mengelakkan berlaku perpecahan dalam memahami
hadith. Dalam masalah ini sering diambil peluang oleh orientalis
untuk mengapi-apikan lagi dan menyerang hadith Rasulullah
s.a.w. dengan mendaifkan hadith-hadith yang telah disahihkan
oleh ulama.
11

Anda mungkin juga menyukai