Anda di halaman 1dari 7

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Untuk isi ebook saya ini, saya akan

kongsikan 8 kebaikan memakan sayur-sayuran. Sayur-sayuran dan buah-buahan memang


telah lama diketahui dari segi khasiatnya kerana kandungan nutrition seperti vitamin, mineral,
lemak, protein dan karbohidrat. Kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan
Jepun menjadikan sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai menu utama mereka. Ini kerana,
mereka telah mengenal pasti bahawa dengan mengamalkan makan makanan yang
sihat,seperti ini dapat meningkatkan kualiti hidup

Sayur-sayuran adalah penting dan sangat baik untuk kesihatan badan, minda dan
emosi. Sayuran hijau seperti sawi, timun, ulam-ulaman dan kacang panjang mempunyai khasiat
tersendiri kepada tubuh badan. Kajian telah menunjukkan melalui sayur-sayuran yang
mempunyai banyak serat penting boleh menyelamatkan sehingga 2.7 juta nyawa atau
mengurangkan risiko penyakit berbahaya di seluruh dunia sebanyak 1.8 peratus setahun!

Saya akan mengupas lebih lanjut mengenai sebab anda perlu makan perlu makan sayur
yang membawa kebaikan kepada diri anda semua.

10 Kebaikan Memakan Sayur-Sayuran Yang Wajib Anda Ketahui

1. Membantu proses menurunkan berat badan

Sayuran hijau adalah semula jadi rendah karbohidrat tetapi kaya dengan serat yang
menjadikan ia lambat untuk di hadamkan. Maka ia akan membantu anda berasa kenyang untuk
tempoh yang lebih lama. Kelebihan utama sayuran hijau adalah ia sangat rendah kalori yang
telah membuktikan bahawa ia sesuai di jadikan menu untuk membantu proses penurunan berat
badan. Jadi kepada siapa yang ingin menurunkan berat badan segera pergi ke kedai sekitar
anda dengan cepat sebelum kehabisan untuk membeli sayur sebagai hidangan untuk
menurunkan berat badan.

2. Mencantikkan kulit

Ingin memiliki kulit yang cantik seperti Nora Danish ataupun artis Korea, anda boleh
memiliki kulit seperti mereka dengan hanya mengamalkan pemakanan sayur-sayuran. Oleh
kerana sayuran hijau mengandungi banyak kandungan air, ia membantu badan untuk kekalkan
kelembapan dan ianya menyumbang kepada kecantikan kulit dan rambut. Anti oksidan seperti
vitamin C yang terdapat di dalam sayuran hijau juga membantu tubuh untuk membuat kolagen
yang juga membantu mencantikkan kulit dan rambut selain mengurangkan risiko arthritis.
Vitamin E dan vitamin C bergabung untuk mengekalkan kulit yang sihat walaupun meningkat
usia. Impian anda untuk menjadi seperti mereka mungkin tercapai dengan cara yang yang
mudah dengan mengamalkan pemakanan sayur-sayuran.

3. Membina dan memperbaiki tulang

Sesetengah sayuran hijau seperti sayur kailan adalah tinggi dengan kalsium dapat
membantu memastikan gigi dan tulang sentiasa kuat. Ia juga dapat mengurangkan risiko
menghidap osteoporosis. Sayur yang mengandungi kalium juga mempunyai fungsi yang sama.
Untuk mendapatkan tulang yang kuat, badan kita memerlukan kalsium, vitamin D dan vitamin K
yang bekerjasama untuk membina dan membaiki tulang.

4. Memastikan sistem imun kuat

Akhir sekali, sayuran hijau seperti bayam, mengandungi beta-karotena yang membantu
melindungi sel daripada rosak, meningkatkan fungsi imun dan melingdungi mata daripada
penyakit yang berkaitan usia. Ia juga menyumbang kepada pertumbuhan dan pembaikan tisu
badan.

5. Menangani masalah kesihatan

Selain daripada rasa yang sedap dan lazat sayur-sayuran mengandungi komponen
yang boleh membantu menangani masalah kesihatan serta menyediakan hidup yang lebih
sihat. Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan
kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah seperti
kanser, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi

6. Mengurangkan risiko penyakit berbahaya

Seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Kandungan serat, fitonutrien
dan kalium dalam sayur-sayuran membantu melancarkan proses penghadaman.

7. Kaya dengan sumber protein dan mineral

Kaya dengan sumber protein dan mineral. Contohnya, sayur bronkoli mengandungi
vitamin C dan serat. Selain kebaikan kepada jantung, bronkoli juga dapat meningkatkan tahap
antioksidan di dalam badan.

8. Baik untuk Kanak-kanak

Baik untuk kanak-kanak kerana mengandungi prebiotik yang merupakan antigen


(pemangkin ketahan badan). Dengan memakan sayur-sayuran, kanak-kanak membesar
dengan sihat tanpa ada masalah kesihatan seperti semput.

Kesimpulan
Kajian telah mengatakan bahawa pengamal sayur-sayuran dan buah-buahan telah
dikenali hidup lebih sihat dan lama berbanding mereka kurang mengamlkan pemakanan
berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan, jadi apa lagi pastikan dalam menu harian kita ada
mengambil sedikit sayur dan buahan-buahan supaya seimbang.Dengan badan yang sihat kita
menjalankan kehidupan seharian dengan sempurna.Jadi amalkan hidup gaya hidup yang sihat
sebelum penyakit mencari anda. Renung-renungkan dan motivasi diri anda sendiri.

Anda mungkin juga menyukai